Anda di halaman 1dari 8

KEMAHIRAN MEMBACA

Kemahiran membaca merupakan proses yang dinamik tetapi kompleks.


Kemahiran ini meliputi keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta,
kebolehan mengingati fakta serta membuat interpretasi secara bijak dan analitis.
Menguasai kebolehan membaca bukanlah satu kerja yang mudah kerana ia
hanya dapat dijayakan dengan adanya proses pengajaran dan pembelajaran secara
formal. Membaca merupakan percantuman beberapa proses yang kompleks, iaitu
proses mengamati, mengingat, mendengar, dan membezakan bunyi-bunyi dengan
tepat dan jelas, menyebut lambang-lambang huruf yang mewakili bunyi-bunyi
tertentu,

menggabungkan

bunyi-bunyi

untuk

membentuk

perkataan

dan

memindahkan lambang-lambang yang dibacanya itu kepada system kognitif untuk


diterjemahkan dan difahamkan (smith, 1978).
Deboer dan Dallman berpendapat membaca melibatkan dua faktor, iaitu
pemahaman dan interpretasi idea yang dilambangkan melalui penulisan. Gibson
pula menegaskan membaca bermakna bertindak balas terhadap simbol-simbol
grafik, mentafsir simbol-simbol grafik kepada pertuturan dan mendapatkan makna
daripada bahan-bahan bercetak.

PRABACAAN
Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru
perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam huruf.
Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam
mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi
membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas
ke bawah. (www.bakalguru.com, 2009)
Kesediaan membaca adalah himpunan panduan kebolehan dan kemahirankemahiran yang diperlukan untuk mempelajari satu proses yang komplek iaitu
membaca. Ini adalah satu proses yang harus dicapai sebelum pengajaran bacaan
secara formal dijalankan. Ini juga adalah satu proses yang berterusan yang perlu
diperkembangkan dan bukan ditunggu-tunggu.

Proses bacaan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu bacaan sebagai
proses sensori, membaca sebagai proses pengamatan, membaca sebagai proses
bahasa, dan membaca sebagai proses mental. Bacaan sebagai proses sensori
melibatkan

kederiaan

yang

merangkumi

penglihatan

iaitu

mengenal

serta

memahami lambang-lambang dan juga pendengaran iaitu pendengaran yang jelas.


Membaca sebagai proses pengamatan pula melibatkan diskriminasi, latar belakang,
ingatan, turutan dan sintesis.
Pengamatan merupakan proses yang bergantung kepada pemikiran manusia
dalam memberi makna serta tindak balas pancaindera seseorang (Daud Md Saman
& Muhaiyuddin Mohamed Azizi). Membaca sebagai proses bahasa atau linguistik
merupakan seni bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Manakala
membaca sebagai proses mental melibatkan aspek kognitif iaitu menggunakan daya
fikir di semua peringkat seperti kefahaman.

KEMAHIRAN TULISAN
Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam
bentuk grafik bagi melahirkan perasaan, fikiran, dan idea.
Menulis adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun
dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat
komunikasi.

PERANAN TULISAN
Tulisan berperanan untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang
kanak-kanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas,
dan cekap. Selain itu, tulisan juga membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf
menjadi suku kata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok
masyarakat. Tulisan juga membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi
komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan, serta matlamat
hidup. Selain daripada itu, tulisan juga berperanan untuk menghasilkan bentukbentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak, dan lain-lain bentuk puisi atau

prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, dan menzahirkan
perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga insan umumnya.

PRATULISAN
Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga, iaitu peringkat pratulisan,
peringkat mekanis dan peringkat untuk pelahiran. Peringkat pertama, iaitu pratulisan
adalah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum
mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam tempoh masa ini
latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberi kepada
murid-murid dari awal-awal lagi. Bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran
membentuk lambang-lambang yang kemas dan jelas, pelajaran tulisan yang
dirancangkan haruslah sistematik, bertitik-tolak daripada aktiviti-aktiviti pratulisan
yang berbentuk bebas.
Pratulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi
menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima
oleh kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan
di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan
menggunakan bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan
benda tersebut.
Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas
hingga ke peringkat contengan terkawal. Peringkat pratulisan ini adalah bagi kanakkanak mendapat latihan otot, tangan, jari, serta koordinasi mata tangan.
Peringkat pratulisan perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut, seperti
melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti
menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung, dan lain-lain.
Selain itu, penguasan gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk
dan sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa juga perlu
diutamakan. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas
ke bawah, dan lain-lain, serta melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi)
mata dan tangan juga boleh dilaksanakan.

