Anda di halaman 1dari 7

Sinopsis Novel Rooftop Rant Karya HLOVATE

Sukarnya menjadi remaja seperti Jade yang nama penuhnya Wan Mohd Zahid
B. Abdullah dan Trisy yang nama penuhnya Khairul Batrisya bt Mazni. Mereka
ketandusan tumpuan dan kasih sayang daripada keluarga. Jade yangg lebih matang
membina haluan dengan cara tersendiri namun bagi remaja sekolah seperti Trisy dia
masih terkial-kial mencari arah dan dia akhirnya terumbang ambing dalam membuat
keputusan dalam hidupnya.
Komunikasi seharian dengan Jade memberi impak yang amat besar dalam hidup
Trisyi. Setiap kali perbualan mereka berlaku, ianya seperti rakaman kekal dalam
jiwanya. Kata-kata itu menjadi hikmat untuk Trisyi meneruskan hidup. Namun tekanan
demi tekanan menjadikan Trisyi lemah dan terkulai seorang diri dalam kepekatan
malam di menara Topaz.Trisy nekad membawa diri ke Wisma Topaz walaupun
keadaan disitu sunyi sepi tidak berorang kerana tertekan apabila mendengar ibu dan
bapanya berkelahi dirumah .. Dalam keadaan overdosed, Trisy diselamatkan buat kali
kedua oleh Jade. Keluarganya entah ke mana. Tindakan Trisy juga telah membuatkan
ibu bapa dia membuat keputusan untuk menghantarnya balik ke kampung untuk tinggal
dengan datuk dan neneknya. Bermulalah episod baru dalam hidup Trisy. Kehidupan
yang semakin bermakna tetapi seperti ada kekurangan kerana Jade tiada bersama-
samanya untuk mendengar keluh kesahnya. Kehadiran pak Sunya yang ala-ala ustaz
rock yang baru menamatkan pengajian dari UK memeriahkan hidupnya. Trisy banyak
berubah ke arah kebaikan semasa di Johor Bharu dan mula membaca kitab-kitab Pak
Sunya. Paksu nya yang banyak membimbing dirinya dan dia berjaya memperolehi SPM
yang membanggakan. Sementara Jade berjaya menjadi pelukis setelah Trisy
memperkenalkan Jade dengan Jason yang merupakan Art Director sebuah syarikat
komik terkenal merangkap kawan baik abang nya,Jazz.
Trisy diterima di KMS Seremban dan melanjutkan pelajaran di Aberdeen.
Terdapat juga diselitkan Jebat dan Lekiu, mags 7, dan juga kak Jo n Along dalam novel
yang sebelumnya semasa di Aberdeen. Trisy tidak terbuka hati walaupun di lamar
Lekiu. Jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Trisy kembali semasa cuti semester dan
bertemu Jade yang sudah menjadi seorang kartunis yang berjaya mencapai cita-
citanya lalu mereka mengikat tali pertunangan.
Analisis Emosi-emosi yang terdapat dalam Novel Rooftop Rant yang dikarang
oleh HLOVATE

Watak: Buk Jah-pembantu rumah Trisyi

Jenis emosi: cemas (emosi negatif)


Petikan: “ Batrisya! Gimana sih?”cemas Buk Jah bertanya sebaik sahaja dia masuk ke
rumah. “ Doktornya telefon dari klinik. Tanya ibu dan ayah ada di rumah, tapi dua-dua di
tempat kerja. Doktor bilang Batrisya pingsan tak sedar diri.” (M/S 18)

Huraian: Buk Jah merupakan pembantu di rumah Trisyi. Dia yang mengangkat telefon
ketika doktor yang merawat Trisyi menelefon ke rumah untuk memaklumkan perihal
Trisyi yang sedang dirawat di kliniknya kepada ibu dan ayah Trisyi. Tambah
mencemaskan Buk Jah tidak dapat mengkhabarkan berita tersebut kepada ibu dan
ayah Trisyi setelah beberapa kali cuba menghubungi telefon bimbit mereka.

