Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

Solat berasal dari bahasa Arab yang bermaksud ''doa''. Sedangkan menurut istilah solat ialah
ibadah yang dimulakan dengan membaca takbiratul ikhrom dan diakhiri dengan
mengucapkan salam dengan syarat dan ketentuan tertentu. Segala perkataan dan perbuatan
yang termasuk dalam rukun solat mempunyai makna dan maksud tertentu yang bertujuan
mendekatkan hamba kepada Penciptanya.

Solat adalah asas dan pedoman bagi setiap aktiviti kehidupan manusia. Kerana solat adalah
amalan pertama yang akan disebut di akhirat kelak. Oleh itu, solat adalah satu bentuk ibadah
yang mengatur segala aktiviti sama ada yang diperintahkan atau yang dilarang oleh Allah.
Kegiatan manusia yang berkaitan dengan Allah sebagai Tuhan pencipta disebut
habluminallah manakala kegiatan yang berkaitan dengan manusia disebut habluminannas.

DALIL SOLAT

َّ ‫ا هَّللا ُ اَل ٰلَهَ اَّل ا ا ْعبُ ْدنِي ال‬


20:14 - ‫صاَل ةَ لِ ِذ ْك ِري‬

Ia bermaksud :

Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah
solat untuk mengingati Aku. ( Surah Taha [20:14]

Dalam surah Ta Ha (20:14) dijelaskan bahwa tujuan shalat adalah agar setiap hamba selalu
bahagia untuk selalu mengingat Allah. Maksud zikir di sini ialah sentiasa mengingati Allah di
mana-mana dan bila-bila masa. Seperti apabila kita membaca "Allahuakbar" yang bermaksud
Allah Maha Besar, menerangkan kebesaran Allah. Apabila hati kita sentiasa mengingati Allah
menjadikan jiwa kita menjadi tenang dan tenteram.

1
KELEBIHAN MENUNAIKAN SOLAT DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

I. Sebagai pembuka jalan atau pemudah cara yang dapat mempermudahkan rezeki kita.

"Dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa,
tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-
limpah berkatnya, dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu
Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah
usahakan" (Surah al-A'raf ayat 96)

II. Dapat mempengaruhi kehidupan seharian kita ialah solat dapat membina keperibadian dan
akhlak yang mulia. Apabila solat dapat dikerjakan secara istiqamah, maka jiwa kita akan
mengalami perubahan dari satu keadaan yang buruk ke satu tahap yang lebih baik. Dengan
solat, seseorang akan belajar mengenai sifat sabar, tenang, bersopan dan berlemah lembut.

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut).
Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh
kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-orang yang mengerjakan
sembahyang. Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya". (Surah al-
Maarij ayat 19 – 23)

III. Solat menjadi jalan keluar bagi orang yang beriman apabila menghadapi sebarang
kesulitan atau kesusahan. Dengan solat, jiwa orang yang beriman akan menjadi tenang dan
tenteram, lantas mereka dapat mengharungi segala ujian dan cubaan dengan tabah.

“Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan
sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji
Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud(solat)". (Surah al-Hijr ayat 97-
98)

2
IV. Dapat menjaga pelakunya daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan dosa serta
mengikut hawa nafsu. Apabila solat dilakukan dengan sempurna dan khusyuk, ia akan dapat
mempengaruhi jiwa pelakunya untuk tunduk dan taat kepada perintah Allah SWT.

TIGA (3) FAKTOR PENGABAIAN DALAM MENUNAIKAN SOLAT

1. LALAI DENGAN GADGET

Hal ini kerana, pada zaman moden ini terdapat banyak remaja yang mempunyai telefon
pintar sendiri dan tidak dipantau oleh keluarga dan menyebabkan mereka melihat benda-
benda yang lara dan menyebabkan mereka lalai dalam melaksanakan solat fardhu.

2. MALAS MENUNAIKAN SOLAT

Hal ini kerana terdapat sifat malas didalam diri mereka yang mengakibatkan mereka tidak
dapat menunaikan solat dan mereka juga tidak dapat melawan sifat malas itu kerana iman
di dalam dada mereka berkurang.

3. PENGARUH RAKAN SEBAYA

Ini kerana terdapat rakan mereka yang melalaikan mereka dengan perkara yang lara dan
mereka juga terjerumus didalam ajakan tersebut dan mereka meninggalkan solat. Hal ini
kerana rakan tersebut juga mempunyai sifat yang buruk didalam diri .

3
MENGANALISIS DATA MENGENAI LIMA FAKTOR MASALAH PENGABAIAN
DALAM SOLAT FARDHU

 Daripada soal selidik yang telah saya lakukan, terdapat beberapa responden yang
meninggal kan solat subuh,solat zohor,solat asar,solat magrib dan solat isyak.Majoriti
responden banyak yang meninggalkan solat subuh.
 Terdapat 3 orang responden yang solat setiap waktu iaitu pada waktu zohor,asar dan
isyak.
 Responden yang terbanyak solat setiap waktu pada waktu zohor iaitu sebanyak 5
orang.
 Solat subuh antara yang paling banyak ditinggalkan kerana responden susah untuk
bangun pagi dan selalu berjaga malam mengakibatkan bangun lambat dan terlepas
solat subuh.
 Solat pada waktu zohor dan asar meraih purata yang tinggi kerana masa untuk
melakukan solat sangat Panjang dan tengah lapang. Hal ini menyebabkan responden
ada masa yang banyak untuk melakukan solat zohor dan asar.
 Waktu maghrib menjadi waktu solat yang dipilih oleh responden sebagai waktu yang
dilakukan setiap waktu.

4
 Berdasarkan graf di atas menunjukkan sebab-sebab responden tertinggal solat.
 Antara sebab yang terbanyak responden pilih ialah atas alasan terlalu sibuk kerana
terlalu fokus dengan urusan dunia dan terlupa menunaikan solat fardhu.
 Selain itu,terdapat responden yang memilih sebab malas.Malas ini terjadi kerana
kurangnya ilmu tentang kesan dan kelebihan solat.
 Pilihan yang minimum ialah ikut kawan dan tak pandai bacaan didalam solat.
 Keluarga kesemua responden sangat mengambil berat tentang solat menyebabkan
purata keluarga tidak kesah meraih 0%
 Responden dengan alas an terlupa meraih purata sebnyak 40%.Hal ini berpunva
akibat terlalu leka dengan duniawi dan sibuk mengejar dunia.
 Responden yang sengaja meninggalkan solat pastinya kekurangan didikan agama
daripada ibu-bapa dan orang sekeliling menyebabkan responden tidak mengambil
berat untuk menunaikan solat.

5
LIMA (5) KESAN MENGABAIKAN IBADAH SOLAT

1. Dilaknat Allah SWT dan seluruh amalannya ditolak

Dan orang yang meninggalkan solat akan dilaknat di dalam kitab taurat, injil, zabur dan k
Al-Quran. Orang yag meinggalkan solat akan diturunkan atasnya setiap sehari semalam
seribu laknat dan seribu murka dan bahwa para malaikat melaknati orang yang
meninggalkan solat dari atas langit ketujuh. Dan dalam pembicaraan yang panjang
bahawa Jabril diwahyukan kepada Nabi s.a.w., dan beliau berkata, segala puji bagi Allah,
dan Tuhan memberkati kamu, Tersebut dalam hadits yang panjang, bahwa jibril turun
kepada Nabi ‫ﷺ‬, dan jibril berkata: Hai Muhammad, Allah tidak menerima dari orang
yang meninggalkan shalat, puasanya, dan tidak juga sedekahnya, dan tidak juga hajinya,
dan tidak juga amal perbuatannya, dan tidak juga menerima zakatnya.

2. Tidak dapat mencari ketenangan jiwa

Ketenangan jiwa hanya boleh dicapai dengan melaksanakan ibadah solat yang sempurna
sama ada dengan melengkapkan solat fardu lima waktu ataupun solat sunat yang lain.
Apabila tidak menunaikan solat hai ini akan menjauhkan diri kita dengan Allah SWT dan
akan dimurkai olehNya. Jika kita mengabaikan ibadah solat, kita tidak dapat membina
keperibadian dan akhlak yang mulia di sisi Allah SWT. “sesungguhnya manusia itu
dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila ditimpa kesusahan, doa
sangat resah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut. Kecuali orang-
orang yang mengerjakan solat, iaitu mereka yang tetap mengerjakan solatya” (surah Al-
Maarij ayat 19-23).

