Anda di halaman 1dari 456

Soal-Jawab

Adab-Adab Berdoa
Hafiz Firdaus Abdullah

1
© Hafiz Firdaus Abdullah. 2019.

Buku ini diedarkan secara percuma.


Dialu-alukan penyebaran buku ini atau menyalin mana-mana
bahagian daripada buku ini dan menyebarkannya
tanpa perlu meminta izin penulis.

2
Kandungan

Boleh Berikan Saya Motivasi Berdoa? Saya Sering


Berasa Malas Berdoa. 10

Siapakah Yang Dimaksudkan Sebagai Orang Yang


Sombong Daripada Berdoa? 16

Apakah Orang Yang Berdosa Layak Berdoa? 23

Apakah Kesan Apabila Dikatakan Doa Adalah Ibadah? 27

Apakah Maksud Dan Dalil Ikhlas Dalam Berdoa? 29

Apakah Contoh Orang Yang Tidak Ikhlas Berdoa? 32

Apakah Persiapan Sebelum Berdoa? 35

Apakah Doa Yang Sesuai Dibaca Ketika Senang? 61

Apakah Syarat-Syarat Ketika Berdoa? 82

Bolehkah Doa Secara Berjemaah? 95

Apakah Adab Paling Utama Ketika Berdoa? 139

Mestikah Menghadap Kiblat Untuk Berdoa? 150


3
Mestikah Berwudhu’ Sebelum Berdoa? 153

Bolehkah Berdoa Jika Dalam Keadaan Hadas Besar? 156

Bolehkah Mengangkat Kedua Tangan Untuk Berdoa? 157

Apakah Posisi Kedua Tangan Apabila Berdoa? 160

Apakah Posisi Kedua Tangan Apabila Berdoa


Menolak Bala? 163

Bolehkah Berdoa Tanpa Mengangkat Kedua tangan? 167

Apakah Hukum Menyapu Muka Dengan Kedua


Tangan Selepas Berdoa? 172

Apakah Dianjurkan Mengulang-Ulang Doa? 177

Bolehkah Menangis Ketika Berdoa? 186

Bolehkah Berdoa Dalam Hati Sahaja? 189

Bagaimana Menyusun Lafaz Doa? 191

Bagaimana Cara Memulakan Doa? 210

Adakah Dianjurkan Mengucapkan “Amin”


Setelah Berdoa? 220

4
Apakah Maksud Berdoa Dengan Amal Soleh? 229

Bolehkah Meminta Orang Lain Mendoakan Saya? 238

Bolehkah Bertawassul Dengan Rasulullah? 245

Bolehkah Bertawassul Dengan Orang Soleh? 257

Apakah Dalil Bagi Solat Hajat? 268

Benarkah Terdapat Kaitan Doa Antara Ibu Dan Bapa,


Dan Anak-Anak? 273

Bilakah Waktu Terbaik Berdoa Ketika Solat? 285

Bilakah Yang Dimaksudkan Sebagai “Dubur Solat”? 303

Bolehkah Berdoa Selepas Solat Fardhu? 310

Bolehkah Berdoa Secara Berjemaah Selepas


Solat Fardhu? 323

Apakah Keutamaan Berdoa Pada Waktu Malam? 328

Apakah Keutamaan Berdoa Pada Hari Jumaat? 334

Apakah Keutamaan Berdoa Ketika Berpuasa? 340

5
Apakah Keutamaan Doa Bagi Orang Yang
Melaksanakan Haji Dan Umrah? 347

Bolehkah Mengirim Doa Kepada Orang Yang


Melaksanakan Haji dan Umrah? 351

Apakah Keutamaan Doa Ketika Bersedekah? 356

Apakah Keutamaan Doa Ketika Hujan? 363

Apakah Keutamaan Doa Ketika Musafir? 365

Patutkah Saya Takut Kepada Doa Orang Yang Dizalimi? 367

Apakah Kaitan Antara Doa Dan Usaha? 383

Apakah Hukum Meminta Pertolongan Kepada


Selain Allah? 387

Kenapa Berdoa Jika Semuanya Sudah Ditakdirkan? 394

Apakah Doa Istikharah? 400

Bolehkah Menarik Balik Doa? 410

Bolehkah Mendoakan Orang Kafir Yang


Tidak Memusuhi Islam? 423

6
Bolehkah Mendoakan “Rest In Peace”? 436

Bolehkah Mendoakan Keampunan Kepada


Orang Kafir? 444

7
‫اَّلل ال هر ْْحَ ِن ال هرِح ِيم‬
ِ‫بِس ِم ه‬
ْ

Alhamdulillah, ramai umat Islam yang berdoa kepada


Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Akan tetapi mungkin, tidak ramai yang mengetahui adab-


adab berdoa kepada Allah. Adab-adab ini amatlah penting untuk
diketahui agar doa bukan sahaja dimakbulkan oleh Allah, tetapi
menjadi aqidah yang mentauhidkan-Nya, keimanan yang kukuh
kepada-Nya, hati yang berharap kepada-Nya dan ibadah yang
menjana pahala daripada-Nya.

Buku ini saya susun dalam format soal jawab agar mudah
difahami oleh para pembaca. Para pembaca boleh menuju terus
ke mana-mana soalan yang diminati, namun amatlah dianjurkan
membaca setiap soalan dari awal buku ini demi kefahaman yang
terbaik.

Sebahagian jawapan ada yang memiliki perbezaan


pendapat di kalangan para ilmuan Islam dahulu dan kini. Dalam
menghadapi perbezaan pendapat ini, saya tidak fokus kepada
8
nama ilmuan dan mazhab mereka, sebaliknya dalil dan hujah yang
mereka kemukakan.

Sebahagian jawapan ada yang berbeza dengan kelaziman


amalan masyarakat tempatan. Semoga dalil dan hujah yang saya
kemukakan dalam buku ini dapat membetulkan kelaziman
tersebut.

Dialu-alukan apa-apa maklumbalas, pembetulan, kritikan


dan bantahan. Sila emel terus kepada saya di
hafizfirdaus@hotmail.com atau whats app ke 019-384 8467.

Selamat membaca.

Hafiz Firdaus bin Abdullah.

9
Soalan: Boleh Berikan Saya Motivasi Berdoa? Saya
Sering Berasa Malas Berdoa.

Jawapan:

Tidak ada yang lebih baik untuk dijadikan sumber motivasi


berdoa melainkan ayat-ayat Allah Subhanahu wa Ta'ala dan
hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Marilah kita
mengkaji sebahagian daripadanya. Allah Subhanahu wa Ta'ala
berfirman,

‫َّاع إِذَا‬
ِ ‫يب َد ْع َوَة الد‬ ِ ‫وإِذَا سأَلَك ِعب ِادي ع ِّن فَِإِّن قَ ِريب أ‬
‫ُج‬
ُ ٌ ِ َِ َ َ َ َ
ِ ‫دع‬
.‫ان‬ ََ
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu
mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): “Sesungguhnya
Aku (Allah) sentiasa dekat (kepada mereka); Aku perkenankan
permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-
Ku.” [al-Baqarah 2:186]

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda,

10
.ُ‫ُّعاءُ ُه َو الْعِبَ َادة‬
َ ‫الد‬
Doa adalah ibadah.1

.‫ُّع ِاء‬ ِ َِّ ‫لَيس شيء أَ ْكرم علَى‬


َ ‫اَّلل تَ َع َاَل م ْن الد‬ َ ََ ٌ ْ َ َ ْ
Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah Ta‘ala
berbanding doa.2

‫يَ َديْ ِه أَ ْن يَ ُرَّد ُُهَا‬ ‫الر ُج ُل إِلَْي ِه‬


َّ ‫اَّللَ َحيِ ٌّي َك ِرميٌ يَ ْستَ ْحيِي إِذَا َرفَ َع‬
َّ ‫إِ َّن‬
.‫ي‬ ِ ْ َ‫ِص ْفرا َخائِبَ ت‬
ً
Sesungguhnya Allah Maha Pemalu dan Maha Mulia.
Allah malu apabila seseorang itu menadah kedua tangannya
berdoa kepada-Nya lalu menurunkan kedua tangannya dalam

1
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
berkata, “Hadis ini hasan sahih.” Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih
Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3294/3372 (Kitab al-Da‘awat ‘an Rasulullah, Bab
berkenaan keutamaan doa).
2
Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
berkata, “Hadis ini hasan sahih gharib.” Ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam
Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3292/3370 (Kitab al-Da‘awat ‘an
Rasulullah, Bab berkenaan keutamaan doa).
11
keadaan kosong lagi tidak diperkenankan.3

‫س فِ َيها إِ ْْثٌ َوََل قَ ِط َيعةُ َرِح ٍم إََِّل‬ ٍ ِ ٍِ


َ ‫َما م ْن ُم ْسلم يَ ْدعُو ب َد ْع َوة لَْي‬
ِ
ِ ‫ إِ َّما أَ ْن تُع َّجل لَه د ْعوتُه وإِ َّما أَ ْن يد‬:‫ث‬
‫َّخَرَها‬ ٍ ‫أ َْعطَاه هللا ِِبا إِح َدى ثَََل‬
َ َُ َ َُ َ َ ْ َ ُ ُ
!‫ إِ ًذا نُ ْكثُِر‬:‫ قَالُوا‬.‫وء ِمثْلَ َها‬ ِ ‫الس‬ُّ ‫ف َعْنهُ ِم َن‬ ِ
ْ َ‫لَهُ ِِف ْاْلخَرِة َوإِ َّما أَ ْن ي‬
َ ‫ص ِر‬
.‫ هللاُ أَ ْكثَ ُر‬:‫قَ َال‬
Tidaklah seorang muslim berdoa dengan satu doa yang
di dalamnya tidak terkandung permintaan yang berdosa
mahupun yang memutuskan silaturahim melainkan Allah akan
memberikan kepadanya salah satu daripada tiga hal, sama ada
disegerakan baginya pemakbulan doanya (di dunia), atau
ditangguhkan (pemakbulan doanya sehingga ke) Hari Akhirat
atau dijauhkan daripadanya keburukan (mudarat, bencana
atau musibah) yang semisal doanya.

Para sahabat berkata, “Jika begitu kami akan

3
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
berkata, “Hadis ini hasan sahih gharib.” Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam
Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3479/3556 (Kitab al-Da‘awat ‘an
Rasulullah, Bab berkenaan doa Nabi).
12
memperbanyakkan doa!”

Rasulullah menjawab, “(Teruskan kerana) Allah lebih


banyak pemberian-Nya.”4

Ayat al-Qur’an dan hadis-hadis di atas berperanan


memberi motivasi untuk kita berdoa kepada Allah. Pengetahuan,
Pemberian serta Rahmat Allah sentiasa hampir kepada kita, maka
berdoalah kerana dengan itu Allah al-Mujib (yang Maha
Memakbulkan Doa) akan memakbulkannya. Lebih banyak kita
berdoa, lebih banyak pemberian Allah.

Selain itu doa adalah ibadah yang paling mulia di sisi Allah,
bererti sesiapa yang berdoa akan memperoleh pahala meskipun
doa itu belum dimakbulkan. Lebih banyak seseorang itu berdoa,
lebih banyak pahala yang diperolehinya. Ini kerana doa adalah

4
Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya dan sanadnya
dinilai jayyid (baik) oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakannya dalam
semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 11133.
Dikemukakan oleh Musthafa bin al-Adawi dalam bukunya Fiqh al-
Doa (edisi terjemahan oleh Hisyam Ubaidillah dan Fachrijal Umar atas judul
Fikih Doa; Darus Sunnah Press, Jakarta, 2015), ms. 150 dan beliau menilai
sanadnya sebagai hasan.
13
satu ibadah seperti mana ibadah solat, puasa, zakat, haji dan
umrah. Sesiapa yang beribadah akan diberikan pahala oleh Allah
Subhanahu wa Ta'ala.

Di samping memberikan motivasi untuk berdoa,


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam juga memberi teguran
serta peringatan kepada yang malas berdoa. Baginda bersabda,

.‫ب َعلَْي ِه‬


ْ‫ض‬َ ‫اَّللَ يَ ْغ‬
َّ ‫َم ْن ََلْ يَ ْسأ َْل‬
Sesiapa yang tidak pernah berdoa kepada Allah, maka
Allah murka ke atasnya.5

ِ ‫ َوأ َْْبَل الن‬، ‫ُّع ِاء‬


‫َّاس َم ْن َِْب َل‬ ِ ‫أ َْع َج ُز الن‬
َ ‫َّاس َم ْن َع َجَز َع ِن الد‬
ُ
.‫لس ََلِم‬
َّ ‫ِِب‬
Manusia yang paling lemah ialah orang yang malas
daripada berdoa sementara manusia yang paling bakhil ialah

5
Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi Sunannya dan beliau
mendiamkan darjatnya. Ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-
Tirmizi, hadis no.: 3295/3373 (Kitab al-Da‘awat ‘an Rasulullah, Bab berkenaan
keutamaan doa).
14
orang bakhil daripada memberi salam.6

6
Hasan: Dikeluarkan oleh Abd al-Ghani al-Maqdisi dan al-Thabarani,
dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.:
601.
15
Soalan: Siapakah Yang Dimaksudkan Sebagai Orang
Yang Sombong Daripada Berdoa?

Jawapan:

Orang yang sombong daripada berdoa kepada Allah


Subhanahu wa Ta'ala pernah disebut oleh Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam. Baginda bersabda,

‫ب‬ ِ ‫ وقَ َال ربُّ ُكم ادع ِوّن أ‬:)َ‫(ْثَّ قَرأ‬ ِ


ْ ‫َستَج‬
ْ ُ ْ ُ َ َ َ ُ .ُ‫ُّعاءُ ُه َو الْعبَ َادة‬ َ ‫الد‬
ِ ِ ِ ِ ِ َّ ِ
َ ‫ين يَ ْستَ ْكِبُو َن َع ْن عبَ َادِت َسيَ ْد ُخلُو َن َج َهن ََّم َداخ ِر‬
.‫ين‬ َ ‫لَ ُك ْم إ َّن الذ‬
Doa adalah ibadah. (Kemudian baginda membaca ayat):
Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku
nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.
Sesungguhnya orang-orang yang sombong daripada beribadat
kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
[al-Ghafir 40:60]7

7
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
berkata, “Hadis ini hasan sahih.” Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih
Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3294/3372 (Kitab al-Da‘awat ‘an Rasulullah, Bab
16
Ketika mentafsirkan ayat 60 surah al-Ghafir ini, Ibn Katsir
rahimahullah menerangkan bahawa maksud … Sesungguhnya
orang-orang yang sombong daripada beribadat kepada-Ku…
ialah orang yang sombong daripada berdoa kepada-Ku dan
mentauhidkan Aku (‫دعائ وتوحيدي‬
‫ي‬ ‫ عن‬:‫)أي‬.

Seseorang itu boleh jadi bersikap sombong kerana


menganggap dirinya sudah cukup lagi hebat sehingga tidak perlu
berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Kecukupan dan
kehebatan yang disangkakan itu menyebabkan dia berasa tidak
perlu merendahkan diri kepada Allah dan menadah kedua tangan
berdoa kepada-Nya.

Selain itu terdapat juga sebahagian orang agama yang


merasakan dirinya sudah berada pada tingkatan (maqam) yang
tinggi sehingga tidak perlu merendahkan diri kepada Allah dan
menadah kedua tangan berdoa kepada-Nya. Mereka berkata,
“Allah mengetahui apa keperluan kami dan apa lintasan hati kami,
dan akan memberikannya tanpa perlu kami meminta-minta.

berkenaan keutamaan doa).


17
Meminta-minta itu hanyalah perbuatan orang pada tingkatan
biasa!”

Orang-orang yang sombong daripada berdoa kepada Allah


diancam oleh ayat al-Qur’an di atas, Sesungguhnya orang-orang
yang sombong daripada beribadat kepada-Ku, akan masuk
neraka Jahannam dalam keadaan hina.

Sesiapa yang sombong daripada berdoa kepada Allah,


moga hadis qudsi berikut dapat membetulkan sikapnya.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, Allah Tabaraka
wa Ta’ala berfirman,

‫ت الظُّْل َم َعلَى نَ ْف ِسي َو َج َعْلتُهُ بَْي نَ ُك ْم ُمََّرًما‬ ِ ِ


ُ ‫ََي عبَادي إِِِّن َحَّرْم‬
.‫فَ ََل تَظَالَ ُموا‬
Wahai hamba-Ku, Sesungguhnya Aku mengharamkan
kezaliman ke atas diri-Ku dan Aku menjadikannya haram di
kalangan kalian, maka janganlah berbuat zalim.

.‫استَ ْه ُد ِوّن أ َْه ِد ُك ْم‬


ْ َ‫ال إََِّل َم ْن َه َديْتُهُ ف‬
ٌّ ‫ض‬ ِ ِ
َ ‫ََي عبَادي ُكلُّ ُك ْم‬
Wahai hamba-Ku, setiap kalian berada dalam kesesatan
18
kecuali sesiapa yang Aku berikan hidayah kepadanya. Maka
mintalah (daripada) Aku hidayah, nescaya Aku hidayahkan
kalian.

.‫استَطْعِ ُم ِوّن أُطْعِ ْم ُك ْم‬ ِ ِ ِ


ْ َ‫ََي عبَادي ُكلُّ ُك ْم َجائ ٌع إََِّل َم ْن أَطْ َع ْمتُهُ ف‬
Wahai hamba-Ku, setiap kalian lapar kecuali sesiapa
yang Aku berikan makanan. Maka mintalah (daripada) Aku
makanan, nescaya Aku berikan kalian makanan.

ِ ِ
ْ َ‫ََي عبَادي ُكلُّ ُك ْم َعا ٍر إََِّل َم ْن َك َس ْوتُهُ ف‬
.‫استَ ْك ُس ِوّن أَ ْك ُس ُك ْم‬
Wahai hamba-Ku, setiap kalian dalam keadaan
telanjang kecuali sesiapa yang Aku berikan pakaian. Maka
mintalah (daripada) Aku pakaian, nescaya Aku berikan kalian
pakaian.

َِ ‫الذنُوب‬ ِ ِ ِ ِ
‫َج ًيعا‬ َ ‫ََي عبَادي إِنَّ ُك ْم ُُتْطئُو َن ِِبللَّْي ِل َوالن‬
َ ُّ ‫َّها ِر َوأ َََن أَ ْغف ُر‬
.‫استَ غْ ِف ُر ِوّن أَ ْغ ِف ْر لَ ُك ْم‬
ْ َ‫ف‬
Wahai hamba-Ku, sesungguhnya kalian sentiasa
berbuat salah (dosa) pada waktu malam dan siang sementara
Aku mengampunkan dosa kalian semuanya. Maka mintalah
19
(daripada) Aku keampunan, nescaya Aku ampunkan kalian.

‫ضُّر ِوّن َولَ ْن تَْب لُغُوا نَ ْفعِي‬ ِ ِ


َ ‫ََي عبَادي إِنَّ ُك ْم لَ ْن تَْب لُغُوا‬
ُ َ‫ضِِري فَت‬
.‫فَتَ ْن َفعُ ِوّن‬
Wahai hamba-Ku, sesungguhnya kalian tidak sekali-kali
akan dapat mengenakan mudarat ke atas-Ku dan kalian tidak
sekali-kali akan dapat memberi manfaat kepada-Ku.

‫آخَرُك ْم َوإِنْ َس ُك ْم َوِجنَّ ُك ْم َكانُوا َعلَى أَتْ َقى‬


ِ ‫َن أ ََّولَ ُكم و‬
َ ْ َّ ‫ََي عبَادي لَ ْو أ‬
ِ ِ
.‫ك ِِف ُم ْل ِكي َشْي ئًا‬ ِ ٍ ِ ‫ب رج ٍل و‬
َ ‫احد ِمْن ُك ْم َما َز َاد َذل‬ ِ
َ ُ َ ‫قَ ْل‬
Wahai hamba-Ku, seandainya kalian daripada yang
paling awal sehinggalah yang paling akhir, baik daripada
kalangan manusia mahupun jin, semuanya pada tahap
ketaqwaan orang yang paling bertaqwa di kalangan kalian,
tidaklah yang sedemikian itu menambah kerajaan-Ku walau
sedikit jua.

‫آخَرُك ْم َوإِنْ َس ُك ْم َوِجنَّ ُك ْم َكانُوا َعلَى أَفْ َج ِر‬


ِ ‫َن أ ََّولَ ُكم و‬ ِ ِ
َ ْ َّ ‫ََي عبَادي لَ ْو أ‬
.‫ك ِم ْن ُملْ ِكي َشْي ئًا‬ ِ ‫اح ٍد ما نَ َق‬ ِ ِ ْ‫قَل‬
َ ‫ص ذَل‬ َ َ ‫ب َر ُج ٍل َو‬
20
Wahai hamba-Ku, seandainya kalian daripada yang
paling awal sehinggalah yang paling akhir, baik daripada
kalangan manusia mahupun jin, semuanya pada tahap
kejahatan orang yang paling jahat di kalangan kalian, tidaklah
yang sedemikian itu mengurangi kerajaan-Ku walau sedikit jua.

ٍ ِ‫آخرُكم وإِنْس ُكم وِجنَّ ُكم قَاموا ِِف صع‬


‫يد‬ ِ َّ ‫ََي ِعبَ ِادي لَ ْو أ‬
َ ُ ْ َ ْ َ َ ْ َ ‫َن أ ََّولَ ُك ْم َو‬
‫ك ِِمَّا ِعْن ِدي إََِّل‬ ِ ‫ان مسأَلَته ما نَ َق‬
َ ‫ص ذَل‬
َ
ٍ
َ ُ َ ْ َ ‫ت ُك َّل إِنْ َس‬
ٍِ
ُ ‫َواحد فَ َسأَلُ ِوّن فَأ َْعطَْي‬
.‫ط إِ َذا أ ُْد ِخ َل الْبَ ْحَر‬
ُ َ‫ص الْ ِم ْخي‬ُ ‫َك َما يَْن ُق‬
Wahai hamba-Ku, seandainya kalian daripada yang
paling awal sehinggalah yang paling akhir, baik daripada
kalangan manusia mahupun jin, semuanya berdiri di atas satu
dataran lalu berdoa meminta daripada-Ku dan Aku memberikan
kepada setiap manusia apa yang mereka minta, nescaya yang
sedemikian itu tidak mengurangi apa yang ada di sisi-Ku
melainkan seperti jarum yang apabila dimasukkan ke dalam
lautan (lalu dikeluarkan).

‫ص َيها لَ ُك ْم ُْثَّ أ َُوفِِي ُك ْم إِ ََّي َها فَ َم ْن‬


ِ ‫َي ِعب ِادي إََِّّنَا ِهي أ َْعمالُ ُكم أُح‬
ْ ْ َ َ َ َ
21
.ُ‫وم َّن إََِّل نَ ْف َسه‬ ِ
َ ُ‫ك فَ ََل يَل‬
َ ‫اَّللَ َوَم ْن َو َج َد َغ ْْيَ َذل‬
َّ ‫َو َج َد َخ ْ ًْيا فَلْيَ ْح َم ْد‬
Wahai hamba-Ku, sesungguhnya amalan kalian Aku
hitung tidak lain untuk kalian jua, kemudian Aku berikan
balasannya kepada kalian. Sesiapa yang mendapat kebaikan,
maka hendaklah dia memuji Allah sementara sesiapa yang
mendapat selain itu maka janganlah dia menyalahkan sesiapa
kecuali dirinya.8

8
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
4674/2577 (Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab haramnya kezaliman).
22
Soalan: Apakah Orang Yang Berdosa Layak Berdoa?
Saya Telah Banyak Melakukan Dosa Sehingga Rasa
Tidak Layak Berdoa Terus Kepada Allah.

Jawapan:

Apapun sejarah seseorang itu, janganlah dia berputus asa


daripada Rahmat Allah. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

‫َسَرفُوا َعلَى أَنْ ُف ِس ِه ْم ََل تَ ْقنَطُوا ِم ْن َر ْْحَِة‬ ِ َّ ‫قُل َي ِعب ِاد‬


ْ ‫ين أ‬
َ ‫ي ال ذ‬
َ َ َْ
ِ َّ ‫َجيعا إِنَّه هو الْ َغ ُفور‬ ِ ُ‫الذن‬ ِ َّ ‫اَّلل إِ َّن‬
َِّ
.‫يم‬
ُ ‫الرح‬ ُ َ ُ ُ ً َ ‫وب‬ َ ُّ ‫اَّللَ يَ ْغف ُر‬
Katakanlah: “Wahai hamba-hamba-Ku yang telah
melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan
perbuatan-perbuatan dosa besar), janganlah kamu berputus
asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah
mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [al-Zumar 39:53]

Berdoa kepada Allah dan mengharapkan doa itu


dimakbulkan oleh Allah termasuk dalam pengertian

23
mengharapkan Rahmat Allah. Maka jangan berputus asa atau
ragu-ragu kepada Rahmat Allah. Sehubungan dengan ini,
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda, bahawa
Allah Tabara waTa’ala berfirman,

‫ك َعلَى َما َكا َن‬


َ َ‫ت ل‬ َ َّ‫آد َم إِن‬
ُ ‫ك َما َد َع ْوتَِّن َوَر َج ْوتَِّن َغ َف ْر‬ َ ‫ََي ابْ َن‬
.‫يك َوََل أ َُِبِل‬ِ
َ ‫ف‬
Wahai anak Adam, sesungguhnya tidaklah engkau
berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku melainkan Aku
ampuni dosa yang ada padamu dan Aku tidak peduli.

ِ َّ ‫َي ابن آدم لَو ب لَغت ذُنُوبك عنا َن‬


ُ ‫استَ ْغ َف ْرتَِّن َغ َف ْر‬
‫ت‬ ْ َّ‫الس َماء ُْث‬ ََ َ ُ ْ َ َ ْ َ َ َ ْ َ
.‫ك َوََل أ َُِبِل‬
َ َ‫ل‬
Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu telah
mencapai setinggi langit kemudian engkau meminta ampun
kepada-Ku nescaya aku akan mengampunimu, dan Aku tidak
peduli.

‫ض َخطَ َاَي ُْثَّ لَِقيتَ ِّن ََل‬ ِ ‫ك لَو أَتَْي تَ ِّن بُِقر‬
ِ ‫اب ْاْل َْر‬َ
ِ َ ‫َي ابْن‬
ْ َ َّ‫آد َم إن‬ َ َ
24
.‫ك بُِقَر ِاِبَا َم ْغ ِفَرًة‬
َ ُ‫تُ ْش ِرُك ِِب َشْي ئًا َْلَتَْي ت‬
Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepada-
Ku dengan membawa kesalahan sepenuh bumi kemudian
engkau menemui-Ku (pada Akhirat kelak) dengan tidak
menyekutukan sesuatu dengan-Ku nescaya aku akan datang
kepadamu dengan ampunan sepenuh bumi. 9

Oleh itu sekalipun anda telah banyak melakukan


kesalahan sebelum ini, janganlah berputus asa atau ragu-ragu
untuk berdoa terus kepada Allah. Mintalah apa saja yang diingini.
Namun tentu saja antara yang pertama lagi utama diminta ialah
agar Allah mengampunkan dosa-dosa anda dan memberi
kekuatan kepada anda bagi menjauhi perbuatan-perbuatan salah
itu ke arah amal-amal yang soleh.

Jika dihayati ayat al-Qur’an dan hadis qudsi di atas, dapat

9
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
berkata, “Hadis ini hasan gharib.” Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih
Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3463/3450 (Kitab al-Da‘awat ‘an Rasulullah, Bab
berkenaan keutamaan taubat, istighfar dan apa yang disebut tentang rahmat
Allah kepada hamba-Nya).
25
ditangkap bahawa anda boleh lagi layak berdoa terus kepada
Allah. Bahkan jika dosa setinggi langit, anda layak berdoa terus
kepada Allah bagi meminta keampunan-Nya.

Sebahagian aliran tasawuf ada yang mengajar kononnya


orang ramai tidak layak berdoa secara terus kepada Allah
disebabkan dosa yang banyak. Mereka mengajar orang awam
bahawa apabila ingin berdoa, hendaklah bertawassul – yakni
menjadikan orang tengah – syaikh atau tuan guru aliran tasawuf
tersebut. Kononnya tidak boleh berdoa semisal “Ya Allah,
bantulah aku dalam masalah ini…” tetapi hendaklah berdoa “Ya
Allah, dengan kemuliaan Syaikh Hisham, bantulah aku dalam
masalah ini…”

Cara berdoa seperti itu, yakni kerana merasakan diri


sendiri tidak layak berdoa secara terus, adalah tidak perlu. Dalam
Islam, semua orang tanpa mengira latar belakangnya boleh dan
layak berdoa terus kepada Allah tanpa orang tengah.

26
Soalan: Apakah Kesan Apabila Dikatakan Doa
Adalah Ibadah?

Jawapan:

Ya, doa adalah ibadah sebagaimana sabda Rasulullah


shallallahu 'alaihi wasallam,

.ُ‫ُّعاءُ ُه َو الْعِبَ َادة‬


َ ‫الد‬
Doa adalah ibadah.10

Bahkah ia merupakan ibadah yang paling mulia di sisi Allah


Subhanahu wa Ta'ala,

.‫ُّع ِاء‬ ِ َِّ ‫لَيس شيء أَ ْكرم علَى‬


َ ‫اَّلل تَ َع َاَل م ْن الد‬ َ ََ ٌ ْ َ َ ْ
Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah Ta‘ala
berbanding doa.11

10
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
berkata, “Hadis ini hasan sahih.” Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih
Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3294/3372 (Kitab al-Da‘awat ‘an Rasulullah, Bab
berkenaan keutamaan doa).
11
Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
27
Doa menjadi ibadah yang paling mulia kerana ketika
berdoa, seorang hamba itu berusaha menghadirkan hati,
menumpukan fokus, merendahkan diri, merasakan kedekatan,
berasa cemas lagi takut namun tetap berharap lagi yakin kepada
Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Doa sebagai ibadah memiliki beberapa kesan, seperti


mana juga ibadah solat, puasa dan haji, iaitu:

• Ikhlas.
• Membuat persiapan sebelum berdoa.
• Menepati syarat-syarat.
• Tidak membuat bid’ah, yakni ubah suai atau rekaan
yang baru.

Perkara-perkara ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut


dalam soalan-soalan yang akan datang, insyaAllah.

berkata, “Hadis ini hasan sahih gharib.” Ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam
Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3292/3370 (Kitab al-Da‘awat ‘an
Rasulullah, Bab berkenaan keutamaan doa).
28
Soalan: Apakah Maksud Dan Dalil Ikhlas Dalam
Berdoa?

Jawapan:

Ikhlas bermaksud melakukan sesuatu ibadah – seperti


berdoa – kepada Allah semata-mata tanpa apa-apa pengaruh
daripada makhluk, baik positif mahupun negatif. Contoh
pengaruh positif adalah seseorang berdoa kerana mengharapkan
pujian dan sanjungan daripada orang lain. Contoh pengaruh
negatif adalah seseorang itu berdoa selepas solat kerana bimbang
“Apa pula kata orang jika aku tidak berdoa selepas solat!”

Dalil ikhlas dalam berdoa adalah firman Allah Subhanahu


wa Ta'ala,

.‫ين َولَ ْو َك ِرَه الْ َكافُِرو َن‬ ِ


َ ‫ي لَهُ ال ِد‬
ِ ِ َّ ‫فَ ْادعوا‬
َ ‫اَّللَ ُمُْلص‬ ُ
Maka berdoalah kepada Allah dengan ikhlas beragama
kepada-Nya, meskipun ia dibenci oleh orang-orang kafir. [al-
Mu’min 40:14]

Maksudnya berdoalah kepada Allah secara ikhlas kerana


29
doa itu termasuk dalam ajaran agama Islam yang diredai Allah.
Usah terpengaruh dengan sikap orang-orang kafir yang akan
menunjukkan kebencian mereka apabila melihat anda berdoa.

Dalam sebuah ayat lain Allah Subhanahu wa Ta'ala


berfirman,

‫ك‬ِ ‫هو الَّ ِذي يسِْيُكم ِِف الْ ِِب والْبح ِر ح ََّّت إِذَا ُكْن تُم ِِف الْ ُفْل‬
ْ َ ْ َ َ َِ ْ ُِ َ ُ َُ
ِ ‫يح طَيِب ٍة وفَ ِرحوا ِِبا جاء ْْتَا ِريح ع‬ ِِ
‫ف َو َجاءَ ُه ُم الْ َم ْو ُج‬
ٌ ‫اص‬ َ ٌ َ َ َ ُ َ َِ ٍ ‫َو َجَريْ َن ِب ْم بِ ِر‬
‫ين لَئِ ْن‬ ِ ِ ِ َّ ‫ان وظَنُّوا أَ ََّّنُم أ ُِحي َط ِبِِم دعوا‬ ٍ ِ
َ ‫ي لَهُ ال ِد‬ َ ‫اَّللَ ُمُْلص‬ َُ َ ْ ْ َ ‫م ْن ُك ِِل َم َك‬
ِ ِ ِِ ِ
َ ‫أ َْْنَْي تَ نَا م ْن َهذه لَنَ ُكونَ َّن م َن الشَّاك ِر‬
.‫ين‬
Dialah yang menjalankan kamu di darat dan di laut
(dengan diberi kemudahan menggunakan berbagai jenis
kenderaan); sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera
dan bahtera itu pula bergerak laju membawa penumpang-
penumpangnya dengan tiupan angin yang baik dan mereka pun
bersukacita dengannya; tiba-tiba datanglah kepadanya angin
ribut yang kencang dan mereka pula didatangi ombak yang
menimpa dari segala penjuru, serta mereka percaya bahawa

30
mereka diliputi oleh bahaya;

Pada saat itu mereka semua berdoa kepada Allah


dengan ikhlas beragama kepada-Nya (sambil merayu dengan
berkata): Demi sesungguhnya! Jika Engkau (Ya Allah)
selamatkan kami daripada bahaya ini, nescaya kami menjadi
orang-orang yang bersyukur. [Yunus 10:22]

31
Soalan: Apakah Contoh Orang Yang Tidak Ikhlas
Berdoa?

Jawapan:

Ikhlas adalah gerak hati seseorang dan kita tidak boleh


menilainya berdasarkan gerakan fizikal. Namun sering kali apa
yang tergerak di hati akan tergerak juga di fizikal.

Justeru keikhlasan seseorang boleh menimbulkan


keraguan apabila dia berdoa bagi mendapatkan sambutan hadirin
di konsert-konsert selawat, acara TV reality show dan nyanyian-
nyanyian nasyid seperti mana yang banyak berlaku akhir-akhir ini.
Padahal doa adalah interaksi, rayuan, keluhan dan permintaan
peribadi antara seorang hamba dan Allah ‘Azza wa Jalla yang
dilakukan secara perlahan lagi tersembunyi. Firman Allah,

.ً‫ضُّر ًعا َو ُخ ْفيَة‬


َ َ‫ْادعُوا َربَّ ُك ْم ت‬
Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri
dan secara perlahan lagi tersembunyi. [al-A’raaf 7:55]

Keikhlasan seseorang juga boleh menimbulkan keraguan


32
apabila dia menggayakan atau memperagakan aksi-aksi menadah
kedua tangan berdoa di hadapan kamera atau para hadirin.
Padahal berdoa menadah kedua tangan adalah sesuatu yang
dipandang besar oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana
sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,

‫الر ُج ُل إِلَْي ِه يَ َديْ ِه أَ ْن يَ ُرَّد ُُهَا‬


َّ ‫اَّللَ َحيِ ٌّي َك ِرميٌ يَ ْستَ ْحيِي إِ َذا َرفَ َع‬
َّ ‫إِ َّن‬
.‫ي‬ ِ ْ َ‫ِص ْفرا َخائِبَ ت‬
ً
Sesungguhnya Allah Maha Pemalu dan Maha Mulia.
Allah malu apabila seseorang itu menadah kedua tangannya
berdoa kepada-Nya lalu menurunkan kedua tangannya dalam
keadaan kosong lagi tidak diperkenankan.12

Di luar sana mungkin ada lagi beberapa contoh. Apa yang


penting, kita berusaha mengikhlaskan doa kepada Allah dan
menjauhi aksi-aksi atau acara-acara di mana keikhlasan orang
yang berdoa boleh menimbulkan keraguan. Ingat! Keikhlasan

12
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
berkata, “Hadis ini hasan sahih gharib.” Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam
Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3479/3556 (Kitab al-Da‘awat ‘an
Rasulullah, Bab berkenaan doa Nabi).
33
dalam berdoa bukanlah satu pilihan atau anjuran, tetapi perintah
Allah Subhanahu wa Ta'ala berdasarkan firman-Nya,

... ‫ين‬ ِِ ‫صي لَه ال‬


‫د‬ ِ ِ‫اَّلل ُمُْل‬
َ ُ َ ََّ ‫فَ ْادعُوا‬
Maka berdoalah kepada Allah dengan ikhlas beragama
kepada-Nya… [al-Mu’min 40:14]

34
Soalan: Apakah Persiapan Sebelum Berdoa?

Jawapan:

Semua Muslim boleh berdoa kepada Allah tanpa


memerlukan persiapan khusus sebelum berdoa. Namun ada
beberapa amalan yang jika ia dilakukan secara lazim sehingga
menjadi kebiasaan seseorang, akan meningkatkan kadar
kemakbulan doanya. Amalan-amalan ini dijelaskan sendiri oleh
Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam sebagai berikut:

Pertama: Menjauhi Apa jua Yang Tidak Halal

Apabila disebut menjauhi apa jua yang tidak halal, ramai


yang faham ia bermaksud menjauhi makanan yang tidak halal
sembelihannya. Ini kefahaman yang bagus namun hendaklah
tuntutan halal dalam Islam tidak dibataskan kepada aspek
sembelihan sahaja. Sebaliknya hendaklah diluaskan kepada
sumber perolehan juga, seperti dari manakah sumber wang

35
ringgit yang digunakan bagi membeli makanan, minuman dan
pakaian. Apakah ia pendapatan yang halal lagi bersih, atau
berlaku kesamaran, penipuan dan penindasan?

Halal dan haram sangat memberi pengaruh kepada kadar


kemakbulan doa berdasarkan hadis berikut daripada Abu
Hurairah radhiallahu 'anh13 bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda,

‫ي‬ ِِ َّ ‫ب ََل يَ ْقبَ ُل إََِّل طَيِِبًا َوإِ َّن‬ ِ َّ ‫أَيُّ َها النَّاس إِ َّن‬
َ ‫اَّللَ أ ََمَر الْ ُم ْؤمن‬ ٌ ِ‫اَّللَ طَي‬ ُ
ِ ‫الرسل ُكلُوا ِمن الطَّيِب‬
‫ات َو ْاع َملُوا‬ ُّ ‫ا‬‫ه‬ ‫َي‬
ُّ ‫أ‬ ‫َي‬ (( ‫ال‬
َ ‫ق‬
َ ‫ف‬
َ ‫ي‬ ِ‫ِِبا أَمر بِِه الْمرسل‬
َِ ْ ُ ُ َ َ َ َ ُْ ََ َ
‫ين َآمنُوا ُكلُوا ِم ْن‬ ِ َّ ِ ِ ِ ِ
َ ‫ َوقَ َال (( ََي أَيُّ َها الذ‬.)) ‫يم‬ ٌ ‫صاِلًا إِِّن ِبَا تَ ْع َملُو َن َعل‬
َ

13
Bermaksud “Allah reda ke atasnya”. Ini berdasarkan firman Allah
Subhanahu wa Ta'ala,
ٍ ‫اج ِرين و ْاْلَنْصا ِر والَّ ِذين اتَّب عوهم ِبِِحس‬
َّ ‫ان َر ِض َي‬ ِ ِ ِ َّ ‫و‬
ُ‫اَّلل‬ َ ْ ْ ُ ُ َ َ َ َ َ َ ‫الساب ُقو َن ْاْل ََّولُو َن م َن الْ ُم َه‬ َ
.ُ‫ضوا َعْنه‬ُ ‫َعْن ُه ْم َوَر‬
Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam)
di kalangan orang-orang Muhajirin dan Anshar, dan orang-orang yang
mengikuti mereka dengan baik, Allah reda kepada mereka dan mereka pun
reda kepada Allah. [al-Taubah 9:100]
36
ِ ‫طَيِب‬
.)) ‫ات َما َرَزقْ نَا ُك ْم‬َِ
Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Allah itu baik.
Dia tidak akan menerima sesuatu melainkan yang baik pula.
Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-
orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para
Rasul. Firman-Nya, “Wahai para Rasul! Makanlah makanan
yang baik-baik dan kerjakanlah amal shalih. Sesungguhnya Aku
Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” Dan firman-Nya,
“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah makanan yang
baik-baik daripada apa yang kami rezekikan kepada kalian.”

‫الس َم ِاء‬
َّ ‫ث أَ ْغ ََِب ََيُُّد يَ َديِْه إِ ََل‬
َ ‫الس َفَر أَ ْش َع‬
َّ ‫يل‬ ِ
ُ ‫الر ُج َل يُط‬
َّ ‫ُْثَّ ذَ َكَر‬
‫ب! َوَمطْ َع ُمهُ َحَر ٌام َوَم ْشَربُهُ َحَر ٌام َوَمْلبَ ُسهُ َحَر ٌام َوغُ ِذ َي‬ِِ ‫ب! ََي َر‬ ِِ ‫ََي َر‬
ِ ِ ‫ََّن يستج‬ ِ
‫ك؟‬ ُ َ َ ْ ُ َّ ‫ِِب ِْلََرام فَأ‬
َ ‫اب ل َذل‬
(Abu Hurairah melanjutkan) Kemudian (Rasulullah)
menyebut tentang seorang yang jauh perjalanan sehingga
rambutnya kusut lagi berdebu. Orang itu mengangkat kedua
tangannya ke langit seraya berdoa: “Wahai Tuhanku! Wahai

37
Tuhanku!” Padahal makanannya haram, minumannya haram,
pakaiannya haram dan daging tubuhnya tumbuh daripada yang
haram. Justeru bagaimana mungkin dia mengharapkan doanya
dimakbulkan?14

Dalam hadis di atas, Rasulullah menerangkan tentang


seorang yang bermusafir jauh, namun doanya tidak dimakbulkan.
Padahal musafir merupakan salah satu suasana di mana doa akan
dimakbulkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala berdasarkan hadis
berikut,

‫ك فِي ِه َّن َد ْع َوةُ الْ َمظْلُ ِوم‬


َّ ‫ت ََل َش‬ ٍ
ٌ ‫ث َد َع َوات ُم ْستَ َج َاِب‬ ُ ‫ثَََل‬
.‫َوَد ْع َوةُ الْ ُم َسافِ ِر َوَد ْع َوةُ الْ َوالِ ِد َعلَى َولَ ِد ِه‬
Tiga suasana di mana doa adalah mustajab tanpa
keraguan padanya, (1) doa orang yang dizalimi, (2) doa orang
yang bermusafir dan (3) doa ibu dan bapa ke atas anaknya. 15

14
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
1686/1015 (Kitab al-Zakat, Bab diterimanya sedekah daripada sumber yang
baik…).
15
Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
mendiamkan darjatnya. Ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-
38
Perhatikan juga bahawa orang yang berdoa itu rambutnya
kusut sementara orang seperti ini pernah disebut oleh Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam sebagai,

َِّ ‫اب لَو أَقْسم علَى‬


.ُ‫اَّلل َْلَبََّره‬ َ َ َ ْ ِ ‫وع ِِبْْلَبْ َو‬ َ ‫ب أَ ْش َع‬
ٍ ُ‫ث َم ْدف‬ َّ ‫ُر‬
Betapa ramai orang yang rambutnya kusut sehingga
dihalau dari pintu-pintu (kerana di pandang hina oleh
masyarakat) padahal jika dia bersumpah (atau berdoa), pasti
Allah akan memenuhinya.16

Orang itu juga telah mengangkat kedua tangannya berdoa


kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, satu perbuatan yang disebut
oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai,

‫الر ُج ُل إِلَْي ِه يَ َديْ ِه أَ ْن يَ ُرَّد ُُهَا‬


َّ ‫اَّللَ َحيِ ٌّي َك ِرميٌ يَ ْستَ ْحيِي إِ َذا َرفَ َع‬
َّ ‫إِ َّن‬

Tirmizi, hadis no.: 1828/1905 (Kitab al-Birr wa al-Silah ‘an Rasulullah, Bab
berkenaan panggilan ibu dan bapa). Hadis ini dinilai hasan li ghairihi oleh
Syu’aib al-Arna’uth dan ‘Abd al-Latheif Harzallah dalam semakan mereka ke
atas al-Jami’ al-Kabir (nama lain bagi Sunan al-Tirmizi), hadis no.: 2107.
16
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
4754/2622 (Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab keutamaan orang
lemah).
39
ِ ْ َ‫ِص ْفرا َخائِبَ ت‬
.‫ي‬ ً
Sesungguhnya Allah Maha Pemalu dan Maha Mulia.
Allah malu apabila seseorang itu menadah kedua tangannya
berdoa kepada-Nya lalu menurunkan kedua tangannya dalam
keadaan kosong lagi tidak diperkenankan.17

Orang itu juga kelihatan bersungguh-sungguh dalam


berdoa apabila dia menyeru “Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!”
sementara kesungguhan seperti ini amatlah penting dalam
berdoa. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar kita,

ِ ِ ِ
َ ‫ت ْار َْحْ ِّن إِ ْن شْئ‬
‫ت‬ َ ‫َح ُد ُك ْم اللَّ ُه َّم ا ْغف ْر ِل إِ ْن شْئ‬ َ ‫ََل يَ ُق ْل أ‬
.ُ‫ت َوليَ ْع ِزْم َم ْسأَلَتَهُ إِنَّهُ يَ ْف َع ُل َما يَ َشاءُ ََل ُم ْك ِرهُ لَه‬ ِ
َ ‫ْارُزقْ ِّن إِ ْن شْئ‬
Janganlah salah seorang kalian berdoa dengan berkata,
“Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau mahu, rahmatilah aku jika
Engkau mahu, rezekikanlah aku jika Engkau mahu”, sebaliknya

17
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
berkata, “Hadis ini hasan sahih gharib.” Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam
Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3479/3556 (Kitab al-Da‘awat ‘an
Rasulullah, Bab berkenaan doa Nabi).
40
hendaklah dia bersungguh-sungguh meminta doanya.
Sesungguhnya Allah melakukan apa yang Dia kehendaki, tidak
ada paksaan bagi-Nya.18

Orang itu juga seperti dalam kesulitan dan kesusahan, dua


keadaan yang jika seseorang itu berdoa kepada Allah, nescaya
Allah akan menghilangkannya. Firman Allah 'Azza wa Jalla,

ِ ِ
‫اء‬
َ ‫السوءَ َوَُْي َعلُ ُك ْم ُخلَ َف‬
ُّ ‫ف‬ُ ‫ضطََّر إِ َذا َد َعاهُ َويَ ْكش‬ْ ‫يب الْ ُم‬ُ ‫أ ََّم ْن ُُي‬
.‫اَّلل قَلِ ًيَل َما تَ َذ َّك ُرو َن‬
َِّ ‫ض أَإِلَه مع‬
َ َ ٌ ِ ‫ْاْل َْر‬
Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang
dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan yang
menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu
(manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah
ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati (Nya).
[al-Naml 27:62]

Maka kenapakah doa itu tidak dimakbulkan? Sebabnya,

18
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
6923/7477 (Kitab al-Tauhid, Bab kehendak dan keinginan).
41
makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram
dan daging tubuhnya tumbuh daripada yang haram.

Pada zaman kini, halal dan haram tidak terhad kepada


makanan, minuman dan pakaian. Ia turut meliputi pelbagai lain
seperti barangan berjenama mahal yang tiruan, program cetak
rompak yang digunakan dalam komputer, tayangan filem (movie)
DVD dan Blu-Ray disc yang cetak rompak dan lagu-lagu MP3 yang
didengar atau dimuat turun ke dalam telefon tanpa lesen. Ini
kerana benda-benda tiruan dan cetak rompak itu merupakan
penipuan dan perampasan hakcipta (copyright infringement)
yang haram hukumnya dalam Islam.

Oleh itu bagi meningkatkan kadar kemakbulan doa,


hendaklah dibersihkan dan dijauhkan apa jua yang tidak halal
atau yang diragui kehalalannya, dalam semua aspek kehidupan.

Kedua: Memberi Nasihat Dan Teguran

Agar doa lebih tinggi harapan dimakbulkan, hendaklah


membiasakan diri memberi nasihat ke arah kebaikan dan
42
menegur daripada kejahatan orang-orang di sekeliling. Ini disebut
sebagai amar ma’aruf (menganjur yang baik) dan nahi mungkar
(melarang yang mungkar). Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
pernah bersabda,

ِ ‫والَّ ِذي نَ ْف ِسي بِي ِد ِه لَتأْمر َّن ِِبلْمعر‬


‫وف َولَتَ ْن َه ُو َّن َع ْن الْ ُمْن َك ِر أ َْو‬ُْ َ ُُ َ َ َ
‫اب‬ ِ ِ َ ‫اَّللُ أَ ْن يَْب َع‬ ِ ‫لَي‬
ُ ‫ث َعلَْي ُك ْم ع َق ًاِب مْنهُ ُْثَّ تَ ْدعُونَهُ فََلَ يُ ْستَ َج‬ َّ ‫وش َك َّن‬ ُ
.‫لَ ُك ْم‬
Demi diriku yang berada di Tangan-Nya, hendaklah
kalian menganjurkan kebaikan dan melarang kemungkaran,
atau nyaris Allah akan mengirimkan azab-Nya ke atas kalian.
Kemudian kalian berdoa (agar dihindarkan dari azab itu) akan
tetapi ia tidak dimakbulkan kepada kalian.19

Apabila orang-orang yang baik mengabaikan usaha


memberi nasihat dan teguran, Allah Subhanahu wa Ta'ala akan

19
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata, “Hadis ini
hasan.” Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis
no.: 2095/2169 (Kitab al-Fitan ‘an Rasulullah, Bab berkenaan amar ma’ruf dan
nahi mungkar).
43
menurunkan azabnya yang bukan sahaja menimpa orang-orang
yang berbuat kemungkaran tetapi turut meliputi mereka (orang-
orang yang baik). Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
mengingatkan,

ِ
َ ‫َّاس إِذَا َرأ َْوا الظَّاَلَ فَلَ ْم ََيْ ُخ ُذوا َعلَى يَ َديِْه أ َْو َش‬
‫ك أَ ْن‬ َ ‫إ َّن الن‬
ِ
.ُ‫اب ِمْنه‬
ٍ ‫اَّلل بِعِ َق‬
َُّ ‫يَعُ َّم ُه ْم‬
Sesungguhnya apabila manusia melihat kezaliman lalu
mereka tidak mencegahnya, dikhuatiri, Allah akan meratakan
azab-Nya ke atas mereka semua (kerana membiarkan)
kezaliman tersebut.20

Azab Allah tidak terhad kepada gempa bumi dan tsunami,


tetapi dalam pelbagai rupa dan bentuk. Ia boleh datang sebagai
keadaan ekonomi negara yang semakin merudum sementara
harga barang asasi semakin naik. Ketika itu apabila seseorang
berdoa agar Allah melapangkan rezekinya, Allah tidak

20
Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Tirmizi
dan beliau berkata, “Hadis ini sahih.” Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam
Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 2094/2168 (Kitab al-Fitan ‘an Rasulullah,
Bab berkenaan diturunkan azab apabila tidak diubah kemungkaran).
44
memakbulkan doanya. Azab juga boleh dalam rupa suasana
rumahtangga yang tidak harmoni sehingga ke ambang
perceraian, lalu apabila berdoa agar Allah melimpahkan sakinah
(ketenangan), mawaddah (saling menyayangi) dan rahmah
(rahmat), Allah tidak memakbulkan doanya.

Sebelum memberi nasihat dan teguran, hendak seseorang


itu melengkapkan dirinya dengan ilmu agama yang sahih. Ini
kerana ada sebahagian yang mahu melakukan nasihat dan
teguran, tetapi mereka menasihati yang salah dan menegur yang
betul. Contohnya ada yang mahu memberi nasihat dan teguran
dengan memanjangkan (forward) pesanan-pesanan agama yang
diperolehinya dari media sosial. Namun apa yang sebenarnya
dipanjangkan adalah hadis-hadis palsu, kisah-kisah dongeng,
petua-petua khurafat dan hukam-hakam yang hanya
memberatkan umat.

Ketiga: Memperkemaskan Ibadah

Maksud memperkemaskan ibadah ialah memperbaiki

45
kualiti dan kuantiti ibadah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Inilah maksud yang dapat ditangkap daripada ayat surah al-
Fatihah yang lazim kita baca,

ِ
ُ ‫إِ ََّي َك نَ ْعبُ ُد َوإِ ََّي َك نَ ْستَع‬
.‫ي‬
Kepada Engkau sahajalah aku beribadah dan kepada
Engkau sahajalah aku meminta pertolongan.

Jika diperhatikan tertib ayat di atas, ibadah mendahului


meminta pertolongan, yakni berdoa. Lebih tinggi kualiti dan
kuantiti ibadah seseorang, lebih tinggi kadar kemakbulan doanya
di sisi Allah Subhanahu wa Ta'ala. Pengaruh ibadah kepada kadar
kemakbulan doa dapat juga diperhatikan dalam ayat berikut,

َّ ‫الص ََل ِة إِ َّن‬


‫اَّللَ َم َع‬ َّ ‫استَعِينُوا ِِب‬
َّ ‫لص ِِْب َو‬ ِ َّ
ْ ‫ين َآمنُوا‬
َ ‫ََي أَيُّ َها الذ‬
ِ َّ
.‫ين‬َ ‫الصاب ِر‬
Wahai orang-orang yang beriman, mintalah
pertolongan Allah dengan bersabar dan (mendirikan) solat.
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. [al-

46
Baqarah 2:153]21

21
Firman Allah, Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang
sabar. Kebersamaan Allah (Ma’iyatullah) dengan makhluk-Nya terbahagi
kepada dua jenis.
Pertama: Kebersamaan secara umum yang meliputi semua makhluk,
seperti kebersamaan dari aspek pengawasan-Nya, pengetahuan-Nya,
penglihatan-Nya dan pendengaran-Nya. Contohnya firman Allah Subhanahu
wa Ta'ala,

‫استَ َوى َعلَى الْ َع ْر ِش يَ ْعلَ ُم َما يَلِ ُج‬ ِِ


ْ َّ‫ض ِِف ستَّة أ َََّيٍم ُْث‬
ِ َّ ‫هو الَّ ِذي خلَق‬
َ ‫الس َم َاوات َو ْاْل َْر‬ َ َ َُ
ِ ِ ِ ِ ِ ِ ‫ِِف ْاْل َْر‬
ُ‫اَّلل‬
َّ ‫ج ف َيها َوُه َو َم َع ُك ْم أَيْ َن َما ُكْن تُ ْم َو‬ُ ‫الس َماء َوَما يَ ْعُر‬
َّ ‫ض َوَما ََيُْر ُج مْن َها َوَما يَْنزُل م َن‬
ِ ‫ِِبَا تَعملُو َن ب‬
.‫ص ٌْي‬ َ َْ
Dia-lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,
kemudian Dia bersemayam di atas Arasy; Dia mengetahui apa yang masuk
ke bumi serta apa yang keluar darinya; dan apa yang diturunkan dari langit
serta apa yang naik kepadanya.
Dan Dia tetap bersama kamu di mana sahaja kamu berada, dan
Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. [al-Hadid 57:04]
Kedua: Kebersamaan secara khusus yang ditujukan kepada makhluk-
Nya yang tertentu. Contohnya kebersamaan dari aspek pertolongan kepada
Rasulullah dan Abu Bakar ketika mereka berhijrah dari Mekah ke Madinah
secara rahsia lalu bersembunyi di dalam gua,
ِ ‫ول لِص‬
‫احبِِه‬ ِ ْ َ‫َخر َجهُ الَّ ِذين َك َفروا ََثِّن اثْن‬
َ ُ ‫ي إِ ْذ ُُهَا ِِف الْغَا ِر إِ ْذ يَ ُق‬ َ ُ َ
ِ َّ ُ‫صره‬
َ ْ ‫اَّللُ إ ْذ أ‬ َ َ َ‫فَ َق ْد ن‬...
.‫ود ََلْ تََرْوَها‬ٍ ُ‫اَّلل س ِكينَ ته علَي ِه وأَيَّ َده ِِبن‬ َّ ‫ََل ََْتَز ْن إِ َّن‬
ُ ُ َ ْ َ ُ َ َ َُّ ‫اَّللَ َم َعنَا فَأَنَْزَل‬
…maka demi sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu
ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia
salah seorang dari dua (Rasulullah dan Abu Bakar) semasa mereka
47
Sebahagian umat Islam, ada yang ibadahnya kepada Allah
sekadar yang wajib sahaja, atau dalam ertikata lain dalam kuantiti
yang minima. Selain itu, kualiti ibadah yang wajib itu pula sangat
rendah seperti solat pada akhir waktu, terburu-buru dan pada
kadar kekhusyukan yang amat rendah. Ibadah puasa pula hanya
pada bulan Ramadhan, dengan puasa yang masih dicemari

berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: “Janganlah


engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita.” Maka Allah
menurunkan perasaan tenang tenteram ke atasnya dan menguatkannya
dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. [al-Taubah
9:40]
Contoh lain, kebersamaan dalam aspek memberi hidayah kepada
orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya seperti mana ayat berikut,
ِِ َّ ‫َّه ْم ُسبُلَنَا َوإِ َّن‬ ِ ِ ِ
.‫ي‬
َ ‫اَّللَ لَ َم َع الْ ُم ْحسن‬ ُ ‫اه ُدوا فينَا لَنَ ْهديَن‬ َ ‫َوالَّذ‬
َ ‫ين َج‬
Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh kerana memenuhi
kehendak agama Kami, sungguh Kami akan memberi hidayah ke jalan-jalan
Kami dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berusaha
membaiki amalannya. [al-Ankabut 29:69]
Contoh lain, kebersamaan dalam aspek memberi pertolongan kepada
orang-orang yang sabar, sebagaimana ayat 153 surah al-Baqarah di atas.
Apa yang penting, kebersamaan Allah tidak bererti Allah berada di
mana-mana. Allah di langit, bersemayam di atas Arasy mengikut cara yang
layak baginya. Sila rujuk semula ayat ke empat surah al-Hadid. Apabila Allah
menyebut kebersamaan-Nya, ia merujuk kepada sifat-Nya dan perbuatan-Nya
seperti pengetahuan, penglihatan, pengawasan dan pertolongan.
48
dengan perkataan kotor, dusta dan sia-sia (lagha). Sepanjang
tahun tidak ada ibadah sunat yang dilakukannya kecuali Solat Hari
Raya Aidil Fitri dan Solat Hari Raya Aidil Adha. Orang seperti ini
apabila dia berdoa, apakah kadar kemakbulan doanya?

Bandingkan pula dengan orang yang solatnya selalu di


awal waktu dan berjemaah di masjid. Selain itu dia melengkapi
solat fardhu dengan solat-solat sunat qabliyah dan ba’diyah
ditambah dengan solat sunat pada akhir malam ketika orang
ramai tidur nyenyak. Ibadah puasa pada bulan Ramadhan
ditambah dengan puasa-puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis,
3 hari pada pertengahan bulan (Puasa Ayyamul Bidh) atau selang
sehari (Puasa Nabi Daud). Waktu lapangnya pula diisi dengan
membaca al-Qur’an serta tafsirnya, mempelajari hadis-hadis
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan berzikir dengan zikir-
zikir yang diajar oleh baginda. Orang seperti ini apabila dia
berdoa, apakah kadar kemakbulan doanya?

Ibadah-ibadah sunat memiliki pengaruh yang penting


dalam kadar kemakbulan doa. Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam pernah bersabda, Allah Subhanahu wa Ta'ala
49
berfirman,

ِ ‫من َع َادى ِل ولِيًّا فَ َق ْد آ َذنْتُهُ ِِب ِْلر‬


.‫ب‬ َْ َ َْ
Siapa yang memusuhi wali-Ku, maka Aku umumkan
perang terhadapnya.

.‫ت َعلَْي ِه‬ ِ َ ِ‫ب إ‬ ٍ ِ ِ َ ِ‫وما ت َقَّرب إ‬


ُ‫ض‬ْ ‫ل ِمَّا افْ َََت‬
َّ َّ ‫َح‬
َ ‫ل َعْبدي ب َش ْيء أ‬
َّ َ َ َ َ
Dan tidaklah hamba-Ku menghampirkan diri kepada-Ku
dengan sesuatu yang lebih Aku cintai melainkan apa yang telah
aku fardhukan ke atasnya.

.ُ‫ل ِِبلن ََّوافِ ِل َح ََّّت أ ُِحبَّه‬


ََّ ِ‫ب إ‬ ِ
ُ ‫َوَما يََز ُال َعْبدي يَتَ َقَّر‬
Dan tidaklah hamba-Ku berterusan menghampirkan diri
kepada-Ku melalui ibadah-ibadah sunat melainkan aku akan
mencintainya.

‫ص ُر بِِه‬ِ ‫فَِإ َذا أَحب ب تُه ُكْنت ََسْعه الَّ ِذي يسمع بِِه وبصره الَّ ِذي ي ب‬
ُْ َُ َ َ َ ُ َ ْ َ ُ َ ُ ُ َْ ْ
‫ش ِِبَا َوِر ْجلَهُ الَِِّت َيَْ ِشي ِِبَا َوإِ ْن َسأَلَِّن َْل ُْع ِطيَ نَّهُ َولَئِ ْن‬ ِ
ُ ‫َويَ َدهُ الَِِّت يَْبط‬
ِ ‫استَ عاذَِّن َْل‬
.ُ‫ُعي َذنَّه‬ َ ْ
50
Jika Aku sudah mencintainya, maka Akulah
pendengarannya yang dia jadikan untuk mendengar,
pandangannya yang dia jadikan untuk memandang, tangannya
yang dia jadikan untuk memukul, dan kakinya yang dia jadikan
untuk berjalan. Jika dia meminta daripada-Ku nescaya Aku
berikan dan jika dia meminta perlindungan kepada-Ku nescaya
Aku lindungkan.

ِ َ‫وما تَرَّد ْدت عن َشي ٍء أ َََن ف‬


ِ ‫اعلُهُ تَ َرُّد ِدي َع ْن نَ ْف‬
‫س الْ ُم ْؤِم ِن‬ ْ ْ َ ُ َ ََ
.ُ‫ت َوأ َََن أَ ْكَرهُ َم َساءَتَه‬
َ ‫يَ ْكَرهُ الْ َم ْو‬
Dan tidaklah Aku prihatin terhadap sesuatu yang Aku
sendiri adalah pembuatnya, melainkan keprihatinan-Ku
terhadap jiwa seorang mukmin yang membenci kematian
sementara Aku juga membenci berbuat buruk terhadapnya. 22

Dalam hadis qudsi di atas, Allah menerangkan betapa dia


mencintai ibadah-ibadah wajib dan ia merupakan cara terbaik
bagi seorang hamba mendekatkan diri kepada-Nya. Seterusnya

22
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
6021/6502 (Kitab al-Riqaq, Bab merendah diri).
51
apabila seorang hamba itu melazimi ibadah-ibadah sunat, Allah
akan mencintainya. Apabila Allah sudah mencintai seorang
hamba, Allah akan membimbing pendengaran, penglihatan,
perbuatan dan perjalanannya ke arah kebaikan serta menjauhi
kemungkaran.

Termasuk buah cinta Allah kepada seorang hamba adalah


apabila hamba itu berdoa, Allah akan memakbulkannya.

Termasuk dalam usaha memperkemaskan ibadah kepada


Allah 'Azza wa Jalla adalah menyemak dan memastikan ia bersih
daripada sebarang bentuk bid’ah. Ini kerana bid’ah adalah amalan
yang hanya “nampak baik” di sisi pengamalnya sementara di sisi
Allah ia tidak memiliki apa-apa nilai. Dikatakan sedemikian kerana
amalan-amalan bid’ah, sedikit atau banyak, adalah tertolak.
Bererti ia tidak diterima sebagai satu ibadah, tidak diberikan
ganjaran dan dalam konteks berdoa, tidak memiliki pengaruh
mempertingkatkan kadar kemakbulan doa. Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam menerangkan hakikat ini,

.ٌّ‫س ِمْنهُ فَ ُه َو َرد‬ ِ ِ َ ‫َح َد‬


َ ‫ث ِف أ َْمرََن َه َذا َما لَْي‬ ْ ‫َم ْن أ‬
52
Sesiapa yang mencipta dalam urusan kami ini (agama
Islam) apa yang tidak berasal daripadanya, maka ia tertolak.23

Pada ketika yang lain baginda mengingatkan,

.ٌّ‫س َعلَْي ِه أ َْم ُرََن فَ ُه َو َرد‬ ِ


َ ‫َم ْن َعم َل َع َم ًَل لَْي‬
Sesiapa yang beramal dengan amalan yang tidak
berasal daripada urusan kami (agama Islam) maka ia tertolak.24

Keempat: Berlumba-Lumba Membuat Kebaikan

Dalam al-Qur’an surah al-Anbiya’, Allah Subhanahu wa


Ta'ala menceritakan bagaimana Dia mengabulkan doa para Nabi
dan Rasul. Apakah rahsia di sebalik pengabulan itu? Apakah
disebabkan mereka berpangkat Nabi dan Rasul lalu serta merta
Allah mengabulkan doa mereka? Allah menjelaskan sebab

23
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
3242/1718 (Kitab al-Aqdhiyah, Bab bantahan ke atas hukum-hakam yang batil
dan urusan agama yang baru dicipta).
24
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
3243/1718 (Kitab al-Aqdhiyah, Bab bantahan ke atas hukum-hakam yang batil
dan urusan agama yang baru dicipta).
53
pemakbulan doa-doa para Nabi dan Rasul itu dengan firman-Nya,

ِ ‫اْلْي‬
‫ات َويَ ْدعُونَنَا َر َغبًا َوَرَهبًا َوَكانُوا لَنَا‬ ِ ِ َّ ِ
َ َْْ ‫إَّنُْم َكانُوا يُ َسارعُو َن ِف‬
.‫ي‬ ِِ
َ ‫َخاشع‬
Sesungguhnya mereka (para Nabi dan Rasul) sentiasa
berlumba-lumba membuat kebaikan, dan sentiasa berdoa
kepada kami dengan penuh harapan serta cemas; dan mereka
pula sentiasa khusyuk kepada Kami. [al-Anbiya’ 21:90]

Apakah contoh berlumba-lumba mengerjakan kebaikan


dalam kehidupan harian?

• Apabila nampak orang membawa beban yang berat,


segera menawarkan diri untuk turut membawanya.
• Apabila nampak orang menghadapi masalah kenderaan,
segera menawarkan diri bagi membantu.
• Apabila mendapat berita bencana alam menimpa
sesebuah daerah, segera memberi sumbangan kewangan
atau menjadi sukarelawan kerja menyelamat.
• Apabila rakan kerja cuti sakit dan ada pelanggan

54
mencarinya bagi sesuatu urusan, segera menawarkan diri
bagi mewakili rakan kerja itu.

Orang yang melazimi sikap berlumba-lumba membuat


kebaikan, sikapnya itu akan meningkatkan kadar kemakbulan
doanya.

Kelima: Memperbanyakkan Doa Pada Waktu Senang

Kebiasaan sebahagian orang ialah berdoa kepada Allah


apabila menghadapi sesuatu masalah. Apabila masalah sudah
hilang atau apabila tiada masalah, mereka tidak lagi berdoa
kepada Allah.

Sebenarnya salah satu rahsia meningkatkan kadar


kemakbulan doa ialah memperbanyakan doa pada waktu senang.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan rahsia ini,

ِ ‫َّدائِ ِد والْ َكر‬


‫ب فَ ْليُ ْكثِْر‬ ِ َّ ‫من سَّره أَ ْن يستَ ِجيب‬
ْ َ َ ‫اَّللُ لَهُ عْن َد الش‬ َ َْ ُ َ َْ
.‫الر َخ ِاء‬
َّ ‫ُّعاءَ ِِف‬
َ ‫الد‬
Sesiapa suka Allah mengabulkan doanya ketika susah
55
dan sedih, maka hendaklah diperbanyakkan doa pada saat
senang.25

Doa termasuk dalam kategori zikir kerana apabila


seseorang itu berdoa, dia mengingati Allah, berulang-ulang
menyebut nama Allah, berbaik sangka kepada Allah, bergantung
kepada Allah, berserah kepada Allah dan mengharapkan kurniaan
serta pertolongan-Nya. Justeru banyak berzikir kepada Allah
ketika senang termasuk rahsia kemakbulan doa. Oleh kerana
itulah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah
mengingatkan,

،‫ َوَد ْع َوةُ الْ َمظْلُ ِوم‬،‫الذاكِ ُر هللاَ َكثِ ًْيا‬


َّ ،‫ثَََلثَةٌ ََل يَرُّد هللاُ ُد َعاء ُهم‬
ُ َ ُ
.‫ط‬ُ ‫اْل َم ُام الْ ُم ْق ِس‬
ِْ ‫و‬
َ
Tiga golongan yang Allah tidak menolak doa mereka, (1)
orang yang banyak berzikir kepada Allah, (2) doa orang yang

25
Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
berkata, “Hadis ini hasan gharib.” Ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih
Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3304/3382 (Kitab al-Da‘awat ‘an Rasulullah, Bab
berkenaan doa seorang muslim adalah mustajab).
56
dizalimi dan (3) pemimpin yang adil.26

Inilah rahsia yang menyelamatkan Nabi Yunus ‘alahis


salam setelah beliau ditelan oleh seekor ikan yang besar,

ِ ِِ ِ ِ
ُ‫ فَنَ بَ ْذ ََنه‬.‫ث ِِف بَطْنه إِ ََل يَ ْوم يُْب َعثُو َن‬ َ ِ‫ لَلَب‬.‫ي‬َ ‫فَلَ ْوََل أَنَّهُ َكا َن م َن الْ ُم َسبِِح‬
.‫ي‬ ٍ ‫ وأَنْبَ ْت نَا َعلَْي ِه َش َجرةً ِم ْن يَ ْق ِط‬.‫ِِبلْ َعر ِاء وُهو َس ِقيم‬
َ َ ٌ َ َ َ
Maka kalaulah dia (Nabi Yunus) bukan daripada orang-
orang yang sentiasa bertasbih kepada Allah, tentulah dia akan
tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia
dibangkitkan keluar dari kubur. Oleh itu Kami campakkan dia
keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai),
sedang dia berkeadaan sakit. Dan Kami tumbuhkan (untuk
melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar (sehingga
dia kembali sihat). [al-Shaffat 37:143-146]

Sebenarnya sikap berdoa hanya apabila susah atau


menghadapi masalah telah beberapa kali dikritik dalam al-Qur’an.

26
Hasan: Dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman, hadis no.:
6973 dan sanadnya dinilai hasan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-
Shahihah, hadis no.: 1211.
57
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

‫اع ًدا أ َْو قَائِ ًما فَلَ َّما‬


ِ َ‫اَن ِِلْنبِ ِه أَو ق‬
ْ َ َ ‫اْلنْ َسا َن الضُُّّر َد َع‬ ِْ ‫س‬ َّ ‫َوإِ َذا َم‬
ُ ‫ضَّرهُ َم َّر َكأَ ْن ََلْ يَ ْدعُنَا إِ ََل‬
.ُ‫ضٍِر َم َّسه‬ ُ ُ‫َك َش ْفنَا َعْنه‬
Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan,
berdoalah dia kepada Kami (dalam semua keadaan sama ada)
baring, duduk ataupun berdiri. Sebaik sahaja Kami hapuskan
kesusahan itu daripadanya, dia meneruskan kehidupan seolah-
olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami agar dihapuskan
kesusahan yang menimpanya. [Yunus 10:12]

‫ض َو ََنَى ِِبَانِبِ ِه َوإِ َذا َم َّسهُ الشَُّّر‬ ِ ِْ ‫وإِ َذا أَنْعمنَا علَى‬
َ ‫اْلنْ َسان أ َْعَر‬ َ َْ َ
ٍ ‫فَ ُذو ُد َع ٍاء َع ِر‬
.‫يض‬
Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia,
berpalinglah dia serta menjauhkan diri (daripada Allah) dan
apabila dia ditimpa kesusahan, maka dia berdoa secara panjang
lebar. [Fussilat 41:51]

Lebih buruk apabila seseorang itu berdoa kepada Allah


tentang masalah yang dihadapinya. Apabila Allah menghapuskan
58
masalah itu, dia tidak lagi berdoa. Bahkan dia membuat cerita
konon masalah itu hilang atas kepintaran dirinya sendiri. Firman
Allah Subhanahu wa Ta'ala,

‫اَن ُْثَّ إِ َذا َخ َّولْنَاهُ نِ ْع َمةً ِمنَّا قَ َال إََِّّنَا‬


َ ‫ضٌّر َد َع‬ ِْ ‫س‬
ُ ‫اْلنْ َسا َن‬ َّ ‫فَِإ َذا َم‬
.‫أُوتِيتُهُ َعلَى ِعْل ٍم‬
Maka apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa
kepada Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya
nikmat daripada Kami dia berkata: “Sesungguhnya aku diberi
nikmat itu hanyalah kerana kepintaranku.” [al-Zumar 39:49]

Demikianlah lima persiapan awal yang perlu dilazimi oleh


seseorang bagi meningkatkan kadar kemakbulan doanya.
Ringkasnya, lima persiapan awal itu ialah:

1. Menjauhi perkara yang tidak halal sumbernya


2. Memberi nasihat dan teguran
3. Memperkemaskan ibadah
4. Berlumba-lumba membuat kebaikan
5. Memperbanyakan doa dan zikir pada waktu senang

59
Diulangi bahawa lima persiapan awal ini hendaklah
menjadi kelaziman atau kebiasaan dalam kehidupan seseorang.
Janganlah apabila masalah muncul secara tiba-tiba, barulah dia
berhenti menonton DVD cetak rompak, melaksanakan solat
sunat, berbuat baik dengan mengirim duit ke kampung dan
berdoa. Semua itu yang dilakukan pada minit-minit terakhir
dibimbangi kurang memberi pengaruh positif kepada doanya.

Jika dapat dibuat satu perumpamaan, maka doa adalah


umpama sebilah pedang yang tajam. Pedang yang tajam tidak
akan berkesan terhadap musuh jika orang yang memegangnya
tidak memiliki kecergasan fizikal, ketajaman mental dan
kehandalan menggunakannya. Demikianlah, kadar kemakbulan
doa sangat bergantung kepada ciri-ciri orang yang berdoa
sebagaimana kadar keberkesanan pedang yang tajam sangat
bergantung kepada ciri-ciri orang yang memegangnya.

60
Soalan: Apakah Doa Yang Sesuai Dibaca Ketika
Senang? Saya Tidak Tahu Apa Yang Patut Diminta
Kepada Allah Ketika Senang.

Jawapan:

Doa ketika senang amat penting kerana ia merupakan


salah satu faktor doa akan dimakbulkan ketika susah. Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

ِ ‫َّدائِ ِد والْ َكر‬


‫ب فَ ْليُ ْكثِْر‬ ِ َّ ‫من سَّره أَ ْن يستَ ِجيب‬
ْ َ َ ‫اَّللُ لَهُ عْن َد الش‬ َ َْ ُ َ َْ
.‫الر َخ ِاء‬
َّ ‫ُّعاءَ ِِف‬
َ ‫الد‬
Sesiapa suka Allah mengabulkan doanya ketika susah
dan sedih, maka hendaklah diperbanyakkan doa pada saat
senang.27

Selain itu doa adalah ibadah kepada Allah sehingga

27
Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
berkata, “Hadis ini hasan gharib.” Ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih
Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3304/3382 (Kitab al-Da‘awat ‘an Rasulullah, Bab
berkenaan doa seorang muslim adalah mustajab).
61
sesiapa yang berdoa, baik ketika senang atau susah, baik doa itu
dimakbulkan atau belum, akan membuahkan pahala untuknya.

Ketika senang, apabila seseorang itu tidak ada sesuatu


yang khusus untuk diminta, maka dianjurkan dia berdoa dengan
doa-doa umum yang terdapat dalam al-Qur’an. Antara yang
terbaik adalah doa yang paling kerap dibaca oleh Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam, iaitu,

.‫اب النَّا ِر‬ ِ ِ ِ


َ ‫َربَّنَا آتنَا ِِف الدُّنْيَا َح َسنَةً َوِِف ْاْلخَرِة َح َسنَةً َوقنَا َع َذ‬
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan
kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada seksa
neraka. [al-Baqarah 2:201]

Anas bin Malik radhiallahu 'anh, yang merupakan


pembantu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah ditanya,

‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم أَ ْكثَ َر؟‬


َّ ‫صلَّى‬ ِ ٍ ُّ ‫أ‬
ُّ ِ‫َي َد ْع َوة َكا َن يَ ْدعُو ِبَا الن‬
َ ‫َِّب‬
Apakah doa yang paling kerap dibaca oleh Nabi
shallallahu 'alaihi wasallam?

62
ُ ‫أَ ْكثَ ُر َد ْع َوٍة يَ ْدعُو ِِبَا يَ ُق‬
‫ول اللَّ ُه َّم ((آتِنَا ِِف الدُّنْيَا َح َسنَةً َوِِف‬
))‫اب النَّا ِر‬ ِ ِ
َ ‫ْاْلخَرِة َح َسنَةً َوقَنا َع َذ‬
(Anas menjawab) doa yang paling kerap dibaca ialah “Ya
Allah, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat
dan peliharalah kami daripada seksa neraka.”

‫س إِ َذا أ ََر َاد أَ ْن يَ ْدعُ َو بِ َد ْع َوٍة َد َعا ِِبَا فَِإ َذا أ ََر َاد أَ ْن‬ ٌ َ‫قَ َال َوَكا َن أَن‬
‫يَ ْدعُ َو بِ ُد َع ٍاء َد َعا ِِبَا فِ ِيه‬
Perawi hadis berkata, “Biasanya Anas apabila dia
hendak berdoa, dia berdoa dengan doa tersebut. Jika dia berdoa
dengan doa yang lain, dia membaca juga doa tersebut.” 28

Selain itu amatlah baik untuk berdoa agar Allah


mengampunkan dosa-dosa sendiri, ibu dan bapa dan umat Islam
seluruhnya. Berdoalah sebagaimana Nabi Ibrahim ‘alaihis salam
berdoa,

28
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
4855/2690 (Kitab al-Zikr, wa al-Du’a wa al-Taubah wa al-Istighfar, Bab
keutamaan berdoa dengan “Ya Allah, berilah kami kebaikan di dunia…”
63
ِْ ‫ي ولِْلم ْؤِمنِي ي وم ي ُقوم‬ ِِ ِ
.‫اب‬
ُ ‫اِل َس‬ ُ َ َ ْ َ َ ُ َ َّ ‫َربَّنَا ا ْغف ْر ِل َول َوال َد‬
Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi
kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada
masa berlakunya hitungan amal. [Ibrahim 14:41]

Jika sedang dalam keadaan senang, maka bersyukurlah


kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala atas segala nikmat yang
dikurniakan oleh-Nya dengan membaca doa berikut daripada al-
Qur’an,

‫ي‬َّ ‫ت َعلَ َّي َو َعلَى َوالِ َد‬َ ‫ك الَِِّت أَنْ َع ْم‬َ َ‫ب أ َْوِز ْع ِّن أَ ْن أَ ْش ُكَر نِ ْع َمت‬
ِِ ‫َر‬
‫ك َوإِِِّن ِم َن‬ ِ ‫اِلا تَرضاه وأ‬ ِ ‫وأَ ْن أَعمل‬
َ ‫ت إِلَْي‬ ُ ‫َصل ْح ِل ِِف ذُِِريَِِّت إِِِّن تُْب‬ ْ ََُ ْ ً ‫ص‬ َ َ َْ َ
.‫ي‬ ِِ
َ ‫الْ ُم ْسلم‬
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap
bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku
dan kepada ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan
amal shalih yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat
kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.
Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya

64
aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).”
[al-Ahqaf 46:15]

Pada masa kini terdapat banyak pandangan, pemikiran


dan aliran yang menyimpang daripada ajaran Islam yang tulen.
Seseorang itu boleh saja terpengaruh atau terikut-ikut dengan
penyimpangan ini, baik ketika senang mahupun susah. Maka
sangat dianjurkan melazimi doa berikut,

َ ْ‫ب لَنَا ِم ْن لَ ُدن‬


‫ك َر ْْحَ ًة‬ ِ
ْ ‫َربَّنَا ََل تُِز ْغ قُلُوبَنَا بَ ْع َد إ ْذ َه َديْتَ نَا َوَه‬
.‫اب‬ُ ‫ت الْ َوَّه‬ َ َّ‫إِن‬
َ ْ‫ك أَن‬
Wahai tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati
kami sesudah Engkau memberi hidayah kepada kami. Dan
kurniakanlah kepada kami daripada sisi-Mu rahmat,
sesungguhnya Engkau, Engkau-lah yang Maha Pemberi
(kurniaan). [Ali Imran 3:08]

Disyorkan membaca doa berikut agar dipermudahkan


urusan harian. Ia adalah doa yang dibaca oleh sekumpulan
pemuda yang melarikan diri demi menjaga iman mereka, lalu
bersembunyi di dalam gua,
65
.‫ك َر ْْحَةً َوَهيِِ ْئ لَنَا ِم ْن أ َْم ِرََن َر َش ًدا‬
َ ْ‫َربَّنَا آَتِنَا ِم ْن لَ ُدن‬
Wahai tuhan kami, kurniakanlah kepada kami daripada
sisi Engkau rahmat dan himpunkanlah urusan kami di atas
(petunjuk-Mu) yang lurus. [al-Kahf 18:10]

Agar dilapangkan rezeki, disyorkan doa berikut yang


dibaca oleh Nabi ‘Isa álaihis salam,

‫يدا ِْل ََّولِنَا‬ ِ َّ ‫اللَّه َّم ربَّنا أَنْ ِزْل علَي نا مائِد ًة ِمن‬
ً ‫الس َماء تَ ُكو ُن لَنَا ِع‬ َ َ َ َْ َ ََ ُ
ِ َّ ‫وآَ ِخ ِرََن وآَيةً ِمْنك وارزقْ نا وأَنْت خْي‬
َ ‫الرا ِزق‬
.‫ي‬ ُْ َ َ َ َ ُ ْ َ َ َ َ َ
Ya Allah, wahai tuhan kami, turunkanlah kepada kami
hidangan makanan dari langit yang dapat kami jadikan Hari
Raya bagi kami, iaitu bagi orang-orang yang bersama kami
sekarang dan yang akan datang, dan sebagai tanda kekuasaan
Engkau; Dan rezekikanlah kami (kerana) Engkaulah sebaik-baik
pemberi rezeki. [al-Maidah 5:114]

Tidak ketinggalan ialah doa untuk kebahagiaan


sekeluarga,

66
‫ي‬ ِ ِ ٍ ُ ‫ب لَنَا ِم ْن أ َْزو ِاجنَا وذُِِرََّيتِنَا قَُّرَة أ َْع‬
َ ‫اج َعْلنَا لْل ُمتَّق‬
ْ ‫ي َو‬ َ َ ْ ‫َربَّنَا َه‬
.‫إِ َم ًاما‬
Wahai tuhan kami, kurniakanlah kepada kami isteri-
isteri dan anak-anak yang menenangkan hati dan jadikanlah
kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa. [Furqan
25:74]

Hairan dengan sikap sebahagian umat Islam yang suka


dengki mendengki, hasut menghasut, aib mengaib dan musuh
memusuhi? Maka biasakan membaca doa berikut,

ِ َ‫وَن ِِبِْْلَي‬
‫ان َوََل ََْت َع ْل ِِف‬ ِ َّ ِ ِ ِ
َ ‫َربَّنَا ا ْغف ْر لَنَا َوِْل ْخ َواننَا الذ‬
َ ‫ين َسبَ ُق‬
ِ ٌ ‫ك رء‬ ِ ِ َِّ ِ
.‫يم‬
ٌ ‫وف َرح‬ َ ‫قُلُوبِنَا غ ًَّل للذ‬
ُ َ َ َّ‫ين آَ َمنُوا َربَّنَا إن‬
Wahai tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-
saudara kami yang telah mendahului kami dengan iman, dan
janganlah Engkau jadikan dalam hati kami kedengkian dan
permusuhan sesama orang-orang yang beriman; Wahai tuhan
kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penyantun lagi
Maha Penyayang. [Hasyr 59:10]

67
Digalakkan juga membaca doa berikut daripada Nabi
Ibrahim ‘alaihis salam, agar Allah menambahkan ilmu dan hikmah
serta menjadikan sahabat-sahabat daripada kalangan orang-
orang soleh,

ِِ َّ ‫َِلِْق ِّن ِِب‬


.‫ي‬
َ ‫لصاِل‬ ْ ‫ب ِل ُح ْك ًما َوأ‬ ِِ ‫َر‬
ْ ‫ب َه‬
Wahai tuhan-ku, kurniakanlah kepadaku ilmu dan
hikmah serta hubungkanlah aku dengan orang-orang yang
soleh. [al-Syu’ara 26:83]

Demikianlah beberapa doa umum yang elok dibaca


daripada al-Qur’an. Selain itu terdapat juga doa-doa umum
daripada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang elok
dibaca.

Antaranya, apa yang diriwayatkan oleh Shar bin Husyab


bahawa dia bertanya kepada Ummu Salamah radhiallahu 'anha
(isteri Rasulullah), “Wahai ibu orang-orang beriman, apakah doa
yang paling banyak dibaca oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam apabila baginda di sisi kamu?” Maka Ummu Salamah
menjawab, “Baginda paling banyak membaca doa
68
ِ ِ ُ‫َي م َقلِِب الْ ُقل‬
َ ِ‫ت قَ ْلِِب َعلَى دين‬
.‫ك‬ ْ ِِ‫وب ثَب‬ َ ُ َ
Wahai (Allah yang) membalik-balikkan hanti,
tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

ِ ُ‫اَّلل ما أَ ْكثَر ُد َعاء َك َي م َقلِِب الْ ُقل‬


‫وب‬ ِ َ ‫ َي رس‬:‫قَالَت فَ ُقْلت‬
َ ُ َ َ َ َ َّ ‫ول‬ َُ َ ُ ْ
ِ ‫ َي أ َُّم سلَم َة إِنَّه لَيس‬:‫ك؟ قَ َال‬ ِ
ُ‫آدم ٌّي إََِّل َوقَ ْلبُه‬
َ َ ْ ُ ََ َ َ ِ‫ت قَ ْلِِب َعلَى دين‬
ْ ِِ‫ثَب‬
َِّ ‫ي ِمن أَصابِ ِع‬
.‫غ‬ َ ‫اَّلل فَ َم ْن َشاءَ أَقَ َام َوَم ْن َش‬
َ ‫اء أ ََزا‬ َ ْ ِ ْ ‫ُصبُ َع‬ْ ‫يأ‬ َ َْ‫ب‬
Ummu Salamah berkata, aku bertanya, “Wahai
Rasulullah, kenapa kamu banyak berdoa Wahai (Allah yang)
membalik-balikkan hanti, tetapkanlah hatiku di atas agama-
Mu?”

Rasulullah menjawab, “Wahai Ummu Salamah,


sesungguhnya tidaklah seorang pun daripada anak cucu Adam
melainkan hatinya di antara dua jari daripada jari-jemari Allah.
Maka sesiapa yang Allah kehendaki, Dia tegakkan (atas
kebenaran) dan sesiapa yang Allah kehendaki, Dia palingkan

69
(daripada kebenaran).29

Antaranya, doa perlindungan daripada syirik riya’ dan


sum’ah30 yang diajarkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam kepada Abu Bakar al-Shiddiq radhiallahu 'anh. Ma’qil
bin Yasar radhiallahu 'anh menceritakan,

‫صلَّى‬
َ ‫َِّب‬ َّ ‫الص ِِد ِيق َر ِض َي‬
ِِ ِ‫اَّللُ َعْنهُ إِ ََل الن‬ ِ
ِ ‫ت َم َع أَِِب بَ ْك ٍر‬
ُ ‫انْطَلَ ْق‬
:‫ فَ َق َال‬،‫هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
Aku bergegas bersama Abu Bakar radhiallahu 'anh
kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, lalu baginda
bersabda,

ِ ِ‫َخ َفى ِم ْن َدب‬


!‫يب الن َّْم ِل‬ ِ ِِ َ‫ ل‬،‫َي أَِب ب ْك ٍر‬
ْ ‫لش ْرُك في ُك ْم أ‬ َ َ َ

29
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
berkata, “Hadis ini hasan.” Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan
al-Tirmizi, no.: 3444/3522 (Kitab al-Da’awat ‘an Rasulullah).
30
Riya’ adalah apabila seseorang itu melakukan amal soleh atau
meninggalkan kemungkaran dengan niat dia diperhatikan orang lalu diberikan
puji-pujian. Sum’ah adalah apabila seseorang itu melakukan amal soleh atau
meninggalkan kemungkaran dengan niat dia disebut-sebut orang lalu diberikan
puji-pujian.
70
“Wahai Abu Bakar, sungguh perbuatan syirik di
kalangan kalian lebih samar-samar berbanding semut yang
merayap!”31

َِّ ‫الشرُك إََِّل من جعل مع‬


ِ
َ ‫اَّلل إِ ََلًا‬
‫آخَر؟‬ َ َ َ ََ ْ َ ْ ِ ‫ َوَه ِل‬:‫فَ َق َال أَبُو بَ ْك ٍر‬
Lalu Abu Bakar berkata, “Bukankah syirik itu tidak lain
adalah orang yang menjadikan bersama Allah tuhan yang
lain?”

ِِ َ‫ ل‬،‫ َوالَّ ِذي نَ ْف ِسي بِيَ ِد ِه‬:‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
‫لش ْرُك‬ َ ‫َِّب‬ ُّ ِ‫فَ َق َال الن‬
‫ك‬َ ‫ب َعْن‬ ‫ه‬َ ‫ذ‬
َ ‫ه‬
ُ ‫ت‬
َ ‫ل‬
ْ ‫ق‬
ُ ‫ا‬ ‫ذ‬
َ ِ‫ك َعلَى َشي ٍء إ‬ َ ُّ‫ أَََل أ َُدل‬،‫يب الن َّْم ِل‬ ِ ِ‫َخ َفى ِم ْن َدب‬ْ‫أ‬
َ ْ
:‫ قُ ِل‬:‫قَلِيلُهُ َوَكثِ ُْيهُ؟ قَ َال‬
Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Demi
jiwaku yang berada di Tangan-Nya, sungguh perbuatan syirik
lebih samar-samar berbanding semut yang merayap. Mahukah

31
Maksudnya, semut yang merayap tidak meninggalkan jejak kaki
berbanding haiwan lain, sehingga ia tidak dapat dikesan. Demikianlah, syirik
yang berlaku kerana gerak hati seperti riya’ dan sum’ah, ia tidak dapat dikesan
berbanding syirik yang melibatkan gerak fizikal seperti menyembah patung atau
memakai tangkal.
71
aku tunjukkan sesuatu yang jika dibaca akan menjauhkan
daripada kamu syirik yang sedikit mahupun banyak?” Baginda
melanjutkan, berdoalah,

‫َستَ ْغ ِف ُرَك لِ َما‬ َ ِ‫ك أَ ْن أُ ْش ِرَك ب‬


ْ ‫ َوأ‬،‫ك َوأ َََن أ َْعَل ُم‬ َ ِ‫َعوذُ ب‬
ُ ‫اللَّ ُه َّم إِِِّن أ‬
.‫ََل أ َْعلَ ُم‬
Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau
daripada mensyirikkan Engkau sementara aku mengetahuinya
dan aku memohon ampun kepada Engkau daripada apa yang
aku tidak ketahui.32

Antaranya, doa yang diajarkan Rasulullah shallallahu


'alaihi wasallam kepada orang yang baru memeluk Islam,

.‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْر ِل َو ْار َْحْ ِّن َو ْاه ِدِّن َو ْارُزقْ ِّن‬


Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, hidayahkanlah

32
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad dan ia
dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih al-Adab al-Mufrad, hadis no.:
554/716. Lihat juga penjelasan al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Dhu’afa
wa al-Maudhu’ah, hadis no.: 3755.
72
aku dan rezekikanlah aku.33

Antaranya, doa perlindungan yang lazim baginda baca,

ٍ ‫ وِم ْن قَ ْل‬،‫ ِم ْن ِعْل ٍم ََل يَْن َف ُع‬،‫ك ِمن ْاْل َْربَ ِع‬
‫ب‬ ِ ِِ َّ
َ َ َ ‫الل ُه َّم إ ِّن أَعُوذُ ب‬
.‫ َوِم ْن ُد َع ٍاء ََل يُ ْس َم ُع‬،‫س ََل تَ ْشبَ ُع‬
ٍ ‫ َوِم ْن نَ ْف‬،‫ََل ََيْ َش ُع‬
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau
daripada empat perkara, daripada ilmu yang tidak bermanfaat,
daripada hati yang tidak khusyuk, daripada jiwa yang tidak
berasa puas dan daripada doa yang tidak didengar.”34

Antaranya, doa ringkas yang lazim Rasullullah baca,

.‫اف َوالْغِ َن‬ ْ ‫الله َّم إِِِّن أ‬


َ ُ‫َسأَل‬
َ ‫ َوالْ َع َف‬،‫ك ا َْلَُدى َوالتُّ َقى‬ ُ
Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepada Engkau
hidayah dan taqwa, kejauhan daripada maksiat dan kekayaan

33
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
4863/2697 (Kitab al-Zikr, wa al-Du’a wa al-Taubah wa al-Istighfar, Bab
keutamaan tahlil, tasbih dan doa).
34
Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan ia dinilai
sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 1324/1548
(Kitab al-Sholat, Bab tentang doa perlindungan).
73
(hati).35

Atau doa yang sederhana daripada Rasulullah shallallahu


'alaihi wasallam,

‫َصلِ ْح ِل‬ ْ ‫ َوأ‬،‫ص َمةُ أ َْم ِري‬


ِ ِ ِ
ْ ‫َصل ْح ِل د ِيّن الَّذي ُه َو ع‬
ِ ‫الله َّم أ‬
ْ ُ
ِ ِ ِ ِ ‫ وأ‬،‫اشي‬ ِ ‫دنْياي الَِِّت فِيها مع‬
ْ ‫ َو‬،‫َصل ْح ِل آخَرِِت الَِِّت ف َيها َم َعادي‬
‫اج َع ِل‬ ْ َ ََ َ َ َُ
.‫احةً ِل ِم ْن ُك ِِل َشٍِر‬
َ ‫ت َر‬ ْ ‫ َو‬،‫اِلَيَا َة ِزََي َد ًة ِل ِِف ُك ِِل َخ ٍْْي‬
َ ‫اج َع ِل الْ َم ْو‬ ْ
Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku yang menjadi
pelindung urusanku, perbaikilah bagiku duniaku yang padanya
menjadi tempat kehidupanku, perbaikilah bagiku akhiratku
yang padanya tempat kembaliku, jadikanlah hayat ini sebagai
tambahan bagiku dalam setiap perkara kebaikan dan
jadikanlah kematian sebagai kerehatan bagiku daripada setiap
keburukan.36

35
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
4898/2721 (Kitab al-Zikr wa al-Du’a wa al-Taubah wa al-Istighfar, Bab
berlindung daripada keburukan apa yang telah diamalkan dan daripada
keburukan apa yang belum diamalkan).
36
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
4897/2720 (Kitab al-Zikr wa al-Du’a wa al-Taubah wa al-Istighfar, Bab
74
Antaranya, doa yang lebih panjang daripada Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam,

‫يك‬
َ ‫اص‬ ِ ‫ول ب ي نَ نَا وبي مع‬
َ َ َ َْ َ َْ ُ ُ‫ك َما ََي‬ َ ِ‫اللَّ ُه َّم اقْ ِس ْم لَنَا ِم ْن َخ ْشيَت‬
ِ ‫ك وِم ْن الْيَ ِق‬
‫ي َما ُْتَِِو ُن بِِه َعلَْي نَا‬ َ ‫َّت‬
َ ‫ن‬ ‫ج‬
َ
ِِ‫ك ما تُب لِِغُنَا ب‬
‫ه‬ َ َ َ ‫اعت‬
ِ َ‫وِمن ط‬
َ ْ َ
َ
.‫ات الدُّنْيَا‬ ِ ‫صيب‬
ِ
َ ‫ُم‬
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami sebahagian
daripada sifat takut kepada Engkau, apa yang dapat
menghalangi kami daripada bermaksiat kepada Engkau. Dan
(sebahagian daripada sifat) taat kepada Engkau, apa yang
dengannya dapat menyampaikan kami kepada syurga Engkau,
Dan (sebahagian daripada sifat) yakin (kepada Rahmat
Engkau), apa yang dengannya dapat meringankan ke atas kami
musibah di dunia (ini).

َ ‫اج َعْلهُ الْ َوا ِر‬ ِ ِ ْ ‫ومتِِعنَا ِِب‬


‫ث‬ ْ ‫صا ِرََن َوقُ َّوتنَا َما أ‬
ْ ‫َحيَ ْي تَ نَا َو‬ َ ْ‫ََسَاعنَا َوأَب‬ ْ ََ

berlindung daripada keburukan apa yang telah diamalkan dan daripada


keburukan apa yang belum diamalkan).
75
.‫ِمنَّا‬
Berilah kebahagiaan kepada kami melalui pendengaran
kami, penglihatan kami dan kekuatan kami selama kehidupan
kami dan jadikanlah semua itu warisan daripada kami (kepada
generasi seterusnya).

ُ ْ‫اج َع ْل ََثَْرََن َعلَى َم ْن ظَلَ َمنَا َوان‬


‫ص ْرََن َعلَى َم ْن َع َاد َاَن َوََل ََْت َع ْل‬ ْ ‫َو‬
.‫صيبَ تَ نَا ِِف ِدينِنَا‬
ِ‫م‬
ُ
Jadikanlah pembalasan ke atas orang-orang yang
menzalimi kami, tolonglah kami ke atas orang-orang yang
memusuhi kami dan janganlah Engkau menjadikan musibah
kami (sesuatu yang memberi pengaruh buruk) dalam agama
kami.

‫َوََل ََْت َع ْل الدُّنْيَا أَ ْك ََِب َُِهِنَا َوََل َمْب لَ َغ ِعْل ِمنَا َوََل تُ َسلِِ ْط َعلَْي نَا َم ْن‬
.‫ََل يَ ْر َْحُنَا‬
Janganlah Engkau jadikan urusan dunia sebagai objektif
terbesar kami, janganlah (menjadikan urusan dunia sebagai)

76
kemuncak ilmu pengetahuan kami dan janganlah Engkau
(jadikan para penguasa) di atas kami daripada kalangan orang
yang tidak menyayangi kami.37

Antaranya, berdoa meminta syurga Firdaus seperti “Ya


Allah, kurniakanlah kepada diriku dan ahli keluargaku syurga
Firdaus di Akhirat kelak, serta jadikanlah kehidupan kami di dunia
ini sebagai orang yang layak mendapat syurga Firdaus.” Ini
sebagaimana pesan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,

ِ‫اَّلل‬
َّ ‫ين ِِف َسبِ ِيل‬ ِ ِ ِ َّ ‫اِلن َِّة ِمائَ َة درج ٍة أَعدَّها‬ ِ
َ ‫اَّللُ لْل ُم َجاهد‬ َ َ َ ََ َْ ‫إ َّن ِِف‬
.‫ض‬ ِ ‫الس َم ِاء َو ْاْل َْر‬
َّ ‫ي‬َ َْ‫ي َك َما ب‬ِ ْ َ‫ي الدَّر َجت‬
َ َ َْ‫َما ب‬
Sesungguhnya di syurga ada seratus darjat yang Allah
sediakan untuk para mujahid di jalan Allah, di mana jarak di

37
Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
berkata, “Hadis ini hasan gharib.” Ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih
Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3424/3502. (Kitab al-Da’awat ‘an Rasulullah, Bab
menghitung tasbih dengan tangan).
Ia juga dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arna’uth dan ‘Abd al-Latheif
Harzallah dalam semakan mereka ke atas al-Jami’ al-Kabir (nama lain bagi
Sunan al-Tirmizi), hadis no.: 3809
77
antara dua darjat seperti jarak antara langit dan bumi.

‫اِلَن َِّة‬ ُ ‫س فَِإنَّهُ أ َْو َس‬ ِ َّ ‫فَِإ َذا َسأَلْتُ ُم‬


‫َوأ َْعلَى‬ ْ ‫ط‬ َ ‫اسأَلُوهُ الْف ْرَد ْو‬
ْ َ‫اَّللَ ف‬
.‫اِلَن َِّة‬
ْ
Oleh itu apabila kalian meminta kepada Allah, maka
mintalah surga Firdaus kerana ia adalah syurga yang paling
utama dan paling tinggi.38

Terdapat banyak lagi doa-doa yang dibaca dan diajarkan


oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Jemput mengkaji dan
mengamalkannya dalam buku-buku yang khusus
menghimpunkan doa-doa dan zikir-zikir Rasulullah. Pastikan bagi
setiap doa dan zikir diberikan rujukan hadis secara ilmiah.

Selain itu berdoa tidak semestinya untuk diri sendiri.


Sangat dianjurkan berdoa untuk orang lain, baik yang dikenali
atau tidak, khasnya apabila mendapat berita sesuatu musibah
yang menimpa mereka. Mendoakan keselamatan, kesihatan,

38
Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari
dalam Shahihnya, hadis no.: 2581/2790 (Kitab al-Jihad wa al-Siyar, Bab darjat
orang yang berperang di jalan Allah).
78
kemudahan dan kebaikan orang lain akan memberi manfaat
kepada diri sendiri juga. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda,

ٌ َ‫ب ِعْن َد َرأْ ِس ِه َمل‬


‫ك‬ ِ ‫د ْعوةُ الْمرِء مستَجابةٌ ِْل‬
ِ ‫َخ ِيه بِظَ ْه ِر الْغَْي‬ َ َ ْ ُ َْ َ َ
.‫ك ِبِِثْلِ ِه‬
َ َ‫ي َول‬ ِ ِ ِِ ِ
َ ‫ آم‬:‫يُ َؤِم ُن َعلَى ُد َعائه ُكلَّ َما َد َعا لَهُ ْبٍَْْي قَ َال‬
Doa seseorang untuk saudara (seagama)nya yang tidak
hadir bersamanya adalah mustajab. (Ini kerana) di sisi kepala
orang yang berdoa terdapat malaikat yang mengaminkan
doanya. Setiap kali dia mendoakan kebaikan saudaranya,
malaikat itu akan berdoa, “Amin dan bagimu yang semisal.” 39

Termasuk dalam rangka berdoa ketika senang adalah


melazimkan berdoa di celah-celah perbicaraan dan
persembangan. Baik sesama ahli keluarga, rakan pejabat atau
sesiapa lain. Biasakan mencelah dengan doa-doa ringkas pada
ketika yang sesuai, seperti “Moga Allah mengampuni kita”,

39
Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Ibn Majah
dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn
Majah, hadis no.: 2886/2895 (Kitab al-Manasik, Bab keutamaan doa orang
yang pergi haji).
79
“Moga Allah memelihara kamu”, “Moga Allah merahmati kita”
dan “Semoga Allah permudahkan urusan kamu”.

Ini merupakan salah satu sunnah Rasulullah shallallahu


'alaihi wasallam. Sebagai contoh ketika sedang berbincang untuk
membeli unta Jabir bin ‘Abdullah radhiallahu 'anh, Rasulullah
bertanya dan berdoa,

ِ
َ َ‫أَتَبِيعُنِ ِيه بِ َك َذا َوَك َذا؟ َوهللاُ يَ ْغف ُر ل‬
.‫ك‬
Apakah kamu mahu menjualnya dengan sekian-sekian
harga? Semoga Allah mengampunkan bagi kamu.40

Dalam sebuah hadis lain, Rasulullah shallallahu 'alaihi


wasallam bersabda,

‫ت ِمْن َها َما‬ ٍ ِ‫بَْي نَا أ َََن ََنئِم رأَيْتُِّن َعلَى قَل‬
ُ ‫ فَنَ َز ْع‬،‫يب َعلَْي َها َدلْ ٌو‬ ٌَ
،‫ي َوِِف نَ ْز ِع ِه‬
ِ َْ‫وِب أ َْو َذنُوب‬ ِ ‫ ُْثَّ أَخ َذها ابن أَِِب قُحافَةَ فَنَ ز‬.‫َشاء هللا‬
ً ُ‫ع ِبَا َذن‬
ََ َ ُْ َ َ ُ َ
.‫ف‬ ِ
ٌ ‫ض ْع‬
َ ُ‫َوهللاُ يَ ْغف ُر لَه‬
40
Sahih: Sebahagian daripada hadis panjang yang dikeluarkan oleh
Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 2667/715 (Kitab al-Ridha’, Bab disukai
menikah wanita dara).
80
Ketika aku sedang tidur, aku bermimpi berada di tepi
sebuah perigi yang ada timbanya. Lalu aku menimba
daripadanya sekadar apa yang Allah kehendaki. Kemudian (Abu
Bakar) ibn Quhaifah menimba daripadanya satu atau dua timba
dengan susah payah, semoga Allah mengampunkan baginya.

‫ فَلَ ْم أ ََر َعْب َق ِرًَّي ِم َن‬.‫اب‬


ِ َّ‫اْلَط‬
ْ ‫َخ َذ َها ابْ ُن‬
َ ‫ فَأ‬،‫ت َغ ْرًِب‬
ْ َ‫استَ َحال‬
ْ َّ‫ُْث‬
.‫َّاس بِ َعطَ ٍن‬ ِ َّ‫اْلَط‬
ْ ‫ع عُ َمَر بْ ِن‬ ِ ‫الن‬
ُ ‫ب الن‬َ ‫ضَر‬َ ‫ َح ََّّت‬،‫اب‬ َ ‫َّاس يَْن ِزعُ نَ ْز‬
Kemudian timba itu berubah menjadi besar lalu diambil
oleh (‘Umar) bin al-Khaththab. Aku tidak pernah melihat
sesiapa di kalangan manusia yang lebih hebat menimba air
sebagaimana ‘Umar bin al-Khaththab menimba air, sehingga
orang ramai berkerumun di situ (untuk minum air).41

41
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
4405/2392 (Kitab Fadha’il al-Shohabah, Bab antara keutamaan ‘Umar bin al-
Khaththab).
81
Soalan: Apakah Syarat-Syarat Ketika Berdoa?

Jawapan:

Syarat-syarat ketika berdoa dapat dirujuk kepada firman


Allah Subhanahu wa Ta'ala,

‫ َوََل تُ ْف ِس ُدوا‬.‫ين‬ ِ ُّ ‫ضُّر ًعا َو ُخ ْفيَ ًة إِنَّهُ ََل َُِي‬


َ ‫ب الْ ُم ْعتَد‬ َ َ‫ْادعُوا َربَّ ُك ْم ت‬
َِّ ‫ض ب ع َد إِص ََل ِحها وادعوه خوفًا وطَمعا إِ َّن ر ْْحت‬
ٌ ‫اَّلل قَ ِر‬
‫يب‬ َ َ َ ً َ َ ْ َ ُ ُ ْ َ َ ْ ْ َ ِ ‫ِِف ْاْل َْر‬
.‫ي‬ ِِ ِ
َ ‫م َن الْ ُم ْحسن‬
Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri
dan secara perlahan lagi tersembunyi. Sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan
janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah
menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan
berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau
tidak diterima) dan juga dengan perasaan mengharapkan
(supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada
orang-orang yang memperbaiki amalannya. [al-A’raaf 7:55-56]

Marilah kita mengkaji ayat ini secara mendalam. Allah


82
Subhanahu wa Ta'ala menyuruh kita berdoa dengan,

• …merendah diri…

Syarat yang pertama ialah berdoa kepada Allah


Subhanahu wa Ta'ala dengan perasaan dan sikap merendah diri.
Ini adalah penting kerana kita sebagai makhluk yang serba hina,
kekurangan dan sangat berhajat sedang memohon kepada Tuhan
yang Maha Mulia (al-Karim), Maha Memberi (al-Wahhab), tidak
terhitung khazanah-Nya (al-Ghani), yang bergantung kepada-Nya
segala sesuatu (al-Shomad) dan Maha Memakbulkan (al-Mujib)
semudah berkata “Jadilah, maka menjadilah ia” (Kun, fa ya kun).

• …secara perlahan lagi tersembunyi…

Syarat yang kedua ialah berdoa secara perlahan dan


tersembunyi. Para imam tafsir menjelaskan bahawa perkataan
(ً‫ ) ُخ ْفيَة‬bermaksud perlahan, tersembunyi atau secara rahsia.

Berdoa secara perlahan ialah dengan suara yang hanya


boleh didengar oleh diri sendiri. Kemudian berdoalah secara
rahsia atau tersembunyi, bukan di hadapan khalayak ramai. Inilah
cara berdoa yang dilakukan oleh Nabi Zakaria ‘alaihis salam
83
sehingga Allah Subhanahu wa Ta'ala merakamkannya dalam al-
Qur’an,

‫ إِ ْذ ََن َدى َربَّهُ نِ َد ًاء‬.‫ك َعْب َدهُ َزَك ِرََّي‬ ِ ‫ ِذ ْكر ر ْْح‬.‫كهيعص‬
َ ِِ‫ت َرب‬ ََ ُ
.‫َخ ِفيًّا‬
Kaaf Haa Yaa 'Ain Shaad. Inilah kisah rahmat Tuhan
kamu kepada hamba-Nya, Zakaria. Iaitu tatkala dia berdoa
kepada Tuhan-nya dengan suara yang lembut lagi tersembunyi.
[Maryam 19:1-3]

Berdoa secara perlahan dan tersembunyi merupakan


tatacara asas berdoa meliputi semua suasana. Dalam beberapa
suasana terpencil, boleh berdoa secara kuat di hadapan khalayak
ramai jika ada keperluan demi kemaslahatan umum. Dalam
sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, baginda pernah
berdoa secara kuat di khalayak ramai, seperti doa dalam khutbah
Jumaat dan doa qunut nazilah bagi menghancurkan musuh-
musuh Islam. Selain itu sunnah baginda ialah berdoa secara
perlahan dan tersembunyi. Perkara ini akan dikupas lebih lanjut
dalam soal jawab akan datang, insyaAllah.
84
Berdoa secara kuat di khalayak ramai jangan dilakukan
secara tetap atau kerap kerana dibimbangi orang ramai akan
menganggap itulah tatacara asas dalam berdoa sehingga
mengabaikan firman Allah dalam ayat 55-56 surah al-A’raaf.
Selain itu dikhuatiri melazimi doa secara kuat di khalayak ramai
termasuk dalam kategori melampaui batas dan melakukan
kerosakan di bumi sebagaimana yang akan dijelaskan seterusnya.
Maka atas dasar taqwa kepada Allah, hendaklah dijauhi doa
secara kuat di khalayak ramai melainkan benar-benar perlu.

• Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang


yang melampaui batas.

Sesunguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui


batas dalam semua urusan agama, termasuklah dalam urusan
berdoa.

Selari dengan konteks ayat, melampaui batas dalam


urusan berdoa ialah melazimi apa-apa cara berdoa yang
menyelisihi perintah merendahkan diri dan secara perlahan lagi
tersembunyi.

85
Melampaui batas dalam berdoa boleh berlaku dalam
bentuk permintaan yang tidak munasabah, seperti berdoa
meminta kehidupan yang kekal, menjadi seorang Nabi atau
menjadi jutawan tanpa berusaha.

Melampaui batas dalam berdoa boleh juga berlaku dalam


bentuk permintaan yang rumit atau cerewet, seperti meminta itu
dan ini di dalam syurga padahal diri sendiri belum tentu layak
memasuki syurga. Dalam sebuah hadis, Abdullah bin Mughaffal
radhiallahu 'anh pernah mendengar anaknya berdoa,

!‫اِلَن َِّة إِذَا َد َخْلتُ َها‬


ْ ‫ي‬ ِ ِ‫ض َع ْن ََي‬
َ َ‫صَر ْاْلَبْي‬ ْ ‫اللَّ ُه َّم إِِِّن أ‬
َ ُ‫َسأَل‬
ْ ‫ك الْ َق‬
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau
sebuah istana putih di sebelah kanan syurga apabila aku
memasukinya!

Maka Abdullah menegur anaknya,

ِ ِِ
‫ول‬
َ ‫ت َر ُس‬ ُ ‫اِلَنَّ َة َوتَ َع َّو ْذ بِه م ْن النَّا ِر فَِإِِّن ََس ْع‬
ْ َ‫اَّلل‬
َّ ‫ّن َس ْل‬ ََُّ‫َي ب‬
ْ‫أ‬
‫ول إِنَّهُ َسيَ ُكو ُن ِِف َه ِذ ِه ْاْل َُّم ِة قَ ْوٌم يَ ْعتَ ُدو َن‬
ُ ‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم يَ ُق‬
َّ ‫صلَّى‬ َِّ
َ ‫اَّلل‬

86
.‫ُّع ِاء‬
َ ‫ِِف الطَّ ُهوِر َوالد‬
Wahai anakku, mintalah kepada Allah syurga dan
perlindungan-Nya daripada neraka. Ini kerana sesungguhnya
aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah
bersabda, “Sesungguhnya akan datang pada umat ini satu
kaum yang melampaui batas dalam bersuci dan berdoa”. 42

• Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi …

Apabila membaca ayat-ayat al-Quran yang melarang


berbuat kerosakan di bumi, maksudnya bukanlah kerosakan alam
sekitar tetapi kerosakan dalam bentuk kafir kepada Allah dan
berbuat maksiat, yakni derhaka dengan melanggar perintah serta
larangan-Nya.

Ayat …janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi…


pertama kali disebut dalam al-Qur’an pada ayat 11 surah al-
Baqarah,

42
Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan ia dinilai
sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 88/96 (Kitab al-
Thaharah, Bab melampaui batas dalam penggunaan air).
87
.‫صلِ ُحو َن‬ ِ ‫َوإِ َذا قِيل ََلُْم ََل تُ ْف ِس ُدوا ِِف ْاْل َْر‬
ْ ‫ض قَالُوا إََِّّنَا ََْن ُن ُم‬ َ
Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah
kamu membuat bencana dan kerosakan di bumi”, mereka
menjawab: “Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya
membuat kebaikan.” [al-Baqarah 2:11]

Apabila menjelaskan ayat di atas, Ibn Katsir rahimahullah


mengemukakan penjelasan ‘Abdullah ibn ‘Abbas, ‘Abdullah ibn
Mas’ud dan daripada sejumlah para sahabat Rasulullah
(‫)وعنًأناسًمنًأصحابًرسولًهللا‬, semoga Allah meredai mereka semua,
bahawa maksud kerosakan itu ialah kekafiran dan perbuatan
maksiat (‫ًوالعملًبالمعصية‬،‫)الفسادًهوًالكفر‬.

Dijelaskan lagi maksud ayat tersebut,

‫ وكان فسادهم ذلك‬،‫تعصوا ِف اْلرض‬ُ ‫ َل‬:‫يعّن‬


‫معصية هللا؛ ْلنه من عصى هللا ِف اْلرض أو أمر ِبعصية‬
‫ فقد أفسد ِف اْلرض؛ ْلن صَلح اْلرض والسماء‬،‫هللا‬
.‫ِبلطَّاعة‬
Yakni, jangan berbuat maksiat di bumi. Kerosakan
88
yang mereka lakukan itu sebenarnya satu kemaksiatan kepada

Allah, kerana sesiapa yang bermaksiat kepada Allah di bumi

atau menyuruh kepada kemaksiatan kepada Allah, dia

sebenarnya berbuat kerosakan di bumi. Sementara kesolehan

di bumi dan langit adalah dengan berbuat taat (kepada Allah).

Oleh itu apabila Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman Dan


janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi … dalam konteks
ayat yang menerangkan syarat-syarat berdoa, ia bermaksud
janganlah bermaksiat kepada Allah dengan sengaja melanggar
perintah berdoa secara merendah diri, perlahan lagi tersembunyi.

Dengan itu juga berdasarkan firman Allah ini, penulis ingin


mengajak para pembaca merenung dengan fikiran yang terbuka,
apakah perbuatan berdoa secara megah dan kuat di majlis-majlis
dan konsert-konsert selawat yang lazim berlaku di Malaysia satu
kebaikan atau kerosakan di bumi?

• …sesudah Allah menyediakan segala yang membawa


kebaikan padanya.

Kebaikan yang disediakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala

89
adalah dengan pengutusan Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam dan penurunan al-Qur’an.

Sudah dijelaskan di atas bahawa kerosakan di bumi ialah


perbuatan maksiat kepada Allah sementara kebaikan di bumi
ialah perbuatan taat kepada Allah. Maka dalam ayat ini Allah
melarang manusia melakukan maksiat kepada-Nya sesudah Dia
mengutuskan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan
menurunkan al-Qur’an kepadanya.

Dalam konteks berdoa, ia bermaksud janganlah kalian


berdoa mengikut sesuka hati sesudah Allah mengutuskan
Rasulullah dan menurunkan al-Qur’an bagi menenerangkan cara
sebenar berdoa kepada-Nya.

• …dan berdoalah kepada-Nya dengan perasaan bimbang


(kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan
mengharapkan (supaya makbul).

Senada dengan ayat ini adalah firman Allah Subhanahu wa


Ta'ala tentang adab berdoa para Nabi dan Rasul-Nya,

90
ِ ‫اْلْي‬
‫ات َويَ ْدعُونَنَا َر َغبًا َوَرَهبًا َوَكانُوا لَنَا‬ ِ ِ َّ ِ
َ َْْ ‫إَّنُْم َكانُوا يُ َسارعُو َن ِف‬
.‫ي‬ ِِ
َ ‫َخاشع‬
Sesungguhnya mereka (para Nabi dan Rasul) sentiasa
berlumba-lumba membuat kebaikan, dan sentiasa berdoa
kepada kami dengan penuh harapan serta cemas; dan mereka
pula sentiasa khusyuk kepada Kami. [al-Anbiya’ 21:90]

Sebagaimana seekor burung terbang dengan kedua


sayapnya sekali gus, demikianlah juga manusia apabila
berinteraksi dengan Allah, hendaklah dilengkapi dengan dua
perasaan yang wujud sekali gus, yakni berharap dan bimbang.
Tidak boleh ditinggalkan satu atau kedua-dua perasaan ini,
sebagaimana burung tidak dapat terbang dengan sebelah sayap
atau tanpa kedua-duanya.

Justeru dalam beribadah, bersangka, beringat (zikir) dan


berdoa kepada Allah, hendaklah hadir dalam dirinya perasaan
berharap dan bimbang. Dalam konteks berdoa, hendaklah hadir
perasaan berharap agar doanya dimakbulkan, namun pada waktu
yang sama bimbang andai doanya tidak dimakbulkan di dunia ini.
91
Perasaan ini memang sukar hendak dihadirkan dalam diri
seseorang, melainkan apabila dia berdoa secara merendah diri,
perlahan dan tersembunyi.

Di sini timbul soalan, bukankah Allah telah menjanjikan


bahawa semua doa akan dimakbulkan? Maka kenapa perlu
berdoa dengan perasaan bimbang doa tersebut tidak akan
dimakbulkan?

Dijawab, bahawa janji Allah adalah benar dan kita


hendaklah yakin dengan janji tersebut. Namun tidak boleh
terlebih yakin (over confident) kerana boleh jadi wujud sebab-
sebab lain yang mengurangi kadar kemakbulan doa seperti tiada
persiapan sebelum berdoa, doa yang tidak menepati syarat-
syaratnya atau doa yang tidak selari dengan adab-adab yang
dianjurkan. Adab-adab berdoa yang dianjurkan akan dijelaskan
dalam soal-jawab seterusnya insyaAllah.

Oleh kerana itu kita dapati Rasulullah shallallahu 'alaihi


wasallam sendiri berlindung daripada doa yang tidak didengar
meskipun baginda sangat arif tentang adab-adab berdoa. Ini

92
menunjukkan baginda tidak terlebih yakin bahawa doanya akan
dimakbulkan. Abu Hurairah radhiallahu 'anh menceritakan,

ُ ‫صلَّى َعلَْي ِه َو َسلَّ َم يَ ُق‬


:‫ول‬ َ ‫ول‬
ُ ‫َكا َن َر ُس‬
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lazim berdoa,

ٍ ‫ وِم ْن قَ ْل‬،‫ ِم ْن ِعْل ٍم ََل يَْن َف ُع‬،‫ك ِمن ْاْل َْربَ ِع‬
‫ب‬ ِ ِِ َّ
َ َ َ ‫الل ُه َّم إ ِّن أَعُوذُ ب‬
.‫ َوِم ْن ُد َع ٍاء ََل يُ ْس َم ُع‬،‫س ََل تَ ْشبَ ُع‬
ٍ ‫ َوِم ْن نَ ْف‬،‫ََل ََيْ َش ُع‬
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau
daripada empat perkara, daripada ilmu yang tidak bermanfaat,
daripada hati yang tidak khusyuk, daripada jiwa yang tidak
berasa puas dan daripada doa yang tidak didengar.”43

• Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-


orang yang memperbaiki amalannya.

Muhsinin berasal daripada kata dasar ihsan, bermaksud


orang yang berbuat baik melebihi kadar kebiasaan. Ia juga

43
Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan ia dinilai
sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 1324/1548
(Kitab al-Sholat, Bab tentang doa perlindungan).
93
bermaksud orang yang sentiasa berusaha memperbaiki amalan-
amalannya. Maka dalam rangkap di atas, Allah Subhanahu wa
Ta'ala menerangkan bahawa rahmat-Nya dekat kepada orang-
orang yang berbuat ihsan dalam semua urusan termasuklah
dalam urusan doa.

Sesiapa yang berdoa sebagaimana yang dijelaskan dalam


ayat 55-56 surah al-A’raaf atau berusaha memperbaiki amalan
doanya daripada kebiasaan masyarakat kepada apa yang
menepati ayat 55-56 surah al-A’raaf, maka rahmat Allah amatlah
dekat kepadanya.

94
Soalan: Bolehkah Doa Secara Berjemaah?

Jawapan:44

Bagi menjawab soalan ini, marilah kita mengkaji beberapa


hadis yang seolah-olah menunjukkan Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam berdoa secara berjemaah. Maksud doa secara jemaah
ialah doa itu dipimpin atau diimami oleh seseorang sementara
orang ramai mengangkat kedua tangan dan mengaminkannya.

Hadis # 1: Qunut Nazilah

Disunnahkan qunut nazilah bagi mendoakan keselamatan


umat Islam yang dizalimi dan kehancuran ke atas musuh Islam
yang menzalimi itu. Qunut nazilah dilaksanakan dalam solat-solat
fardhu, baik berseorangan mahupun berjemaah, pada rakaat
terakhir setelah iktidal sebelum turun sujud. Qunut nazilah dibaca
hanya apabila perlu, dibaca secara kuat (jahr) dalam bahasa Arab

44
Pembaca yang melompat terus ke soal jawab ini diminta menyemak
dengan teliti soal jawab Apakah Syarat-Syarat Ketika Berdoa?
95
oleh imam jika solat berjemaah dan diaminkan oleh makmum.

Terdapat banyak hadis yang menerangkan qunut nazilah


oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, salah satu
daripadanya adalah sebagaimana keterangan ‘Abdullah ibn
‘Abbas radhiallahu 'anhuma,

‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َش ْهًرا ُمتَ تَابِ ًعا ِِف الظُّ ْه ِر‬
َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬
َ ‫اَّلل‬ ُ ‫ت َر ُس‬ َ َ‫قَن‬
‫ص ََل ٍة إِذَا قَ َال‬ ُّ ‫ص ََل ِة‬ ِ ِ ِ
َ ‫الصْب ِح ِِف ُدبُِر ُك ِِل‬ َ ‫ص ِر َوالْ َم ْغ ِرب َوالْع َشاء َو‬ ْ ‫َوالْ َع‬
‫َحيَ ٍاء ِم ْن بَِّن ُسلَْي ٍم‬ ِ ِ َّ ‫ْح َده ِمن‬
ْ ‫الرْك َعة ْاْلخَرِة يَ ْدعُو َعلَى أ‬
ِ ِ َّ ‫ََِسع‬
ْ ُ َ ‫اَّللُ ل َم ْن‬ َ
.ُ‫صيَّةَ َويُ َؤِِم ُن َم ْن َخْل َفه‬
َ ُ‫َعلَى ِر ْع ٍل َوذَ ْك َوا َن َوع‬
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah qunut
selama sebulan, berturut-turut dalam solat Zohor, Asar,
Maghrib, Isyak dan Subuh pada akhir setiap solat, yakni (setelah
membaca) “Sami Allahu liman hamidah” pada rakaat terakhir.
Baginda mendoakan kehancuran ke atas perkampungan Bani
Sulaim, Ri’li dan Zakwan, lalu diaminkan oleh para jemaah di
belakangnya.45

45
Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan dinilai hasan
96
Hadis # 2: Doa Khutbah Jumaat

‫ َرأَى بِ ْشَر بْ َن َم ْرَوا َن َعلَى الْ ِمْن َِِب‬:‫َع ْن عُ َم َارَة بْ ِن ُرَؤيْبَةَ قَ َال‬
ِ ْ َ‫اَّلل َهات‬
!‫ي الْيَ َديْ ِن‬ ِ ِ
َُّ ‫َراف ًعا يَ َديْه فَ َق َال قَبَّ َح‬
Daripada ‘Umarah bin Ru’aibah, dia berkata, “Aku
melihat Bisyir bin Marwan (berdoa) di atas mimbar dengan
mengangkat kedua tangannya.” Maka dia berkata, “Semoga
Allah memburukkan kedua tangan itu!

ُ ‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َما يَِز‬


‫يد َعلَى أَ ْن‬ َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬
َ ‫اَّلل‬ َ ‫ت َر ُس‬ ُ ْ‫لََق ْد َرأَي‬
ِ َ ‫ي ُق‬
.‫صبَعِ ِه الْ ُم َسبِِ َح ِة‬ َ ‫ول بِيَد ِه َه َك َذا َوأ‬
ْ ِِ‫َش َار ِب‬ َ
Demi sesunguhnya aku melihat Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam (apabila berdoa di atas mimbar) tidak
menambah apa-apa setelah memberi isyarat dengan jarinya.”
Lalu ‘Umarah mengisyaratkan dengan jari telunjuknya.”46

oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 1231. Sementara
Syu’aib al-Arna’uth menilai sanadnya sahih dalam semakannya ke atas Sunan
Abu Daud, hadis no.: 1443 (Kitab al-Sholat, Bab qunut dalam solat-solat).
46
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
1443/874 (Kitab al-Jumu’ah, Bab meringankan solat dan khutbah).
97
Dalam hadis di atas, seorang sahabat Rasulullah bernama
‘Umarah bin Ru’aibah radhiallahu 'anh menegur khatib yang
berdoa di atas mimbar dengan mengangkat kedua tangannya.
Perkara ini berlaku selepas kewafatan Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam. Beliau menjelaskan bahawa Rasulullah apabila
berdoa di atas mimbar ketika khutbah, tidak mengangkat kedua
tangannya melainkan memberi isyarat dengan jari telunjuk
sahaja.

Hadis ini walaupun berbicara tentang kedudukan tangan


khatib, menunjukkan bahawa Rasulullah pernah berdoa apabila
di atas mimbar ketika khutbah.

Penjelasan Tambahan: Hadis ini mengajar kita apabila


khatib berdoa di atas mimbar ketika khutbah, tidak disunnahkan
mengangkat kedua tangan, baik bagi khatib mahupun para
jemaah. Demikian juga, tidak disunnahkan bagi para jemaah
menyebut “amin” secara kuat apabila khatib berdoa. Hendaklah
menyebut “amin” dalam diri sendiri atau tanpa mengeluarkan
suara (sirr). Ini kerana ketika khatib berkhutbah, termasuk berdoa
semasa khutbah, para jemaah hendaklah diam dan memberi
98
perhatian sepenuhnya. Tentang ini, Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda,

‫ت‬َ‫ص‬ َ ْ‫استَ َم َع َوأَن‬


ْ َ‫اِلُ ُم َع َة ف‬
ْ ‫وء ُْثَّ أَتَى‬ َ‫ض‬ ُ ‫َح َس َن الْ ُو‬ ْ ‫ضأَ فَأ‬َّ ‫َم ْن تَ َو‬
ِ
‫صى فَ َق ْد‬ َ َ‫اِل‬
ْ ‫س‬ َّ ‫اِلُ ُم َع ِة َوِزََي َدةُ ثَََلثَِة أ َََّيٍم َوَم ْن َم‬
ْ ‫ي‬ َ َْ‫غُفَر لَهُ َما بَْي نَهُ َوب‬
.‫لَغَا‬
Sesiapa yang mengambil wudhu’ lalu memperbaguskan
wudhu’nya, kemudian datang menghadiri solat Jumaat lalu
mendengar khutbah serta diam (memberi perhatian
sepenuhnya), diampunkan baginya (dosa-dosa) di antara
Jumaat itu dan Jumaat akan datang serta ditambah tiga hari
lagi. Sementara sesiapa yang bermain-main kerikil (ketika
khutbah), maka dia telah melakukan perkara sia-sia (yang
mengurangi pahala Jumaatnya).47

47
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
1419/857 (Kitab al-Jumu’ah, Bab keutamaan orang yang mendengar dan diam
ketika khutbah).
99
Hadis # 3: Solat Istisqa’

Apabila musim kemarau melanda, disunnahkan


melaksanakan solat sunat Istisqa’. Solat ini dilaksanakan di
tempat terbuka, sebanyak 2 rakaat dengan bacaan yang kuat
(jahr) dan tidak didahului oleh azan mahupun iqamat. Pada rakaat
pertama terdapat tujuh takbir sementara pada rakaat kedua
terdapat lima takbir, seperti mana solat Hari Raya. Khutbah dan
doa meminta hujan boleh dilakukan sebelum atau selepas solat
Istisqa’. ‘A’isyah radhiallahu 'anha menerangkan,

‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم قُ ُحو َط الْ َمطَ ِر‬


َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬ ِ ‫َش َكا النَّاس إِ ََل رس‬
َ ‫اَّلل‬ َُ ُ
.‫َّاس يَ ْوًما ََيُْر ُجو َن فِ ِيه‬
َ ‫صلى َوَو َع َد الن‬
َّ َ ‫فَأ ََمر ِبِِْن ٍَِب فَو ِض َع لَهُ ِِف الْ ُم‬
ُ َ
Orang ramai merungut kepada Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam mengenai ketiadaan hujan. Maka baginda
memerintahkan agar disiapkan sebuah mimbar dan diletakkan
di tanah lapang (untuk dikerjakan solat secara berjemaah) dan
ditetapkan kepada orang ramai satu hari untuk keluar bersama-
sama (bagi mengerjakan solat berjemaah).

100
ِ ِ ِ َّ ‫اَّلل صلَّى‬ ِ ُ ‫فَخرج رس‬
‫ب‬ُ ‫ي بَ َدا َحاج‬ َ ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم ح‬ َ َّ ‫ول‬ ُ َ َ ََ
َِ ‫اَّلل علَي ِه وسلَّم و‬ ِ
‫اَّللَ َعَّز‬
َّ ‫ْح َد‬ َ َ َ َ ْ َ َُّ ‫صلَّى‬ َ ‫س فَ َق َع َد َعلَى الْمْن َِِب فَ َك ََِّب‬
ِ ‫َّم‬ْ ‫الش‬
:‫َو َج َّل ُْثَّ قَ َال‬
Maka (pada hari yang telah dijanjikan) baginda keluar,
saat itu matahari sudah mula kelihatan, lalu duduk di atas
mimbar. Baginda shallallahu 'alaihi wasallam bertakbir serta
memuji Allah ‘Azza wa Jalla lalu bersabda:

‫استِْئ َخ َار الْ َمطَ ِر َع ْن إِ َِّب ِن َزَمانِِه‬ ِ ‫إِنَّ ُكم َش َكوُُت ج ْد‬
ْ ‫ب د ََي ِرُك ْم َو‬ َ َ ْْ ْ
ِ
.‫يب لَ ُك ْم‬َ ‫اَّللُ َعَّز َو َج َّل أَ ْن تَ ْد ُعوهُ َوَو َع َد ُك ْم أَ ْن يَ ْستَج‬
َّ ‫َعْن ُك ْم َوقَ ْد أ ََمَرُك ْم‬
“Sesungguhnya kalian merungut sebab keringnya
daerah kalian dan kelewatan hujan daripada musimnya yang
lazim bagi kalian, sedangkan Allah ‘Azza wa Jalla telah
memerintah kalian agar berdoa dan berjanji kepada kalian
bahawa Dia akan memakbulkan kepada kalian.”

ِِ ‫ك ي وِم‬
ِ ِ ِ َّ ‫الر ْْحَ ِن‬ ِ ِ ‫اِلم ُد ََِّّللِ ر‬
))‫الدي ِن‬ ْ َ ‫الرحي ِم َمل‬ َّ ‫ي‬َ ‫ب الْ َعالَم‬
ِ َ ْ َْ (( ‫ال‬ َ َ‫ُْثَّ ق‬
َّ ‫ََل إِلَهَ إََِّل‬
ُ ‫اَّللُ يَ ْف َع ُل َما يُِر‬
.‫يد‬
101
Kemudian baginda berdoa, “Segala puji bagi Allah, Rabb
sekian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Raja
pada Hari Pembalasan. (al-Fatihah 1:1-3) Tiada Tuhan
melainkan Allah, Tuhan berbuat apa yang dikehendaki-Nya.

َ ‫ّن َوََْن ُن الْ ُف َقَراءُ أَنْ ِزْل َعلَْي نَا الْغَْي‬


‫ث‬ َ ْ‫اَّللُ ََل إِلَهَ إََِّل أَن‬
ُّ َِ‫ت الْغ‬ َّ ‫ت‬ َ ْ‫اللَّ ُه َّم أَن‬
.‫ي‬ٍ ‫ت لَنَا قُ َّوًة وبَََل ًغا إِ ََل ِح‬ َ ْ‫اج َع ْل َما أَنْ َزل‬
ْ ‫َو‬
َ
Ya Allah, Engkaulah Allah, tiada Tuhan selain Engkau,
Engkaulah yang Maha Kaya sementara kami amat memerlukan.
Turunkanlah ke atas kami hujan dan jadikanlah apa yang
Engkau turunkan itu sumber kekuatan serta bekalan kehidupan
bagi kami sehingga ke masanya (yang Engkau tentukan).”

‫اض إِبِطَْي ِه ُْثَّ َح َّوَل‬


ُ َ‫الرفْ ِع َح ََّّت بَ َدا بَي‬ َّ ‫ُْثَّ َرفَ َع يَ َديِْه فَلَ ْم يََزْل ِِف‬
.‫ب أ َْو َح َّوَل ِرَداءَهُ َوُه َو َرافِ ٌع يَ َديِْه‬
َ َ‫َّاس ظَ ْهَرهُ َوقَل‬ ِ ‫إِ ََل الن‬
Kemudian baginda mengangkat kedua tangannya dan
berterusan mengangkatnya (kerana membaca doa itu berulang
kali) sehingga kelihatan keputihan ketiaknya. Kemudian
baginda berpusing membelakangi orang ramai (kerana

102
menghadap kiblat) dan mengalih atau memusing selendangnya
sementara tetap (berdoa) mengangkat kedua tangannya.

ِ ْ َ‫صلَّى رْك َعت‬


.‫ي‬ ِ
َ َ َ‫ُْثَّ أَقْ بَ َل َعلَى النَّاس َونََزَل ف‬
Kemudian baginda berpusing menghadap orang ramai
dan turun dari mimbar dan solat dua rakaat.48

َِّ ‫اَّلل سحابةً فَرع َدت وب رقَت ُْثَّ أَمطَرت ِبِِ ْذ ِن‬
.‫اَّلل‬ ْ َ ْ ْ ََ َ ْ َ َ َ َ َ َُّ َ‫فَأَنْ َشأ‬
Maka Allah menjadikan awan mula berkumpul, diikuti
dengan guruh dan petir, kemudian turunlah hujan dengan izin
Allah.

‫ول فَلَ َّما َرأَى ُس ْر َعتَ ُه ْم إِ ََل‬ ِ ِ


ُ ُ‫السي‬
ُّ ‫ت‬ ْ َ‫فَلَ ْم ََيْت َم ْسج َدهُ َح ََّّت َسال‬
‫ أَ ْش َه ُد‬:‫ت نَ َو ِاج ُذهُ فَ َق َال‬ ِ
ْ ‫صلَّى ا ََّّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم َح ََّّت بَ َد‬ َ ‫ض ِح‬
َ ‫ك‬
ِ
َ ‫الْك ِِن‬
َِّ ‫اَّلل علَى ُك ِل شي ٍء قَ ِدير وأَِّن عب ُد‬
.ُ‫اَّلل َوَر ُسولُه‬ َّ ‫أ‬
َْ ِ َ ٌ ْ َ ِ َ ََّ ‫َن‬
Baginda tidak kembali ke masjid sehinggalah air banyak

48
Dalam hadis lain yang lebih kuat, Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam solat dua rakaat terlebih dahulu, kemudian barulah berdoa. Sila rujuk
Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 510/556 (Kitab al-Jumu’ah ‘an Rasulullah,
Bab apa yang berkenaan Solat Istisqa’).
103
mula mengalir (di jalan-jalan). Tatkala baginda melihat orang
ramai berlumba-lumba mencari tempat berteduh, baginda
shallallahu 'alaihi wasallam ketawa sehingga ternampak gigi
gerahamnya. Maka baginda bersabda, “Aku bersaksi bahawa
Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya
aku adalah hamba Allah dan Rasul-Nya.”49

Berdoa meminta hujan boleh juga dilakukan tanpa solat


sunat 2 rakaat. Anas bin Malik radhiallahu 'anh menceritakan,

‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم فَبَ ْي نَا‬


َّ ‫صلَّى‬ َ ‫َِّب‬ ِ ِ
ِِ ‫َّاس َسنَةٌ َعلَى َع ْهد الن‬ َ ‫ت الن‬ ْ َ‫َصاب‬ َ‫أ‬
ِ
:‫ال‬ ٌّ ِ‫ب ِِف يَ ْوم َُجُ َعةٍ قَ َام أ َْعَر‬
َ ‫اِب فَ َق‬ ِ َّ ‫النَِِّب صلَّى‬
ُ ُ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم ََيْط‬ َ ُّ
Pernah pada satu tahun pada zaman Nabi shallallahu
'alaihi wasallam, orang ramai pernah ditimpa musibah

49
Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan beliau berkata, hadis ini
gharib dan sanadnya jayyid (bagus). Dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih
Sunan Abu Daud, hadis no.: 992 sementara Syu’aib al-Arna’uth turut menilai
sanadnya sebagai hasan dalam semakannya ke atas Sunan Abu Daud, hadis
no.:1173 (Kitab al-Solat, Bab mengangkat kedua tangan ketika solat Istisqa’).
Meskipun hadis ini darjatnya hasan, dalam bab ini terdapat banyak
hadis lain yang sahih darjatnya. Hadis ini menjadi pilihan kerana ia
mengandungi lafaz doa yang dibaca oleh Rasulullah.
104
(kemarau panjang). Maka ketika Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam sedang berkhutbah sempena solat Jumaat, seorang
Arab Badwi berdiri lantas berkata,

!‫اَّللَ لَنَا‬
َّ ‫ع‬ ُ َ‫اع الْعِي‬ َِّ ‫ول‬
ُ ‫ال فَ ْاد‬ َ ‫ال َو َج‬
ُ ‫ك الْ َم‬
َ َ‫اَّلل َهل‬ َ ‫ََي َر ُس‬
Wahai Rasulullah, harta benda telah binasa sementara
kaum keluarga kebuluran (kerana kemarau yang panjang).
Maka berdoalah kepada Allah untuk kami!

.‫الس َم ِاء قَ َز َع ًة‬


َّ ‫فَ َرفَ َع يَ َديِْه َوَما نََرى ِِف‬
Maka baginda mengangkat kedua tangannya (untuk
berdoa). (Pada ketika itu) kami tidak melihat satu pun awan di
langit.

ِِ ِ ِ
‫اب أ َْمثَ َال‬
ُ ‫الس َح‬َّ ‫ض َع َها َح ََّّت ََث َر‬ َ ‫فَ َوالَّذي نَ ْفسي بِيَده َما َو‬
‫ت الْ َمطََر يَتَ َح َاد ُر َعلَى ِِلْيَتِ ِه‬ ِ ِ ِْ
ُ ْ‫ ُْثَّ ََلْ يَْن ِزْل َع ْن مْن َِِبه َح ََّّت َرأَي‬.‫اِلبَ ِال‬
.‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
َّ ‫صلَّى‬َ
Maka demi Allah yang nyawaku berada di Tangan-Nya,
belumpun baginda menurunkan kedua tangannya (daripada

105
berdoa) melainkan datang awan besar semisal gunung.
Kemudian, belumpun baginda turun daripada mimbar
melainkan aku melihat hujan turun membasahi janggut
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

‫ك َوِم ْن الْغَ ِد َوبَ ْع َد الْغَ ِد َوالَّ ِذي يَلِ ِيه َح ََّّت‬ ِ


َ ‫فَ ُم ِط ْرََن يَ ْوَمنَا ذَل‬
ُّ ِ‫َعَر‬
:‫اِب أ َْو قَ َال َغ ْْيُهُ فَ َق َال‬ ِ ِ ْ
ْ ‫ك ْاْل‬َ ‫ُخَرى َوقَ َام ذَل‬ ْ ‫اِلُ ُم َعة ْاْل‬
Maka hujan turun ke atas kami hari demi hari
sehinggalah hari Jumaat yang seterusnya. Maka (ketika
Rasulullah sedang berkhutbah) berdirilah Arab Badwi itu atau
orang lain lalu berkata,

.‫اَّللَ لَنَا‬ ُ ‫َّم الْبِنَاءُ َو َغ ِر َق الْ َم‬


َّ ُ‫ال فَ ْادع‬ َِّ ‫ول‬
َ ‫اَّلل َْتَد‬ َ ‫ََي َر ُس‬
Ya Rasulullah, bangunan telah roboh dan harta benda
telah hanyut (kerana hujan yang berterusan), maka berdoalah
kepada Allah bagi kami.

‫ اللَّ ُه َّم َح َوالَْي نَا َوََل َعلَْي نَا‬:‫فَ َرفَ َع يَ َديِْه فَ َق َال‬
Maka Rasulullah mengangkat kedua tangannya dan

106
berdoa, “Ya Allah, turunkanlah hujan di sekeliling kami dan
bukannya di atas kami.”

ِ ‫السح‬ ِ ٍ ِ ِ ِِ ِ ِ
‫ت‬ ْ ‫ص َار‬ َ ‫ت َو‬ْ ‫اب إََِّل انْ َفَر َج‬ َ َّ ‫فَ َما يُشْيُ بيَده إ ََل ََنحيَة م ْن‬
‫َح ٌد ِم ْن ََن ِحيَ ٍة‬ ِ ِ ِ ْ ‫الْم ِدينَةُ ِمثْل‬
َ ‫اِلَْوبَة َو َس َال الْ َوادي قَنَاةُ َش ْهًرا َوََلْ َُي ْئ أ‬ َ َ
.‫َّث ِِب ِْلَْوِد‬
َ ‫إََِّل َحد‬
Maka belumpun baginda menunjukkan dengan
tangannya ke arah sekumpulan awan melainkan awan itu
beredar. Sementara itu kota Madinah bertukar menjadi seperti
danau dan lembah yang mengalir airnya selama sebulan.
Tidaklah datang seseorang dari mana-mana arah (ke kota
Madinah) melainkan akan bercerita tentang peristiwa hujan
lebat itu.50

50
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
881/933 (Kitab al-Jumu’ah, Bab al-Istisqa’ ketika khutbah Jumaat).
107
Hadis # 4: Perang Badar

Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anh menceritakan,

‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم إِ ََل‬


َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬ ُ ‫لَ َّما َكا َن يَ ْوُم بَ ْد ٍر نَظََر َر ُس‬
َ ‫اَّلل‬
.‫ث ِمائٍَة َوتِ ْس َعةَ َع َشَر َر ُج ًَل‬
ُ ‫َص َحابُهُ ثَََل‬
ْ ‫ف َوأ‬ ٌ ْ‫ي َوُه ْم أَل‬ ِ
َ ‫الْ ُم ْش ِرك‬
Pada hari terjadinya Perang Badar, Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam melihat kepada tentera musyrikin
dan mereka berjumlah seribu orang sementara para
sahabatnya berjumlah tiga ratus sembilan belas orang.

‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم الْ ِقْب َلةَ ُْثَّ َم َّد يَ َديِْه‬


َّ ‫صلَّى‬
َ ‫اَّلل‬
َِّ ‫فَاست ْقبل نَِِب‬
ُّ َ َ َ ْ
.‫ف بَِربِِِه‬ ِ
ُ ‫فَ َج َع َل يَ ْهت‬
Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beralih
menghadap kiblat, kemudian menadah kedua tangannya bagi
merayu kepada Tuhan-nya,

ْ ِ‫آت َما َو َع ْدتَِّن اللَّ ُه َّم إِ ْن ُْتْل‬


‫ك‬ ِ ‫َْنز ِل ما وع ْدتَِّن اللَّه َّم‬
ُ
ِ
َ َ َ ْ ْ ‫اللَّ ُه َّم أ‬
.‫ض‬ ِْ ‫صابَةَ ِم ْن أ َْه ِل‬
ِ ‫اْل ْس ََلِم ََل تُ ْعبَ ْد ِِف ْاْل َْر‬ ِ ِِ
َ ‫َهذه الْع‬
“Ya Allah, laksanakanlah bagiku apa yang Engkau
108
janjikan kepadaku. Ya Allah, berilah apa yang Engkau janjikan
kepadaku. Ya Allah, jika musnah pasukan umat Islam ini,
nescaya tidak ada lagi orang yang akan menyembah-Mu di
bumi ini.”

ِ ِ ِ ِ ِ
ُ‫ف بَِربِِه َم ًّادا يَ َديْه ُم ْستَ ْقبِ َل الْقْب لَة َح ََّّت َس َق َط ِرَد ُاؤه‬
ُ ‫فَ َما َز َال يَ ْهت‬
.‫َخ َذ ِرَداءَهُ فَأَلْ َقاهُ َعلَى َمْن ِكبَ ْي ِه‬ ِ ِ
َ ‫ فَأ َََتهُ أَبُو بَ ْك ٍر فَأ‬.‫َع ْن َمْنكبَ ْيه‬
Demikianlah baginda berterusan merayu kepada Tuhan-
nya sambil menadah kedua tangannya dengan menghadap
kiblat sehingga terjatuh selendang baginda dari bahunya. Maka
Abu Bakar datang mengambil selendang baginda itu dan
meletakkannya semula di atas bahu baginda.

َِّ ‫ َي نَِِب‬:‫ُْثَّ الْت زمه ِمن ورائِِه وقَ َال‬


ُ‫ك فَِإنَّه‬
َ َّ‫ك َرب‬
َ ُ‫اش َدت‬
َ َ‫اك ُمن‬
َ ‫اَّلل َك َف‬ َّ َ َ َ َ ْ ُ َ َ َ
.‫ك َما َو َع َد َك‬ ِ
َ َ‫َسيُ ْنج ُز ل‬
Kemudian Abu Bakar yang sentiasa mengikuti belakang
Rasulullah berkata, “Wahai Nabi Allah, kiranya sudah cukuplah
munajat anda kepada Allah kerana Dia pasti akan
melaksanakan apa yang dijanjikan-Nya kepada anda.”

109
ِ
ِِ‫اب لَ ُك ْم أ‬
‫َّن‬ ْ َ‫اَّللُ َعَّز َو َج َّل ((إِ ْذ تَ ْستَغيثُو َن َربَّ ُك ْم ف‬
َ ‫استَ َج‬ َّ ‫فَأَنْ َزَل‬
.))‫ي‬ ِِ ِ ِ ِ ٍ ْ‫ُِمِ ُّد ُكم ِِبَل‬
َ ‫ف م ْن الْ َم ََلئ َكة ُم ْردف‬ ْ
Maka Allah ‘Azza wa Jalla menurunkan ayat, (ingatlah),
ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, maka
diperkenankan bagimu (dengan firman-Nya), “Sesungguhnya
Aku akan membantu kepada kamu dengan seribu malaikat
yang datang berturut-turut”. (al-Anfaal 8:09).51

Hadis # 5: Di Arafah

Usamah bin Zaid radhiallahu 'anh berkata,

‫ات فَ َرفَ َع يَ َديِْه‬


ٍ َ‫اَّلل علَي ِه وسلَّم بِعرف‬
َ َ َ َ َ ْ َ َُّ ‫صلى‬
َّ َ ‫َِّب‬ِ َ ‫ت َرِد‬
ِِ ‫يف الن‬ ُ ‫ُكْن‬
‫اْلِطَ َام ِبِِ ْح َدى يَ َديِْه‬
ْ ‫ت بِِه ََنقَتُهُ فَ َس َق َط ِخطَ ُام َها فَتَ نَ َاوَل‬
ْ َ‫يَ ْدعُو فَ َمال‬
.‫ُخَرى‬ ِ
ْ ‫َوُه َو َراف ٌع يَ َدهُ ْاْل‬
51
Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim
dalam Shahihnya, hadis no.: 3309/1763 (Kitab al-Jihad wa al-Siyar, Bab
perutusan bantuan malaikat dalam Perang Badar dan keizinan mengambil
rampasan perang).
110
Aku pernah membonceng (di belakang) Nabi shallallahu
'alaihi wasallam di Arafah, baginda mengangkat kedua tangan
dan berdoa. Kemudian untanya condong ke sebelah dan tali
kekangnya jatuh, maka baginda mengambil tali kekang itu
dengan salah satu tangannya sedang tangannya yang lain
masih terangkat (berdoa).52

Hadis # 6: Melontar di Jamrah Pertama dan Kedua

Daripada Salim bin ‘Abdullah, bahawa (ayahnya) ‘Abdullah


ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma,

ٍ ‫اِلمرَة الدُّنْيا بِسب ِع حصي‬


‫ات ُْثَّ يُ َكِِِبُ َعلَى إِثْ ِر ُك ِِل‬ ِ
َ َ َ ْ َ َ َ ْ َْ ‫َكا َن يَ ْرمي‬
‫وم ُم ْستَ ْقبِ َل اْل ِقْب لَ ِة قِيَ ًاما طَ ِو ًيَل فَيَ ْدعُو‬
ُ ‫َّم فَيُ ْس ِه ُل فَيَ ُق‬
ٍ ‫ح‬
ُ ‫صاة ُْثَّ يَتَ َقد‬ َ َ
.‫َويَ ْرفَ ُع يَ َديِْه‬
Melontar di Jamrah al-Dunya dengan tujuh kerikil

52
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan sanadnya
dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.:
2961/3011 (Kitab Manasik al-Haj, Bab mengangkat kedua tangan apabila
berdoa di Arafah).
111
kemudian dia bertakbir setelah setiap lontaran, kemudian dia
maju sehingga sampai ke permukaan yang datar. Maka dia
berdiri menghadap kiblat dengan agak lama, lalu berdoa
dengan mengangkat kedua tangannya.

ِِ ‫ات‬
‫الش َم ِال فَيُ ْس ِه ُل‬ ِ ْ ‫ُْثَّ يَ ْرِمي‬
َ َ‫ك فَيَأْ ُخ ُذ ذ‬ َ ‫اِلَ ْمَرةَ الْ ُو ْسطَى َك َذل‬
.‫وم ُم ْستَ ْقبِ َل الْ ِقْب لَ ِة قِيَ ًاما طَ ِو ًيَل فَيَ ْدعُو َويَ ْرفَ ُع يَ َديِْه‬
ُ ‫َويَ ُق‬
Kemudian dia melontar Jamrah al-Wustho seperti itu
juga, dia mengambil jalan sebelah kiri ke dataran yang rata.
Maka dia berdiri menghadap qiblat dengan agak lama, lalu
berdoa dengan mengangkat kedua tangannya.

.‫ف ِعْن َد َها‬ ِ ِ ِِ ْ ‫ُْثَّ يَ ْرِمي‬


ُ ‫ات الْ َع َقبَة م ْن بَطْ ِن الْ َوادي َوََل يَق‬
َ َ‫اِلَ ْمَرةَ ذ‬
Kemudian dia melontar di Jamrah al-‘Aqabah dari dasar
lembah dan dia tidak berhenti di situ.

.‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم يَ ْف َع ُل‬


َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬
َ ‫اَّلل‬ َ ‫ت َر ُس‬
ُ ْ‫ َه َك َذا َرأَي‬:‫ول‬
ُ ‫َويَ ُق‬
(Setelah melakukan semua itu) dia berkata, “Beginilah
aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
melakukannya.”
112
Hadis # 7: Gerhana Matahari atau Bulan

‘Abdurrahman bin Samurah radhiallahu 'anh berkata,

‫اَّللُ َعلَْي ِه‬


َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬ِ ‫ب ي نَما أ َََن أَرِمي ِِبَسه ِمي ِِف حي ِاة رس‬
َ ‫اَّلل‬ ُ َ ََ ُْ ْ َ َْ
‫ث‬ُ ‫ت َْلَنْظَُر َّن إِ ََل َما ََْي ُد‬ُ ‫س فَنَ بَ ْذ ُْتُ َّن َوقُ ْل‬
ُ ‫َّم‬
ْ ‫ت الش‬ْ ‫َو َسلَّ َم إِ ْذ انْ َك َس َف‬
ِ ِ ِ َّ ‫اَّلل صلَّى‬ ِ ِ ِ
.‫س الْيَ ْوَم‬ ْ ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم ِِف انْك َساف الش‬
ِ ‫َّم‬ َ َّ ‫لَر ُسول‬
Aku pernah sedang bermain melontar anak panah pada
masa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila (tiba-tiba)
berlaku gerhana matahari. Lalu aku lemparkan semua alat
permainanku dan berkata, “Aku akan melihat apakah yang
dilakukan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila
berlaku gerhana matahari pada hari itu.”

‫ت إِلَْي ِه َوُه َو َرافِ ٌع يَ َديِْه يَ ْدعُو َويُ َكِِِبُ َوََْي َم ُد َويُ َهلِِ ُل َح ََّّت‬
ُ ‫فَانْتَ َهْي‬
.‫ي‬ ِ ْ َ‫ي ورَك َع رْك َعت‬
ِ ْ َ‫س فَ َقرأَ ُسورت‬ ِ ‫َّم‬
‫الش‬ ‫ن‬ ‫ع‬ ‫ي‬ِ‫جل‬
ِ
َ َ َ َ َ ْ ْ َ َ ُ
Maka setelah aku sampai ke tempat baginda, aku dapati
baginda sedang mengangkat kedua tangannya berdoa dan
melakukan takbir (mengucapkan Allahu Akbar), tahmid

113
(mengucapkan Alhamdulillah) dan tahlil (mengucapkan La ilaha
illallah) sehingga matahari terang kembali. Kemudian baginda
membaca dua surah (al-Qur’an dalam solat sunat) dua rakaat.53

Doa Nabi Musa dan Harun

Selain contoh-contoh di atas yang dipraktikkan oleh


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, ada satu lagi contoh yang
dipraktikkan oleh Nabi Musa ‘alaihis salam. Ia disebut dalam al-
Qur’an sebagai berikut,

‫ت فِْر َع ْو َن َوَم ََلَهُ ِزينَةً َوأ َْم َو ًاَل ِِف‬ َ ‫ك آتَْي‬ َ َّ‫وسى َربَّنَا إِن‬ َ ‫َوقَ َال ُم‬
‫س َعلَى أ َْم َواَلِِ ْم َوا ْش ُد ْد‬ْ
ِ ْ‫ك ربَّنَا اط‬
‫م‬ َ َ
ِ‫ضلُّوا عن سبِيل‬
َ ْ َ
ِ ‫اِلي ِاة الدُّنْيا ربَّنَا لِي‬
ُ َ َ ََْ
‫ت‬ ِ ِ ِ ِِ
ْ َ‫ قَ َال قَ ْد أُجيب‬.‫اب ْاْلَل َيم‬ َ ‫َعلَى قُلُوِب ْم فَ ََل يُ ْؤمنُوا َح ََّّت يََرُوا الْ َع َذ‬
.‫َد ْع َوتُ ُك َما‬
Dan Nabi Musa berkata (dengan berdoa), “Wahai Tuhan

53
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
1519/913 (Kitab al-Kusuf, Bab seruan kepada solat gerhana dengan “al-Solatu
Jamiah!”)
114
kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun
dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta
benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan
kami! (kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka)
akibatnya telah menyesatkan mereka daripada jalan-Mu.
Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan
meteraikanlah hati mereka, supaya dengan itu mereka tidak
akan beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi
sakitnya. Allah berfirman: "Sesungguhnya telah dikabulkan doa
kamu berdua.” [Yunus 10:88-89]

Dalam ayat di atas, hanya Nabi Musa seorang yang


berdoa, akan tetapi pada akhirnya Allah memakbulkan doa
mereka berdua. Ibn Katsir rahimahullah ketika menafsirkan ayat
ini mengemukakan pandangan sejumlah tokoh bahawa apabila
Nabi Musa berdoa, Harun telah mengaminkannya. Oleh kerana
itulah dikatakan doa mereka berdua padahal yang membaca doa
hanya seorang.

115
Kajian Dan Penelitian

Demikianlah beberapa hadis yang menjadi contoh bahawa


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam seolah-olah pernah
berdoa secara berjemaah. Marilah kita mengkaji dan meneliti
contoh-contoh tersebut.

Pertama

Hukum asal dalam berdoa ialah secara perlahan dan


tersembunyi. Sesiapa yang secara sengaja menyalahi hukum ini,
dia dianggap melampaui batas sehingga tidak disukai oleh Allah.
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

.‫ين‬ ِ ُّ ‫ضُّر ًعا َو ُخ ْفيَةً إِنَّهُ ََل َُِي‬


َ ‫ب الْ ُم ْعتَد‬ َ َ‫ْادعُوا َربَّ ُك ْم ت‬
Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri
dan secara perlahan lagi tersembunyi. Sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. [al-
A’raaf 7:55]

Malah orang yang sengaja menyalahi hukum asal ini


dianggap melakukan kerosakan di bumi. Sambungan firman Allah

116
di atas,

...‫ص ََل ِح َها‬ ِ ‫َوََل تُ ْف ِس ُدوا ِِف ْاْل َْر‬


ْ ِ‫ض بَ ْع َد إ‬
Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah
Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya…
[al-A’raaf 7:56]

Maksud ayat-ayat Allah ini telah dijelaskan dalam bab


sebelum ini.

Kedua

Berdasarkan hadis-hadis # 1 hingga # 7 di atas, Rasulullah


shallallahu 'alaihi wasallam dalam beberapa suasana pernah
berdoa di khalayak ramai, yakni tidak secara tersembunyi. Ada
kalanya baginda berdoa secara kuat (jahr) sehingga dapat
didengar lafaz doanya oleh para sahabat dan ada kalanya baginda
berdoa secara perlahan (sirr).

Apa yang baginda lakukan itu adalah selari dengan


peranannya sebagai penjelas al-Qur’an, di mana Allah Subhanahu
wa Ta'ala telah berfirman,

117
‫اختَ لَ ُفوا فِ ِيه‬ ِ ِ
َ َِِ‫اب إََِّل لتُب‬
ْ ‫ي ََلُُم الَّذي‬
ِ َ ‫وما أَنْزلْنَا علَي‬
َ َ‫ك الْكت‬ ْ َ َ ََ
.‫َوُه ًدى َوَر ْْحَةً لَِق ْوٍم يُ ْؤِمنُو َن‬
Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu
(wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menjelaskan
kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya;
dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang
yang beriman. [al-Nahl 16:64]

Maksud menjelaskan al-Qur’an ialah memperinci,


membatas dan mengecualikan sesuatu ayat al-Qur’an. Maka
perbuatan Rasulullah berdoa di khalayak ramai adalah satu
pengecualian ke atas ayat 55 surah al-A’raaf.

Ketiga

Maksud doa secara jemaah ialah doa itu dipimpin atau


diimami oleh seseorang sementara orang ramai mengangkat
kedua tangan dan mengaminkannya. Di sisi generasi Salaf, yakni
generasi awal umat Islam, konsep berjemaah dalam ibadah hanya
berlaku dalam solat. Makmum mengikuti setiap perbuatan imam
daripada Takbiratul Ihram hinggalah ke Salam. Sabda Rasulullah
118
shallallahu 'alaihi wasallam,

‫صلُّوا قِيَ ًاما فَِإ َذا‬ ِ ِ ِ ِْ ‫إََِّّنَا جعِل‬


َ ‫اْل َم ُام ليُ ْؤَُتَّ بِه فَِإ َذا‬
َ َ‫صلَّى قَائ ًما ف‬ َ ُ
َِ ‫اَّلل لِمن‬
‫ْح َدهُ فَ ُقولُوا َربَّنَا‬ ِ ِ ِ
ْ َ َُّ ‫َرَك َع فَ ْارَكعُوا َوإ َذا َرفَ َع فَ ْارفَعُوا َوإ َذا قَ َال ََس َع‬
ِ ِ ِ
‫صلُّوا‬ َ َ‫صلَّى َجال ًسا ف‬ َ ‫صلُّوا قيَ ًاما َوإِ َذا‬
َ َ‫صلَّى قَائ ًما ف‬ َ ‫اِلَ ْم ُد َوإِ َذا‬
ْ ‫ك‬ َ َ‫َول‬
.‫ََجَ ُعو َن‬
ْ ‫وسا أ‬ ً ُ‫ُجل‬
Sesungguhnya dijadikan imam hanyalah untuk diikuti.
Maka jika imam berdiri untuk solat maka kalian berdirilah untuk
solat, apabila imam rukuk maka kalian rukuklah, apabila imam
mengangkat kepada (dari rukuk) maka kaliah angkatlah kepala,
apabila imam membaca “Sami’ Allahu liman hamidah” maka
kalian jawablah “Rabbana wa lakal hamdu”, apabila imam
solat secara berdiri maka kalian solatlah secara berdiri dan
apabila imam solat secara duduk (kerana uzur) maka kalian
solatlah secara uzur, semua (hendaklah mengikuti imam).54

54
Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari
dalam Shahihnya, hadis no.: 648/689 (Kitab al-Adzan, Bab dijadikan imam
hanya untuk diikuti).
119
Adapun sebelum, selepas atau selain ibadah solat, tidak
disyari’atkan untuk berjemaah, yakni makmum mengikuti imam
atau dipimpin oleh seseorang. Oleh kerana itu jika diteliti hadis-
hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berdoa di khalayak
ramai, para sahabat radhiallahu 'anhum hanya mengaminkan doa
qunut nazilah. Ini kerana doa qunut nazilah berlaku di dalam
solat, dibaca oleh Rasulullah sebagai imam dan diaminkan oleh
para sahabat sebagai makmum.

Keempat

Jika diteliti hadis-hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi


wasallam berdoa di khalayak ramai, baik secara kuat (jahr)
mahupun perlahan (sirr), akan didapati baginda tidak menyuruh
para sahabat mengikuti dengan mengangkat kedua tangan dan
mengaminkannya. Demikian juga, kita dapati para sahabat tidak
turut mengangkat kedua tangan dan mengaminkannya. Semua ini
berlaku walaupun dalam suasana terdesak seperti Perang Badar
atau kemarau panjang.

Hendaklah diketahui bahawa hadis-hadis tersebut

120
diriwayatkan dengan sangat mendalam lagi terperinci sehingga
perbuatan yang kecil seperti mengalihkan selendang,
mengangkat selendang yang jatuh dan mencapai tali kekang
haiwan turut diceritakan. Seandainya para sahabat turut serta
berdoa bersama Rasulullah dengan mengangkat kedua tangan
dan mengaminkan, nescaya ia akan diceritakan dan ditonjolkan
dalam hadis-hadis tersebut.

Kemudian wujud pula kisah dalam al-Qur’an di mana Nabi


Musa berdoa secara berseorangan. Allah Subhanahu wa Ta'ala
tidak menceritakan bahawa Harun turut serta mengangkat kedua
tangan dan mengaminkannya. Namun pada akhirnya Allah
menerangkan bahawa Dia mengabulkan doa mereka berdua,
meskipun yang berdoa hanya seorang.

Semua ini menjadi hujah bagi pihak yang berpandangan,


apabila imam atau orang ‘alim berdoa di khalayak ramai, tidak
disunnahkan bagi orang ramai mengangkat kedua tangan dan
mengaminkannya. Memadailah imam atau orang ‘alim itu berdoa
dengan lafaz jama’ (plural), Allah mengetahui bahawa dia berdoa
bagi pihak dirinya dan orang ramai yang turut hadir saat itu.
121
Penulis mencenderungi pandangan ini.

Kelima

Sebahagian pihak lagi berpandangan, dibolehkan bagi


orang ramai mengaminkan doa apabila imam atau orang ‘alim
berdoa di khalayak ramai. Hujah mereka ialah keumuman sebuah
hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,

َّ ‫ود َعلَى َش ْي ٍء َما َح َس َدتْ ُك ْم َعلَى‬


‫الس ََلِم‬ ُ ‫َما َح َس َدتْ ُك ْم الْيَ ُه‬
.‫ي‬ِ ‫والتَّأِْم‬
َ
Tidaklah kaum Yahudi dengki kepada kalian (umat
Islam) dalam sesuatu urusan seperti mana mereka dengki
kepada kalian dalam urusan (saling) mengucapkan salam dan
amin.55

Selain itu mereka juga berhujah dengan pandangan

55
Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya dan berkata al-
Bushiri dalam Misbah al-Zujajah fi Zawa’id Ibn Majah, hadis no.: 316,
“Sanadnya sahih.” Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn
Majah, hadis no.: 846/856 (Kitab Iqamatu al-Solat wa al-Sunnah fi ha, Bab
menguatkan bacaan amin).
122
beberapa tokoh bahawa Harun telah mengaminkan doa Nabi
Musa sebagaimana yang dikemukakan oleh Ibn Katsir ketika
mentafsirkan ayat 88-89 surah Yunus.

Keenam

Kesimpulannya, dibolehkan berdoa di khalayak ramai


dengan lafaz jama’ (plural) baik secara kuat (jahr) mahupun
perlahan (sirr) selagi mana ia tidak dijadikan satu kelaziman. Ini
kerana hukum asal berdoa ialah secara perlahan lagi
tersembunyi. Dibimbangi melazimkan doa di khalayak ramai
secara kuat akan masuk dalam kategori melampaui batas dan
kerosakan di bumi yang telah diperingatkan oleh Allah
Subhanahu wa Ta'ala dalam ayat 55-56 surah al-A’raaf.

Dengan itu penulis ingin mengajak para pembaca yang


budiman sekalian menyemak semula kelaziman amalan
masyarakat yang membaca doa secara berjemaah setelah setiap
solat fardhu berjemaah dan dalam majlis-majlis. Bahkan
kelaziman itu sudah menjadi satu kemestian sehingga jika ada
solat berjemaah atau majlis yang tidak diisi dengan doa

123
berjemaah, masyarakat akan menganggap ia satu kecacatan.

Penjelasan Tambahan

Sebelum beralih ke soal jawab seterusnya, ingin


dikemukakan beberapa riwayat yang kerap dijadikan dalil dalam
persoalan doa berjemaah, namun dalam sanad atau matannya
(teks hadis) terdapat perbincangan. Berikut dikemukakan
riwayat-riwayat tersebut beserta penjelasan tentang darjatnya.

Riwayat # 1

‘Abdullah Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata,

ٍ ِ‫وم ِم ْن ََْمل‬
‫س‬ ُ ‫َو َسلَّ َم يَ ُق‬ ‫اَّللُ َعلَْي ِه‬
َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬
َ ‫اَّلل‬ ُ ‫قَلَّ َما َكا َن َر ُس‬
:‫َص َحابِِه‬ ِ ِ ‫ح ََّّت ي ْدعو ِِبؤََل ِء الد‬
ْ ‫َّع َوات ْل‬
َ َُ َ ُ َ َ
Jarang-jarang Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam
bangun (beredar) dari satu majlis melainkan baginda
mendoakan para sahabat dengan doa-doa ini,

124
‫يك‬
َ ‫اص‬ ِ ‫ول ب ي نَ نَا وبي مع‬
َ َ َ َْ َ َْ ُ ُ‫ك َما ََي‬ َ ِ‫اللَّ ُه َّم اقْ ِس ْم لَنَا ِم ْن َخ ْشيَت‬
ِ ‫ك وِم ْن الْيَ ِق‬
‫ي َما ُْتَِِو ُن بِِه َعلَْي نَا‬ ِِ ِ َ ِ‫اعت‬ ِ
َ َ َ‫ك َما تُبَ لِغُنَا به َجنَّت‬ َ َ‫َوم ْن ط‬
...‫ات الدُّنْيَا‬ ِ ‫صيب‬
ِ
َ ‫ُم‬
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami sebahagian
daripada sifat takut kepada Engkau, apa yang dapat
menghalangi kami daripada bermaksiat kepada Engkau. Dan
(sebahagian daripada sifat) taat kepada Engkau, apa yang
dengannya dapat menyampaikan kami kepada syurga Engkau,
Dan (sebahagian daripada sifat) yakin (kepada Rahmat
Engkau), apa yang dengannya dapat meringankan ke atas kami
musibah di dunia (ini)…

Ini merupakan sebahagian daripada hadis yang


dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau berkata,
Hadis ini hasan gharib. Ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam
Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3424/3502. Ia juga dinilai
hasan oleh Syu’aib al-Arna’uth dan ‘Abd al-Latheif Harzallah
dalam semakan mereka ke atas al-Jami’ al-Kabir (Sunan al-
Tirmizi), hadis no.: 3809 (Kitab al-Da’awat ‘an Rasulullah, Bab
125
menghitung tasbih dengan tangan).

Perkataan ‘Abdullah ibn ‘Umar dalam hadis di atas


menunjukkan bahawa Rasulullah lazim membaca doa di akhir
majlis. Akan tetapi hadis di atas yang darjatnya hasan tidak dapat
digunakan bagi mengecualikan keumuman firman Allah dalam
ayat 55-56 surah al-A’raaf yang darjatnya tentu sahih. Ini kerana
jika sesuatu dalil hendak digunakan bagi mengecualikan dalil lain
yang bersifat umum, hendaklah kedua-duanya berada pada tahap
kekuatan yang sama. Justeru jika hendak dikecualikan dalil al-
Qur’an yang tentunya bertaraf sahih, hendaklah digunakan dalil
hadis yang bertaraf sahih, bukannya yang lebih rendah seperti
bertaraf hasan.

Riwayat # 2

Diriwayatkan sebuah hadis bahawa,

ِ
.ُ‫ض ُه ْم إََِّل أَ َجاِبُُم هللا‬ ُ ‫ََل َُْيتَ ِم ُع َم ََلٌ فَيَ ْدعُو بَ ْع‬
ُ ‫ض ُه ْم َويُ َؤِم ُن بَ ْع‬
Tidaklah berhimpun satu kaum, lalu sebahagian mereka

126
berdoa dan sebahagian lagi mengaminkannya melainkan Allah
memakbulkan bagi mereka.

Hadis ini dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak,


hadis no.: 5478 dan al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, jld. 4,
ms. 21, hadis no.: 3536. Ia dinilai dha’if (lemah) oleh al-Albani
dalam Silsilah al-Ahadits al-Dha’ifah wa al-Maudhu’ah, hadis no.:
5968.

Meskipun al-Hataimi berkata dalam al-Majma’ al-Zawa’id,


hadis no.: 17347 bahawa “para perawi hadis ini adalah perawi
yang sahih kecuali Ibn Lahi’ah, hadisnya adalah hasan”, penilaian
beliau tidak mengambil kira kebersambungan sanad tersebut. al-
Albani menjelaskan bahawa sanad hadis tersebut terputus
(munqathi’).

Riwayat # 3

Diriwayatkan sebuah hadis bahawa,

ً‫َما َرفَ َع قَ ْوٌم أَ ُك َّف ُه ْم إِ ََل هللا تَ َع َاَل يَ ْسأَلُونَهُ َشْيئاً إَِلَّ كا َن َح ِقا‬
127
.‫ض َع ِف أَيْ ِدي ِه ُم الَّ ِذي َسأَلُوا‬
َ َ‫َعلَى هللا أَ ْن ي‬
Tidaklah satu kaum mengangkat tapak kedua tangan
mereka (berdoa) kepada Allah Ta’ala meminta sesuatu
melainkan menjadi hak Allah memperkenankan apa yang
mereka minta.

Hadis ini dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam


al-Kabir, jld. 6, ms. 312, hadis no.: 6142 dan ia dinilai dha’if
(lemah) oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Dha’ifah wa al-
Maudhu’ah, hadis no.: 5948.

Meskipun al-Hataimi berkata dalam al-Majma’ al-Zawa’id,


hadis no.: 17341 bahawa “para perawi hadis ini adalah perawi
yang sahih”, penilaian beliau tidak termasuk guru yang al-
Thabarani mengambil hadis ini daripadanya. Guru tersebut, yang
bernama Ya’qub bin Mujahid al-Misri, tidak termasuk dalam
senarai guru-guru al-Thabarani yang dinilai sahih hadis-hadisnya.

128
Riwayat # 4

Diriwayatkan sebuah hadis bahawa,

‫ عليك‬:‫أن رجَل جاء زيد بن َثبت فسأله عن شيء فقال له زيد‬


‫ فإّن بينما أَن وأبو هريرة وفَلن ِف املسجد ذات يوم ندعو هللا‬.‫أِب هريرة‬
.‫ونذكر ربنا‬
Bahawa seorang lelaki mendatangi Zaid bin Tsabit
menanyakan beliau sesuatu. Maka Zaid berkata kepadanya,
“Kamu bertanyalah kepada Abu Hurairah.” Sesungguhnya pada
saat itu aku, Abu Hurairah dan lelaki yang bertanya itu sedang
berada di masjid pada satu hari, kami sedang berdoa kepada
Allah dan berzikir mengingati tuhan kami.

‫خرج علينا رسول هللا صلى هللا عليه وسلم حَّت جلس إلينا‬
.‫ عودوا للذي كنتم فيه‬:‫ فقال‬.‫فسكتنا‬
(Kemudian) Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
keluar (dari rumahnya) ke arah kami sehingga duduk bersama
kami, maka kami terus terdiam. Baginda bersabda, “Teruskan
apa yang kalian sedang lakukan.”
129
‫ فدعوت أَن وصاحِب قبل أِب هريرة وجعل رسول‬:‫قال زيد‬
.‫هللا صلى هللا عليه وسلم يؤمن على دعائنا‬
Zaid berkata, “Maka aku dan sahabatku (lelaki yang
datang bertanya tadi) berdoa tanpa Abu Hurairah sementara
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengaminkan doa kami.

‫ اللهم إّن أسألك مثل ما سألك‬:‫ْث دعا أبو هريرة فقال‬


.‫صاحباي هذان وأسألك علما َل ينسى‬
Kemudian Abu Hurairah pula berdoa, “Ya Allah, aku
memohon kepada Engkau seperti apa yang dipohon oleh dua
sahabat aku ini dan aku memohon kepada Engkau ilmu yang
tidak dilupai.”

‫ َي رسول‬:‫ آمي فقال‬:‫فقال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬


.‫ سبقكم ِبا الغَلم الدوسي‬:‫هللا وَنن نسأل هللا علما َل ينسى! فقال‬
Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab,
“Amin.” Zaid berkata, “Wahai Rasulullah, kami juga ingin
memohon kepada Allah ilmu yang tidak dilupai!” Rasulullah

130
menjawab, “Kalian telah didahului oleh anak muda daripada
suku Daus (yakni Abu Hurairah).”

Hadis ini dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam al-Sunan al-


Kabir, hadis no.: 5839, al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no.:
6158 dan al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Ausath, hadis no.:
1228. Ia dinilai dha’if (lemah) oleh al-Albani dalam Silsilah al-
Ahadits al-Dha’ifah wa al-Maudhu’ah, hadis no.: 3848.

Riwayat # 5

Jabir bin ‘Abdullah radhiallahu 'anh berkata,

َ‫َِّب صلى هللا عليه وسلم َرقِ َي الْ ِمْن ََِب فَلَ َّما َرقِ َي الد ََّر َجة‬ َّ ‫أ‬
َّ ِ‫َن الن‬
:‫ ُْثَّ َرقِ َي الثَّالِثَةَ فَ َق َال‬،‫ي‬ ِ ِ ِ
ْ ‫ آم‬:‫ ُْثَّ َرق َي الثَّانيَةَ فَ َق َال‬،‫ي‬
ِ
ْ ‫ آم‬:‫ُوَل قَ َال‬
َ ‫اْل‬
.‫ي‬ ِ
ْ ‫آم‬
Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menaiki
mimbar. Maka tatkala menaiki anak tangga pertama baginda
mengucapkan, “Amin”. Kemudian baginda menaiki anak
tangga kedua dan mengucapkan, “Amin”. Kemudian baginda
131
menaiki anak tangga ketiga dan mengucapkan, “Amin”.

ٍ ‫ث مَّر‬
‫ات ؟‬ ِ ُ ‫اك تَ ُق‬ ِ ‫ول‬
َ َ‫هللا ََِس ْعن‬
َ َ َ‫ي ثََل‬
َ ‫ول آم‬ َ ‫ ََي َر ُس‬:‫فَ َقالُوا‬
Maka para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah,
(kenapakah) kami mendengar kamu mengatakan “Amin” tiga
kali?”

‫يل صلى هللا عليه‬ ِْ ‫ُوَل َجاءِّن ِج‬


‫ِب‬ َ ‫ْل‬ ‫ا‬ ‫ة‬
َ ‫ج‬
َ ‫َّر‬ ‫الد‬ ‫يت‬
َ
ِ‫ لَ َّما رق‬:‫قَ َال‬
ُ َ َ َ
.ُ‫ضا َن فَانْ َسلَ َخ ِمْنهُ َوََلْ يُ ْغ َف ْر لَه‬ ِ
َ ‫ َشق َي َعْب ٌد أ َْد َرَك َرَم‬:‫وسلم فَ َق َال‬
.‫ي‬ ِ ‫فَ ُقْل‬
ْ ‫ آم‬:‫ت‬ ُ
Rasulullah menjawab, tatkala aku menaiki anak tangga
pertama, Jibrail shallallahu 'alaihi wasallam datang kepada aku
dan berkata, “Celakalah hamba yang menemui bulan
Ramadhan dan keluar daripadanya sementara tidak diberikan
keampunan kepadanya (kerana masih melakukan maksiat
sepanjang bulan Ramadhan).” Maka aku berkata, “Amin.”

ْ ُ‫َح َد ُُهَا فَلَ ْم يُ ْد ِخَلَه‬


.َ‫اِلَنَّة‬ ِ ِ ِ
َ ‫ َشق َي َعْب ٌد أ َْد َرَك َوال َديْه أ َْو أ‬:‫ُْثَّ قَ َال‬
.‫ي‬ ِ ‫فَ ُقْل‬
ْ ‫ آم‬:‫ت‬ ُ
132
Kemudian (Jibrail) berkata (tatkala aku menaiki anak
tangga kedua), “Celakalah hamba yang menemui ibu dan
bapanya atau salah seorang daripada mereka berdua, lalu dia
tidak memasuki syurga (kerana menderhaki mereka).” Maka
aku berkata, “Amin.”

:‫ت‬ َ ‫ص ِِل َعلَْي‬ ِ ‫ َش ِقي عب ٌد ذُكِر‬:‫ُْثَّ قَ َال‬


ُ ‫ فَ ُقْل‬.‫ك‬ َ ُ‫ت عْن َدهُ َوََلْ ي‬
َ ْ َْ َ
.‫ي‬ ِ
ْ ‫آم‬
Kemudian (Jibrail) berkata (tatkala aku menaiki anak
tangga ketiga), “Celakalah hamba yang disebut namamu di
sisinya lalu dia tidak berselawat ke atas kamu.” Maka aku
berkata, “Amin.”56

Di atas adalah hadis sahih yang dijadikan dalil oleh

56
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, hadis
no.: 644 dan ia dinilai shahih li ghairihi oleh al-Albani dalam Shahih al-Adab
al-Mufrad, hadis no.: 501 (Bab orang yang disebut nama Nabi di sisinya lalu
tidak berselawat ke atasnya).
Juga dikeluarkan oleh Ibn Hibban dengan lafaz yang sedikit berbeza
dalam Shahihnya dan ia dinilai shahih li ghairihi oleh Syu’aib al-Arna’uth
dalam al-Ihsan fi Taqrib Shahih Ibn Hibban, hadis no.: 409 (Kitab al-Birr wa
al-Ihsan, Bab hak ibu dan bapa).
133
sebahagian pihak bagi membolehkan doa berjemaah. Kata
mereka, malaikat Jibrail berdoa dan Rasulullah mengaminkannya.

Namun jika diteliti hadis di atas, perhatikan bahawa


malaikat Jibrail ‘alaihis salam tidak berdoa tetapi membuat
kenyataan. Malaikat Jibrail tidak berdoa umpama, “Ya Allah,
celakakanlah hamba yang….”, tetapi membuat kenyataan,
“Celakalah hamba yang…”

Sebaliknya yang berdoa ialah Rasulullah seorang, yakni


apabila baginda menyebut “Amin”. Ini kerana sebutan “Amin”
adalah satu rangkap doa yang ringkas, bermaksud
“Perkenankanlah”. Ringkasnya, Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam berdoa agar kenyataan yang dibuat oleh malaikat Jibrail
menjadi benar.

Penjelasan Tambahan

Berdasarkan hadis sahih di atas, disunnahkan bagi sesiapa


yang mendengar ucapan atau kenyataan yang bagus lagi selari
dengan syari’at Islam untuk menyebut “Amin”, agar dengan itu
Allah akan menjadikan ucapan atau kenyataan itu sebagai sesuatu

134
yang benar-benar berlaku.

Riwayat # 6

Diriwayatkan sebuah hadis bahawa,

‫اَّللُ َعلَْي ِه‬


َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬
ِ ‫اِب ِمن أ َْه ِل الْب ْد ِو إِ ََل رس‬
َ ‫اَّلل‬ َُ َ ْ ٌّ ِ‫أَتَى َر ُج ٌل أ َْعَر‬
ُ َ‫ك الْعِي‬ ِ َ ‫ َي رس‬:‫اِلمع ِة فَ َق َال‬
ِ ‫اَّلل هلَ َكت الْم‬
‫ال‬ َ َ‫اشيَةُ َهل‬ َ ْ َ َّ ‫ول‬ َُ َ َ ُ ُْ ‫َو َسلَّ َم يَ ْوَم‬
!‫َّاس‬
ُ ‫ك الن‬ َ َ‫َهل‬
Seorang lelaki Arab Badwi datang kepada Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam pada hari Jumaat dan berkata,
“Wahai Rasulullah, telah rosak haiwan ternakan, kaum
keluarga dan orang ramai (kerana kemarau yang panjang)!”

‫َّاس‬ ِ َّ ِ َّ ‫اَّلل صلَّى‬ ِ ُ ‫فَرفَع رس‬


ُ ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسل َم يَ َديْه يَ ْدعُو َوَرفَ َع الن‬ َ َّ ‫ول‬ َُ َ َ
.‫أَيْ ِديَ ُه ْم َم َعهُ يَ ْدعُو َن‬
Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
mengangkat kedua tangannya berdoa dan orang ramai turut
mengangkat kedua tangan mereka bersama baginda, sama-
135
sama berdoa.

‫قَ َال فَ َما َخَر ْجنَا ِم ْن الْ َم ْس ِج ِد َح ََّّت ُم ِط ْرََن فَ َما ِزلْنَا َّنُْطَُر َح ََّّت‬
.‫ُخَرى‬ ْ ‫اِلُ ُم َعةُ ْاْل‬
ْ ‫ت‬ ْ َ‫َكان‬
Anas bin Malik berkata, maka tidaklah kami keluar dari
masjid melainkan hujan turun ke atas kami dan tidaklah hujan
itu berhenti sehinggalah hari Jumaat yang seterusnya.

َ ‫ ََي َر ُس‬:‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم فَ َق َال‬


‫ول‬ َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫الرجل إِ ََل نَِ ِِب‬
َ ‫اَّلل‬ ِ ُ ُ َّ ‫فَأَتَى‬
ِ ِ ِ َِّ
ُ ‫اَّلل بَش َق الْ ُم َساف ُر َوُمن َع الطَِّر‬
.‫يق‬
Maka datanglah seorang lelaki kepada Nabi shallallahu
'alaihi wasallam dan berkata, “Wahai Rasulullah, orang-orang
dalam perjalanan (ke Madinah) berpatah balik sementara jalan-
jalan (di Madinah) terhalang (kerana hujan lebat atau banjir).”

Hadis ini dikemukakan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya57


sebagai penjelas kepada bab “Orang ramai mengangkat kedua

57
Ia disebut sebagai hadis muallaq dan kebanyakan para peneliti
(muhaqqiq) kitab Shahih al-Bukhari tidak memberikan nombor kepada hadis-
hadis muallaq.
136
tangan mereka bersama imam dalam al-Istisqa’.”58 Hadis ini perlu
dikaji dari dua sudut:

• Sudut sanad: Sanad hadis ini dikemukakan oleh al-Bukhari


dengan lafaz “ ‫( قَا َل‬telah berkata)”, menunjukkan ia tidak
menepati syarat sahih di sisi al-Bukhari. al-Hafiz Ibn Hajar
al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari, jld. 3, ms. 469 dan Taghliq
al-Ta’liq, jld. 2, ms. 392 telah mengemukakan sanad
penuh lagi bersambung bagi riwayat ini tetapi
mendiamkan darjatnya, apakah sahih atau tidak?
• Sudut matan: Hadis ini menyendiri berbanding hadis-

58
‫اْل َم ِام ِِف ِاَل ْستِ ْس َق ِاء‬
ِْ ‫َّاس أَيْ ِديَ ُهم َم َع‬
ْ ِ ‫َِبب َرفْ ِع الن‬
al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani rahimahullah ketika mensyarahkan
tajuk ini berkata, ia menjadi hujah yang membantah mereka yang berkata
memadai imam doa berseorangan.
Saya berkata, mungkin yang benar adalah sebaliknya. Yakni apabila
al-Bukhari meletak tajuk ini namun hanya disusuli oleh hadis muallaq yang
tidak menepati syarat sahihnya. Seolah-olah al-Bukhari ingin menunjukkan
bahawa tidak ada hadis sahih dalam persoalan ini sehingga yang benar adalah
orang ramai tidak mengangkat tangan bersama imam dalam doa meminta hujan.
Ini terbukti melalui hadis-hadis doa meminta hujan yang dikemukakan oleh al-
Bukhari dalam kitab Shahihnya yang menepati syarat shahihnya, semuanya
tidak menerangkan bahawa orang ramai mengangkat tangan bersama imam
ketika berdoa.
137
hadis lain yang semisal (doa Istisqa’ di atas mimbar, ketika
sedang khutbah Jumaat) yang dikeluarkan oleh para imam
hadis dalam kitab masing-masing. Malah al-Bukhari
sendiri mengemukakan hadis tersebut dalam kitab
Shahihnya dengan kesahihan yang menepati syaratnya,
tanpa lafaz “…dan orang ramai turut mengangkat kedua
tangan mereka bersama baginda, sama-sama berdoa.”
59

Jika dalam pengkajian seseorang dia dapati hadis ini dapat


dijadikan dalil dan boleh diamalkan, maka ia hanyalah untuk doa
Istisqa’ sebagaimana bab yang diberikan oleh al-Bukhari, “Orang
ramai mengangkat kedua tangan mereka bersama Imam dalam
al-Istisqa’.” Adapun doa-doa lain, tidak boleh diqiyaskan kepada
doa Istisqa’ kerana doa adalah ibadah dan qiyas tidak boleh
dipakai bagi membuat cara ibadah yang baru.

59
Hadis yang lengkap sudah dikemukakan dalam soal-jawab ini. Sila
rujuk Shahih al-Bukhari, hadis no.: 881/933 (Kitab al-Jumu’ah, Bab al-Istisqa’
ketika khutbah Jumaat).
138
Soalan: Apakah Adab Paling Utama Ketika Berdoa?

Jawapan:

Adab paling utama ketika berdoa ialah bersangka baik


kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, meyakini kedekatan-Nya
mendengar dan mengetahui apa yang kita doakan, meyakini janji-
Nya memakbulkan dan menerima pemakbulan doa itu dalam apa
jua bentuk mengikuti kehendak dan hikmah-Nya.

Tentang bersangka baik kepada Allah, Rasulullah


shallallahu 'alaihi wasallam bersabda bahawa Allah Subhanahu
wa Ta'ala berfirman,

‫أ َََن ِعْن َد ظَ ِِن َعْب ِدي ِِب َوأ َََن َم َعهُ إِ َذا ذَ َكَرِّن فَإِ ْن ذَ َكَرِّن ِِف نَ ْف ِس ِه‬
.‫ذَ َك ْرتُهُ ِِف نَ ْف ِسي َوإِ ْن ذَ َكَرِّن ِِف َم ٍََل ذَ َك ْرتُهُ ِِف َم ٍََل َخ ٍْْي ِمْن ُه ْم‬
Aku berdasarkan sangkaan hamba-Ku kepada-Ku dan
Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku. Maka jika dia
mengingati-Ku dalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diri-
Ku. Jika dia mengingati-Ku di kalangan orang ramai, Aku
mengingatinya di kalangan yang lebih baik daripada mereka
139
(yakni para malaikat).

‫اعا‬ ِ ََّ ِ‫ل بِ ِش ٍِب تَ َقَّربت إِلَي ِه ِذراعا وإِ ْن تَ َقَّرب إ‬ ِ َ ‫وإِ ْن تَ َقَّر‬
ً ‫ل ذ َر‬ َ َ ً َ ْ ُ ْ ْ ََّ ‫ب إ‬ َ
.ً‫ت إِلَْي ِه َِب ًعا َوإِ ْن أ َََتِّن َيَْ ِشي أَتَْي تُهُ َه ْرَولَة‬
ُ ْ‫تَ َقَّرب‬
Jika dia mendekati Aku dengan sejengkal, Aku
mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati Aku sehasta, Aku
mendekatinya sedepa. Jika dia mendatangi Aku dengan
berjalan, Aku mendatanginya dengan berlari-lari kecil.60

Maka orang yang berdoa hendaklah bersangka baik


bahawa Allah mendengar doanya, memberi perhatian kepada
masalahnya dan akan memberikan (mengabulkan) apa yang
terbaik untuknya. Bahkan berdasarkan hadis di atas, hendaklah
lebih kerap dan bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah.
Janganlah dia berdoa dengan “separuh hati” atau atas sangkaan
Allah tidak mempedulikan doanya. Tegur Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam,

60
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
6856/7405 (Kitab al-Tauhid, Bab firman Allah, “Dan Allah peringatkan kamu
terhadap diri-Nya”).
140
ِ ِ ِ
َ ‫ت ْار َْحْ ِّن إِ ْن شْئ‬
‫ت‬ َ ‫َح ُد ُك ْم اللَّ ُه َّم ا ْغف ْر ِل إِ ْن شْئ‬ َ ‫ََل يَ ُق ْل أ‬
.ُ‫ت َوليَ ْع ِزْم َم ْسأَلَتَهُ إِنَّهُ يَ ْف َع ُل َما يَ َشاءُ ََل ُم ْك ِرهُ لَه‬ ِ
َ ‫ْارُزقْ ِّن إِ ْن شْئ‬
Janganlah salah seorang kalian berdoa dengan berkata,
“Ya Allah, ampunilah aku jika Engkau mahu, rahmatilah aku jika
Engkau mahu, rezekikanlah aku jika Engkau mahu”, sebaliknya
hendaklah dia bersungguh-sungguh meminta doanya.
Sesungguhnya Allah melakukan apa yang Dia kehendaki, tidak
ada paksaan bagi-Nya.61

Tentang kedekatan Allah kepada para hamba-Nya yang


berdoa dan janji-Nya memakbulkan doa, Allah Subhanahu wa
Ta'ala berfirman,

‫َّاع إِ َذا‬
ِ ‫يب َد ْع َوَة الد‬ ِ ‫وإِ َذا سأَلَك ِعب ِادي ع ِّن فَِإِّن قَ ِر‬
ُ ‫يب أُج‬
ٌ ِ َِ َ َ َ َ
ِ ‫دع‬
.‫ان‬ ََ
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu
mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): “Sesungguhnya

61
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
6923/7477 (Kitab al-Tauhid, Bab kehendak dan keinginan).
141
Aku (Allah) sentiasa dekat (kepada mereka); Aku perkenankan
permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-
Ku.” [al-Baqarah 2:186]

Maksud kedekatan Allah dalam ayat di atas ialah Allah


mendengar apa yang didoa oleh hamba-Nya dan mengetahui
masalah, cabaran serta kehendak hamba-Nya yang berdoa itu.
Tentang keyakinan Allah akan memakbulkan doa, disebut dalam
sebuah riwayat,

‫يب‬ ِ َّ ‫اَّللَ َوأَنْتُ ْم ُموقِنُو َن ِِب ِْل َجابَِة َو ْاعلَ ُموا أ‬


ُ ‫اَّللَ َلَ يَ ْستَج‬
َّ ‫َن‬ َّ ‫ْادعُوا‬
.‫ب َغافِ ٍل َلٍَه‬ ٍ ‫ُد َعاء ِم ْن قَ ْل‬
ً
Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kalian meyakini
ia akan dikabulkan. Ketahuilah bahawa Allah tidak akan
mengabulkan doa daripada hati yang lupa lagi lalai (daripada
keyakinan tersebut).62

62
-----: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata, “Hadis ini
gharib.” Ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis
no.: 3401/3479 (Kitab al-Da’awat ‘an Rasulullah, Bab tentang himpunan doa-
doa daripada Nabi).
Syu’aib al-Arna’uth dan ‘Abd al-Latheif Harzallah menerangkan
142
Allah berjanji akan memakbulkan doa para hamba-Nya,
namun pemakbulan itu adalah berdasar kehendak dan hikmah-
Nya. Ini kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala mengetahui apa yang
terbaik bagi hamba-hamba-Nya. Justeru boleh jadi Allah
memakbulkan doa itu di dunia, menangguhkannya ke Akhirat
atau menjauhkan daripada pendoa keburukan yang semisal
doanya. Tentang hal ini, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
menjelaskan,

‫س فِ َيها إِ ْْثٌ َوََل قَ ِط َيعةُ َرِح ٍم إََِّل‬ ‫ي‬َ‫ل‬ ٍ‫ما ِمن مسلِ ٍم ي ْدعو بِ َدعو‬
‫ة‬
َ َْ ُ َ ْ ُ ْ َ
ْ
ِ ‫ إِ َّما أَ ْن تُع َّجل لَه د ْعوتُه وإِ َّما أَ ْن يد‬:‫ث‬
‫َّخَرَها‬ ٍ ‫أ َْعطَاه هللا ِِبا إِح َدى ثَََل‬
َ َُ َ َُ َ َ ْ َ ُ ُ
!‫ إِ ًذا نُ ْكثُِر‬:‫ قَالُوا‬.‫وء ِمثْلَ َها‬ ِ ‫الس‬ُّ ‫ف َعْنهُ ِم َن‬ ِ
ْ َ‫لَهُ ِِف ْاْلخَرِة َوإِ َّما أَ ْن ي‬
َ ‫ص ِر‬
.‫ هللاُ أَ ْكثَ ُر‬:‫قَ َال‬
Tidaklah seorang muslim berdoa dengan satu doa yang
dalamnya tidak terkandung permintaan yang berdosa mahupun
yang memutuskan silaturahim melainkan Allah akan

bahawa sanad hadis ini adalah dha’if jiddan. Bagi hadis ini ada jalan
periwayatan yang lain, namun ia dha’if juga. Rujuk keterangan mereka dalam
al-Jami’ al-Kabir (nama lain bagi Sunan al-Tirmizi), hadis no.: 3785.
143
memberikan kepadanya salah satu daripada tiga hal, sama ada
disegerakan baginya pemakbulan doanya (di dunia), atau
ditangguhkan (pemakbulan doanya sehingga ke) Hari Akhirat
atau dijauhkan daripadanya keburukan (mudarat, bencana
atau musibah) yang semisal doanya.

Para sahabat berkata, “Jika begitu kami akan


memperbanyakkan doa!”

Rasulullah menjawab, “(Teruskan kerana) Allah lebih


banyak pemberian-Nya.”63

Tentang memakbulkan di dunia, Allah boleh


memakbulkannya serta merta dengan hanya berfirman
“Jadilah!”, maka akan menjadilah apa yang didoakan oleh hamba-
Nya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

63
Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya dan sanadnya
dinilai jayyid (baik) oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakannya dalam
semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 11133. Dikemukakan oleh
Musthafa bin al-Adawi dalam bukunya Fiqh al-Doa (edisi terjemahan oleh
Hisyam Ubaidillah dan Fachrijal Umar atas judul Fikih Doa; Darus Sunnah
Press, Jakarta, 2015), ms. 150 dan beliau menilai sanadnya sebagai hasan.
144
َ ‫إََِّّنَا أ َْم ُرهُ إِ َذا أ ََر َاد َشْي ئًا أَ ْن يَ ُق‬
.‫ول لَهُ ُك ْن فَيَ ُكو ُن‬
Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia
mengkehendaki sesuatu, Dia hanyalah berkata “Jadilah!”, maka
terjadilah ia. [Yasin 36:82]

Namun ada kalanya Allah menangguhkan pemakbulan


doa tersebut hingga ke satu masa tertentu di dunia, sesuai
dengan kehendak dan hikmah-Nya. Perhatikan bagaimana Nabi
Ya’kub ‘alaihis salam berdoa meminta pertolongan Allah
mengembalikan anaknya Yusuf yang hilang ketika umur kecil.
Allah hanya memakbulkan doanya dengan mengembalikan Yusuf
ketika sudah berumur dewasa. Ini tentu satu penangguhan yang
lama. Kisah ini boleh dibaca dalam al-Qur’an, dalam suruh Yusuf.

Termasuk dalam keyakinan kepada Allah, adalah bahawa


di sisi Allah jualah segala khazanah, baik ia merupakan kekayaan,
kesihatan, kebahagiaan dan apa jua yang diingini oleh manusia.
Namun Allah menurunkannya dan memberikannya kepada para
hamba-Nya mengikut kadar ukuran tertentu, sesuai dengan
keadaan setiap hamba. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

145
.‫َوإِ ْن ِم ْن َش ْي ٍء إََِّل ِعْن َد ََن َخَزائِنُهُ َوَما نُنَ ِِزلُهُ إََِّل بَِق َد ٍر َم ْعلُ ٍوم‬
Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami
khazanahnya dan Kami tidak menurunkannya melainkan
dengan kadar dan masa yang tertentu. [Hijir 15:21]

Termasuk dalam keyakinan kepada Allah, adalah meyakini


apa jua bentuk pemakbulan doa oleh Allah, semuanya adalah baik
bagi pendoa. Ini kerana seseorang itu mungkin berdoa meminta
apa yang disangka baik baginya, namun Allah mengetahui ia tidak
baik baginya pada saat itu atau hanya menjadi baik baginya pada
hari kemudian ataupun tidak baik langsung sepanjang
kehidupannya di dunia lalu ditangguhkan ke Akhirat atau
digantikan dengan menjauhkan daripadanya keburukan yang
semisal doanya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

‫َو َع َسى أَ ْن تَ ْكَرُهوا َشْي ئًا َوُه َو َخ ْْيٌ لَ ُك ْم َو َع َسى أَ ْن َُِتبُّوا َشْي ئًا‬
.‫َوُه َو َشٌّر لَ ُك ْم َو َّاَّللُ يَ ْعلَ ُم َوأَنْتُ ْم َلَ تَ ْعلَ ُمو َن‬
Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia
baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu
146
padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang
mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahuinya. [al-Baqarah
2:216]

Atas sebab inilah, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam


melarang daripada terburu-buru mengharapkan doa
dimakbulkan. Sebaliknya hendaklah terus berdoa dengan
keyakinan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala akan
memakbulkan doa itu jika sudah sampai masanya yang sesuai.
Sabda baginda,

‫ت فََلَ أ َْو‬ ُ ‫َح ِد ُك ْم َما ََلْ يَ ْع َج ْل فَيَ ُق‬


ُ ‫ قَ ْد َد َع ْو‬:‫ول‬ َ ‫اب ْل‬
ُ ‫يُ ْستَ َج‬
.‫ب ِل‬
ْ ‫فَلَ ْم يُ ْستَ َج‬
Pasti dikabulkan doa seseorang daripada kalian selagi
mana dia tidak terburu-buru lalu merungut: “Sungguh aku telah
berdoa namun belum dikabulkan bagiku.”64

Pada ketika yang lain baginda menegur,

64
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no:
4916/2735 (Kitab al-Zikr wa al-Du’a wa al-Taubah wa al-Istighfar, Bab
menjelaskan bahawa dikabulkan doa bagi orang yang tidak terburu-buru).
147
ِ ِ ِ ِ ِ ‫ََل ي ز ُال يستج‬
ْ‫اب لْل َعْبد َما ََلْ يَ ْدعُ ِبِِ ٍْْث أ َْو قَط َيعة َرح ٍم َما ََل‬
ُ َ َ ْ ُ ََ
.‫يَ ْستَ ْع ِج ْل‬
Doa seorang hamba akan berterusan dimakbulkan (oleh
Allah) selagi mana dia tidak berdoa dengan sesuatu yang
berdosa atau memutuskan silaturahim dan selagi mana dia
tidak terburu-buru.

ُ ‫اَّلل َما ِاَل ْستِ ْع َج‬


‫ال؟‬ َِّ ‫ول‬َ ‫ ََي َر ُس‬:‫يل‬ِ
َ ‫ق‬
Ditanya, “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksudkan
dengan terburu-buru?”

.‫يب ِل‬ ِ
ُ ‫ت فَلَ ْم أ ََر يَ ْستَج‬
ُ ‫ت َوقَ ْد َد َع ْو‬ُ ‫ول قَ ْد َد َع ْو‬
ُ ‫ يَ ُق‬:‫قَ َال‬
ِ
.َ‫ُّعاء‬
َ ‫ك َويَ َدعُ الد‬ َ ‫فَيَ ْستَ ْح ِس ُر ِعْن َد ذَل‬
Baginda menjawab, “Apabila orang yang berdoa itu
merungut ‘Sungguh aku sudah berdoa! Sungguh aku sudah
berdoa! Tetapi masih belum dikabulkan bagiku!’ Maka dia
berputus asa serta berasa rugi daripada berdoa dan akhirnya

148
tidak berdoa lagi.”65

65
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no:
4918/2735 (Kitab al-Zikr wa al-Du’a wa al-Taubah wa al-Istighfar Bab
menjelaskan bahawa dikabulkan doa bagi orang yang tidak terburu-buru).
149
Soalan: Mestikah Menghadap Kiblat Untuk
Berdoa?

Jawapan:

Dianjurkan menghadap kiblat untuk berdoa, khasnya


apabila dalam keadaan sangat berhajat. Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam pernah berdoa dengan menghadap kiblat
sebagaimana yang diceritakan oleh ‘Abdullah bin Zaid radhiallahu
'anh,

‫صلَّى يَ ْستَ ْس ِقي‬ ِ َّ ‫خرج النَِِّب صلَّى‬


َ ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم إِ ََل َه َذا الْ ُم‬ َ ُّ َ َ َ
.ُ‫ب ِرَداءَه‬ ِ
َ َ‫استَ ْقبَ َل الْقْب لَةَ َوقَل‬
ْ َّ‫استَ ْس َقى ُْث‬
ْ ‫فَ َد َعا َو‬
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam keluar ke tempat solat
di tanah lapang ini bagi meminta hujan (Solat Istisqa’). Maka
baginda berdoa meminta hujan, kemudian berpusing
menghadap kiblat dan membalikkan selendangnya.66

66
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
5867/6343 (Kitab al-Da’awat, Bab berdoa sambil menghadap kiblat).
150
Walau bagaimanapun dibolehkan berdoa tanpa
menghadap kiblat kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
juga pernah berdoa tanpa menghadap kiblat. Anas bin Malik
radhiallahu 'anh menceritakan bahawa Rasulullah pernah sedang
berkhutbah sempena solat Jumaat apabila seorang Arab Badwi
berdiri lantas berkata, “Wahai Rasulullah, harta benda telah
binasa sementara kaum keluarga kebuluran (kerana kemarau
yang panjang)!”

.‫اَّللَ لَنَا فَ َرفَ َع يَ َديِْه‬


َّ ُ‫فَ ْادع‬
Maka baginda berdoa kepada Allah bagi kami dengan
mengangkat kedua tangannya.67

Dalam hadis di atas, Rasulullah yang sedang memberi


khutbah di atas mimbar sambil menghadap para jemaah tidak
berpusing menghadap kiblat untuk berdoa.

Hendaklah diketahui bahawa para sahabat amatlah

67
Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari
dalam Shahihnya, hadis no.: 881/933 (Kitab al-Jumu’ah, Bab al-Istisqa’ ketika
khutbah jumaat). Juga dalam Shahihnya, hadis no.: 5866/6342 (Kitab al-
Da’awat, Bab berdoa sambil tidak menghadap kiblat).
151
mendalam lagi terperinci dalam meriwayatkan hadis sehingga jika
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berpusing di atas mimbar
bagi menghadap kiblat, nescaya mereka akan menceritakannya.

152
Soalan: Mestikah Berwudhu’ Sebelum Berdoa?

Jawapan:

Dianjurkan berwudhu’ sebelum berdoa, khasnya apabila


dalam keadaan sangat berhajat. Abu Musa radhiallahu 'anh
menceritakan bahawa Abu ‘Amir radhiallahu 'anh pernah menitip
kepadanya, meminta Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
berdoa agar Allah mengampuninya. Apabila Abu Musa bertemu
dengan Rasulullah dan menyampaikan pesanan Abu ‘Amir,

‫لِعُبَ ْي ٍد أَِِب‬ ‫ اللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْر‬:‫فَ َق َال‬ ‫ضأَ ُْثَّ َرفَ َع يَ َديِْه‬ َّ ‫فَ َد َعا ِِبَ ٍاء فَتَ َو‬
.‫اض إِبْطَْي ِه‬َ َ‫ت بَي‬
ِ
ُ ْ‫ َوَرأَي‬.‫َعام ٍر‬
Maka (Rasulullah) meminta air dan berwudhu’,
kemudian mengangkat kedua tangannya dan berdoa, “Ya Allah,
ampunilah ‘Ubaid Abu ‘Amir.” Dan aku (Abu Musa) dapat
melihat keputihan ketiak baginda (yang sedang berdoa).68

Walau bagaimanapun dibolehkan berdoa jika dalam

68
Sahih: Ringkasan hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam
Shahihnya, hadis no.: 3979/4323 (Kitab al-Maghazi, Bab peperangan Authas)
153
keadaan hadas kecil (tanpa wudhu’). Abu Hurairah radhiallahu
'anh pernah datang berjumpa Rasulullah sambil menceritakan
perkataan tidak baik yang disebut oleh ibunya tentang baginda.
Selanjutnya beliau meminta,

َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬ُ ‫ فَ َق َال َر ُس‬.َ‫اَّللَ أَ ْن يَ ْه ِد َي أ َُّم أَِِب ُهَريْ َرة‬


ُ‫اَّلل‬ َ ‫اَّلل‬ َّ ُ‫فَ ْادع‬
:‫َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
Maka berdoalah kepada Allah supaya diberikan hidayah
kepada ibu Abu Hurairah. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam berdoa,

.‫اللَّ ُه َّم ْاه ِد أَُّم أَِِب ُهَريْ َرَة‬


“Ya Allah, berilah hidayah kepada ibu Abu Hurairah.”69

Dalam hadis ini Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam


terus berdoa tanpa mengambil wudhu’ terlebih dahulu.

Hendaklah diketahui bahawa para sahabat amatlah

69
Sahih: Ringkasan hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam
Shahihnya, hadis no.: 4546/2491 (Kitab Fadhail al-Shohabah, Bab keutamaan
Abu Hurairah al-Dausi)
154
mendalam lagi terperinci dalam meriwayatkan hadis sehingga jika
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengambil wudhu’
terlebih dahulu, nescaya mereka akan menceritakannya.

155
Soalan: Bolehkah Berdoa Jika Dalam Keadaan
Hadas Besar?

Jawapan:

Dibolehkan berdoa jika dalam keadaan hadas besar,


seperti ketika sedang junub atau haid. Ini berdasarkan keterangan
A’isyah radhiallahu 'anha bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam berzikir dalam setiap masa dan berdoa termasuk dalam
kategori zikir. Ini kerana dalam doa terdapat ingatan kepada
Allah, puji-pujian kepada-Nya sebagai pembuka doa dan
penyebutan nama-Nya untuk meminta dan merayu.

A’isyah radhiallahu 'anha berkata,

.‫َحيَانِِه‬ َّ ‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم يَ ْذ ُك ُر‬


ْ ‫اَّللَ َعلَى ُك ِِل أ‬ َّ ‫صلَّى‬ ُّ ِ‫َكا َن الن‬
َ ‫َِّب‬
Kebiasaan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah
baginda berzikir kepada Allah pada setiap masa.70

70
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 558/373
(Kitab al-Haidh, Bab zikir kepada Allah Ta’ala dalam keadaan junub dan
selainnya).
156
Soalan: Bolehkah Mengangkat Kedua Tangan
Untuk Berdoa?

Jawapan:

Dibolehkan dan dianjurkan mengangkat kedua tangan


untuk berdoa. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

‫الر ُج ُل إِلَْي ِه يَ َديْ ِه أَ ْن يَ ُرَّد ُُهَا‬


َّ ‫اَّللَ َحيِ ٌّي َك ِرميٌ يَ ْستَ ْحيِي إِ َذا َرفَ َع‬
َّ ‫إِ َّن‬
.‫ي‬ ِ ْ َ‫ِص ْفرا َخائِبَ ت‬
ً
Sesungguhnya Allah Maha Pemalu dan Maha Mulia.
Allah malu apabila seseorang itu menadah kedua tangannya
berdoa kepada-Nya lalu menurunkan kedua tangannya dalam
keadaan kosong lagi tidak diperkenankan.71

Terdapat sebuah hadis yang sering disalah fahami dalam


persoalan mengangkat kedua tangan untuk berdoa. Hadis

71
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
berkata, “Hadis ini hasan sahih gharib.” Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam
Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3479/3556 (Kitab al-Da‘awat ‘an
Rasulullah, Bab berkenaan doa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam).
157
tersebut adalah kenyataan Anas bin Malik radhiallahu 'anh,

‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ََل يَ ْرفَ ُع يَ َديِْه ِِف َش ْي ٍء ِم ْن‬


َّ ‫صلَّى‬
َ ‫َِّب‬ُّ ِ‫َكا َن الن‬
.‫اض إِبْطَْي ِه‬ ِ ِ ِ ِِ
ُ َ‫ُد َعائه إََِّل ِِف اَل ْست ْس َقاء َوإِنَّهُ يَ ْرفَ ُع َح ََّّت يَُرى بَي‬
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak mengangkat
kedua tangannya dalam mana-mana doa baginda kecuali
ketika doa meminta hujan. Ketika itu baginda mengangkat
kedua tangan (sebegitu tinggi) sehingga kelihatan keputihan
ketiaknya.72

Perkataan tidak dalam hadis sahih di atas memberi


gambaran seolah-olah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
tidak pernah mengangkat kedua tangan dalam semua doanya.
Namun gambaran ini adalah salah kerana dalam banyak hadis-
hadis lain, baginda mengangkat kedua tangannya untuk berdoa.

Sebenarnya perkataan tidak dalam hadis di atas


bermaksud sesuatu yang melebihi kebiasaan. Umpama seseorang

72
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
973/1031 (Kitab al-Jumu’ah, Bab imam mengangkat tangannya ketika doa
istisqa’).
158
berkata, “Rizal tidak pernah makan seperti itu”. Ia bukan
bermaksud Rizal tidak pernah makan seumur hidup, tetapi
bermaksud Rizal tidak pernah makan sebanyak itu berbanding
hari-hari biasa.

Justeru merujuk kepada kenyataan Anas bin Malik di atas,


ia bermaksud Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah
mengangkat kedua tangannya setinggi itu untuk berdoa sehingga
ternampak keputihan ketiaknya, kecuali ketika doa meminta
hujan. Selain itu pada kebiasaannya, baginda mengangkat kedua
tangan sehingga ke paras bahu sahaja.

159
Soalan: Apakah Posisi Kedua Tangan Apabila
Berdoa?

Jawapan:

‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anh berkata,

‫ك أ َْو ََْن َو ُُهَا َو ِاَل ْستِ ْغ َف ُار‬َ ‫ك َح ْذ َو َمْن ِكبَ ْي‬َ ْ‫الْ َم ْسأَلَةُ أَ ْن تَ ْرفَ َع يَ َدي‬
.‫َج ًيعا‬ َِ ‫ك‬ ُ ‫اح َد ٍة َو ِاَلبْتِ َه‬
َ ْ‫ال أَ ْن ََتَُّد يَ َدي‬ ِ ‫أَ ْن تُ ِشْي ِِبُصب ٍع و‬
َ ُْ َ
Berdoa adalah mengangkat kedua tangan kamu
sehingga selari dengan bahu kamu atau mendekati keduanya,
mengucapkan istighfar adalah dengan memberi isyarat dengan
satu jari telunjuk sementara bersungguh-sungguh dalam
berdoa adalah mengangkat tinggi kedua tangan, seluruhnya.73

Berdasarkan hadis di atas, apabila berdoa secara

73
Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan dinilai sahih
oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 1274/1489 (Kitab al-
Solat, Bab doa). Dalam sebahagian jalan periwayatan lain, hadis ini disebut oleh
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Justeru hadis ini menjadi perbincangan
di sisi ahli ilmu, apakah ia perkataan mauquf pada ‘Abdullah ibn ‘Abbas atau
marfu’ kepada Rasulullah.
160
kebiasaan, maka kedua tangan diangkat sehingga ketinggiannya
selari dengan bahu atau mendekati posisi selari dengan bahu.
Kedua tapak tangan menghadap ke muka, langit atau di
pertengahan antara muka dan langit.

Apabila bersungguh-sungguh dalam berdoa, ertinya


dalam suasana terdesak atau tertekan, maka kedua tangan di
angkat tinggi sehingga kedua tangan menjadi hampir lurus. Dalam
posisi ini, kedua tapak tangan akan menghadap ke bawah
sementara kedua belakang tangan akan menghadap ke langit.

Adapun posisi kedua tapak tangan, maka ia boleh


dijarakkan atau dirapatkan. Setahu penulis tidak ada hadis sahih
yang menetapkan satu posisi tertentu.

Apabila sedang berzikir dengan ucapan istighfar, maka


hanya diangkat dan diluruskan satu jari telunjuk sahaja.

Demikianlah yang dijelaskan oleh sahabat Rasulullah yang


bernama ‘Abdullah ibn ‘Abbas. Meskipun ia merupakan
keterangan seorang sahabat, ia tetap menjadi hujah kerana
tidaklah para sahabat Rasulullah berbicara tentang ibadah

161
melainkan apa yang mereka pelajari dan contohi daripada
baginda.

