Anda di halaman 1dari 11

1

BAB 5 : TENAGA DAN PERUBAHAN KIMIA


1.

APA ITU PERUBAHAN KIMIA DAN PERUBAHAN FIZIK ?


Pembakaran kertas untuk menghasilkan debu adalah perubahan kimia
manakala peleburan ais menjadi air ialah perubahan fizik.
Perbezaan antara perubahan kimia dan perubahan fizik adalah seperti
jadual di bawah

PERUBAHAN KIMIA
Bahan baru terbentuk
Perubahan tidak berbalik
Komposisi kimia bahan asal
berbeza dengan hasil
Jisim bahan asal berbeza dengan
hasil
Ikatan antara zarah dipecahkan
Memerlukan tenaga haba yang
tinggi

PERUBAHAN FIZIK
Tiada bahan baru terbentuk
Perubahan berbalik
Komposisi kimia bahan asal sama
dengan hasil
Jisim bahan asal mungkin sama atau
berbeza dengan hasil
Zarah hanya berubah bentuk sahaja
Memerlukan tenaga haba yang rendah

2.
PERUBAHAN HABA SEMASA TINDAK BALAS KIMIA
Semasa tindak balas kimia, berlaku dua jenis perubahan haba iaitu :
Tindakbalas eksotermik
- sesuatu tindakbalas yang membebaskan haba ke persekitarannya
Tindak balas endotermik
- sesuatu tindakbalas yang menyerap haba dari persekitarannya
Perbezaan antara Tindak balas Eksotermik dengan Endotermik ditunjukkan
seperti di bawah.
TINDAK BALAS EKSOTERMIK
TINDAK BALAS ENDOTERMIK
membebaskan tenaga haba
menyerap tenaga haba
persekitaran panas
persekitaran sejuk
(tabung uji terasa panas)
(tabung uji terasa sejuk)
hasil tindak balas mengandungi
hasil tindak balas mengandungi
tenaga rendah
tenaga tinggi
contoh : semasa melarutkan natrium
contoh : semasa melarutkan
hidroksida dalam air
ammonium sulfat dalam air
Tindak balas kimia berguna dalam industri. Pengetahuan mengenai jenis
tindak balas telah menolong manusia mencipta pelbagai bahan lain yang
sangat berguna kepada kita.
PROS
ES
Haber

HASIL

PERSAMAAN T/B

Ammonia

nitrogen + hidrogen ---->


ammonia + haba
sulfur dioksida + oksigen
<====> sulfur trioksida +

Sentuh sulfur trioksida untuk


pembuatan asid sulfuric

JENIS
T/B
Eksoterm
ik
Eksoterm
ik

Ostwal nitrogen oksida untuk


d
pembuatan asid nitrik
3.
SIRI KEREAKTIFAN LOGAM

haba
ammonia + oksigen ---->
nitrogen oksida + haba

Eksoterm
ik

Kebanyakan tindak balas di dunia kita ini berpunca dari logam. Logam
merupakan bahan yang sangat penting. Seterusnya kita mengkaji perlakuan
logam- logam. Logam-logam mempunyai kereaktifan berbeza apabila ditindak
balaskan dengan air, asid serta oksigen.
Jika kita melakukan eksperimen dalam makmal, berikut adalah pemerhatian
apabila logam bertindak balas
Dengan air.
JENIS
PEMERHATIAN
LOGAM
Natrium
bergerak pantas di atas permukaan air dan
menghasilkan bunyi "hiss"
Kalsium
tenggelam dan menghasilkan gelembung gas
(hidrogen)
Magnesium tenggelam dan menghasilkan sedikit gelembung
gas (hidrogen)
Kuprum
tiada tindak balas
Dengan asid.
JENIS
PEMERHATIAN
LOGAM
Magnesium pembuakan sangat cergas dan menghasilkan gas
(hidrogen)
Ferum
pembuakan yang cergas dan menghasilkan gas
(hidrogen)
plumbum
pembuakan dan menghasilkan sedikit gelembung
gas (hidrogen)
Kuprum
tiada tindak balas
Dengan oksigen pula.
JENIS
PEMERHATIAN
LOGAM
Magnesium membara sangat terang dan menghasilkan debu
putih seletah sejuk
Zink
membara dengan terang dan menghasilkan serbuk
kekuningan setelah sejuk
Ferum
membara dan menghasilkan serbuk hitam setelah
sejuk
Kuprum
tiada tindak balas

KECERGAS
AN
sangat
cergas
cergas
kurang
cergas
tidak cergas

KECERGAS
AN
sangat
cergas
cergas
kurang
cergas
tidak cergas

KECERGAS
AN
sangat
cergas
cergas
kurang
cergas
tidak cergas

Jadi kita boleh membina Siri kereaktifan logam bermula dari yang paling
reaktif ialah :Kalium
Natrium
Kalsium
Magnesium
Aluminium
Zink
Ferum (besi)
Stanum (timah)
Plumbum
Kuprum (tembaga)
Merkuri (raksa)
Argentum
Aurum (emas)
Oleh kerana logam mempunyai kereaktifan yang berbeza tindak balas
oksidanya dengan karbon lain juga menunjukkan perlakuan yang berbeza.
Berikut adalah pemerhatian apabila oksida logam bertindak balas dengan
karbon.
OKSIDA
LOGAM
Plumbum
(II) oksida

PEMERHATIAN

INFERENS/TH>

menghasilkan bintilbintil logam berkilau

Aluminium
oksida

tiada apa-apa terbentuk

Zink oksida

menghasilkan sedikit
bintil-bintil logam
berkilau

karbon boleh menurunkan plumbum


(II) oksida. Karbon lebih reaktif dari
plumbum
karbon tidak boleh menurunkan
aluminium oksida. Karbon kurang
reaktif dari aluminium
karbon boleh menurunkan zink
oksida. karbon lebih reaktif dari zink

Ini bermaksud kita boleh meletakkan karbon dalam siri kereaktifan logam
seperti berikut.
Kalium
Natrium
Kalsium
Magnesium
Aluminium
Karbon
Zink
Ferum (besi)
Stanum (timah)
Plumbum
Kuprum (tembaga)

Merkuri (raksa)
Argentum
Aurum (emas)
Semua oksida logam (bijih) yang berada dibawah karbon boleh diekstrak
(dikeluarkan) dengan memanaskannya dengan karbon.
Karbon yang digunakan dalam industri pengekstrakan logam dari
bijihnya ialah arang kok.
Proses Pengekstrakan logam dengan menggunakan serbuk karbon
(arang kok)telah dijadualkan seperti berikut.
LANGKAH
Memanggang
bijih
Mencampur
bijih dengan
arang kok
Tindak balas

Pengasingan

Mengacu dan
Membekukan
logam
4.

CARA
Memanggang
pada suhu tinggi
Bijih dicampurkan
dengan arang kok
dan dimasukkan
dalam "relau
bagas"
Campuran
dipanaskan pada
suhu tinggi

TUJUAN
Menyingkirkan
sulfur
Memulakan tindak
balas

HASIL
Bijih terpanggang

Melengkapkan
tindakbalas

Sanga
disingkirkan dan
leburan logam
dialirkan keluar
Leburan logam
dituang ke dalam
acuan dan
disejukkan

Memisahkan
logam tulen

Dua hasil
terbentuk iaitu :
a) Bendasing
(sanga lebur)
b)Logam tulen
yang lebur
Logam tulen

Mendapat
jongkong/kepinga
n logam

Campuran bijih +
arang kok bersuhu
tinggi

Jongkong/Kepingan
logam tulen

TINDAK BALAS DENGAN MENGGUNAKAN TENAGA ELEKTRIK


Elektrolisis merupakan satu tindak balas yang menggunakan tenaga
elektrik.
Tenaga elektrik memecahkan sebatian kimia untuk membentuk bahan
yang baru.

KOMPONEN
Elektrolit

BAHAN
garam, asid atau alkali

Elektrod

2 elektrod yang terdiri dari


bahan yang boleh
mengkonduksi elektrik cth:
karbon

TUJUAN
membekalkan ion positif
("kation") dan ion negatif
("Anion")
membentuk
a) elektrod positif (Anod)bahagian yang disambung ke
terminal positif bateri dan

b) elektrod negatif (Katod)


Pembekal
bateri atau sumber arus terus Mengerakkan elektron dalam
arus elektrik
litar
Terdapat 3 komponen utama dalam radas elektrolisis.

Elektrolisis mempunyai banyak kegunaan dalam kehidupan seharian manusia.


Anatarah kegunaannya ialah
KEGUNAAN
Pengekstrakan
Aluminium
Penulenan
argentum
Penyaduran
sudu besi
dengan
argentum
5.

ELEKTROLITNYA
Leburan
Aluminium Oksida
+ Kriolit
argentum nitrat

argentum nitrat

ELEKTROD +
karbon - gas
oksigen terhasil
kepingan
argentum tak
tulen - akan larut
dalam elektrolit
kepingan
argentum - jisim
berkurangan

ELEKTROD karbon aluminium


tulen terhasil
kepingan
argentum tulen
- bertambah
berat
sudu besi disadurkan
oleh argentum

PENGHASILAN TENAGA ELEKTRIK DARI TENAGA KIMIA

Disebalik elektrolisis, tenaga elektrik pula boleh dihasilkan dari tenaga


kimia dalam sel(bateri).
Untuk menghasilkan tenaga elektrik dari tenaga kimia, beberapa syarat
harus dipenuhi oleh radas
3 syarat supaya terhasilnya tenaga elektrik dalam sel ringkas ialah:a) Dua elektrod yang digunakan hendaklah berbeza.
b) Sel mesti mengandungi elektrolit.
c) Kedua-dua elektrod hendalah bersambung untuk melengkapkan litar.

KOMPONEN
Terminal Terminal +
Elektrolit

BAHAN
TUJUAN
bekas zink
membebaskan elektron
rod karbon
menerima elektron
ammonium klorida +
landasan pergerakan elektron
zink klorida
Pencegah
serbuk karbon +
menyerap hidrogen yang terbentuk
Pengutuban
mangan (IV) dioksida dan menukarkannya menjadi air
Komponen sel kering adalah seperti berikut.
Komponen sel asid-plumbum pula.
KOMPON
EN
Terminal -

BAHAN

plat plumbum
tulen
Terminal + plat plumbum
oksida
Elektrolit
asid sulfurik
pekat

TUJUAN
membebaskan elektron
menerima elektron

Saintis telah
menamakan
sel kering
sebagai sel primer manakala sel basah asid-plumbum pula ialah sel sekunder.
Apakah maksud serta perbezaan kedua-dua jenis sel ini ?.
landasan pergerakan
elektron

SEL
Kelebihan
Kelemahan

PRIMER
membekalkan arus tetap,
tidak boleh dicas semula

Contoh sel

sel kering, bateri alkali,


bateri argentum oksida

Cara di kitar
semula

SEKUNDER
boleh dicas semula
mengandungi elektrolit yang
mudah tumpah
akumulator asid-plumbum,
Bateri nikel-kadmium, bateri
litium
logam plumbum di kitar semula
dan asid diganti semula

bekas logam dan karbon


diasingkan dan dipakai
semula
Perbezaan sel primer dan sel sekunder adalah seperti berikut.

Walaupun sel-sel diatas berguna kepada manusia namun ianya boleh


mendatangkan sedikit masalah jika dibuang ke alam sekitar. Ini adalah kerana
ia mempunyai bahan bertoksik seperti logam rekatif serta bahan kimia lain.
Kesan Pembuangan sel kimia ke alam sekitar ialah :a) Pencemaran ekologi
b) Menjejaskan kesihatan manusia
c) Logam toksik mencemarkan sumber air dan tanah
d) Bahan toksik masuk ke rantai makanan dan meracuni otak
6.

TINDAK BALAS YANG MEMERLUKAN CAHAYA

Selain daripada tenaga elektrik, sesetengah tindak balas hanya memerlukan


cahaya sebagai sumber tenaga.Beberapa contoh tindak balas yang
memerlukan cahaya dalam kehidupan kita ialah :TINDAK
BALAS
Fotosintesis
Penguraian
Argentum
Klorida
Kertas
Fotografi

7.

KESAN CAHAYA

APLIKASI

Memecahkan molekul air


dalam tumbuhan.
Argentum klorida terurai
menjadi argentum dan
klorin.
Pasta argentum bromida
yang terdapat di permukaan
kertas fotografi terurai
menjadi argentum dan
bromida.

Penghasilan glukosa semasa


fotosintesis.
Bahan kimia argentum klorida
hendaklah disimpan dalam
botol gelap.
Bahagian terdedah cahaya
menjadi kelabu dan bahagian
terlindung kekal putih. konsep
ini digunakan untuk mencuci
gambar foto.

JANGAN MEMBAZIR TENAGA


Apabila kita mengetahui bahawa semua tindak balas di dunia ini
memerlukan tenaga (elektrik atau cahaya) maka kita sedar bahawa kita
tidak boleh membazir tenaga.
Kita hendaklah sentiasa mencari jalan agar sumber tenaga kita kekal
lama

Soalan Struktur
1
termometer

air keluar
kondenser Liebig

larutan
natrium
klorida

bikar
cecair X
bongkah
kayu

Rajah 1
Radas pada Rajah 1 di atas disediakan untuk mendapatkan cecair X daripada
larutan natrium klorida.
(a) Mengapakah air masuk dan keluar dari kondenser Liebig seperti yang
ditunjukkan oleh
anak panah di atas ?

_______________________________________________________________________________
__
(b) Apakah nama proses yang berlaku dalam eksperimen ini?

_______________________________________________________________________________
__
(c) Berikan dua proses perubahan jirim yang berlaku dalam eskperimen ini.

_______________________________________________________________________________
__
(d) Nyatakan fungsi air di dalam kondenser Liebig.

_______________________________________________________________________________
__

(e) Berapakah takat didih bagi cecair X yang terkumpul di dalam bikar?

_______________________________________________________________________________
__
[6 markah]
2
gas sisa

gas sisa

udara
udara
panas
panas

udara
panas

bjih timah
+
arang kok
+
bahan X

Rajah 2
Rajah 2 di atas menunjukkan pengekstrakan logam timah daripada bijihnya
dengan menggunakan sebuah relau bagas.
(a)
Namakan bahan yang terkandung dalam bijih timah.

_______________________________________________________________________________
__
(b)

Nyatakan fungsi bahan X dalam proses pengekstrakan pada Rajah 2.

_______________________________________________________________________________
__
(c)

(i) Apakah unsur yang terkandung dalam arang kok?

______________________________________________________________________________

10

(ii)
Berikan satu sebab mengapa arang kok dipilih dalam proses
pengesktrakan timah.

______________________________________________________________________________
(d)
Tuliskan persamaan tindak balas dalam proses penurunan bijih timah
kepada
logam timah oleh arang kok.

_______________________________________________________________________________
__________________
(e)
Berikan satu contoh logam lain yang juga dapat diekstrakkan melalui
kaedah yang
sama dengan timah.

_______________________________________________________________________________
______________________
[6 markah]
Soalan Esei
1 (a) (i) Terangkan proses penghabluran.
(ii) Berikan dua sifat bagi hablur.
markah]

[3

(b)
Huraikan satu eksperimen untuk menunjukkan bagaimana
bendasing boleh mempengaruhi takat didih suatu cecair tulen yang
dinamakan. [7 markah]
2 (a) Terangkan apa yang berlaku semasa proses elektrolisis.
markah]

[5

(b) Siri kereaktifan logam dengan sebahagian daripada unsurnya diberi


seperti di bawah.

Zink

Kalium
Natrium
Ferum

Kalsium

Magnesium

Aluminium

Semakin kurang kereaktifan

Karbon

11

Antara logam-logam dalam siri ini, yang manakah diekstrak daripada


bijihnya melalui
kaedah
(i)
elektrolisis ?
(ii)
pemanasan dengan karbon ?
Terangkan jawapan anda di (b)(i) dan (b)(ii).
[5
markah]

Anda mungkin juga menyukai