Anda di halaman 1dari 15

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

SOALAN 1
Maksud Nasionalisme

Perasaan cinta atau sayang akan bangsa dan negara


perasaan ini akan mencetuskan gerakan untuk membebaskan tanah air
daripada belenggu penjajahan
Tidak terhad kepada pembebasan kuasa politik sahaja
tetapi pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan kebudaaan asing

SOALAN 2
Sebab-Sebab Penentangan Pemimpin Tempatan Terhadap
British

Dasar Penaklukan British


untuk mengukuhkan kedudukan politik dan kuasanya
memperluas kuasa politik
kawasan yang ditakluki terikat dengan peraturan
memaksa sesetengah kawasan menjadi tanah jajahan
Naning dipaksa membayar ufti
melaksanakan Sistem Residen
di Selangor/ Negeri Sembilan/ Perak/ Pahang
Sistem Penasihat dilaksanakan
di Johor/ Kelantan/ Terengganu/ Kedah/ Perlis
orang Iban di Sarawak dianggap lanun

Eksploitasi Ekonomi
Penentangan terhadap British berlaku kerana British ingin menguasai ekonomi
tempatan bagi kepentingan mereka
Penguasaan ekonomi dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British
dengan pemimpin tempatan
Menerusi perjanjian,saudagar dari Negeri-negeri Selat dibenarkan
menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah
Ini menimbulkan kemarahan penduduk tempatan terhadap British

Pelaksanaan Sistem Pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan


British telah memaksa sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan
British memperkenalkan sistem cukai
Undang-undang dan peraturan-peraturan tanah
Untuk mendapatkan hasil yang maksimum
British menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk
mesti mendapat kebenaran British
Tanah dikenakan cukai.
Peraturan British bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat tempatan
Tanah boleh dibuka mengikut keperluan mereka dan tidak perlu membayar
cukai

GC SEJARAH SELANGOR

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Campur tangan British dalam adat resam tempatan


Campurtangan British dalam adat resam tempatan turut membawa kepada
penentangan tempatan
British telah memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai British yang
bertentangan dengan budaya tempatan
Di Perak,J.W.W Birch telah campur tangan dalam adat resam masyarakat
Melayu,iaitu amalan menggunakan orang suruhan
Tindakan Birch telah ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan
Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan Pengaruh
Pemimpin tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran ke atas
kawasan dan anak buah mereka setelah British menjajah kawasan mereka
Sebelum penjajahan,kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh sultan
ataupun masyarakatnya untuk mentadbir kawasan tersebut
Perlantikan ini memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal
ehwal daerahnya
Seperti soal pentadbiran,perundangan,ekonomi,dan sosial
Penjajahan British terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan
kehilangan kuasa
Keadaan ini menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin
tempatan yang mendorong mereka menentang British
Kesulitan Penduduk Tempatan
Penduduk tempatan tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yang
menyulitkan kehidupan mereka telah memberi sokongan kepada penentangan
pemimpin tempatan
Kesetiaan kepada pembesar tempatan memberikan kerjasama dalam
menentang British

SOALAN 3
Peristiwa perjuangan/ kebangkitan tokoh tempatan/
pemimpin
Penghulu Dol Said (Naning)
Dipelopori oleh Penghulu Dol Said
Menentang Naning dijadikan wilyah taklukan British
Enggan menghantar satu per sepuluh hasil sebagai ufti
British menghantar tenteranya menakluk Naning pada tahun 1831
Dol Said dibantu oleh Yam Tuan Ali dari Rembau
Syed Syaban, Penghulu Remai dan Rechat, DatoKelana Sungai Ujong serta
Penghulu Gemenceh
Berjaya mengalahkan 150 orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie
1,200 orang tentera British menyerang Dol Said kali kedua, Dol Said tidak
mendapat bantuan daripada mana-mana pihak
GC SEJARAH SELANGOR

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Pasukan British Berjaya mengalahkan tentera Dol Said


Dol Said terpaksa menyerah diri dan dibawa ke Malaka
Dato Maharaja Lela (Perak)
Dato Maharajalela dan pembesar Melayu Perak dan yang lain membuat
bantahan secara terbuka terhadap campur tangan British
Dato Maharajalela membuat kubu di Pasir Salak
Dato Maharajalela dengan pe,mbesar-pembesar Melayu bermesyuarat di
Durian Sebatang menentang undang-undang British
Dato Maharajalela bersetuju mengambil tanggungjawab membunuh J.W.W
Birch
Selepas bermesyuarat dengan Sultan Abdullah dan para pembesar lain di
Belanja
Dato Maharajalela melakukan penentangan terhadap British
Namun Sultan Abdullah terpaksa menyerahkan Perak kepada British
Dato Maharajalela mengerahkan Seputum, Pandak Lam dan lain-lain
membunuh J.W.W Birch di Sungai Perak, Pasir Salak
Dato Maharajalela dan Dato Sagor melarikan diri ke Kota lama apabila
tentera British seramai 500 orang melancarkan serangan terhadap Pasir Salak
dan kawasan-kawasan yang terlibat
Dato Maharajalela bersama-sama Dato Sagor, Pandak Lam, Seputum dan
Pandak Induk dijatuhi hukuman gantung setelah dibicarakan di Matang, Perak
yang dihakimi oleh Raja Idris dan penasihatnya ialah Frank Swettenham.
Yam Tuan Antah (Negeri Sembilan)
Yam Tuan Antah Sri Menanti dan Dato Syahbandar Sungai Ujong iaitu
Abdullah Tunggal menentang penguasaan British di Negeri Sembilan
Kedua-dua mereka menentang kemasukan British di Sungai Ujong
British menyokong DatoKelana menduduki Terachi dan Paroi
British menawan Bukit Putus, Jempol dan Terachi
Pada tahun 1888 Yam Tuan Antah menandatangani perjanjian damai
Dato Bahaman (Pahang)
Menentang pembinaan balai polis Lubuk Terua, kawasan pengaruhnya
Menyerang British kerana mengankap anak buahnya
Menyerang dan menawan semula Lubuk Terua
Menyerang dan menguasai Kuala Tembeling dan Jeram Ampai
Dato Bahaman berundur ke Kelantan akibat tekanan daripada British
Dato Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberi perlindungan politik oleh
raja Chulalongkorn
Beliau menetap di Chiengmai
Diberi wang sara hidup 1000 baht dan meninggal dunia di Chiengmai
Dato Bahaman menetantang pelantikan J.P Rodgers sebagai re3siden pertama
di Pahang

GC SEJARAH SELANGOR

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Beliau menentang pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan


dengan adat resam dan sistem politik tempatan
Dasar-dasar itu termasuklah sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah,
sistem cukai dan penubuhan pasukan polis luar
Dato Bahaman, Tok Gajah dan Imam Rasul telah menentang British selama 5
tahun

Tok janggut ( Kelantan)


Penentangan terhadap penjajhan British berlaku di Pasir Putih pada tahun
1910
British memperkenalkan Sistem Penasihat British
British memaksa penduduk tempatan menerima pakai sistem cukai yang
diperkenalkan
Tok Janggut membantah perlaksanaan sistem cukai ini
Beliau enggan membayar cukai
Bantahan Tok janggut tidak dilayan
Pegawai Daerah Pasir Puteh mengarahkan pihak polis menangkap Tok Janggut
tapi gagal
Pada tahun 1915 Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji
Said, Che Ishak dan rakyat tempatan menyerang Pasir Puteh dan Berjaya
menawannya
Sebuah kerajaan baru telah dibentuk
Engku Besar Jeram sebagai raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan
Che Ishak sebagai pegawai daerah
Dengan menggunakan nama sultan Kelantan, British telah membawa masuk
pasukan tentera dari negeri Selat
Mereka memulakan serangan pada Mei 1915 di Saring.
Serangan British yang tersusun dan penggunaan senjata yang lebih moden
telah melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya
Tok Janggut telah terkorban dalam serangan itu dan mayatnya diarak
keseluruh pecan Kota Bharu sebelum digantung di pasar dalam keadaan
kepala ke bawah dan kaki ke atas
Sebagai amaran kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British
Haji Abdul Rahman Limbong (Terengganu)
Beliau tidak berpuashati dengan sistem cukai dan undang-undang tanah
British yang diperkenalkan kepada orang tempatan
Pada JUlai dan Ogos 1922, Haji Abdul rahman Limbong mengetuai penduduk
kampung membersihkan tanah di Kuala Telemong tanpa kebenaran British
Pada Mei 1925, kira-kira 300 orang penduduk kampung telah berkumpul dan
membuka tanah milik Tengku Nik Maimunah Ibn Sultan Zainal Abidin III
Tanash itu meliputi kawasan dari Lubuk Batu hingga kampung Pelam
Dengan bantuan Tengku Nik Maimunah mereka dapat disuraikan
Penduduk tempatan melancarkan penentangan bersenjata pada Mei 1928
GC SEJARAH SELANGOR

