Anda di halaman 1dari 3

semalamkan... letihnya aku... ke hulu kehilir p matikan stamp d LHDN Kajang...

ke imigresen menghantar borang... alahai blurnya aku!!

owh! ok.. lupa nak citer.. saya punya maid suda sampai..
tapi saya kan amik dari agen di Indonesia... dan permitnya saya uruskan sendiri..
kelebihannya.. anda leh testing dulu maid tu dalam seminggu..
kalo kenan - teruskan buat permit
kalo tak kenan - pulang balik dan tunggu ambilan yang lain ehehe..
prosedur ini sesuai untuk si kedekut (macam saya dan hubby) huhu kerana bila buat permit sendiri (majikan
tak gunakan agen berdaftar) anda jimat antara RM 2K-6K taww

ok untuk kalian yang mungkin nak tau cemana nak uruskan permit maid tuh...
saya ambil dari agen di indonesia (kosnya RM1800):

1.

maid akan dibuat medical check up di klinik yang diiktiraf oleh Kedutaan Malaysia di sana.

2.

maid datang malaysia dengan menggunakan visa pelancong - valid 30 hari atau 90 hari
(biasanya 30 hari jer)

3.

bila saya confirm mau itu maid, leh teruskan dengan proses seterusnya yang mesti diuruskan
oleh majikan sendiri.

prosedurnya gini:

1.

Hantar maid balik ke Indonesia. dalam kes saya, saya antar ke Dumai naik feri dari Port Klang
(nih agen Indon saya tuh uruskan) - Kosnya RM750 dan mengambil masa antara 8 hari hingga
14 hari.

2.

Pergi ke pejabat imigresen terdekat dapatkan borang Permohonan Pembantu Rumah Asing atau
download ajer dari sini.

3.

Buat 4 salinan kontrak dan isi borang - lengkap gambar majikan suami isteri dan 2 keping
gambar maid

4.

Matikan stamp pada personal bond dan 4 keping kontrak. Rm10 each, total kos RM50. kalau di
Putrajaya, LHDN terdekat ialah di Hentian Bas Kajang. (alahai jauhnya!! kenapa la Putrajaya ni
macam takde??)

5.

Submit borang yg lengkap ke imigresen (borang hanya boleh dihantar ketika maid berada di
luar Malaysia). Kelulusan akan diketahui dalam tempoh 3 hari bekerja.

6.

Datang 3 hari berikutnya bersama bank draf@money order bernilai RM430 atas nama Ketua
Pengarah Imegresen Malaysia.

7.

Dapatkan surat kelulusan dan visa/pas pekerja sementara (juga digelar calling visa).

8.

Serahkan visa kepada agen untuk dihantar kepada maid yang sedang tunggu di Dumai.

9.

Agen di Dumai terima dokumen dan bawa maid ke Kedutaan Malaysia terdekat: Pekan Baru
untuk cop passport dan visa

10. Maid boleh datang semula ke Malaysia dengan pas pekerja sementara tuh.

11. Dalam tempoh 30 hari dari tarikh dia masuk ke Malaysia, kena bawa dia medical check up. So,
bukak web FOMEMA download borang, pilih klinik yang nak buat dan pegi pejabat FOMEMA
terdekat. Submit borang, bayar RM 190 dan dapat resit - nak print resit pon FOMEMA amik
masa 2 jam tau! Nota: FOMEMA nih agensi swasta tau! tapi servis cam hampeh! lembab giler!!

12. Bawa resit ke klinik terpilih dan buat medical check up - sila pilih klinik yang ada X-ray utk
elakkan daripada anda kena pegi 2 klinik. Buang masa!

13. Semak keputusan FOMEMA thru web atau fon call, dan jika CLEAR, boleh teruskan;

14. Bawa passport dan satu salinan borang fomema tu ke imigresen dan dapat sticker, tampal pada
passport dia.

15. Sila bawa sekeping gambar dan maid anda sekali untuk buat i-kad (nih cam IC kita ler). Kad leh
siap dalam beberapa jam jer.

taraaa.... settle!! fuh letih letihhhh letihhhh...................

para 12 dan 13 boleh buat dalam satu hari. tapi sebab masalah pegawai imigresen yang kedekut air liur, orang tanya jawab
sepatah dua dan tidak informatif, menyebabkan saya tak bawak maid dan kena datang hari lain. GERAMM...

Total cost yang saya tanggung ialah RM3,220


Total masa yang saya peruntukkan?? haiiii banyakkkk hari! kenapa la imigresen tu takde carta alir bagi majikan/pemohon ni

senang sikit nak paham?? dia asik tunggu kita tanya. kalo tak tanya, depa tak inform. sangat la tidak membantu pelanggan
depa ni!!

Tapi, kerja depa cepat. boleh dipuji. Dan ada pegawai yang sangat baik hati melayan karenah kami.

Anda mungkin juga menyukai