Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI SUKAN / KEJOHANAN OLAHRAGA

Segala puji bagi Allah S.W.T. , tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarga serta para sahabat
baginda sekalian.
Kami berhimpun pada pagi ini keranaMu untuk mengisi seluruh ruang hidup
kami dengan ibadah kepadaMu sesuai dengan firmanMu yang mulia.
Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata hanya
untukMu Ya Allah.
Sejahterakanlah tubuh badan kami, sejahterakanlah pendengaran kami,
sejahterakanlah penglihatan kami .
Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut. Muliakanlah kami dengan ketakwaan dan
sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.
Berkatilah usaha-usaha kami melahirkan atlit bertaraf dunia yang mampu
mengharumkan nama agama, bangsa dan negara. Mudah-mudahan dengan
usaha ini akan menjadikan sekolah ini, sekolah yang cemerlang, disegani dan
dihormati.

Anda mungkin juga menyukai