Anda di halaman 1dari 16

GEMPA BUMI

APAKAH YANG DIKATAKAN GEMPA BUMI


Gempa Bumi sama seperti taufan bukan hanya satu tenaga yang besar tetapi masih
menjadi misteri bagaimana untuk meramal dan menduga.
Bagai memahami paras kerosakan yang berkaitan dengan gempa bumi kita perlu melihat
gempa yang berlaku sebelumnya.
Jika kita melihat kembali ke 27 Julai 1976 di Tangshan, China, satu gempa bumi besar
yang menyebabkan 255,000 orang terkorban.
Dalam tragedi berkenaan dianggarkan 690,000 orang cedera serta bangunan hilang dalam
sekelip mata.
Skala kemusnahan sukar digambarkan tetapi semua skala gempa bumi terus berlaku
sepanjang masa.
Apakah yang menyebabkan gempa bumi?
Lapisan luar bumi diperbuat daripada lapisan nipis yang terbahagi kepada beberapa
bahagian atau plat tektonik.
Hujung setiap plat tektonik adalah sempadan yang akan bergesel antara satu sama lain
dan dalam tempoh masa tertentu tekanan yang bertambah akan menyebabkan gegaran
atau gempa bumi.
Kekuatan gempa bumi diukur menggunakan mesin yang dinamakan seismograf. Mesin ini
merekodkan gegaran dan saintis boleh mendapatkan ukuran kuasa gempa dalam skala
ritcher.
Nombor 1 hingga 10 dan nombor 1 adalah gempa bumi kecil yang biasa berlaku setiap hari
dan biasanya manusia tidak merasainya.
Nombor 7 hingga 10 adalah gempa bumi paling kuat yang berlaku dalam masa 10 hingga
20 tahun.

SIKLON TROPIKA
Maksud Sikon Tropika
Siklon Tropika adalah ribut ganas yang berputar dan berdiameter beberapa ratus
kilometer yang terbentuk di perairan tropika. Melalui satelit, ia dilihat seperti satu sistem
gegelung ketat penuh kuasa dengan jalur awannya melingkar keluar. Bagi siklon tropika
matang, wujud satu kawasan di pusatnya dikenali mata yang udaranya secara relatif
adalah tenang dengan sedikit awan. Kawasan ini dikenali sebagai mata bagi siklon tropika.
Siklon Tropika Dikelaskan Seperti Berikut:
Lekukan Tropika satu sistem terdiri daripada awan dan ribut petir yang berputar dengan
kelajuan angin maksimum 63kmpj
Taufan Satu sistem cuaca tropika hebat yang berputar dengan kelajuan angin maksimum
118kmpj atau lebih
Ribut Tropika Satu sistem ribut petir kuat yang berputar dengan kelajuan angin
maksimum antara 64 117kmpj
Bagaimana Siklon Tropika Terbentuk?
Siklon tropika terbentuk di kawasan lautan yang suhu permukaanya 26 C atau lebih. Di
rantau Asia, siklon tropika lebih dikenali sebagai taufan. Ia terbebtuk semasa musim panas
Hemisfera Utara di mana suhu di Lautan Pasifik adalah panas dan sesuai untuk aktiviti
perolakan. Sistem tekanan rendah terbentukl di lautan tropika yang panas dan bergerak ke
arah barat, ia mengembang daripada lekukan tropika membentuk ribut tropika dan
akhirnya, menjadi taufan yang matang.
Perkembangan lekukan tropika kepada taufan bergantung kepada tiga keadaan:
Suhu tinggi di permukaan laut
Kelengasan
Corak angin berhampiran permukaan laut yang melingkarkan udara ke arah dalam

Semasa pembentukan siklon, haba dan tenaga terkumpul berhubungan dengan air laut
yang panas. Haba dan kelengasan yang terhasil oleh penyejatan permukaan laut memberi
tenaga kepada siklon seperti kuasa enjin haba raksasa. Jaluran ribut petir yang terbentuk
membolehkan udara menjadi lebih panas dan naik meninggi di dalam atmosfera.
Mata siklon berdiameter antara 30 100 kilometer merupakan pusat tekanan rendah
ribut tropika. Kawasan di mana berlakunya aktiviti paling aktif adalah di sekeliling mata,
ia dikenali sebagai dinding mata. Di sini, udara melingkar ke arah atas dan ke arah luar
dengan kelajuan yang meningkat. Sebahagian daripada udara bergerak ke arah dalam dan
tenggelam ke dalam mata, membentuk kawasan bebas awan.

