Anda di halaman 1dari 3

MEMBUAT BAJA ORGANIK DIRUMAH - Untuk Kegunaan Sendiri.

* Sediakan sebuah tong yang lengkap dengan penutupnya supaya tidak mengeluarkan bau sewaktu
proses pemeraman. Letakkan dibelakang rumah. Masukkan bahagian bawah sekali dengan 20%
kandungan tanah biasa yang terdapat dihalaman rumah anda, masukkan sedikit air melepasi paras
tanah tersebut, kemudian anda boleh memasukkan segala sisa dapur anda, samada nasi, sisa
sayuran, sisa buahan, sisa makanan dll. Jika terdapat rumput-rumput atau daun-daun kering juga
boleh dimasukkan sekali kedalam tong pemeraman tersebut. Apabila pemeraman mencapai tempuh
14 hari masukkan sebotol Yakuth dan tambahkan air serta campurkan dengan 1 - 2 kg gula merah.
Peram sehingga beberapa lama, namun ianya boleh digunakan untuk pembajaan tanaman halaman
rumah anda selepas 7 hari anda memasukkan campuran yakuth dan gula merah. Simpan
pemeraman tersebut. Semakin lama ianya diperam maka semakin tinggi nilai organik anda. Jika anda
inginkan organik anda kering, campurkan ianya dengan tanah biasa sebelum digunakan untuk
pembajaan.
MEMBUAT BAJA ORGANIK SECARA KOMERSIAL
* Untuk penyediaan secara berpukal anda memerlukan kawasan dumping dan memerlukan sisa najis
ternakan samada sisa najis ayam, kambing arnab dll. Anda boleh melonggokkan kesemua sisa
tumbuhan,rumput, daun, batang-batang pisang yang dicincang kecil, dahan-dahan kecil dan apa
sahaja sumber tumbuhan. Timbuskan dengan tanah dan najis ternakan. Korekkan lubang ditengahtengah untuk anda mencurahkan Yakuth dan gula merah mengikut kadar keperluannya berdasarkan
besarnya jumlah dumping yang dibina.
Timbuskan semula lubang yang telah disiram dengan Yakuth dan gula merah. Peram sehingga 2 -3
bulan kemudian di balik-balikkan menggunakan cangkul atau jentera. Peram lagi 1 -2 bulan sebelum
dikeringkan dan ditapis untuk pembungkusan.
Jangan anda takut dan terkejut atau merasa geli apabila anda membalikkan dumping organik tersebut
apabila anda akan menemui beribu-ribu cacing tanah dan ulat putih, kerana ianya adalah diantara
proses pemecahan dan peneutralisasi asid dalam kandungan organik sebelum Organik asli terjadi
hasil tahi cacing dan tahi ulat tersebut.
Enzim Yakuth dan gula merah akan membekalkan mikoganisma dalam kandungan Organik manakala
nitrogen dan kandungan lainnya terhasil daripada sumber tumbuhan yang tersedia pada asalnya.
- Beginilah serba sedikit maklumat asas berkaitan penyediaan organik, yang boleh anda hasilkan
sendiri dirumah disamping menjimatkan kos pembajaan tanaman anda dirumah. Ia juga tidak
membazirkan segala sisa buangan dapur anda. kerana boleh dikitar semula menjadi baja organik.
CARA MEMBUAT BAJA ORGANIK | daun sayur
Baja Organik 1
BAJA ORGANIK untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar
1. Pelbagai jenis daun sayur atau satu jenis daun hijau secukupnya.
2. 1 kg Gula Merah dibancuh dengan 1 liter Air dijadikan sebagai
Air Larutan Gula Merah setakat cukup untuk membasahkan daun-daun yang dicincang
itu apabila daun-daun itu digaul.
3. Sejemput Kapur - iaitu Kalsium Karbonat dibancuh dengan sedikit air secukupnya .
4. Sebotol minuman Yakult
Nota:
1. Jika Di Pasar ada banyak daun sayur yang masih hijau dibuang, boleh diambil dengan
percuma. Daun dan pokok ulam gila (pentutup bumi) juga boleh digunakan.
2. Fungsi Kapur ialah supaya wujudnya kepanasan dalam adunan bagi bekteria bertindak
cepat meleraikan bahan-bahan organan (nutrients) yang terdapat dalam daun-daun yang
diperam/jeruk itu supaya menjadi air baja. Penggunaan kapur ini tidak boleh terlalu

banyak, gunakan sedikit saja secara asal ada sahaja.


3. Calcium Carbonate atau serbuk kapur yang digunakan untuk memplaster batu-bata
dinding rumah. Kapur sirih juga boleh digunakan.
4. Tong takungan pemeraman daun-daun sayur yang dicincang hendaklah diletak di tempat
yang tidak terkena terus cahaya mata hari kerana kesan kepanasan cahaya mata hari boleh
mematikan bekteria. Peranan bekteria ialah sebagai pelerai organan dari daun-daun yang
dijeruk-peram. Lebih banyak bekteria hidup berada dalam daun-daun yang diperam itu
akan lebih berkualiti baja itu.
Cara Memproses:
1. Semua daun sayur dicincang dan dimasukkan ke dalam satu tong takungan.
2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul dengan daun yang
dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah ini.
3. Gaulkan adunan (daun) dengan sedikit (sejemput) kapur Kalsium Karbonat .
4. Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan menjadi rata.
5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.
6. Setelah 14 hari daun akan menghasilkan air baja, dan air baja ini ditapis untuk
dibotolkan sedia boleh digunakan untuk Pokok: Batang Dan Daun Membesar.
Cara Penggunaan:
Sebanyak 10 ml (2 sudu teh) Air Baja dibancuh dengan 10 liter Air;
dijadian sebagai air semburan kepada seluruh pokok dan juga tanah; disembur
sebanyak 2 kali seminggu. Jangan membaja lebih dari 2 kali seminggu kerana daun
pokok akan menjadi kuning, rosak. Jika pokok kelapa sawit atau pokok getah yang tinggi,
memadai disembur 2 kali seminggu pada bahagian batang pokok kelapa sawit atau pokok
getah itu saja dan dipangkal bahagian tanahnya.
Posted by Le

CARA RINGKAS MEMBUAT BAJA


KOMPOS
Baja kompos merupakan baja yang mampu menguruskan sampah organik seharian kita,secara
tidak langsung baja kimia yang berbahaya dapat dikurangkan.Baja kompos adalah campuran
bahan-bahan buangan atau sisa pertanian yang mereput serta terurai melalui proses penguraian
bakteria menjadi baja semula jadi yang baik untuk kesuburan tanih.Secara mudahnya baja
kompos dapat meneruskan kelestarian alam sekeliling kita.Pembuatan baja kompos selalunya
amat menjimatkan malahan jika kena dengan cara dan keadaannya ianya adalah percuma
sahaja.Malahan sekarang permintaan baja organik agak tinggi kerana tidak menggunakan
sebarang bahan kimia atau racun serangga sebaliknya menggunakan bahan sisa tumbuhan atau
haiwan.Terdapat pelbagai cara membuat baja kompos,namun saya cuba ringkaskan cara yang
paling mudah di sini.
Antara bahan-bahan membuat baja kompos
Sisa makanan buangan daripada dapur seperti kulit telur,kulit buah-buahan atau sayursayuran,kulit kekacang atau sebarang bahan sisa sayuran atau buah-buahan.
Sisa rumput,daun kering,habuk kayu atau pun sisa kertas yang sudah dikoyak-koyak menjadi
kecil(kalau rumput dan habuk kayu langsung tidak ada)
Najis haiwan- sama ada najis ayam atau pun lembu atau najis haiwan ternakan(jangan terlalu
banyak kerana hanya sedikit diperlukan untuk proses menguraian bakteria.
Jangan gunakan lebihan sisa daging,ikan ,bahan tenusu atau minyak kerana ini dapat menarik
perhatian serangga yang akan memakan atau menngangkut sisa makan itu ke sarang ,atau

membuat sarang mereka di situ.


Air ,untuk pelembapan serta memudahkan penguraian bakteria
Cangkul atau pun alatan yang sesuai untuk mengaul baja kompos itu nanti
Bekas yang sesuai untuk baja kompos- terpulanglah kepada anda sama ada menggunakan bekas
kayu atau pun apa-apa bekas yang sesuai.
kanvas atau plastik( untuk membalut ,sebagai langkah terakhir)
Kaedah Membuatnya:
Masukan bahan pertama iaitu sisa makanan yang berupa sisa sayuran atau buhbuahan,rumput,daun kering ,habuk kayu ke dalam acuan
Masukan 1% najis ternakan dan di siram dengan air,kemudian bolehlah ditutup dengan lapisan
rumput atau pun daun-daun kering
mampatkan lapisan ini dengan menggunakan cangkul dan siramkan air sekali lagi
Ulanglah langkah 1 dan langkah 2 sehingga acuan penuh( sehingga 2 atau 3 kaki.Jangan lupa
balut adunan tadi dengan kanvas atau plastik
Terbalikkan adunan setiap 2 minggu selepas sebulan adunan tadi di simpan.Baja kompos akan
terhasil selepas 3-4 bulan( ambil masa sedikit,tetapi tak apalah asalkan selamat serta tidak
melibatkan kos yang tinggi
Lapisan kompos yang mengecil menunjukkan bahawa baja kompos itu sedang mengalami
penguraian bakteria dan membuktikan baja kompos anda akan terhasil.
Lapisan tadi jika digaul dengan turutan yang betul akhirnya akan menbentuk baja kompos yang
berwarna kehitaman dan anda bolehlah mencampurkannya dengan tanah lain untuk tujuan
tanaman atau pembajaan.
Semoga tips ini akan memberikan sedikit manfaat untuk kita semua.Apa yang penting baja
kompos sesuai untuk dipraktikkan oleh sesiapa terutamanya warga desa yang pastinya
mempunyai bahan untuk membuat baja kompos yang dibaung begitu sahaja seperti sisa
rumput.Pihak sekolah juga boleh mengadakan kempen membuat baja kompos yang dapat
dijayakan oleh para pelajar sebagai satu aktiviti rekreasi serta menanamkan perasaan bangga
dapat mengoptimumkan penggunaan sumber yang selama ini dibuang begitu sahaja.

Anda mungkin juga menyukai