Anda di halaman 1dari 14

Bab 2: Pengenalan kepada Perenggan

BAB 2 PENGENALAN KEPADA PERENGGAN

Diakhir Bab ini akan dapat:

Menulis ayat topik


Menerangkan langkah-langkah penulisan perenggan
Menyemak semula perenggan yang menyatukan dan koheren

2.1 PENGENALAN

Apakah pebezaan di antara AYAT dan PERENGGAN? Sesuatu ayat mengandungi hanya
satu fakta atau idea utama. Perenggan merupakan satu kumpulan ayat tentang isi atau idea
yang sama. Perenggan merupakan satu kumpulan ayat yang berkaitan, yang membangunkan
satu idea utama. Dalam penulisan akdemik, perenggan adalah penting untuk membahagikan
isi yang ingin disampaikan. Setiap kali berlaku peralihan daripada sesuatu isi atau fokus, anda
perlu memulakan perenggan baru. Panjangnya perenggan berbeza, tetapi lazimnya sesuatu
perenggan bagi penulisan akademik atau ilmiah terdiri dariapda 4 hingga 12 ayat. Sesuatu
esei, laporan, artikel atau kertas kerja akan terdiri daripada beberapa preenggan.

Perkataan

Ayat

Perenggan

ESEI
ARTIKEL
KERTAS KERJA
LAPORAN
TESIS

Dalam bab ini, anda akan mempelajari teknik menulis perenggan dan langkah-langkah yang
diperlukan untuk menghasilkan perenggan yang baik.

Bab 2: Pengenalan kepada Perenggan


2.2 ELEMEN-ELEMEN

Sesuatu PERENGGAN lazimnya terdiri daripada tiga elemen: AYAT TOPIK, AYAT
HURAIAN dan AYAT PENYIMPUL
Ayat Topik (Sentence Topic):
Ayat topik menyatakan isi utama yang ingin disampaikan dalam sesuatu perenggan. Ayat
topik mempunyai perkara pokok atau satu aspek yang ingin dinyatakan tentang perkara
pokok tersebut. Biasanya pernyataan sesuatu aspek itu akan dapat memberikan fokus kepada
penulis dan pembaca. Ayat topik bertindak sebagai satu kawalan dalam penulisan isi (isi
sokongan) dalam sesuatu penulisan.
Ayat Sokongan (Support Sentence):
Ayat topik perlu disokong oleh ayat huraian yang terdiri daripada isi sokongan. Isi sokongan
pula boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti fakta, pendapat, peristiwa, sebab dan
akibat, statistik dan contoh. Biasanya, isi sokongan dapat memberikan bukti, menghuraikan
idea atau menjawab soalan yang dikemukakan oleh isi utama dalam ayat topik, dan isi
tersebut mestilah berkait antara satu sama lain. Dalam penghasilan isi dan penulisan ayat
huraian, isi kawalan dalam ayat topik menjadi dasar utama.ayat
Ayat Penyimpul (Conclusion Sentence):
Ayat penyimpul terdiri daripada tiga jenis iaitu :
i.
Ayat yang menyatakan semula ayat topik.
ii.
Ayat yang menyimpul keseluruhan isi dalam perenggan.
iii. Ayat menyimpul yang menghubungkan perenggan.

a) Nyatakan perbezaan di antara ayat dan perenggan.


b) Apakah pernan ayat topik dalam sesuatu perenggan?
c) Jelsakan fungsi ayat sokongan.

2.3 AYAT TOPIK

Kini kita membincangkan dengan lebih terperinci tentang peranan dan fungsi ayat topi
dalam penulisan akademik. Topik esei anda bergantung kepada sama ada ia telah diberikan
oleh pensyarah atau tutor atau ia adalah sesuatu topik yang anda sendiri telah memutuskan
untuk menulis. Anda mesti tahu memperincikan topik dengan menggunakan teknik-teknik
yang telah dipelajari dalam Bab 1.

Bab 2: Pengenalan kepada Perenggan

Lazimnya, dalam penulisan akademik AYAT TOPIK merupakan ayat pertama dalam
perenggan tetapi tidak semestinya begitu. Ia boleh berada pada peralihan perenggan atau pada
akhir perenggan. Ayat topik ialah kenyataan umum dan tidak sesuatu idea spesifik. Ayat
topik memperkenalkan idea secara menyeluruh yang akan dibincangkan dalam perenggan.
Idea utama topik mengawal seluruh perenggan itu.
Ayat Topik mempunyai dua bahagian:
Topik
Idea yang mengawal berfungsi untuk memberi fokus kepada Topik
Lihat contoh ayat topik berikut.

Makanan yang rendah lemak adalah baik untuk kesihatan

Topik

Idea yang Mengawal

Dalam erti kata lain, Ayat Topik,


1. Berguna dalam perenggan yang menganalisis dan menghujah.
2. Membantu penulis yang mempunyai masalah untuk memfokus, dan menyatukan
perenggan. Penulis yang cenderung meleret-leret atau menulis remeh-temeh.
3. Membimbing penulis ini supaya mereka boleh membangunkan idea utama perenggan
mereka dan berfokus.
4. Membantu pembaca memahami hujah-hujah yang kompleks
Perlu ditegaskan bahawa ayat topik bukan satu-satunya cara untuk mengorganisasi
perenggan. Tidak semua perenggan perlu ayat topik. Contohnya, perenggan yang
menerangkan, menyampaikan atau memerincikan langkah-langkah sesuatu eksperimen atau
prosedur tidak selalunya memerlukan ayat topik.
AYAT TOPIK yang baik seelok-eloknya tidak terlalu LUAS atau terlalu SEMPIT. Rujuk
kepada dua ayat topik berikut:
1. Percutian saya di Bali sungguh seronok - TERLALU LUAS
2. Percutian saya di Bali sungguh seronok kerana pantainya yang bersih membolehkan
saya terlibat dengan sukan air TERLALU SEMPT

Bab 2: Pengenalan kepada Perenggan

Manakah AYAT TOPIK berikut terlalu UMUM atau terlalu SEMPIT? Tulis
semula AYAT TOPIK yang terlalu UMUM atau terlalu SEMPIT.

Saya akan menulis tentang televisyen.


Organisasi saya mempunyai tiga masalah utama
Adalah berfaedah menyertai kelas aerobik.
Jenayah adalah isu utama di Malaya
Guru saya mempunyai tiga kualiti yang baik.

CONTOH #1:
Baba dengan teliti perenggan berikut yang menerangkan ciri-ciri kampung halaman penulis.
Negeri saya, Pahang terkenal dengan pelbagai ciri-ciri
semula jadi yang menakjubkan. Pertama, Sungai Pahang
yang panjang dan cantik. Malah, terdapat Gunung Tahan
yang istimewa kerana ia adalah puncak tertinggi di
Semenanjung Malaysia dan juga antara yang paling susah
untuk mendaki di Asia Tenggara.

Ayat pertama, Negeri saya, Pahang, terkenal dengan pelbagai ciri-ciri semulajadi yang
menakjubkan, adalah kenyataan yang paling umum. Ayat ini adalah berbeza daripada keduadua ayat yang mengikutinya, kerana ayat kedua dan ketiga menyebut butiran secara spesifik
tentang geografi negeri Pahang, dan bukan kenyataan umum.

CONTOH #1:
Berikut merupakan beberapa contoh AYAT TOPIK yang tidak sesuai dijadikan ayat topik.
Apakah masalahnya?
1. Ada dua sebab kenapa orang gemar membeli kereta baru dan dua sebab
kenapa sesetengah orang gemar membeli kereta terpakai.
2. Hujan memberi faedah kepada tumbuhan.

Bab 2: Pengenalan kepada Perenggan

Anda boleh menulis semula nombor ayat 1 dan 2 supaya menjadi AYAT TOPIK yang lebih
baik:
1. Ada dua sebab kenapa orang gemar membeli kereta baru.
ATAU (di perenggan baru):
Ada dua sebab kenapa sesetengah orang gemar kereta terpakai.

2. Terdapat tiga faedah hujan kepada tumbuhan.

2.4 AYAT SOKONGAN

AYAT SOKONGAN dalam perenggan membangunkan idea utama yang dinyatakan dalam
ayat topik dan memberikan butiran seperti fakta dan contoh.
1. Apabila ayat topik didahulukan, ayat sokongan pula menjawab soalan berkenaan ayat
topik. Pembaca akan mula memahami selepas membaca ayat topik. Dalam kes ini,
ayat yang terakhir (ayat penutup) boleh mengimbas semula topik pada awal
perenggan atau bertindak sebagai sambungan untuk menghubungkan maklumat di
perenggan seterusnya.
2. Apabila ayat topik adalah di akhir, ayat sokongan membina hujah-hujah dan contoh
untuk membuat kes bagi idea utama yang terkandung di akhir ayat.

Jarang sekali seorang penulis dengan serta merta dapat


memulakan perenggan dengan sempurna. Perenggan yang baik
adalah hasil daripada proses menggubal, menyemak, memfokus
dan memberi pembaca maklumat yang koheren. Panjangnya
sesuatu perenggan sukar dipastikan, tetapi secara umum bagi
esei-esei akademik untuk program-program sarjana muda adalah
dalam lingkungan 5 hingga 7 lima hingga tujuh ayat.

Bab 2: Pengenalan kepada Perenggan

Lihat perenggan yang berikut,

AYAT TOPIK

AYAT SOKONGAN

Taman Komuniti itu, dahulunya adalah kawasan terbiar, kotor dan


didiami penagih dadah. Kini tanah terbiar itu telah diushakan
dan ditanam dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan bunga
yang menarik. Sesiapa sahaja yang berminat berkebun boleh
menanam kekacang, pokok herba atau jagung. Ada juga yang
menanam pokok bunga seperti dahlia merah, iris merah bunga ros,
serta marigold kuning. Peninggalan bangunan lama telah menjadi
tempat tumbuhan menjalar tumbuah dicelah-celah batu-bata yang
telah menambahkan kecantikan kawasan sekitar. Taman Komuniti
adalah kebanggan penduduk tempatan dan tempat untuk mereka
datang mencari ilham dan ketenangan. Keindahan taman itu telah
menambahkan keceriaan kawasan sekeliling dan menjadi
kebanggaan penduduk tempatan dan teladan kepada kawasankawasan lain.
AYAT KESMPULAN

(a) Ayat Topik


Apabila pembaca membaca ayat topik, seperti
Taman Komuniti itu, dahulunya adalah kawasan terbiar, kotor dan didiami
penagih dadah.
Lazimnya, pembaca akan mewujudkan soalan atau
pertanyaan dalam mindanya. Dalam kes ini, soalan
yang akan diwujud ialah, "Apakah yang istimewa
tentang Taman Komuniti itu?" Jangkaan pembaca
ialah seluruh perenggan berkenaan akan menjawab
kepada soalan ini.

Bab 2: Pengenalan kepada Perenggan

(b) Ayat Sokongan

Sekarang kita lihat pula ayat-ayat selepas ayat topik. Kita dapati dua AYAT SOKONGAN
seperti berikut:

Kini tanah terbiar itu telah diushakan dan ditanam


dengan pelbagai jenis sayur-sayuran dan bunga yang
menarik. Sesiapa sahaja yang berminat berkebun boleh
menanam kekacang, pokok herba atau jagung.
Ayat-ayat ini sememangnya menjawab soalan yang dikemukakan tentang AYAT TOPIK.

Ayat Kedua menjelaskan beberapa fakta bahawa Taman Komuniti yang


dahulunya kawasan terbiar itu istimewa.
Ayat Ketiga menjelaskan dengan lebih lanjut keistimewaan Taman
komuniti dengan memberi lagi satu contoh Sesiapa sahaja yang
berminat berkebun boleh menanam kekacang, pokok herba atau
jagung.

Ayat yang kedua dan ketiga dipanggil AYAT SOKONGAN. Dipanggil "sokongan" kerana
ayat-ayat ini "menyokong" atau menjelaskan idea yang dinyatakan dalam ayat topik. Sudah
tentu, setiap perenggan sering mempunyai lebih daripada dua idea sokongan.
(3) Ayat Kesimpulan / Ayat Penutup
Diakhir kebanyakkan perenggan, anda akan lihat suatu ayat yang merumuskan maklumat dalam
perenggan berkenaan. Ini dipanggil AYAT KESIMPULAN atuau AYAT PENUTUP. Ayat
Kesimpulan atau Ayat Penutup boleh dikatakan sejenis AYAT TOPK yang terbalik atau ayat
topik yang diulangi.
Lihat AYAT KESIMMPULAN tentang perengan Taman Komuniti seperti berikut:

Keindahan taman itu telah menambahkan keceriaan


kawasan sekeliling dan menjadi kebanggaan penduduk
tempatan dan teladan kepada kawasan-kawasan lain.
Perhatikan bagaimana ayat di atas menyimpulkan perenggan dengan menekankan bahawa
kewujudan tanah terbiar berkenaan telah menambahkan keindahan dan keceriaan kawasan
sekeliling dan menjadi kebangaan penduduk. Perhatikan juga, bagaimana AYAT
KESIMPULAN adalah hampir sama dengan AYAT TOPIK.