Bilakah Taufan Biasanya Berlaku?


Taufan biasanya muncul di barat Pasifik Utara pada awal Mei, bilanganya bertambah dan
mencapai maksimum di bulan September. Kebanyakan taufan terbentuk di kawasan
latitud antara 5 U dan 20 U, dan longitud antara 130 T dan 170 T. Taufan biasanya
bergerak menghala ke arah barat melintasi Filipina dan seterusnya melencong ke arah
timur laut menuju daratan Asia.
Apakah Taufan Memberi Kesan Kepada Malaysia?
Taufan jarang berlaku di selatan latitud 5 U. Di Malaysia tidak wujud landaan terus
taufan. Akan tetapi, semasa perjalananya melintasi Filipina menuju Laut China Selatan,
Malaysia menerima kesan ekor dalam bentuk angin kencang dan hujan ribut yang kerap
melanda Sabah di Malaysia Timur. Kadang-kdang taufan yang berada di sekitar pantai
vietnam juga memberikan kesan yang sama kepada negeri-negeri di barat laut
Semenajung Malaysia.
Ribut tropika GREG yang melanda pantai barat Sabah pada malam 25 Disember 1996 dan
ribut tropika Vamei yang melanda pantai tenggara Johor pada 27 Disember 2001 adalah
dua kes pengecualian yang jarang sekali berlaku. Ribut yang bertiup pada kelajuan 70
kmpj itu telah memusnahkan rumah-rumah dan mengganas selama beberapa jam sebelum
menjasi lemah.
Bahaya Berkaitan Taufan

Luruan Ribut
Suatu kubah air yang besar, lebarnya antara 80 160km yang melanda pinggir pantai
berhampiran tempat taufan bertemu daratan. Taufan yang kuat dan perairan yang cetek
akan menghasilkan luruan yang lebih tinggi. Luruan ribut mengancam nyawa dan harta
benda terutamanya di kawasan pantai.
Hujan Lebat
Hujan mencurah-curah menyeluruh, boleh menyebabkan banjir yang memusnahkan.
Angin Kencang
Daya angin taufan boleh memusnahkan bangunan dan struktur binaan yng tidak kukuh.
Serpihan runtuhan akan berterbangan dalam taufan. Langkisau kuat boleh
menumbangkan pokok dan memutuskan talian elektrik yang boleh menyebabkab
gangguan besar

KEJADIAN BANJIR
Faktor-Faktor Berlaku Banjir
Banjir berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor berlaku banjir adalah:1.Hujan yang berterusan.
Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasankawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah
keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air.
2.Proses pembandaran.
Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasan-kawasan
tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anakanak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.Aktiviti-aktiviti seperti ini
merupakan faktor penyebab berlakunya banjir. Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah

dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan
turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung.
Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.
3.Hakisan sungai.
Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara
semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan
turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah
tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan
menjadi cetek. Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik
seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi
cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek
akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan
yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.
4.Hutan tadahan.
Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain
itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar
suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua
peratus hingga 20%. Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anak-anak pokok melalui akar.
Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke
udara. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi.
5.Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan.
Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai.
Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini
limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.
6.Sistem perparitan tidak terancang.
Masalah banjir yang sering melanda bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan
yang dibina serta ianya terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air
melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.

TSUNAMI

Apa Itu Tsunami?


