Anda di halaman 1dari 4

Kisah Juraish Dan Ibunya

Untuk relate kepada sambutan hari ibu ini,aku ada satu kisah dimana seorang lelaki
yang bernama Juraish dan juga seorang ibunya yang sudah tua. Untuk dijadikan
cerita,seorang pemuda yang bernama Juraish yang sangat tekun dan khusyuk dalam
beribadat dan telah menjadikan sebuah pondok kecil di hujung kampong sebagai sebuah
surau untuk beliau beribadat di dalamnya.Juraish ni mempunyai seorang ibu yang sudah
tua dan mengharapkan Juraish ni sebagai tempat menghuraikan segala isi hati dan
menghabiskan

hari-hari

tua

bersama

anak

lelakinya

itu.

dipendekkan cerita,pada suatu hari ni,ibu kepada Juraish ni telah pergi ke tempat
pengibadatan anaknya di hujung kampung sana,sesampainya ibu Juraish di pondok
itu,dia melihat Juraish sedang khusyuk beribadat,dan ketika itu ibunya memanggil
anaknya itu,dan setelah mendengar panggilan dari ibunya ketika Juraish sedang asyik
bersolat,Juraish merasa ragu samada mahu meneruskan solatnya itu atau menyahut
panggilan ibunya,dan Juraish membuat keputusan untuk meneruskan solatnya itu,begitu
jugalah

perkara

sama

yang

berlaku

untuk

hari

ke-2

dan

ke-3.

tetapi pada hari ke-3 ,ibu Juraish yang sudah semakin tidak sabar kerana panggilanya
tidak disahut oleh anaknya itu telah keluarlah kata-kata YA ALLAH,JANGAN ENGKAU
MATIKAN ANAKKU INI SEBELUM DIA BERTEMU DENGAN SEORANG PENZINA.kisah ini
menjadi semakin menarik kerana selepas kata-kata ibu Juraish yang seakan doa itu
telah memberikan satu kesusahan kepada Juraish kerana Juraish ini terkenal dengan
kewarakannya dan kerajinan dalam beribadat.dan ketika ini ada segelintir orang yang
tidak suka akan apa yang dilakukan oleh Juraish dan keluarlah cerita bahawa,Juraish ini
tidak melayan panggilan ibunya dan ada satu agenda untuk mengoncang iman Juraish
ini dan ketika itu datang seorang wanita yang sanggup mengoncang iman Juraish ini
dengan

kecantikkannya.

maka wanita itu pun pergi ke tempat ibadat Juraish untuk menggodanya supaya
melakukan zina dan bermacam-macam cara dilakukan oleh wanita tersebut untuk
menggoda Juraish akan tetapi ia tidak berjaya dan telah berputus asa dan beralih
kepada seorang penggembala kambing yang tinggal di sebelah rumah ibadat Juraish dan
telah menggodanya dan dia berjaya untuk berzina dengan penggembala kambing itu dan
akhirnya diketahui bahawa wanita itu telah hamil dan orang kampung telah menanyakan

kepada wanita tersebut siapa yang bertanggungjawab menghamilkan dia dan wanita
tersebut telah menfitnah Juraish dengan mengatakan Juraish yang telah menghamilkan
dia

dan

setelah

lahir,orang2

kampung

telah

menuju

ke

rumah

Juraish

untuk

mendapatkan kebenaran adakah dia yang telah menghamilkan wanita itu dan

ketika itu Juraish hanya menggelengkan kepala dan keluarlah satu ayat dengan berkata
engkau tanyalah anak itu siapa bapanya..dan orang kampung ketika itu seakan tidak
percaya dengan kata2 Juraish itu dan mengatakan kepadanya sebagai seorang yang
gila,akan tetapi Juraish berkata perkara yang sama juga,dan orang kampung pun
bertanya kepada anak kecil itu dan anak kecil itu berkata bahawa bapanya adalah
seorang pengembala kambing dan orang2 kampung telah memohon maaf kepada
Juraish dan berterima kasih kepada Juraish kerana sudi memaafkan mereka dan ketika
itu ibu Juraish telah merasa sesal kerana kata2nya telah menjadi kenyataan dan telah
bertaubat untuk tidak berkata sedemikian lagi.
apa yang ingin dinyatakan dalam cerita ini adalah doa dari ibu sangat mustajab dan
Allah akan memakbulkan segala doa kaum ibu ini.dan satu lagi bahawa ingin ditonjolkan
seorang insan yang sangat khusyuk dan tekun dalam beribadat.