Refleksi Introspektif:
Jika saya berada di tempat Buk Jah saya akan menghubungi kakak dan abang Trisyi
iaitu Tati, Rina dan Jazz untuk memaklumkan hal tersebut supaya mereka boleh pergi
mendapatkan Trisyi di klinik tersebut supaya Trisyi tidak keseorangan tanpa ditemani
ahli keluarga. Cara ini merupakan salah satu kaedah pengurusan emosi iaitu kaedah
APC. APC ialah ringkasan daripada perkataan Alternatives, Possibilities and Choices.
Kaedah pemikiran sebegini akan melatih seseorang itu menerbitkan pelbagai alternatif
dan pilihan yang terkeluar daripada yang biasa-biasa. Ia digunakan untuk melawan
pemikiran yang beku dan reaksi emosional. APC juga menghendaki seseorang itu
memikirkan beberapa perkara secara serentak. Individu tersebut harus melihat
permasalahan daripada pelbagai sudut pandangan. Selain menggunakan kaedah APC,
kita juga harus berfikir dengan tenang supaya segala permasalahan yang dihadapi
dapat diatasi dengan efektif.

Watak: Khairul Batrisya bt. Mazni- Trisyi


Jenis emosi: marah (emosi negatif)
Petikan: Trisyi menarik nafas panjang. “Dia tumpahkan air sirap atas buku aku masa
aku tengah lepak kat kantin, lepas tu buat bodo.Aku bengang la. Aku panggil pun dia
buat pekak nak blah macam tu je. Aku nak tarik dia tertarik tocang dia. Terus kawan dia
tolak aku…” (m/s 76)

Huraian: Trisyi menceritakan kepada Jade peristiwa yang telah menimbulkan


kemarahannya sehingga membawa pergaduhan dia dengan seorang budak di
sekolahnya dan kerana peristiwa itu menyebabkan dia digantung sekolah selama tiga
hari.

Refleksi Introspektif:
Jika saya berada di tempat Trisyi saya harus menenangkan diri terlebih dahulu supaya
dapat berfikir dengan lebih waras dan cuba berfikiran positif seperti menganggapkan
budak tersebut tidak sengaja menumpahkan air ke atas buku dan mungkin dia hendak
cepat kerana sesuatu perkara yang penting tanpa sempat untuk meminta maaf. Selain
itu,
Dengan berkifir sebelum melakukan sesuatu, kita akan dapat melakukan kaedah
berfikir menggunakan CAF dan sebagainya dan harus berhati-hati dalam membuat
keputusan. Kerana setiap keputusan betul yang dibuat akan mampu memberi hasil
yang positif dan seperti yang diharap-harapkan.

Watak: Wan Mohd Zaid b. Wan Abdullah


Jenis emosi: bertanggungjawab (emosi positif)
Petikan: “ Eh kenapa ni?” jelas suara Jade berbunga concern. “ Kalau kau tak suka
yang ni aku beli yang lain.” (M/S 100)

Huraian: Jade melawat Trisyi di Hospital Besar Selayang selepas menghadiri kuliah di
kolejnya. Dia membawa makanan kesukaan Trisyi untuk mengambil hati Trisyi supaya
cepat sembuh. Jade seorang yang bertanggungjawab kerana dia yang pergi mencari
Trisyi selepas mengetahui Trisyi hilang dari rumah dan dia juga yang membawa Trisyi
ke Hospital setelah menjumpai Trisyi yang dalam keadaan tidak sedarkan diri kesan
pengambilan pil anti-depresent yang berlebihan ketika di Wisma Topaz.

Refleksi Introspektif:
Jika saya berada di tempat Trisyi saya juga akan berbuat seperti yang dilakukan oleh
Jade iaitu dengan cuba membantu Trisyi dengan sebaik mungkin. Hal ini kerana
bertanggungjawab, merupakan satu sikap yang amat membantu dalam bersemuka
dengan permasalahan mahupun dalam menghadapi situasi yang genting. Sikap
bertanggungjawab mempunyai persamaan maksud dengan mengambil berat terhadap
orang lain. Kepentingan sikap bertanggungjawab apabila menghadapi situasi yang
mencemaskan adalah dapat membantu mewujudkan semangat kekitaan dan
membuatkan orang lain berasa selamat walaupun mereka sebenarnya berada dalam
saat-saat yang genting.

Watak: Khairul Batrisya bt. Mazni- Trisyi

Jenis emosi: sedih (emosi negatif)


Petikan: “ Ibu dengan ayah gaduh lagi.” Antara terkeluar dengan tidak Trisyi
menuturkan. Dia menggigit bibir bawah. “ Aku dah tak tahan….lepas tu…..” Air
matanya kembali membasahi pipi. Kata-katanya dibiarkan mati di situ. (M/S 103)

Huraian: Trisyi menceritakan kepada Jade hal sebenar kenapa dia pergi ke Wisma
Topaz seorang diri pada waktu malam dan kenapa die overdose dengan ubat
penenang yang telah diberikan oleh Doktor yang pernah merawatnya satu ketika dulu.
Dia berasa amat sedih kerana kewujudannya di rumah seperti sudah tidak dipedulikan
lagi. Ibu dan ayahnya sentiasa sibuk dengan kerja dan aktiviti sosial masing-masing
dan apabila mereka berada di rumah mereka sentiasa bertelingkah menyalahkan
antara satu sama lain kerana tidak pedulikan keluarga.

Refleksi Introspektif:
Jika saya berada di tempat Trisyi memang akan berasa sedih kerana tidak mendapat
kasih sayang dari orang tersayang tetapi saya akan berusaha untuk cuba
mengharmonikan kembali hubungan kekeluargaan sebagai contoh kenalpasti punca
sebenar kenapa hubungan dalam keluarga sudah tidak rapat dan cuba mencari idea
untuk merapatkan kembali hubungan kekeluargaan dengan mengajak ibu dan ayah
untuk makan malam bersama atau mengajak mereka pergi bercuti satu keluarga.Ini
merupakan kaedah rasionalisasi pemikiran iaitu memikir dahulu sebab-sebab kenapa
boleh berlakunya kegagalan dalam mendapatkan kasih sayang orang yang kita sayang
dan menggunakan alat berfikir APC( alternative, kemungkinan dan pilihan) yang
dipelopori oleh Barnice untuk mencari langkah tindakan yang sesuai. untuk
mengelakkan diri melakukan perkara yang boleh memudaratkan kepada diri sendiri
serta cuba menggunakan terapi seperti zikir atau muzik untuk meredhakan diri atau
mententeramkan diri.
Watak: Khairul Batrisya bt. Mazni- Trisyi

Jenis emosi: rindu (emosi negatif)


Petikan: Sekarang dia sibuk dengan persedian SPM namun adakalanya dia teringat
juga.Rindunya dengan Jade. Rindu nak tengok Jade lukis sketch,lepak di Rooftop,
ranting all the way tentang apa sahaja yang berlaku disitu. (M/S 130)

Huraian: selepas menyiapkan segala kerja sekolah dan latihan tubi untuk menghadapi
peperiksaan SPM Trisyi sempat mengimbau kenangan lama ketika dia masih tinggal di
Kuala Lumpur bersama ibu dan ayahnya. Dia rindukan segala kenangan bersama Jade.
Dengan Jade dia boleh ceritakan segala masalah yang dihadapinya tanpa perlu
berselindung apa-apa dan kini dia hanya melalui surat sahaja dia boleh menceritakan
segala perubahan yang berlaku dalam hidupnya.

Refleksi Introspektif:
Jika saya berada di tempat Trisyi memang akan merasa rindu terhadap Jade yang
sanggup mendengar segala masalah yang saya hadapi dan Jade boleh memberi
nasihat yang membina dan rasa rindu itu boleh dihindari dengan meluahkan emosi
kendiri dalam bentuk tulisan seperti menulis surat seperti yang Trisyi lakukan. Cara ini
adalah salah satu cara sublimasi untuk menangani masalah pengurusan emosi.
Sublimasi adalah cara pelarasan di mana kita gantikan sesuatu tumpuan emosi seperti
rindu kita dengan melakukan perkara lain yang boleh melepaskan rindu kita dengan
cara yang baik.
Watak: Mohd Azwan- Pak Su Trisyi

Jenis emosi:

Huraian:

Refleksi Introspektif:

Anda mungkin juga menyukai