Anda di halaman 1dari 1

PELAKSANAAN AKTIVITI: PANDUAN ASAS PERKHEMAHAN & IKATAN DAN SIMPULAN

1. KEKUATAN 1. Mempunyai tenaga pengajar yang berkemahiran dan berpengalaman. 2. Peralatan yang digunakan untuk praktikal mencukupi seperti batang penyapu. (Tali adalah dibawa sendiri oleh peserta) 3. Sesi teori disertai latihan amali dengan serta merta menyebabkan peserta dapat mengingat langkah ikatan dan simpulan yang diajarkan. 4. Panduan asas perkhemahan banyak memberi manfaat untuk kehidupan akan datang para guru pelatih yang mana mungkin disuruh menganjurkan satu perkhemahan di sekolah masing-masing. 5. Arahan dan penjelasan yang amat mudah difahami oleh peserta. Tahniah kepada Mr. Oliver kerana telah bersusah-payah membantu dalam menjayakan aktiviti ini. 2. KELEMAHAN 1. Slot yang pendek iaitu selama 2 jam sahaja tidak mencukupi untuk belajar kemahiran yang lain diperlukan semasa perkhemahan. 2. Sesi amali dijalankan di dalam dewan sahaja. 3. Suasana dewan yang panas sangat mengganggu perhatian terhadap pembentangan panduan perkhemahan asas menyebabkan ramai peserta yang tertidur. 3. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 1. Pembentangan Panduan Perkhemahan Asas haruslah dijalankan di luar dewan seperti di tapak perkhemahan itu sendiri supaya peserta dapat mengesan terus perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan semasa perkhemahan. 2. Sesi latihan amali ikatan dan simpulan terus dibuat di tapak perkhemahan sambil membuat gajet tambahan, gerbang ataupun menara kumpulan. 3. Menganjurkan pertandingan ikatan antara dua kumpulan yang terlibat dalam perkhemahan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai