Anda di halaman 1dari 2

Majlis Perasmian Penutup

Program Perkampungan Ilmu 2015


Teks Ucapan Bacaan Doa
SMADI







.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Sesungguhnya kami berkumpul pada hari yang mulia lagi berbahagia ini adalah untuk mencari
berkat, maghfirah dan redhamu. Maka berkatilah Majlis Perasmian Penutup Program Mahasiswa
bersama Pelajar tahun 2010 Ya Allah..
Ya Fatah Ya Alim
Sesungguhnya kami yang hadir pada malam ini Ya Allah mempunyai satu iltizam yang tinggi
untuk menjadi pemimpin dan yang dipimpin Ya Allah. Ini kerana, kami sedar bahawa kami yang
bakal begelar mahasiswa dan mahasiswi inilah yang bakal merencanakan, mencorakkan serta
membentuk modal insan yang berkualiti di masa hadapan . Oleh ituberilah kekuatan dan
semangat dalam diri kami untuk menempuh sebarang ranjau, mehnah, cabaran dan tribulasi yang
mendatang ini dengan penuh ketenangan, keyakinan dan istiqomah Ya Allah
Ya Zaljala Liwal Ikram
Moga-moga program yang telah kami lalui selama 3 hari ini mampu membuang segala sifat serta
sikap negatif dan mazmumah yang ada dalam diri kami, moga berlakunya juga pekongsian pintar
sesama kami, serta perkukuhkanlah ikatan hati-hati kami agar kami dapat hidup di dalam sekolah
ini sebagai sebuah keluarga yang harmoni.Kami mengharapkan agar Program Mahasiswa
bersama Pelajar ini mampu memberikan kami input dan pengetahuan yang berguna dalam usaha
kami untuk menjalani memimpin rakan-rakan kami dan juga untuk mempersiapkan diri kami
bagi menjadi pemimpin yang berkualiti di masa akan datang Ya Allah

Anda mungkin juga menyukai