162
Soalan: Apakah Posisi Kedua Tangan Apabila
Berdoa Menolak Bala?

Jawapan:

Semua doa, baik bagi meminta kebaikan atau menolak


keburukan (bala) adalah sama seperti yang diterangkan oleh
hadis berikut,

‫ك أ َْو ََْن َو ُُهَا َو ِاَل ْستِ ْغ َف ُار‬َ ‫ك َح ْذ َو َمْن ِكبَ ْي‬َ ْ‫الْ َم ْسأَلَةُ أَ ْن تَ ْرفَ َع يَ َدي‬
.‫َج ًيعا‬ َِ ‫ك‬ ُ ‫اح َد ٍة َو ِاَلبْتِ َه‬
َ ْ‫ال أَ ْن ََتَُّد يَ َدي‬ ِ ‫أَ ْن تُ ِشْي ِِبُصب ٍع و‬
َ ُْ َ
Berdoa adalah mengangkat kedua tangan kamu
sehingga selari dengan bahu kamu atau mendekati keduanya,
mengucapkan istighfar adalah dengan memberi isyarat dengan
satu jari telunjuk sementara bersungguh-sungguh dalam
berdoa adalah mengangkat tinggi kedua tangan, seluruhnya. 74

74
Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan dinilai sahih
oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 1274/1489 (Kitab al-
Solat, Bab doa). Dalam sebahagian jalan periwayatan lain, hadis ini disebut oleh
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Justeru hadis ini menjadi perbincangan
di sisi ahli ilmu, apakah ia perkataan mauquf pada ‘Abdullah ibn ‘Abbas atau
163
Doa menolak keburukan atau menolak bala adalah satu
permintaan juga dan semua permintaan hendaklah dengan
menadah tapak kedua tangan ke atas atau ke muka ataupun di
antara keduanya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda,

‫ون أَ ُك ِِف ُك ْم َوََل تَ ْسأَلُوهُ بِظُ ُهوِرَها‬


ِ ُ‫اَّلل فَاسأَلُوه بِبط‬ ِ
ُ ُ ْ ََّ ‫إ َذا َسأَلْتُ ْم‬
Apabila kalian (berdoa) meminta kepada Allah, mintalah
dengan kedua tapak tangan kalian dan jangan meminta dengan
belakangnya.75

Sebahagian orang ada yang berdoa bagi menolak bala


dengan membalikkan kedua tangannya, yakni dengan
menjadikan kedua belakang tangan menghadap ke atas dan
kedua tapak tangan menghadap ke bawah. Ini merupakan
kekeliruan mereka dalam memahami keterangan Anas bin Malik

marfu’ kepada Rasulullah.


75
Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan dinilai sahih
oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 1271/1486 (Kitab al-
Sholat, Bab doa). Ia dinilai Shahih li ghairi oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam
semakannya ke atas Sunan Abu Daud, hadis no.: 1486.
164
radhiallahu 'anh,

‫َش َار بِظَ ْه ِر َك َّفْي ِه إِ ََل‬ ِ َّ ‫َن النَِِّب صلَّى‬


ْ ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم‬
َ ‫استَ ْس َقى فَأ‬ َ َّ َّ ‫أ‬
‫ال َّس َم ِاء‬
Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berdoa
meminta hujan lalu menjadikan belakang kedua tangannya
menghadap ke langit.76

Ketahuilah bahawa keterangan Anas bin Malik tersebut


merujuk kepada doa baginda saat meminta hujan (Istisqa’) di
mana baginda mengangkat mengangkat tinggi kedua tangan,
seluruhnya. Dalam hadis lain, Anas bin Malik juga menerangkan
baginda mengangkat kedua tangan sebegitu tinggi sehingga
kelihatan keputihan ketiaknya,

‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ََل يَ ْرفَ ُع يَ َديِْه ِِف َش ْي ٍء ِم ْن‬


َّ ‫صلَّى‬
َ ‫َِّب‬ُّ ِ‫َكا َن الن‬
.‫اض إِبْطَْي ِه‬ ِ ِ ِ ِِ
ُ َ‫ُد َعائه إََِّل ِِف اَل ْست ْس َقاء َوإِنَّهُ يَ ْرفَ ُع َح ََّّت يَُرى بَي‬

76
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
1492/895 (Kitab Solat al-Istisqa’, Bab mengangkat kedua tangannya saat
berdoa meminta hujan).
165
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak mengangkat
kedua tangannya dalam mana-mana doa baginda kecuali
ketika doa meminta hujan. Ketika itu baginda mengangkat
kedua tangan (sebegitu tinggi) sehingga kelihatan keputihan
ketiaknya.77

Apabila kedua tangan di angkat tinggi dan lurus ke atas,


maka secara kebetulan kedua tapak tangan akan menghadap ke
bawah sementara kedua belakang tangan akan menghadap ke
langit. Baginda tidak membalikkan tangannya secara sengaja.

Justeru yang benar, semua doa adalah dengan menadah


kedua tapak tangan ke atas atau ke muka ataupun di antara
keduanya.

77
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
973/1031 (Kitab al-Jumu’ah, Bab imam mengangkat tangannya ketika doa
istisqa’).
166
Soalan: Bolehkah Berdoa Tanpa Mengangkat
Kedua tangan?

Jawapan:

Secara umumnya dianjurkan mengangkat kedua tangan


untuk berdoa kecuali dalam dua keadaan. Pertama, apabila
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak mengangkat kedua
tangan, seperti doa-doa yang merupakan zikir selepas solat,
berselawat, doa sebelum masuk tandas, doa selepas wudhu’, doa
sebelum hubungan seks suami dan isteri, doa selepas azan dan
lain-lain. Dalam contoh-contoh di atas, Rasulullah mengajar atau
membaca doa tanpa mengangkat kedua tangan. Maka dalam
keadaan seperti ini, yang lebih utama ialah mengikuti baginda
dengan turut tidak mengangkat kedua tangan.

Sebabnya, doa-doa tersebut lebih merupakan zikir kepada


Allah sebelum atau selepas melakukan sesuatu aktiviti. Ia bukan
permintaan atau rayuan kepada Allah bagi sesuatu hajat atau
masalah yang dimiliki oleh seseorang.

167
Contohnya Tsauban radhiallahu 'anh menerangkan,

‫ص ََلتِِه‬ ِ َ ‫اَّلل علَي ِه وسلَّم إِ َذا انْصر‬ َّ َ ‫اَّلل‬َِّ ‫ول‬


َ ‫ف م ْن‬ ََ َ َ َ ْ َ َُّ ‫صلى‬ ُ ‫َكا َن َر ُس‬
‫ت َذا‬ َ ‫الس ََل ُم تَبَ َارْك‬
َّ ‫ك‬َ ‫الس ََل ُم َوِمْن‬
َّ ‫ت‬َ ْ‫ اللَّ ُه َّم أَن‬:‫استَ ْغ َفَر ثَََل ًَث َوقَ َال‬
ْ
ِْ ‫اِلَََل ِل و‬
.‫اْل ْكَرِام‬ َ ْ
Biasanya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila
selesai solat akan beristighfar tiga kali dan kemudian membaca,
“Ya Allah, Engkaulah al-Salam, daripada Engkaulah segala
keselamatan, Maha Berkat Engkau yang memiliki segala
Kebesaran dan Kemuliaan.”78

Apa yang Rasulullah baca selepas beristighfar tiga kali


ialah satu doa, namun baginda tidak mengangkat kedua
tangannya. Contoh lain, al-Mughirah bin Syu’bah radhiallahu 'anh
berkata,

‫اَّللُ َعلَْي ِه‬ َِّ ‫ول‬ ِ


َ َ‫ول إِ َذا ق‬
‫ضى‬ ُ ‫َو َسلَّ َم يَ ُق‬ َّ ‫صلَّى‬
َ ‫اَّلل‬ َ ‫ت َر ُس‬
ُ ‫ََس ْع‬

78
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 931/591
(Kitab al-Masajid wa al-Mawadhi’i al-Sholat, Bab disukai berzikir selepas
solat dan penjelasan sifatnya).
168
‫اِلَ ْم ُد َوُه َو‬
ْ ُ‫ك َولَه‬ َ ‫اَّللُ َو ْح َدهُ ََل َش ِر‬
ُ ‫يك لَهُ لَهُ الْ ُمْل‬ َّ ‫ ََل إِلَهَ إََِّل‬:‫الص ََل َة‬
َّ
ِ ِ ِ ِ ِ ٍ
‫ت‬َ ‫ت َوََل ُم ْعط َي ل َما َمنَ ْع‬ َ ‫ اللَّ ُه َّم ََل َمان َع ل َما أ َْعطَْي‬.‫َعلَى ُك ِِل َش ْيء قَد ٌير‬
ِ ْ ‫وََل ي ْن َفع َذا‬
.‫اِلَ ُّد‬
ْ ‫ك‬ َ ‫اِلَ ِد ِمْن‬ ُ َ َ
Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
berkata apabila selesai solat, “Tiada tuhan melainkan Allah,
yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala
kerajaan dan bagi-Nya segala pujian dan Dia atas segala
sesuatu Maha Berkuasa.

Ya Allah, tiada yang dapat menghalang apa yang


Engkau berikan dan tiada yang dapat memberi apa yang
Engkau halang. Tiada manfaat bagi pemilik kekayaan kerana
daripada Engkaulah segala kekayaan.”79

Rangkap kedua daripada apa yang dibaca oleh Rasulullah


shallallahu 'alaihi wasallam dalam hadis di atas adalah satu doa,
namun baginda tidak mengangkat kedua tangannya. Contoh lain,

79
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 934/593
(Kitab al-Masajid wa al-Mawadhi’i al-Sholat, Bab disukai berzikir selepas
solat dan penjelasan sifatnya).
169
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

َِّ ‫ ِِبس ِم‬:‫َن أَح َدهم إِ َذا أَراد أَ ْن َيِِْت أَهلَه قَ َال‬
‫اَّلل اللَّ ُه َّم‬ ْ ُ ْ َ َ ََ ْ ُ َ َّ ‫لَ ْو أ‬
‫ب الشَّْيطَا َن َما َرَزقْ تَ نَا فَِإنَّهُ إِ ْن يُ َقد َّْر بَْي نَ ُه َما َولَ ٌد‬ ِ َّ ‫َجنِِْب نَا‬
ْ ِ‫الشْيطَا َن َو َجن‬
ِ
.‫ضَّرهُ َشْيطَا ٌن أَبَ ًدا‬ َ ‫ِِف َذل‬
ُ َ‫ك ََلْ ي‬
Jika salah seorang kalian apabila mendatangi isterinya
(untuk membuat hubungan seks) membaca, “Dengan nama
Allah, Ya Allah jauhilah kami daripada syaitan dan jauhilah
syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kami”, maka
sesungguhnya jika di antara mereka berdua ditakdirkan
mendapat anak daripada hubungan itu, tidaklah syaitan akan
dapat memudaratkan anak itu selama-lamanya.80

Dalam hadis di atas Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam


mengajar doa yang patut dibaca sebelum hubungan seks suami
dan isteri. Perhatikan bahawa baginda tidak menyuruh suami
atau isteri mengangkat kedua tangan bagi membacanya.

80
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
2591/1434 (Kitab al-Nikah, Bab apa yang disukai dibaca saat bersetubuh).
170
Kedua, apabila terdapat halangan bagi mengangkat kedua
tangan. Maka dibolehkan berdoa dengan sebelah tangan sahaja
atau tanpa mengangkat kedua tangan. Contohnya, Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam pernah berdoa dengan sebelah
tangan sahaja kerana tangan yang lain baginda gunakan bagi
mengambil tali kekang haiwannya yang jatuh. Usamah bin Zaid
radhiallahu 'anh berkata,

‫ات فَ َرفَ َع يَ َديِْه‬


ٍ َ‫اَّلل علَي ِه وسلَّم بِعرف‬
َ َ َ َ َ ْ َ َُّ ‫صلى‬
َّ َ ‫َِّب‬ ِ َ ‫ت َرِد‬
ِِ ‫يف الن‬ ُ ‫ُكْن‬
‫اْلِطَ َام ِبِِ ْح َدى يَ َديِْه‬
ْ ‫ت بِِه ََنقَتُهُ فَ َس َق َط ِخطَ ُام َها فَتَ نَ َاوَل‬ْ َ‫يَ ْدعُو فَ َمال‬
.‫ُخَرى‬ ِ
ْ ‫َوُه َو َراف ٌع يَ َدهُ ْاْل‬
Aku pernah membonceng (di belakang) Nabi shallallahu
'alaihi wasallam di Arafah, baginda mengangkat kedua tangan
dan berdoa. Kemudian untanya condong ke sebelah dan tali
kekangnya jatuh, maka baginda mengambil tali kekang itu
dengan salah satu tangannya sedang tangannya yang lain
masih terangkat (berdoa).81

81
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan sanadnya
dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.:
171
Soalan: Apakah Hukum Menyapu Muka Dengan
Kedua Tangan Selepas Berdoa?

Jawapan:

Para ilmuan Islam berbeza pendapat tentang hukum


menyapu muka dengan kedua tangan selepas berdoa. Terdapat
dua pendapat di kalangan mereka. Pertama, dianjurkan menyapu
muka dengan kedua tangan selepas berdoa. Dalilnya adalah dua
hadis dalam persoalan ini yang meskipun lemah, ia saling
menguat antara satu sama lain. Dua hadis tersebut adalah:

Diriwayatkan daripada ‘Umar al-Khaththab radhiallahu


'anh,

،‫ُّع ِاء‬ ِ ِ َّ ‫اَّلل صلَّى‬


َ ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم إِذَا َرفَ َع يَ َديْه ِِف الد‬ َ َّ ‫ول‬
ِ ُ ‫َكا َن رس‬
َُ
.ُ‫ََلْ ََيُطَّ ُه َما َح ََّّت َيَْ َس َح ِبِِ َما َو ْج َهه‬
Lazimnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila

2961/3011 (Kitab Manasik al-Haj, Bab mengangkat kedua tangan apabila


berdoa di Arafah).
172
mengangkat kedua tangannya untuk berdoa, tidak akan
menurunkan keduanya sehinggalah baginda menyapu
wajahnya dengan kedua tangannya itu.82

Diriwayatkan daripada ‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu


'anh bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

،‫ فَِإ َذا فَ َر ْغتُ ْم‬،‫ َوََل تَ ْسأَلُوهُ بِظُ ُهوِرَها‬،‫ون أَ ُك ِِف ُك ْم‬
ِ ُ‫اَّلل بِبط‬
ُ ََّ ‫َسلُوا‬
.‫وه ُك ْم‬ ِ
َ ‫فَ ْام َس ُحوا ِبَا ُو ُج‬
Mintalah kepada Allah dengan tapak tangan kalian,
janganlah meminta dengan belakangnya. Apabila telah selesai
(berdoa), maka sapulah wajah kalian dengannya.83

82
Dha’if: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya, dan beliau
berkata: Hadis ini gharib. Ia dinilai dha’if oleh al-Albani dalam Dha’if Sunan
al-Tirmizi, hadis no.: 3308/3386 (Kitab al-Da’awat ‘an Rasulullah, Bab
berkenaan mengangkat kedua tangan ketika berdoa). Ia juga dinilai dha’if oleh
Syu’aib al-Arna’uth dan ‘Abd al-Latheif Harzallah dalam semakan mereka ke
atas al-Jami’ al-Kabir (nama lain bagi Sunan al-Tirmizi), hadis no.: 3683.
83
Dha’if: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan beliau
berkata: Hadis ini diriwayatkan dalam bentuk yang lain daripada Muhammad
bin Ka’ab, setiapnya lemah. Dan jalan ini adalah yang terbaik meskipun ia
lemah juga. Ia dinilai dha’if oleh al-Albani dalam Dha’if Sunan Abu Daud, hadis
no.: 1270/1485 (Kitab al-Solat, Bab doa). Ia juga dinilai dha’if oleh Syu’aib al-
Arna’uth dalam semakannya ke atas Sunan Abu Daud, hadis no.: 1485.
173
Meskipun kedua-dua riwayat di atas adalah lemah, ada
ahli hadis yang berpendapat ia saling menguat sehingga dapat
dinaikkan ke darjat hasan. Antaranya adalah Ibn Hajar al-
‘Asqalani rahimahullah di mana beliau berkata,

َِّ ‫ول‬
‫اَّلل‬ ُ ‫ َكا َن َر ُس‬:‫ قَ َال‬- ‫ رضي هللا عنه‬- ‫َو َع ْن عُ َمَر‬
‫ َح ََّّت‬،‫ ََلْ يَ ُرَّد ُُهَا‬،‫ُّع ِاء‬ ِ ِ َّ ‫صلَّى‬
َ ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم إِذَا َم َّد يَ َديْه ِِف الد‬ َ
ِ ِ ُّ ‫الَتِم ِذ‬
ُ ‫ َولَهُ َش َواه ُد ِمْن َها َحد‬.‫ي‬
‫يث‬ ِ
ِْ ُ‫َخَر َجه‬
ِِ
ْ ‫ أ‬.ُ‫َيَْ َس َح ِب َما َو ْج َهه‬
.‫يث َح َس ٌن‬ ٌ ‫ضي أَنَّهُ َح ِد‬ ِ َ‫ وََْمموعها ي ْقت‬،‫اس ِعْن َد أَِِب داود‬
َ َُ ُ َ َُ َ ٍ َّ‫ابْ ِن َعب‬
Dan daripada ‘Umar radhiallahu 'anh, dia berkata,

“Lazimnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila

menghulurkan kedua tangannya untuk berdoa, tidak akan

mengembalikan keduanya sehinggalah baginda menyapu

wajahnya dengan kedua tangannya itu.” Dikeluarkan oleh al-

Tirmizi dan baginya ada penguat, antaranya hadis Ibn ‘Abbas

di sisi Abu Daud. Hasil gabungan kedua-dua riwayat ini

menunjukkan bahawa ia adalah hadis hasan.84

84
Bulugh al-Maram min Adillah al-Ahkam, hadis no.: 1553 & 1554.
174
Kedua, tidak dianjurkan menyapu muka dengan kedua
tangan selepas berdoa. Sebabnya, hadis-hadis yang
menganjurkan menyapu muka dengan kedua tangan bukan
sahaja lemah dari sudut sanad tetapi bertentangan dari sudut
matan (teks hadis).

Dikatakan bertentangan kerana dalam sekian banyak


hadis sahih yang menerangkan Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam mengangkat kedua tangan untuk berdoa, tidak
diterangkan bahawa baginda menyapu muka dengan kedua
tangannya selepas berdoa. Padahal periwayatan hadis-hadis

Menarik untuk diperhatikan bahawa Ibn Hajar al-‘Asqalani turut


mentakhrij kedua-dua hadis di atas dalam Nasb al-Rayah li Ahadith al-Hidayah,
jld. 3, ms. 52 dan beliau tidak mengangkatnya ke darjat hasan. Demikian juga
dalam Ithaf al-Maharaf bi al-Fawaid al-Mubtakarah min Athraf al-‘Asyrah,
hadis no.: 15600.
Lebih lanjut, hadis riwayat Ibn ‘Abbas memiliki dua jalan periwayatan.
Yang pertama dikeluarkan oleh Abu Daud dan ia adalah lemah (dha’if)
manakala yang kedua dikeluarkan oleh al-Thabarani, Ibn Majah dan al-Hakim,
ia adalah amat lemah (dha’if jiddan). Sementara riwayat ‘Umar al-Khaththab,
ia adalah amat lemah juga (dha’if jiddan). Sila rujuk penjelasan Ibn al-Mulaqqin
dalam al-Badr al-Munir fi Takhrij al-Ahadith wa al-Atsar al-Syarh al-Kabir li
al-Rifa’e, jld. 3, ms. 638-640.
Justeru penulis lebih cenderung mengatakan bahawa hadis-hadis
terbabit tidaklah saling menguat sehingga tidak dapat dinaikkan ke taraf hasan.
175
tersebut amatlah terperinci sehingga diterangkan bagaimana
baginda berdoa tanpa mengangkat tangan, dengan mengangkat
kedua tangan atau hanya dengan sebelah tangan. Diterangkan
juga arah tapak tangan, tinggi atau rendah kedudukan tapak
tangan, bahkan sehingga diterangkan keputihan ketiak baginda
yang kelihatan apabila mengangat tangan dengan amat tinggi. Di
sebalik semua keterangan yang terperinci itu, tidak diterangkan
bahawa baginda menyapu mukanya dengan kedua tapak
tangannya setelah berdoa.

Penulis cenderung kepada pendapat kedua.

176
Soalan: Apakah Dianjurkan Mengulang-Ulang Doa?

Jawapan:

Dianjurkan mengulang-ulang doa sebanyak tiga kali,


khasnya apabila dalam keadaan sangat berhajat. ‘Abdullah ibn
Mas’ud radhiallahu 'anh menceritakan,

ِ ‫اَّلل علَي ِه وسلَّم يصلِِي ِعْن َد الْب ي‬ َِّ ‫ول‬


‫ت َوأَبُو‬ َْ َ ُ َ َ َ ْ َ َُّ ‫صلَّى‬ َ ‫اَّلل‬ ُ ‫بَْي نَ َما َر ُس‬
:‫ال أَبُو َج ْه ٍل‬ ِ ‫ور ِِب ْْل َْم‬ ِ
َ ‫س فَ َق‬ ٌ ‫ت َج ُز‬ ْ ‫وس َوقَ ْد َُنَر‬
ٌ ُ‫اب لَهُ ُجل‬ ٌ ‫َص َح‬ ْ ‫َج ْه ٍل َوأ‬
‫ض ُعهُ ِِف َكتِ َف ْي ُمَ َّم ٍد إِ َذا‬ ٍ
َ َ‫وم إِ ََل َس ََل َج ُزوِر بَِّن فُ ََلن فَيَأْ ُخ ُذهُ فَي‬
ُ ‫أَيُّ ُك ْم يَ ُق‬
‫َس َج َد؟‬
Ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sedang
solat di sisi Ka’bah, Abu Jahal dan rakan-rakannya sedang
duduk-duduk sementara (berhampiran mereka) ada unta yang
disembelih semalam. Maka Abu Jahal berkata, “Siapakah di
kalangan kalian (rakan-rakannya itu) yang sanggup mengambil
sisa unta sembelihan Bani Fulan itu, kemudian meletakkan di
bahu Muhammad apabila dia sujud?

177
‫اَّللُ َعلَْي ِه‬
َّ ‫صلَّى‬ ِ
ُّ ِ‫َخ َذهُ فَلَ َّما َس َج َد الن‬
َ ‫َِّب‬ َ ‫ث أَ ْش َقى الْ َق ْوم فَأ‬ َ ‫فَانْبَ َع‬
‫يل َعلَى‬ ِ ِ ِ ‫وسلَّم وضعه ب‬
ُ ‫ض ُه ْم ََي‬
ُ ‫ض َح ُكوا َو َج َع َل بَ ْع‬
ْ َ‫است‬ْ َ‫ قَ َال ف‬.‫ي َكت َفْيه‬ َ َْ ُ َ َ َ َ َ َ
َِّ ‫ول‬ ِ ‫ت ِل منَ عةٌ طَرحتُه َعن ظَه ِر رس‬ ِ ٍ ‫بَ ْع‬
‫اَّلل‬ ُ َ ْ ْ ُ ْ َ َ َ ْ َ‫ض َوأ َََن قَائ ٌم أَنْظُُر لَ ْو َكان‬
.‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
َّ ‫صلَّى‬
َ
Maka bangunlah orang yang paling celaka antara
mereka, pergi mengambil sisa (sembelihan unta itu) dan tatkala
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sujud, dia meletaknya di
antara bahu baginda. Maka mereka ketawa (terbahak-bahak
sehingga) saling menyandar di antara satu sama lain sementara
aku (‘Abdullah ibn Mas’ud) hanya berdiri melihat. Kalaulah aku
memiliki kekuatan, nescaya aku akan membuang sisa unta itu
dari belakang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

ِ ‫اَّلل علَي ِه وسلَّم س‬


‫اج ٌد َما يَ ْرفَ ُع َرأْ َسهُ َح ََّّت انْطَلَ َق‬ َ َ َ َ ْ َ َُّ ‫صلَّى‬ ُّ ِ‫َوالن‬
َ ‫َِّب‬
ِ ‫اطمةَ فَجاء‬
‫ت‬ ْ َ َ َ ِ َ‫َخ ََِب ف‬
ْ َ‫ت َوه َي ُج َويْ ِريَةٌ فَطََر َحْتهُ َعْنهُ ُْثَّ أَقْ بَ ل‬ ْ ‫إِنْ َسا ٌن فَأ‬
.‫َعلَْي ِه ْم تَ ْشتِ ُم ُه ْم‬
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam terus sujud tanpa

178
mengangkat kepalanya sehingga seseorang (yang melihat apa
yang berlaku) segera pergi memberitahu Fathimah (anak
Rasulullah). Maka Fathimah yang ketika itu masih berumur
kecil, datang membuang sisa unta itu dari belakang Rasulullah.
Kemudian Fathimah menghadap mereka (Abu Jahal dan rakan-
rakannya) dan mencela mereka.

ِ َّ ‫فَلَ َّما قَضى النَِِّب صلَّى‬


َّ‫ص ْوتَهُ ُْث‬ َ ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم‬
َ ‫ص ََلتَهُ َرفَ َع‬ َ ُّ َ
:‫ ُْثَّ قَ َال‬.‫ َوَكا َن إِذَا َد َعا َد َعا ثَََل ًَث َوإِذَا َسأ ََل َسأ ََل ثَََل ًَث‬.‫َد َعا َعلَْي ِه ْم‬
‫ب َعْن ُه ْم‬ ِ ٍ َ ‫ش ثَََل‬ ٍ ْ‫ك بُِقَري‬َ ‫اللَّ ُه َّم َعلَْي‬
َ ‫ص ْوتَهُ َذ َه‬
َ ‫ فَلَ َّما ََسعُوا‬.‫ث َمَّرات‬
.ُ‫ك َو َخافُوا َد ْع َوتَه‬ُ ‫الض ْح‬ِِ
Maka tatkala Nabi shallallahu 'alaihi wasallam selesai
solat, baginda meninggikan suara dan mendoakan kebinasaan
ke atas mereka. Lazimnya apabila berdoa, baginda
mengulanginya tiga kali dan apabila meminta, baginda
mengulanginya tiga kali. Maka Rasulullah berdoa, “Ya Allah,
binasakanlah kaum Quraish” tiga kali. Tatkala mendengar
suara Rasulullah berdoa, mereka (Abu Jahal dan rakan-
rakannya) terus berhenti ketawa dan berasa takut terhadap doa
179
baginda.

َ‫ك ِِبَِِب َج ْه ِل بْ ِن ِه َش ٍام َوعُْت بَةَ بْ ِن َربِ َيعة‬ َ ‫ اللَّ ُه َّم َعلَْي‬:‫ُْثَّ قَ َال‬
.‫ف َوعُ ْقبَ َة بْ ِن أَِِب ُم َعْي ٍط‬ ِ ِ‫وشي بةَ ب ِن ربِيعةَ والْول‬
ٍ ‫يد بْ ِن عُ ْقبةَ وأُميَّ َة بْ ِن َخَل‬
ََ َ َ َ َ َ ْ ََْ َ
.ُ‫َح َفظْه‬ْ ‫السابِ َع َوََلْ أ‬
َّ ‫َوذَ َكَر‬
Kemudian baginda melanjutkan doanya, “Ya Allah,
binasakanlah Abu Jahal bin Hisyam, ‘Utbah bin Rabi’ah, Syaibah
bin Rabi’ah, al-Walid bin ‘Uqbah, ‘Umayyah bin Khalaf dan
‘Uqbah bin Mu’ith.” (Rasulullah) ada menyebut orang yang
ketujuh tetapi aku tidak mengingatinya.

ِ َّ ‫ث ُم َّم ًدا صلَّى‬ ِ


ُ ْ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم ِِب ِْلَ ِِق لََق ْد َرأَي‬
‫ت‬ َ َ َ ‫فَ َوالَّذي بَ َع‬
.‫يب بَ ْد ٍر‬ِ ِ‫يب قَل‬ ِ ِ‫صر َعى يَ ْوَم بَ ْد ٍر ُْثَّ ُس ِحبُوا إِ ََل الْ َقل‬ ِ َّ
ْ َ ‫ين ََسَّى‬
َ ‫ال ذ‬
Demi Allah yang mengutuskan Muhammad shallallahu
'alaihi wasallam dengan kebenaran, sesungguhnya aku melihat
mereka yang nama-namanya di sebut oleh Rasulullah, mati
bergelimpangan pada hari Perang Badar. Kemudian mereka

180
diseret ke lubang, yakni lubang Badar.85

Dalam hadis di atas, ‘Abdullah ibn Mas’ud menerangkan


bahawa … lazimnya apabila berdoa, baginda mengulanginya
tiga dan apabila meminta, baginda mengulanginya tiga kali.

Demikian apabila berdoa meminta hujan, Rasulullah


shallallahu 'alaihi wasallam mengulanginya tiga kali,

.‫اس ِقنَا‬ ِ ‫ اللَّه َّم‬،‫اللَّه َّم اس ِقنا‬


ْ ‫ اللَّ ُه َّم‬،‫اسقنَا‬
ْ ُ َْ ُ
Ya Allah, turunkanlah hujan kepada kami. Ya Allah,
turunkanlah hujan kepada kami. Ya Allah, turunkanlah hujan
kepada kami.86

Walau bagaimanapun dibolehkan berdoa tanpa


mengulang-ulangnya sebanyak tiga kali. Contohnya, A’isyah
radhiallahu 'anha menerangkan,

85
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
3349/1794 (Kitab al-Jihad wa al-Siyar, Bab apa yang dialami oleh Rasulullah
apabila berhadapan dengan kaum musyrikin dan munafik).
86
Sahih: Sebahagian daripada hadis panjang yang dikeluarkan oleh al-
Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 957/1013 (Kitab al-Jumu’ah, Bab doa
meminta hujan dalam masjid jami’).
181
:‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َكا َن إِ َذا َرأَى الْ َمطََر قَ َال‬
َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬ َّ ‫أ‬
َ ‫اَّلل‬ َ ‫َن َر ُس‬
Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lazimnya
apabila melihat hujan akan berdoa,

.‫صيِِبًا ََنفِ ًعا‬


َ ‫اللَّ ُه َّم‬
“Ya Allah, jadikanlah hujan ini bermanfaat (bagi
kami).”87

Dalam hadis di atas, Rasulullah shallallahu 'alaihi


wasallam berdoa tanpa mengulang-ulangnya sebanyak tiga kali.

Penjelasan Tambahan

Merujuk kepada hadis panjang daripada ‘Abdullah ibn


Mas’ud di atas, dapat diambil beberapa pengajaran penting.
Antaranya:

• Hukum najis yang dikesan ketika solat. Sisa unta yang

87
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
974/1032 (Kitab al-Jumu’ah, Bab doa yang dibaca apabila hujan turun).
182
diletak di antara bahu Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam adalah bangkai yang masuk dalam kategori
najis. Namun Rasulullah meneruskan solat sehingga akhir.
Ini menunjukkan bahawa jika seseorang sedang solat atau
telah selesai solat lalu dikesan ada najis pada dirinya atau
pakaiannya, najis itu tidak membatalkan solatnya. Akan
tetapi jika najis dikesan sebelum solat, maka hendaklah
dibersihkan sebelum memulakan solat.
• Keberanian Fathimah binti Muhammad radhiallahu 'anha.
Abu Jahal dan rakan-rakannya adalah orang yang
berpengaruh di Kota Mekah saat itu sehingga orang yang
melihat perbuatan zalim mereka tidak berani berbuat apa-
apa. Apa yang mampu dilakukan hanyalah memberitahu
Fathimah, anak bongsu Rasulullah. Fathimah – yang saat
itu masih berumur kecil – dengan berani datang membela
ayahnya yang dizalimi dengan membersihkan sisa unta
dari belakang ayahnya dan kemudian memarahi Abu Jahal
dan rakan-rakannya. Ini adalah satu sikap yang terpuji.
• Doa orang yang dizalimi akan dimakbulkan oleh Allah

183
Subhanahu wa Ta'ala. Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda,

‫ك فِي ِه َّن َد ْع َوةُ الْ َمظْلُ ِوم‬ َّ ‫ت ََل َش‬ ٍ


ٌ ‫ث َد َع َوات ُم ْستَ َج َاِب‬ ُ ‫ثَََل‬
.‫َوَد ْع َوةُ الْ ُم َسافِ ِر َوَد ْع َوةُ الْ َوالِ ِد َعلَى َولَ ِد ِه‬
Tiga suasana di mana doa adalah mustajab tanpa
keraguan padanya, (1) doa orang yang dizalimi, (2) doa
orang yang bermusafir dan (3) doa ibu dan bapa ke atas
anaknya.88

Dalam hadis di atas, doa Rasulullah sebagai orang yang


telah dizalimi oleh Abu Jahal dan rakan-rakannya telah
dimakbulkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala ketika
Perang Badar.

• Allah Subhanahu wa Ta'ala berjanji akan memakbulkan

88
Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
mendiamkan darjatnya. Ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-
Tirmizi, hadis no.: 1828/1905 (Kitab al-Birr wa al-Silah ‘an Rasulullah, Bab
berkenaan panggilan ibu dan bapa). Hadis ini dinilai hasan li ghairihi oleh
Syu’aib al-Arna’uth dan ‘Abd al-Latheif Harzallah dalam semakan mereka ke
atas al-Jami’ al-Kabir (nama lain bagi Sunan al-Tirmizi), hadis no.: 2107.
184
doa namun Dia tidak menerangkan bila atau bagaimana
Dia akan memakbulkan doa tersebut. Semuanya
bergantung kepada hikmah dan kehendak Allah. Dalam
hadis di atas misalnya, ia berlaku pada zaman awal Islam
ketika Rasulullah masih di Mekah dan Allah hanya
memakbulkannya ketika Perang Badar yang berlaku
setelah Rasulullah berhijrah ke Madinah.
• Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam terkenal dengan
akhlak mulia memaafkan kezaliman orang lain. Namun
jika sudah sampai ke tahap tertentu, baginda mendoakan
kebinasaan ke atas orang yang menzaliminya. Oleh itu
hendaklah kita sentiasa menahan diri daripada menzalimi
orang lain, termasuklah orang yang kelihatan sabar dan
“baik-baik” sahaja.

185
Soalan: Bolehkah Menangis Ketika Berdoa?

Jawapan:

Dibolehkan menangis ketika berdoa, asalkan tangisan itu


adalah tulen dan bukan dibuat-buat. ‘Abdullah bin ‘Amr bin al-
‘Ash radhiallahu 'anh berkata,

‫اَّلل َعَّز َو َج َّل ِِف إِبْ َر ِاه َيم‬


َِّ ‫اَّلل علَي ِه وسلَّم تَََل قَوَل‬
ْ َ َ َ ْ َ َُّ ‫صلى‬
َّ َ ‫َِّب‬ َّ ‫أ‬
َّ ِ‫َن الن‬
))‫َّاس فَ َم ْن تَبِ َع ِّن فَِإنَّهُ ِم ِِّن‬
ِ ‫َضلَْل َن َكثِ ًْيا ِم ْن الن‬ ِِ ‫(( َر‬
ْ ‫ب إِ ََّّنُ َّن أ‬
Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam membaca
(dalam al-Qur’an) firman Allah ‘Azza wa Jalla tentang Nabi
Ibrahim, “Ya Tuhanku, sesungguhnya berhala-berhala itu telah
menyesatkan kebanyakan daripada manusia, maka sesiapa
yang mengikutiku, maka sesungguhnya orang itu termasuk
golonganku.” [Ibrahim 14:36]

‫اد َك َوإِ ْن‬ ِ ِ َّ ‫يسى َعلَْي ِه‬ ِ


ُ َ‫الس ََلم ((إِ ْن تُ َع ِذ ِْبُْم فَِإ ََّّنُْم عب‬ َ ‫ْاْليَةَ َوقَ َال ع‬
ِ ْ ‫ك أَنْت الْع ِزيز‬ ِ
))‫يم‬ُ ‫اِلَك‬ ُ َ َ َ َّ‫تَ ْغف ْر ََلُْم فَِإن‬
(Rasulullah juga membaca ayat berikut) Dan berkata ‘Isa
186
‘alaihis salam, “Jika Engkau menyeksa mereka, maka
sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau. Dan jika
Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah
Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [al-Maidah 5:118]

.‫ "اللَّ ُه َّم أ َُّم ِِت أ َُّم ِِت" َوبَ َكى‬:‫فَ َرفَ َع يَ َديِْه َوقَ َال‬
Maka (Rasulullah) mengangkat kedua tangannya dan
berdoa, “Ya Allah! Umatku! Umatku!” sambil menangis.

ٍ ِْ ‫ ََي ِج‬:‫اَّللُ َعَّز و َج َّل‬


َ ُّ‫ب إِ ََل ُمَ َّمد َوَرب‬
‫ك أ َْعلَ ُم‬ ْ ‫يل ا ْذ َه‬
ُ ‫ِب‬ َ َّ ‫فَ َق َال‬
‫يك؟‬َ ‫فَ َسْلهُ َما يُْب ِك‬
Maka Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai Jibrail,
pergilah kepada Muhammad dan bertanyalah – padahal Allah
lebih mengetahui – apa yang membuatkan kamu menangis?”

َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬ َّ ‫يل َعلَْي ِه‬ ِْ ‫فَأ َََتهُ ِج‬


ُ‫اَّلل‬ َ ‫اَّلل‬ ْ ‫الس ََلم فَ َسأَلَهُ فَأ‬
ُ ‫َخ ََِبهُ َر ُس‬ ُ ‫ِب‬
.‫َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ِِبَا قَ َال َوُه َو أ َْعلَ ُم‬
Maka malaikat Jibrail ‘alaihis salam mendatangi
(Rasulullah) dan bertanya kepada baginda, lalu Rasulullah

187
shallallahu 'alaihi wasallam mengkhabarkan tentang firman
Allah (ayat-ayat yang baru dibacanya) sementara Allah lebih
mengetahui (tentang apa yang menyedihkan baginda).

‫يك ِِف‬
َ ‫ض‬ِ ‫ َي ِج ِِبيل ا ْذهب إِ ََل ُم َّم ٍد فَ ُقل إِ ََّن سنُر‬:‫اَّلل‬
َْ ْ َ ْ َ ُ ْ َ َُّ ‫فَ َق َال‬
َ ِ‫أ َُّمت‬
.‫ك َوََل نَ ُسوءُ َك‬
Maka Allah berfirman, “Wahai Jibrail, pergilah kepada
Muhammad dan katakanlah (kepadanya), sesungguhnya Kami
akan menggembirakan kamu dalam urusan umatmu dan tidak
akan membuat kamu sedih.”89

89
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 301/202
(Kitab al-Iman, Bab doa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam untuk umatnya dan
tangisan baginda kerana prihatin ke atas mereka).
188
Soalan: Bolehkah Berdoa Dalam Hati Sahaja?

Jawapan:

Dibolehkan berdoa dalam hati sahaja tanpa menyebutnya


dengan mulut. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda
bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

‫أ َََن ِعْن َد ظَ ِِن َعْب ِدي ِِب َوأ َََن َم َعهُ إِ َذا ذَ َكَرِّن فَإِ ْن ذَ َكَرِّن ِِف نَ ْف ِس ِه‬
.‫ذَ َك ْرتُهُ ِِف نَ ْف ِسي َوإِ ْن ذَ َكَرِّن ِِف َم ٍََل ذَ َك ْرتُهُ ِِف َم ٍََل َخ ٍْْي ِمْن ُه ْم‬
Aku berdasarkan sangkaan hamba-Ku kepada-Ku dan
Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku. Maka jika dia
mengingati-Ku dalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diri-
Ku.90

Hadis di atas berbicara tentang keutamaan berzikir


kepada Allah dalam hati. Doa termasuk dalam kategori zikir,

90
Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari
dalam Shahihnya, hadis no.: 6856/7405 (Kitab al-Tauhid, Bab firman Allah,
“Dan Allah peringatkan kamu terhadap diri-Nya”). Teks penuh hadis telah
dikemukakan sebelum ini.
189
kerana dalam berdoa seseorang itu mengingati Allah, memulakan
doa dengan memuji Allah, menyebut nama-nama Allah dan
berharap kepada kemakbulan Allah. Maka berdasarkan hadis di
atas, dibolehkan berdoa dalam hati sahaja.

190
Soalan: Bagaimana Menyusun Lafaz Doa?

Jawapan:

Lafaz doa yang terbaik adalah apa yang terkandung dalam


al-Qur’an dan apa yang diajar serta dibaca oleh Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam. Dalam al-Qur’an terdapat banyak
doa yang dibaca oleh para Rasul, Nabi dan orang-orang yang soleh
sementara dalam hadis-hadis Rasulullah pula terdapat banyak
doa yang merangkumi pelbagai suasana. Justeru sangat
dianjurkan mempelajari doa-doa ini dan mengamalkannya
apabila perlu.

Doa-doa dalam al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah


memiliki ciri-ciri al-Jawami’, iaitu lafaz yang ringkas dengan
maksud yang luas. Ia juga bersifat sederhana, tidak melampaui
batas, panjang berjela-jela atau bersajak. Ambil saja contoh doa
meminta zuriat. Bagi pasangan suami dan isteri yang masih belum
memiliki anak atau ingin menambah anak, tentu mereka telah
berjumpa pelbagai bentuk doa dan petua bagi mendapatkan
anak. Namun perhatikan bagaimana mudah dan ringkasnya doa
191
Nabi Zakaria ‘alahis salam yang dirakam oleh al-Qur’an,

.‫ُّع ِاء‬
َ ‫يع الد‬
ِ َ َّ‫ك ذُ ِريَّةً طَيِبةً إِن‬
ُ ‫ك ََس‬
ِ
َِ ِ َ ْ‫ب ِل م ْن لَ ُدن‬ ِِ ‫َر‬
ْ ‫ب َه‬
Wahai tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu
zuriat yang bagus. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha
Mendengar doa. [Ali Imran 3:38]

Apabila membaca doa-doa daripada al-Qur’an dan hadis,


hendaklah dibaca dalam lafaznya yang asli. Jangan diubah apa-
apa, seperti lafaz mufrad (singular) atau jama’ (plural), lelaki atau
wanita dan maksud yang umum atau khusus. Ini kerana dengan
membaca dalam lafaznya yang asli, kita memperolehi keberkatan
membaca doa sama seperti yang dibaca oleh para Rasul, Nabi dan
orang-orang soleh.

