Anda di halaman 1dari 51

MEMBINA PERENGGAN YANG

BERSTRUKTUR
Perenggan bukan sekadar himpunan
ayat.

Perenggan bukan juga sekadar satu


himpunan kata-kata yang jumlahnya
sekian-sekian seperti yang biasa
dianjurkan kepada pelajar sekolah.
Perenggan ialah
satu unit wacana.

Setiap unsur dalam wacana, terutama ayat


harus memperlihatkan pertalian yang erat
antara satu dengan yang lain, sehingga
semua ayat dalam sesuatu unit wacana itu
kelihatan menjurus kepada sesuatu tema
atau pokok persoalan.
Peranan perenggan penghubung

Berperanan seperti perisian


Umpama organ penting yang
sebuah komputer. Sebuah
akan memastikan badan
komputer tidak akan beerti
berfungsi, menjadi jantung
apa-apa jika tidak ada
atau paru-paru.
perisiannya.
Cara membina perenggan penghubung atau perenggan isi
supaya terhasil satu wacana yang berstruktur

Perlu ketahui binaan atau struktur perenggan itu. Pada asasnya, ada
dua bahagian penting dalam sebuah perenggan.

Bahagian satu ialah isi penting yang hendak dikemukakan dalam


perenggan berkenaan. Isi penting ini dalam ayat yang lengkap
disebut judul.

Bahagian kedua ialah maklumat atau fakta sokongan yang


mengukuhkan isi penting. Maklumat itu boleh jadi data, huraian
lanjut, bahasan, perbandingan dan sebagainya.
Wacana (Karangan)

Perenggan Pendahuluan Kepala

Perenggan isi

Perenggan isi

Perenggan isi Badan

Perenggan isi

Perenggan isi

Perenggan Penutup Kaki


Contoh merupakan satu lagi unsur yang
dapat mengukuhkan isi penting. Dengan
memahami binaan sebuah perenggan
yang lengkap, perenggan yang utuh
dapat dihasilkan.

Dengan demikian, bentuk perenggan


yang mendatar yang sekadar
mendekatkan beberapa ayat untuk
memenuhi kuota jumlah kata tertentu
dapat dielakkan.
Perenggan yang utuh dapat digambarkan seperti
yang berikut:

Isi penting
(ayat judul)

Bahan sokongan
(pengembangan isi)
Langkah awal dalam proses mengarang

1. Menggariskan isi penting dalam bentuk rangka


karangan.

2. Isi yang telah digariskan perlu dikembangkan


menjadi.

3. Setiap isi utama perlu dikembangkan dalam satu


perenggan, lengkap dengan isi sokongan dan contoh.
Elakkan penggabungan dua atau lebih daripada dua
isi utama dalam satu perenggan.

MENGAPA?

Untuk mengelakkan sesuatu perenggan itu kehilangan


fokus dan mengelakkan pembaca keliru tentang isi
manakah yang hendak ditekankan oleh penulis dalam
perenggan itu.
Dalam penyusunan karangan, penulis perlu
mengembangkan ideanya satu per satu supaya pembaca
dapat mengikut jalan pemikirannya dengan baik.

Dalam hal ini, perenggan-perenggan penghubung dapat


dijadikan alat yang berkesan untuk penulis mengagih-
agihkan ideanya.

Binaan perenggan terdiri daripada ayat judul dan bahan


sokongan.
Contoh

“ Kaedah kaunseling ini bermula dengan


pembentukan kelompok yang melibatkan
pelajar-pelajar yang telah dikenal pasti.
Sebaik-baiknya, setiap kumpulan
hendaklah terdiri daripada yang
menghadapi masalah disiplin, ponteng
sekolah, masalah penyesuaian, serta
pelajar yang menunjukkan sikap acuh tak
acuh terhadap pelajaran.”

