Anda di halaman 1dari 3

FORMAT BUKU LOG KRS

Cover:
Logo kadet
Nama kadet
Nama Sekolah
Nama
Tahun
Kelas
Kandungan
1. Biodata diri - gambar, nama, kelas, tarikh lahir, pangkat/jawatan, unit beruniform, alamat, no tel ibu
bapa, kumpulan darah.
2. Misi dan Visi sekolah
3. Struktur Organisasi sekolah
4. Matlamat KRS
5. Objektif KRS
6. Logo
7. Keterangan logo
8. Bendera KRS
9. Keterangan bendera
10.
Lagu KRS
11.
Moto/Cogan kata
12.
Ikrar KRS
13.
Organisasi Jabatan(guru)
14.
Organisasi KRS
15.
Jadual latihan
16.
Catatan kehadiran peribadi
17.
Perjumpaan
Contoh catatan perjumpaan:
Perjumpaan ke Tarikh
Hari
Masa
Tempat
Bilangan kadet
Jurulatih
Kemahiran
Aktiviti
Nota/Catatan

:
:
:
:
:
:
:
:
:

PENGENALAN
Buku Log merupakan catatan peribadi yang terpenting di dalam aktiviti yang melibatkan ujian-ujian tertentu kerana buku
log akan menjadi dokumen pengesahan kepada setiap anggota tentang aktiviti yang dilakukan. Pergerakan Pengakap,
Pandu Puteri atau Pergerakan Puteri Islam amat terkenal dengan penyedian buku log yang bermutu terutama bagi
mereka yang akan menyertai Ujian Pentaraf Pengakap Raja.
Bagi anggota KRS, buku log memainkan peranan penting untuk membuktikan penglibatan mereka di dalam sesuatu
aktiviti. Bagi tujuan Ujian Kenaikan Pangkat,buku log akan menjadi dokumen sokongan bagi seseorang anggota untuk
membuktikan penglibatan mereka.
CIRI-CIRI BUKU LOG YANG BAIK
Dicadangkan agar setiap anggota KRS mengikuti garis panduan ini dalam usaha menyediakan Buku Log yang terbaik
dan menjadi dokumen sokonganyang tidak boleh dipertikai sewaktu menjalani Ujian Kenaikan Pangkat. Selain itu,Buku
Log anda akan menjadi dokumen sejarah peribadi diri anda pada masa akan datang.
Sebaiknya Buku Log anda dari jenis berkulit tebaldan mempunyai sekurang-kurangnya 400 jumlah mukasurat dan dihias
sesuai dengan identity KRS dan dibalut dengan plastic. Sebaik mungkin, sehelai Plastik lain yang lebih tebal dijadikan
sebagai pembalut luar kerana aktiviti KRS dilaksanakan tanpa mengira cuaca.. Buku log anda akan selamat dari
ancaman hujan dan sebagainya Setiap nota, laporan ditulis pada mukasurat yang berlainan. Diberikan tarikh dan masa
bagi memudahkan penguji membuat semakan.
Bahagikan Buku Log kepada beberapa bahagian seperti:
I. Muka surat 2 dan 3 Maklumat peribadi anda.Masukkan butiran-butiran yang penting di dalam ruanganini terutama
nama,alamat,no kad pengenalan,no telefon sewaktu kecemasan dan orang yang boleh dihubungi sewaktu kecemasanII. Muka surat 5 hingga 200 adalah untuk mencatat nota-nota latihan sama ada yang dilakukan di dalam pasukan atau
bersama pasukan lain. Juga, jangan lupa tarikh dan masa.
III. Muka surat 201-300- Peruntukan ruangan ini untuk laporan penglibatan anda di dalam aktiviti-aktiviti yang boleh
menyokong anda sewaktu Ujian Kenaikan Pengkat. Sebagai contoh, Laporan Khidmas Masyarakat di Kampung/taman
atau sekolah atau penglibatan di dalam persembahan nasyid, tarian diperingkat daerah.. Dapatkan tandatangan
penganjur jika boleh. Dan lebih baik jika anda mempunyai bukti bergambar. Buku Log akan bertambah menarik dengan
bukti yang kukuh begini. Jika sesuatu acara mempunyai buku program, dapatkan buku tersebut dan tampalkan di dalam
Buku Log sebagai Bahan Bukti sokongan. Selain darimenjadi bahan bukti, kita juga dapat menggelakkan pembaziran.
IV. Muka surat 301 hingga 400- Adalah ruangan untuk catatan sewaktu perkhemahan yang anda sertai. Tuliskan apa
sahaja pengalaman anda,peristiwa menarik,gambar-gambar atau bahan-bahan yang menarikpada ruangan ini.
Nota: Sekiranya buku tersebut habis digunakan, gunakan buku baru dengan format yang sama dan cantumkan keduadua buku menjadi satu.
SIJIL,DOKUMEN SOKONGAN DAN LAIN-LAIN
Semua sijil yang anda perolehi, sebaiknya di buat salinan. Salinanasas disimpan di rumah dan salinan kedua difailkan
dalam fail khas dan dibawa sewaktu menghadiri Ujian Kenaikan Pangkat.Sistem ini akan memperlihatkan kepada penguji
bahawa anda seorang yang teliti,kemas dan mempunyai nilai-nilai tersendiri.
LAIN-LAIN
Ada waktunya, anda menyatakan bahawa sukar untuk melukis simpulanatau gambar-gambar lain. Cadangan saya
mudah sahaja. Simpulan boleh anda buat menggunakan tali dantampal di dalam Buku Log. Ini akan membantu anda
membuat latihan kendiri dan buku log anda akan menjadi lebih menarik. Manakala gambar-gambar boleh diperolehi dari
hasil muat turun dari laman-laman sesawang yang berkaitan. Tampalkan sahaja. Terdapat juga jurulatih yang memberikan
helaian nota. Juga boleh ditampalkan di dalam buku log anda. Mudah bukan?

Anda mungkin juga menyukai