Jika tetap hendak membaca dengan doa yang disusun


sendiri, maka ia dibolehkan. Sebagai garis panduan, hendaklah
menyusun doa yang ringkas tetapi dengan maksud yang luas.
Susunan seperti ini disukai oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam sepertimana yang dijelaskan oleh A’isyah radhiallahu
'anha,
192
‫اِلََو ِام َع ِم ْن‬
ْ ‫ب‬ ُّ ‫َو َسلَّ َم يَ ْستَ ِح‬ ‫اَّللُ َعلَْي ِه‬
َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬
َ ‫اَّلل‬ ُ ‫َكا َن َر ُس‬
ِ ِ ‫الد‬
.‫ك‬َ ‫ُّعاء َويَ َدعُ َما ِس َوى َذل‬
َ
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menyukai doa
dengan lafaz yang ringkas tetapi luas maksudnya dan
meninggalkan selain itu.91

Hendaklah dijauhi doa yang melampaui batas, yakni doa


meminta sesuatu yang mustahil, yang melanggar hukum-hakam
Islam, di luar fitrah manusia sihat, rumit atau cerewet. Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam pernah mengingatkan tentang
melampaui batas dalam berdoa,

.‫ُّع ِاء‬ ِ ِِ
َ ‫إِنَّهُ َسيَ ُكو ُن ِِف َهذه ْاْل َُّمة قَ ْوٌم يَ ْعتَ ُدو َن ِِف الطَّ ُهوِر َوالد‬
Sesungguhnya akan datang pada umat ini satu kaum
yang melampaui batas dalam bersuci dan berdoa.92

91
Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan ia dinilai
sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 1267/1482
(Kitab al-Sholat, Bab doa).
92
Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan ia dinilai
sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 88/96 (Kitab al-
193
Apabila berdoa, hendaklah berdoa untuk kebaikan dunia
dan akhirat. Sebahagian orang doanya hanyalah untuk urusan
dunia, seperti ingin menjadi kaya, lulus cemerlang dalam
peperiksaan, mendapat kerjaya bagus, memperolehi pasangan
hidup yang sempurna dan anak-anak yang comel lagi bijak. Sikap
seperti ini ditegur oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala,

‫ول َربَّنَا آتِنَا ِِف الدُّنْيَا َوَما لَهُ ِِف ْاْل ِخَرِة ِم ْن‬ ِ ‫فَ ِم َن الن‬
ُ ‫َّاس َم ْن يَ ُق‬
.‫َخ ََل ٍق‬
Maka di kalangan manusia ada yang berdoa, “Wahai
Tuhan kami, berikanlah kepada kami (urusan) di dunia.” Dan
(oleh kerana itu) tiadalah baginya bahagian di Akhirat. [al-
Baqarah 2:200]

Sikap yang benar adalah mendoakan kebaikan untuk


dunia dan akhirat, sebagaimana firman Allah dalam ayat
seterusnya,

‫ول َربَّنَا آتِنَا ِِف الدُّنْيَا َح َسنَ ًة َوِِف ْاْل ِخَرِة َح َسنَ ًة‬
ُ ‫َوِمْن ُه ْم َم ْن يَ ُق‬
Thaharah, Bab melampaui batas dalam penggunaan air).
194
ِ ‫اِلِس‬
.‫اب‬ َّ ‫يب ِِمَّا َك َسبُوا َو‬
ُ ‫اَّللُ َس ِر‬
َ ْ ‫يع‬
ِ َ ِ‫ أُولَئ‬.‫اب النَّا ِر‬
ٌ ‫ك ََلُْم نَص‬
ِ
َ ‫َوقنَا َع َذ‬
Dan di kalangan mereka ada yang berdoa, “Wahai
Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di
akhirat dan peliharalah kami daripada seksa neraka.” Mereka
itulah yang akan mendapat bahagian yang baik daripada apa
yang mereka usahakan, dan Allah amatlah cepat hitungan-Nya.
[al-Baqarah 2:201-202]

Justeru selain berdoa kebaikan urusan dunia, hendaklah


juga berdoa kebaikan urusan Akhirat. Contohnya, memohon
keampunan dosa-dosa, meminta petunjuk agar berada di atas
sunnah Rasulullah, dikurniakan al-Furqan bagi membezakan
antara sunnah dan bid’ah, diberikan kefahaman agama,
ditunjukkan guru, penceramah dan penulis agama yang ilmiah lagi
amanah, dianugerahkan kerajinan beramal soleh dan kekuatan
menjauhi kemungkaran, meminta perlindungan daripada azab
kubur dan di tempatkan di syurga Firdaus. Atau lebih mudah,
berdoa dengan lafaz berikut daripada ayat al-Qur’an di atas,

.‫اب النَّا ِر‬ ِ ِ ِ


َ ‫َربَّنَا آتنَا ِِف الدُّنْيَا َح َسنَةً َوِِف ْاْلخَرِة َح َسنَةً َوقنَا َع َذ‬
195
Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan
kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada seksa
neraka. [al-Baqarah 2:201]

Apabila berdoa, dianjurkan meluaskan cakupan doa agar


meliputi semua umat Islam. Dengan cara ini, orang yang berdoa
akan mendapat pahala atas doanya sementara umat Islam akan
mendapat manfaat daripada doanya. Sebagai contoh, perhatikan
doa Nabi Nuh ‘alaihis salam,

‫ي‬ ِ ِ ِ ِ ِ ‫ي ولِمن دخل ب ي‬ ِ ِ ِ ِ ِ‫ر‬


َ ‫ِت ُم ْؤمنًا َولْل ُم ْؤمن‬
َ َْ َ َ َ ْ َ َ َّ ‫ب ا ْغف ْر ل َول َوال َد‬ َِ
.‫ي إََِّل تَبَ ًارا‬ ِِ ِ ِ ِ
َ ‫َوالْ ُم ْؤمنَات َوََل تَ ِزد الظَّالم‬
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua
orang tuaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan
keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-
orang yang beriman, lelaki dan perempuan (pada segala
zaman) dan janganlah Engkau tambahi ke atas orang-orang
yang zalim melainkan kebinasaan! [Nuh 71:28]

Perkara yang sama juga Allah perintahkan kepada


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
196
ِ َ‫ك ولِْلم ْؤِمنِي والْم ْؤِمن‬
.‫ات‬ ِ ِ ِ ْ‫و‬
ُ َ َ ُ َ َ ‫استَ ْغف ْر ل َذنْب‬ َ
Dan mohonlah ampun untuk dosamu dan untuk (dosa)
orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan. [Muhammad
47:19]

Demikian juga doa sebahagian umat Islam kepada


sebahagian yang lain,

‫وَن ِِبِْْلَيَا ِن َوََل ََْت َع ْل ِِف‬ ِ َّ ِ ِ ِ


َ ‫َربَّنَا ا ْغف ْر لَنَا َوِْل ْخ َواننَا الذ‬
َ ‫ين َسبَ ُق‬
ِ ٌ ‫ك رء‬ ِ ِ َِّ ِ
.‫يم‬
ٌ ‫وف َرح‬ َ ‫قُلُوبِنَا غ ًَّل للذ‬
ُ َ َ َّ‫ين آَ َمنُوا َربَّنَا إن‬
Wahai tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-
saudara kami yang telah mendahului kami dengan iman, dan
janganlah Engkau jadikan dalam hati kami kedengkian dan
permusuhan sesama orang-orang yang beriman; Wahai tuhan
kami, sesungguhnya Engkaulah yang Maha Penyantun lagi
Maha Penyayang. [Hasyr 59:10]

Adab meluaskan doa juga diajar dan dianjurkan oleh


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Perhatikan hadis berikut
daripada ‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu 'anh,

197
:‫ قُْلنَا‬،‫الصَلَِة‬ َّ ‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ِِف‬ ِ
َ ‫َِّب‬ ِ
ِِ ‫ُكنَّا إ َذا ُكنَّا َم َع الن‬
‫ِب‬ ٍ ٍ
ُّ َِّ‫ فَ َق َال الن‬،‫السَلَ ُم َعلَى فَُلَن َوفَُلَن‬ َّ ،‫اَّلل ِم ْن ِعبَ ِاد ِه‬
َِّ ‫السَلَم علَى‬
َ ُ َّ
:‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
َ
Lazimnya kami, apabila kami bersama Nabi shallallahu
'alaihi wasallam dalam solat, kami mengucapkan, “Salam
kepada Allah daripada para hamba-Nya, salam kepada fulan
dan fulan.” Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

:‫ َولَ ِك ْن قُولُوا‬،‫السَلَ ُم‬ َِّ ‫السَلَم علَى‬


َّ ‫ فَِإ َّن‬،‫اَّلل‬
َّ ‫اَّللَ ُه َو‬ َ ُ َّ ‫َلَ تَ ُقولُوا‬
Janganlah berkata, “Salam ke atas Allah” kerana
sesungguhnya Allah, Dia-lah al-Salam. Sebaliknya berkatalah,

َِِّ ‫َّحيَّات‬
ِ
ُّ ِ‫ك أَيُّ َها الن‬
‫َِّب‬ َ ‫السَلَ ُم َعلَْي‬
َّ ،‫ات‬ ُ َ‫ات َوالطَّيِِب‬
ُ ‫الصلَ َو‬
َّ ‫َّلل َو‬ ُ ‫الت‬
.‫ي‬ ِِ َّ ‫اَّلل‬ َِّ ‫السَلَم علَي نا وعلَى ِعب ِاد‬ َِّ ُ‫ور ْْحة‬
َ ‫الصاِل‬ َ َ َ َ ْ َ ُ َّ ،ُ‫اَّلل َوبََرَكاتُه‬ َ ََ
“Segala penghormatan, keberkatan dan kebaikan bagi
Allah. Salam, rahmat dan keberkatan Allah kepada engkau
wahai Nabi. Salam ke atas kami dan ke atas hamba-hamba
Allah yang soleh.”

198
‫الس َم ِاء‬
َّ ‫ي‬ ِ َّ ‫فَِإنَّ ُكم إِ َذا قُْلتم أَصاب ُكل عب ٍد ِِف‬
َ َْ‫الس َماء أ َْو ب‬ َْ َّ َ َ ْ ُ ْ
.‫ض‬ ِ ‫َواْل َْر‬
Ini kerana sesungguhnya jika kalian mengucapkan
seperti itu, ia merujuk kepada setiap hamba di langit, atau di
antara langit dan bumi.93

Apabila meluaskan cakupan doa, dianjurkan


memulakannya dengan diri sendiri. Kemudian barulah diluaskan
kepada semua umat Islam. Ubay bin Ka’ab radhiallahu 'anh
menceritakan,

ِ ِ َّ ‫اَّلل صلَّى‬ ِ َ ‫َن رس‬


َ ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم َكا َن إ َذا ذَ َكَر أ‬
‫َح ًدا فَ َد َعا‬ َ َّ ‫ول‬ ُ َ َّ ‫أ‬
.‫لَهُ بَ َدأَ بِنَ ْف ِس ِه‬
Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lazimnya
apabila teringat kepada seseorang, maka baginda akan

93
Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari
dalam Shahihnya, hadis no.: 791/835 (Kitab al-Azan, Bab memilih doa tertentu
selepas bacaan tasyahud dan ianya tidaklah wajib). Juga dikeluarkan oleh al-
Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.: 5853/6328 (Kitab al-Da’awat, Bab doa
dalam solat). Teks penuh hadis akan dikemukakan dalam soalan-soalan akan
datang insya-Allah.
199
mendoakannya dengan memulakan bagi dirinya sendiri. 94

Contohnya, “Ya Allah, lapangkan rezekiku dan rezeki ahli-


ahli keluargaku serta rezeki seluruh orang-orang yang beriman,
lelaki dan wanita, serta berkatilah kami pada rezeki itu.” Contoh
lain, “Ya Allah, Engkau al-Syafi’ (yang Maha Penyembuh).
Sembuhkanlah penyakit aku ini dan penyakit seluruh orang-orang
yang beriman, lelaki dan wanita, yang sedang sakit sekarang ini.”
Contoh lain, “Ya Allah, pimpinlah aku dan seluruh orang-orang
yang beriman agar berada di atas jalan-Mu dan jalan Rasul-Mu,
Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Peliharalah diriku dan
seluruh orang-orang yang beriman daripada jalan-jalan yang
lain.”

Orang yang meluaskan cakupan doanya, dia membuktikan


bahawa dirinya adalah seorang yang besar hati, berbelas kasih
dan prihatin kepada keadaan umat Islam seluruhnya. Orang

94
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
berkata, hadis ini hasan gharib sahih. ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam
Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3307/3385 (Kitab al-Da’awat ‘an
Rasulullah, Bab pendoa memulakan doa ke atas dirinya sendiri).
200
seperti ini tentu memiliki kedudukan yang mulia di sisi Allah
Subhanahu wa Ta'ala dan memperolehi pahala atas sikap
dermawannya dalam berdoa.

Sementara kemungkinan doanya akan dimakbulkan Allah


adalah lebih tinggi mengingatkan adanya malaikat yang akan
mengaminkan dan mendoakan perkara yang sama baginya.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

ٌ َ‫ب ِعْن َد َرأْ ِس ِه َمل‬


‫ك‬ ِ ‫إِ َّن د ْعوةُ الْمرِء مستَجابةٌ ِْل‬
ِ ‫َخ ِيه بِظَ ْه ِر الْغَْي‬ َ َ ْ ُ َْ َ َ
.‫ك ِبِِثْلِ ِه‬
َ َ‫ي َول‬ ِ ِ ِِ ِ
َ ‫ آم‬:‫يُ َؤِم ُن َعلَى ُد َعائه ُكلَّ َما َد َعا لَهُ ْبٍَْْي قَ َال‬
Sesungguhnya doa seseorang untuk saudara
(seagama)nya yang tidak hadir bersamanya adalah mustajab.
(Ini kerana) di sisi kepala orang yang berdoa terdapat malaikat
yang mengaminkan doanya. Setiap kali dia mendoakan
kebaikan saudaranya, malaikat itu akan berdoa, “Amin dan
bagimu yang semisal”.95

95
Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Ibn Majah
dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn
Majah, hadis no.: 2886/2895 (Kitab al-Manasik, Bab keutamaan doa orang
yang pergi haji). Teks penuh hadis akan dikemukakan dalam soalan-soalan akan
201
Sebaliknya, janganlah pula menyempitkan cakupan doa.
Abu Hurairah radhiallahu 'anh menceritakan,

‫ فَ َق َال‬،ُ‫صَلٍَة َوقُ ْمنَا َم َعه‬ ِ َِّ ‫ول‬


َ ‫صلَّى هللاُ َعلَْيه َو َسلَّ َم ِِف‬
َ ‫اَّلل‬ ُ ‫قَ َام َر ُس‬
:‫الصَلَِة‬
َّ ‫اِب َوُه َو ِِف‬
ٌّ ِ‫أ َْعَر‬
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berdiri untuk
solat dan kami berdiri bersamanya (untuk solat berjemaah).
Lalu berkata seorang Arab Badwi dalam solatnya,

َ ‫ َوَلَ تَ ْر َح ْم َم َعنَا أ‬،‫اللَّ ُه َّم ْار َْحْ ِّن َوُمَ َّم ًدا‬
.‫َح ًدا‬
“Ya Allah, rahmatilah aku serta Muhammad dan
janganlah merahmati bersama kami seorang jua yang lain.”

ِ ‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه‬


ْ ‫َو َسلَّ َم قَ َال ل َْل‬
ِِِ‫َعَر‬
‫ لََق ْد‬:‫اِب‬ ُّ ِ‫فَلَ َّما َسلَّ َم الن‬
َ ‫َِّب‬
َِّ َ‫يد ر ْْحة‬ ِ ‫ح َّجر‬
.‫اَّلل‬ َ َ ُ ‫ يُِر‬.‫ت َواس ًعا‬ َْ َ
Maka tatkala Nabi shallallahu 'alaihi wasallam selesai
memberi salam, baginda bersabda kepada Arab Badwi itu,

datang insya-Allah.
202
“Demi sesungguhnya kamu telah menyempitkan apa yang
luas.” (Berkata Abu Hurairah), maksudnya menyempitkan
rahmat Allah.96

Apabila berdoa, hendaklah dijauhi doa berbentuk sajak


atau puisi. ‘Abdullah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma berkata,

96
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
5551/6010 (Kitab al-Adab, Bab menyayangi manusia dan haiwan).
Antara keutamaan orang-orang yang hidup pada zaman Rasulullah,
melihat serta beriman kepada baginda – yakni para sahabat baginda – adalah
mereka boleh mencipta sesuatu ibadah. Seperti lafaz doa dalam solat oleh Arab
Badwi dalam hadis di atas, juga memberi salam kepada Allah sebagaimana
hadis ‘Abdullah ibn Mas’ud yang dikemukakan beberapa perenggan sebelum
ini.
Kebolehan ini adalah khusus kepada para sahabat Rasulullah sahaja
kerana dua sebab. Pertama, meraikan kemuliaan mereka sebagai orang yang
telah mengorbankan jiwa, keluarga dan harta benda demi Islam. Kedua, pada
zaman itu wahyu masih diturunkan bagi menerangkan ibadah yang mereka cipta
itu adalah betul dan diterima atau salah dan ditolak. Dalam dua contoh hadis di
atas (lafaz doa dalam solat oleh Arab Badwi dan memberi salam kepada Allah),
ia adalah salah dan ditolak.
Penjelasan ini adalah perlu bagi membetulkan salah faham sebahagian
pencinta bid’ah, di mana mereka berhujah bahawa “jika para sahabat boleh
berbuat bid’ah dengan mencipta sesuatu ibadah pada zaman Rasulullah, maka
kami juga boleh berbuat bid’ah dengan mencipta sesuatu ibadah”. Hujah ini
ditolak berdasarkan dua sebab di atas. Selain itu, bid’ah hanya ada selepas
kewafatan Rasulullah, yakni apabila wahyu sudah berhenti dan agama Islam
telah disempurnakan.
203
َ ‫ي فَِإ ْن أَ ْكثَ ْر‬
‫ت‬ ِ ْ َ‫ت فَمَّرت‬ ِ ٍ
َ َ ‫َّاس ُك َّل َُجُ َعة َمَّرًة فَإ ْن أَبَْي‬
َ ‫ث الن‬ ْ ‫َح ِِد‬
.‫َّاس َه َذا الْ ُق ْرآ َن‬ ِ ٍ ِ َ ‫فَثَََل‬
َ ‫ َوََل َُت َّل الن‬.‫ث مَرار‬
Berbicaralah dengan orang ramai (tentang pengajaran
al-Qur’an)97 setiap minggu sekali. Jika enggan, maka
berbicaralah setiap minggu dua kali. Jika masih hendak lebih
banyak, maka setiap minggu tiga kali. Janganlah membosankan
orang ramai dengan al-Qur’an ini.

ُّ ‫يث ِم ْن َح ِديثِ ِه ْم فَتَ ُق‬


‫ص‬ ٍ ‫َّك ََتِِْت الْ َقوم وهم ِِف ح ِد‬
َ ْ َُ َْ
ِ
َ ‫َوََل أُلْفيَ ن‬
.‫َعلَْي ِه ْم فَتَ ْقطَ ُع َعلَْي ِه ْم َح ِديثَ ُه ْم فَتُ ِملُّ ُه ْم‬
Janganlah aku mendapati kamu mendatangi
sekumpulan manusia yang sedang berbicara dengan
perbicaraan mereka, lalu kamu mencelah dan memotong
perbicaraan mereka (dengan pengajaran al-Qur’an) sehingga
membosankan mereka.

97
Maksudnya memberi tazkirah daripada ayat-ayat al-Qur’an atau
menyampaikan kuliah tafsir al-Qur’an. Adapun membaca al-Qur’an, maka
boleh dilakukan setiap hari. Bahkan dibolehkan membaca al-Qur’an beberapa
kali dalam sehari.
204
.ُ‫وك فَ َح ِِدثْ ُه ْم َوُه ْم يَ ْشتَ ُهونَه‬
َ ‫ت فَِإ َذا أ ََم ُر‬ ِ ِ
ْ ‫َولَك ْن أَنْص‬
Sebaliknya berilah perhatian (supaya dapat diketahui
bila mereka berminat) dan apabila mereka menyuruh kamu
berbicara, berbicaralah (dengan menyampaikan pengajaran al-
Qur’an) sedang mereka ketika itu dalam keadaan bersemangat
(untuk mendengar dan belajar).

َِّ ‫ول‬ ِ َ‫السجع ِمن الدُّع ِاء ف‬


‫اَّلل‬ َ ‫ت َر ُس‬ ُ ‫اجتَنْبهُ فَِإِِّن َع ِه ْد‬
ْ َ ْ َ ْ َّ ‫فَانْظُْر‬
ِ ِ َّ ‫صلَّى‬
َ ‫َص َحابَهُ ََل يَ ْف َعلُو َن إََِّل َذل‬
‫ك يَ ْع ِّن ََل يَ ْف َعلُو َن‬ ْ ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم َوأ‬ َ
.‫اب‬ ِ ِ َ ِ‫إََِّل َذل‬
َ َ‫ك اَل ْجتن‬
Berwaspadalah daripada bersajak ketika berdoa dan
jauhilah ia kerana sesungguhnya aku mengetahui Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabatnya tidak
melakukan kecuali yang sedemikian, yakni tidak berdoa kecuali
dengan menjauhi (doa secara) bersajak.98

Sajak yang patut dijauhi ketika berdoa adalah lafaz yang

98
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
5862/6337 (Kitab al-Da’awat, Bab dibenci bersajak ketika berdoa)
205
sengaja dibuat-buat sehingga menjadi panjang, berbunga-bunga
dan disusun semata-mata agar sedap dibaca dan didengar.
Adapun jika seseorang itu berdoa lalu lafaznya secara kebetulan
seperti sebuah sajak, maka ia tidak mengapa.

Pada pandangan penulis, termasuk dalam kategori


tegahan ini ialah berdoa secara nyanyian kerana ia sudah menjadi
panjang, berbunga-bunga dan disusun semata-mata agar sedap
dibaca dan didengar. Ia mirip dengan berdoa secara bersajak.

Penjelasan Tambahan

Maksud berdoa lalu lafaznya “secara kebetulan seperti


sebuah sajak” ialah apabila seseorang itu kerana kefasihan
bahasa Arabnya, apabila berdoa secara kebetulan rangkap-
rangkapnya berbunyi seperti sajak. Orang yang paling fasih
berbahasa Arab ialah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan
ada beberapa doa yang baginda baca atau ajar berbunyi seperti
sajak. Ia memang sedap dibaca atau didengar dan maksud-
maksudnya memang baik. Antaranya doa qunut dalam solat sunat

206
Witir yang baginda ajar kepada Hasan bin ‘Ali radhiallahu
'anhuma,

ٍ ‫اَّلل علَي ِه وسلَّم َكلِم‬


‫ات أَقُوَُلُ َّن ِِف الْ ِوتْ ِر‬ َِّ ‫ول‬
َ َ َ َ ْ َ َُّ ‫صلَّى‬ َ ‫اَّلل‬ ُ ‫َعلَّ َم ِّن َر ُس‬
ِ ُ‫اس ِِف قُن‬
:‫وت الْ ِوتْ ِر‬ ٍ ‫قَ َال ابْ ُن َج َّو‬
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajarku
kalimat-kalimat yang dibaca ketika solat sunat Witir, (berkata
Ibn Jawwas – perawi hadis) yakni pada doa qunut solat sunat
Witir,

ِ ِ
‫ت‬ َ ‫اللَّ ُه َّم ا ْهدِّن ف‬
َ ْ‫يم ْن َه َدي‬
Ya Allah, berilah aku petunjuk di kalangan orang-orang
yang Engkau berikan petunjuk,

ِ ِ
‫ت‬ َ ‫َو َعاف ِّن ف‬
َ ‫يم ْن َعافَ ْي‬
Dan berilah aku keselamatan di kalangan orang-orang
yang telah Engkau berikan keselamatan,

ِ َّ
َ ‫يم ْن تَ َولَّْي‬
‫ت‬ َ ‫َوتَ َول ِّن ف‬
Dan uruskanlah diriku di kalangan orang-orang yang
207
telah Engkau uruskan,

ِ ِ
‫ت‬ َ ‫َوَِبرْك ِل ف‬
َ ‫يما أ َْعطَْي‬
Dan berkatilah aku pada apa yang telah Engkau berikan
kepadaku,

ِ
‫ت‬ َ َ‫َوق ِّن َشَّر َما ق‬
َ ‫ضْي‬
Dan lindungilah aku daripada keburukan apa yang telah
Engkau putuskan,

‫ك‬
َ ‫ضى َعلَْي‬ ِ ‫ك تَ ْق‬
َ ‫ضي َوََل يُ ْق‬ َ َّ‫إِن‬
Sesungguhnya Engkau Yang memutuskan dan tidak
diputuskan (oleh sesiapa lain) ke atas aku,

ِ
َ ‫َوإِنَّهُ ََل يَذ ُّل َم ْن َوالَْي‬
‫ت‬
Dan sesungguhnya tidak akan hina orang yang telah
Engkau tolong,

‫ت‬ ِ
َ ْ‫َوََل يَعُّز َم ْن َع َادي‬
Dan tidak akan mulia orang yang Engkau musuhi.

208
.‫ت‬
َ ‫ت َربَّنَا َوتَ َعالَْي‬
َ ‫تَبَ َارْك‬
Engkaulah yang Maha Berkat wahai tuhan kami dan
Maha Tinggi.99

99
Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan ia dinilai
sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 1214/1425
(Kitab al-Solat, Bab qunut dalam solat Witir).
209
Soalan: Bagaimana Cara Memulakan Doa?

Jawapan:

Dianjurkan memulakan doa dengan menyebut nama-


nama Allah yang baik (al-Asma ul Husna). Ini disebut sebagai
berdoa dengan bertawassul kepada nama-nama Allah.

Maksud tawassul ialah menjadikan sesuatu sebagai


sarana bagi mendekatkan diri kepada Allah. Adapun bertawassul
dalam berdoa, maksudnya ialah menjadikan sesuatu sebagai
sarana bagi meningkatkan kadar kemakbulan doa di sisi Allah.
Memandangkan doa adalah satu ibadah, maka apa yang dijadikan
sarana itu bukanlah mengikut logik atau kesukaan seseorang,
tetapi mestilah berdalilkan al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih.

Berdoa dengan bertawassul kepada nama-nama Allah


adalah dianjurkan berdasarkan firman Allah Subhanahu wa
Ta'ala,

.‫اِلُ ْس َن فَ ْادعُوهُ ِِبَا‬


ْ ُ‫ََسَاء‬ َِِّ‫و‬
ْ ‫َّلل ْاْل‬ َ
Dan bagi Allah nama-nama yang baik, maka berdoalah
210
kepadanya dengan (nama-nama) itu. [al-A’raaf 7:180]

.‫اِلُ ْس َن‬
ْ ُ‫ََسَاء‬ َّ ‫اَّللَ أَ ِو ْادعُوا‬
ْ ‫الر ْْحَ َن أ ًََّي َما تَ ْدعُوا فَلَهُ ْاْل‬ َّ ‫قُ ِل ْادعُوا‬
Katakanlah: “Berdoalah dengan nama Allah atau al-
Rahman, yang mana sahaja kamu guna untuk berdoa, maka
bagi Allah nama-nama yang baik.” [al-Isra’ 17:110]

Ada dua cara bagi berdoa dengan bertawassul kepada


nama-nama Allah. Pertama adalah dengan merujuk kepada
pengamalan, tunjuk ajar serta pengesyoran Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam. Perhatikan beberapa hadis berikut,

Fadhalah bin ‘Ubaid radhiallahu 'anh berkata:

‫صَلَتِِه فَلَ ْم‬ ِ َّ ‫ََِسع النَِِّب صلَّى‬


َ ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم َر ُجَلً يَ ْدعُو ِِف‬ َ ُّ َ
‫اَّللُ َعلَْي ِه‬
َّ ‫صلَّى‬ ِ َّ ‫َِّب صلَّى‬
ُّ ِ‫ فَ َق َال الن‬.‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم‬
َ ‫َِّب‬ َ ِِ ِ‫ص ِِل َعلَى الن‬ َ ُ‫ي‬
.‫ َع ِج َل َه َذا‬:‫َو َسلَّ َم‬
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mendengar seorang
lelaki yang meminta dalam doanya100 tanpa berselawat ke atas

100
Perkataan “solat” dalam bahasa Arab memiliki dua maksud. Pertama,
211
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Maka Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda: “Orang ini terburu-buru.”

ِ ‫ إِذَا صلَّى أَح ُد ُكم فَ ْلي ب َدأْ بِتح ِم‬:‫ُْثَّ دعاه فَ َق َال لَه أَو لِغَ ِْيِه‬
‫يد‬ ْ َ َْ ْ َ َ ْ ْ ُ ُ ََ
‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ُْثَّ لْيَ ْدعُ بَ ْع ُد‬
َّ ‫صلَّى‬ ِِ ِ‫ص ِِل َعلَى الن‬ ِ ِ َِّ
َ ‫َِّب‬ َ ُ‫اَّلل َوالثَّنَاء َعلَْيه ُْثَّ لْي‬
.َ‫ِِبَا َشاء‬
Lantas baginda memanggilnya dan berkata kepadanya
atau kepada selainnya: “Apabila seseorang kalian berdoa,
hendaklah dimulai dengan Tahmid dan puji-pujian kepada Allah
kemudian diikuti dengan selawat ke atas Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam, kemudian sesudah itu mintalah apa saja yang
dikehendaki.”101

solat yang bermula dengan takbir dan berakhir dengan salam. Kedua, berdoa.
Dalam menterjemahkan hadis di atas, penulis memilih maksud kedua
= doa. Sebabnya, jika diterjemah dengan maksud pertama, ia tidak menepati
keseluruhan hadis kerana dalam solat seseorang itu sudahpun memuji Allah dan
berselawat kepada Rasulullah ketika bacaan tasyahud yang akhir, sehingga tidak
perlu Rasulullah menyuruh orang itu mengulanginya sebelum berdoa.
101
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata, “Hadis ini
hasan sahih.” Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi –
hadis no: 3399/3477 (Kitab al-Da’awat ‘an Rasulullah, Bab tentang himpunan
doa-doa daripada Nabi).
212
Contoh lain, ketika berdoa meminta hujan (Istisqa’),
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memulakan doa dengan
tiga ayat pertama surah al-Fatihah,

ِِ ‫ك ي وِم‬
ِ ِ ِ َّ ‫الر ْْحَ ِن‬ ِ ِ ‫اِلم ُد ََِّّللِ ر‬
))‫الدي ِن‬ ْ َ ‫الرحي ِم َمل‬ َّ ‫ي‬َ ‫ب الْ َعالَم‬
ِ َ ْ َْ (( ‫ال‬ َ َ‫ُْثَّ ق‬
َّ ‫ََل إِلَهَ إََِّل‬
ُ ‫اَّللُ يَ ْف َع ُل َما يُِر‬
.‫يد‬
Kemudian baginda berdoa, “Segala puji bagi Allah, Rabb
sekian alam. Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Raja
pada Hari Pembalasan. (al-Fatihah 1:1-3) Tiada Tuhan
melainkan Allah, Tuhan berbuat apa yang dikehendaki-Nya.

َ ‫ّن َوََْن ُن الْ ُف َقَراءُ أَنْ ِزْل َعلَْي نَا الْغَْي‬


‫ث‬ َ ْ‫اَّللُ ََل إِلَهَ إََِّل أَن‬
ُّ َِ‫ت الْغ‬ َّ ‫ت‬ َ ْ‫اللَّ ُه َّم أَن‬
.‫ي‬ٍ ‫ت لَنَا قُ َّوًة وبَََل ًغا إِ ََل ِح‬ َ ْ‫اج َع ْل َما أَنْ َزل‬
ْ ‫َو‬
َ
Ya Allah, Engkaulah Allah, tiada Tuhan selain Engkau,
Engkaulah yang Maha Kaya sementara kami amat memerlukan.
Turunkanlah ke atas kami hujan dan jadikanlah apa yang
Engkau turunkan itu sumber kekuatan serta bekalan kehidupan
bagi kami sehingga ke masanya (yang Engkau tentukan).” 102

102
Hasan: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud
213
Contoh lain ialah memulakan doa dengan zikir pujian yang
disebut oleh Nabi Yunus ‘alaihis salam, kemudian berdoa apa
yang dikehendaki. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
mengajar kita,

ِ ‫اِل‬ ِِ ِ
:‫وت‬ُْ ‫َد ْع َوةُ ذي النُّون إ ْذ َد َعا َوُه َو ِِف بَطْ ِن‬
Doa Dzun Nun (Nabi Yunus), apabila dia berdoa ketika di
dalam perut ikan paus adalah,

ِِ ِ ‫ك إِِّن ُكْن‬
َ ‫ت م ْن الظَّالم‬
.‫ي‬ َ ْ‫ََل إِلَهَ إََِّل أَن‬
ُ ِ َ َ‫ت ُسْب َحان‬
“Tiada tuhan melainkan Engkau (Ya Allah), Maha suci
Engkau. Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim
(ke atas diri sendiri).”

.ُ‫اَّللُ لَه‬
َّ ‫اب‬َ ‫استَ َج‬ ُّ َ‫فَِإنَّهُ ََلْ يَ ْدعُ ِِبَا َر ُجل ُم ْسلِ ٌم ِِف َشي ٍء ق‬
ْ ‫ط إََِّل‬ ْ ٌ
Sesungguhnya tidaklah seorang Muslim berdoa

dan beliau berkata, hadis ini gharib dan sanadnya jayyid (bagus). Dinilai hasan
oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 992 sementara Syu’aib
al-Arna’uth turut menilai sanadnya sebagai hasan dalam semakannya ke atas
Sunan Abu Daud, hadis no.:1173 (Kitab al-Solat, Bab mengangkat kedua
tangan ketika solat Istisqa’). Teks penuh hadis telah dikemukakan sebelum ini.
214
meminta apa jua dengannya melainkan pasti Allah
memakbulkan baginya.103

Contoh lain, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam


pernah mendengar seorang lelaki memulakan doanya dengan,

َ ْ‫اَّللُ ََل إِلَ َه إََِّل أَن‬


‫ت‬ َّ ‫ت‬ َ ْ‫ك أَن‬ َ َّ‫َّن أَ ْش َه ُد أَن‬ ِِ‫ك أ‬ َ ُ‫َسأَل‬ْ ‫اللَّ ُه َّم إِِِّن أ‬
ِ ِ
.‫َح ٌد‬ َ ‫الص َم ُد الَّذي ََلْ يَل ْد َوََلْ يُولَ ْد َوََلْ يَ ُك ْن لَهُ ُك ُف ًوا أ‬َّ ‫َح ُد‬َ ‫ْاْل‬
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau,
bahawa aku bersaksi bahawa Engkau adalah Allah, tiada tuhan
melainkan Engkau, yang Maha Tunggul, tempat bergantung
segala sesuatu, tidak beranak dan tidak diperanakkan dan tiada
ada sesuatu jua yang seperti-Nya.”

‫َعظَِم الَّ ِذي‬ َّ ‫ َوالَّ ِذي نَ ْف ِسي بِيَ ِد ِه لََق ْد َسأ ََل‬:‫فَ َق َال‬
ْ ‫اَّللَ ِِب َِْس ِه ْاْل‬

103
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
mendiamkan darjatnya. Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-
Tirmizi, hadis no.: 3427/3505 (Kitab al-Da’awat ‘an Rasulullah, Bab
menghitung tasbih dengan tangan). Sementara Syu’aib al-Arna’uth dan ‘Abd
al-Latheif Harzallah menilai hadis ini hasan dalam semakan mereka ke atas al-
Jami’ al-Kabir (nama lain bagi Sunan al-Tirmizi), hadis no.: 3813.
215
‫اب َوإِ َذا ُسئِ َل بِِه أ َْعطَى‬
َ ‫َج‬
ِِ ِ ِ
َ ‫إ َذا ُدع َي به أ‬
Maka baginda bersabda, “Demi Allah nyawaku yang
berada di Tangan-Nya, sesungguhnya dia telah meminta
kepada Allah dengan nama-Nya yang agung, yang jika dia
berdoa dengannya pasti akan dikabulkan dan jika dia meminta
dengannya pasti akan diberikan.104

Contoh lain, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam


pernah mendengar seorang lelaki memulakan doanya dengan,

ِ
‫يع‬
ُ ‫ت الْ َمنَّا ُن بَد‬َ ْ‫اِلَ ْم ُد ََل إِلَهَ إََِّل أَن‬
ْ ‫ك‬ َّ ‫ك ِِب‬
َ َ‫َن ل‬ ْ ‫اللَّ ُه َّم إِِِّن أ‬
َ ُ‫َسأَل‬
.‫وم‬ ِ ِْ ‫اِل ََل ِل و‬ ِ ‫ات َو ْاْل َْر‬ ِ ‫السمو‬
ُ ُّ‫اْل ْكَرام ََي َح ُّي ََي قَي‬ َ َْ ‫ض ََي َذا‬ َ َ َّ
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau,
bahawa bagi Engkau segala pujian, tiada tuhan melainkan
Engkau, yang Maha Pemberi Kurnia, Pencipta langit dan bumi,
wahai yang memiliki keagungan dan kemuliaan, wahai yang

104
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
berkata, “Hadis ini hasan gharib.” Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih
Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 3397/3475 (Kitab al-Da‘awat ‘an Rasulullah, Bab
himpunan doa daripada Nabi).
216
Maha Hidup dan wahai yang mengurusi makhluk-Nya.”

‫اَّللَ ِِب َِْس ِه الْ َع ِظي ِم‬


َّ ‫ لََق ْد َد َعا‬:‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
َّ ‫صلَّى‬ ُّ ِ‫فَ َق َال الن‬
َ ‫َِّب‬
.‫اب َوإِ َذا ُسئِ َل بِِه أ َْعطَى‬ ِِ ِ ِ ِ
َ ‫الَّذي إ َذا ُدع َي به أ‬
َ ‫َج‬
Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Demi
sesungguhnya dia telah berdoa dengan nama Allah yang agung,
yang jika dia berdoa dengannya pasti dimakbulkan dan jika dia
meminta dengannya pasti akan diberikan.”105

Kedua, berdoa dengan memilih nama-nama Allah yang


berkaitan dengan doa, baik di permulaan doa atau di akhir doa.
Contohnya,

“Ya Allah, Engkaulah yang Maha Pengampun (al-Ghafur),


maka ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa orang-orang tua
aku.”

“Ya Allah, lariskanlah perniagaan aku hari ini,

105
Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan dinilai sahih
oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 1277/1495 (Kitab al-
Witir, Bab doa).
217
sesungguhnya Engkaulah Pemberi Rezeki (al-Razzaq) bagi kami.”

“Ya Allah, Engkaulah yang Maha Penyembuh (al-Syafi),


maka sembuhkanlah penyakit aku ini.”

Demikian tiga contoh. Para pembaca dijemput mengkaji


nama-nama Allah dan memilih nama yang sesuai, selari doa yang
diminta.

Walau bagaimanapun, dibolehkan berdoa terus tanpa


memulakannya dengan nama-nama Allah Subhanahu wa Ta'ala
atau berselawat kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.
Contohnya, Umm Sulaim radhiallahu 'anha pernah menyerahkan
anaknya – Anas bin Malik – kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam untuk menjadi pembantu baginda. Umm Sulaim
berkata,

:‫ فَ َق َال‬.ُ‫اَّللَ لَه‬
َّ ُ‫س ْادع‬ ‫ن‬
ََ‫أ‬ ‫ك‬ ‫م‬ ِ ‫اَّلل خ‬
‫اد‬ َِّ ‫ول‬
َ ‫ََي َر ُس‬
ٌ َ ُ َ
“Wahai Rasulullah, (ini) pembantu kamu, Anas.
Berdoalah kepada Allah baginya.” Maka Rasulullah berdoa,

ِ ِ ِ
َ ‫اللَّ ُه َّم أَ ْكث ْر َمالَهُ َوَولَ َدهُ َوَِبرْك لَهُ ف‬
.ُ‫يما أ َْعطَْي تَه‬
218
“Ya Allah, perbanyakkanlah hartanya dan anaknya serta
berkatilah apa yang Engkau berikan kepadanya.”106

Dalam hadis di atas, Rasulullah shallallahu 'alaihi


wasallam terus berdoa tanpa memulakannya dengan nama-nama
Allah.

106
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
4529/2480 (Kitab Fadha’il al-Shohabah, Bab keutamaan Anas bin Malik).
219
Soalan: Adakah Dianjurkan Mengucapkan “Amin”
Setelah Berdoa?

Jawapan:

Dianjurkan mengucapkan “Amin” dalam dua keadaan.


Pertama, setelah membaca surah al-Fatihah, baik di dalam solat
mahupun di luar solat, baik untuk solat bersendirian mahupun
solat berjemaah. Wail bin Hujur radhiallahu 'anh menerangkan,

ِ ‫ض‬
‫وب َعلَْي ِه ْم‬ ِ َّ ‫ََِسعت النَِِّب صلَّى‬
ُ ‫ (( َغ ِْْي امل ْغ‬:َ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم قَ َرأ‬ َ َّ ُ ْ
َ ِ ِ ِ
.ُ‫ص ْوتَه‬َ ‫ َوَم َّد ِبَا‬،‫ي‬ َ ‫ آم‬:‫ فَ َق َال‬،))‫ي‬
َ ِ‫َوََل الضَّال‬
Aku mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wasallam
membaca “Ghairil Maghdubi ‘alaihim wa ladh-Dhoolin”, lalu
baginda mengucapkan “Amin” dengan memanjangkan
suaranya.107

Hadis di atas bersifat umum, bererti ia merujuk kepada

107
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
berkata, Hadis ini hasan. Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-
Tirmizi, hadis no.: 231/248 (Kitab al-Sholat, Bab berkenaan “Amin”).
220
suasana membaca surah al-Fatihah di dalam solat mahupun di
luar solat, bersendirian mahupun berjemaah.

Adapun apabila solat berjemaah yang imam membaca


surah al-Fatihah secara kuat, maka disunnahkan mengucapkan
“Amin” secara kuat serentak dengan imam. Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam bersabda,

‫ي املَلَئِ َك ِة‬
َ ‫ فَِإنَّهُ َم ْن َوافَ َق ََتِْمينُهُ ََتِْم‬،‫ فَأ َِِمنُوا‬،‫إِ َذا أ ََّم َن ا ِْل َم ُام‬
َ ِ
.‫َّم ِم ْن َذنْبِ ِه‬
َ ‫غُفَر لَهُ َما تَ َقد‬
Apabila imam mengucapkan “Amin”, maka ucapkanlah
“Amin”, kerana sesungguhnya sesiapa yang ucapan “Amin”nya
serentak dengan ucapan “Amin” para malaikat, diampunkan
baginya dosa-dosa yang lalu.108

Dalam sebuah hadis lain, Abu Musa al-Asy’ari radhiallahu


'anh menceritakan bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam pernah berkhutbah mengajar tatacara solat. Antara lain

108
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
738/780 (Kitab al-Azan, Bab imam mengucapkan “Amin” secara kuat).
221
baginda bersabda,

‫ فَِإ َذا َك ََِّب‬،‫َح ُد ُك ْم‬ ِ


َ ‫ص ُفوفَ ُك ْم ُْثَّ لْيَ ُؤَّم ُك ْم أ‬
ُ ‫يموا‬ َ ‫إِ َذا‬
ُ ‫صلَّْي تُ ْم فَأَق‬
ِ ِ ‫ض‬
:‫ فَ ُقولُوا‬،))‫ي‬ َ ِ‫وب َعلَْي ِه ْم َوََل الضَّال‬ ُ ‫ َوإِ ْذ قَ َال (( َغ ِْْي الْ َم ْغ‬،‫فَ َكِِِبُوا‬
.ُ‫ ُُِيْب ُك ُم هللا‬،‫ي‬ ِ
َ ‫آم‬
Apabila kalian (hendak) solat, maka luruskanlah saf
kalian, kemudian hendaklah salah seorang daripada kalian
menjadi imam. Apabila imam bertakbir, maka bertakbirlah.
Apabila imam membaca “Ghairil Maghdubi ‘alaihim wa ladh-
Dhoolin”, maka katakanlah “Amin”, (nescaya) Allah akan
memakbulkan untuk kalian.109

Hikmah dianjurkan mengucapkan “Amin” kerana surah al-


Fatihah itu sendiri adalah satu doa, maka menutupinya dengan
ucapan “Amin” bererti mengucapkan “Ya Allah, perkenankanlah!”