6
3. Diazab berlipat kali ganda

ْ َّ‫ض ْعفَ ْي ِن َويَْأتِى يَوْ َم ْالقِيَا َم ِة َوقَ ْد ُغل‬


‫ت يَدَاهُ اِلَى ُعنُقِ ِه َو ْال َماَل ِئ َكةُ يَضْ ِربُوْ نَهُ َوتُ ْفتَ ُح لَهُ َجهَنَّ َم‬ ِ ُ‫ضا َعفُ لَهُ ْال َع َذاب‬
َ ُ‫صاَل ِة ي‬ ُ ‫َار‬
َّ ‫ك ال‬ ِ ‫ت‬
ِ َّ‫ك ااْل َ ْسفَ ِل ِمنَ الن‬
‫ار‬ ِ ْ‫فَيُ ْد َخ ُل فِى بَابِهَا َكال َّسه ِْم فَيَه ِْوىْ َعلَى َرْأ ِس ِه ِع ْن َد قَا ُر وهمافِى الدَّر‬

Orang yang meninggalkan solat digandakan baginya, digandakan azabnya. Dan dia akan
datang pada hari kiamat dengan kedua tangannya dibelenggu di bahunya dan malaikat
memukulnya, dan dibukakan neraka bagi orang-orang yang meninggalkan solat.
Kemudian dia dimasukan di dalam pintu jahanam seperti anak panah diluncurkan padanya
kemudian jatuh melekat pada kepalanya dan tinggal di samping qarun dan haman di
dalam neraka yang paling dalam.

4. Dilaknat makanan, baju, rumah dan mati dalam keadaan Yahudi

ُ‫صاَل ِة يَتَبَ َّرُأ ِم ْن••ه‬


َّ ‫ضه قَا ِط ُع ال‬ َ ‫ك هَّللا ُ يَا َع ُد َّوهَّللا ُ تَْأ ُك ُل ِر ْز‬
َ ‫ق هَّللا ِ َواَل تَُؤ دِّىْ فَ َراِئ‬ ْ َ‫ت اللُّ ْق َمةُ اِلَى فِ ْي ِه قَال‬
َ َ‫ت لَهُ لَ َعن‬ ِ ‫صاُل ِة اذ فِ َع‬ ُ ‫َار‬
َّ ‫ك ال‬ ِ ‫ت‬
ُ‫الثَّوْ ب‬ ُ ْ‫ فِى َج َس ِد ِه َويَقُوْ ُل لَوْ اَل َأ ْن َس َّخ َرنِى َربِّى لَكَ لَفَ َرر‬. Orang yang mengganggu solat itu
َ ‫ت ِم ْن‬
‫ك‬
keluar dari rumahnya. Rumah itu berkata, "Semoga Allah tidak mengiringi perjalananmu,
dan tidak pula kamu mengikuti jejakmu." Pemutus sembahyang dilaknat dalam hidupnya,
dan dalam kematiannya. Orang yang meninggalkan shalat jika diangkat sesuap nasi ke
mulutnya maka sesuap nasi itu berkata padanya: Semoga Allah melaknati kamu hai
musuh Allah, kamu makan rezeki dari Allah tapi tidak menunaikan shalat fardhuNya.
Orang yang mengganggu solat, maka pakaian yang dipakainya tidak akan
mempertahankan tubuhnya, dan pakaian itu berkata sekiranya Allah tidak menakluki saya,
saya akan lari daripada kamu (tidak mahu dipakai oleh orang yang tidak suka solat).
Orang yang membatalkan solat, apabila keluar dari rumahnya, rumahnya berkata, semoga
Allah tidak mengiringi perjalanan kamu dan semoga Allah tidak menggantikan kamu
dengan menjaga keluarga kamu, dan semoga Allah tidak mengembalikan kamu kepada
keluarga kamu dengan selamat. Orang yang memutus shalat dilaknati dalam hidupnya dan
setelah dia mati. Orang yang memutus shalat dia mati dalam keadaan Yahudi dan
dibangkitkan dalam keadaan Nasrani.

7
5. Tidak mendapat syafaat nabi Muhammad saw

‫صاَل ِة اَل يُ َعا ُد فِى‬


َّ ‫ك ال‬ ُ ‫َار‬ َ ِ‫ك َواَل هُ َو ِم ْن ُأ َّمت‬
ِ ‫يَا ُم َح َّم ُد ت‬. ‫ك‬ َ ِ‫ك َواَل فِى َشفَا َعت‬ َ ‫صيْبٌ فِى ُحظُوْ ِظ‬ ِ َ‫صاُل ِة َمالَهُ ن‬ َّ ‫ك ال‬ ُ ‫َار‬
ِ ‫يَا ُم َح َّم ُد ت‬
‫ُصا َحبُ َواَل يُ َجالَسُ َواَل ِد ْينَ لَهُ َواَل ا َمانَةَ لَهُ َواَل َحظَّ لَهُ فِى‬ َ ‫ض ِه َواَل يُ ْتبَ ُع فِى َجنَا َزتِ ِه َواَل يُ َسلَّ ُم َعلَ ْي ِه َواَل يَُؤ ا َك ُل َواَل ي‬ِ ‫َم َر‬
ِ َّ‫ك ااْل َ ْسفَ ِل ِمنَ الن‬
‫ار‬ ِ ْ‫َرحْ َم ِة هَّللا ِ َوهُ َو َم َع ْال ُمنَافِقِ ْينَ فِى الدَّر‬