PEMULIHAN BACAAN
Banyak pendapat telah diutarakan oleh tokoh-tokoh ilmuan samada dari
dalam mahupun luar negara berkaitan proses bacaan. Sebelum melihat kepada
proses bacaan, terlebih dahulu marilah kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan
perkataan pemulihan. Pemulihan menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (m/s 1067)
adalah perbuatan memulihkan dan mengembalikan kepada keadaan yang semula
atau asal.
Seterusnya kita lihat pula pendapat yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh
berkaitan proses bacaan. Menurut Frank Smith(1971), membaca adalah satu
operasi psycholinousitic. Bacaan juga merupakan satu langkah lanjutan dalam
perkembangan

pembelajaran

bahasa

dan

memproses

perkembangan-

perkembangan yang diterima. Menurut Atan Along (1976) pula, membaca adalah
proses kembalikan daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali
lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada
bahan bertulis itu. Manakala seorang lagi tokah iaitu Abu Basar (1981), berpendapat
membaca adalah gabungan proses menyuarakan lambang-lambang tulisan,
mengamati serta memahamkan kandungannya. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib,
membaca merupakan proses-proses mental yang berlaku apabila pelajar cuba
mendapatkan makna dari bahan-bahan bertulis.
Oleh itu, membaca dapat didefinisikan sebagai proses memindahkan
lambang-lambang

bertulis

kepada

suara,

memahami

makna-makna

yang

terkandung di dalamnya serta mengaitkan makna-makna tersebut dengan


pengalaman sedia ada murid. Kesimpulannya, pemulihan bacaan ialah proses
memulihkan dan mengembalikan kemahiran memindahkan lambang-lambang
bertulis kepada suara , memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya
serta dapat mengaitkan makna-makna tersebut dengan pengalaman sedia ada
murid-murid.
Pemulihan bacaan memerlukan penguasaan kemahiran membaca oleh
murid-murid dengan lebih mantap. Membaca sebenarnya juga merupakan
percantuman beberapa proses yang kompleks iaitu proses mengamati, mengingat,
mendengar dan membezakan bunyi-bunyi dengan tepat dan jelas. Menguasai
kebolehan membaca bukanlah satu kerja yang mudah kerana ia hanya dapat

dijayakan dengan adanya proses pengajaran dan pembelajaran secara formal.


Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa
yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi, murid-murid perlu
menguasai kemahiran ini dengan baik supaya mereka dapat menimba ilmu
pengetahuan dan pengalaman yang berguna dalam kehidupan. Kebolehan
membaca ini juga sangat penting kerana menjadi ukuran kejayaan pelajar-pelajar di
sekolah. Program Literasi dan Numerasi (LINUS) telah dilaksanakan di sekolahsekolah di seluruh Malaysia ketika ini bagi mengenal pasti murid yang lemah dalam
bacaan dan pengiraan serta membantu memulihkan mereka menguasai kemahirankemahiran ini.
Pemulihan bacaan juga merupakan program sekolah yang memberi bantuan
tambahan kepada murid-murid untuk membaca dan mengarang dengan lebih baik.
Program ini dijalankan oleh guru pemulihan terlatih yang ditugaskan untuk
mengawal kelas pemulihan di sekolah. Program ini juga dijalankan mengikut waktu
yang ditetapkan oleh pihak sekolah di dalam satu kelas khas yang ditetapkan bagi
menempatkan murid-murid ini. Pemulihan bacaan ini dapat dijayakan dengan
adanya usaha oleh guru-guru di sekolah dan juga peranan ibu bapa di rumah. Aspek
seperti masa, tempat, peneguhan dan bahan bacaan sangat penting dalam
membantu murid-murid untuk lebih minat dan bersemangat untuk belajar.
Contohnya, murid memerlukan suasana kelas yang kondusif untuk pembelajaran
yang selesa, pujian dan dorongan daripada guru dan ibu bapa serta bahan
pembelajaran yang menarik minat mereka dalam pemulihan bacaan.
Tambahan pula, teknik atau kaedah yang sesuai perlu diterapkan dalam
pemulihan bacaan. Satu contoh teknik atau kaedah yang dimaksudkan ialah
Prosedur Membaca Berpandu (PMB). Kaedah ini merupakan kaedah yang amat
baik untuk membantu pelajar menguasai kemahiran membaca dan seterusnya
memahami bahan yang dibaca itu dengan mudah. Asas kepada kaedah ini adalah
untuk memperoleh serta memahami maklumat secara tepat. Terdapat lima langkah
cara menggunakan prosedur membaca berpandu iaitu membaca, mengingat,
membaca semula, menyusun maklumat dan mengaitkan maklumat dengan
pengalaman.