Tsunami adalah satu perkataan Jepun yang bermaksud ombak laut pelauhan. Tsunami
merupakan perkataan dari bahasa Jepun yang membawa erti "ombak pelabuhan". Dalam
bahasa Inggeris, gelombang tsunami dikenali sebagai ombak pasang surut (Tidal wave).
Gelombang tsunami sebenarnya merujuk kepada ombak besar yang membawa
kemusnahan kepada bangunan tepi pantai.
Tsunami merupakan ombak besar yang disebabkan oleh kejadian gempa bumi yang terjadi
di dasar laut. Tanah runtuh, ledakan gunung berapi, letupan dan juga hentaman bahan
kosmik seperti meteorit juga boleh menghasilkan tsunami. Ombak ini bergerak dengan
laju beberapa ratus kilometer sejam dan dalam perjalanannya akan menaikkan dan
menurunkan paras air laut.
Dalam lautan yang dalam, gelombang tsunami mempunyai amplitud ketinggiannya hanya
beberapa sentimeter atau kurang sahaja. Oleh kerana jarak dari puncak ke puncak adalah
ratusan batu, pergerakan turun naik tidak dapat dilihat dan dirasai oleh kapal yang belayar
diatasnya dan mungkin tidak menyedari kejadiaanya.
Apabila gelombang tsunami tiba di kawasan lautan yang kedalamannya makin mengurang,
halajunya akan turut menjadi kurang. Apabila gelombang ini sampai ke kawasan pantai,
hanya satu cara untuk mengabadikan tenaganya adalah dengan menambahkan ketinggian
ombak.
Bagi penduduk Malaysia, kita beruntung disebabkan kita berada jauh daripada kawasan
gunung berapi. Malaysia tidak terdedah kepada ancaman bencana alam gunung berapi dan
bencana alam yang seiring dengannya seperti gelombang tsunami, bagaimanapun kita
perlu tahu mengenai bencana alam memahami bumi dan alam sekitar kita.
Di Indonesia, Pulau Jawa, pantai yang sering dilanda tsunami adalah pantai selatan Jawa
Barat, Pantai Selatan Cilacap dan Pantai Selatan Jawa Timur. Sejak tahun 1990, Indonesia
mencatat 15 kali bencana alam dilanda tsunami yang berlaku di sepanjang zone-mendak
serta zone aktif seismik.

Punca Tsunami
Ombak laut kebiasaannya di sebabkan oleh pergerakan angin yang menghasilkan ombak
yang menghempas ke pantai. tetapi gelombang tsunami merupakan gelombang laut yang
teramat kuat yang terhasil oleh letupan gunung berapi, tanah runtuh bawah laut, gempa
bumi, dan hentaman oleh asteroid atau komet pada permukaan laut.
Gelombang tsunami mampu bergerak sejauh seribu batu merentasi lautan dan masih
mampu menghancurkan bandar berhampiran laut, memusnahkan dan mengakibatkan
kehilangan nyawa yang tidak terkira jumlahnya. Gelombang tsunami yang menyebabkan
kehilangan jiwa paling ramai direkodkan berlaku selepas letupan gunung berapi Krakatoa
pada tahun 1883. Dianggarkan seramai 36,000 people mati disebabkan letupan tersebut
yang menghasilkan ombak setinggi 12 tingkat bangunan. Kebanyakannya disebabkan oleh
ombak tsunami yang melanda perkampungan persisiran pantai, sejauh sehingga 120
kilometer dari gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda Indonesia.
Selain itu jiwa yang terkorban akibat tsunami di Indonesia adalah seperti berikut, 19 Ogos
1977 tsunami di daerah Sumba mengorbankan seramai 189 nyawa. 12 Disember 1992 di
daerah Flores, gelombang tsunami mengorbankan 2,100 nyawa dan pada 3 Jun 1994
bencana tsunami melandaa daerah Banyuwangi mengorbankan seramai 208 orang.
Bagaimana Tsunami Terhasil
Punca utama gelombang tsunami adalah pergerakan muka bumi dasar laut yang berpunca
daripada gempa bumi dasar laut. Gempa bumi tsunami berlaku pada zon terbenam
"subduction zones" di mana kepingan kerak bumi atau "lithosphere" yang dikenali sebagai
plak tetonik bertembung sesama sendiri menyebabkan satu daripadanya terbenam di
bawah yang satu lagi. Terdapat zon terbenam "subduction zones" di pinggir negara Chile,
Nicaragua, Mexico, dan Indonesia yang mencetuskan tsunamis pembunuh dalam tempoh
100 tahun lalu. Di lautan Pasifik, terdapat rekod 17 tsunami dari tahun 1992 sehingga 1996
yang bertanggungjawab mengakibatkan kehilangan 1,700 nyawa. Negara Indonesia
terdedah kepada bencana alam disebabkan kedudukannya yang merupakan pertembungan
3 plat tetonik, iaitu kepingan Euro-Asia, kepingan Indo-Australia dan kepingan Pasifik.
Selain ketiga kepingan yang besar itu, Indonesia juga menjadi pertemuan plak tetonik
dengan skala kecil seperti kepingan Filipina.
Apabila kepingan kerak bumi terbenam kedasar, pergerakannya bergerak tersekat-sekat melekat sekejab sebelum tergelincir. Apabila ia terlekat pada tebing benua, tekanan

terhasil. Apabila kawasan yang terlekat terbebas, sebahagian daripada dasar laut mungkin
melantun naik seperti papan anjal, ketika tekanan terbebas; sementara bahagian lain
mungkin tenggelam. Seketika selepas gempa bumi, air yang tertolak membentuk
gelombang dan tsunami pun terhasil.
Zon terbenam "subduction zones" terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi yang paling
dikenali adalah di sepanjang lingkaran Cincin Api Pasifik. "Pacific Ring of Fire". Lingkaran
Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak tetonik.
Lingkaran Cincin Api Pasifik terletak sepanjang pantai barat Tengah dan Selatan Amerika,
Jepun, dan Filipina, merentasi New Zealand, ke lautan Atlantik. Gunung berapi juga
wujud di tengah laut sepanjang rabung laut. Rabung Tengah Atlantik merupakan contoh
gunung berapi dasar laut. Apabila gunung berapi dasar laut ini meletus, ia mampu
menghasilkan gelombang tsunami.
Dalam lautan lepas, gelombang tsunami mencecah kelajuan 500 batu sejam, selaju jet
penumpang. Tetapi di lautan lepas, gelombang tsunami itu tidak dapat dibezakan dengan
ombak biasa. Di lautan dalam, ombak tersebar dan merunduk, dengan jarak beratus batu
antara puncak ombak yang hanya kelihatan beberapa kaki tinggi. Tetapi sebenarnya,
puncak gelombang tsunami hanyalah hujung jisim air menggunung yang bergerak.
Berbeza dengan ombak yang disebabkan oleh angin yang berkesan pada lapisan atas air,
gelombang tsunami terbenam sehingga beribu kaki di dalam laut.
Oleh kerana pergerakan ombak begitu kuat, dan sifat pedam air, gelombang tsunami
mampu bergerak beribu batu dan kehilangan hanya sedikit tenaga. Sebagai contoh,
gelombang tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi di persisiran Chili pada tahun 1960
menghasilkan gelombang tsunami yang mempunyai cukup tenaga untuk membunuh 150
di Jepus setelah bergerak selama 22 jam sejauh 10,000 batu. Gelombang tsunami tersebut
kemudiannya berulang-alik menyeberangi lautan selama beberapa hari.
Apabila gelombang tsunami sampai kepantai, ia menjadi perlahan disebabkan dasar laut
menjadi cetek, dan kehilangan laju ini diiringi oleh peningkatan dalam ketinggian ombak.
Ombak tersebut terhimpit antara satu sama lain seperti akordian dan meningkat naik.
Bergantung kepada jenis punca gelombang tsunami itu, gelombang tsunami boleh
menyebabkan air laut surut menyebabkan ikan tertinggal di dasar lautan. Ini menarik
orang ramai untuk berkumpul melihat keadaan ini sebelum gelombang tsunami
menghentam menyebabkan kematian mereka.