Bab 2: Pengenalan kepada Perenggan

NOTA
Tidak semua perenggan akademik mengandungi ayat penutup.
Kadang kala sesuatu perenggan yang pendek tidak mempunyai
AYAT PENUTUP. Bagaimana pun, adalah dicadangkan sesuatu
perenggan yang panjang mempunyai AYAT PENUTUP.

Contoh # 1:

Lihat perenggan di atas tentang penguasaan bahasa. Perhatikan bahawa perenggan


berkenaan teridiri daripada:
a) Ayat Topik
b) Huraian Isi atau Ayat Sokongan
c) Contoh
Perenggan ini tidak mempunyai Ayat Kesimpulan atau Ayat Penutup

Bab 2: Pengenalan kepada Perenggan

Contoh # 1:

Lihat perenggan di atas tentang siswazah dan pekerjaan. Perhatikan bahawa perenggan
berkenaan teridiri daripada:
a)
b)
c)
d)

Ayat Topik
Huraian Isi atau Ayat Sokongan
Contoh
Penegasan / Ayat Kesimpulan / Ayat Penutup

Dalam perenggan ini, tidak semestinya elemen-elemen disusun mengikut urutan ayat Ayat
Topik Ayat Sokongan /Huraian Contoh Ayat Kesimpulan/Penegsan. Perenggan ini
berlainan kerana Ayat topik telah menjadi ayat kedua dan ayat pertama mengemukakan
Contoh pula. Penegasan adalah hampr sama dengan Ayat Kesimpulan atau Ayat
Penutup.

Kepanasan Global di Asia


a) Tulis satu AYAT TOPIK
b) Tulis dua AYAT SOKONGAN
c) Tulis satu AYAT KESIMPULAN / AYAT SOKONGAN

Bab 2: Pengenalan kepada Perenggan

2.5 PENYATUAN (Unity)

Apabila anda tersasar daripada topik yang sedang dibincangkan, perenggan anda akan
kekurangan PENYATUAN. Perenggan yang baik harus berfokus. Jika anda bermula dengan
satu tumpuan atau titik utama perbincangan, anda tidak harus berakhir dengan topik yang
lain pula. Untuk meningkatkan penyatuan sesuatu perenggan, anda perlu memastikan setiap
ayat dalam perenggan berkenaan berkait antara satu sama lain terutma dengan ayat topik. Ini
menyebabkan pensyarah atau tutor yang menggred esei anda mengatakan, Esei ini
menyimpang daripada topik asal.

(1) Berhenti merokok amatlah susah bagi saya. (2) Ketika saya berumur
13 tahun, saya dan kawan saya selau merokok di hadapan cermin. (3)
Kami berlatih memegang rokok dengan perlbagai cara dan mencuba gaya
menyedut dan melepaskan asap rokok dariapda mulut dan hidung.(4)
Pada fikiran saya, perbuatan ini adalah sungguh bergaya.. Pada mulanya
saya merokok hanya untuk berasa yakin ketika bersama orang lain. (6)
Lambat laun, saya terus merokok sepanjang masa hingga hari ini, pada
umur 30 tahun.
a) Kenal pasti di manakah kekurang perenggan di atas
b) Potong ayat-ayat yang tidak relevan

2.6 KOHEREN (Coherence)

Bagaimana perasaan anda apabila membaca sesuatu teks di mana ayat, idea dan maklumat
tidak mengalir dengan lancar? Pasti anda merasa kecewa dan mungkin tiddak mahu
meneruskan membaca. Ini adalah kerana teks berkenaan tidak koheren. KOHEREN atau
runtutan, merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah perenggan sehingga
menjadikan teks itu bermakna. Apabila ayat, idea dan butir-butir dinyatakan dengan jelas,
pembaca mudah memahami dan tulisan itu adalah koheren. Idea-idea disampaikan dengan
jelas dan lancar.

