Anda di halaman 1dari 18

STU 231 ASAS-ASAS PSIKOLOGI

DR INTAN HASHIMAH MOHD HASHIM


PP SAINS KEMASYARAKATAN
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
 Kajian saintifik tentang tingkahlaku dan proses mental individu
 Kajian saintifik
• Rumusan psikologi dibentuk berdasarkan bukti dari data yg dikutip mengunakan
prinsip kaedah saintifik

 Tingkahlaku
• Memfokus kepada tingkahlaku manusia seperti perbuatan, reaksi etc

 Individu
• Mengunakan individu sebagai subjek analisis

 Mental
• Juga berminat kepada proses minda seperti bagaimana individu berfikir,
merancang etc
 Mengambarkan tentang tingkahlaku manusia
• Boleh mengunakan pelbagai unit analisis
• Gambaran mesti objektif
• E.g. Pelajar universiti menghabiskan banyak masa
berinteraksi dengan kawan
 Menerangkan tentang tingkahlaku manusia
• Melihat corak penyumbang kpd tingkahlaku tertentu
• Melihat faktor dalaman dan luaran
• E.g Faktor sikap pelajar dan keperluan kehidupan di
universiti menyumbang kepada pelajar universiti banyak
menghabiskan masa berinteraksi dengan kawan
 Membuat prediksi tentang tingkahlaku manusia
• Kebarangkalian corak yang sama dapat dilihat dalam kumpulan
atau situasi berbeza
• E.g Pelajar sekolah yg terdiri dari umur yang agak sama dan
kehidupan sekolah berkebarangkalian tinggi untuk turut
menghabiskan banyak masa berinteraksi dengan kawan
 Mengawal tingkahlaku manusia
• Pengetahuan tentang corak membolehkan sesetengah tingkahlaku
dikawal (ditingkatkan atau diturunkan)
• E.g. Memilih pelajar dgn personaliti tertentu atau mengubah
polisi universiti boleh mengurangkan masa pelajar dengan kawan
 “A long past but a short history”
 Persoalan tentang psikologi manusia bermula dari
tamadun Greek lagi
 Ini berterusan dengan lain lain persoalan tentang
sifat manusia oleh ahli Falsafah moden
 Hanya dijawab secara saintifik bermula dgn
pembukaan makmal psikologi yg pertama oleh
Wilhem Wundt pd 1879 di Leipzig, Jerman
 Ramai pelajar yg dilatih oleh Wundt kemudiannya
membuka makmal psikologi di seluruh dunia
 Tichener (juga pelajar Wundt) membuka
makmal psikologi pertama di Cornell U pada
1892
 William James menerbitkan “The Principles of
Psychology” (1890/1950), satu buku yang
dianggap penting
 William James juga dilihat sebagai pengasas
psikologi Amerika
 Pada 1900, lebih dari 40 makmal psikologi di
Amerika Utara
 Bermula dari Wundt dan Tichener
 Fokus kpd struktur kandungan minda
 Memecahkan proses minda kpd unit kecil dan
mengkajinya secara berasingan
 Dikritik kerana reduktionis
 Psikologi gestalt memberi alternatif- “whole is
not the same as sums of its part”
 Fokus kepada fungsi minda dan bagaimana
organisme bertindakbalas dengan persekitaran
 Melihat minda secara keseluruhan
 Mengambil kira individu sebagai unik,
beremosi dan mempunyai nilai
 Psikologi kontemporari memfokus kpd kedua-
dua struktur dan fungsi minda
 Pada hari ini terdapat 7 perspektif utama
 Perspektif mempengaruhi fokus, kaedah dan
penerangan yg diberikan
 Ramai psikologi yang tidak hanya mengambil
satu perspektif, sebaliknya mengabungkannya
 Tingkahlaku didorong oleh pengaruh dalaman
yang kuat spt naluri, dorongan biologo dan konflik
dalaman dgn pengaruh masyarakat
 Dipelopori oleh Freud (1856-1939)
 Manusia tidak semestinya rasional dan boleh
didorong oleh keinginan dalaman yg tidak disedari
 Walaupun Freud menekankan kepada pengaruh
awal kanak-kanak, penyelidik selepas Freud
mengambilkira pengaruh sosial dan interaksi
zaman dewasa
 Cuba memahami bagaimana persekitaran boleh
mengubah tingkahlaku tertentu
 Mengandaikan tingkahlaku manusia ialah kesan
dari pelaziman dan pengukuhan
 Mencadangkan ganjaran akan mengukuhkan
tingkahlaku dan hukuman akan melemahkan
tingkahlaku
 Dipelopori olej John Watson
 Menekankan kepada kaedah eksperimen
 Manusia ialah makhluk yg secara semulajadinya
ialah baik dan berupaya membuat pilihan
 Mengandaikan bahawa tingkahlaku manusia
bergantung pd cara seseorang itu mengintepretasi
maklumat dari persekitarannya secara subjektif
 Dipelopori oleh Carl Rogers yg menekankan
manusia menpunyai kecederungan kearah
perkembangan dan kesihatan
 Menumpukan sepenuhnya pd proses mental
 Mengandaikan bahawa hanya dgn mengkaji
proses proses mental barulah kita dpt
memahami manusia
 Proses mental dikatakan boleh di kaji secara
objektif dengan cara memfokus hanya pada
satu perbuatan spesifik pada satu masa
 Membuat analogi otak manusia spt komputer
 Melihat kaitan antara proses neurobiologi
dengan tingkahlaku dan proses mental
 Mengandaikan segala tingkahlaku manusia
mempunyai kaitan dgn proses elektrik & kimia
di dalam badan khususnya pd otak & sistem
saraf
 Fungsi organisme diterangkan dalam bentuk
struktur fizikal dan proses biokimia
 Mengaitkan psikologi dengan teori evolusi
oleh Charles Darwin
 Kebolehan mental mempunyai fungsi adaptif
yang membantu manusia untuk terus hidup
 Melihat perbezaan antara budaya
 Cubaan menangani kritikan bahwa Psikologi
terlalu berfokus kepada budaya barat
 Boleh digunapakai untuk mengkaji apa jua
topik dalam Psikologi
 Psikodinamik
 Tingkahlaku
 Humanistik
 Kognitif
 Biologikal
 Evolusi
 Sosiobudaya
 Psikologi Biologi
 Psikologi Eksperimental
 Psikologi Perkembangan
 Psikologi Sosial
 Psikologi Komuniti
 Psikologi Personaliti
 Psikologi Forensik
 Psikologi Klinikal dan kaunseling
 Psikologi Sekolah dan pendidikkan
 Psikologi Organisasi dan kejuruteraan

Anda mungkin juga menyukai