Anda di halaman 1dari 4

Baja organik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, cari


Tong kompos
Baja organik adalah baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang mengalami
proses pereputan dan menghasilkan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan.
Contoh baja organik asli termasuklah pupuk kandang, sluri, kompos cacing, gambut, rumpai laut,
kumbahan dan guano. Galian asli seperti fosfat batu lombong, sulfat potasy dan batu kapur juga
dianggap sebagai baja organik.
Terdapat juga baja organik yang dihasilkan oleh manusia seperti kompos, serbuk darah, serbuk
tulang dan pati rumpai laut. Selain itu, enzim protein cerna dan serbuk ikan juga dianggap
sebagai baja organik.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Baja_organik&oldid=2025427"



Membuat Baja Organik
oleh: Managro Pengarang : Othman Abd Samad
Summar yrating: 3 st ars (19 Ulasan)
Lawatan : 2846
Perkataan:600

More About : baja organik
Membuat Baja Or

Copy Highlights to Clipboard

Summarize It


MEMBUAT BAJA ORGANIK

Samada untuk kegunaan sendiri dirumah atau ada diantara anda yang ingin menjadikannya
sebagai alternatif perniagaan bagi produk komersial atau sambilan.

* Begitu mudah sekali untuk membuat baja Organik.

Biasanya baja organik terhasil daripada proses kitar semua bahan-bahan buangan yang
dikategorikan mengandungi kandungan Nitrogen,kalsium, phosphate, serta molikul lain yang
tersedia didalamnya.
Antara bahan sisa buangan tersebut seperti najis ternakan, sayuran, buahan, sisa makanan,
sisa tumbuhan yang sentiasa kita buang setiap hari.

MEMBUAT BAJA ORGANIK DIRUMAH - Untuk Kegunaan Sendiri.

* Sediakan sebuah tong yang lengkap dengan penutupnya supaya tidak mengeluarkan bau
sewaktu proses pemeraman. Letakkan dibelakang rumah. Masukkan bahagian bawah sekali
dengan 20% kandungan tanah biasa yang terdapat dihalaman rumah anda, masukkan sedikit
air melepasi paras tanah tersebut, kemudian anda boleh memasukkan segala sisa dapur anda,
samada nasi, sisa sayuran, sisa buahan, sisa makanan dll. Jika terdapat rumput-rumput atau
daun-daun kering juga boleh dimasukkan sekali kedalam tong pemeraman tersebut. Apabila
pemeraman mencapai tempuh 14 hari masukkan sebotol Yakuth dan tambahkan air serta
campurkan dengan 1 - 2 kg gula merah. Peram sehingga beberapa lama, namun ianya boleh
digunakan untuk pembajaan tanaman halaman rumah anda selepas 7 hari anda memasukkan
campuran yakuth dan gula merah. Simpan pemeraman tersebut. Semakin lama ianya diperam
maka semakin tinggi nilai organik anda. Jika anda inginkan organik anda kering, campurkan
ianya dengan tanah biasa sebelum digunakan untuk pembajaan.

MEMBUAT BAJA ORGANIK SECARA KOMERSIAL

* Untuk penyediaan secara berpukal anda memerlukan kawasan dumping dan memerlukan sisa
najis ternakan samada sisa najis ayam, kambing arnab dll. Anda boleh melonggokkan kesemua
sisa tumbuhan,rumput, daun, batang-batang pisang yang dicincang kecil, dahan-dahan kecil
dan apa sahaja sumber tumbuhan. Timbuskan dengan tanah dan najis ternakan. Korekkan
lubang ditengah-tengah untuk anda mencurahkan Yakuth dan gula merah mengikut kadar
keperluannya berdasarkan besarnya jumlah dumping yang dibina.
Timbuskan semula lubang yang telah disiram dengan Yakuth dan gula merah. Peram sehingga
2 -3 bulan kemudian di balik-balikkan menggunakan cangkul atau jentera. Peram lagi 1 -2 bulan
sebelum dikeringkan dan ditapis untuk pembungkusan.

Jangan anda takut dan terkejut atau merasa geli apabila anda membalikkan dumping organik
tersebut apabila anda akan menemui beribu-ribu cacing tanah dan ulat putih, kerana ianya
adalah diantara proses pemecahan dan peneutralisasi asid dalam kandungan organik sebelum
Organik asli terjadi hasil tahi cacing dan tahi ulat tersebut.
Enzim Yakuth dan gula merah akan membekalkan mikoganisma dalam kandungan Organik
manakala nitrogen dan kandungan lainnya terhasil daripada sumber tumbuhan yang tersedia
pada asalnya.

- Beginilah serba sedikit maklumat asas berkaitan penyediaan organik, yang boleh anda
hasilkan sendiri dirumah disamping menjimatkan kos pembajaan tanaman anda dirumah. Ia
juga tidak membazirkan segala sisa buangan dapur anda. kerana boleh dikitar semula menjadi
baja organik.

' HEBAT, SESUNGGUHNYA HEBAT "

Salam dari managro50@yahoo.com
Diterbitkan pada: 10 April, 2010
Sila Nilai abstrak ini : 1 2 3 4 5
Pengadaran : 1 2 3 4 5
Share


Pautan berkenaan :


http://Hasilkan, kitar semula,baja organik, ulat dan cacing
Write your own Komen


Source: http://ms.shvoong.com/products/appliances/1991005-membuat-baja-organik/#ixzz1tCKHCrla

Anda mungkin juga menyukai