Ya Muhammad, orang yang meninggalkan shalat, tidak ada baginya dalam


pertolonganmu dan juga tidak pula dapat syafaatmu, dan tidak pula orang yang
meninggalkan shalat itu dari golongan umatmu. Ya Muhammad orang yang
meninggalkan shalat tidak usah dijenguk ketika dia sakit. Dan tidak usah mengiringi
jenazahnya sampai ke kubur. Dan tidak perlu memberi salam kepada mereka yang
meninggalkan solat. Dan janganlah kamu diajak makan bersama, dan jangan ditemani,
dan jangan duduk bersama. Dan tidak ada baginya agama, dan tidak ada amanah baginya,
dan tidak ada bahagian dari rahmat Allah. Dan orang yang meninggalkan solat adalah
bersama orang-orang munafik di bahagian bawah neraka.

8
CARA MENYELESAIKAN ISI PENGABAIAN DALAM MENUNAIKAN SOLAT

I. PERANAN IBU BAPA

Ibu bapa perlu sentiasa memantau pelaksanaan solat anak-anak mereka. Sikap ibu bapa
dapat menentukan sama ada anak melaksanakan solat atau tidak. Ibu bapa juga disarankan
untuk menjalinkan hubungan kerjasama yang lebih kukuh dengan guru-guru yang
bertauliah untuk sama-sama membantu membimbing para remaja ini ke arah kehidupan
yang lebih sejahtera. Ibu bapa digalakkan untuk sentiasa prihatin dengan pendidikan
agama anak-anak mereka dan bertanya perkembangan anak-anak di sekolah melalui guru-
guru. Ibu bapa perlu menunjukkan contoh sebagai muslim/muslimah yang baik kepada
anak-anak khususnya dari sudut pelaksanaan solat yang konsisten di rumah. Ibu bapa
perlu untuk sentiasa menggalakan anak-anak solat berjemaah bersama mereka di rumah.
Ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada guru-guru di
sekolah kerana ibu bapa adalah sebenarnya guru utama yang patut memastikan anak-anak
sentiasa konsisten dalam melaksanakan solat lima waktu sehari semalam. Ibu bapa perlu
meningkatkan ilmu berkaitan kemahiran keibubapaan mengikut acuan Islam yang sebenar
khususnya yang berkaitan dengan tanggungjawab mendidik anak seperti yang terkandung
dalam ajaran Islam.

II. PERANAN MEDIA MASSA

Media perlu dijadikan agen pembentuk jati diri remaja di mana program dan berita media
perlu dibuat secara terancang dan bersepadu. Rancangan yang yang sedia ada seperti
‘tanah kubur’, halaqah, dai’ yang didapati telah berjaya sedikit sebanyak memberi
kesedaran kepada remaja untuk solat wajar diteruskan. Manakala, rancangan baru yang
menarik perlu direka seperti contoh Sesame Street yang mempunyai unsur-unsur positif
yang boleh diterima oleh remaja bagi membentuk gaya hidup dan peribadi yang baik.

9
III. PERANAN GURU-GURU

Guru-guru juga perlu memainkan peranan dalam memantapkan lagi penghayatan pelajar-
pelajar tentang kepentingan solat fardhu tersebut. Mesej perlu sentiasa disampaikan
kepada pelajar untuk melaksanakan solat fardhu cukup lima waktu sehari semalam
dengan penuh keikhlasan dan penghayatan. Guru perlu sentiasa mengingatkan pelajar
untuk melaksanakan solat kerana solat itu mampu menghalang pelajar dari terjerumus ke
kancah kejahatan dan kemungkaran. Setiap maklumat berkaitan solat perlu disampaikan
dengan jelas dan terperinci mengikut cara yang betul agar dapat mempertingkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, adalah menjadi tanggungjawab para guru
juga untuk sentiasa memastikan tunjuk cara yang dilakukan oleh mereka adalah betul.
Golongan pendidik perlu bijak dalam mendidik remaja ketika di dalam kelas, remaja perlu
dipastikan dapat menerima dengan baik apa yang mereka pelajari dan dalam masa yang
sama dapat memupuk kesedaran dan pembentukan jiwa dalam diri mereka. Kaedah
pengajaran tentang ibadat termasuklah solat perlu diajar dengan kaedah yang tepat, sesuai,
berkesan dan menarik supaya ia dapat difahami, dihayati dan diamalkan dengan sempurna
dalam kehidupan remaja. Walaupun kaedah syarahan merupakan kaedah yang telah
sekian lama digunakan, namun keadah ini perlu diubahsuai supaya ianya relevan dengan
keperluan dan keadaan semasa. Penggunaan media seperti video dan televisyen boleh
diperluaskan kerana ia membantu dalam penghasilan pembelajaran yang lebih baik