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Kumpulan yang menyerang bangunan kerajaan di Kuala Berang telah berjaya


mendudukinya
Kumpulan di Kuala Telemong telah bersiap sedia menunggu arahan untuk
menentang British
Dengan menggunakan kuasa dan nama Sultan Terengganu, British telah
menghantar tiga orang pembesar untuk menawan semula Kuala Berang
British menangkan dan memburu sesiapa sahaja yang menghalang
Cara ini memudahkan Briitsh kerana rakyat Melayu tidak akan menderhaka
kepada sultan
Sepasukan Polis seramai 25 orang telah menyerang Kuala Telemong
Pasukan polis Berjaya menumpaskan kebangkitan penduduk tempatan dengan
mengorbankan 11 orang
Haji Abdul Rahman Limbong pula telah diserang oleh 50 orang polis yang
dibawa dari Singapura
Beliau Berjaya ditahan dan dibuang negeri ke Makkah

Rentap (Sarawak)
Pada tahun 1853, Rentap pemimpin kaum Iban menyerang pasukan James
Brooke di kubu Nanga Skrang kerana tindakan Brookes yang cuba
menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang
Dianggap sebagai lanun
Berjaya mengusir Brookes
Brookes membalas dengan membakar kampung mereka
Rentap dan pengikutnya berundur ke Bukit sadok dan membina kubu
Rentap terus diserang oleh pasukan Brookes
Pada tahun 1861, tentera Brookes Berjaya mengalahkan Rentap
Rentap terpaksa berundur ke Ulu Sungan Entabai
Seranganya semakin lemah
Linggir (Sarawak)
Pemimpin kaum Iban di Saribas
Menentang penaklukan James Brooke pada tahun 1849
Menyerang kapal Nemesis dekat Batang Lupur
Merupakan tindak balas terhadap langkah James Brooke/ Kapten Farquhar
menghalang pelayaran mereka di Sungai Saribas
Linggir dan pengikutnya tewas dalam pertempuran tersebut
Syariff masahor dan Datu Patinggi Abdul Ghapur (Sarawak)
Syariff masahor bersama Datu patinggi Abdul Ghapur
Penentangan oleh Orang Melayu
Menolak penguasaan James Brooke di wilayah mereka/ Sungai Rajang
Mereka kehilangan kuasa memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk
tempatan

GC SEJARAH SELANGOR

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

1858, James Brooke membina kubu di kanowit


Shariff masahor telah menyerang kubu tersebut
Beliau dan datu patinggi Abdul Ghapur menyerang James Brooke di Kuching
tetapi gagal
Shariff Masahor melarikan diri ke Brunei
Tetapi beliau telah diserahkan oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura

Mat Salleh (Sabah)


Mat Salleh memerintah daerah Tambunan dan Sungai Sugut
SBUB tidak menghiraukan kedudukan Mat salleh
SBUB menduduki kawasan pengaruh Mat Salleh
Mereka melaksanakan sistem cukai kepala dan surat perahu
Pegawai-pegawai syarikat bersikap kasar kepada pendudk tempatan
Mat salleh telah ke Sandakan untuk berbincang dengan SBUB tetapi Mat
Salleh tidak dilayan
Gabenor Beufort telah menyerang dan membakar kampungnya
Mat Salleh terpaksa melarikan diri
Mat Salleh dan para pengikutnya telah melakukan serangan mengejut terhadap
kubu SBUB di Pulau Gaya
SBUB telah menawarkan [elan damai kepada Mat Saleeh dengan
menyerahkan Tambunan kepadanya
SBUB mungkir janji
Mat Salleh sekali lagi menyerang kubu SBUB
Serangan ini dibalas oleh pasukan tentera SBUB dengan mnenyerang kubu
Mat Salleh
Beliau akhirnya tewas dan meninggal dunai pada 31 Januari 1900

SOALAN 4
Peranan/ mesej / isu yang disampaikan oleh Akhbar dalam
penggerak semangat nasionalisme di Tanah Melayu sebelum
Perang Dunia Kedua.