Gelombang tsunami juga mampu melanda dengan tiba-tiba tanpa sebarang amaran.
Gelombang tsunami yang melanda tidak bergulong dikemuncak seperti ombak biasa.
Mereka yang terselamat menggambarkan gelombang tsunami sebagai dinding air yang
gelap. Ombak gergasi tsunami yang terdiri daripada jisim air yang menggunung ini akan
menghentam ke pantai dan menenggeamkan kawasan persisiran, menumbangkan pokok
seperti ranting kering, merobohkan tembok batu, dan rumah api, dan memusnahkan
bangunan seperti bangunan permainan.
Bentuk permukaan dasar laut seperti berbentuk parit, dan persisiran pantai memainkan
peranan penting dalam menentukan jenis glombang tsunami yang terhasil, kadang kala
dengan keputusan yang mengejut dan merbahayakan Pada tahun 1993, satu glombang
tsunami menghentam bandar, di Jepun, ombak purata setinggi 15 hingga 20 meter (50 65 kaki). Tetapi pada suatu tempat, ombah tertumpu oleh bentuk 'V' memampatkan
ombak dalam ruang yang semakin sempit dan akhirnya menghasilkan gelombang tsunami
setinggi 32 meter (90 kaki) dari aras laut, setinggi bangunan 8 tingkat.
Bagaimana Gempa Bumi Boleh Menghasilkan Tsunami?
Gempa bumi merupakan salah satu sebab utama yang biasanya menghasilkan tsunami.
Tsunami akan terhasil apabila dasar lautan dengan tiba-tiba berubah kedudukan yang
akan menyebabkan air berkocak kuat. Gempa bumi tektonik adalah gempa bumi yang
biasanya akan menyebabkan kecacatan atau perubahan pada kerak bumi; apabila gempa
bumi terjadi di dasar lautan, air yang berada dikawasan kejadian akan berubah dari
kedudukan keseimbangannya.
Gelombang akan terhasil dari perubahan jisim air, yang bertindak dibawah pengaruh
graviti yang cuba untuk mengembalikan keseimbangan kedudukannya. Apabila kawasan
dasar laut yang berubah kedudukan (terangkat atau turun) adalah luas, tsunami akan
terhasil. Gelombang yang terhasil dapat bergerak dengan pantas.
Langkah Berjaga-Jaga
Pada masa kini tidak terdapat banyak yang dapat dibuat oleh mereka yang berhadapan
dengan gelombang tsunami. Di kepulauan Jepun, kerajaan telah membina benteng
dipersisiran pantai untuk menahan bandar dari bahaya gelombang tsunami, tetapi bagi
orang perseorangan, tidak banyak yang dapat dibuat oleh mereke kecuali mengosongkan
kawasan yang dijangka akan dilanda tsunami.

Penduduk dipersisiran pantai dikawasan yang sering menghadapi tsunami juga perlu pergi
kearah tanah tinggi apabila berlaku gempa bumi atau letusan gunung berapi bagi yang
tinggal berhampiran gunung berapi. Mereka juga perlu mengelakkan dari pergi ke arah
pantai sekiranya berlaku tanda-tanda awal tsunami seperti air yang surut secara tiba-tiba.
Tsunami juga mampu melanda beberapa kali, oleh itu adalah tidak digalakkan untuk pergi
ke kawasan pantai untuk melihat kerosakan selepas ombak tsunami pertama melanda. Ini
adalah untuk mengelakkan dilanda ombak tsunami yang berikutnya.

JEREBU

Apakah Itu Jerebu?