IV. PERANAN MASJID

Masjid sepatutnya bukan hanya dijadikan tempat untuk menunaikan solat semata-mata.
Peranan solat perlu diperkasakan dan diperluaskan lagi seperti menambah kemudahan dan
prasarana yang berkaitan antaranya dengan mewujudkan perpustakaan dengan kemudahan
wifi. Sukan juga tidak mustahil untuk dianjurkan di Masjid bagi mendorong remaja untuk
menjejakkan kaki mereka ke masjid.

V. SENTIASA SOLAT DAN BERDOA KEPADA ALLAH S.W.T

10
Ini adalah cara yang terbaik untuk kita selesaikan masalah. Setiasalah bersujud dan
mengadu kepadaNya agar dipermudahkan dalam apa jua masalah yang menimpa.

KESIMPULAN

Secara umumnya, amalan solat fardu merupakan suatu amalan yang mulia dan amat dituntut
disisi Allah SWT. Solat merupakan pengubat penyakit rohani dan jiwa bagi setiap manusia. Ia
juga bertujuan bagi mengangkat darjat manusia lebih tinggi dari sekalian makhluk yang
diciptakan oleh Allah SWT dan menjadi sebaik-baik makhluk disisi Allah SWT. Dengan solat
juga menjadi lambang ketaatan yang sejati antara seseorang hamba itu kepada tuhannya
sehingga boleh menimbulkan kecintaan dan kasih-sayang tuhan kepada hambanya. Namun
sebaliknya, keingkaran dan kelalaian seseorang hamba terhadap kewajipan solat boleh
mengundang kemurkaan Allah SWT sehingga jauh dari rahmatnya. Kesannya akan
menyebabkan seseorang hamba itu bakal ditimpa bencana buruk terhadap kehidupannya
dalam pelbagai sudut. Oleh kerana itu, peliharalah solat dengan sebaik-baiknya dan
tunaikanlah dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan kepada Allah SWT bagi menjamin
kebahagiaan dan kejayaan di dunia serta di akhirat. Pensyariatan solat juga mengandungi
hikmah yang boleh dilihat berdasarkan logic akal yang meliputi pelbagai aspek seperti
kesihatan, kekuatan mental, fizikal,kestabilan emosi, iltizam yang tinggi dan kemurnian
akhlak.

11
RUJUKAN

1.https://www.studocu.com/my/document/sunway-university/media-culture-and-society/
ctu151-kesan-pengabaian-ibadah-kertas-kerja/16031057

2.https://www.academia.edu/42669234/
PENGABAIAN_SOLAT_DI_KALANGAN_MAHASISWA_KAJIAN_TERHADAP_MAH
ASISWA_DIPLOMA_SYARIAH_ISLAMIYYAH

3.http://studentsrepo.um.edu.my/5106/3/Lengkap_Ani_Disertasi_2011.pdf

4.http://conference.kuis.edu.my/i-maf/images/eproceedings/2018/PAPER-9-SUHAILA-
NADZRI.pdf

5.https://core.ac.uk/download/pdf/195385759.pdf

6.https://adiselmerbawiy.blogspot.com/2008/04/kesan-pengabaian-ibadah-di-
dalam.html#:~:text=Kesan%20Pengabaian%20Ibadah%20di%20dalam%20Kehidupan
%201%201.,lagi%20berkait%20dengan%20Adikuasa%20langit%20...%20More%20items

7.http://iniperspektifku.blogspot.com/2013/04/kepentingan-solat-dalam-kehidupan.html

8.https://www.coursehero.com/file/p1egnf1u/10-44-FAKTOR-FAKTOR-KAUM-
MUSLIMIN-MENINGGALKAN-SOLAT-JUMAAT-DI-MALAYSIA-Solat/

9.http://az-esei-jan2010.blogspot.com/2010/03/meninggalkan-solat-dengan-sengaja.html

10.http://studentsrepo.um.edu.my/5061/14/SERAHAN_TESIS_-_Submit_Akhir.pdf

12

Anda mungkin juga menyukai