Anda di halaman 1dari 4

macam-macam,

saja

Boneka
(dari
bahasa Portugis
boneca) adalah
sejenis mainan
yang
dapat
berbentuk
terutamanya manusia atau hewan, serta
tokoh-tokoh fiksi. Boneka bisa dikatakan salah satu mainan
yang paling tua, karena pada zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir kuno
boneka
sudah
ada.
Namun
fungsi, bentuk,
maupun bahan
pembuatnya
ternyata berbeda
sekali
antara
dulu
dan
sekarang.

Umumnya boneka dibuat sebagai mainan anak-anak, namun


terkadang
digunakan untuk fungsi fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat gaib
ataupun mistik misalnya berupa upacara upacara ritual keagamaan pada zaman dulu, permainan
jelangkung, sihir ataupun upacara pemanggilan roh. Seringkali boneka ditemukan pada makammakam kuno atau situs-situs sejarah maupun prasejarah.

JENIS-JENIS BONEKA

Boneka boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan terutama untuk pelajaran Bahasa
atau Pendidikan Moral. Beberapa jenis boneka boleh dihasilkan untuk kegunaan guru termasuklah;
(a) Boneka Tangan (b) Boneka Lidi/ kayu (c) Boneka Bertali (d) Wayang Kulit
(a)BONEKA TANGAN

Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis
ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.
Hand Puppet atau boneka tangan boleh berbentuk binatang untuk diperkenalkan kepada kanakkanak tentang binatangseperti lembu, kuda, ayam, kambing dan sebagainya. Dibuat dari bahan yang
lembut dan dapat dicuci. Hand puppet atau boneka tangan, boleh menghiburkan kanak-kanak. Selain
mengeratkan hubungan kekeluargaan dapat juga melatih mereka berekspresi dan membantu kanakkanak bertutur dengan lebih cepat.
(b) BONEKA LIDI

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada
badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang akan digerakkan semasa
menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk
menggerakkan anggota badan boneka tersebut.

(c) Boneka Bertali


Boneka Bertali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti paper mache, plasterof-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh
bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka
tersebut bergerak.
Wayang gantung dibawa ke Singkawang dari China daratan pada tahun 1929.

WAYANG KULIT
PENGENALAN
Wayang Kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang.
Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri dari pelbagai watak methologi dan khayalan
dilarikan oleh seorang Dalang. Persembahan wayang kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan
muzik paluan atau gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab).

PERANAN WAYANG KULIT DALAM KONTEKS SOSIO BUDAYA


MASYARAKAT

Pelbagai bentuk dan jenis wayang kulit boleh didapati di Asia dan lebih-Iebih lagi di Tenggara Asia.
Setiap jenis mempunyai bentuk dan wataknya yang tersendiri dan agak berbeza dari satu kawasan
atau latar belakang masyarakat kepada yang lain. Hari ini di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat
empat jenis wayang kulit dan setiap satu mencerminkan pengaruhpengaruh
masyarakat dan juga kebudayaan yang telah mempengaruhi masyarakat itu. Terdapat empat jenis
wayang kulit di Semenanjung Malaysia iaitu:
i) Wayang Kelantan (disampaikan dalam bahasa Melayu loghat
Kelantan dan berasas kepada pengaruh Patani).
ii) Wayang Melayu (disampaikan dalam bahasa Melayu berpengaruh
Jawa)

iii) Wayang Purwo (disampaikan dalam dalam bahasa Jawa dan diselit
dengan dengan bahasa Melayu tempatan).
iv) Wayang Gedek (lazimnya disampaikan dalam bahasa Thai dan
bahasa Melayu loghat tempatan).
Dari keempat-empat jenis wayang kulit ini yang pertama dan kedua didapati di Kelantan dan negerinegeri Pantai Timur, yang ketiga terdapat di bahagian Selatan Pantai Barat Semenanjung
terutamanya di Johor dan yang keempat terdapat di negeri Kedah, Perlis dan beberapa negeri utara
Pantai Barat Semenanjung.
Pada asasnya kesemua bentuk atau jenis wayang kulit yang terdapat di Semenanjung Malaysia
mempunyai pengaruh-pengaruh samada dari Jawa atau Patani (Selatan Thai) tetapi dalam
perkembangannya semua pengaruh ini telah mengalami perubahan dan penyesuaian mengikut
penerimaan dan konteks masyarakat tempatan. Perkara ini berlaku adalah kerana wayang kulit
pada dasarnya merupakan satu alat perhubungan masyarakat di samping satu rupa pengutaraan
kesenian.
Pada asasnya, aliran cerita, bentuk patung-patung dan watak masih lagi mengekalkan keaslian dan
pengaruh asalnya tetapi pada adegan-adegan kelakar 'comic relief' yang sering terdapat di sepanjang
cerita wayang kulit itu, ianya jelas mengemukakan unsur-unsur tempatan dari segi bahasa dan juga
peristiwa-peristiwa yang digambarkan. Oleh itu, wayang kulit sebenamya boleh dinikmati (hayati)
dalam dua peringkat. Kedua-duanya mempunyai peranan yang penting.
Rupa bentuk Boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Lidi-lidi
halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka
ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang
boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota
boneka.
Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya
dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.

Anda mungkin juga menyukai