Jerebu disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tingg,
zarah ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk
mengurang serta menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri.
Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan bandar tetapi juga di luar bandar. Zarah yang
menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber yang terhasil secara
semulajadi atau aktiviti manusia.
Zarah-zarah terhasil daripada aktiviti manusia seperti:
Pembakaran terbuka
Pembukaan tanah
Penggunaan kenderaan bermotor
Pembakaran bahan api industri
Jerebu di Malaysia

Di kawasan tropika , angin biasanya bertiup perlahan. Bagi tempoh tertentu terutamanya

semasa monsun barat daya, keadaan atmosfera sangat stabil dimana pergerakan udara
mengufuk dan menegak berkurangan. Dalam keadaan ini, pembentukan awam adalah
tidak aktif dan menyebabkan cuaca menjadi kering.
Faktor-faktor yang membantu pembentukan jerebu:
Tempoh cuaca kering yang panjang
Keadaan atmosfera yang stabil
Sumber pencemaran yang pelbagai
Zarah-zarah yang bebas di atmosfera akan terperangkap dalam jisim udara yang terapung
dan meningkatkan kepekatannya yang menyebabkan keadaan atmosfera berjerebu. Di
Semenanjung Malaysia, keadaan berjerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke
Februari dan Jun ke Ogos. Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur
laut bertiup kuat dari Laut China Selatan mempunyai kelembapan tinggi sering membawa
hujan di daratan, oleh itujerebu jarang kelihatan.
Bagaimana Jerebu Menghilang?
Dalam keadaan atmosfera yang berubah-ubah, terdapat hari yang berjerebu dan cerah.
Apakah yang menyebabkan perubahan ini? Bila keadaan berjerebu, zarah-zarah di
atmosfera disingkirkan melalui beberapa proses iaitu:
Pemendapan zarah yang lebih berat mendap ke bumi melalui pemendapan graviti.
Basuhan hujan (rainout) pemeluwapan wap ke atas zarah membentuk titis air yang
akhirnya menghasilakan awan.
Cucian (washout) zarah disingkirkan melalui pelanggaran dan pencantuman dengan
titisan hujan.
Pergolakan zarah jerebu di paras atmosfera tinggi lebih senang terserak dan tersebar.
Hujan lebat atau ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat
boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan.
Tempoh hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu

teruk.
Adakah Jerebu Berbahaya?
Jerebu berasal daripada sumber semulajadi seperti garam laut dan tanah adalah tidak
memudharatkan manusia. Jerebu nipis dan sementara yang wujud di kebanyakan bandar
tidak memberi kesan serius pada kesihatan jangka panjang penduduk. Namun, episod
jerebu yang teruk boleh membahayakan kesihatan. Kejadian terdahulu melaporkan
peningkatan kejadian iritasi mata dan kerongkong serta kesukaran bernafas kepada
mereka yang sensitif.

KEPENTINGAN LAPISAN OZON


Kenapa Lapisan Ozon Penting ?
Selain mengawal peredaran suhu di dalam atmosfera, lapisan ozon juga sebenarnya
mempunyai kepentingan menyerap radiasi sinaran ultra ungu (UV) yang tinggi daripada
matahari sebelum sampai ke permukaan bumi.
Ini kerana, pancaran berbentuk UV spektrum ini sebenarnya mempunyai jarak gelombang
yang lebih pendek daripada cahaya nyata atau cahaya nampak iaitu di antara 280 hingga
315 nanometer (nm) boleh merosakan hampir semua kehidupan.
Kajian saintis mendapati, ketika ini lapisan ozon semakin mengalami kerosakan dan
menipis kesan penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) secara tidak terkawal.
Gas CFC boleh terhasil daripada pelbagai cara seperti penggunaan peti sejuk, bahan
peyembur, bahan pelarut, produk berasaskan polisterin dan juga perindustrian
perkilangan.
Masalah penipisan lapisan ozon yang semakin meruncing ini telah mendapat perhatian
daripada banyak pihak terutamanya persatuan Program Alam Sekitar Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu (UNEP)

Selain itu, penduduk dunia juga kini telah mula memandang serius masalah tersebut dan

cuba mencari jalan penyelesaian terbaik dalam usaha memastikan generasi masa depan
dapat mewarisi alam sekitar yang selamat.

