Anda di halaman 1dari 7

Kesembuhan & Perlindungan

..

"Ya Allah ya Tuhanku. Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dan dengan beberapa Kalimah Engkau yang sempurna dari penyakit angin ahmar dan dari penyakit-penyakit yang besar pada diriku dan rohku dan darahku dan dagingku dan lemakku dan kulitku dan urat sarafku. Maka apabila Engkau tunaikan sesuatu pekerjaan (perintahMu) maka sesungguhnya dengan berkata jadilah maka jadilah ia . Allah Maha Besar (3x) Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi Maha Mulia." Ini merupakan salah satu doa bagi memohon perlindungan dari Allah (SWT) agar dijauhi dari penyakit dan wabak yang besar-besar serta berbahaya. Amalkanlah ia sentiasa pada setiap masa terutamanya pada waktu amat diperlukan dan diwaktu paling baik berdoa. Sekiranya belum mampu membaca dalam tulisan Arab maka berusahalah dahulu dengan berdoa menggunakan terjemahan bahasa Malaysia. Rugilah sekiranya tidak berusaha dengan gigih untuk membaca bahasa Al-Quran iaitu bahasa Arab. Berdoa itu terlalu penting dalam segala urusan. Allah (SWT) amat kasih kepada hambaNya yang sentiasa berharap dan memohon kepadaNya. Doa itu juga suatu usaha malahan ianya adalah inti dan asas utama dalam segala urusan. Ketahuliah bahawa segala-galanya itu ketentuanNya. Tawakkal kepada Allah (SWT) itu membawa erti melaksanakan segala yang perlu mengikut perintahNya dalam menjayakan sesuatu urusan. Tawakkal itu merupakan suatu pekej kehambaan yang lengkap dengan usaha, doa dan penyerahan. Tawakkal adalah sifat orang yang beriman dan wajib dilaksanakan dengan pekej yang lengkap. Usaha yang bertepatan dengan kehendakNya, doa yang sentiasa dipanjatkan dengan penuh harap pada rahmatNya dan penyerahan yang mutlak bahawasanya hanya Dia yang menentukan segala-galanya. Bertawakkallah sebelum, semasa dan selepas segala usaha. Malahan tawakkal itu hendaklah sentiasa ada dalam diri pada setiap saat dan ketika. Hakikatnya tawakkal itu adalah penumpuan kita kepada Allah (SWT) dan hanya padaNya pada setiap saat dan ketika.
Posted by at 4:51 PM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Menghindarkan Musibah Diri


Sesuatu yang berlaku ke atas diri kita merupakan natijah yang datangnya dari kesilapan, kesalahan dan dosa yang telah dilakukan. Memohonlah kita keampunan dan rahmat kasih sayang dariNya. Kerosakan yang berlaku di dunia ini adalah akibat dari perbuatan yang telah dilakukan oleh manusia sendiri. Diri diperbaiki maka akan baiklah segala perkara, semata-mata dengan rahmatNya. Berlakulah pula kerosakan pada diri sendiri yang membawa kepada kehancuran Iman dan menghapuskan amalan. Kezaliman berleluasa akibat dari rosaknya Iman. Nafsu bergelojak dan merosakkan manusia akibat dari dosa yang telah dilakukan. Semua saluran kerosakan, gangguan dan penyakit terbuka dan diri menjadi lemah dan tidak lagi bermaya. Diri menjadi tandus dengan amalan soleh dan terus ditenggelami amalan kehancuran yang merosakkan kebahagiaan. Pelbagai masalah timbul dan terasa hidup ini sempit dan penuh sengsara. Itulah yang sering terjadi pada masa kini terhadap kaum Muslimin dan Muslimat umumnya. Kerana itu terjadilah bermacam-macam gangguan penyakit fizikal, mental dan sebagainya. Untuk mendapat kekuatan dan kemantapan jiwa serta menghindarkan diri daripada musibah yang menarik kepada kancah kekufuran, kesyirikan serta kejinan dan kezaliman, di nasihatkan kepada para Muslimin dan Muslimat agar mengamalkan membaca ayat Kursi, selawat dan istighfar sebanyak 40 ribu kali. Amalan ini juga memberikan kekuatan dalam melaksanakan ketaatan. Untuk mencukupkan bilangan bacaan ayat Kursi 40 ribu, selawat 40 ribu dan istighfar 40 ribu tidaklah ditetapkan satu-satu masa akan tetapi terserah kepada kemampuan kaum Muslimin dan Muslimat sendiri. Sekiranya diamalkan 20 kali setiap kali selesai solah pada setiap hari maka genap 100 kali sehari. Ini cuma mengambil masa lebih sedikit dari setahun untuk mencukupkan bilangannya. Selawat yang disyorkan:


Ya Allah Kau curahkanlah rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu (pemimpin) kami Nabi Muhammad seorang hambaMu dan rasulMu lagi nabiMu yang Ummi, ahli keluarganya dan para sahabatnya. Istighfar yang disyorkan:


Tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Engkau, Maha sucilah Engkau Ya Allah daripada segala sifat kekurangan, sesungguhnya aku tergolong

daripada

orang

yang

zalim.

Walaupun selawat dan istighfar ini telah habis dibaca sebanyak 40 ribu kali tetapi hendaklah berusaha bersungguh-sungguh agar dapat diamalkannya setiap hari sekurang-kurangnya 100 kali dalam sehari semalam. Tiada lain yang akan diperolehi dari amalan soleh melainkan kejayaan, ketenangan dan kebahagiaan sebenar. Segala-galanya dengan rahmat dan izin Allah (SWT).
Posted by at 1:57 AM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Gangguan Saka (Kejinan) Keturunan (Bahagian Pertama)


Sebuah keluarga bahagia dengan ibubapa yang penyayang menjalani kehidupan bersama selama berpuluh-puluh tahun. Anak-anak mereka semuanya telah menempa kejayaan dalam hidup mereka. Dengan rezeki yang berlimpah-ruah anugerah Allah Ta'ala dan anak-anak yang taat dan berjaya, semuanya indah belaka. Tambahan pula kedua ibubapa yang kini telah lanjut usia sememangnya sepasang insan yang taat menjalani kehidupan sebagai hamba Allah (SWT). Suaminya berkewibawaan dengan keagamaan yang bagus dan isterinya pula taat serta patuh kepada suami. 50 tahun telah dihabiskan bersama. Mempunyai anak-anak yang ramai dan kesemuanya merupakan anak-anak yang taat dan berjaya. Namun setelah berpuluh tahun mengecapi bahagia, keluarga ini akhirnya menghadapi kehancuran. Kehancuran akibat dari kerja musuh-musuh Allah (SWT) yang ghaib, yang tidak nampak dek mata kasar. Datangnya bala tersebut tidak diduga dan tidak sama sekali terlintas dibenak fikiran mereka. Perkara pertama yang berlaku ialah siibu yang sudah dicintai suami kerana ketaatannya dan dikasihi anak-anak kerana keibuannya telah menjadi seperti mayat hidup. Dengan tekanan darahnya yang cuma 55/45 sahaja, tidak begitu berselera makan dan minum selama lebih sebulan tetapi badan kekal berisi dan gemuk, melaga-lagakan dan mengapi-apikan perbalahan dikalangan anak dan menantu. Pelbagai perilaku yang pelik dan merosakkan dibawa oleh siibu yang hakikatnya bukan lagi diri beliau yang sebenar. Dalam pada keadaam kesihatan yang menunjukkan tanda-tanda amat sakit atau tidak sihat, siibu mash lagi terdaya untuk berjalan kesana-sini untuk menjaja fitnah. Sehinggalah satu tahap beliau tidak lagi mampu bergerak seperti biasa

dan tidak juga mahu mengenakan sebarang pakaian. Anak-anak dan menantu serta cucu beliau telah hilang upaya dan ikhtiar untuk menangani masalah yang telah berlarutan untuk suatu tempoh yang agak panjang ini. Walau pun mereka semua berpendidikan tinggi namun mereka tiada ilmu, bimbingan dan pengalaman dalam menangani perkara sebegini. Apa yang amat menyeramkan mereka ialah apabila siibu yang sudah tidak seperti biasa tadi terlalu kerap merayu agar salah seorang dari mana-mana anak perempuan beliau mewarisi sesuatu dari beliau. "Ambillah.... kesian mak.... ambillah nak...." bisik siibu ke telinga anak-anak perempuan yang datang menghampiri beliau. Sambil beliau meminta agar mencium beliau di bahagian mulut untuk "mengambil" sesuatu itu. Anak-anak, menantu-menantu serta cucucucu beliau yang terlalu kasih, cinta dan sayangkan beliau menjadi takut dan bingung. Setelah diikhtiarkan pelbagai usaha di bermacam-macam tempat, dengan rahmat Allah Ta'ala, pada suatu malam yang tenang, siibu telah pergi dengan aman dan senyuman. Dengan ikhtiar terakhir dari kehambaan sebenar kepada Allah 'Azza wa Jalla, selang cuma beberapa jam, siibu telah pergi dengan aman dan tenteram. Siibu diberi minum air yang telah didoakan dan dimandikan dengan campuran beberapa ramuan mudah pada selepas solah Asar di waktu siang pada hari tersebut. Apa yang paling penting ialah, seluruh ahli keluarga telah berjemaah bermunajat pada Allah (SWT) dengan ilmu dan bimbingan dari orang pilihan Allah Ta'ala. .......................bersambung.............inshaAllah.
Posted by at 4:14 PM

Gangguan Saka (Kejinan) Keturunan (Bahagian Akhir)


Dengan izin dan rahmat Allah Ta'ala maka telah sembuhlah siibu. Namun begitu Allah Ta'ala lebih menyayangi beliau dan telah pergilah siibu dengan aman. Walau pun terpaksa mengeluarkan beberapa kali agak banyak darah melalui pembuangan air besar (memakai lampin dewasa), namun diraut wajah siibu nampak jelas lega dan aman sewaktu menemui yang Maha Pencipta.

Selang cuma beberapa hari selepas kehilangan ini tiba-tiba berlaku pula beberapa gangguan pelik di kawasan rumah mereka. Juga berlaku gangguan dibeberapa rumah anak-anak yang lain. Ini memang sudah diduga sebelumnya. Begitulah usaha iblis dan syaitan mengganggu gugat dengan pelbagai cara yang boleh bagi merosakkan manusia. Rentetan dari pelbagai perkara aneh yang berlaku maka terjadilah ketegangan diantara keluarga. Sebuah keluarga yang nyata bahagia dan penuh dengan persefahaman, sekali lagi berlaga. Kerana itulah manusia wajib sentiasa memohon dan beramal bagi dilindungi dari segala bentuk gangguan iblis dan syaitan serta kuncu-kuncunya. Segala bentuk gangguan itu wajiblah dilihat dan diatasi dengan kaedah yang digariskan Al-Quran dan Sunnah melalui asuhan para 'ulama soleh. Segala gangguan tersebut sebenarnya telah disalah ertikan. Timbul fitnah, perselisihan faham dan pelbagai masalah darinya. Setelah diajak semuanya agar kembali beramal soleh dan disatukan hati mereka dengan amalan soleh maka telah berjaya pula mereka mengatasi gangguan tersebut. Segala-galanya dengan izin dan rahmat Allah Ta'ala.
Mohon maaf kepada para pembaca budiman kerana tidak saya coretkan kisah ini dengan terperinci. Ini bagi menjaga adab saya kepada ilmu, guru dan juga mereka yang terlibat.

: 1. Namanya: Ilmu Tasauf, Ilmu Sirr dan ilmu perjalanan menuju keredhaan Allah.
: 2. Pengertiannnya: Iaitu Ilmu untuk mengetahui segala urusan nafsu (hati) dan sifat-sifatnya yang keji dan terpuji. : 3. Tempat perbahasannya: Iaitu nafsu (nati) berkenaan perkara-perkara yang berkaitan dengan segala keadaan-keadan hati dan segala sifat-sifatnya.
: 4. Buah hasilnya: Iaitu tercapai dengan sebabnya kesucian hati daripada (ingatan) aghyar (selain daripada Allah Taala) dan terhiasnya hati dengan penyaksian Tuhan Al-Malikul Ghaffar (Raja yang Maha Pengampun). , , : 5. Hukumnya: Iaitu wajib ain (fadhu ain) atas tiap-tiap mukalaf. Demikian itu

kerana seperti mana wajib mempelajari ilmu-ilmu yang memperbaikkan zahir seperti itulah juga wajib mempelajari perkara-perkara yang memperbaikan hati. , : 6. Kelebihannya: Iaitu yang teratas dari segala ilmu yang lain dari segi ianya adalah wasilah (yang menyampaikan) kepada segala perkara tersebut. . , : 7. Nisbah (bandingan) dengan yang ilmu lain: Ia adalah asal tiap-tiap ilmu dan perkara-perkara yang selainnya adalah cawangannya. Nisbahnya diantara perkara-perkara yang batin samalah seperti nisbah ilmu fekah terhadap perkaraperkara yang zahir. : 8. Penyusun: Terdiri daripada mereka semua Pemuka Ahli Tasauf yang arifin bi Rabbihim Al-Mannan (yang telah mengenal dengan mata hati akan Tuhan mereka yang bersifat Maha Memberi). , : 9. Tempat ambilannya: Iaitu daripada Kalam Allah (Al-Quran) dan hadis Rasulnya S.A.W dan daripada mereka yang mempunyai yakin dan pengenalan (makrifat kepada Allah Azza wa Jalla). : 10. Masalah-masalahnya: Iaitu segala konsep-konsep yang dibahaskan didalamnya terdiri daripada hakikat perkara-perkara yang timbul hasil daripada menjalani riyadah ilmu tasauf.
Posted by at 2:29 AM No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook http://ustazshifu.blogspot.com/search?updated-min=2011-01-01T00:00:0008:00&updated-max=2012-01-01T00:00:00-08:00&max-results=23

Hi semua. Today just nak share sikit ilmu untuk anda. Moga bermanfaat :) Tajuk: AMALAN 40 HARI BERTERUSAN Permulaan perjalanan ahlullah ialah dengan selawat. Saya menggunakan istilah Ahlullah merujuk kepada perjalanan kerohanian para wali Allah yang telah mencapai redha Allah. Selawat ada banyak kelebihan. Guru saya kata "si salik (org yg mula hendak berjalan m...endekatkan diri kepada Allah) mesti bermula dgn selawat. Ini kerana jalan mendekatkan diri kepada Allah adalah dari Rasulullah saw.

Untuk menjadi mendekatkan diri kepada Allah, kita mesti mulakan dgn selawat kerana Allah sendiri dan para malaikatNya berselawat. Berzikir semata2 tanpa selawat, inshaAllah salik akan dapat membuang kecenderungan syahwat makan, syahwat tidur, jadi rajin beribadah, TETAPI salik tidak akan dapat membuang ego & sombong. Ingatlah bagaimana iblis yg tidak berselawat itu jadi sombong. Jadi ringkasnya, berzikir dengan banyak TANPA berselawat membollehkn kita terjerumus ke jalan iblis. Manakala banyak berselawat dan banyak berzikir itu laluan utk jadi hamba Allah. Berselawatlah sebanyak-banyaknya sehingga setiap bulu roma kita menghayati selawat itu. Yg membezakan antara Tok Wali dan tok sami adalah semata2 selawat. Untuk permulaan mendapatkan kekuatan iman, kita perlu berselawat sebanyak 40 ribu selama 40 hari. Siapkan 500X selepas subuh & 500X selepas Asar setiap hari. Insya Allah sesuatu yang ajaib akan berlaku. Hati anda akan terpaut dengan Rasulullah. s.a.w. dan para Ahlullah. Jalan mendekatkan diri kepada Tuhan menjadi mudah. Urusan dunia dipermudahkan. Wallahu A'lam. Hanya semata-mata limpah kurnia dan rahmat dari Allah Ta'ala. Wasalam. Sumber: Ustaz Arasy An-Nur & Ustaz Firdaus Reduzan

Anda mungkin juga menyukai