Akhbar meniupkan semangat kebangsaan sebelum Perang Dunia Kedua.


Antara penulis akhbar yang terkenal ialah Zainal Abidin Ahmad ( zaba)
(1920-an), Dato Onn bin Jaafar dan Abdul Rahim Kajai(1930-an)
Antara akhbar yang terkenal ialah Warta Malaya, Lembaga Malaya, Majlis,
Utusan Melayu, Warta Negara dan Fajar Sarawak
Isu Ekonomi
Menggalakkan penubuhan syarikat kerjasama
Meminta British mengurangkan kemasukan orang dagang yang mengancam
ekonomi tempatan
Menggalakkan perniagaan di kalangan orang Melayu
Melarang orang Melayu menjual tanah
Menyeru orang Melayu berjimat cermat

GC SEJARAH SELANGOR

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Meminta British mengadakan kampung khas Melayu di Kuala Lumpur


Isu Sosial
Memajukan pendidikan tinggi orang Melayu
Menggalakkan pendidikan untuk anak perempuan
Menyeru orang Melayu supaya meninggalkan sikap negatif seperti memilih
kerja & tidak mahu berusaha
Menggalakkan tabungan di kalangan orang Melayu untuk tujuan pendidikan
anak-anak
Mementingkan kemahiran tradisional orang Melayu seperti pertukangan &
kerja tangan
Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris untuk kemajuan orang Melayu
Meminta taraf sekolah Melayu dibaiki dengan memberikan nilai ekonomi
Memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran
British
Menyeru orang Melayu supaya tidak meninggalkan pendidikan Islam
Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat
Isu Politik
Mengkritik British kerana mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
Mengkritik pembesar dan Raja-Raja Melayu kerana tidak melaksanakan
kepemimpinan yang sewajarnya untuk rakyat
Menolak dasar pilih kasih British dalam pentadbiran kerajaan
Menuntut diadakan Malay Administrative Service) untuk melindungi orang
Melayu dalam perkhidmatan kerajaan
Menyeru orang Melayu bersatu dalam sebuah pertubuhan kebangsaan
Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik tempatan

SOALAN 4
Peranan/ mesej/ isu yang dibangkitkan yang oleh Majalah
dalam penggerak semangat nasionalisme di Tanah Melayu
sebelum Perang Dunia Kedua.

Majalah Guru oleh Muhamad Dato Muda Linggi,Yusuf Ahmad dan Mohd
Sidin Rashid
Pendidikan anak-anak Melayu
Menyeru perpaduan orang Melayu
Meniupkan semangat cinta akan negara
Membaiki taraf hidup orang Melayu
Memajukan bahasa & sastera Melayu
Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa

Majalah Pengasuh oleh Dato Nik Mohamad


Membincangkan soal penafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah
Menggalakkan pendidikan di kalangan orang Melayu
Memperluas ilmu dalam semua bidang

GC SEJARAH SELANGOR

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam


Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk

Majalah Bulan Melayu oleh Zainon Sulaiman


Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor
Menggalakkan wanita mendapatkan pendidikan untuk kemajuan diri
Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya
Timur
Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa

SOALAN 4
Mesej/ isu/ tema yang dibangkitkan yang oleh Novel dalam
penggerak semangat nasionalisme di Tanah Melayu sebelum
Perang Dunia Kedua.

Novel Keris Melaka oleh Ahmad Bakhtiar


Semangat perjuangan menentang penjajah Barat seperti Portugis
Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti
Hang Tuah
Menggunakan sejarah sebagai inspirasi dan pedoman untuk mendorong
semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda

Novel Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad


Semangat menentang penjajah oleh anak muda tempatan
Menghargai warisan bangsa sendiri
Mencintai tanah air
Menolak kesenangan demi maruah bangsa

Novel Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad


Semangat wira pemuda tempatan dalam menjaga maruah bangsa
Mencintai tanah air
Berasa bangga dengan kebolehan sendiri
Seorang gadis tempatan yang menolak cinta pegawai penjajah kerana tidak
mahu menjatuhkan maruah bangsa

Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurrashid


Emansipasi atau kebebasan wanita dalam menentukan hala tuju kehidupannya
Wanita yang mementingkan pendidikan moden untuk kebaikan dirinya
Membuang pandangan negetif yang boleh menghalang kemajuan bangsa

SOALAN 4

GC SEJARAH SELANGOR

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Peranan persatuan-persatuan dalam membangkitkan


semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan
di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

Pada awal abad ke-20, muncul persatuan-persatuan yang membincangkan


pelbagai persoalan bangsa Melayu.
Tertumpu kepada isu ekonomi, pendidikan, bahasa, sastera, perpaduan dan
pembelaan politik bangsa
Contoh: Kesatuan Melayu Singapura, Persatuan sahabat Pena
Malaya(PASPAM), Persatuan Melayu Miri, Persatuan Melayu Perak,
Persatuan Melayu Selangor, Persatuan Melayu Negeri Sembilan, Persatuan
Melayu Pahang, Persatuan Sabahat Pena di Jesselton, Labuan dan Tawau,
Kesatuan Melayu Muda (KMM)
Kesatuan Melayu Singapura ( KMS)
Ditubuhkan pada tahun 1926 di Singapura
Diasaskan Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Kadir Ali dan Embok Suloh
Tujuan penubuhan untuk menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk
Melayu Singapura
Mohammad Eunos Abdullah telah Menjadi wakil KMS dalam pentadbiran di
British
Dilantik menjadi Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat bagi mewakili
orang Melayu
kejayaan beliau ialah kebajikan orang Melayu Singapura mendapat perhatian
British, memperoleh sebuah kawasan penempatan khas bagi orang Melayu di
Singapura.
Kesannya mendorong penubuhan cawangan KMS di Melaka, Pulau Pinang
dan negeri Melayu lain pada tahun 1930-an
Persatuan Sahabat Pena Malaysia (PASPAM)
Ditubuhkan pada tahun 1934 dan dipimpin oleh S.M. Zainal Abidin B.A
Tujuan penubuhan ialah untuk menggalakkan ahli-ahlinya berkenal-kenalan &
bertukar-tukar pendapat bagi memajukan diri sendiri dan bangsa
Menggalakkan perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan orang Melayu
Organisasi PASPAM yang kemas dan mempunyai perlembagaannya sendiri
telah mendapat sambutan hangat
Walaupun tidak bersifat parti politik tetapi kegiatan sosial PASPAM menjadi asas
kepada kesedaran perpaduan Melayu.
Persatuan-Persatuan negeri
Persatuan negeri juga ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu seperti di
Perak(1937), Selangor(1938), Negeri Sembilan(1938) dan Pahang(1938)
Objektif penubuhan adalah untuk menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi
membincangkan nasib orang Melayu dalam soal ekonomi, pendidikan &
perkhidmatan kerajaan
Dengan ini, perpaduan di kalangan orang Melayu dapat digalakkan

GC SEJARAH SELANGOR

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Persatuan di Sarawak
Persatuan kebangsaan Melayu Sarawak ditubuhkan pada tahun 1939
Diketuai oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
Tujuan penubuhannya ialah untuk mengeratkan perpaduan Melayu , menggalakkan
pendidikan, menjaga budaya & maruah bangsa dan menegakkan ajaran Islam
Persatuan ini mendapat sambutan orang Melayu Sarawak di daerah Kuching.
Persatuan di Sabah
Kesedaran berpersatuan di Sabah tidak menonjol
Terdapat cawangan Persatuan Sahabat Pena iaitu di Jesselton(Kota Kinabalu), Labuan
dan Tawau
Aktivitinya mirip kepada kegiatan persatuan di Semenanjung
Anggotanya terdiri daripada peniaga kecil, pegawai rendah kerajaan dan sekolah
Melayu
Kegiatan berpersatuan ini tidak tersebar ke kawasan pedalaman kerana kesulitan
perhubungan dan taraf pendidikan yang masih rendah

Kesatuan Melayu Muda ( KMM)


Ditubuhkan pada tahun 1939
Dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob iaitu wartawan akhbar Majlis
Objektif penubuhan ialah :

