Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN

5 S (SEIRI, SEITON, SEISO, SEIKETSU, dan SHITSUKE.)


Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang
membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan
menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun
ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang
sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan
penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu
mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.

Sisih (Seiri) Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing
barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat
kerja. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau
tidak diperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang
mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan
peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai.

Susun (Seiton) Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan


yang tidak diperlukan diasingkan. Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan
dan penyimpanan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama.
Dengan berbuat demikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja bagi
mendapatkan barang tersebut apabila diperlukan kelak. Tujuan utama menyusun
untuk menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses
mencari pada masa akan datang.

Sapu (Seiso) Kebanyakan pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja
dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja,
menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan
peralatan yang digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran
yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih
dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada
pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini.
Seragam (Seiketsu)Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih,
susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat
kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga
aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh
kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja.
Justeru, kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat
kerja mereka.

Sentiasa Amalkan (Shitsuke) Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha


dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan
kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun
situasi kita, memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak
untuk menjelmakan peribadi yang mulia. Amalan ini dapat disemai dalam diri
individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan
mengamalkan budaya nasihat-menasihati.

AUDIT DALAMAN (ISO 9001:2000)

Organisasi hendaklah menjalankan audit dalaman mengikut jadual yang telah


ditetapkan bagi memastikan samada sistem pengurusan kualiti mematuhi apa yang
telah dirancangkan dalam keperluan standard ini dan keperluan-keperluan sistem
pengurusan kualiti yang telah diwujudkan oleh agensi dan telah diselenggara secara
berkesan.

Program audit hendaklah dirancang dengan mengambil kira status dan


kepentingan sesuatu proses dan bidang yang akan diaudit selain dari mengambil kira
hasil audit yang lepas. Kriteria-kriteria audit, skop, kekerapan dan kaedah
pengauditan hendaklah ditentukan.

Pemilihan juruaudit dan pengauditan yang dijalankan hendaklah tidak


dipengaruhi dan hendaklah objektif. Juruaudit juga tidak dibenarkan untuk mengaudit
kerja mereka sendiri. Tanggungjawab dan keperluankeperluan untuk perancangan dan
pengendalian audit, melaporkan hasil audit dan penyimpanan rekod-rekod hendaklah
ditentukan dan didokumenkan dalam prosedur. Pihak pengurusan yang
bertanggungjawab ke atas bidang yang diaudit hendaklah memastikan tindakan
pembetulan diambil dengan segera bagi ketidakpatuhan yang ditemui. Tindakan
susulan hendaklah termasuk membuat verifikasi ke atas tindakan yang telah
diambildan melaporkan hasilnya kepada pihak pengurusan.

KEPENTINGAN 5S
Amalan 5S amat penting di dalam sesebuah organisasi terutama sekali dalam
program peningkatan kualiti(Kaizen). Program tersebut harus diamalkan dalam masa
bekerja sebagai program yang diberi kuasa rasmi, tetapi ia tidak harus dianggap
sebagai tambahan dalam masa kerja yang lenih (overtime) atau di luar masa bekerja.
Antara kepentingan program 5S ialah :
Pengurangan Kos :-
􀁹 Mengurangkan inventori
􀁹 Menghalang salah letak peralatan dan perkakas
􀁹 Menghalang kebocoran minyak, tenaga, bahan mentah dan lain-lain

Kecekapan :-
􀁹 Mengurangkan penggunaan kawasan/tempat
􀁹 Penghapusan pencarian peralatan dan pembaziran bahan mentah
􀁹 Mempermudahkan kawalan

Penyelenggaraan :-
􀁹 Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan mesin, peralatan dan
kemudahan-kemudahan yang ada
􀁹 Mengekalkan dan meningkatkan keupayaan mesin dan peralatan
􀁹 Mengurangkan pembaziran dan kadar kerosakan barangan
Kualiti :-
􀁹 Meningkatkan produktiviti dan kualiti barangan atau perkhidmatan

Keselamatan :-
􀁹 Menghapuskan keadaan yang merbhaya
􀁹 Memperbaiki keadaan tempat kerja
􀁹 Menghapuskan tempat kecedraan dan kemalangan
􀁹 Mengurangkan kesilapan dan kecuaian
􀁹 Mematuhi peraturan-peraturan

Motivasi :-
􀁹 Perhubungan yang baik antara kakitangan
􀁹 Membentuk disiplin yang baik
􀁹 Membentuk semangat kerjasama dan kerja berkumpulan

KEPENTINGAN AUDIT DALAMAN


Audit dalaman (ISO 9001) adalah penting untuk membangunkan sistem kualiti
yang memberi jaminan kepastian kualiti yang tinggi. Di samping itu, ia juga
mewujudkan proses-proses kerja yang telus dan konsisten dalam melakukan kerja.
Proses kerja yang terkawal dan konsisten akan menjamin mutu perkhidmatan yang
konsisten.
Hasil yang bakal diperolehi oleh organisasi melalui pelaksanan ini akan
mencapai tahap kepuasan pelanggan yang tinggi justeru secara langsung
mengurangkan rungutan dari pelanggan. Selain itu, ia dapat mencegah kecacatan
produk atau kerosakan dan dapat menjimatkan kos kerugian yang bakal ditanggung.
Secara keseluruhannya, audit dalaman akan menghasilkan sistem kerja yang lebih
mantap, cekap dan berkesan.
POLISI DAN OBJEKTIF 5S DI PPKS

POLISI

Kami komited bagi meningkatkan dan mengekalkan prinsip-prinsip 5S di


tempat kerja kita melalui kerja secara berpasukan dan disiplin diri untuk mencapai
produktiviti yang lebih baik dan perkhidmatan yang berkualiti.

OBJEKTIF

Bagi mewujudkan satu persekitaran yang bersih, tempat kerja yang selamat,
dan sihat melalui amalan 5S untuk produktiviti yang lebih baik dan perkhidmatan
yang berkualiti.
JAWATANKUASA AUDIT DALAMAN 5S

PENGERUSI

DARREL JOSO

SETIAUSAHA

CAMELIA ANOT

KETUA ZON B
KETUA ZON A
ALBERT
EVELYN JOSEPH
TIMONTHY
PROGRAM AUDIT 5S

PROGRAM AUDIT
TARIKH : _______________

BENGKEL MASA

Pneumatik 9.00 – 9.15 pagi

Hidraulik 9.30 – 9.45 pagi

Automasi 10.00 – 10.30 pagi

Elektronik 10.45 – 11.00 pagi

Komputer 11.15 – 11.30 pagi


SENARAI SEMAK

2. RUANG BENGKEL Jumlah Markah :

Markah Penuh : 90

Markah Catatan
Kategori No Pekara Diaudit
5 4 3 2 1
1 Tidak berdebu dan kemas
Lantai Tiada sampah-sarap di sudut atau di bawah
2
peralatan perabot
15 %
3 Tiada berlubang/pecah/terkoyak dan sebagainya
4 Kemas dan tersusun dengan rapi
Susun-atur Cara menyusun boleh mewujukan suasana yang
Peralatan 5
selesa
Teknik susunan juga boleh memendekkan masa
15 % 6
memproses sesuatu kerja dilaksanakan.
7 Berkeadaan baik dan sentiasa boleh digunakan
8 Tidak berdebu,bersih dan kemas
Peralatan
Alat tulis kelihatan tidak berselerak di atas meja
9
atau dalam rak simpanan.
20 %
10 Tidak terdapat peralatan rosak.
Disusun dengan teratur dengan menggunakan
Susunan Fail 11
tanda/label/abjad supaya mudah diperolehi.
10 % Terdapat notis board/papan putih yang digunakan
12
dengan baik.
Terdapat hiasan seperti
13
gambar,poster,lukisan,bunga dan lain-lain.
14 Susunannya kemas,tersusun dan menyenangkan.
Perhiasan 15 Tidak berdebu,kotor dan berkeadaan baik.
Terdapat tanda nama pegawai/kakitangan pada
16
30 % bilik/meja/’partition’.
Terdapat ‘label’menunjukkan nama seksyen/unit
17
yang berkaitan dengan aktiviti pentadbiran.

18 Persekitaran dalaman yang selesa/kemas.

MARKAH KESELURUHAN
90

LAPORAN AUDIT
CONTOH : BORANG RINGKASAN AUDIT

ZON/KAWASAN: _____ TARIKH: ___________

PENAMBAHBAIKAN SITUASI
CONTOH CADANGA
Bil. KAWASAN SEMASA
CEMERLANG PENAMBAHB
AUDIT
SEIRI SEITON SEISO
1 Pneumatik

2 Hidraulik

3 Automasi

4 Elektronik

5 Komputer

JURUAUDIT:1 TANDATANGAN:1
2 2
Kesimpulan

Penggunaan kaedah 5S ini, adalah sangat berkesan di sesebuah organisasi


awam atau swasta. Ini mewujudkan perkembangan industri di Negara maju seperti
Jepun dan Australia. Di samping itu ia dapat menambah baikkan prestasi sesebush
organisasi atau negara yang mengamalkan amalan ini. Ini kerana ia dapat
mengurangkan pembaziran wang yang banyak keluar untuk membeli peralatan yang
mahal untuk kegunaan pembersihan kilang atau pejabat. Selain itu, penggunaan
kaedah ini diguna pakai di seluruh dunia. Ini di sebabkan masyarakat dunia dapat
menilai perkembangan di seluruh negara.

Anda mungkin juga menyukai