(Dipetik daripada rencana Ayob Jantan. “Kesedaran Tidak


Datang Sendiri,” Dewan Siswa November 1990, hlm.36)
Kaedah kaunseling ini bermula
dengan pembentukan kelompok Ayat judul
yang melibatkan pelajar yang telah (isi penting)
dikenal pasti

Sebaik-baiknya, setiap kumpulan


hendaklah terdiri daripada yang
menghadapi masalah disiplin, Bahan sokongan
ponteng sekolah, masalah (pengembangan
penyesuaian, serta pelajar yang isi)
menunjukkan sikap acuh tak acuh
terhadap pelajaran.
JENIS-JENIS PERENGGAN DAN
KAEDAH MEMBINANYA
Karangan sebagai wacana yang lengkap mempunyai tiga
bahagian

Pendahuluan

Penutup

Badan Karangan
Badan
Pendahuluan Penutup
Karangan

Dihasilkan dalam
bentuk perenggan
Bahan Sokongan
Ayat Judul (pengembangan
isi)

Bahagian penting dalam


pembinaan perenggan
penghubung (perenggan
isi)
Setiap perenggan tidak semestinya
bermula dengan ayat judul.

Ayat judul yang diikuiti dengan bahan sokongan


disebut sebagai perenggan deduktif.
Jenis-jenis
Perenggan

Perenggan Perenggan
Perenggan Induktif
Deduktif Gabungan
Perenggan deduktif dan perenggan induktif
sesuai dengan istilah dalam bidang falsafah
yang menunjukkan kaedah penghuraian sesuatu
konsep atau teori dengan lebih dahulu
mengemukakan perincian dan ditutup dengan
prinsip atau rumusan.

Perenggan induktif bermula dengan bahan


sokongan atau pengembangan isi dan
diakhiri dengan ayat judul yang mendukung
isi penting.
Secara perbandingan, binaan perenggan induktif dapat
dibezakan daripada perenggan deduktif berdasarkan
rajah di bawah:

Bahan Sokongan

Ayat
Judul

Rajah Binaan Perenggan Induktif.


Contoh Perenggan Induktif:

“Banyak industri sampingan yang tumbuh


sebagai hasil pembabitan Malaysia dalam
industri berat. Contoh, projek industri kereta
Proton Saga memerlukan beratus-ratus ribu
liter cat sebagai cat asas lapisan atas kereta.
Keperluan terhadap cat ini memberikan
peluang berkembangnya industri pembuatan
alat-alat ganti kereta. Pertumbuhan industri
sampingan seumpama itu memberikan faedah
yang besar kepada penduduk negara ini
daripada segi peluang peluang pekerja.”
Isi penting dalam perenggan itu merupakan industri
berat yang diceburi negara kita yang memberikan
faedah yang besar kepada penduduk dari segi
peluang pekerjaan.

Isi tersebut bukanlah ayat judul yang menyatakan


faedah yang diperoleh penduduk negara ini
daripada industri berat, dan ayat ini terletak di
hujung perenggan.

Oleh sebab ayat judul terletak di hujung perenggan,


dan bahan sokongan dikemukakan lebih awal, maka
perenggan tersebut termasuk dalam jenis perenggan
induktif.
Bentuk perenggan dengan menggunakan format
deduktif.

“Wujudnya industri berat di Malaysia memberikan faedah


yang besar kepada penduduk negara ini dari segi peluang
pekerjaan. Peluang pekerjaan yang banyak akan muncul
dengan tumbuhnya pelbagai industri sampingan yang
berkaitan dengan sesuatu projek industri besar. Contohnya,
projek industri kereta Proton Saga sebagai salah satu jenis
industri berat memerlukan beratus-ratus ribu liter cat pula.
Di samping itu, industri pembuatan alat ganti kereta akan
berkembang juga. Semua ini membuka peluang pekerjaan
yang banyak.”
Dalam perenggan ini, jelas bahawa
ayat judul yang mendukung isi
utama dikemukakan pada bahagian
awal perenggan, sementara bahan
sokongan dikemukakan kemudian.

