Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN PENYEDIAAN

BUKU LOG
KADET REMAJA SEKOLAH

SUSUNAN SEMULA OLEH: SEKRETARIAT KRS DAERAH KERIAN

1
PANDUAN PENYEDIAAN BUKU LOG KRS
PENGENALAN

Buku Log merupakan catatan peribadi yang terpenting di dalam aktiviti yang melibatkan
ujian-ujian tertentu kerana buku log akan menjadi dokumen pengesahan kepada setiap anggota
tentang aktiviti yang dilakukan. Sebagai contoh, Pergerakan Pengakap, Pandu Puteri atau
Pergerakan Puteri Islam amat terkenal dengan penyedian buku log yang bermutu terutama bagi
mereka yang akan menyertai Ujian Pentarafan Pengakap Raja.

Bagi anggota KRS, buku log memainkan peranan penting untuk membuktikan penglibatan
mereka di dalam sesuatu aktiviti. Bagi tujuan Ujian Kenaikan Pangkat, buku log akan menjadi
dokumen sokongan bagi seseorang anggota untuk membuktikan penglibatan mereka.

CIRI-CIRI BUKU LOG YANG BAIK

Dicadangkan agar setiap anggota KRS mengikuti garis panduan ini dalam usaha
menyediakan Buku Log yang terbaik dan menjadi dokumen sokongan yang tidak boleh dipertikai
sewaktu menjalani Ujian Kenaikan Pangkat. Selain itu, Buku Log akan menjadi dokumen sejarah
peribadi diri pada masa akan datang.

Sebaiknya Buku Log dari jenis berkulit tebal dan mempunyai sekurang-kurangnya 400
jumlah mukasurat.

Dihias sesuai dengan identiti KRS dan dibalut dengan plastik. Sebaik mungkin, sehelai
plastik lain yang lebih tebal dijadikan sebagai pembalut luar kerana aktiviti KRS dilaksanakan tanpa
mengira cuaca. Buku log akan selamat dari ancaman hujan dan sebagainya.

Setiap nota, laporan ditulis pada mukasurat yang berlainan. Diberikan tarikh dan masa bagi
memudahkan penguji membuat semakan.

PEMBAHAGIAN BUKU LOG

Bahagikan Buku Log kepada beberapa bahagian seperti:

I. Muka surat 2 dan 3 – Maklumat peribadi. Masukkan butiran-butiran yang penting di dalam
ruangan ini terutama nama, alamat, no. kad pengenalan, no. telefon sewaktu kecemasan
dan orang yang boleh dihubungi sewaktu kecemasan. (Lihat Lampiran A)

II. Muka surat 4 hingga 10 – adalah untuk butiran asas Kadet Remaja Sekolah seperti sejarah
penubuhan, keterangan logo, lagu dan sebagainya.

III. Muka surat 11 hingga 300 – adalah untuk mencatat nota-nota dan laporan aktiviti sama ada
yang dilakukan di dalam pasukan atau bersama pasukan lain. Juga, jangan lupa tarikh dan
masa.

2
IV. Muka surat 301 hingga 350 – Peruntukan ruangan ini untuk laporan penglibatan di dalam
aktiviti-aktiviti yang boleh menyokong sewaktu Ujian Kenaikan Pengkat. Sebagai contoh,
Laporan Khidmat Masyarakat di Kampung/taman atau sekolah atau penglibatan di dalam
persembahan nasyid, tarian di peringkat daerah. Dapatkan tandatangan penganjur jika boleh
dan lebih baik jika mempunyai bukti bergambar. Buku Log akan bertambah menarik dengan
bukti yang kukuh begini. Jika sesuatu acara mempunyai buku program, dapatkan buku
tersebut dan tampalkan di dalam Buku Log sebagai Bahan Bukti sokongan. Selain dari
menjadi bahan bukti, kita juga dapat mengelakkan pembaziran.

V. Muka surat 351 hingga 400 – Adalah ruangan untuk catatan sewaktu perkhemahan yang
sertai. Tuliskan apa sahaja pengalaman, peristiwa menarik, gambar-gambar atau bahan-
bahan yang menarik pada ruangan ini. Bahagian ini lebih menyamai sebuah jurnal.

Nota: Sekiranya buku tersebut habis digunakan, gunakan buku baru dengan format yang sama dan
cantumkan kedua-dua buku menjadi satu.

SIJIL, DOKUMEN SOKONGAN DAN LAIN-LAIN

Semua sijil yang perolehi, sebaiknya dibuat salinan. Sijil asal disimpan di rumah dan salinan
kedua difailkan dalam fail khas dan dibawa sewaktu menghadiri Ujian Kenaikan Pangkat. Sistem ini
akan memperlihatkan kepada penguji bahawa seorang yang teliti, kemas dan mempunyai nilai-
nilai tersendiri.

LAIN-LAIN PERKARA

Simpulan atau gambar-gambar lain boleh dilukis atau boleh diperolehi dari hasil muat
turun dari laman-laman sesawang yang berkaitan dan tampalkan sahaja.

Terdapat juga jurulatih yang memberikan helaian nota. Juga boleh ditampalkan di dalam buku log.

3
Lampiran A
Contoh pembahagian Buku Log;

BAHAGIAN A – MAKLUMAT ASAS (muka surat 1 – 10)

1. Biodata Anggota
2. Maklumat Asas Kadet Remaja Sekolah
i. Ringkasan sejarah penubuhan Kadet Remaja Sekolah
ii. Matlamat dan Objektif KRS
iii. Logo KRS dan keterangannya
iv. Bendera KRS dan keterangannya
v. Lagu KRS
vi. Ikrar KRS

BAHAGIAN B – NOTA DAN LAPORAN (muka surat 11 – 300)

1. Nota
2. Laporan Aktiviti
*nota dan laporan dibuat dan disusun mengikut setiap kali perjumpaan diadakan.
BAHAGIAN C – KAD UJIAN KELAYAKAN PANGKAT (muka surat 301 – 400)
1. Kad Ujian Kelayakan Pangkat
i. Lans Koperal
ii. Koperal
iii. Sarjan
2. Bahan Bukti Sokongan Kenaikan Pangkat
i. Laporan penglibatan dalam aktiviti ujian kelayakan pangkat
ii. Laporan dan catatan perkhemahan
3. Salinan Sijil Kenaikan Pangkat

4
Lampiran B
Contoh Maklumat Asas:

BIODATA DIRI

MAKLUMAT ASAS

Nama Penuh :
No. Sijil Lahir / Kad Pengenalan :
gambar
Tarikh dan Tempat Lahir :
Kumpulan Darah :
No. telefon / Telefon bimbit :
Alamat e-mail / url :
Alamat surat menyurat :

Pangkat / Jawatan : Ting 1 Ting 2 Ting 3 Ting 4 Ting 5

MAKLUMAT WARIS DAN ALAMAT PERHUBUNGAN

Alamat tetap :

Nama Bapa / Penjaga :

No. telefon / Telefon bimbit :
Nama Ibu / Penjaga :
No. telefon / Telefon bimbit :

MAKLUMAT KESIHATAN (Senaraikan jika ada)

…………………………………………………………………………………………………………

Lampiran C
Contoh Laporan Aktiviti;

5
Tarikh : .................................. Masa : ................................... Tempat : ................................................
Guru
Bertugas : .....................................................................................................................................

Laporan Aktiviti :
..............................................................................................................................................................

..............

Refleksi :

....

Disediakan oleh; Disemak oleh;

............................................ ............................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai