Anda di halaman 1dari 5

TEKANAN UDARA

6.1 Tekanan Udara


Menurut teori kinetik gas, zarah-zarah
gas sentiasa bergerak bebas dan
berlanggar dengan dinding bekasnya.
Perlanggaran yang kerap akan
menghasilkan satu daya tolakan pada
dinding bekas tersebut.
Daya tolakan ini dipanggil tekanan udara

6.1 Tekanan Udara


(sambungan)
Tekanan udara ialah daya per unit luas
yang dhasilkan oleh zarah udara.
Tekanan udara turut bertambah sekiranya
bilangan perlanggaran antara zarah-zarah
udara dengan dinding bekasnya meningkat.

Faktor-faktor yang
mempengaruhi Tekanan Udara
Tekanan udara di dalam bekas tertutup dipengaruhi
oleh isi padu bekas dan suhu udara.
Isi padu bekas.
a. tekanan udara bertambah apabila isi padu
bekas
berkurang
b. Apabila isi padu bekas berkurang, zarah-zarah
udara bergerak dalam ruang yang kecil
c. Zarah-zarah menghentam dinding bekas dengan
lebih kerap, menghasilkan daya yang lebih besar
d. Semakin beudarasar daya, semakin besar tekanan

Suhu udara
a. Tekanan udara bertambah apabila suhu
udara bertambah
b. Apabila suhu udara bertambah, zarah-zarah
udara bergerak dengan lebih pantas
c. Lebih banyak zarah udara menghentam
dinding bekas dengan daya yang besar,
menghasilkan tekanan udara yang lebih
besar
. Tekanan udara dalam atmosfera dipanggil
tekanan atmosfera
. Barometer ialah radas yang digunakan
untuk mengukur tekanan atmosfera

Anda mungkin juga menyukai