Perenggan ini
disebut sebagai
perenggan deduktif.
Perenggan gabungan antara deduktif dengan induktif.

Dalam perenggan jenis ini, ayat judul


mendukung isi utama dikemukakan dua kali,
iaitu pada awal perenggan dan juga pada akhir
perenggan.

Antara kedua-duanya, diberikan bahan sokongan.

Perenggan ini jauh lebih canggih dan berkesan


berbanding dengan perenggan-perenggan
sebelum ini.
Hal ini demikian kerana dengan mengemukakan isi utama di awal
dan hujung perenggan, pembaca pasti lebih mudah untuk
memahami isi yang hendak disampaikan oleh penulis.

Kaedah ini amat besar peranannya apabila hendak menghasilkan


karangan yang bersifat persuasif.
Binaan perenggan gabungan deduktif – induktif dapat
digambarkan pada rajah di bawah:

Ayat judul

Bahan
Sokongan

Ayat judul

Rajah Binaan Perenggan Gabungan Deduktif – Induktif.


Contoh perenggan gabungan deduktif – induktif:

“Selain itu, pendidik perlu berusaha untuk


memupuk kecemerlangan dalam kalangan pelajar
sebagai perancang, fasilitator, dan pengurus
pemelajaran. Pada suatu ketika dahulu, peranan
tersebut dimainkan oleh pihak pentadbir sekolah,
tetapi kini sebahagian besarnya diserahkan kepada
guru. Contohnya, guru perlu merancang jenis-jenis
alat bantu, memberikan khidmat nasihat kepada
pelajar yang memerlukannya, dan memastikan
objektif pengajaran tercapai. Dengan adanya
kesedaran para pendidik tentang peranan-peranan
ini, kecemerlangan dalam kalangan pelajar akan
dapat dicapai, bukan sahaja daripada segi
akademik, bahkan juga daripada segi rohani”.
Isi penting yang hendak dikemukakan oleh penulis ialah
kesedaran dalam kalangan para pendidik tentang peranan
yang mencabar yang seharusnya dilakukan oleh mereka.

Isi ini dikemukakan pada awal perenggan dan


dikukuhkan dengan bahan sokongan.

Pada akhir perenggan, isi penting tadi diulang lagi dengan


cara yang agak berlainan tetapi masih tentang isi itu juga.
Anda bebas memilih mana-mana jenis
perenggan yang sesuai untuk menghasilkan
karangan anda.

Tiada halangan sama sekali untuk anda


menggabungkan kesemua jenis perenggan itu
dalam karangan anda kerana kepelbagaian
jenis perenggan dapat juga membantu
menghidupkan karangan anda.
SYARAT-SYARAT
PERENGGAN YANG UTUH
SYARAT PERENGGAN YANG UTUH

Ibarat rumah atau bangunan yang rapi dan teguh.

Kerapian dan keteguhan rumah itu banyak bergantung pada


pertukangan.

Demikianlah halnya dengan perenggan yang memerlukan


pengolahan secara rapi.
SYARAT PERENGGAN YANG UTUH

Kesatuan
perenggan

Kepaduan Perkembangan
1. KESATUAN PERENGGAN

Bererti bahawa sesebuah perenggan yang dihasilkan hendaklah


sedapat-dapatnya menjurus kepada satu hal atau idea sahaja.

Pembaca dapat mengikuti jalan fikiran penulis dengan teratur.

Kesatuan idea berfokus pada satu idea pokok yang merupakan


isi utama.
Ayat Judul

Perenggan yang
Kesatuan perenggan
Idea pokok sesebuah memenuhi ciri
berkaitan secara
perenggan terletak kesatuan bertitik
langsung dengan
pada ayat judul. tolak daripada ayat
ayat judul.
judul.
2. KESEPADUAN

Anda memerlukan
Berkaitan dengan
keupayaan menjalin ayat-
perenggan yang dijalin
ayat dalam sesebuah
dengan baik sehingga
perenggan sehingga setiap
urutan idea atau maklumat
ayat memperlihatkan
menjadi teratur dan tidak
pertalian antara satu
melompat-lompat.
dengan yang lain.
Rajah 18 Pertalian ayat-ayat dalam perenggan.

Ayat 1 Ayat 2

Ayat 3 Ayat 4

Ayat 5 …
KAEDAH MENGHASILKAN
PERENGGAN YANG
BERSEPADU
1. Pengulangan Kata atau Frasa
dalam Ayat

“Ekonomi kita belum betul-betul pulih.


Ekonomi kita belum mengizinkan kita
berbelanja lebih. Harga komiditi kita masih
rendah. Imbangan dagangan kita pun masih
rendah. Oleh itu kita perlu menghadapi
kenyataan ini dengan realistik. Kita perlu
menyesuaikan tabiat berbelanja kita dengan
keadaan baru kini.”
a. Dalam contoh di atas, dapat diperhatikan pengulangan
frasa-frasa tertentu untuk memperlihatkan pertalian di antara
satu ayat dengan satu ayat yang lain.

b. Dapat diperhatikan frasa ekonomi kita belum diulang dua


kali untuk menekankan situasi ekonomi.

c. Gambaran tentang situasi itu dikukuhkan atau


dikembangkan dengan ayat ketiga dan ayat keempat.
d. Dalam kedua-dua ayat itu, dapat kita lihat
pengulangan frasa.

e. Ayat kelima dan keenam yang daripada segi


ideanya masih tetap berkaitan dengan idea dalam
ayat-ayat sebelumnya memperlihatkan pengulangan
frasa kita perlu.
2. Menggunakan Penanda Wacana

Kata atau frasa yang menghubungkan atau merangkaikan


satu ayat dengan ayat yang lain atau satu perenggan
dengan perenggan yang lain.

Kata atau frasa perangkai itu bertugas mempertalikan


idea yang terdapat dalam satu ayat dengan ayat yang
sebelumnya.
Jenis Penanda Wacana

1. Melanjutkan idea sebelumnya.

2. Menunjukkan pertentangan dengan


idea dalam ayat sebelumnya.
Contoh Penanda Wacana
jenis pertama

Selain itu Demikian juga Di samping itu

Oleh itu Maka Maka itu


Setelah itu Jadi Selanjutnya

Dengan
Sementara itu
demikian
Namun Namun demikian Bagaimanapun

Walau Meskipun
Sebaliknya
bagaimanapun demikian
Penanda Wacana

Dengan menggunakan penanda wacana tersebut, dapat dijalin


idea atau gagasan yang hendak dikemukakan dengan lancar.

Hendaklah diingat bahawa penggunaan penanda wacana itu


harus sesuai dengan maksud dan tempatnya.

Tidak semua ayat mesti bermula dengan penanda wacana kerana


jalinan idea dapat juga terhasil dengan cara yang lain.
3. KEUPAYAAN MENGEMBANGKAN TEMA ATAU IDEA
POKOK.

Sesuatu idea atau maklumat tidak akan jelas


kepada pembaca jika tidak disertai
penerangan lanjut.

Inilah yang perlu ada dalam perenggan yang


utuh di samping adanya idea pokok.
Sesebuah perenggan yang lengkap ialah yang
terdiri daripada dua komponen utama iaitu:

Ayat judul (idea pokok)

Perkembangan ( uraian lanjut,


peribahasa, perbincangan, data, dan
contoh.
RUMUSAN

Berilah perhatian kepada


Perenggan yang utuh
pembinaan perenggan
menjadi prasyarat
menurut kaedah yang
karangan yang utuh.
betul.

Anda mungkin juga menyukai