Bab 2: Pengenalan kepada Perenggan

Contoh petikan yang berkoheren:

Teknologi maklumat dicipta dan dikembangkan oleh Dunia Barat. Oleh


demikian, bahasa asas bidang ini sudah sewajarnya bahasa Inggeris.
Namun begitu, teknologi maklumat telah tersebar luas ke seluruh negara,
ke alam yang bahasa Inggeris tidak menjadi bahasa utama. Maka perlu
berlaku penyesuaian, iaitu kepada suasana yang penggunaan bahasa lain
menjadi selari dengan bahasa Inggeris.

Kesinambungan idea terjalin melalui perkataan/frasa


Ayat 1 : teknologi maklumat
Ayat 2 : bahasa asas, tersebar luas ke seluruh dunia
Ayat 3 : berlaku penyesuaian, penggunaan bahasa
Anda boleh membantu mewujudkan koheren dalam perenggan dengan mewujudkan jambatan
logik di antara idea-idea. Berikut ini ialah beberapa teknik anda boleh gunakan untuk
menjadikan sesuatu perenggan lebih koheren.

a) Pengulangan Perkataan Penting dan Kata Nama

Kadangkala pengulangan perkataan penting atau kata nama dalam sesuatu perenggan dapat
membantu untuk menumpukan perhatian pembaca dan mengekalkan minta pembaca untuk
terus mambaca.

Berikut ialah contoh perenggan yang Koheren dengan pengulangan


Perkataan Penting atau Perkataan Utama.

Masalah dengan seni kontemporari ialah kerana ia tidak


mudah difahami oleh kebanyakan orang. Seni kontemporari
adalah abstrak yang bertujuan untuk membiarkan orang
tertanya apa yang sedang dipandang.

Berikut ialah contoh perenggan yang Koheren dengan pengulangan Kata


Nama dan Kata Ganti Nama.

Bab 2: Pengenalan kepada Perenggan

Emas, adalah bijih yang berharga dan mempunyai dua ciri utama.
Pertama, emas mempunyai kecantikan mewah yang tahan kakisan.
Maka, ia amat sesuai untuk barang kemas, syiling dan tujuan
hiasan. Emas tidak perlu digilap dan kekal kecantikan selamalamanya. Contohnya, syiling Macedonia masih kekal keadaan
asalnya walau pun ia ditempa beribu-ribu tahun yang lalu. Ia telah
diguna dalam industri dan sains. Salah satu penggunaan emas yang
ialah dalam membuat pakaian angkasawan. Pakaian angkasawan
disadur dengan emas sebagai penebat suhu yang melindungi
mereka di angkasa lepas. Kesimpulannya, emas amat dihargai
bukan sahaja kerana kecantikannya malah kepelbagaian
kegunaannya.
(sumber dipetik dari Oshima & Houge, 1999)

Dalam perenggan di atas, kata nama emas muncul 6 kali dan kata ganti nama 5 kali (ia dan
nya). Anda perlu tahu bila untuk menggantikan kata nama dengan kata ganti nama
memandangkan tidak ada peraturan tetap penggunaannya. Anda tidak boleh menggunakan
kata ganti nama jika maknanya tidak jelas.
(c) Contoh: Perenggan Kekurangan Koheren
Sekarang, lihat pula apa yang berlaku apabila perkataan "emas" telah digantikan dengan kata
ganti nama ia dan nya.

Emas, adalah bijih berharga, mempunyai dua ciri utama. Pertama, ia


mempunyai kecantikan mewah yang tahan kakisan. Maka, ia amat
sesuai untuk barang kemas, syiling dan tujuan hiasan. Ia tidak perlu
digilap dan akan kekal cantik selamanya. Contohnya, syiling
Macedonia masih kekal keadaan asalnya walau pun ia ditempa beriburibu tahun yang lalu. Ia telah digunakan dalam berbagai industri dan
sains. Salah satu penggunaannya ialah membuat pakaian angkasawan.
Pakaian angkasawan disadur dengannya sebagai penebat suhu yang
melindungi mereka di angkasa lepas. Kesimpulannya, ia amat dihargai
bukan sahaja kerana kemewahannya malah kepelbagaian kegunanya.

