Anda di halaman 1dari 18

MODUL GEOGRAFI

TINGKATAN 1

MODUL GEOGRAFI TINGKATAN 1


UNIT 10: PENGARUH CUACA DAN IKLIM
TERHADAP KEGIATAN MANUSIA

Objektif:
Memahami keadaan iklim di kawasankawasan zon iklim tertentu
Memahami cara hidup manusia di kawasan
zon iklim tersebut

Zon-zon Iklim Dunia


Bumi boleh dibahagikan kepada 3 zon iklim iaitu zon panas,
zon sederhana dan zon sejuk
Zon panas, yang berhampiran dengan garisan khatulistiwa
menerima pancaran matahari sepanjang tahun
Kawasan-kawasan di zon sederhana mengalami kejadian 4
musim
Zon sejuk yang terletak jauh dari khatulistiwa mempunyai
musim sejuk yang panjang dan amat sejuk, musim panasnya
singkat dan sederhana sejuk.

Pengaruh Cuaca dan Iklim Terhadap


Kegiatan Ekonomi
Malaysia
Khatulistiwa

Panas dan
lembab
sepanjang tahun
Min suhu tahunan
27 C
Julat suhu
tahunan kecil 1
C hingga 3 C
Hujan tahunan
2600 mm
Hujan turun
dalam bentuk
perolakan
Kelembapan
udara tinggi
Litupan awan
tebal

Gurun Thar
Gurun Panas

Panas dan kering


sepanjang tahun
Min suhu tahunan
26.3 C hingga
41 C
Julat suhu harian
dan tahunan
tinggi iaitu 23 C
Hujan tahunan
kurang daripada
250 mm
Tiada litupan
awan

Kawasan Siberia Sejuk


Sederhana
(Iklim Siberia)

Musim panas pendek


dan sederhana
panas
Musim sejuk panjang
dan sejuk
Min suhu tahunan
-15.8 C
Julat suhu tahunan
besar iaitu 65 C
Hujan tahunan 130
mm
Hujan maksimum
pada musim panas
dalam bentuk hujan
perolakan
Kerpasan dalam
bentuk salji pada
musim sejuk

Greenland
Tundra(Artik)

Musim panas
pendek dan
sederhana sejuk
Musim sejuk
panjang dan
terlampau sejuk
Min suhu tahunan
-8.3 C
Julat suhu tahunan
besar iaitu 27 C
Hujan tahunan 225
mm
Hujan maksimum
pada musim panas
Salji turun pada
musim sejuk
Ribut salji dan
angina kencang
pada musim sejuk

Kegiatan Ekonomi Utama (Cara Hidup)


Malaysia
Khatulistiwa

Kegiatan pertanian
dijalankan sepanjang
tahunan
Tiupan Angin
Monsun Timur Laut
menyebabkan aktiviti
penangkapan ikan di
pantai timur
Semenanjung
Malaysia terganggu
Menggalakkan
pertumbuhan hutan
hujan tropika dan
kegiatan
pembalakan
Iklim khatulistiwa
menggalakkan
industri pelancongan

Gurun Thar
Gurun Panas

Kawasan Siberia Sejuk


Sederhana
(Iklim Siberia)

Aktiviti pertanian
dilakukan
semasa musim
monsun, bulan
jun hingga
September
Penduduk
nomad
berpindahrandah mencari
rumput untuk
binatang
ternakannya.

Kegiatan
pembalakan
djalankan di hutan
konifer
Kegiatan menjerat
binatang pada
musim sejuk
Pertanian campur
dijalankan di
kawasan yang lebih
panas
Perlombongan gas
asli, petroleum dan
batu permata

Greenland
Tundra(Artik)

Kegiatan
pertanian tidak
dapat dijalankan
kerana
permukaan bumi
dilitupi ais
Kegiatan
memburu
binatang
dijalankan pada
musim sejuk
Orang Eksimo
hidup secara
berpindah- randah
mengikut
perubahan musim

Peta Minda
PENGARUH CUACA DAN IKLIM TERHADAP KEGIATAN EKONOMI

Gurun Panas
*Gurun Thar

Siberia
*Siberia

Tundra
*Greenland

Khatulistiwa
*Malaysia

Ciri-ciri Iklim

Panas dan kering


sepanjang tahun

Sejuk dan kering


sepanjang tahun

Sejuk dan kering


sepanjang tahun

Panas dan lembap


sepanjang tahun

Kegiatan Ekonomi Utama (Cara hidup)


*Penternakan
*Pertanian
Terhad

*Pembalakan
*Perikanan
*Pertanian
*Perlombongan
*Memburu
Binatang

*Perikanan
*Penternakan
*Memburu
Binatang

*Pertanian
*Perikanan
*Pelancongan
*Pembalakan

UNIT 11 : PENGARUH MANUSIA TERHADAP


CUACA DAN IKLIM

Objektif :
Memahami kesan kegiatan manusia
terhadap cuaca dan iklim
Merumuskan kesan kegiatan manusia
terhadap cuaca dan iklim

11.1 Kesan Rumah Hijau


1. Antara faktor-faktor yang menyebabkan kesan rumah hijau ialah:
(a) Penebangan Dan Pembakaran Hutan menyebabkan pertambahan
karbon dioksida dan mengurangkan oksigen.
(b) Pembakaran Bahan Api Fosil oleh kenderaan bermotor dan kilang.
(c) Perlepasan Gas Metana akibat reputan bahan organik daripada
aktiviti pertanian, penternakan dan pelupusan sampah.
(d) Gas Klorofluorokarbon (CFC) dilepaskan melalui penggunaan
bahan aerosol.
(e) Pembakaran Sampah Sarap secara terbuka.
(f) Ujian senjata nuklear melepaskan bahan radioaktif. (Rajah 11.1)
2. Kesan rumah hijau menyebabkan antaranya :
(a) Pencairan ais dan glasier di kawasan kutub.
(b) Kenaikan aras laut.
(c) Pinggir laut yang rendah ditenggelami air.
(d) Hasil tanaman musnah.