Tangani fenomena pemanasan global


BARU-BARU ini, Parlimen telah berbahas mengenai isu pemanasan global yang memberi
kesan kepada keadaan iklim dan cuaca negara ini. Timbalan Menteri Sumber Asli dan
Alam Sekitar, Datuk S. Sothinathan dalam sesi perbahasan berkata tiada jaminan kejadian
seperti banjir di Johor awal tahun lalu tidak berulang dan menerima taburan hujan yang
tinggi daripada paras normal.
Pemanasan global ialah keadaan alam sekitar yang mengalami peningkatan suhu yang
tinggi berbanding suhu normal.
Pemanasan berlaku di seluruh dunia yang diakibatkan oleh aktiviti manusia seperti
penebangan hutan, kegiatan perkilangan dan industri, permotoran, penerokaan hutan,
pembangunan hutan batu dan pengautan khazanah-khazanah alam sama ada di atas
atau di dalam perut bumi.
Kesan saintifik pemanasan global ialah tahap pencairan salji di Kutub Utara semakin
tinggi, paras air laut meningkat dan keluasan saiz daratan semakin mengecil. Kesan
material ialah kejadian bencana alam seperti kemarau, banjir dan kebakaran manakala
kesan kemanusiaan termasuklah kehilangan nyawa dan kecederaan.

Sebelum ini, kita pernah menyalahkan negara jiran kononnya menjadi punca keadaan
jerebu dan pemanasan kawasan hampir seluruh negara yang diakibatkan aktiviti
pembakaran hutan di negara tersebut.
Namun demikian, jika kita kaji dan teliti sebenarnya tidak banyak berlaku perubahan
pemanasan alam sekitar sama ada semasa jerebu ataupun tidak. Mengapa keadaan ini
berlaku? Faktor kebakaran hutan hanyalah sebagai sebahagian penyumbang kepada
pemanasan global. Banyak faktor lain yang mempengaruhi pemanasan alam sekitar ini.

Ahli-ahli sains dan geografi sependapat mengatakan punca utama pemanasan global ialah

nipisnya lapisan ozon yang diakibatkan oleh pelepasan gas khususnya klorofluorokarbon
(CFC).

Jika kita prihatin dan sedar, tahun 2005 adalah musim berlakunya ribut taufan yang
sangat aktif. Difahamkan sebanyak 26 kejadian ribut dan 14 kejadian puting beliung telah
berlaku. Buat pertama kali, taufan ganas iaitu Katrina, Rita dan Wilma terjadi dalam satu
musim. Kejadian ribut taufan ini bukan sahaja melanda Benua Amerika, malahan
menyerang juga negara China, Korea, dan pantai sekitar Laut China Utara.

Pada tahun lepas pula dikhabarkan penduduk di beberapa negara di Afrika yang lazimnya
terkenal sebagai negara panas kerana mempunyai kawasan gurun yang sangat luas telah
menyaksikan salji dalam tempoh 25 tahun.
Di Eropah pula, diberitakan bahawa banyak kematian berlaku yang berpunca daripada
kepanasan melampau pada bulan Julai lalu dan di Paris sahaja, seramai 29 orang telah
maut. Walaupun kejadian ini tidak tidak seburuk kepanasan yang berlaku pada tahun
2003 yang menyebabkan kira-kira 15,000 maut di Perancis dan 20,000 telah maut di Itali.
Sebuah jurnal terkenal melaporkan bahawa keadaan kemarau panjang serta panas dan
kering telah menyebabkan kebakaran hutan yang memusnahkan lebih daripada 8.5 juta
ekar kawasan dunia dan menghapuskan lebih 1 juta spesies hidupan di darat dalam jangka
masa 50 tahun. Kejadian ini ada kaitannya dengan pemanasan global.
Sebenarnya, isu peningkatan suhu atau pemanasan terjadi disebabkan pelbagai faktor.
Selain daripada penipisan ozon, kejadian kemarau dan jerebu, kejadian pulau haba dan
kesan rumah hijau juga memberi galakan kepada isu pemanasan global.
Kesan rumah hijau terjadi kerana berlakunya peningkatan pelepasan gas seperti karbon
dioksida, nitrogen monoksida dan metana ke atmosfera seumpama pembebasan CFC.
Pulau haba pula berlaku apabila pelepasan haba di kawasan membangun khususnya di
bandar-bandar terlalu banyak dan tersekat oleh bangunan-bangunan tinggi pencakar
langit. Haba yang tidak dapat dilepaskan ke atmosfera itu akan membahangi kawasan

