Anda di halaman 1dari 3

1) Wajib bersifat siddiqun dan mustahil bersifat bohong.

Siddiq atau siddiqun ertinya benar. Wajib seorang Rasul itu bersifat benar.
ALLAH Maha Mengetahui dan setiap pilihan ALLAH adalah benar dan
tepat. ALLAH Maha Mengetahui bahawa Rasul yang dipilih-NYA adalah
bersifat benar.
Mustahil Rasul yang dipilih ALLAH itu bersifat bohong walau sedikit atau
terpaksa kerana itu bererti ALLAH itu tidak mengetahui tentang sifat Rasul
pilihan-NYA. Ini adalah mustahil bagi ALLAH yang bersifat Maha
Mengetahui. Para Rasul adalah di dalam perhatian ALLAH swt dan dan
diberi petunjuk dan mukjizat dalam menjalankan tugas sebagai Rasul
ALLAH swt.
Rasul bersifat benar dalam 3 perkara:a) Benar dalam percakapan.
Segala yang dikatakan Rasul adalah benar kerana Rasul berkata
bersandarkan pada wahyu dari ALLAH swt. Rasul yang dipilih ALLAH swt
akan diberi hidayah dan dipimpin dalam apa yang hendak dikatakan
kepada umat. Semua Rasul bersifat benar. Nabi Muhammad saw mendapat
gelaran al-amin ertinya yang benar. Gurauan Nabi Muhammad saw juga
adalah benar.
b) Benar dalam perbuatan.
Segala perbuatan Rasul adalah benar. Rasul mendapat hidayah dan
petunjuk dari ALLAH swt dalam menjalankan tugas sebagai Rasul.
Perbuatan Rasul menjadi ikutan umat maka jika perbuatan itu salah tentu
ianya tidak diizinkan oleh ALLAH swt.
c) Benar dalam diam.
Diam Nabi Muhammad saw adalah benar. Rasulullah saw tidak akan
berdiam diri dalam perkara yang salah.

2) Wajib bersifat amanah dan mustahil bersifat kianat.


Amanah ertinya dipercayai iaitu menyampaikan sesuatu kiriman kepada
yang diarahkan. Semua Rasul bersifat amanah. Mereka menyampaikan
segala perintah ALLAH swt dengan taat dan patuh tanpa menyembunyikan
walau sedikit debu pun. Setiap Rasul yang dipilih ALLAH swt sebagai
utusan-NYA, wajib mengakui dirinya adalah seorang Rasul ALLAH kerana
dia bertanggungjawab terhadap ajaran-ajaran yang disampaikannya.
ALLAH memberi mukjizat kepada setiap Rasul-NYA bagi membuktikan
kerasulan mereka. Jika mereka engkar atau kianat ALLAH ancam akan
mengangkat pangkat Rasul mereka. Di akhirat para Rasul, seperti manusia
lainnya, juga akan ditanya dan dipertanggungjawabkan atas apa yang telah
mereka kerjakan.
Maka itu adalah mustahil bagi Rasul itu bersifat kianat kerana mereka tahu
meraka akan dipertanggungjawabkan atas apa yang mereka lakukan di
Makhamah ALLAH swt kelak. Rasul dipilih ALLAH Yang Maha
Mengetahui. Jika Rasul itu bersifat kianat ini bererti ALLAH tersilap
memilihnya Rasul itu. Sifat tersilap adalah sifat mustahil bagi ALLAH yang
bersifat Maha Mengetahui atas setiap sesuatu.
3) Wajib bersifat tabligh dan mustahil bersifat menyembunyikan.
Tabligh ertinya menyampaikan. Adalah wajib bagi Rasul bersifat tabligh.
Rasul wajib menyampaikan semua perkara yang diperintahkan ALLAH
swt kepada umat samada perkara besar ataupun kecil. Malahan perkara
yang peribadi yang bersangkutan dengan diri Rasul juga wajib disampaikan
kepada umat.
Contohnya Nabi Muhammad saw pernah pada suatu ketika bermuka
masam kepada seorang buta. Maka ALLAH swt menurunkan surah Abasa
dimana ALLAH menegur perbuatan Nabi saw yang sedang bermuka
masam itu. Surah Abasa tetap disampaikan oleh Nabi saw dengan taatnya
dan surah itu terakam dalam al-Quran sehingga ke Hari Kiamat.

Adalah mustahil Rasul bersifat menyembunyikan kerana mereka adalah


taat kepada ALLAH swt dan mengetahui bahawa setiap perbuatan dan
kelakuan mereka sentiasa berada di dalam pemerhatian ALLAH swt.
4) Wajib bersifat fathonah dan mustahil bersifat al-balal.
Fathonah bererti bijaksana. Setiap Rasul yang dipilih dan diutus sebagai
penyampai wahyu-NYA adalah seorang yang bijaksana dan mustahil dia itu
seorang yang bodoh. Rasul mempunyai sifat bijaksana dan kepandaian
yang tinggi kerana dibimbing oleh Yang Menciptanya. Rasul dikehendaki
berhujah semasa menyampaikan perintah ALLAH swt kepada umat dan
juga perlu membela kebenaran agama apabila ditentang oleh mereka yang
kufur. Para Rasul seperti Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as, Nabi Nuh as,
Nabi Isa as dan Nabi Muhammad saw berhadapan dengan kaum penentang
yang dari golongan bangsawan dan bijakpandai, maka para Rasul juga
mestilah mempunyai kebijaksaan yang tinggi bagi menjawab tentangan
kaum mereka itu.
Adalah mustahil bagi Rasul yang bodoh dapat menegakkan kebenaran
agama ALLAH swt.
Kesimpulannya :Dengan adalah sifat bijaksana, Rasul boleh menyampaikan syari'at ALLAH
swt dengan baik. Setiap yang menyampaikan mesti ada sifat amanah.
Orang yang amanah adalah bersifat benar iaitu boleh dipercayai.

Anda mungkin juga menyukai