Anda di halaman 1dari 5

Cerpen Tina

SINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan Haidi bertemu dengan Kursiah yang


mirip wajah adiknye, Sutina atau Tina.Malangnya Tina telah
meninggal dunia kerana menderita penyakit jantung
berlubang.Haidi amat menyayangi Tina ketika
hayatnya.Kehilangan Tina sangat dirasai Haidi.Kenangan
suka duka ketika bersama-sama Tina kerap muncul dalam
ingatannya.Kenangan itu semakin mencengkam apabila Haidi
terlihat akan Kursiah,seorang pelajar perempuan di
sekolahnya yang mirip wajah Tina.Pada Mulanya Kursiah
sukar didekati Namun hari sukan sekolah merupakan detik
perkenalan mereka dengan lebih mesra.Haidi menawarkan
wang sebanyak lima ringgit sekiranya Kursiah memenangi
acara lumba lari yang disertainya.Kursiah menyahut cabaran
itu.Kursiah menjadi johan dalam acara tersebut.Malangnya
Kursiah pengsan sebaik-baik sahaja menamatkan
lariannya.Kursiah dikejarkan ke hospital.Haidi tidak dapat
menerima kenyataan sekiranya peristiwa silam yang menimpa
Tina akan menimpa Kursiah pula.Haidi tidak mahu Kursiah
yang baru dikenalinya itu akan pergi meninggalkannya sama
seperti Tina.

Tema Dan Persoalan


Tema
Cerpen ini membawa tema kasih sayang.Perasaan kasih sayang
seorang abang terhadap adiknya yang mendalam sehingga
terbawa-bawa dalam tindakan sehariannya.Haidi amat menyayangi
adiknya,Tina yang telah meninggal dunia kerana menderita
penyakit jantung berlubang.
Persoalan
1. Tanggungjawab abang terhadap adik.Selain menyayangi
adiknya, Tina Haidi amat bertanggungjawab terhadap
kesihatan Tina dan sentiasa mengawal pergerakannya.
2. Kemiskinan hidup.Lantaran kemiskinan ,nyawa Tina tidak
dapat diselamatkan kerana pembedahan jantung yang
memerlukan wang yang banyak.
3. Ketabahan dalam menempuh qadak dan qadar
Tuhan.Walaupun pemergian Tina sangat dirasai oleh Haidi
tetapi Haidi tetap tabah dengan ujian tersebut.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama.
Haidi
 Penyayang dan sentiasa mengingati adiknya walaupun telah
meninggal dunia.
 Gigih berusaha untuk nerkenalan dengan Kursiah.
 Abang kepada Sutina.(Tina)
 Mewakili rumah hijau dalam acara lompat tinggi.
 Bertanggungjawab dalam setiap perkara yang dilakukan.

Watak Sampingan
Sutina(Tina)
 Adik Haidi yang telah meninggal dunia.
 Menghidap penyakit jantung berlubang.
 Mempunyai wajah seiras dengan Kursiah.
 Manja dengan abangnya.
 Sangat disayangi oleh Haidi.

Kursiah
 Pelajar perempuan di sekolah yang sam adengan Haidi.
 Raut wajah serta penampilannya sama dengan adik Haidi ,Tina.
 Seorang yang garang dan tegas.
 Tidak melayan Haidi yang cuba mendekatinya.
 Gigih dan bersemangat tinggi.
 Pelari jarak jauh rumah Tuk Janggut.

Cikgu Amir
 Guru sekolah Haidi.
 Bertanggungjawab.

Latar
Latar Tempat

1. Di anjung rumah di kampung perenggan.


 Contohnya ;
Soalan inilah yang sering menerpa tiba-tiba dalam benakku
ketika aku duduk-duduk di anjung rumah pada waktu petang
yang tenang dan riang sungguhpun kini telah sepi.Sepi!

2. Di dalam kelas.
 Contohnya ;
Selepas lima minit loceng akhir,aku masuk ke dalam kelas.

3. Di kantin.
 Contohnya ;
Loceng berdering sebaik saja aku tiba di kantin.

Latar Masa
 Masa Persekolahan
 Waktu Petang

Latar Masyarakat
 Pelajar
 Guru
 Masyarakat Kampung Perenggan

PLOT
PERMULAAN
 Haidi terkejut apabila terpandang wajah seorang
gadis(Kursiah) yang seiras dengan wajah arwah adiknya.

PERKEMBANGAN
 Haidi menyiasat latar belakang Kursiah dan berusaha untuk
berkenalan dengannya.

KONFLIK
 Haidi sering terkenangkan kenangan manis bersama
adiknya,Sutina yang telah meninggal dunia.

KLIMAKS
 Haidi tidak dapat mengawal perasaan apabila melihat Kursiah
yang pengsan selepas menamatkan larian 500 meter kerana
dia dibayangi peristiwa pahit tentang kematian adiknya.

PELERAIAN
 Haidi berdoa agar gadis yang mempunyai wajah yang mirip
dengan arwah adiknya itu selamat.

Gaya Bahasa

Simile
 Mulut comel Tina tersenyum lebar .Bagai kuntum bunga yang
mulai mekar.
 Tiba-tiba , layang-layang kelihatan bagai seekor burung yang
merendah mahu menyambar anak ikan di pemurkaan air.
Metafora
 Getar dan debar hatiku menggila pada kali pertama aku
melihat dia.
Personafikasi
 Dalam kesepian itu seolah-olah aku melihat pokok-pokok yang
longlai dipuput bayu melihat kemurungan yang menyerang
jiwaku.
Hiperbola
 Menegak dan akan mencapai awan.
Peribahasa
 Sabar itu separuh daripada iman.
 Masuk bakul angkat sendiri.

Nilai dan Pengajaran.

Kasih Sayang
 Haidi sangat menyayangi adiknya Tina.Kasih sayangnya itu
tidak penah lentur walaupun adiknya telah meninggal
dunia.
Tolong menolong
 Beberapa orang pelajar menolong Haidi menyusun basikal
yang jatuh.
Gigih
 Haidi berusaha dengan gigih mendekati Kursiah walaupun
Kursiah tidak pernah mengendahkannya.Akhirnya dia
berjaya.

Pengajaran
1. Kita haruslah menyayangi orang
lain,terutamanya adik –beradik.
2. Setiap orang haruslah gigih berusaha untuk
mencapai kemenangan dalam setiap bidang
sukan.
3. Kita mestilah menolong orang yang
memerlukan bantuan.
4. Kita haruslah memberikan dorongan dan
perangsang kepada orang lain untuk
menaikkan semangat.

Anda mungkin juga menyukai