Anda di halaman 1dari 35

1.

0 PENGENALAN

Setiap manusia yang normal akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan


dari segi aspek fizikal, kognitif, sosioemosi dan personaliti sejak mereka
dilahirkan sehinggalah menjadi remaja, dewasa dan tua. Sebagai seorang bakal
guru, saya perlu peka dan prihatin dengan perubahan perkembangan terhadap
murid-murid supaya mereka dapat mencapai pertumbuhan dan perkembangan
dari pelbagai aspek ke tahap yang maksimum.

Pertumbuhan ialah suatu peningkatan jumlah dan ukuran yang bersifat


kuantitatif, iaitu boleh diukur dan dibezakan dengan pandangan mata kasar
manusia (Wong, Khairuddin, Maridah, Rashinawati dan Azlina, 2013). Menurut
Mohd Sharani (2007), pertumbuhan adalah suatu peningkatan ukuran badan
yang dapat diukur dengan meter (m) atau sentimeter (cm) untuk ketinggian
badan serta kilogram (kg) dan gram (g) bagi berat badan seseorang individu.
Oleh itu, setiap kanak-kanak mempunyai potensi genetik yang berbeza-beza
bagi pertumbuhan mereka.

Manakala, perkembangan pula ditakrifkan sebagai perubahan kualitatif iaitu


perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif, tetapi perubahan yang
nyata berlaku memperlihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang
terlebih dahulu (Zainuddin, 2008). Contohnya, penguasaan kemahiran berfikir
kritis dan kreatif atau penguasaan kemahiran bersosial seorang kanak-kanak.
Perkembangan merupakan peningkatan penampilan dan potensi kanak-kanak
secara berperingkat-peringkat dan berterusan. Hasilnya dapat dilihat melalui
perkaitan di antara proses kematangan dan pembelajaran mengikut aturan
semula jadi.

Oleh yang demikian, tugasan ini akan membincangkan faktor-faktor yang


mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Seterusnya, membuat perkaitan
faktor-faktor yang mempengaruhi peringkat perkembangan kanak-kanak dengan
teori-teori perkembangan yang berkaitan dari aspek fizikal, kognitif, sosioemosi
dan kendiri kanak-kanak.

2.0 TEORI KEMATANGAN ARNOLD GESELL

Dalam teori kematangan ini, Gesell memfokuskan kepada kematangan individu


di mana dalam proses kematangan ini ia dipengaruhi oleh dua faktor iaitu faktor
baka dan persekitaran yang menjadi penggerak utama kepada pertumbuhan dan
perkembangan fizikal kanak-kanak itu (Fizi Apis, 2010).

Semasa perkembangan bayi, mereka belajar duduk, berdiri, berjalan dan


berlari jelas beliau selanjutnya. Keupayaan tersebut juga berkembang dalam
urutan yang spesifik. Mereka muncul dengan pertumbuhan saraf yang berbeza
dari segi kepantasan perkembangan. Mereka juga tidak berdiri dan berjalan pada
umur yang sama. Walau bagaimanapun, mereka melalui urutan yang serupa.
Oleh itu, beliau menyatakan perbezaan individu dalam kepantasan pertumbuhan
dikawal sepenuhnya oleh mekanisme genetik dalaman.

Selain

itu,

persekitaran.

kesan

Faktor

kematangan
persekitaran

dapat
ini

dibandingkan

penting.

dengan

Kematangan

kesan

menyokong

pertumbuhan yang baik tetapi mereka tidak memainkan peranan terus dalam
struktur urutan perkembangan dan bentuk tingkah laku. Sebaik sahaja bayi
dilahirkan, ia memasuki jenis persekitaran yang berbeza, bukan sahaja
persekitaran yang bertemu dengan kehendak fizikal tetapi persekitaran sosial

dan budaya yang cuba menggalakkannya berkelakuan dalam cara yang


sewajarnya.

Tuntasnya, Gesell lebih menitik beratkan keupayaan ibu bapa untuk


mengajar kanak-kanak akan perkara terdahulu daripada jadual seperti dalam
Jadual 1 (rujuk lampiran). Kanak-kanak akan duduk, berjalan dan bercakap
apabila mereka bersedia dan sistem saraf sudah matang sepenuhnya. Pada
masa yang sesuai mereka mula menguasai sesuatu tugasan yang datang dari
keinginan sendiri.

3.0 TEORI TUGAS PERKEMBANGAN ROBERT HAVIGHRUST

Berdasarkan teori tugas perkembangan Robert Havighurst, beliau menyatakan


bahawa perkembangan seseorang kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh faktor
persekitaran. Beliau memfokuskan kepada keadaan sekeliling atau persekitaran
di mana tempat seseorang kanak-kanak itu membesar yang akan memberi dan
meninggalkan impak sama ada positif atau negatif bergantung kepada ibu bapa
yang mencorakkan mereka. Contoh persekitaran yang mempengaruhi kanakkanak ialah dari segi pemakanan, rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan media
elektronik (Ee Ah Meng, 1997).

Bagi faktor persekitaran seperti pemakanan, ia dapat dilihat melalui makanan


yang diambil oleh ibu semasa mengandung adalah seimbang dan berzat.
Dengan ini, bayi di dalam kandungan akan membesar dengan sempurna dan
sihat. Jika sebaliknya, berkemungkinan bayi akan mendapat penyakit. Hal ini
kerana di dalam badan bayi kurangnya enzim selepas di lahirkan. Seterusnya,
bagi pemakanan untuk kanak-kanak adalah perlu diberi dengan makanan yang

seimbang berdasarkan piramid makanan. Oleh itu, ianya akan membantu kanakkanak membesar dengan sihat dan cergas.

Seterusnya, faktor persekitaran lain ialah rakan sebaya. Havighurst


menyatakan jika seseorang kanak-kanak itu berkawan dengan kawan yang
manja, maka kanak-kanak itu akan sedikit sebanyak cenderung untuk menjadi
manja dan inginkan belaian dan kasih sayang dari ibunya. Sekiranya dia tidak
mendapat perkara yang diinginkan seperti apa yang diperoleh kawannya, maka
kanak-kanak itu akan cuba untuk memberontak. Hal ini menunjukkan faktor
persekitaran memainkan peranan yang penting dalam perkembangan seseorang
kanak-kanak.

Selain itu, faktor persekitaran seperti bahan bacaan adalah penting dalam
perkembangan kanak-kanak kerana ia akan memberi pengaruh yang besar
kepada pembaca. Jika bahan yang dibaca berfaedah dan bermanfaat, maka
selamatlah kanak-kanak tersebut begitu juga sebaliknya. Dari sini, kita sebagai
ibu bapa dan guru perlulah sentiasa membimbing dan membantu kanak-kanak
dalam membentuk peribadi mereka supaya menjadi insan yang berguna kepada
masyarakat, bangsa dan negara kelak. Menurut Havighurst, ibu bapa mahupun
guru terutamanya perlulah menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat
untuk kanak-kanak membesar dengan sempurna. Ini akan membantu kanakkanak untuk berjaya.