Kesimpulannya, pemulihan bacaan merupakan satu program yang sangat


penting di sekolah bagi membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran
membaca dengan baik dengan menggunakan kaedah-kaedah mudah yang mudah.
PEMULIHAN TULISAN
Tulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang dipindahkan dalam bentuk
grafik bagi melahirkan perasaan,fikiran dan idea. Menulis juga boleh ditafsirkan
sebagai proses memindahkan lambang-lambang

bunyi yang tersusun bagi

melahirkan bunyi-bunyi yang bermakna. Pemulihan tulisan ialah peringkat di mana


pelajar-pelajar yang agak lemah dalam tulisan dibimbing ke arah yang lebih baik.
Masalah tulisan boleh dibahagikan kepada pelbagai jenis. Antaranya ialah
tulisan terlalu rapat, tulisan condong ke kiri atau kanan,bentuk huruf tidak
jelas,penggunaan huruf yang terbalik dan sebagainya. Pemulihan tulisan biasanya
dilakukan pada waktu yang segera sejurus pelajar-pelajar yang lemah ini dikesan.
Hal ini penting agar proses pemulihan pelajar bermasalah ini tidak menghadapai
kesukaran.
Pelbagai cara dan saringan boleh dilakukan bagi mengesan kelompok pelajar
ini. Sebagai contoh ialah seorang guru boleh menyuruh pelajarnya memahami apa
yang dibaca oleh mereka seterusnya menulis semula apa yang difahami mereka .
Disamping itu, guru boleh menyuruh pelajar untuk menulis ayat yang sama dalam
masa yang ditetapkan. Kemudian,

guru harus memerhatikan perkara-perkara

seperti kualiti tulisan dan kadar penulisan dalam ujian ketika membuat penilaian.
Masalah

tulisan ini boleh diselesaikan dengan memberi latihan dan

pengukuhan asas secara latih tubi dan konsisten. Guru perlulah memberikan tunjuk
ajar serta contoh yang jelas disamping mempraktikkan kaedah ansur maju kepada
pelajar bermasalah tulisan ini. Kaedah ansur maju adalah proses di mana
pengajaran dilakukan daripada tahap yang mudah kepada aras kesukaran yang
lebih

tinggi

sehingga

pelajar

dapat

menguasai

kemahiran

sepenuhnya.

Sebagaimana yang kita ketahui, para pelajar terutamanya di sekolah rendah


menganggap guru sebagai idola terbaik mereka. Segala pergerakan dan tingkah
laku yang ditunjukkan oleh guru mereka akan cuba diikuti oleh pelajar.Oleh itu, guru
haruslah berhati-hati dalam menulis contoh yang akan disalin oleh para pelajar.

FOKUS KEPADA TAJUK DAN BAHAN BANTU BELAJAR


Kumpulan kami telah membina boneka sebagai bahan bantu belajar dalam
pengajaran yang memfokuskan kepada tajuk pemulihan bacaan dan pemulihan
tulisan. Membuat persembahan boneka boleh dilakukan dengan menggunakan
pelbagai cara seperti pentas kerusi, pentas rentang, pentas tingkap, pentas pintu,
pentas meja, pentas berlipat, boneka tanpa pentas dan menggunakan overhead
projector.