11.2 Pulau Haba


Pulau Haba merujuk kepada suhu di pusat bandar
yang tinggi berbandingkan dengan suhu di pinggir
bandar.
Antara faktor yang menyebabkan pulau haba ialah :
(a) Bangunan konkrit dibina rapat-rapat
menyukarkan pergerakan udara.
(b) Bangunan bercermin memantulkan haba.
(c) Permukaan berturap
(d) Kekurangan tumbuh-tumbuhan hujau
(e) Pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan dan
kilang.

11.3 Jerebu
Jerebu ialah zarah-zarah halus, debu, asap dan unsur-unsur gas dan
pepejal yang terapung di atmosfera.
Jerebu berlaku disebabkan oleh :
(a) Pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan bermotor dan kilang
(b) Pembakaran hutan oleh petani pindah
(c) Pembakaran jerami padi selepas musim menuai
(d) Pembakaran sampah sarap secara terbuka
(e) Penggunaan barangan klorofluorokarbon (CFC) seperti peti
sejuk dan aerosol
(f) Letusan gunung berapi mengeluarkan gas berasid, habuk dan
debu.
Kejadian jerebu menyebabkan jarak penglihatan menjadi terhad serta
memberi kesan kepada kesihatan manusia seperti sakit mata, radang
paru-paru dan masalah pernafasan

11.4 Penipisan Lapisan Ozon

Lapisan ozon adalah suatu lapisan gas yang terbentuk di sekeliling bumi.

Lapisan ini terbentuk di atmosfera kira-kira 20 hingga 26 km dari permukaan bumi

Lapisan ini bertindak sebagai penapis sinar ultraungu cahaya matahari sebelum sampai
ke bumi

Antara faktor yang menyebabkan penipisan lapisan ozon ialah :


(a) Pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan bermotor dan kilang
(b) Ujian senjata nuklear menghasil bahan radio aktif
(c) Kapal terbang supersonic yang mengeluarkan wap air dan nitrogen yang
banyak
(d) Penggunaan klorofluorokarbon (CFC) dalam penyemburan racun
serangga, peti sejuk dan alat pendingin udara.
(e) Baja nitrogen yang digunakan secara meluas dalam aktiviti pertanian

Sinar ultraungu yang berlebihan akan menyebabkan kejadian antaranya :


(a) Meningkatkan suhu dunia
(b) Penyakit barah kulit dan kerosakan urat saraf
(c) Kerosakan sel dan mikrorganisma pada binatang dan tumbuhan
(d) Merosakkan tanaman dan hasil tanaman

11.5 Hujan Asid

Hujan asid terjadi akibat udara yang tercemar berpunca daripada gas sulfur
dioksida, karbon dioksida dan nitrogen dioksida bergabung dengan wap air
di udara. (Rajah 11.2)

Kejadian hujan asid berpunca daripada udara yang tercemar antaranya :


(a) Pembakaran bahan api fosil oleh kenderaan bermotor dan kilang
(b) Pembakaran sampah sarap secara terbuka
(c) Pembakaran hutan oleh petani pindah
(d) Pembebasan gas klorofluorokarbon (CFC) di dalam peti sejuk
dan aerosol
(e) Letusan gunung berapi mengeluarkan gas berasid, habuk dan
debu
(f) Ujian senjata nuklear menambah bahan radioaktif

Hujan asid memberi kesan kepada manusia dan alam sekitar antaranya :
(a) Manusia mudah mendapat penyakit seperti sakit kulit dan sakit dada
(b) Tanih tidak subur, kandungan asid dalam tanih meningkat
(c) Hasil tanaman dan tumbuhan musnah
(d) Kandungan asid dalam tasik dan kolam terjejas
(f) Cat bangunan cepat luntur dan besi mudah berkarat

11.6 Kemarau
Kemarau merujuk kepada kadar sejatan melebihi kadar kerpasan
untuk satu jangka masa yang panjang atau tempoh cuaca kering
yang berpanjangan dengan terdapat sedikit hujan atau tiada
langsung hujan
Kemarau biasanya menyebabkan suhu yang lebih tinggi daripada
suhu biasa
Perubahan iklim semula jadi seperti fenomena El Nino menyebabkan
kemarau
Kejadian kemarau juga disebabkan oleh penebangan hutan tanpa
kawalan secara tidak langsung akan menjejaskan kawasan tadahan
air
Kemarau panjang akan menjejaskan bekalan sumber air, berlakunya
kebuluran, tumbuhan-tumbuhan dan hidupan liar juga mungkin akan
mati

KEGIATAN MANUSIA

Pembalakan
*Pembalakan
*Pembakaran hutan

Pertanian
*Pembukaan ladang
*Pertanian pindah
*Pembakaran hutan

Pengangkutan
*Penebangan hutan untuk
pembinaan lebuh raya
*Pembakaran bahan api fosil
*Pelepasan gas karbon
monoksida, debu dan habuk

Perindustrian
*Pembakaran bahan api
fosil
*Pelepasan gas Oksida,
asap, debu dan habuk

Pembandaran
*Penebangan hutan untuk
pembinaan bandar baru
*Penyerapan haba oleh
bangunan konkrit
*Pencemaran udara, pelepasan
gas oksida, habuk dan debu

Kesan Terhadap Cuaca dan Iklim

Pulau haba

Jerebu

Hujan Asid

Kesan rumah
hijau

Peningkatan suhu

Penipisan
lapisan ozon

Kemarau

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai