Anda di halaman 1dari 7

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

TINGKATAN 1
BAB 4
KERJA PAIP
[ TANGKI SIMBAH DAN PILI ]

D) TANGKI SIMBAH
terdapat 2 jenis tangki simbah
tangki simbah aras tinggi dipasang 2 meter dari paras lantai
tangki simbah aras rendah dipasang 1 meter dari paras lantai
digunakan untuk menyimpan air dan kemudiannya menyimbah keluar melalui paip simbah
untuk membersihkan mangkuktandas
diperbuat daripada plastik atau tembikar
boleh menyimpan air sehingga 9 liter

Tangki Simbah Aras Rendah

Tangki Simbah Aras Tinggi


BAHAGIAN UTAMA DAN FUNGSI TANGKI SIMBAH

1. Paip alur masuk (paip agihan)


membekalkan air masuk ke dalam tangki simbah.
2. Paip alur keluar (paip simbah)
menyalurkan air keluar dari tangki simbah untuk menyimbah serta membersihkan mangkuk
tandas.
3. Paip limpah
menyalurkan air keluar dari tangki simbah jika berlaku kerosakan pada injap bebola atau
pelampung.
4. Injap bebola
mengawal kemasukan air ke dalam tangki simbah.
5. Pelampung
terapung di atas permukaan air akan bergerak bersama paras air. Pelampung mengawal paras
air dengan menutup dan membuka injap bebola melalui lengan pelampung. Lengan pelambung
yang bergerak ke atas menolak omboh dalam injap bebola.
6. Injap gegendang
mengawal air masuk ke tiub sifon. apabila tuil tarik, injap gegendang akan naik dan
membenarkan air masuk ke tuib sifon untuk menyimbah mangkuk tandas.
7. Tuil tarik/tangkai pelepas
tuil tarik terdapat diluar tangki simbah. apabila mangkuk tandas perlu dicuci, tuil ditarik untuk
menyimbah air.
8. Tiub sifon
menyalurkan air ke paip simbah

OPERASI TANGKI SIMBAH

MENGAWAL ARAS AIR DALAM TANGKI SIMBAH


kedudukan injap bebola perlu dilaraskan supaya air dalam tangki simbah tidak melebihi paras
paip limpah dan melimpah keluar; paras air yang terlalu rendah dan kekurangan air
menyebabkan tangki tidak dapat melakukan proses simbahan.

E) PILI
digunakan untuk mengawal pengaliran air keluar melalui batang paip.
diperbuat daripada loyang (campuran kuprum dan zink), pili PVC dan pili bersadur kromium.
terdapat 2 jenis pili iaitu pili berbibir dan pili bertiang.
PILI BERBIBIR
alur masuk mendatar.
biasa digunakan pada tab mandi dan singki di dapur.

PILI BERTIANG
alur masuk menegak.
biasa dipasang pada tab mandi dan singki jenis tembikar.

Anda mungkin juga menyukai