Anda di halaman 1dari 4

PRINSIP ENJIN PETROL (4 LEJANG)

Enjin petrol juga dikenali sebagai enjin pembakaran dalam dan sistem ini memerlukan campuran
bahan api dan udara yang diterima dalam kebuk pembakaran pada masa yang betul serta enjin
yang dibina mampu bertahan dengan suhu dan tekanan yang terjana daripada pembakaran bahan
api.
Terdapat 2 jenis prinsip enjin iaitu 2 lejang dan 4 lejang yang mana enjin yang bersaiz kecil
seperti enjin mesin rumput, motosikal serta pam air kebanyakannya menggunakan prinsip 2
lejang. Manakala untuk kenderaan seperti kereta pula menggunakan prinsip enjin 4 lejang.
Prinsip Enjin (4 Lejang)
Nota :
TTA Takat Terakhir Atas
TTB Takat Terakhir Bawah

Lejang Masukan

Lejang pertama ini dikenali sebagai Lejang Masukan yang mana piston bergerak dari
TTA ke TTB ketika ini injap masukan terbuka sementara itu injap ekzos tertutup rapat. Semasa
piston bergerak turun ke TTB berlaku sedutan yang mana campuran bahan api dan udara masuk
ke dalam ruang silinder melalui injap masukan. Apabila piston sampai di paras TTB maka injap
masukan pun tertutup rapat. Dalam pada itu campuran bahan api dan udara telah pun memenuhi
ruang silinder.

Lejang Mampatan

Lejang Mampatan bermula semasa piston bergerak dari TTB ke TTA sementara itu keduadua valve iaitu Inlet dan Exhaust tertutup rapat. Semasa piston bergerak ke TTA menyebabkan
campuran bahan api dan udara dimampatkan dan dipanaskan. Apabila piston hampir ke TTA,
palam pencucuh telah memercikkan api yang menyebabkan berlaku pembakaran dalam ruang
pembakaran dan berlaku tekanan tinggi yang telah menolak piston untuk bergerak ke TTB.

Lejang Kuasa

Lejang kuasa berlaku ketika pembakaran ke atas campuran bahan api dan udara tadi

menyebabkan berlaku tekanan dalam ruang pembakaran dan tekanan tinggi ini telah menolak
piston untuk bergerak dari TTA ke TTB. Ketika ini juga kedua-dua injap masih tertutup rapat.

Lejang Ekzos

Injap ekzos mula terbuka semasa Lejang Ekzos yang mana piston bergerak dari TTB ke
TTA, ketika ini injap masukan masih tertutup rapat. Pergerakan piston ini telah menolak keluar
sisa-sisa gas yang terbakar melalui injap ekzos. Apabila piston hampir ke TTA maka kitaran enjin
berulang semula.

Anda mungkin juga menyukai