Anda di halaman 1dari 4

BAB 6 : KESELAMATAN BAHAGIAN VOLTAN TINGGI ( HV )

6.1

Pengenalan

Tenaga Nasional Berhad tela menggariskan Aturan Keselamatan Elektrik untuk


melindungi semua pekerja TNB, pengguna, kontraktor dan lain lain untuk menguasai
kerja dan mengawal semua tangguangjawab yang berkaitan dengan bekalan elektrik
pada keseluruhan pemasangan TNB dan memastikan keselamatan kepada semua pekerja
atas pemasangan pepasanga TNB. Adalah menjadi tanggungjawab semua orang yang
berkaitan dengan kendalian dan kerja pada sistem dan radas TNB untuk mengetahui
dengan mendalam Peruntukan Kanun dan Aturan Keselamatan Elektrik yang menguasai
sebarang kerja yang mereka dipertanggungjawab.

71

6.2

ATURAN KESELAMATAN UNTUK MENJALANKAN KERJA PADA


RADAS VOLTAN TINGGI

6.2.1

Memasuki Zon Voltan Tinggi

Semua pagar, atau peralatan yang menghala ke zon voltan tinggi hendaklah
dikunci kecualai apabila digunakan. Orang berkebenaran boleh menjaga dan
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Zon Voltan Tinggi untuk memastikan langkahlangkah keselamatan ditempat kerja dipatuhi. Ahli- ahli pasukan kerja mungkin
dibenarkan masuk ke Zon Voltan Tinggi oleh orang berkebenaran dengan adanya Sijil
Kebenaran Menjalankan/Sijil Kebenaran Menjalankan Kerja Kontraktor.
Orang yang tidak layak mungkin dibenarkan masuk dengan diatur oleh pegawai yang
mengawal. Semasa berada di Zon Voltan Tinggi, orang yang tersebut mestilah sentiasa
berada di bawah pengawasan terus Orang Berkebenaran.

6.2.2

Mencapai Radas Voltan Tinggi

Semua radas Voltan Tinggi mestilah dianggap idup sehingga ianya telah
diasingkan, dibuktikan mati dan dibumikan. Sawar/penghadang (termasuk pelit pada
tangga laluan masuk) yang menghalang masuk ke ruang-ruang, peti-peti, sel-sel yang
mengandungi pengalir Voltan Tinggi terdedah, hendaklah dikunci dan tidak dibenarkan
membukanya melainkan oleh Orang Berkebenaran. Semua pengatup sport yang tidak
diperlukan untuk kerja atau kendalian segera, jika tidak dibuat dalam keadaan tercapai
mestilah dikunci.

72

6.3

PENGAWASAN AM YANG MESTI DIAMBIL SEBELUM BEKERJA PADA


RADAS VOLTAN TINGGI

Tidak seorang pun dibenarakan menjalankan sebarang jenis kerja pada mana-mana
bahagian radas Voltan Tinggi kecuali bahagian-bahagian tresebut mati, diasingkan serta
semua langkah-langkah praktik diambil untuk mengunci daripada pengalir hidup
termasuk bekalan Voltan Rendah alatubah bantu dan perkakas pembumian neutral
sepunya daripada perkakas yang mungkin boleh dihidupkan.

Dibuktikan mati dimana praktikal dan disambungkan ke bumi pada mana tempattempat pengasingan bekalan diradas-radas termasuk tempat perasingan daripada
perkakas pembumian neutral sepunya dimana boleh pasang, atau diantara tempat kerja
sebenar dan Notis Awas dipasang. Dihadang secara fizikal jika perlu untuk mengindari
bahaya dan Notis Bahaya dipasang. Member kebenaran bekerja dengan mengeluarkan
Sijil Kebenaran menjalankan Kerja Kontraktor.

6.3.1

Notis Awas dan Notis Bahaya

Notis Awas hendaklah dipasang pada semua perkakasuis atau radas yang
mengawal radas yang telah dimatikan dimana kerja dijalankan. Notis Bahaya hendakla
dipasang ditempat berkenaan, iaitu pada sebelah radas hidup pada had zon kerja
mungkin dijalankan. Notis Awas, Notis Bahaya, Sawar dan Penghadang hendaklah
dipasang atau dialihkan henya di bawah penyeliaan orang yang berkebenaran.

73

6.3.2

Pembumian

Pembumian Utama Litar hanya boleh dipasang atau dikeluarkan oleh Orang
Berkebenaran atau dengan keizinan pegawai yang mengawal atau Orang Berkecekapan
bertindak dibawa penyelian terus orang berkebenaran. Pembumian tambahan hanya
boleh dipasang atau dikeluarkan oleh Orang Berkecekapan yang bekerja di bawah Sijil
Kebenaran/Sijil Kebenaran Menjalankan Kerja Kontraktor. Pemasangan dawai
pembumian dengan rod yang diluluskan hanya boleh dipasang atau dikeluarkan oleh
Pasukan Kerja yang mengandungi tidak kurang dari dua (2) orang.

6.3.3

Pengawasan Semasa Menjalankan Kerja

Kerja dalam radas Voltan Tinggi yang dibumikan hanya boleh dilakukan jika
menerima Sijil Kebenaran Menjalankan Kerja/Sijil Kebenaran Menjalankan Kerja
Kontraktor tela dikeluarkan perlu diganti sebelum kerja selesai, penggantian mesti
diluluskan oleh Orang Berkebenaran, atau pegawai yang mengawal kerja tersebut dan
mesti menandatangani di tempat yang dikhaskan dibelakang sijil tersebut dibawah
Orang Berkecekapan dahulu, yang kemudiannya akan menyerahkan sijil tersebut kepada
pengganti mesti menyimpan sijil tersebut semasa kerja sedang dijalankan, dan apabila
kerja selesai Orang Berkecekapan terakhir yang menjaga kerja mesti menandatangi sijil
tersebut dan dikembalikan kepada Orang Berkebenaran.

74

Anda mungkin juga menyukai