Menggalakkan perpaduan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung

Meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu


Walaubagaimanapun tujuan penubuhan KMM ialah lebih bersifat politik
KMM bekerjasama dengan Jepun pada akhir tahun 1940 untuk menghalau
British dari Tanah Melayu
Antara tindakan Ibrahim Haji Yaakob ialah

Menjadikan KMM sebagai badan propaganda Jepun

Membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda antiBritish

Mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan


Cawangan KMM juga ditubuhkan bagi meluaskan propaganda menentang
British
Maahad II Ihya Assyariff di Gunung Semanggol, Perak menjadi penyokong
KMM dengan menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut
untuk menentang British
Kesan daripada perjuangannya, Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad
dan 150 orang penyokong KMM ditangkap British akhir tahun 1941 &
dipenjarakan di Changi, Singapura
Kongres Melayu pada tahun 1939 dan 1940
Kongres Melayu yang diadakan pada tahun 1939 dan 1940 merupakan
kemuncak kesedaran kebangsaan orang Melayu menjelang Perang Dunia
Kedua

GC SEJARAH SELANGOR

10

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Soal kemunduran orang Melayu dalam pendidikan dan ekonomi serta layanan
pilih kasih British kepada anak negeri telah dibincangkan
Kongres ini disokong oleh golongan intelek dan akhbar-akhbar Melayu
Resolusi kongres ini menggambarkan perpaduan Melayu untuk mengatasi
masalah sosiekonomi & politik
Orang Melayu dapat mengatasi perasaan kenegerian
Kongres Melayu yang diadakan merupakan tanda kesepakatan orang Melayu
di seluruh Semenanjung dalam satu gerakan nasionalisme

SOALAN 5
Cara anda menunjukkan/menzahirkan semangat
nasionalisme terhadap negara. ATAU ciri-ciri warganegara
Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang
tinggi.

Menghormati raja dan pemimpin negara yang menjadi lambang perpaduan


rakyat
Menyanyi lagu Negaraku dengan berdiri tegak dan penuh bersemangat
Menghormati lambang-lambang negara seperti Jata Negara, lagu Negaraku
dan bendera kebangsaan
Membeli barang buatan Malaysia agar ekonomi berkembang maju
Mematuhi undang-undang negara supaya negara aman
Bangga berbahasa Melayu demi mengukuhkan peranannya sebagai bahasa
kebangsaan
Bangga sebagai rakyat Malaysia dan akan menyokong dasar-dasar negara
Bangga dengan kejayaan pasukan sukan negara yang bertanding di peringkat
antarabangsa
Hidup bersatu-padu secara harmoni agar negara aman dan makmur
Mengamalkan tradisi dan budaya bangsa supaya dapat mengukuhkan jati diri
Menyambut hari kemerdekaan dengan penuh penghayatan serta mengibarkan
jalur gemilang
Bekerjasama dan tolong menolong dalam menjayakan sesuatu program
Menghormati budaya dan agama kaum lain supaya dapat mengelakkan
perbalahan antara kaum
Berusaha menjaga maruah bangsa dan negara agar negara dihormati
Menjunjung perlembagaan negara agar keamanan negara terjamin
Bersyukur sebagai warganegara Malaysia yang aman dan damai
Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran agar mampu bersaing dengan
negara lain
Taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara
Berani dan sanggup mempertahankan negara agar tidak dijajah semula
Melibatkan diri dalam pembangunan negara untuk kemajuan negara
Bersikap toleransi agar dapat menjauhi pergaduhan antara kaum

SOALAN 5
GC SEJARAH SELANGOR

11

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Bukti/ kesan masyarakat Malaysia mempunyai semangat


