Anda di halaman 1dari 2

‫و انا ربكم فعبدون‬

dan aku tuhan kamu sekalian, maka berbaktilah kepada-Ku.


Dalam firman-Nya yang lain:

        

(serta dikatakan kepada mereka): "Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah


untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu)
diterima dan dihargai (oleh Allah)".(al-Insan:22)

Perkara-perkara tentang ibadah telah pun cukup kami fikirkan, telah pula kami teliti jalanya dari
awal, sehinggalah sampai tujuan akhirnya, yang diidam-idamkan oleh para penempuhnya.
Ternyata ianya jalan yang sangat susah dan sukar, banyak tanjakan-tanjakan(cabaran-cabaran
yang besar), sangat payah, dan jauh perjalanannya, besar bahayanya, tidak sedikit pula
halangan dan rintangannya, samar-samar dan sangat bahaya (dimana diibaratkan satu) tempat
(yang membawa kepada) kecelakaan dan kebinasaan, banyak lawan dan penyamunnya, namun
sangat sedikit teman dan penolongnya.

Sememangnya (keadaan tersebut di atas) telah pun menjadi lumrah ini ialah kerana ibadah itu
jalan menuju ke syurga. Jadi semua ini sesuai dengan sabda Nabi SAW:

‫اال وان الجنة حفت بالمكاره وان النار حفت بالشهوات‬


Ertinya: Ingatlah bahawa syurga itu dikepung oleh segala macam kesukaran, sedangkan neraka
dikelilingi oleh segala hal yang menarik(yakni menyenangkan).

Rasulullah SAW bersabda pula sepertimana berikut:

‫اال وان الجنة حزن بربوة وان النار سهل بسهوة‬


Ertinya: Ingatlah, bahawa jalan ke syurga itu penuh rintangan dan cabaran, sedangkan jalan ke
neraka itu mudah dan rata (dengan sesuatu yang menyenangkan).

Semua itu ditambah dengan kenyataan yang bahawa manusia itu lemah, sedangkan zaman
sudah payah, urusan agama mengalami langkah mundur, kesempatan dan peluang (beribadah)
sangat kurang, banyak tugasan, umur pendek. Penguji amat teliti, ajal dekat, perjalanan jauh
(suasana kemunduran di bidang agama telah pun dinyatakan sejak zaman Imam Ghazali masih
hidup, khasnya di bidang pengalaman nilai-nilai Islam, justeru itulah Al-Ghazali menerusi cara
hidup sufi dan zuhud mempelawa kaum muslim untuk kembali kepada ajaran agama Islam yang
sebenar. Mungkin faktor yang mendorong beliau menyeru kaum muslimin dengan menerusi
gaya hidup zuhud dan sufi disebabkan sebahagian besar umat Islam telah terlena dengan
berbagai kemajuan dan kemewahan dunia yang melalaikan urusan akhirat). Hanya ketaatanlah
menjadi bekal, kerana itu mestilah tamat (yakni hanya taqwa yang dapat menjadi bekal di
akhirat nanti. Hal ini sangat terang dan telah pun dijelaskan di dalam Al-Quran seperti berikut:)

          

dan hendaklah kamu membawa bekal Dengan cukupnya kerana Sesungguhnya


sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah); dan
bertaqwalah kepadaKu Wahai orang-orang Yang berakal (yang dapat memikir dan
memahaminya).(al-Baqarah:197)

Anda mungkin juga menyukai