sekitar.
Kesan dan bahang pemanasan global juga telah mengganggu sistem cuaca dan iklim di
negara kita secara tidak langsung. Iklim Khatulistiwa dengan panas dan lembap sepanjang
tahun telah tidak berada pada paras yang normal.
Kejadian banjir besar di Johor pada awal tahun lalu itu adalah antara kejadian yang
membuka mata banyak pihak di negara kita.
Amaran
Peristiwa banjir besar yang menenggelamkan sebahagian petempatan di Lembah Klang
seperti di Batu Tiga dan Taman Tun Dr. Ismail juga memberi kesan mendalam dan seolaholah mahu memberikan amaran kepada negara kita bahawa peristiwa besar itu tidak akan
berhenti malah akan terjadi pada bila-bila masa.
Umpama peribahasa, sediakan payung sebelum hujan dan mencegah lebih baik
daripada mengubati, langkah-langkah awal pencegahan atau meminimumkan kesannya
adalah perlu supaya kejadian seperti itu tidak memburukkan imej pengurusan alam
sekitar dan pembangunan negara.
Negara tidak boleh berkompromi dengan tanggungjawab sosial menjaga dan memelihara
alam sekitar. Pendidikan alam sekitar kepada generasi muda perlu dimulakan sejak di
rumah atau di bangku sekolah lagi.
Pendidikan kepada generasi tua juga penting dilakukan kerana ada golongan yang kaya,
mewah dan berpelajaran tetapi tidak mengambil berat soal alam sekitar.
Pusat pengajian tinggi atau jabatan-jabatan tertentu mesti melakukan kajian agar kejadian
yang disebabkan oleh fenomena alam termasuk pemanasan dunia dapat boleh
diminimumkan kesannya.
Langkah-langkah lain boleh juga dilakukan seperti penanaman hutan semula, kitar
semula, kempen kesedaran dan penggunaan sumber tenaga yang mesra alam. Kejayaan
melaksanakan tugasan ini akan memberi keselesaan dan keselamatan kepada penduduk.
Langkah-langkah negara lain seperti sistem Green Dot di Jerman, cukai bahan buangan di

Denmark dan mengharamkan pengedaran beg plastik dan alas meja pakai buang di
Taiwan patut menjadi teladan dan dorongan ke arah mesra alam sekitar di negara ini.
Green Dot di Jerman ialah sistem kitar semula bahan-bahan pembungkus. Bahan-bahan
pembungkus yang mempunyai green dot ini akan dikutip, diasingkan dan dikitar semula.
Cukai bahan buangan di Denmark yang dihantar ke pusat pelupusan dan insinerator akan
dikenakan tetapi tidak kepada bahan buangan yang akan dikitar semula. Pembuangan,
dan pembakaran beg plastik pula memberi kesan buruk kepada persekitaran kerana
menjadi punca sampah dan kekotoran.
Isu pemanasan global adalah isu dunia dan bukan sahaja negara kita yang terlibat.
Sumbangan negara kita ke atas pemanasan global mungkin tidak seberapa namun, sebagai
satu sumbangan global, negara kita juga perlu melaksanakan ikhtiar agar tidak
menyumbang untuk memanaskan alam sekitar.

Anda mungkin juga menyukai