Anda di halaman 1dari 7

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

TINGKATAN 2
BAB 5
TANAMAN HIASAN
[PEMASUAN SEMULA]

Tujuan memasu semula:1.

Memudahkan tanaman hiasan memperoleh nutrien, air


dan cahaya matahari.

2.

Membolehkan pasu dialihkan dan dipindahkan dengan


mudah.

3.

Memudahkan kerja-kerja penjagaan seperti menyiram,


menggembur dan membaja.

4.

Menggantikan pasu lama atau saiz pasu yang tidak


sesuai dengan saiz tanaman.

Ciri-ciri tanaman yang perlu pemasuan semula:-

Ciri-ciri pemilihan pasu:-

1.

Saiz pasu hendaklah sesuai dengan saiz pokok yang hendak


ditanam.

2.

Mempunyai lubang saliran untuk mengeluarkan air


berlebihan dari pasu.

3.

Mudah dibersihkan supaya kelihatan cantik dan menarik.

4.

Menarik, kemas dan ringan supaya pasu mudah dialihkan.

Menyediakan Medium Memasu:-

Langkah-Langkah Memasu Semula:-

Penjagaan Tanaman Hiasan


A. Merumput

Aktiviti ini bertujuan membuang rumpai yang tumbuh


bersama-sama tanaman hiasan.

Rumpai perlu dibuang untuk mengelakkan persaingannya


dengan tanaman hiasan bagi memperoleh cahaya, nutrien,
air dan ruang.
Merumput dapat dilakukan dengan menggunakan tangan
atau serampang tangan.
B. Menggembur Tanah

Bertujuan melonggarkan medium yang keras supaya akar


dapat menyerap air dan nutrien dengan lebih mudah.
Medium yang digembur dapat memudahkan akar
menembusi dan membaiki pengudaraan tanah.
Menggembur dilakukan dengan menggunakan serampang
tangan atau sudip.

C. Membaja

Tujuan utama membaja ialah membekalkan nutrien kepada


tanaman hiasan.
Setelah selesai kerja membaja, siramkan tanaman hiasan.
Baja yang digunakan terdiri daripada baja organik atau baja
kimia.

D. Menyiram

Kerja menyiram dilakukan untuk membekalkan air yang


mencukupi kepada tanaman.
Tanaman perlu disiram sekurang-kurangnya sekali sehari.
Siram tanaman dengan menggunakan bekas yang
mempunyai muncung yang berlubang halus.

Anda mungkin juga menyukai