Kumpulan

kami

telah

memilih

pentas

tingkap

sebagai

pentas

persembahan kami untuk membuat persembahan kerana kelihatan lebih menarik


dan dapat menarik minat murid-murid. Kami juga membina beberapa boneka yang
pelbagai jenis dan watak supaya pengajaran kami lebih berkesan. Pentas dan
boneka ini dibina dengan menggunakan bahan-bahan terbuang bagi menjimatkan
kos serta menampilkan kreativiti.
Terdapat banyak aktiviti yang boleh dijalankan dengan menggunakan boneka
di

dalam

pengajaran.

Bagi

proses

pengajaran

pemulihan

bacaan,

kami

menggunakan boneka untuk mengajar murid-murid menyebut perkataan-perkataan


dengan mempamerkan gambar pada perkataan tersebut supaya lebih mudah muridmurid untuk menyebut dan memahami. Murid pula akan menyebut mengikut guru
perkataan-perkataan yang diajar. Aktiviti ini dijalankan dalam bentuk lakonan oleh
tiga boneka yang memegang pelbagai watak. Aktiviti menyebut dan membaca
perkataan ini diulang beberapa kali supaya murid-murid dapat dengar dan faham
apa yang hendak disampaikan oleh guru. Kami juga meminta rakan-rakan di dalam
dewan yang kami anggap sebagai murid-murid untuk sama-sama menyebut dan
membaca bersama kami. Selain itu, kami juga akan menjalankan aktiviti mari
membantu boneka iaitu aktiviti mengisi tempat kosong dengan perkataan yang
sesuai supaya membentuk satu ayat mudah.
Bagi proses pengajaran pemulihan tulisan pula, kami akan menjalankan
aktiviti menggayakan bentuk-bentuk huruf dan membentuk perkataan. Aktiviti ini juga
dijalankan dalam bentuk lakonan dan menggunakan boneka. Aktiviti menggayakan
huruf-huruf ini dijalankan di atas papan tulis putih kecil yang disediakan oleh kami.
Jadi, murid-murid akan dapat melihat bagaimana guru menggayakan huruf-huruf
dan mencubanya sendiri di atas kertas masing-masing atau di atas papan putih yang
disediakan. Kami juga akan memberi peluang kepada rakan-rakan untuk mencuba

menggunakan boneka dan cuba menjalankan satu aktiviti lakonan dengan


menggunakan boneka tersebut.
Hasil daripada perbincangan kumpulan kami, kami dapat mengutarakan
beberapa kekuatan daripada aktiviti yang kami akan jalankan ini. Antaranya ialah
pengajaran menggunakan boneka ini sangat menarik dan dapat menarik minat
murid-murid untuk memberi perhatiansemasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Selain itu, aktiviti yang dijalankan seperti lakonan boneka sangat
menyeronokkan dan kami harap murid-murid akan suka dan dapat menikmati
pembelajaran dengan tenang. Kekuatan lain yang kami dapat nyatakan ialah aktivitiaktiviti ini dapat memudahkan murid-murid memahami dan menguasai kemahiran
membaca dan menulis. Disamping itu, aktiviti-aktiviti yang akan kami jalankan
memberi peluang kepada murid-murid untuk mencuba dan melibatkan diri. Secara
tidak langsung perkara ini membantu meningkatkan keyakinan diri mereka.
Terdapat juga beberapa kekurangan atau kelemahan yang dihadapi dalam
menjalankan pengajaran menggunakan boneka. Antaranya yang dapat kami
nyatakan ialah tidak semua murid berpeluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti
yang dijalankan kerana bilangan yang terlalu ramai. Selain itu, tidak semua murid
berpeluang menggunakan dan menjalankan aktiviti menggunakan boneka kerana
masa yang terlalu singkat. Tambahan lagi, akan ada juga murid yang malu untuk
melakukan aktiviti menggunakan boneka kerana melibatkan lakonan.
Konklusinya, proses pengajaran pemulihan bacaan dan tulisan menggunakan
boneka ini sangat menarik dan mampu untuk membantu murid-murid menguasai
kemahiran ini dengan mudah. Guru juga harus bijak menangani kekurangan yang
difikirkan dapat mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan
boneka ini supaya semuanya berjalan dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai