Anda di halaman 1dari 2

Namun waktu telah berlalu tidak dapat datang semula.

Pendek kata sesiapa yang taat dialah


yang beruntung, bahagia selalma-lamanya. Tetapi sesiapa yang tidak mahu taat maka celaka
dan rugilah dia.

Dengan sedemikian permasalahanya adalah sangat besar dan merbahaya. Kerana itulah jarang
sekali orang yang memilih jalan ini. Dia antara yang memilihnya pun jarang sekali yang
menempuhnya.

Di antara mereka yang menempuhnya pun juga jarang pula yang sampai kepada tujuan dan
destinasinya dan berjaya mencapai apa yang dikerjakanya. Mereka yang berhasil itulah orang-
orang mulia pilihan Allah SWT untuk makrifat dan mahabah kepadaNya. Diberi-Nya taufiq dan
peliharaan terhadap mereka, dan disampaikan-Nya dengan penuh kurnia kepada keredhaan
dan syurga-Nya.

(Imam Al-Ghazali menyedari jalan taat menerusi kaedah tasawuf yang sahih adalah sangat
sukar dan sedikit sekali orang yang mahu menempuhnya. Diantara mereka yang menempuhnya
sedikit sahaja yang sampai ke destinasi yang diinginkan dan benar di sisi syariat Islam.
Sememangnya berapa ramai orang yang memilih cara hidup sufi dengan bermacam Tarikat,
namun apa tidak ada yang dapat di capai melainkan kesesatan. Sebagai contoh berbagai tarikat
sesat yang menghalalkan sesuatu yang haram dan sebaliknya serta kadangkala sudah enggan
melakukan perkara-perkara syariat seperti solat dan haji. Bahkan ada yang lebih sesat lagi, iaitu
sebahagian ajaran kebatianan yang sesat dengan tidak perlu sembahyang, apa yang penting
bagi mereka telah pun ingin dalam hatinya kepada Allah SWT, wal iyadhu Billah).

Kita mohon, semoga Allah SWT memasukan kita dalam golongan yang beruntung dengan
memperolehi rahmat-Nya. Amin.

Oleh kerana saya melihat jalan ke arah ini begitu keadaannya, saya berfikir dan merenungkan
bagaimana cara menempuhnya, alat dan perlengkapan apa yang diperlukan si penenpuhnya,
dengan ilmu dan amal mudah-mudahan sahaja ia dapat menempuhnya dengan taufik ilahi
dalam keadaan selamat, tidak terhenti dalam cabaran-cabaran sehingga patah di situ dan
termasuk golongan yang celaka dan binasa, na’uzu billah.

Itulah sebabnya saya berusaha menyusun beberapa kitab tentang jalan ke arah itu dan cara
serta kaedah-kaedah untuk menempuhnya, seperti antara lain kitab Ihya Ulumuddin, Al-
Qurbah, dan sebagainya. Akan tetapi, kitab-kitab tersebut banyak mengandungi perkara-
perkara yang halus, mendalam sekali, sukar untuk dimengerti oleh orang awam, sehingga
akhirnya mereka benci dan mencela, mengecam apa sahaja yang mereka belum paham dalam
kitab-kitab tersebut.
Namun kita tidak seharusnya hairan, kerana kitab mana yang lebih mulia dan lebih baik dari Al-
Quran. Tetapi kitab suci inipun masih sahaja dicela oleh orang yang tidak mahu menerima,
mereka katakan hanya cerita-cerita dongeng belaka. (Hal ini jelas-jelas telah diterangkan di
dalam Al-Quran sepertimana berikut:

            
  

Dan tiada yang mendustakannya melainkan tiap-tiap orang yang melampaui batas
(kebenaran), lagi amat derhaka! (sehingga) apabila ia dibacakan kepadanya ayat-
ayat kami, ia berkata:" ini ialah dongeng orang-orang dahulu kala!"(Al-
Mutafifin:12,13)

Anda mungkin juga menyukai