Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

GEOGRAFI
TINGKATAN 3

MATLAMAT KURIKULUM GEOGRAFI

Kurikulum Geografi membolehkan murid memahami fenomena geografi berfokus kepada negara Malaysia dan
hubungannya dengan negara-negara lain supaya dapat melahirkan murid yang berilmu, bertanggungjawab, bersyukur
dan mengenali serta mencintai negara Malaysia.

OBJEKTIF KURIKULUM GEOGRAFI


Kurikulum Geografi Sekolah Menengah membolehkan murid:
1. Menghubungkaitkan aspek kedudukan, arah, skala, dan jarak dalam organisasi ruangan.
2. Mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data geografi berbentuk kuantitatif dan kualitatif.
3. Memberi pendapat secara kreatif dan kritis, mengenal pasti dan mengkaji masalah semasa daripada aspek
geografi serta membuat keputusan dengan bertanggungjawab.
4. Menjelaskan fenomena alam dan saling kaitannya dengan manusia berasaskan taburan dan pola-pola yang
wujud di negara Malaysia dan negara-negara lain
5. Mengenal pasti cara hidup dan budaya pelbagai komuniti di negara lain serta menghargai ciri-ciri persamaan
dan kelainannya dengan negara Malaysia.
6. Memerihalkan keadaan saling memerlukan dalam sistem alam, kegiatan ekonomi, sosial dan politik antara
satu negara dengan negara lain.
7. Menerangkan kesan kegiatan manusia ke atas alam sekitar serta penting menguruskan alam dan sumber
dengan bertanggungjawab dan bijaksana.
8. Mengenali, menghargai dan berbangga terhadap ciri-ciri geografi negara Malaysia yang istimewa dan unik.
9. Menggabungjalin pelbagai fakta geografi dan dapat membuat kesimpulan yang rasional.
10. Mensyukuri dan mencintai alam, bersederhana dan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan dan peka
terhadap perasaan serta keperluan orang lain.

GEOGRAFI TINGKATAN 3

PERNYATAAN STANDARD

BAND
1

Mengetahui konsep, prinsip geografi dan kemahiran geografi.

Mengetahui dan memahami konsep, prinsip geografi dan kemahiran geografi .

Memahami dan mengaplikasikan konsep, prinsip geografi dan kemahiran geografi .

Mengaplikasikan pengetahuan geografi dan kemahiran geografi untuk menganalisis, mensintesis


dan menilai maklumat geografi.

Menggabungjalin pengetahuan dan kemahiran geografi untuk membuat penilaian / kesimpulan yang rasional
dan boleh menganalisis impak kegiatan manusia terhadap alam sekitar serta mengamalkan penjagaannya
secara bijaksana.
Mengkaji dengan mengumpul, menyusun, menganalisis dan menyampaikan data dan maklumat
geografi berbentuk kuantitatif dan kualitatif.

GEOGRAFI TINGKATAN 3

TEMA

BAND

DESKRIPTOR

Menyatakan asas kemahiran geografi yang berkaitan perkara berikut dengan betul:
Rujukan Grid
Bearing

Menjelaskan asas kemahiran geografi yang berkaitan dengan rujukan grid, bearing
dan jarak dengan betul.

Mengaplikasi kemahiran geografi untuk menentukan bearing , mengukur jarak,


mengira keluasan dan membina graf serta carta dengan tepat.

Mentafsir peta lakar yang berasaskan peta topografi, bahan grafik dengan tepat
berdasarkan maklumat dari data, graf, carta pai dan rajah.

Mempersembahkan maklumat geografi daripada pelbagai sumber yang releven dan


dapat membuat interpretasi berdasarkan maklumat tersebut melalui kajian geografi
tempatan.

Mengemukakan dan mempersembahkan idea / pendapat / cadangan yang bernas


untuk kesejahteraan persekitaran dengan menggunakan kemahiran geogarafi yang
sesuai.

KEMAHIRAN GEOGRAFI

GEOGRAFI TINGKATAN 3

TEMA

BAND

SUMBER

GEOGRAFI TINGKATAN 3

DESKRIPTOR
Menyenaraikan jenis-jenis sumber utama dengan betul.
Boleh diperbaharui
Tidak boleh diperbaharui

Menanda dan menamakan lokasi taburan mineral dan hutan di atas peta Malaysia
dengan tepat.

Menghuraikan jenis-jenis tenaga gantian dengan memberi contoh yang tepat.

Menghubungkaitkan kepentingan penerokaan pelbagai sumber dengan memberi


contoh yang sesuai terhadap pembangunan negara Malaysia.

Mengkaji dan menilai dengan jelas kesan penerokaan sumber terhadap alam sekitar
di Malaysia.

Mencadangkan langkah-langkah pengurusan sumber


mengekalkan penggunaannya pada masa depan.

yang

berkesan

untuk

TEMA

BAND
1

KEGIATAN EKONOMI

GEOGRAFI TINGKATAN 3

DESKRIPTOR
Menyatakan jenis-jenis kegiatan ekonomi utama di Malaysia dengan betul

Menerangkan faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi dengan tepat.

Menanda dan menamakan lokasi kegiatan ekonomi utama di Malaysia dengan tepat.

Menghuraikan faktor dan kepentingan kegiatan ekonomi yang tepat terhadap


pembangunan Malaysia.

Menjalankan dan menyediakan mengenai kajian kes / laporan yang lengkap mengenai
kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di kawasan sekitar pelajar.

Mencadangkan langkah-langkah penjagaan alam sekitar yang kreatif dan inovatif


serta boleh dilaksanakan untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap
alam sekitar di kawasan kajian.

Anda mungkin juga menyukai