Anda di halaman 1dari 4

Salam 1 Malaysia

Di sini sue ingin berkongsi aktiviti dijalankan sempena minggu sains sekolah kami.
Tahun lepas, kami buat pertandingan reka cipta dan pameran sains. dalam
pertandingan reka cipta, murid mencipta
1)
2)
3)
4)
5)

gunung berapi - menggunakan tanah liat dan bikarbonat + coke.


membuat kincir air menggunakan sudu plastik
membuat meriam zaman dahulu menggunakan sudu besi dan getah.
membuat fasa bulan menggunakan bola ping pong di dalam kotak.
membuat roda kuda berpusing.

manakala pameran sains dengan menampal maklumat tahukah anda yang diambil
dari internet. memang menarik.
Tahun ini, kami buat eksperimen di dalam "makmal ' bergerak kami. ia dinamakan
program einstein muda. maklumatnya ringkas seperti berikut.
Stesen 1 : Makmal automotif
Murid diberi arahan dalam bentuk nota. Murid diminta menghasilkan sebuah kereta
mainan daripada botol plastik. Kereta itu perlu diluncurkan melalui landasan dan
jarak yang dilalui oleh kereta dicatat. Kumpulan yang dapat meluncurkan kereta
pada jarak yang paling jauh merupakan pemenang. Setiap kumpulan diberi
peluang 3 kali percubaan sahaja. Aktiviti ini menggunakan konsep kelajuan, bab
laju , tahun 6.
Stesen 2 : makmal Telekomunikasi
Di dalam makmal telekomunikasi, murid menghasilkan telefon menggunakan 2 biji
cawan kertas dan seutas tali. Kemudian, murid A yang berada pada satu belah
cawan akan membaca beberapa perkataan , manakala murid B yang berada pada
satu belah lagi akan menulis perkataan yang didengar. Jumlah perkataan yang
paling banyak dicatat dikira sebagai markah. Masa diberi 5 minit.
Stesen 3 : makmal veterinar
Di dalam makmal veterinar, murid diminta menyusun beberapa set kitar hidup
haiwan. Di belakang kad kitar hidup tersebut, terdapat huruf yang disusun selari
dengan susunan kitar hidup haiwan membentuk perkataan. Kumpulan yang dapat
menyusun paling banyak set dikira sebagai pemenang. Masa diberi 5 minit.

Stesen 4 : makmal kalibrasi


Di dalam makmal kalibrasi, peserta diminta menyukat kuantiti bahan yang
dikehendaki seperti di dalam kad arahan. Kumpulan yang menyukat dengan
kuantiti yang tepat dan teknik yang betul dikira pemenang. Aktiviti menggunakan
konsep pengukuran dalam tahun 4.

Minggu Sains merupakan satu aktiviti yang dapat memberi pendedahan kepada
murid
terutamanya berkaitan dengan sains, disamping itu juga dapat melahirkan
pelajar yang minat
terhadap sains serta menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap
manusia.
Berhubungan itu Panitia Sains Sekolah Kebangsaan Sungai Limau mengambil
inisiatif
merencanakan program Minggu Sains sebagai pemangkin dalam membina
pelajar yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
2. Objektif.
2.1 Melahirkan pelajar yang berminat terhadap sains.
2.2 Memberi pendedahan kepada murid mengenai kemajuan sains dan
teknologi masa kini.
2.3 Melahirkan murid yang menghargai sumbangan sains dan teknologi
terhadap manusia.
2.4 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid mengenai sains dan
teknologi
seterusnya meningkatkan peratus kelulusan sains UPSR SKSL.
2.5 Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan sains dan teknologi
kepada
manusia.
3. Sasaran.
4.1 Semua Murid Sekolah Kebangsaan Sungai Limau dari Pra sekolah , Tahun 1
sehingga Tahun 6

4. Tarikh& masa

Tarikh

: 02 Julai 2012 hingga 06 Julai 2012


Hari
Masa

Tempat

: Isnin Jumaat.
: Waktu Sains
: Mengikut Kelas masing-masing

2.1 Melahirkan pelajar yang berminat terhadap sains.


2.2 Memberi pendedahan kepada murid mengenai kemajuan sains dan
teknologi masa kini.
2.3 Melahirkan murid yang menghargai sumbangan sains dan teknologi
terhadap manusia.
2.4 Menambahkan pengetahuan dan pengalaman murid mengenai sains dan
teknologi
seterusnya meningkatkan peratus kelulusan sains UPSR SKSL.
2.5 Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan sains dan
teknologi kepada
manusia.

Anda mungkin juga menyukai