Anda di halaman 1dari 2

Laporan AJK Kebersihan dan Keceriaan

Program Bina Insan Guru IV 2015:


Guru dan Masyarakat Pedalaman
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa IV: Guru dan Masyarakat Pedalaman telah
dijalankan di Sekolah Kebangsaan (Felda) Chegar Perah selama tiga hari dua
malam bermula dari 14 September 2015 sehingga 16 September 2015. Program
tersebut telah melibatkan 100 orang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) Semester 4 Ambilan Januari 2014 dari lima unit, iaitu 12 orang
dari Unit Pengajian Cina, 21 orang dari Unit Pengajian Melayu, 25 orang dari Unit
Muzik, 24 orang dari Unit Pemulihan dan 18 orang dari Unit Sains. Saya dan
Anitawati a/p Guwindasamy telah dilantik sebagai AJK Kebersihan dan Keceriaan
semasa

perjumpaan

kali

pertama

diadakan

dan

tugas

kami

adalah

bertanggungjawab untuk memastikan keadaan di sekitar kawasan sekolah bersih


dan ceria sepanjang program berlangsung.
Sebaik sahaja tiba di SK (Felda) Chegar Perah, kami telah pun mendapatkan
lokasi dapur dan tempat makan serta menentukan tempat membersihkan pinggan
mangkuk. Kami telah memilih dua tempat membersihkan pinggan mangkuk yang
mempunyai pili paip dan sistem perparitan yang sempurna. Setiap kali selepas guru
pelatih menjamu selera dan bersedia untuk membersihkan pinggan mangkuk, kami
akan mengingati mereka supaya membuang sisa makanan ke dalam tong sampah
terlebih dahulu untuk mengelakkan parit daripada tersumbat dan mengeluarkan bau
yang busuk. Setelah selesai membersihkan pinggan mangkuk, kami juga akan
memeriksa keadaan parit dan membersihkan kekotoran seperti buih sabun dan sisa
makanan yang tertinggal di sekeliling parit.
Kami juga sentiasa meronda di sekitar sekolah untuk memastikan adanya
beg plastik di dalam setiap tong sampah di kawasan sekolah. Setiap kali mendapati
tong sampah yang telah dipenuhi sampah, kami akan mengikat sampah yang telah
dibungkus dalam beg plastik dan mengumpulkan sampah di tapak pelupusan bahan
buangan di belakang kawasan sekolah. Sebagai seorang guru, menjaga kebersihan
di mana-mana tempat pada bila-bila masa merupakan tanggungjawab kita semua
dan sebagai contoh kepada anak murid, kita mesti sentiasa menjaga dan
menampilkan sahsiah dan imej guru yang positif, iaitu berdisiplin dengan mematuhi
arahan daripada pihak atasan serta menjaga kebersihan dan kekemasan diri.

Di sini saya dan Anitawati a/p Guwindasamy ingin mengucapkan ribuan


terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini atas kerjasama penuh.
Menjaga kebersihan dan keceriaan bukan hanya tanggungjawab Ahli Jawatankuasa
Kebersihan

dan

Keceriaan

sahaja

tetapi

semua

demi

keharmonian

dan

kesejahteraan hidup. Tahniah kepada semua kerana meninggalkan imej yang sangat
baik dan membanggakan kepada pihak SK (Felda) Chegar Perah.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

_________________
(WONG YENG THAI)
Ketua AJK Kebersihan dan Keceriaan,
Program Bina Insan Guru Fasa IV 2015: Guru dan Masyarakat Pedalaman,
PISMP Semester 4 Ambilan Januari 2014,
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan.

Anda mungkin juga menyukai