nasionalisme yang tinggi/ kejayaan yang dicapai oleh negara
Malaysia

Berjaya mengekalkan perpaduan antara kaum


Mengibarkan bendera kebangsaan semasa sambutan hari kebangsaan
Berjaya mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara
Berjaya membangunkan mercu tanda negara sepertu Putrajaya, Cyberjaya dan
KLIA
Bersama meraikan hari perayaan dengan mengunjungi rumah terbuka tanpa
mengira kaum
Kejayaan atlet negara dalam bidang sukan antarabangsa seperti Dato Lee
Chong Wei dalam sukan badminton
Mempunyai sistem persekolahan kebangsaan yang diterima pakai oleh semua
kaum
Rakyat Malaysia membudayakan dasar kebudayaan kebangsaan yang
dianjurkan oleh kerajaan
Malaysia mampu menjaga maruahnya daripada sebarang bentuk pertumpahan
darah
Kemasukan pelabur asing dalam menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi
Mampu mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat yang berbilang
kaum
Memainkan peranan dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa seperti
ASEAN dan PBB
Berjaya mengekalkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang diwarisi
sejak merdeka
Rakyat Malaysia peka dan prihatin terhadap maruah dan kedaulatan negara
dengan menganggotai Rejimen Askar Wataniah dan Ikatan Relawan Rakyat
Keunikan dan keistimewaan masyarakat Malaysia menjadi tumpuan
pelancong seluruh dunia
Malaysia berjaya menjadi hub pendidikan dunia disebabkan keamanan dan
keharmonian masyarakat. Kedatangan pelajar asing kerana pendidikan bertaraf
antarabangsa.
Berjaya menganjurkan pertandingan peringkat antarabangsa seperti
pertandingan lumba kereta dan motor Formula 1
Kejayaan program transformasi kerajaan yang melibatkan transformasi
ekonomi dan luar bandar
Hak kebebasan asasi, memilih pemimpin melalui pilihan raya dan memiliki
harta dan hak bersuara
Kejayaan program penghantaran angkasawan negara yang pertama iaitu Dr.
Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha

SOALAN 6
Bagaimanakah semangat nasionalisme yang tinggi mampu
memajukan negara kita

GC SEJARAH SELANGOR

12

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Pemimpin negara akan mentadbir negara dengan jujur ikhlas. Programprogram pembangunan negara dapat dirancang dan dilaksanakan dengan
sempurna untuk rakyat
Kepimpinan yang bertanggungjawab akan melahirkan hubungan erat dengan
rakyat. Ini membolehkan dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan
Amalan rasuah dalam negara dapat dihindari. Ketelusan pentadbiran dapat
dilaksanakan. Ketirisan dalam ekonomi dapat dielakkan
Semangat sayangkan negara menggalakkan pekerja bekerja bersungguhsungguh. Ini akan meningkatkan produktiviti dan menambah pendapatan
negara
Ahli-ahli sukan akan berusaha dalam sesuatu pertandingan untuk
mengharumkan nama negara
Rakyat akan berusaha mempertahankan negara daripada sebarang ancaman
musuh-musuh luar. Kedaulatan negara akan dapat dipertahankan.
Semangat toleransi dan berkerjasama dapat memupuk perpaduan kaum.
Keharmonian dan keamanan dapat diwujudkan.
Pertelingkahan antara kaum dapat dielakkan
Sistem politik negara akan lebih stabil
Ekonomi berkembang pesat
Banyak peluang-peluang pekerjaan dapat diwujudkan
Kesedaran yang dimiliki mendorong rakyat berusaha meningkatkan ilmu
pengetahuan
Rakyat yang berilmu pengetahuan dapat menyumbang idea dan kepakaran
membangunkan negara
Sikap bertanggungjawab dan keprihatinan masyarakat dapat mengurangkan
kadar jenayah. Pengurangan kadar jenayah membolehkan kerajaan
menumpukan usaha pembangunan negara dalam bidang-bidang yang lain
Rakyat menjaga kebersihan persekitaran. Keindahan persekitaran terpelihara
sehingga menarik pelancong. Kehadiran pelancong menambah pendapatan
negara. Imej negara juga akan meningkat
Mana-mana yang munasabah

SOALAN 6
Berjayakah pemimpin-pemimpin tempatan menentang
British?

Berjaya
Dol Said berjaya menewaskan tentera British yang menyerang Naning pada
tahun 1831.
Dato Maharajalela dan anak buahnya di Perak berjaya membunuh J.W.W
Birch di Pasir Salak.
Linggir di Sarawak berjaya menyerang menyerang kapal Nemesis di Batang
Lupar
Rentap berjaya menyerang dan mengusir pasukan James Brooke di Kubu
Nanga Skrang
Mat Salleh berjaya menyerang kubu SBUB di Pulau Gaya Sabah

GC SEJARAH SELANGOR

13

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Dato Bahaman, Tok Gajah dan Imam Rasul telah bersatu menentang British
selama lima tahun
Tok Janggut dan rakan-rakannya telah berjaya menyerang Pasir Puteh di
Kelantan dan berjaya menubuhkan sebuah kerajaan
Pengikut Haji Abdul Rahman Limbong telah menyerang bangunan kerajaan di
Kuala Berang dan mendudukinya
Gerakan Kaum Muda melalui gerakan Islah berjaya memberikan kesedaran
kepada masyarakat tentang kepentingan bagi memajukan ekonomi, politik dan
pendidikan. Mereka juga berjaya menubuhkan beberapa buah madrasah untuk
memberikan pendidikan kepada masyarakat termasuk golongan wanita.
Mohammad Eunos Abdullah yang memimpin Kesatuan Melaui Singapura
berjaya memperoleh petempatan khas bagi orang-orang Melayu di Singapura
Persatuan Sahabat Pena Malaya berjaya mewujudkan perpaduan dalam
kalangan orang Melayu
Gagal
British berjaya menewaskan Dol Said dalam serangan kali ke-2 pada tahun
1832. Dol Said terpaksa menyerah diri
James Brooke berjaya menewaskan Linggir dalam pertempuran di Batang
Lupar dan menewaskan Rentap sehingga menyebabkan Rentap terpaksa
berundur ke Ulu Sungai Entabai
Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul Gapur berjaya ditahan oleh James
Brooke
Mat Salleh berjaya ditewaskan dan meninggal dunia
Dato Maharajalela, Sultan Abdullah, Sultan Ismail serta pengikut-pengikut
mereka berjaya ditangkap dan dijatuhkan hukuman oleh British
Dato Syahbandar ditewaskan oleh British dan terpaksa menandatangani
perjanjian menerima campurtangan British di Sungai Ujong
British berjaya melumpuhkan perjuangan Tok Janggut dan pengikutnya
Haji Abdul Rahman Limbong berjaya ditangkap dan dijatuhkan hukuman

SOALAN 7
Cadangan untuk memperkasakan semangat nasionalisme
dalam kalangan generasi muda.

Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan


Mengukuhkan sistem pendidikan
Menghayati sejarah pembentukan negara dan bangsa
Mempertingkatkan kempen 1 Malaysia
Mempertingkatkan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan
Menguatkuasakan sepenuhnya Akta Bahasa Kebangsaan
Mengamalkan prinsip Rukun Negara
Memperluaskan aktiviti sukan
Melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Menghormati pemimpin
Mengutamakan kepentingan negara

GC SEJARAH SELANGOR

14

CADANGAN SEJARAH KERTAS 3 SPM 2015

Mengutamakan perpaduan /muhibah


Mengaktifkan peranan Badan Sukarela
Mengamalkan integriti
Mempergiatkan lawatan ke tempet-tempat bersejarah
Menghargai keamanan
Mempergiatkan kempen Belilah Barang Buatan Malaysia
Mempertingkatkan kempen Amalan Nilai Murni
Mengelakkan pertelingkahan
Mengelakkan prasangka buruk
Mengelakkan gejala negatif
Mengukuhkan pasukan keselamatan dan pertahanan negara
Meningkatkan taraf pemikiran rakyat

SOALAN 7
Cabaran untuk memperkasakan semangat nasionalisme
dalam kalangan generasi muda.

Mengekalkan perpaduan
Taraf pemikiran rendah
Pengaruh budaya luar
Kemasukan filem asing
Budaya hiburan yang keterlaluan
Kekurangan ilmu pengetahuan
Kurang kemahiran

SOALAN 7
Cabaran yang dihadapi oleh negara untuk mewujudkan
masyarakat yang patriotik.

Daya saing produk Malaysia


Campur tangan kuasa luar
Jenayah rasuah
Jenayah ciber
Mengekalkan perpaduan kaum
Pencerobohan yang mengancam keselamatan negara
Perbezaan ideologi politik
Perbezaan agama/kepercayaan/budaya
Kegagalan media massa dalam menyampaikan mesej perpaduan
Terhakis semangat cintakan negara/jati diri

GC SEJARAH SELANGOR

15

Anda mungkin juga menyukai