Anda di halaman 1dari 4

CAKAP AJUK CAKAP PINDAH

Cakap ajuk ialah penulisan ayat perbualan berdasarkan perkataan demi


perkataan yang dituturkan oleh sekurang-kurangnya dua orang penutur.

Cakap pindah pula ialah laporan oleh pihak ketiga tentang perbualan
berkenaan.

Cakap pindah ditulis dalam bentuk ayat penyata.

Teliti jenis ayat untuk memudahkan proses menukar dialog kepada cakap
pindah

Prinsip menulis cakap pindah ialah mengekalkan susunan isi.

Semua maklumat dalam perbualan juga hendaklah dikekalkan.

Elemen tingkah laku dan emosi kedua-dua orang penutur hendak


dimasukkan.

Cara pemeriksaan juga secara keseluruhan isi, bukan ayat demi ayat.

perkataan atau ayat yang tidak gramatis (bahasa Pasar) mesti digugurkan
atau diganti dengan ayat yang gramatis.

Panduan menukar ayat penyata...


Frasa yang boleh digunakan
..... menyatakan bahawa
..... menjelaskan bahawa
..... memberitahu bahawa
..... menghuraikan bahawa
Panduan menukar ayat tanya
mengapa - alasan , sebab, punca
bila
- masa, tarikh, tempoh, waktu
bagaimana - cara, langkah, kaedah,
apa/siapa - nama, benda, perkara
di mana - tempat, lokasi, rumah, kedudukan
frasa yang boleh digunalan;
-

bertanyakan..
bertanya tentang..
ingin tahu tentang..
menyoal tentang..

Panduan menunjukkan emosi dalam cakap pindah


frasa yang boleh digunakan;
- dengan perasaan sedih/gembira/bangga/marah/terharu/dll
Perkataan yang perlu diubah:
aku/saya - dia
kami - mereka
ini - itu
Contoh 1.
cakap ajuk:
Adam: Apa khabar, Johan?
Johan: Saya baik-baik sahaja. Sudah lama kita tidak berjumpa, ya!
Adam: Memang benar. Sejak Johan berpindah ke sekolah teknik.
Johan: Saya minta maaf. Saya tinggal di asrama, susah sedikit hendak keluar.
Adam: Tidak mengapa. Tumpukan perhatian kepada pelajaran awak..
Johan: Terima kasih atas nasihat awak Adam. Saya tidak akan lupa.

Contoh jawapan cakap pindah.


Tulis dalam perenggan Gunakan penanda wacana yang sesuai supaya laporan
cakap pindah lancar kesinambungannya. (pemeriksaan secara keseluruhan)

Adam menyapa Johan dan bertanyakan khabarnya.(A1) Lalu, Johan


menjawab bahwa dirinya dalam keadaan baik-baik sahaja dan menyatakan
bahwa sudah lama mereka tidak berjumpa.(A2). Johan bersetuju dengan katakata Adam dan menambah bahawa, hal itu berlaku sejak Adam berpindah ke
sekolah teknik.(A3)Kemudian, Adam memohon maaf kerana sudah lama tidak
berjumpa Johan kerana dia tinggal di asrama dan sukar untuk keluar.(A4). Johan
memahami situasi Adam itu dan memintanya supaya menumpukan perhatian
terhadap pelajarannya.(A5) Akhirnya, Adam menghargai nasihat Johan dan
menyatakan bahawa dia tidak akan melupakannya.

*****************************************************************

Latihan 2
Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.

1. Hai, Minah! Sudah lama kita tidak berjumpa. Apa khabar? kata Siti.
2. Tidak, saya tidak pernah terlibat dalam kes kecurian. Semua ini fitnah
orang lain yang cemburu saya, kata pemuda itu kepada seorang pegawai
polis.
3. Tolong, tolong! Adik saya terjatuh ke longkang. Adik saya tidak tahu
berenang. Cepat, cepat tolongnya, jerit Fatimah.
4. Baru-baru ini, kes ragut berlaku satu demi satu, saya sungguh kesal. Polis
macam tidak bertindak sesuatu, kata seorang tua di kedai kopi.
5. Saya tidak mahu kalian terus malas dan tidak membuat latihan. Jika
kalian masih bersikap begini, saya akan menghubungi ibu bapa kalian,
kata guru kelas kepada sekumpulan pelajar.
6. Cis! Aku juga pendekar yang bukan alang-alang. Jangan sangka aku akan
tunduk kepada keriskau. Kalau berani, biarlah kita berlawan lelaki sama
lelaki, kata Hang Jebat kepada Hang Tuah.
7. Oh! Tuhan, ampuni dosaku. Berilah aku kekuatan untuk menghadapi
segala kesusahan, kata gadis itu.
8. Asma, sekarang mak akan pergi ke hospital untuk menziarahi ayah kamu.
Nanti kamu masak gulai sayur yang disediakan di dapur sebagai lauk
malam ini dan bekalan kau di sekolah esok, kata emak.
9. Saya jalan dahulu, jika ada sebarang masalah, hubungi saya dengan
telefon, kata jurujual itu kepada Tauke Lim
10.Assalamualaikum, ada orang di rumah? Saya hendak mencari Kassim.
Apakah dia ada di rumah? kata pemuda itu.

Jawapan
Tukar ayat cakap ajuk kepada cakap pindah tanpa mengubah maksudnya.
1. Siti menyapa Minah lalu mengatakan bahawa mereka sudah lama tidak
berjumpa dan bertanyakan khabarnya.
2.
Pemuda itu menafikan dakwaan seorang pegawai polis lalu mengatakan
bahawa dia tidak pernah terlibat dalam kes kecurian dan semua hal itu fitnah
orang lain yang mencemburuinya.
3. Fatimah menjerit dan meminta tolong kerana adiknya terjatuh ke dalam
longkang. Fatimah juga mengatakan bahawa adiknya tidak tahu berenang sambil
meminta orang ramai supaya menyelamatkan adiknya dengan segera.
4
Di kedai kopi, seorang tua menyatakan perasaan yang sungguh kesal
kerana baru-baru ini, kes ragut berlaku satu demi satu , manakala pihak polis
seolah-olah tidak mengambil sebarang tindakan.
5
Guru kelas menasihati sekumpulan pelajar bahawa beliau tidak mahu
mereka terus malas dan tidak membuat latihan lalu memberi amaran bahawa
jika mereka masih bersikap begitu, beliau akan menghubungi ibu bapa mereka.
6
Dengan perasaan marah, Hang Jebat memberitahu Hang Tuah bahawa dia
juga pendekar yang bukan alang-alang dan Hang Tuah tidak patut menyangka
bahawa dia akan tunduk kepada keris Hang Tuah. Kemudian Hang Jebat
juga mencabar Hang Tuah bahawa jika Hang Tuah berani, mereka boleh
berlawan secara lelaki dengan lelaki.
7
Gadis itu berdoa agar Tuhan mengampuni dosanya dan memberinya
kekuatan untuk menghadapi segala kesusahan.
8.
Emak memberitahu Asma bahawa ketika itu dia akan pergi ke hospital
untuk menziarahi ayah Asma. Emak berpesan kepada Abu supaya memasak
gulai sayur yang disediakan di dapur sebagai lauk malam itu dan bekalan Asma
di sekolah keesokan hari.
9.
Jurujual itu meminta diri kepada Tauke Lim lalu mengatakan bahawa jika
ada sebarang masalah, Tauke Lim boleh menghubunginya melalui telefon.
10. Pemuda itu memberi salam lalu bertanya sama ada terdapat sesiapa di
rumah dan menyatakan bahawa dia hendak berjumpa dengan. Pemuda itu lalu
bertanya lagi sama ada Kassim ada di rumah atau tidak.

Anda mungkin juga menyukai