Anda di halaman 1dari 1

SYARAT & PERATURAN PENYERTAAN PAMERAN

1.

DEFINASI UNTUK MAKSUD RUJUKAN


1.1 Pempamer yang dimaksudkan meliputi samada pekerja atau agen yang dilantik dari sebuah Syarikat,
Pertubuhan,Perkongsian atau individu yang telah memohon untuk menyertai pameran dengan mengisikan borang
kontrak penyertaan bagi mendapatkan lot gerai pameran untuk tujuan mempamerkan bahan produk dan perkhidmatan
yang ditawarkan.
1.2 Penganjur adalah merujuk kepada Kelab Kebajikan & Rekreasi Jabatan Pelajaran Negeri Melaka selaku Penganjur
Utama dan Pengurus Pameran yang akan melaksanakan perjalanan operasi keseluruhan meliputi ahli jawatan kuasa
yang dilantik, pegawai eksekutif, agen yang dilantik dan pekerjanya.

2.

KELAYAKAN DAN PERMOHONAN PENYERTAAN


Penyertan adalah terbuka kepada semua Jabatan Kerajaan, Syarikat Pertubuhan, Perkongsian atau individu yang menawarkan produk
atau perkhidmatan bersesuaian dengan tema dan skop pameran. Semua permohonan hendaklah dibuat melalui borang permohonan dan
kontrak yang telah disediakan. Permohonan hendaklah disertai dengan bayaran keseluruhan atau deposit sebanyak 50% dari jumlah caj
setiap lot pameran. Penyerahan permohonan sebagai pengesahan peryertaan tertakluk kepada syarat-syarat & peraturan,
walaubagaimanapun penganjur mempunyai hak untuk menerima atau menolak penyertaan tersebut.

3.

TANGGUNGJAWAB PEMPAMER
Pempamer hendaklah mempamerkan produk atau perkhidmatan dan menghiasi lot pameran dan pegawai bertugas yang kompeten
semasa pameran berlangsung. Pempamer sama sekali tidak dibenarkan membuat penyewaan samada sebahagian atau keseluruhan lot
yang telah diperuntukan kepada pihak lain tanpa kebenaran bertulis dari pihak penganjur.

4.

PERUNTUKAN LOT PAMERAN DAN LOKASI


4.1 Peruntukan lot pameran dan lokasi adalah ditawarkan secara first come first basic iaitu pempamer berhak berunding
dengan pihak penganjur untuk mendapatkan lokasi tersebut setelah menyerahkan permohonan dengan bayaran deposit.
4.2 Bagaimanapun penganjur berhak sepenuhnya jika terdapat perubahan didalam pelan lokasi asal dan akan memberitahu
pempamer pada kadar yang segera berkaitan dengan perubahan lokasi tersebut.

5.

PEMBAYARAN LOT DAN PEMBATALAN PENYERTAAN


5.1 Bayaran baki penyertaan hendaklah dibayar selewat-lewatnya sebelum atau 25 April 2011, sebelum pempamer
memasuki lot pameran yang diperuntukan. Penganjur berhak untuk tidak membenarkan pempamer memasuki lot
pameran yang diperukan sekiranya pengesahan pembayaran tidak dapat dijelaskan pada waktu tersebut.
5.2 Pempamer yang telah mengesahkan penyertaan dan membuat pembatalan sebelum 1 April 2011 akan dikenakan caj
50% dari bayaran deposit yang telah dibuat. Pembayaran balik hanya akan dibuat (1) satu bulan dari tarikh pameran
berakhir. Bagaimanapun tiada pembatalan akan dibenarkan dari tarikh tersebut sehinggalah hari pameran dijalankan.
5.3 Sekiranya terdapat Pempamer yang membatalkan penyertaan disebabkan oleh apa jua perkara dan tidak berada pada
lot pameran yang telah di peruntukan pada 5 Mei 2011, jam 9.00 pagi, penganjur berhak untuk bertindak dengan
menyewakan lot pameran tersebut kepada pihak lain dan segala jumlah deposit yang telah dibayar tidak akan
dipulangkan semula.
5.4 Bagi Pempamer yang gagal memberitahu pembatalan dan tidak dilepaskan dari kontrak penyertaan adalah
bertanggungjawab untuk membayar keseluruhan baki yang masih belum dibayar dan juga akan menanggung kos-kos
yang terlibat (sekiranya ada) kepada penganjur akibat kegagalan penyertaan tersebut.

6.

PENYELENGGARAAN LOT PAMERAN


6.1 Semua bentuk hiasan dan aktiviti promosi hendaklah dijalankan di kawasan lot pameran yang disediakan sahaja.
Penganjur berhak untuk tidak membenarkan sebarang hiasan atau terdapat struktur yang didapati menghalang
pandangan lot pameran yang lain atau menghalang laluan.
6.2 Pempamer tidak dibanarkan sama sekali mengubah, menambah struktur atau kedudukan segala kemudahan yang
disediakan di gerai pameran. Pempamer boleh meminta atau membuat demikian dan kerja-kerja pengubahan hanya
akan dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh penganjur.
6.3 Pemasangan dan penyambungan peralatan elektrik hanya boleh dipasang oleh kontraktor yang dilantik penganjur sahaja.

7.

MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUP


Pempamer tidak dibenarkan membuat kerja-kerja melainkan aktiviti promosi terutamanya semasa lawatan VIP & VVIP, aturcara majlis
Perasmian dan majlis penutup.

8.

INSURANS DAN TANGGUNGAN


8.1 Penganjur menginsurankan tanggungan awam sepanjang pameran berlangsung dan dengan sedaya upaya berusaha
memastikan keselamatan didalam dewan pameran dan kawasan sekitarnya. Walau bagaimanapun penganjur TIDAK
bertangungjawab untuk menanggung sebarang kos untuk kehilangan dan kerosakkan keatas sebarang harta milikan
pempamer atau kecederaan terhadap pegawai, agen, pekerja dan kontraktor yang dilantik oleh pempamer samada ianya
disebabkan oleh kemalangan, kebakaran, keracunan dan semasa tempoh perjalanan masuk ke dalam atau selepas
keluar lokasi pameran.

9.

PEMASANGAN DAN MEMBUKA SEMULA


Spesifikasi dan peraturan lanjut pemasangan dan membuka semula adalah seperti yang terdapat di dalam Manual Pempamer yang akan
diedarkan kepada setiap pempamer setelah para pempamer mengesahkan penyertaan.

10.

KETIDAKPASTIAN
Penganjur adalah dengan ini bertindak dari masa ke semasa dengan andaian bahawa setiap pelan perlaksanaan adalah benar.
Penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat kejadian-kejadian yang tidak dapat dielakkan dan diluar bidang kuasa penganjur.
Oleh yang demikian pihak penganjur berhak untuk mencapai keputusan bagi penyelesaian masalah ketidakpastian tersebut.

11.

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG KERAJAAN MALAYSIA


Setiap pempamer adalah tertakluk kepada peraturan dan undang-undang Kerajaan Malaysia sepenuhnya. Sekiranya terdapat pempamer
yang didapati melanggar undang-undang Kerajaan Malaysia, Penganjur berhak untuk bertindak mengikut peraturan sewajarnya. Jika
terdapat tindakan oleh pihak berkuasa dari jabatan berkaitan atau wakilnya dan mengganggu perjalanan Pameran, pempamer akan
dikenakan gantirugi untuk sebarang kos-kos yang terpaksa ditanggung oleh penganjur.

Anda mungkin juga menyukai