Bab 2: Pengenalan kepada Perenggan

Adakah anda nampak perbezaannya? Adakah perenggan berkenaan itu telah menjadi kurang
koheren?
B) Sinonim

Sinonim adalah perkataan yang mempunyai erti yang sama dan memberi penulis pelbagai
pilihan perkataan. Sinonim membantu pembaca untuk kekal berfokus pada idea yang sedang
dibincangkan.
Contoh:
Semakin ramai orang menghidap penyakit kronik mungkin kerana
pemakanan yang banyak mengandungi bahan pengawet. Makanan yang
diproses sepertimana dalam tin mengandungi bahan kimia supaya makanan
berkenaan tahan lama.

C) Kata Name

Ini, itu, ini, mereka, dia, ia, mereka dan kita adalah kata ganti nama yang diguna untuk
merujuk kepada sesuatu yang telah disebutkan sebelumnya. Bagaimana pun, anda perlu
memastikan bahawa apa yang anda merujuk adalah tepat dan jelas.
Pendapat bahawa perubatan moden merupakan penawar terbaik untuk
setiap jenis penyakit adalah tidak tepat. Ini terbukti apabila Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa 80% penduduk dunia
bergantung pada perubatan tradisional. Mereka tdak berupaya untuk
membeli makanan, apatah lagi bagi mendapatkan rawatan moden.

C) Kata Peralihan

Terdapat banyak perkataan yang menjadi petunjuk kepada pembaca dalam menghubung satu
ayat denga ayat yang lain. Kata atau rangkai kata yang menjadi jambatan atau penghubung
idea dalam penulisan untuk menghasilkan penceritaan yang lebih jelas. Kekata itu menjadi
penanda kepada pembaca bahawa penulis sedang membuat perbandingan, membuat
kesimpulan, memberi contoh, menunjukkan urutan masa, dan sebagainya. Contoh perkataanperkataan ialah bagaimana pun, oleh yang demikian, di samping itu, juga, tetapi,
tambahan pula dan lain-lain.
Contoh:
Lazimnya, ramai orang beranggapan bahawa wang yang
banyak membolehkan kita memiliki segala-galanya tetapi tanggapan
ini salah. Kesihatan tidak boleh dijual beli. Wang yang banyak tidak
dapat menyelamatkan seseorang dari cenkeman maut apabila dia
menghidap penyakit AIDS atau barah. Mungkin wang boleh boleh

Bab 2: Pengenalan kepada Perenggan

mendapatkanya rawatan terbaik di dunia tetapi apalah gunanya


kemewahannya itu jika dia harus menanggung kesakitan. Dengan
kata lain, kesihatan bukanlah sesuatu yang boleh didapati di manamana pasaran.
Beralih ke hujah selanjutnya, kekayaan belum tentu menjamin
kebahagian. Ini adalah kerana banyak lagi faktor lain yang turut
menentukan kebahagian seperti kasih sayang daripada keluarga,
teman atau pasangan, kepuasan diri dan ketenangan jiwa. Semua
ini tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Dapatkah seseroang
insan yang keseorang itu membeli kasih sayang yang sejati?
Demikian juga halnya dengan ketenangan jiwa. Bolehkah seseorang
itu tidur lena jika harus memikirkan cara untuk membuat duit atau
meraih keuntungan sepanjang masa?

Semasa menulis perenggan, adalah penting untuk memastikan ayat topik anda disokong.
Semak perenggan anda untuk memastikan bahawa anda telah membuat ia mudah untuk
pembaca memahami perenggan anda. Kekurangan penyatuan dan koheren dalam perenggan
sudah tentu akan menjejas kefahaman mesej yang hendak disampaikan dan ia pasti akan
mengecewakan pembaca anda.

Fawcett, S. & Sandberg, A. (2000). Evergreen: A guide to writing. Houghton Mifflin.

Hogue, A. and Oshima, A. (2006). Introduction to academic writing. Pearson


Education.

http://lrs.ed.uiuc.edu/students/fwalters/para.html 3.

http://lrs.ed.uiuc.edu/students/fwalters/para.html 4.

http://owl.english.purdue.edu/handouts/general/gl_cohere.html5

Anda mungkin juga menyukai