Kisah Juraish & bayi bercakap


Juraish yang merupakan seorang abid
yang terkenal dalam kaum Bani Israel
sentiasa mendirikan ibadah di tempat
peribadatan yang diterimanya. Suatu hari
dia telah didatangi ibunya ketika mana
sedang mengerjakan solat, mendengar
panggilan ibunya timbul di dalam hatinya
sama ada mahu meneruskan solat atau
menyahut panggilan ibunya dan dia
mengambil keputusan meneruskan solat.
Maka berlalulah ibunya pada hari tersebut.
Pada keesokan hari sekali lagi ibu Juraish
mendatanginya dan apa yang berlaku
adalah pengulangan, Juraish dalam
keadaan solat dan tetap tidak menyahut
panggilan ibunya. Perkara tersebut
berlaku tiga hari berturut-turut. Pada hari
ketiganya ibu Juraish yang telah terasa
hati akibat perlakuan Juraish mendoakan
kepada Allah SWT agar Juraish digoda
pelacur suatu hari kelak.
Berkat doa ibu, pada suatu ketika sedang
Juraish berada di tempat peribadatannya
telah datang seorang pelacur
menggodanya. Berbekalkan keimanan
yang tinggi dalam diri Juraish masih dapat
menolak dan mengelak godaan pelacur
tersebut. Akibat tindakan Juraish pelacur
tersebut mencari jalan lain untuk
menfitnah Juraish. Suatu ketika ketika
menghampiri tempat ibadah Juraish
pelacur tersebut terserempak dengan
seorang pengembala kambing lalu
menggodanya berzina. Hasil dari zina
tersebut pelacur tadi telah mengandung
dan telah dihebahkannya kepada kaum
Bani Israel bahawa kandungannya adalah
hasil hubungannya dengan Juraish.
Tatkala tersebar berita tentang Juraish
telah berzina dengan pelacur sehingga

melahirkan anak, tempat ibadah Juraish


telah dirobohkan oleh Bani Israel sebagai
tindak balas ke atas kelakuan
sumbangnya. Juraish mempertahankan
dirinya dengan meminta dibawakan
kepadanya anak yang dilahirkan pelacur
tersebut.
Suatu ketika setelah selesai bermunajat
kepada Allah SWT, Juraish berdepan
dengan anak kelahiran pelacur terbabit
lalu ditusukkan jarinya keperut anak
tersebut lantas disoalnya anak tersebut;
siapakah bapa kamu yang sebenarnya?
Dengan izin Allah SWT anak tersebut
bertutur mengatakan ayahnya adalah
seorang pengembala kambing yang
digoda oleh pelacur yang menfitnah
Juraish.
Setelah mengetahui kebenaran Bani Israel
terus kembali semula kepada Juraish
bahkan mereka bangunkan semulaa
tempat ibadah bagi melaksakan ibadah
dengan aman.
Selain anak kecil tadi yang bercakap
menjadi saksi kepada Juraish; Nabi Isa AS
dan kisah anak yang sedang menyusu
menegur ibunya ketikamana ibunya
mengharapkannya menjadi sipulansipulan antara manusia yang boleh
bercakap semasa kecil. Selain itu menurut
Imam Sayuti kebanyakan para anbiya
boleh bertutur ketika masih anak kecil
antaranya Nabi Muhammad SAW, Nabi
Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Ibrahim AS,
Nabi Nuh AS dan Nabi Musa AS. Yang
lainnya meliputi saksi kepada Nabi Yusuf
AS yang difitnah oleh Zulaikha, anak
kepada Masyitah tukang sisir anak Firaun
yang dihumban ke dalam air yang
menggelegak dan anak kepada seorang
Ashab al-Ukhdud yang terjun ke dalam
kawah api.

Anda mungkin juga menyukai