Ini dibuktikan lagi dalam Teori Robert Havighurst menyatakan bahawa setiap
individu perlu membesar dan berkembang dengan melalui sebanyak 10
peringkat seperti dalam Jadual 2 (rujuk lampiran). Beliau memberitahu bahawa,
jika seseorang individu itu tidak dapat mencapai tugas-tugas dalam setiap
peringkat, maka dia akan berasa sedih dan kecewa. Ini akan cenderung kepada
perkembangan kanak-kanak tersebut menjadi lewat dan tidak setaraf dengan

kanak-kanak normal. Maka untuk membanteras gejala ini dari berlaku, guru
perlulah menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat kanak-kanak
seperti aktiviti dalam bentuk permainan mahupun lakonan. Hal ini dapat
membentuk kreativiti kanak-kanak.

Jadi ini dapat disimpulkan bahawa setiap perkembangan yang dialami oleh
kanak-kanak perlulah dengan kerelaan kanak-kanak itu sendiri, bukan dengan
paksaan yang diberikan oleh ibu bapa kerana dengan paksaan akan
membuatkan kanak-kanak itu tidak berupaya untuk berdikari sendiri dan akan
memberi kesan yang dalam terhadap perkembangan mereka.

4.0 TEORI PENGULANGAN G. STANLEY HALL

G. Stanley Hall memfokuskan kepada teori pengulangan yang memfokuskan


kepada psikologi genetik dan pendidikan. Teori ini menekan bahawa setiap
individu akan melalui proses perubahan dari segi daya pemikiran dan deria fizikal
selaras dengan perkembangan minda dan tubuh badan. Beliau juga percaya
bahawa setiap kanak-kanak boleh berkembang dengan pesat sekiranya tidak
dipaksa. Ini bermakna, kematangan dari aspek baka memainkan peranan
penting dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak itu. Kematangan
saraf dan fizikal kanak-kanak itu akan menentukan keupayaan kanak-kanak
untuk menguasai sesuatu kemahiran itu. Oleh itu, Hall mengatakan bahawa ibu
bapa perlu mengetahui akan setiap tahap perkembangan anak-anak mereka
kerana dengan mengetahui perkembangan anak-anak mereka boleh membantu
anak-anak dengan mempelbagaikan aktiviti yang boleh membantu pertumbuhan
dan perkembangan anak-anak mereka. Ibu bapa juga disarankan oleh Hall untuk
membimbing perkembangan semula jadi anak mereka untuk membolehkan anak
mereka membesar dengan sempurna. Hall memperkenalkan tiga peringkat

dalam perkembangan kanak-kanak iaitu dari lahir sehingga meningkat remaja


seperti dalam Jadual 3 (rujuk lampiran) (Fizi Apis, 2010).

5.0 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA

Terdapat tiga teori perkembangan kognitif dan bahasa, iaitu teori pemerolehan
bahasa behavioris, nativist dan interaksionalis.

5.1 Teori Pemerolehan Bahasa Behavioris

Teori pemerolehan bahasa behavioris menekankan kepentingan persekitaran


dalam pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang
dipelopori oleh B. F. Skinner. Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanakkanak berlaku apabila ibu bapa atau anggota keluarga mengajar kanak-kanak
bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanakkanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang
diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang
berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah
pujian seperti pandai, senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain
yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap. Skinner juga mengatakan
bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan keupayaan mempelajari
bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia yang
dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori
Behavioris iaitu rangsangan tindak balas. Oleh itu, persekitaran mempunyai
pengaruh yang sangat penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan
persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanakkanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Manakala peneguhan yang diberi
6

akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya (Azizi Yahaya,


2005).

5.2 Teori Pemerolehan Bahasa Nativist

Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky yang mengatakan bahawa


pemerolehan bahasa berlaku secara nativist atau mentalis. Menurutnya, kanakkanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal.
Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari
bahasa apa sahaja. Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu
Hipotesis Nurani (The Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak
manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak
manusia telah dilengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali
sebagai LAD (Language Acquisition Device) (Azizi Yahaya, 2005). Bagi
menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan
iaitu;

i.

proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama;

ii.

proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan


(anak yang IQ-nya rendah juga memperoleh bahasa pada masa dan
cara yang hampir sama);

iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau
emosi kanak-kanak;
iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan
sama.

Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari


bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah berikut;

1. Wujudnya

unsur-unsur kesejagatan

dalam sesuatu

bahasa

iaitu

kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan


kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa;
2. Bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperoleh
tanpa keupayaan sejadi;
3. Anak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga
5 tahun dan tanpa keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.

5.3 Teori Pemerolehan Bahasa Interaksionalis

Teori Interaksionalis telah dipelopori oleh Halliday. Antara ahli-ahli bahasa yang
turut menunjangi teori ini adalah seperti Bloom (1979), Bowennan (1973-1976)
dan juga Grommer (1976). Mereka bersependapat bahawa kebolehan kognitif
sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak itu.
Ini berikutan dengan kemahiran kognitif kanak-kanak yang hanya membolehkan
mereka mentafsir makna tetapi tidak menjamin tafsiran tersebut boleh
dinyatakan atau dilahirkan dalam bentuk bahasa (Azizi Yahaya, 2005).

Menurut pandangan ahli-ahli interaksionalis, kanak-kanak perlu didedahkan


kepada interaksi linguistik bagi menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan
tepat. Mereka juga menganggap bahawa penyampaian semantik (makna) adalah
penting, dan harus berjalan seiringan dengan struktur bahasa agar para pelajar
dapat menggunakan sistem bahasa dengan betul.

Teori Interaksionalis memandang pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi


dan proses ini melibatkan mental dan linguistik. Teori ini turut menekankan
pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa
dalam sesuatu pembelajaran itu. Seseorang pelajar harus boleh menggunakan
struktur-struktur bahasa dengan betul terutamanya dari segi tatabahasa dan
makna. Ini adalah penting bagi membolehkan mereka berkomunikasi dalam
masyarakat dengan baik dan berkesan. Guru-guru disarankan supaya memberi
banyak latihan kepada murid-murid. Terdapat tiga prinsip aliran Interaksionalis,
iaitu;

a. Prinsip pertama: Makna adalah lebih diutamakan dalam setiap


komunikasi bahasa.
b. Prinsip kedua: Mementingkan unsur iaitu makna dan juga struktur
bahasa.
c. Prinsip ketiga: Penumpuan terhadap aktiviti-aktiviti yang bermakna.

6.0 TEORI PEMBELAJARAN PIAGET

Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih. Beliau berasal dari
Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk menghuraikan
perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh
berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila
berinteraksi dengan persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering kala
dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur
pemikiran manusia (Azizi Yahaya, 2005). Terdapat empat konsep utama yang
dicadangkan oleh Piaget dalam penyelidikan tentang proses pembelajaran yang
terdiri daripada skema, asimilasi, akomodasi dan ekuilibrasi yang terdapat dalam
Jadual 4 (rujuk lampiran).

Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan


mereka yang tersendiri. Dengan ini, kanak-kanak yang di dalam satu darjah itu
bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlain
kecepatan

perkembangan

kognitif.

Piaget

juga

berpendapat

bahawa

perkembangan kognitif itu berlaku secara berperingkat-peringkat dan peringkat


yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-peringkat
seterusnya kerana peringkat awal tersebut merupakan peringkat asas bagi
peringkat seterusnya.

Paiget mendapati kemampuan mental manusia muncul di tahap tertentu


dalam proses perkembangan yang dilalui. Beliau telah membahagikan
perkembangan kognitif kepada empat tahap mengikut umur (Azizi Yahaya,
2005). Tahap-tahap perkembangan itu ialah:

a) Tahap sensori motor atau deria motor (sejak lahir 2 tahun)


b) Tahap praoperasi (2-7 tahun)
c) Tahap operasi konkrit (7-11 tahun)
d) Tahap operasi formal (11-15 tahun)

7.0 TEORI ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL LEV VYGOTSKY

Merujuk Vygotsky, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah bergantung


kepada interaksinya dengan orang-orang berkepentingan di sekelilingnya. Beliau
tidak bersetuju dengan pandangan Piaget yang kanak-kanak membina
pengetahuan secara sedirian dan membentuk realiti secara sendirian. Beliau

10

telah mengemukakan empat konsep atau tema utama untuk menerangkan


teorinya (Sebestiammal Selvam, 2012). Antaranya ialah pendekatan sosiobudaya, zon perkembangan proksimal, bantuan perancah (scaffolding) dan
perkembangan bahasa.

a) Pendekatan sosio-budaya
Dalam pendekatan sosio-budaya, Vygotsky telah memerhati dan mengkaji
peranan budaya dan komunikasi interpersonal kepada perkembangan
kognitif

kanak-kanak.

Beliau

berpendapat

bahawa

perkembangan

pembelajaran berlaku dalam konteks sosial, iaitu melalui persekitaran dunia


kanak-kanak yang dikelilingi dengan orang dewasa yang berinteraksi dengan
mereka sejak dilahirkan (Sebestiammal Selvam, 2012).

b) Zon perkembangan proksimal


Zon perkembangan proksimal atau Zone of Proximal Developmnet (ZPD)
merupakan celah antara actual development dan potential development, di
mana antara apakah tindakan yang diambil oleh seorang anak tanpa
bantuan orang dewasa dan apakah tindakan yang dapat dilakukan oleh
seorang anak dengan arahan orang dewasa atau kerjasama dengan teman
sebaya. Maksud dari ZPD adalah menitikberatkan ZPD pada interaksi sosial
akan

dapat

memudahkan

perkembangan

anak.

Menurut

Vygotsky,

pembelajaran aktif berlaku dalam zon ini .Vygotsky telah memfokuskan


kepada hubungan sosial kanak-kanak dalam konteks sosio-budaya dan
mendapati bahawa mereka menggunakan alat-alat kebudayaan iaitu bertutur
dan menulis untuk memahami lingkungan sosial mereka. Beliau juga
percaya bahawa proses internalisasi melalui alat-alat kebudayaan ini yang
menyebabkan kemampuan berfikir kanak-kanak maju ke aras kognitif yang
lebih tinggi (Sebestiammal Selvam, 2012).

11

c) Bantuan perancah (Scaffolding)


Konsep scaffolding ataupun bantuan perancah membawa maksud suatu
bantuan atau bimbingan kepada murid bagi menyiapkan sesuatu tugasan
yang tidak dapat diselesaikan tanpa mendapat bantuan daripada guru.
Menurut Vygotsky, guru dapat merangsang zon ini dengan memberikan
peluang yang banyak kepada murid bergerak balas yang mencakupi
kemahiran dan kebolehan yang boleh dilakukan oleh murid secara
bersendirian serta lain-lain kemahiran yang memerlukan bantuan guru
(Sebestiammal Selvam, 2012).

d) Perkembangan bahasa
Vygotsky

juga

pengetahuan

lebih
dan

menitikberatkan

perkembangan

bahasa

kognitif.

dalam

pemerolehan

Menurut

beliau,proses

penguasaan bahasa berkembang dengan kebolehan berkomunikasi dan


berinteraksi secara sosial dengan orang lain. Bahasa dan pemikiran
berkembang secara tersendiri dan meningkat dalam tahap kesukaran.
Mereka juga belajar menggunakannya sebagai alat komunikasi untuk
menyelesaikan masalah seperti meminta untuk susu apabila mereka lapar
(Sebestiammal Selvam, 2012).

8.0 TEORI PSIKOSOSIAL ERIK ERICKSON

Berdasarkan teori Erik, individu berkembang menerusi pembukaan lipatan


personaliti yang telah ditentukan melalui lapan peringkat. Menurut Erickson,
setiap peringkat perkembangan sosioemosi merupakan krisis prsikososial yang
perlu diselesaikan sebelum seseorang dapat bergerak ke peringkat yang
seterusnya. Sekiranya, individu gagal menyelesaikan krisis tersebut, maka di
12

peringkat perkembangan yang berikutnya akan terjejas (Azizi Yahaya, 2005).


Oleh itu, beliau telah mengemukakan lapan peringkat perkembangan sosioemosi
seperti yang terdapat dalam Jadual 5 (rujuk lampiran).

9.0 TEORI PERKEMBANGAN MORAL PIAGET

Teori Perkembangan Moral Piaget adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan


pertanyaan. Menurut Mok Soon Sang (2008), asas utama perkembangan moral
adalah berdasarkan kepada undang-undang. Piaget membuat teori berdasarkan
pemerhatiannya kepada kanak-kanak yang bermain guli. Ketika bermain, kanakkanak perlu mengambil kira isu-isu keadilan dan undang-undang permainan.
Melalui cara itulah kanak-kanak mengeksplorasi perkembangan moral mereka.

