Anda di halaman 1dari 2

Beza Learning Objective dan Success Criteria

October 6, 2015 Info Guru 4 Comments

Melalui modul Sekolah amanah dan sekarang ini disebar luas melalui transformasi pengajaran
alaf ke-21, Objektif Pembelajaran (Learning Objective) dan Kriteria Kejayaan (Success
Criteria) merupakan paparan penting di dalam bilik darjah. Murid akan lebih peka tentang apa
yang mereka pelajari dan apa yang sepatutnya mereka capai sejurus tamatnya sesi pengajaran
dan pembelajaran.

Pada permulaan penggunaan elemen ini, guru mungkin keliru untuk menggunakannya. Elemen
ini akan lebih mudah difahami melalui penyoalan. Apabila ingin menulis tentang objektif, guru
perlu menyoal, Apa?. Contohnya, Apa yang akan murid pelajari?. Maka penulisan objektif
akan menunjukkan isi pembelajaran yang hendak disampaikan.

Bagi penulisan kriteria kejayaan pula, ajukan persoalan melalui kata tanya bagaimana?.
Melalui kriteria kejayaan, murid dan guru akan dapat mengetahui bagaimanakah bentuk
pencapaian yang perlu dicapai oleh murid, berpandukan objektif pembelajaran tadi. Contohnya,
Bagaimanakah percapaian yang boleh dikatakan mereka berjaya?.

Contoh Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan:

Objektif pembelajaran:
Murid belajar untuk memahami dan seterusnya menggunakan kata majmuk dengan betul.

Kriteria Kejayaan:
Murid dapat:
Menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 contoh kata majmuk dengan betul.
Mengisi sekurang-kurangnya 5 tempat kosong menggunakan kata majmuk dengan
betul.
Membina sekurang-kurangnya 5 ayat menggunakan kata majmuk dengan betul.

Apabila objektif pembelajaran dan kriteria ini dipaparkan pada setiap kali sesi pembelajaran
bermula, maka perjalanan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna dan teratur. Alaf ke-21
bukan lagi zaman mengurung objektif pembelajaran di dalam rekod pengajaran guru sahaja,
kongsikan bersama murid-murid kita!

Anda mungkin juga menyukai