Piaget berpendapat, moral kanak-kanak lebih berkembang berdasarkan


interaksi kanak-kanak dengan rakan-rakan mereka berbanding interaksi dengan
ibu bapa mereka. Bagi Piaget, ibu bapa lebih kepada peringkat yang kurang
matang kerana hubungan ibu bapa dengan anak-anak lebih kepada cara hadiah
dan hukuman atau untuk mempromosikan kepercayaan bahawa penilaian moral
itu bergantung kepada kuasa orang dewasa. Manakala, rakan-rakan pula lebih
mengutamakan pertukaran (reciprocity) dan hak kesamarataan antara mereka
untuk mempertahankan perhubungan sosial mereka.

Piaget kemudiannya membahagikan perkembangan moral kepada tiga


peringkat, pertama Premoral Period, iaitu peringkat di mana kanak-kanak belum
lagi memahami undang-undang, kerjasama dan matlamat-matlamat yang
berkaitan dengan permainan; kedua, Heteronomous Morality Stage, iaitu
perkembangan kanak-kanak selepas lima tahun. Ketika ini kanak-kanak mula
mengambil berat atau sedar tentang undang-undang dan cara untuk menang;

13

dan ketiga, Moral Realism peringkat paling akhir di mana kanak-kanak sudah
memiliki sense of moral realism iaitu, alasan kepada kenapa perlu mengikut
undang-undang tatkala bermain.

10.0 TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOHLBERG

Terdapat tiga peringat perkembangan moral menurut Kohlberg (Mok Soon Sang,
2008). Antaranya ialah;

i.

Peringkat Prakonvensional

Pada peringkat ini, perkembangan moral bergantung kepada faktor-faktor luaran.


Kanak-kanak perlu patuh untuk mengelakkan dihukum atau untuk mendapatkan
hadiah. Orientasi hukuman dan patuh ini adalah:
a) Memotivasikan kanak-kana untuk melakukan sesuatu yang bermoral
bagi mengelakkan hukuman.
b) Instrumental purpose, di mana kanak-kanak percaya kepada undangundang mana yang perlu diikut terutamanya kepada perkara yang ada
keseronokan (best interest) bila melakukan. Dalam peringkat ini, kanakkanak

akan

mengambil

kira

kepentingan

orang

lain

meskipun

keseronokan tersebut membabitkan dirinya.

ii. Peringkat Konvensional


Peringkat ini bermula seawal usia 13 sehingga 14 tahun. Pada peringkat ini
individu lebih berusaha untuk menangani pujian dan pengiktirafan bila
melakukan perkara baik mempertahankan social order. Pada peringkat ini, wujud
orientasi bersifat interpersonal oreintation. Iaitu membuat atau melakukan

14

perkara baik lebih kepada hendak menyukakan kepada orang lain atau individu
akan lebih bermotivasi apabila orang lain melihat perkara yang mereka buat itu
baik dan menarik. Orientasi ini kemudian akan diikuti dengan social order
maintainence orientation, iaitu individu atau remaja mula ada kepercayaan yang
undang-undang perlu untuk mempertahankan social order dan sistem akan huru
hara sekiranya orang tidak mematuhi undang-undang tersebut.

iii. Peringkat Akhir Konvensional


Peringkat ini berlaku apabila individu mula komited terhadap set of princip yang
dikongsi bersama piawaian moral yang ditanam dan menjadi sebahagian
daripada

individu.

Tindakan

moral

individu

lebih

kepada

patuh

untuk

menegakkan undang-undang dan kontrak yang melindungi hak orang ramai.


Pada peringkat ini, individu mula ada kesedaran dan keinginan untuk melakukan
yang terbaik bagi memenuhi kepuasan orang ramai. Bagi Kohlberg, orientasi
terakhir pada peringkat ini yang disebut universal etihcal-principle, iaitu
menganggap yang baik dan buruk pada suatu perkara lebih kepada pilihan
individu sendiri berbanding dengan abstrak moral, prinsip keadilan universal dan
hormat terhadap semua individu. Jadi apabila undang-undang yang melanggar
prinsip moral, maka individu perlulah mengikut prinsip moral berbanding undangundang yang digubal

11.0 TEORI PERAPATAN AINSWORTH

Ainsworth dan rakan-rakannya (dalam Lefrancois, 2001) telah mengemukakan


satu prosedur iaitu The Strange Situation Procedure untuk menilai perapatan
bayi (infant attachment) dengan penjaga berdasarkan tahap tekanan dan
kerisauan yang dialami oleh bayi dalam episod perpisahan dan pertemuan
dengan penjaga atau ibu. Beliau telah membahagikan perapatan bayi kepada

15

tiga jenis iaitu perapatan selamat, perapatan mengelak, dan perapatan bimbang
ketidaktentuan yang dapat diringkaskan seperti berikut ( Mahani Razali, 2009).

a) Perapatan Selamat
Perapatan selamat berlaku apabila kanak-kanak boleh menerokai dan
memahami persekitaran mereka dengan rasa selamat dengan kehadiran
penjaganya. Walaupun terdapat orang asing, mereka tidak merasa bimbang dan
dapat bergaul dengan orang asing tersebut dengan kehadiran penjaga disisi
mereka. Apabila penjaga mereka meninggalkan mereka, mereka akan merasa
sedih dan kecewa. Tetapi, apabila penjaga mereka kembali, mereka akan
menyambutnya dengan gembira dan berasa tenang semula. . Bayi yang
mempunyai perapatan selamat dengan ibunya biasanya mempunyai ibu yang
bersifat responsif dan peka terhadap keperluannya. Mereka sentiasa memahami
emosi bayi dan memberi respons yang positif terhadap emosi bayi. Mereka juga
menunjukkan kasih sayang kepada bayi serta menghayati peranan sebagai ibu
kepada bayi. Selain itu, ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak mereka
dengan konsep perapatan selamat supaya mudah untuk kanak-kanak apabila
memasuki alam persekolahan kelak. Mereka akan dapat menerokai alam
persekolahan tersebut dengan perasaan yang gembira dan seronok kerana
mereka yakin bahawa ibu bapa mereka akan kembali dan mereka akan
berjumpa kembali dengan ibu bapa mereka.

b) Perapatan Bimbang Ketidaktentuan


Perapatan bimbang ketidaktentuan pula ialah apabila kanak-kanak merasakan
tekanan yang sangat besar apabila orang asing berada dengannya. Walaupun
ibu bapa ada bersama mereka, tetapi mereka akan tetap merasa bimbang
kerana kehadiran orang asing. Perasaan bimbang mereka bertambah apabila ibu
bapa meninggalkan mereka. Apabila ibu bapa kembali, kanak-kanak akan
menghampiri mereka tetapi akan menolak sebarang perhatian yang diberikan

16

oleh ibu bapa seperti memalingkan mukanya dan tidak mahu dipeluk atau
didukung. Walaubagaimanapun, mereka tidak akan berjauhan dengan ibu bapa.
. Ibu kepada bayi jenis ini tidak peka terhadap isyarat dan keperluan bayi. Dia
juga bersifat menolak dan kurang dari segi hubungan fizikal dengan bayi.

c) Perapatan Mengelak
Perapatan mengelak terjadi apabila kanak-kanak hanya menunjukkan perasaan
yang sangat sedikit terhadap penjaga. Mereka juga tidak berminat dan tidak
akan menerokai persekitaran walaupun ianya merupakan persekitaran yang baru
bagi mereka.apabila orang asing ada bersama kanak-kanak itu, mereka tetap
tidak menunjukkan sebarang respon sama seperti mereka tidak menunjukkan
respon kepada penjaga mereka. Perapatan jenis ini mempunyai kaitan dengan
sifat ibu yang tidak sensitif dan tidak bertindak balas terhadap keperluan bayi.
Ibu juga kekok ketika berinterkasi dengan bayi.

12.0 TEORI SIGMUND FRUED

Frued melihat naluri semula jadi manusia sebagai dorongan oleh sesuatu kuasa
yang kuat. Beliau menghasilkan suatu protret struktur mental yang mengalirkan
kuasa Id, Ego dan Superego (Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail &
Noranizah Yusuf, 2012).

a. Id - adalah satu sistem yang diwarisi. Id mengandungi desakan untuk


keperluan-keperluan asas seperti makanan, air dan seks. Tenaga yang
menggerakkan id dipanggil tenaga libido. Apabila tenaga ini meningkat,
tekanan juga akan meningkat yang kemudiannya mesti dilepaskan atau
disalurkan. Id juga bergerak berasakan prinsip keseronokan. Apabila ia
mahukan sesuatu, ia mahukan dengan cepat tanpa bertangguh-tangguh.
17

Contohnya seorang bayi yang lapar tidak boleh menunggu. Bayi tidak
tahu apa yang boleh dan tidak boleh, tidak tahu tentang realiti, tidak ada
peraturan-peraturan dalaman yang dapat mengarahkan tingkah laku.
Desakan yang paling kuat pada waktu ini ialah untuk memperoleh
kepuasan yang segera.
b. Ego - mula berkembang dalam masa lebih kurang setahun. Bayi akan
mula menyedari bahawa laparnya tidak boleh dipuaskan dengan serta
merta.

Realitinya

mungkin

ibunya

berada

di

tempat

lain

dan

kepuasannya terpaksa ditangguhkan. Ego yang bersifat separuh sedar


akan beroperasi berasaskan prinsip realiti. Ia bertanggungjawab
mengendalikan kehendak-kehendak dan desakan-desakan id mengikut
cara yang diterima. Apabila bayi mula membesar, hasil daripada
pengalaman, egonya bertambah kuat, ia akan belajar yang kehendakkehendaknya boleh ditangguh dan kadang-kadang matlamat jangka
panjang memerlukan pengabaian matlamat jangka pendek.
c. Superego mula kelihatan apabila kanak-kanak berumur lebih kurang
lima tahun. Superego merujuk kepada aspek-aspek moral dalam
personaliti yang diperoleh dengan cara berinteraksi dengan orang lain
dalam masyarakat dan proses-proses identifikasi dengan ibu bapa.
Dengan proses ini, kanak-kanak belajar peraturan-peraturan yang
mengawal tingkah laku. Peraturan-peraturan inilah yang akan mengawal
superego

kanak-kanak.

Superego

beroperasi

mengikut

prisip

kesempurnaan dan berfungsi menghalang kehendak-kehendak antisosial


id dan menyebabkan seseoranga rasa bersalah apabila tingkah laku
tertentu.

12.1 Mekanisme Pertahanan Diri

18

Mekanisme pertahanan diri yang diperkenalkan oleh Freud merupakan satu


proses tanpa sedar, automatik dan tidak rasional yang digunakan untuk
mengurangkan perasaan-perasaan kebimbangan atau konflik-konflik emosi.
Mekanisme pertahanan diri adalah suatu kaedah yang tidak sihat yang secara
tidak sedar digunakan oleh seseorang apabila ia tidak dapat memuaskan
kehendak-kehendak id. Mekanisme ini adalah satu ego yang bertindak sebagai
orang tengah untuk mendamaikan pertelingkahan di antara id dan superego
supaya persenaliti seseorang akan beroperasi secara sihat (Zakaria Stapa,
Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf, 2012). Antara bentuk-bentuk
mekanisme pertahanan diri ialah;

a) Tekanan - mengendalikan impuls yang tidak diterima dengan cara


menekannya ke tahap tidak sedar. Misalnya terlupa untuk pergi berjumpa
doktor gigi.
b) Rosot Kembali/Regresi - bertingkah laku keanak-anakan apabila
berhadapan

dengan

sesuatu

yang

menimbulkan

kebimbangan.

Contohnya, seorang kanak-kanak yang berumur 10 tahun kencing


malam.
c) Sublimasi - menggantikan tingkah laku yang tidak diterima dengan
tingkah laku yang diterima oleh masyarakat. Misalnya seorang lelaki rasa
teramat marah dan ia cuba memindahkan rasa marahnya dengan
melakukan aktiviti lsukan yang asak seperti mendaki gunung.
d) Pemindahan - memindahkan sesuatu perasaan yang kuat kepada objek
atau individu lain. Misalnya, seorang kanak-kanak yang marah akan
rakannya memindahkan rasa marah dengan menendang seekor kucing.
e) Pembentukan reaksi - bertingkah laku sebaliknya apabila ia cuba
menyembunyikan perasaan atau kecenderungan yang tidak diterima
oleh masyarakat.

19

f)

Penafian - enggan mengakui kewujudan satu-satu keajaiban. Misalnya,


seseorang tidak mahu menganggap anaknya sebagai kanak-kanak
terencat akal.

g) Rasionalisasi - membuat alasan untuk tingkah laku.

13.0 TEORI HUMANISTIK CARL ROGERS

Terdapat beberapa usul penting dalam teori humanistik. Salah satu daripadanya
ialah persepsi individu mengenai diri kendiri. Mengikut Carl adalah selaras
dengan konsep kendirinya. Jika seseorang individu memiliki konsep kendiri yang
tinggi,dia akan merasa berkeyakinan tinggi dan bersemangat untuk melakukan
segala tugas yang diagihkan kepadanya (Jas Laile Suzana Jaafar, 2008).

Usul seterusnya pula membantu individu untuk mengatasi halanganhalangan. Guru-guru yang menunjukkan empati dan sentiasa bersikap positif
akan mendorong mendidik murid-murid secara lebih mendalam. Menurutnya
lagi,seseorang guru kaunselor yang baik dapat membantu menghilangkan
penghalang-penghalang yang terpendam dalam diri seseorang agar potensinya
boleh berkembang dengan optimumnya.

Usul yang ketiga adalah kecenderungan untuk berjaya. Setiap manusia


mempunyai kecenderungan untuk mencapai kesempurnaan kendiri dan akan
bersaing untuk mencapai kejayaan. Penguasaan ilmu dan pemerolehan
pengalaman

berlaku

secara

semula

kesempurnaan kendiri.

20

jadi

sehingga

manusia

mencapai

Kefahaman melalui refleksi juga merupakan antara usul penting dalam teori
humanistik. Mengikut Carl Rogers, manusia sentiasa menggunakan maklumat
dan pengalaman yang ada pada diri sendiri untuk memperbaiki kelakuan diri.
Refleksi dan pengimbasan semula pengalaman yang dilalui membawa
kesedaran lebih kepada tingkah laku seseorang.

Dengan itu,struktur kendiri manusia terbentuk daripada interaksi dengan


persekitaran dan penilaian tentang diri sendiri pula diperoleh daripada interaksi
dengan orang lain. Interaksi manusia dengan persekitaran dan pergaulan sosial
memperkayakan input pengalaman seseorang.

14.0 TEORI HUMANISTIK ABRAHAM MASLOW

Teori ini menekankan keunikan dan potensi individu serta desakan-desakan


dalaman. Seseorang individu merupakan agen yang bebas, yang mempunyai
keupayaan untuk menggunakan simbol dan berfikir secara abstrak. Matlamat
hidup

seseorang

individu

ialah

memaksimakan

potensi

tersebut

dan

meninggikan konsep kendiri. Manusia dilihat sebagai aktif, bebas, kreatif dan
berkebolehan untuk pertumbuhan dan kesempurnaan kendiri (Jas Laile Suzana
Jaafar, 2008).

Dalam teori ini, Maslow mengatakan tiap-tiap individu terdorong untuk


mempertahankan

keunikan

diri,

berusaha

memperkembangkan

potensi,

keupayaan dan bakat. Pendapat Maslow dapat dijelaskan dengan Hierarki


Keperluan seperti dalam Rajah 1 (rujuk lampiran) yang diperkenalkan olehnya.

21

Menurut

Maslow, semua

manusia

akan

berusaha

untuk

mencapai

kesempurnaan kendiri. Usaha ini memerlukan kekuatan ego yang kuat,


penerimaan

daripada

rakan

sebaya

dan

hormat-kendiri.

Selalunya

kesempurnaan diri ini tidak akan tercapai sehingga tahun-tahun pertengahan


dewasa apabila hampir semua keperluan sudah dipenuhi.

Oleh itu, Teori Humanistik berjaya memberi kekayaan kepada manusia


berbanding Teori Behaviorisme. Teori-teori tersebut mampu menjelaskan
keunikan tiap-tiap individu dan ia juga berjaya memperkenalkan kaedah untuk
membantu manusia menggunakan potensi mereka secara maksimum.

15.0 TEORI PEMELAJARAN SOSIAL ALBERT BANDURA

Albert

Bandura

berasaskan

telah

kritikan

memperkenalkan
terhadap

Teori

Pemelajaran

pandangan-pandangan

Sosial

Skinner.

yang

Bandura

berpendapat hanya sebahagian sahaja tingkah laku manusia dapat diterangkan


oleh pelaziman operan Skinner, tetapi apa yang penting ialah pemelajaran
melalui proses peniruan (Jas Laile Suzana Jaafar, 2008). Seterusnya, kita belajar
melalui pemerhatian dan meniru orang lain serta dengan melihat konsekuen
tingkah laku orang lain. Bandura berpendapat:

a) Pemelajaran dan tingkah laku manusia bergantung kepada pemerhatian


seseorang individu itu terhadap individu lain atau model-model simbolik
seperti televisyen dan sebagainya.
b) Peniruan selalunya diperteguhkan.
c) Pemelajaran pemerhatian juga dapat diterangkan melalui prinsip-prinsip
klasik.

22

Oleh demikian, Teori Pemelajaran Sosial menekankan peranan kognitif dan


juga pengaruh persekitaran dalam perkembangan kanak-kanak.

15.1 Proses Pemelajaran Pemerhatian

Terdapat empat langkah bagi memahami proses peniruan (Jas Laile Suzana
Jaafar, 2008). Antaranya ialah;

i.

Proses Memerhati

Kanak-kanak tidak akan meniru model yang ia tidak perhati. Sama ada kanakkanak akan memerhati atau tidak, bergantung kepada karakteristik dan tingkah
laku model. Model yang ditiru dan diperhatikan lazimnya terdiri daripada rakan
sebaya, orang yang berpengaruh, berstatus orang berjaya, popular, cekap dan
berkuasa. Proses pemerhatian ini juga bergantung kepada sama ada tingkah
laku itu dapat dibeza-bezakan atau tidak, kekerapannya dan kompleksitinya.
Keupayaan motor, pemerhatian berlaku atau tidak.

ii. Kebolehan Mengingat


Kanak-kanak mestilah bukan sahaja memerhati tetapi juga berupaya mengingat
apa yang dilihatnya. Ini bermaknanya tingkah laku yang diperhatikan akan dikod,
didaftar dan disimpan di dalam ingatan.

iii. Proses Produksi


Bagi proses peniruan yang berkesan, pemerhati (kanak-kanak) mestilah
berupaya menterjemah apa yang disimpan di dalam ingatan tadi kepada tingkah

23

laku yang nyata. Ini bergantung pada paras perkembangan dan sejarah hidup
kanak-kanak tersebut.

iv. Motivasi
Akhirnya dalam pemelajaran pemerhatian, kanak-kanak mestilah ada motivasi
yang secukupnya untuk menunjukkan tingkah laku yang tertentu. Oleh yang
demikian, peneguhan perlu diberi kepada kanak-kanak jika kita mahu ia
bertingkah laku tertentu. Menurut Bandura, peneguhan memberi kanak-kanak
suatu maklumat tentang apa yang berlaku di masa hadapan jika ia bertingkah
laku sedemikan.

RUMUSAN

Natijahnya, perkembangan kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh faktor baka


dan persekitaran. Perkembangan ini juga perlu merentasi beberapa peringkat
dan di atasi dengan sebaik yang mungkin sebelum ke peringkat yang
seterusnya. Hal ini kerana peringkat seterusnya adalah semakin kompleks dan
rumit. Dengan ini, pelbagai pihak perlu berganding bahu bagi memastikan
perkembangan kanak-kanak ini mencapai tahap yang optima. Terutamanya,
orang yang paling rapat dengan kanak-kanak tersebut seperti ibu bapa dan
anggota

keluarga

serta

guru

di

sekolah.

Pihak

tersebut

bolehlah

mengaplikasikan teori-teori yang telah diwujudkan oleh beberapa orang pakar


psikologi. Contohnya, teori Albert Bandura. Ibu bapa atau guru perlulah
menunjukkan tingkah laku yang positif agar kanak-kanak yang melihat tindakan
itu dapat mencontohi dan melakukan perkara yang positif juga. Oleh yang
demikian, teori-teori ini berfungsi sebagai batu loncatan kepada ibu bapa dan
guru untuk memastikan kanak-kanak tersebut berjaya melepasi peringkatperingkat yang telah dikenal pasti.

24

REFLEKSI

Bersyukur hadrat Ilahi kerana saya dapat menyiapkan tugasan Perkembangan


Kanak-kanak (EDU 3023) dalam masa yang telah ditetapkan. Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kursus EDU 3023, iaitu
Puan Noraini binti Zakaria atas bimbingan dan dorongan yang telah diberikan.

Pada awalnya, saya hanya mengetahui perkembangan kanak-kanak ini


dipengaruhi oleh faktor baka. Setelah menyiapkan tugasan, saya mendapati
terdapat faktor lain juga mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, iaitu
persekitaran. Sekiranya, faktor baka tidak dapat berfungsi sepenuhnya, maka
faktor

persekitaran dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari segi

fizikal, kognitif, sosioemosi dan personaliti.

Melalui tugasan ini juga, saya dapat mendalami lagi tentang ilmu-ilmu
berkaitan dengan teori-teori perkembangan kanak-kanak dan kaitannya dengan
pendidikan. Ilmu-ilmu yang telah saya timba ini sedikit sebanyak dapat
membantu saya untuk meneruskan profesion ini. Dengan ilmu yang ditimba,
saya berharap segala proses pengajaran dan pembelajaran yang akan saya
lakukan dalam bilik darjah bersama murid-murid akan lebih efesien.

Oleh yang demikian, saya harus mempertingkatkan ilmu pengetahuan


tentang perkembangan kanak-kanak agar mudah untuk saya mendekati dan
mendalami murid-murid supaya mereka dapat mencapai kecemerlangan ke
tahap yang maksima. Hal ini kerana kanak-kanak merupakan bakal pemimpin
negara dan berupaya memacu negara ke arah yang lebih maju. Bak kata
pepatah, Melentur buluh biarlah dari rebungnya.
25

RUJUKAN

1. Buku
Azizi Yahaya & Jaafar Sidek Latif. (2005). Membentuk identiti remaja. Pahang,
PTS Professional Publishing.

Ee Ah Meng. (1997). Psikologi pendidikan II (Semester II). Shah Alam: Fajar


Bakti.

Jas Laile Suzana Jaafar. (2008). Pengenalan kepada psikologi kanak-kanak dan
remaja. Selangor: Arah Pendidikan.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi pendidikan untuk pengajaran dan


pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia.

Mohd Sharani Ahmad. (2007). Psikologi kanak-kanak: Cara mudah memahami


psikologi bayi dan kanak-kanak. Selangor: PTS Publications.

Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Haji Alias, Rashinawati Abd.
Rashid & Azlina Ahmad. (2013). Perkembangan kanak-kanak. Selangor:
Oxford Fajar.

2. Internet

26

Azizi Yahaya. (2005). Teori-teori kognitif. Dilayari pada 30.07.2014 dari


http://eprints.utm.my/6258/1/2.pdf

Fizi Apis. (2010). Teori perkembangan Arnold Gessel, Robert Havighurst dan
G.

Stanley

Hall.

Dilayari

pada

30.07.2014

dari

http://welcometomyzonearea.blogspot.com/2010/03/teori-perkembanganarnold-gesell-robert.html

Mahani Razali. (2009). Perapatan (attachment) dan emosi kanak-kanak.


Dilayari pada 30.07.2014 dari
http://mahani-careandeducate.blogspot.com/2009/07/perapatanattachment dan-emosi-kanak.html

Mohd Fadzli Abu Bakar. (2005). Perkembangan emosi warisan dan persekitaran.
Dilayari pada 30.07.2014 dari http://eprints.utm.my/10348/1/bab2.pdf

Sebestiammal Selvam. (2012). Teori kognitif, teori sosial dan teori humanistik.
Dilayari pada 30.07.2014 dari
http://dpli-sls.blogspot.com/2012/08/teori-kognitifteori-sosialteori_28.html

Zainuddin Abu Bakar. (2008). Teori-teori perkembangan. Dilayari pada


30.07.2014 dari http://eprints.utm.my/6302/1/bab_11.pdf

3. Jurnal

27

Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf. (2012). Faktor
persekitaran sosial dan hubungannya dengan pembentukan jati diri. Jurnal
Hadhari Special Edition, 155-172
LAMPIRAN

PERINGKAT

KEUPAYAAN

CADANGAN
PERMAINAN

(lahir-1

tahun)

Umur 1 bulan: tangisan berlainan untuk


menyatakan kehendak yang berbeza

Penerokaan
permainan.

seperti tangisan lapar berlainan dengan


tangisan menarik perhatian;

Umur 4 bulan: mata boleh bergerak


mengikut gerakan objek;

Umur 6 bulan: dapat menggenggam


objek;

Umur

bulan:

boleh

duduk

dan

boleh

berdiri

dan

merangkak;

2 (1-2 tahun)

Umur

12

bulan:

memegang objek tinggi.


Kematangan fizikal dan mental mula
meningkat,

mula

memahami

makna

jangan dan pada umur 2 tahun mampu


3 (2-3 tahun)

4 (3-4 tahun)

untuk berjalan tetapi dengan bantuan.


Koordinasi mata, tangan dan kaki mula

Bertatih

menggunakan
walker.
Permainan

terbentuk, boleh bercakap menggunakan

Play

ayat mudah dan boleh menguruskan diri

and lego.

seperti makan dan memakai kasut.


Koordinasi dan kematangan fizikal
semakin

kukuh

dan

boleh

menuruti

arahan mudah daripada ibu bapa.

28

dough

Menunggang
basikal beroda
tiga.

5 (4-5 tahun)

Proses

berinteraksi

bersosialisasi,

terbentuk,

mengemukakan

berperingkat-peringkat

dan

mula

Bermain bola

soalan

sepak

bersedia

bersama

untuk ke kelas prasekolah.

rakan-rakan.

Jadual 1: Tahap Kematangan Dalam Tempoh 5 Tahun

PERINGKAT HIDUP

TUGAS PERKEMBANGAN

CADANGAN
PERMAINAN

Bayi - awal kanak- Bayi


kanak
(lahir-2 tahun)

menjalin

hubungan

baik Aktiviti bersama

dengan ibu bapa:

keluarga;

Sistem deria, persepsi, fungsi Makan malam.


motor beransur-ansur matang;
Mencapai kecerdasan deria dan

Toddlerhood/Perten
gahan kanak-kanak
(2-3 tahun)

memahami sifat objek.


Pergerakan
yang

pelbagai, Bermain kereta

bermain fantasi/sendiri;
Berkomunikasi

dalam

mainan.
bahasa

yang mudah;
Bercakap
Prasekolah
(4-6 tahun)

Sekolah Rendah
(6-12 tahun)

seorang

dan

mula

mengawal pergerakan diri.


Belajar peranan mengikut jantina; Melibatkan
Bermain dengan rakan di luar;

kanak-kanak

Perkembangan moral;

dengan

Wujud teori kendiri;

seharian

Mula bermain dalam kumpulan.


Mula menguasai 3M;

bapa di rumah.

Kemahiran

permainan

dan

kemahiran hidup seperti berjual


beli, mulai menilai diri sendiri dan

29

aktiviti
ibu

Aktiviti
ko-kurikulum.

orang lain, suka bersahabat dan


jadi
Awal Remaja
(12-18 tahun)

ahli

sesuatu

kelab

permainan..
Kematangan fizikal;

Aktiviti

Peringkat operasi formal;

lebih mencabar

Mula panda mengawal emosi;

minda

mereka

Membentuk

untuk

berfikir

sebaya dan tertarik pada lain

secara

kreatif,

jantina.

kritis

kumpulan

rakan

inovatif.
Ahkir Remaja
(18-22 tahun)

Cuba

memperoleh

autonomi

daripada ibu bapa;


Mula membentuk identiti;
Mematuhi nilai moral masyarakat;
Mula

Awal Dewasa
(22-34 tahun)

memilih

sesuai.
Keintiman

kerjaya

dalam

berkahwin,

yang

pergaulan,
mendidik

anak/generasi baru;
Memantapkan
Pertengahan Dewasa
(34-60 tahun)

profesion

serta

wujud gaya hidup sendiri.


Berkemahiran dalam pekerjaan
dan menjadi ketua;
Memupuk
rumah

kebahagiaan
tangga,

dalam

mengasihi

keluarga dan mengumpul harta;


Akhir Dewasa
(60-75 tahun)

yang

Terlibat dalam kerja amal.


Bersara,
lebih
menumpukan
masa kepada kerja amal dan
ibadat;
Menjalani kehidupan hari tua,
mensyukuri nikmat dan takdir

30

dan

Tuhan.
Menangani masalah kesihatan,
mengenang zaman silam dan
menanti saat kematian.
Jadual 2 : Tugas Perkembangan Individu Mengikut 10 Peringkat Usia

Peringkat
1 (lahir-7 tahun)

Perkembangan
Naluri ingin tahu yang tinggi;
Mendorong untuk melakukan sesuatu yang baru;
Mempunyai

2 (8-11 tahun)

potensi

dalam

menguasai

penerokaan

persekitaran.
Tingkah laku yang negatif mula terbentuk;
Contoh: Tidak menghormati orang lain dan menunjukkan
kelakuan nakal;
Kemahiran

membuat

keputusan

masih

belum

berkembang;
3 (12-22 tahun)

Gemar bersosial.
dapat mengesan jantina mereka;
dapat membuat kesimpulan dalam kewajipan atau
tanggungjawab

yang

sebenar

bagi

melaksanakan

tingkah laku yang betul;


cenderung kepada tingkah laku positif;
tahu membezakan yang baik mahupun buruk apabila
tahap kematangan dapat dicapai;
mampu untuk membuat sesuatu keputusan tetapi
perlukan kawalan daripada ibu bapa.
Jadual 3: Peringkat Perkembangan Kanak-kanak Mengikut Hall

31

KONSEP
a) Skema

PERKEMBANGAN
Struktur asas yang mempengaruhi mental seseorang.
Dibina semasa kanak-kanak cuba mencapai kefahaman
tentang sesuatu dan bertindak kepada pengalaman fizikal
di persekitarannya.
Bayi mempunyai skema yang terhad dan umum.
Tidak statik dan berubah mengikut perkembangan kognitif
dan pengalaman seseorang.
Berkembang melalui organisasi dan adaptasi.

b) Asimilasi

Merupakan proses kognitif.


Individu mengintegrasi maklumat dan pengalaman baharu
dalam skema sedia ada.

c) Akomodasi

Berlaku semasa proses asimilasi gagal dilakukan.


Mengubah suai skema sedia ada atau membentuk skema
baharu untuk menerima maklumat baharu.

d) Ekuilibrasi

Keseimbangan antara asimilasi dan akomodasi.


Menerangkan cara-cara pemikiran kanak-kanak beralih dari
satu peringkat ke peringkat yang lain.
Berlaku jika kanak-kanak mengalami konflik kognitif atau
ketidakseimbangan semasa cuba memahami perkara yang
sedang dipelajari.

Jadual 4: Empat Konsep Utama Pembelajaran Piaget

32

PERINGKAT

KEADAAN SOSIAL

EKORAN

(UMUR)
1
(Lahir-8 bulan)

PSIKOSOSIAL
Sokongan, pemberian keperluan asas, Mempercayai
ada kesinambungan hidup.

Kekurangan sokongan, penafian, tidak


konsisten.

Tidak
mempercayai

2 (18 bulan-3 Mengendalikan sendiri dan sokongan.

Kebebasan

tahun)
Perlindungan

yang

berlebihan, Keraguan

kekurangan sokongan dan keyakinan


3 (3 - 6 tahun)

Galakan, peluang sendiri, bertanya

Inisiatif

Tiada peluang, perasaan negatif

Perasaan
bersalah

4 (6 - 11 tahun)

Kemahiran diri, pendidikan yang cukup Kerajinan


dan produktif, menjadi model yang baik

Kurang latihan, arah dan sokongan


5 (11-20 tahun)

Kestabilan

dalaman

yang

Rendah diri

berterusan, Identiti

kefahaman mendalam mengenai model


seks, mendapatkan maklum balas positif.

Kekeliruan tujuan, maklum balas yang


kurang

jelas,

kurang

ekspektasi.

33

memahami Kekeliruan
peranan

6 (20-40 tahun)

Meluaskan kemesraan, persefahaman,

Kemesraan

mempercayai.

7 (40-60 tahun)

Kesunyian

Pengasingan

Tujuan hidup, produktiviti

Kebolehan
menghasilkan
Sesuatu

Kekurangan perkembangan diri

Terhenti

8 (60 tahun ke Perasaan mesra, perpaduan, berarah

Kesempurnaan

atas)

hidup

Kurang kesempurnaan, tidak puas hati.

Putus harapan

Jadual 5: Lipatan Personaliti Melalui Lapan Peringkat

34

Rajah 1: Piramid Hierarki Keperluan Maslow

35

Anda mungkin juga menyukai