Kedua, dianjurkan mengucapkan “Amin” apabila


mendengar atau membaca kenyataan yang benar lagi

109
Sahih: Sebahagian hadis yang dikeluarkan oleh Muslim dalam
Shahihnya, hadis no.: 612/404 (Kitab al-Solat, Bab tasyahud dalam solat).
222
dipersetujui. Melalui ucapan “Amin” tersebut, seseorang itu
berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala agar kenyataan itu
benar-benar menjadi. Dalil bagi anjuran ini adalah hadis berikut
daripada Jabir bin ‘Abdullah radhiallahu 'anh,

َ‫َِّب صلى هللا عليه وسلم َرقِ َي الْ ِمْن ََِب فَلَ َّما َرقِ َي الد ََّر َجة‬ َّ ‫أ‬
َّ ِ‫َن الن‬
:‫ ُْثَّ َرقِ َي الثَّالِثَةَ فَ َق َال‬،‫ي‬ ِ ِ ِ
ْ ‫ آم‬:‫ ُْثَّ َرق َي الثَّانيَةَ فَ َق َال‬،‫ي‬
ِ
ْ ‫ آم‬:‫ُوَل قَ َال‬
َ ‫اْل‬
.‫ي‬ ِ
ْ ‫آم‬
Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menaiki
mimbar. Maka tatkala menaiki anak tangga pertama baginda
mengucapkan, “Amin”. Kemudian baginda menaiki anak
tangga kedua dan mengucapkan, “Amin”. Kemudian baginda
menaiki anak tangga ketiga dan mengucapkan, “Amin”.

ٍ ‫ث مَّر‬
‫ات ؟‬ ِ ُ ‫اك تَ ُق‬ ِ ‫ول‬
َ َ‫هللا ََِس ْعن‬
َ َ َ‫ي ثََل‬
َ ‫ول آم‬ َ ‫ ََي َر ُس‬:‫فَ َقالُوا‬
Maka para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah,
(kenapakah) kami mendengar kamu mengatakan “Amin” tiga
kali?”

223
‫يل صلى هللا عليه‬ ِ ِ ِ َ ‫يت الدَّر َجةَ اْل‬ ِ
ُ ‫ُوَل َجاءَّن ج ِْب‬ َ َ ‫ لَ َّما َرق‬:‫قَ َال‬
.ُ‫ضا َن فَانْ َسلَ َخ ِمْنهُ َوََلْ يُ ْغ َف ْر لَه‬ ِ
َ ‫ َشق َي َعْب ٌد أ َْد َرَك َرَم‬:‫وسلم فَ َق َال‬
.‫ي‬ ِ ‫فَ ُقْل‬
ْ ‫ آم‬:‫ت‬ ُ
Rasulullah menjawab, tatkala aku menaiki anak tangga
pertama, Jibrail shallallahu 'alaihi wasallam datang kepada aku
dan berkata, “Celakalah hamba yang menemui bulan
Ramadhan dan keluar daripadanya sementara tidak diberikan
keampunan kepadanya (kerana masih melakukan maksiat
sepanjang bulan Ramadhan).” Maka aku berkata, “Amin.”

ْ ُ‫َح َد ُُهَا فَلَ ْم يُ ْد ِخَلَه‬


.َ‫اِلَنَّة‬ ِ ِ ِ
َ ‫ َشق َي َعْب ٌد أ َْد َرَك َوال َديْه أ َْو أ‬:‫ُْثَّ قَ َال‬
.‫ي‬ ِ ‫فَ ُقْل‬
ْ ‫ آم‬:‫ت‬ ُ
Kemudian (Jibrail) berkata (tatkala aku menaiki anak
tangga kedua), “Celakalah hamba yang menemui ibu dan
bapanya atau salah seorang daripada mereka berdua, lalu dia
tidak memasuki syurga (kerana menderhaki mereka).” Maka
aku berkata, “Amin.”

224
:‫ت‬ َ ‫ص ِِل َعلَْي‬ ِ ‫ َش ِقي عب ٌد ذُكِر‬:‫ُْثَّ قَ َال‬
ُ ‫ فَ ُقْل‬.‫ك‬ َ ُ‫ت عْن َدهُ َوََلْ ي‬
َ ْ َْ َ
.‫ي‬ ِ
ْ ‫آم‬
Kemudian (Jibrail) berkata (tatkala aku menaiki anak
tangga ketiga), “Celakalah hamba yang disebut namamu di
sisinya lalu dia tidak berselawat ke atas kamu.” Maka aku
berkata, “Amin.”110

Adapun selain dua keadaan di atas, dibolehkan


mengucapkan “Amin” selepas berdoa. Ini kerana ucapan “Amin”
itu sendiri adalah satu doa yang bermaksud “Ya Allah,
perkenankanlah!” sehingga sesiapa yang menyebut “Amin” di
akhir doanya, ia termasuk sebahagian daripada lafaz doanya. Ia
bukanlah sesuatu yang berasingan sehingga memerlukan dalil

110
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, hadis
no.: 644 dan ia dinilai shahih li ghairihi oleh al-Albani dalam Shahih al-Adab
al-Mufrad, hadis no.: 501 (Bab orang yang disebut nama Nabi di sisinya lalu
tidak berselawat ke atasnya).
Juga dikeluarkan oleh Ibn Hibban dengan lafaz yang sedikit berbeza
dalam Shahihnya dan ia dinilai shahih li ghairihi oleh Syu’aib al-Arna’uth
dalam al-Ihsan fi Taqrib Shahih Ibn Hibban, hadis no.: 409 (Kitab al-Birr wa
al-Ihsan, Bab hak ibu dan bapa).
225
tersendiri.

Selain itu, mengucapkan “Amin” adalah dibolehkan


berdasarkan keumuman hadis berikut di mana Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

َّ ‫ود َعلَى َش ْي ٍء َما َح َس َدتْ ُك ْم َعلَى‬


‫الس ََلِم‬ ُ ‫َما َح َس َدتْ ُك ْم الْيَ ُه‬
.‫ي‬ِ ‫والتَّأِْم‬
َ
Tidaklah kaum Yahudi dengki kepada kalian (umat
Islam) dalam sesuatu urusan seperti mana mereka dengki
kepada kalian dalam urusan (saling) mengucapkan salam dan
amin.111

Pun begitu, tidak semestinya mengakhiri atau menutupi


doa dengan ucapan “Amin”. Jika diperhatikan doa-doa yang
dibaca dan diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,
yang sebahagiannya ada dikemukakan dalam buku ini, baginda

111
Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya dan berkata al-
Bushiri dalam Misbah al-Zujajah fi Zawa’id Ibn Majah, hadis no.: 316,
“Sanadnya sahih.” Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn
Majah, hadis no.: 846/856 (Kitab Iqamatu al-Solat wa al-Sunnah fi ha, Bab
menguatkan bacaan amin).
226
tidak mengucapkan atau mengajarkan ucapan “Amin” di
akhirnya. Padahal jika mengucapkan “Amin” memiliki peranan
dalam kemakbulkan doa, pasti baginda akan mengucapkannya
dan mengajarkannya.

Dalam persoalan ini terdapat sebuah riwayat yang


menganjurkan ucapan “Amin” selepas berdoa. Namun riwayat
tersebut adalah lemah (dha’if). Berikut dikemukakan riwayat
tersebut sebagai makluman kepada para pembaca sekalian.

Diriwayatkan daripada Abu Zuhair al-Numairi radhiallahu


'anh bahawa beliau menceritakan,

‫ فَأَتَْي نَا‬،‫ات لَْي لَ ٍة‬ ِ َِّ ‫ول‬ِ ‫خرجنَا مع رس‬


َ َ‫صلَّى هللاُ َعلَْيه َو َسلَّ َم ذ‬ َ ‫اَّلل‬ ُ َ َ َ ْ ََ
،‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ ُّ ِ‫ف الن‬
َ ‫َِّب‬
ِ
َ َ‫ فَ َوق‬،‫َعلَى َر ُج ٍل قَ ْد أَ ََلَّ ِِف الْ َم ْسأَلَة‬
:‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ ِ ِ
ُّ ِ‫ فَ َق َال الن‬،ُ‫يَ ْستَم ُع مْنه‬
َ ‫َِّب‬
Kami keluar bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam pada satu malam lalu kami tiba pada seorang lelaki
yang sedang bersungguh-sungguh dalam meminta (doa). Maka
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berhenti bagi mendengar

227
doanya, kemudian bersabda,

.‫ب إِ ْن َختَ َم‬


َ ‫أ َْو َج‬
“Doanya akan dikabulkan apabila ditutup.”

ِِ ‫ ِِب‬:‫فَ َق َال َر ُج ٌل ِم َن الْ َق ْوِم‬


‫َي َش ْي ٍء ََيْتِ ُم؟‬
Bertanya seseorang, “Dengan apakah (doa itu) ditutup?”

ِ ِ
.‫ب‬ َ ‫ فَِإنَّهُ إِ ْن َختَ َم ِِبم‬،‫ي‬
َ ‫ي فَ َق ْد أ َْو َج‬ َ ‫ ِِبم‬:‫قَ َال‬
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab,
“Dengan mengucapkan “Amin”, kerana sesungguhnya apabila
doa ditutup dengan ‘Amin’, maka sungguh ia akan
dimakbulkan.”112

112
Dha’if: Sebahagian hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam
Sunannya dan ia dinilai dha’if oleh al-Albani dalam Dha’if Sunan Abu Daud,
hadis no.: 803/938 (Kitab al-Sholat, Bab menyebut “Amin” di belakang imam).
Ia juga dinilai dha’if oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Sunan
Abu Daud, hadis no.: 938.
228
Soalan: Apakah Maksud Berdoa Dengan Amal
Soleh?

Jawapan:

Maksud berdoa dengan amal soleh ialah menjadikan


amal-amal soleh yang pernah dilakukan sebagai sarana bagi
meningkatkan kadar kemakbulan doa. Ia disebut sebagai berdoa
dengan bertawassul kepada amal soleh. Amal soleh itu mestilah
menepati dua syarat. Pertama, ia dilakukan ikhlas kerana Allah.
Kedua, ia bukanlah bid’ah, tetapi merupakan sesuatu yang
disyari’atkan dalam Islam.

Dalil bagi berdoa dengan bertawassul kepada amal soleh


adalah hadis berikut daripada ‘Abdullah ibn ‘Umar radhiallahu
'anhuma bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda,

‫َخ َذ ُه ْم الْ َمطَُر فَأ ََوْوا إِ ََل َغا ٍر ِِف‬


َ ‫بَْي نَ َما ثَََلثَةُ نَ َف ٍر يَتَ َمش َّْو َن أ‬
.‫ت َعلَْي ِه ْم‬ ْ ‫ص ْخَرةٌ ِم ْن‬ ِ
ْ ‫اِلَبَ ِل فَانْطَبَ َق‬ َ ‫ت َعلَى فَِم َغا ِره ْم‬ ْ َّ‫َجبَ ٍل فَ ْاَنَط‬
229
َِِّ ‫اِل ًة‬
ِ ‫ انْظُروا أَعم ًاَل ع ِمْلتموها‬:‫ض‬ ٍ ‫ض ُه ْم لِبَ ْع‬
َ‫اَّلل‬
َّ ‫َّلل فَ ْادعُوا‬ َ ‫ص‬ َ َ ُُ َ َ ْ ُ ُ ‫فَ َق َال بَ ْع‬
َّ ‫تَ َع َاَل ِِبَا لَ َع َّل‬
.‫اَّللَ يَ ْف ُر ُج َها َعْن ُك ْم‬
Ketika tiga sekawan sedang berjalan (hiking), tiba-tiba
hujan turun lalu mereka berlindung ke dalam sebuah gua di
sebuah gunung. Kemudian sebuah batu besar dari gunung itu
jatuh dan menutupi pintu gua sehingga mereka terperangkap di
dalamnya. Maka berkatalah salah seorang daripada mereka
kepada temannya yang lain, “Perhatikanlah amal soleh yang
pernah kalian lakukan kerana Allah, lalu berdoalah kepada
Allah Ta’ala dengannya. Mudah-mudahan Allah membuka
(pintu gua) itu untuk kalian.”

ِ ‫ اللَّه َّم إِنَّه َكا َن ِل والِ َد ِان َشيخ‬:‫فَ َق َال أَح ُدهم‬
‫ان َكبِ َْي ِان َو ْامَرأَِِت‬ َْ َ ُ ُ ُْ َ
ِ ِ
ُ ْ‫ت فَبَ َدأ‬
‫ت‬ ُ ‫َوِل صْب يَةٌ صغَ ٌار أ َْر َعى َعلَْي ِه ْم فَِإ َذا أ ََر ْح‬
ُ ‫ت َعلَْي ِه ْم َحلَْب‬
َّ ‫بَِوالِ َد‬
َّ َِ‫ي فَ َس َقْي تُ ُه َما قَ ْب َل ب‬
.‫ّن‬
Maka berkatalah salah seorang daripada mereka, “Ya
Allah, sesungguhnya dahulu aku mempunyai dua orang tua
yang sudah lanjut usia, seorang istri dan beberapa orang anak

230
lelaki kecil yang aku sara kehidupan mereka dengan
mengembala kambing. Apabila pulang, aku memerah susu dan
aku dahulukan ibu dan bapaku untuk minum sebelum aku
berikan kepada anak-anakku.

ِ ٍ
‫ت‬ُ ‫َّج ُر فَلَ ْم آت َح ََّّت أ َْم َسْي‬ َ ‫ات يَ ْوم الش‬ َ َ‫َوأَنَّهُ ََنَى ِِب ذ‬
ِ ِ ُ‫فَوج ْد ُْتُما قَ ْد ََنما فَحلَبت َكما ُكْنت أَحل‬
‫ت‬ُ ‫ت ِِب ِْل ََل ِب فَ ُق ْم‬ ُ ‫ب فَجْئ‬ ُ ْ ُ َ ُ َْ َ َ ََ
ِ ِ ‫وس ِهما أَ ْكره أَ ْن أُوقِظَهما ِمن نَوِم ِهما وأَ ْكره أَ ْن أ‬
َ‫الصْب يَة‬ ِ ِ
ِ ‫َسق َي‬ ْ َُ َ َ ْ ْ َ ُ ُ َ َ ُ‫عْن َد ُرء‬
ِ
‫ك َدأِِْب َوَدأْ َِبُْم َح ََّّت‬َ ‫ضا َغ ْو َن ِعْن َد قَ َد َم َّي فَلَ ْم يََزْل َذل‬ ِ
َ َ‫الصْب يَةُ يَت‬
ِ ‫قَ ْب لَ ُه َما َو‬
.‫طَلَ َع الْ َف ْج ُر‬
Pada satu hari, aku bekerja agak jauh dan hanya kembali
ke rumah pada waktu malam. Lalu aku dapati ibu dan bapaku
telah tidur. Seperti biasa aku memerah susu dan membawanya
ke bilik tidur mereka. Aku berdiri di sisi kepala mereka berdua
namun aku tidak suka mengejutkan mereka berdua daripada
tidur. Pada waktu yang sama aku tidak suka memberi minum
anak-anakku sebelum mereka berdua, meskipun anak-anakku
telah berada di kakiku meminta susu kerana kelaparan.

231
Keadaan aku dan anak-anak aku berterusan sehinggalah terbit
fajar.

‫ك فَافْ ُر ْج لَنَا ِمْن َها‬ ِ ‫فَِإ ْن ُكْنت تَعلَم أَِّن فَعْل‬


َ ‫ك ابْتِغَاءَ َو ْج ِه‬ َ ‫ت ذَل‬ ُ َ ِ ُْ َ
.‫اء‬ َّ ‫اَّللُ ِمْن َها فُ ْر َجةً فَ َرأ َْوا ِمْن َها‬
َ ‫الس َم‬ َّ ‫فُ ْر َجةً نََرى ِمْن َها‬
َّ ‫ فَ َفَر َج‬.َ‫الس َماء‬
(Ya Allah), jika Engkau mengetahui bahawasanya aku
melakukan sedemikian bagi mencari Wajah-Mu,113 maka

113
Apakah maksud mencari wajah Allah?
Di sisi Ahl al-Sunnah wa al-Jemaah, kita meyakini bahawa pada Hari
Akhirat kelak, ketika di dalam syurga kita akan dapat melihat wajah Allah tanpa
apa-apa penghalang. Ini merupakan sebesar-besar ganjaran dan merupakan
suatu tambahan di dalam syurga kelak. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

‫اِلَن َِّة‬ ِ ِِ
ْ ‫اب‬ُ ‫َص َح‬ َ ِ‫وه ُه ْم قٌَََت َوََل ذلَّةٌ أُولَئ‬
ْ ‫كأ‬ َ ‫اِلُ ْس َن َوِزََي َدةٌ َوََل يَ ْرَه ُق ُو ُج‬
ْ ‫َح َسنُوا‬ َ ‫للَّذ‬
ْ ‫ين أ‬
.‫ُه ْم فِ َيها َخالِ ُدو َن‬
Bagi orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik
dikurniakan segala kebaikan (syurga) serta satu tambahan yang mulia (yakni
melihat wajah Allah) dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi
oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka
kekal di dalamnya selama-lamanya. [Yunus 10:26]
Oleh itu apabila sesuatu hadis menceritakan sesuatu kebaikan demi
mencari wajah Allah, ia bermaksud memberi motivasi untuk beramal soleh agar
dengan itu layak melihat wajah Allah di dalam syurga kelak. Beramal soleh
untuk mendapatkan pahala dan syurga memang betul, namun hendaklah
memiliki sasaran yang lebih tinggi dan yang paling tinggi ialah layak melihat
wajah Allah.
232
bukakanlah bagi kami satu celah daripada pintu gua itu, bukaan
yang daripada celahnya dapat kami melihat langit.” Maka Allah
membuka satu celah daripada pintu gua itu, bukaan yang
daripada celahnya dapat mereka melihat langit.

‫َش ِِد َما‬ ْ ‫ل ابْنَةُ َع ٍِم أ‬


َ ‫َحبَ ْب تُ َها َكأ‬ ِ ْ َ‫ اللَّ ُه َّم إِنَّهُ َكان‬:‫َوقَ َال ْاْل َخ ُر‬
َ ‫ت‬
‫ت َح ََّّت آتِيَ َها ِبِِائَِة‬ ْ َ‫ت إِلَْي َها نَ ْف َس َها فَأَب‬
ِ ُ ‫الرج‬
ُ ‫ َوطَلَْب‬.َ‫ال النِ َساء‬ َ ِِ ‫ب‬ ُّ ‫َُِي‬
.‫ِدينَا ٍر‬
Kemudian seorang lagi berkata, “Ya Allah,
sesungguhnya dahulu aku mempunyai seorang sepupu
perempuan yang aku sangat suka kepadanya, sebagaimana
kesukaan seorang lelaki yang bersangatan kepada seorang
perempuan. Lalu aku mengajaknya untuk berhubungan seks
tetapi dia menolak sehinggalah aku memberinya seratus dinar.

ِ ِ ِ ِ ‫فَتعِبت ح ََّّت ََجع‬


‫ي‬ ُ ‫ت مائَةَ دينَا ٍر فَجْئ تُ َها ِبَا فَلَ َّما َوقَ ْع‬
َ َْ‫ت ب‬ ُ َْ َ ُ ْ َ
ِ ِ ِ َ ‫اْل‬ َِّ ‫ َي عب َد‬:‫ِرجلَي ها قَالَت‬
ُ ‫ فَ ُق ْم‬.‫اُت إََِّل ِبَ ِقه‬
‫ت‬ َّ ‫اَّلل! ات َِّق‬
َ َْ ‫اَّللَ! َوََل تَ ْفتَ ْح‬ َْ َ ْ َ ْ ْ
.‫َعْن َها‬

233
Maka aku bersusah payah (bekerja) sehinggalah berjaya
mengumpulkan seratus dinar dan menyerahkan kepadanya.
Tatkala aku sudah berada di antara dua kakinya (kedudukan
untuk hubungan seks), dia berkata, “Wahai hamba Allah!
Bertaqwalah kepada Allah! Janganlah kamu membuka cincin
(yakni memasukkan penis dalam faraj) melainkan secara hak
(yakni bernikah secara syar’e).” Maka aku bangun (beredar)
daripadanya.

.‫ك فَافْ ُر ْج لَنَا ِمْن َها‬ ِ ‫فَِإ ْن ُكْنت تَعلَم أَِّن فَعْل‬
َ ‫ك ابْتِغَاءَ َو ْج ِه‬
َ ‫ت ذَل‬
ُ َ ِ ُْ َ
‫فُ ْر َجةً فَ َفَر َج ََلُْم‬
(Ya Allah), jika Engkau mengetahui bahawasanya aku
melakukan sedemikian bagi mencari Wajah-Mu, maka
bukakanlah bagi kami satu celah daripada pintu gua itu.” Maka
(Allah) membuka satu lagi celah bagi mereka.

‫ت أ َِج ًْيا بَِفَرِق أ َُرٍِز فَلَ َّما‬


ُ ‫استَأْ َج ْر‬
ْ ‫ت‬ ُ ‫ اللَّ ُه َّم إِِِّن ُكْن‬:‫َوقَ َال ْاْل َخ ُر‬
ِ ِ ِ
‫ب َعْنهُ فَلَ ْم أ ََزْل‬ َ ‫ت َعلَْيه فَ َرقَهُ فَ َرغ‬
ُ‫ض‬ ْ ‫ضى َع َملَهُ قَ َال أ َْع ِط ِّن َح ِقي فَ َعَر‬ َ َ‫ق‬
.‫ت ِمْنهُ بَ َقًرا َوِر َعاءَ َها‬ُ ‫أ َْزَرعُهُ َح ََّّت ََجَ ْع‬
234
Berkata seorang lagi, “Ya Allah, sesungguhnya aku
dahulu pernah menggaji seseorang dengan upah satu bahagian
beras. Tatkala selesai kerjanya, dia berkata, “Berikan aku hak
aku (gaji aku).” Lalu aku menawarkan bahagian beras tersebut
akan tetapi dia tidak mahu menerimanya. Setelah itu aku terus
mengusahakan sendiri ladangku sehingga hasil daripadanya
dapat aku menternak beberapa ekor lembu beserta
pengembalanya.

‫ب إِ ََل‬ ِ ِ َّ ‫ ات َِّق‬:‫فَ َجاءَِّن فَ َق َال‬


ْ ‫ ا ْذ َه‬:‫ت‬ُ ‫اَّللَ َوََل تَظْل ْم ِّن َح ِقي! قُْل‬
:‫ت‬ َّ ‫ ات َِّق‬:‫ فَ َق َال‬.‫ك الْبَ َق ِر َوِر َعائِ َها فَ ُخ ْذ َها‬
ُ ‫اَّللَ َوََل تَ ْستَ ْه ِز ْئ ِِب! فَ ُقْل‬ َ ‫تِْل‬
.‫ب بِِه‬ ِ
َ ‫ فَأ‬.‫ك الْبَ َقَر َوِر َعاءَ َها‬
َ ‫َخ َذهُ فَ َذ َه‬ َ ‫ك ُخ ْذ َذل‬ َ ِ‫ئ ب‬ ْ ‫إِِِّن ََل أ‬
ُ ‫َستَ ْه ِز‬
(Setelah beberapa ketika) pekerja itu datang kepadaku
dan berkata, “Bertaqwalah kepada Allah dan jangan menzalimi
hak aku!” Aku menjawab, “Pergilah kepada lembu-lembu itu
berserta para pengembalanya dan ambillah ia.” Dia berkata,
“Bertaqwalah kepada Allah dan jangan mempermain-mainkan
aku!” Aku menjawab, “Sesungguhnya aku tidak mempermain-
mainkan kamu. Ambillah lembu-lembu itu berserta para
235
pengembalanya.” Maka dia mengambilnya dan pergi.

ِ ‫فَِإ ْن ُكْنت تَعلَم أَِّن فَعْل‬


َ ‫ك ابْتِغَاءَ َو ْج ِه‬
‫ك فَافْ ُر ْج لَنَا َما‬ َ ‫ت َذل‬
ُ َ ِ ُْ َ
.‫اَّللُ َما بَِق َي‬
َّ ‫ فَ َفَر َج‬.‫بَِق َي‬
(Ya Allah), jika Engkau mengetahui bahawasanya aku
melakukan sedemikian bagi mencari Wajah-Mu, maka
bukakanlah bagi kami apa yang tertinggal (dari pintu gua itu).”
Maka Allah membuka apa yang tertinggal (dari pintu gua itu
sehingga mereka dapat keluar).114

Dalam hadis di atas, tiga sekawan berdoa dengan


bertawassul kepada amal-amal soleh mereka. Amal soleh itu
boleh jadi dengan membuat kebaikan, seperti berbakti kepada
ibu dan bapa, dan bersikap amanah. Amal soleh itu juga boleh jadi
menjauhi kemungkaran, seperti mengelak daripada melakukan
zina.

Apa yang penting amal soleh itu asalnya dilakukan ikhlas

114
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
4926/2743 (Kitab al-Zikr, wa al-Du’a wa al-Taubah wa al-Istighfar, Bab kisah
tiga orang penghuni gua dan mereka bertawassul dengan amal soleh).
236
kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala. Janganlah apabila sudah
menghadapi masalah baru hendak beramal soleh untuk
bertawassul dengannnya, kerana itu bererti anda melakukan
amal soleh bukan kerana Allah tetapi kerana masalah yang
dihadapi. Atas nota ini, pastikan anda lazim beramal soleh supaya
mudah bertawassul dengannya apabila perlu.

Selain itu, pastikan anda beramal soleh dengan apa yang


disyari’atkan oleh Islam. Menganjurkan majlis doa awal dan akhir
tahun, berarak sempena Maulid Nabi dan menghadiri konsert
selawat bukanlah amal soleh yang disyari’atkan oleh Islam.

237
Soalan: Bolehkah Meminta Orang Lain Mendoakan
Saya?

Jawapan:

Dibolehkan meminta orang lain mendoakan anda,


khasnya orang yang diyakini ketaqwaan dan kesolehannya. Ini
disebut sebagai bertawassul dengan doa orang soleh. Dalam al-
Qur’an, terdapat kisah anak-anak Nabi Ya’kub yang meminta ayah
mereka mendoakan mereka,

ِِ ِ
‫ف‬ َ ‫استَ ْغف ْر لَنَا ذُنُوبَنَا إِ ََّن ُكنَّا َخاطئ‬
َ ‫ قَ َال َس ْو‬.‫ي‬ ْ ‫قَالُوا ََي أ ََِب ََن‬
.‫يم‬ ِ َّ ‫أَستَ ْغ ِفر لَ ُكم رِِب إِنَّه هو الْغَ ُفور‬
ُ ‫الرح‬ ُ َُ ُ َِ ْ ُ ْ
Mereka berkata: “Wahai ayah kami! Mintalah ampun
bagi kami akan dosa-dosa kami; sesungguhnya kami adalah
orang-orang yang bersalah.” Nabi Ya’kub berkata: “Aku akan
meminta ampun bagi kamu daripada Tuhanku; sesungguhnya
Dia-lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
[Yusuf 12:97-98]

Para sahabat radhiallahu 'anhum juga pernah


238
memintakan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mendoakan
mereka, sebagaimana seorang Arab Badwi yang meminta,

!‫اَّللَ لَنَا‬
َّ ‫ع‬ ُ َ‫اع الْعِي‬ َِّ ‫ول‬
ُ ‫ال فَ ْاد‬ َ ‫ال َو َج‬
ُ ‫ك الْ َم‬
َ َ‫اَّلل َهل‬ َ ‫ََي َر ُس‬
Wahai Rasulullah, harta benda telah binasa sementara
kaum keluarga kebuluran (kerana kemarau yang panjang).
Maka berdoalah kepada Allah bagi kami!

.‫فَ َرفَ َع يَ َديِْه‬


Maka baginda mengangkat kedua tangannya (untuk
berdoa).115

Apabila meminta didoakan oleh orang lain, ada beberapa


perkara yang perlu diperhatikan:

• Setiap orang hendaklah yakin bahawa Allah Subhanahu


wa Ta'ala mendengar doanya dan akan memakbulkan
doanya, sehingga dia bersungguh-sungguh dalam berdoa.

115
Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari
dalam Shahihnya, hadis no.: 881/933 (Kitab al-Jumu’ah, Bab al-Istisqa’ ketika
khutbah Jumaat). Teks lengkap hadis telah dikemukakan sebelum ini.
239
Jangan meragui perkara ini sehingga dia perlu meminta
orang lain mendoakan dia. Ini seperti mana yang telah
diterangkan dalam soalan Apakah Adab Paling Utama
Ketika Berdoa?
• Sama ada berdoa sendiri atau meminta orang lain
mendoakan, setiap orang hendaklah menghiasi dirinya
dengan perkara-perkara yang dapat meningkatkan kadar
kemakbulan doa dan menjauhi perkara-perkara yang
dapat mengurangkan kadar kemakbulan doa. Ini seperti
mana yang telah diterangkan dalam soalan Apakah
Persiapan Sebelum Berdoa?
• Apabila meminta orang lain mendoakan, hendaklah
dengan tujuan supaya orang itu dapat memperbanyakan
amal solehnya dan ia adalah untuk kebaikan orang itu. Ini
kerana doa adalah ibadah dan semua orang yang berdoa
akan memperoleh pahala daripada Allah Subhanahu wa
Ta'ala.
• Apabila meminta orang lain mendoakan, jangan
bergantung, mengadu, merayu dan meraih simpati

240
daripada orang tersebut. Sebaliknya hendaklah
bergantung, mengadu, merayu dan meraih simpati secara
terus daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala.
• Apabila meminta orang lain mendoakan, hendaklah dia
(peminta) turut berdoa. Janganlah pula yang meminta
menyerahkan urusan doa kepada orang lain dan dia
berlepas diri sepenuhnya.
• Apabila meminta orang lain mendoakan, hendaklah
diperhatikan agar permintaannya itu tidak menjadikan
orang tersebut terasa hebat dan ujub. Jika dijangka
permintaannya akan memberi kesan negatif kepada orang
itu, maka janganlah meminta dia mendoakan anda.
• Meskipun dibolehkan bertawassul dengan doa orang
soleh, adalah lebih utama berdoa sendiri. Ini kerana orang
yang menghadapi masalah atau menghajatkan sesuatu
akan lebih “merasai” masalah dan hajatnya, sehingga
doanya menjadi lebih khusyuk, merendah diri, terasa
faqir, bersungguh-sungguh dan bererti, bahkan mungkin
sehingga melinang air mata. Ini tentunya lebih berkesan

241
berbanding meminta orang lain yang tidak “merasai”
masalah atau hajatnya untuk mendoakannya.

Penjelasan Tambahan

Sudah menjadi budaya yang merebak pada masa kini,


orang ramai memilih menceritakan ujian yang Allah berikan
kepada mereka di media-media sosial dan meminta para
pengunjung (netizen) mendoakan mereka. Kemudian mereka
tertunggu-tunggu apakah komen para pengunjung. Jika ada
banyak komen positif, mereka menjadi gembira dan
bersemangat. Jika hanya sedikit komen positif atau tiada komen
langsung, mereka menjadi sedih dan hampa.

Tanpa disedari, ini adalah satu perbuatan mengadu,


merayu dan meraih simpati daripada orang ramai. Selain itu
timbul soalan, di kalangan para pengunjung media sosial mereka
itu, berapa ramai yang benar-benar berdoa kepada Allah untuk
kebaikan mereka?

Sikap yang benar apabila diuji oleh Allah ialah kembali


242
kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana firman-Nya,

‫ص ِم َن ْاْل َْم َو ِال‬


ٍ ‫وع َونَ ْق‬ ِ ‫اْلو‬ ِ ٍ ِ
ِ ُ‫اِل‬
ْ ‫ف َو‬ َْْ ‫َولَنَ ْب لَُونَّ ُك ْم ب َش ْيء م َن‬
ِ َّ ‫ات وب ِِش ِر‬
ِ
َ ‫الصاب ِر‬
.‫ين‬ َ َ ‫س َوالث ََّمَر‬ ِ ‫َو ْاْلَنْ ُف‬
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan
sedikit perasaan takut, kelaparan dan kekurangan harta benda,
jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada
orang-orang yang sabar;

.‫َّلل َوإِ ََّن إِلَْي ِه َر ِاجعُو َن‬


َِِّ ‫ إِ ََّن‬:‫صيبةٌ قَالُوا‬
ِ
َ ‫ين إِ َذا أ‬
َ ‫َصابَْت ُه ْم ُم‬
ِ َّ
َ ‫ال ذ‬
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh
sesuatu musibah, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah
kepunyaan Allah dan sesungguhnya kepada Allah jualah kami
kembali.”

َ ِ‫ات ِم ْن َرِِبِِ ْم َوَر ْْحَةٌ َوأُولَئ‬


.‫ك ُه ُم الْ ُم ْهتَ ُدو َن‬ َ ِ‫أُولَئ‬
َ ‫ك َعلَْي ِه ْم‬
ٌ ‫صلَ َو‬
Mereka itulah yang mendapat selawat dan rahmat
daripada Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang
mendapat petunjuk. [al-Baqarah 2:155-157]

243
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

َِِّ ‫ ((إِ ََّن‬:‫اَّلل‬


‫َّلل َوإِ ََّن‬ ِ ِ
ِ ‫صيبه م‬ ِ
َُّ ُ‫ول َما أ ََمَره‬
ُ ‫صيبَةٌ فَيَ ُق‬ ُ ُ ُ ُ‫َما م ْن ُم ْسل ٍم ت‬
))‫إِلَْي ِه َر ِاجعُو َن‬
Tidaklah seorang muslim yang apabila ditimpa musibah
dia menyebut apa yang diperintahkan oleh Allah,
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan
sesungguhnya kepada Allah jualah kami kembali.

.‫ف ِل َخ ْ ًْيا ِمْن َها‬ ِ ‫صيب ِِت وأ‬


ِ
ْ َ َ ‫اللَّ ُه َّم أْ ُج ْرِّن ِِف ُم‬
ْ ‫َخل‬
(lalu berdoa) Ya Allah, berilah pahala kepadaku pada
musibah yang menimpa aku ini dan gantilah bagiku sesuatu
yang lebih baik daripadanya.”

.‫ف لَهُ َخ ْ ًْيا ِمْن َها‬ ِِ ِ


ْ ‫اَّللُ ِِف ُمصيبَته َوأ‬
َ َ‫َخل‬ ِ
َ ‫إََّل أ‬
َّ ُ‫َجَره‬
melainkan Allah akan memberikan pahala pada
musibahnya itu dan menggantikan baginya sesuatu yang lebih
baik daripadanya.116

116
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
244
Soalan: Bolehkah Bertawassul Dengan Rasulullah?

Jawapan:

Soalan ini memerlukan perincian. Jika yang dimaksudkan


adalah bertawassul dengan diri Rasulullah, yakni meminta
Rasulullah mendoakan anda, maka ia tidak boleh kerana baginda
sudah wafat. Jika yang dimaksudkan adalah bertawassul dengan
kemuliaan Rasulullah, maka para ilmuan Islam berbeza pendapat
sama ada ia dibolehkan atau tidak.

Sebelum itu ingin diterangkan bahawa bertawassul ialah


menjadikan seseorang atau sesuatu sebagai perantara dalam
berdoa. Memandangkan doa adalah satu ibadah, tidak boleh
sesuka hati bertawassul dalam berdoa melainkan berdasarkan
dalil al-Qur’an dan/atau al-Sunnah yang sahih. Tetap melakukan
tawassul tanpa dalil al-Qur’an dan/atau al-Sunnah bererti
melakukan bid’ah yang dilarang oleh Islam.

al-Qur’an dan al-Sunnah telah menetapkan bahawa

1526/918 (Kitab al-Jana’iz, Bab apa yang diucapkan saat ditimpa musibah).
245
bertawassul dalam berdoa adalah dengan (1) nama-nama Allah,
(2) amal-amal soleh yang disyari’atkan atau (3) doa orang yang
soleh. Tidak ada perbezaan pendapat di kalangan ilmu Islam
tentang tiga bentuk tawassul ini.

Kembali kepada persoalan bertawassul dengan kemuliaan


Rasulullah, para ilmuan berbeza pendapat meskipun merujuk
kepada satu dalil yang sama, iaitu hadis daripada ‘Utsman bin
Hunaif radhiallahu 'anh. Hadis ini masyhur disebut sebagai “Hadis
Orang Buta”. ‘Utsman bin Hunaif menceritakan,

:‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم فَ َق َال‬


َّ ‫صلَّى‬ َّ ِ‫ص ِر أَتَى الن‬
َ ‫َِّب‬ َ َ‫ض ِر َير الْب‬
َ ‫أَ َّن َر ُج ًَل‬
.‫اَّللَ أَ ْن يُ َعافِيَ ِّن‬
َّ ُ‫ْادع‬
Bahawa seorang lelaki yang buta matanya datang
kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam seraya berkata,
“Berdoalah kepada Allah agar aku disembuhkan.”

ِ ِ
.‫ك‬
َ َ‫ت فَ ُه َو َخ ْْيٌ ل‬
َ ‫ص َِْب‬ َ ‫ت َوإِ ْن شْئ‬
َ ‫ت‬ َ ‫ إِ ْن شْئ‬:‫قَ َال‬
ُ ‫ت َد َع ْو‬
Baginda bersabda, “Jika kamu mahu, aku akan
mendoakanmu. Namun jika kamu mahu, bersabarlah kerana itu

246
lebih baik bagimu.”

.‫ فَ ْادعُ ْه‬:‫قَ َال‬


Lelaki tersebut berkata: “Doakanlah.”

:‫الد َع ِاء‬
ُّ ‫ضوءَهُ َويَ ْدعُ َو ِِبَ َذا‬ ِ
ُ ‫ضأَ فَيُ ْحس َن ُو‬
َّ ‫ فَأ ََمَرهُ أَ ْن يَتَ َو‬:‫قَ َال‬
‘Utsman bin Hunaif berkata, maka baginda menyuruh
lelaki itu berwudhu’ dan membaguskan wudhu’nya (serta solat
dua rakaat) lalu berdoa dengan doa berikut ini,

‫الر ْْحَِة إِِِّن‬


َّ ‫ِب‬ ِِ َِ‫ك ُمَ َّم ٍد ن‬ َ ِِ‫ك بِنَبِي‬ َ ‫ك َوأَتَ َو َّجهُ إِلَْي‬ ْ ‫اللَّ ُه َّم إِِِّن أ‬
َ ُ‫َسأَل‬
.‫ِف‬َّ ِ ُ‫ل اللَّ ُه َّم فَ َش ِِف ْعه‬
َ
ِ ‫ضى‬ َ ‫ق‬ْ ‫ت‬
ُ
ِ‫تَو َّجهت بِك إِ ََل رِِب ِِف حاج ِِت ه ِذ ِه ل‬
َ َ َ َِ َ ُ ْ َ
“Ya Allah, aku meminta kepada-Mu dan aku
menghadap kepada-Mu dengan Nabi-Mu Muhammad, Nabi
yang Rahmat. Sesungguhnya aku menghadap denganmu
kepada Tuhanku dalam hajatku ini supaya ditunaikan untukku.
Ya Allah, terimalah syafaat baginda kepadaku.” 117

117
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannyaً dan beliau
berkata: “Hadis ini hasan sahih gharib.” Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam
Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: hadis no: 3502/3578 (Kitab al-Da’awat,
247
Dalam riwayat lain, ‘Utsman bin Hunaif menceritakan di
akhirnya, Demi Allah! Tidaklah kami berpisah dan berbicara
lama sampai dia datang semula kepada kami dalam keadaan
seolah-olah dia tidak pernah buta sebelumnya.118

Hadis ini adalah sahih, namun ia membuahkan dua


pendapat di kalangan para ilmuan.

Pendapat Pertama, Tidak boleh bertawassul dengan


kemuliaan Rasulullah. Sebabnya, hadis ‘Orang Buta” hanya
menunjukkan seorang buta yang meminta Rasulullah shallallahu

Bab doa kepada tetamu). Ia juga dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan
‘Abd al-Latheif Harzallah dalam al-Jami’ al-Kabir (nama lain bagi Sunan al-
Tirmizi), hadis no.: 3895. Tambahan dalam kurungan (serta solat dua rakaat)
adalah riwayat al-Thabarani, rujukannya dalam notakaki seterusnya.
118
Sahih: Sebahagian daripada sebuah hadis panjang yang dikeluarkan
oleh al-Thabarani dalam Mu’jam al-Shogheir, hadis no: 509 (Kitab orang yang
namanya Thahir, Bab datang ke tempat wudhu, lalu berwudhu’, kemudian solat
dua rakaat…) dan beliau mensahihkannya.
Namun al-Albani berpendapat hadis ini adalah dha’if, rujuk penjelasan
beliau dalam al-Tawassul: Anau’uhu wa Ahkamuhu (disusun oleh Muhammad
‘Id al-Abbasi, Maktabah Syamilah), ms. 85-88.
Saya lebih cenderung kepada penilaian al-Thabarani rahimahullah
kerana beliau amat jarang menyatakan darjat hadis-hadis yang dikeluarkannya.
Sehingga apabila beliau menilainya sahih, ia memang benar-benar sahih di sisi
beliau.
248
'alaihi wasallam mendoakannya. Maka ia masuk dalam kategori
tawassul dengan doa orang soleh.

Ia tidak menunjukkan tawassul dengan kemuliaan


Rasulullah kerana yang berdoa bukanlah orang buta tetapi
Rasulullah sendiri. Jika orang buta itu ingin bertawassul dengan
kemuliaan Rasulullah, beliau boleh melakukannya di rumah,
tanpa perlu bersemuka. Namun beliau pergi bersemuka dan
meminta baginda mendoakannya. Perhatikan rangkap-rangkap
berikut,

• Permintaan orang buta, “Berdoalah kepada Allah agar


aku disembuhkan.”
• Jawapan Rasulullah, “Jika kamu mahu, aku akan
mendoakanmu…”
• Jawapan balas orang buta, “Doakanlah.”

Sejak awal orang buta telah meminta Rasulullah


mendoakan dia dan Rasulullah menjawab bahawa baginda akan
mendoakan beliau. Maka hadis “Orang Buta” menjadi dalil
bertawassul dengan doa orang soleh – yakni doa Rasulullah

249
shallallahu 'alaihi wasallam. Apabila Rasulullah telah wafat, tidak
boleh lagi meminta baginda untuk berdoa. Maka hadis “Orang
Buta” tidak lagi diamalkan selepas kewafatan Rasulullah.

Antara bukti bahawa para sahabat tidak mengamalkan


hadis “Orang Buta” selepas kewafatan Rasulullah adalah apabila
berlaku kemarau pada zaman pemerintahan ‘Umar bin al-
Khaththab radhiallahu 'anh. Anas bin Malik radhiallahu 'anh
menceritakan,

‫استَ ْس َقى‬ َّ ‫اب َر ِض َي‬


ْ ‫اَّللُ َعْنهُ َكا َن إِ َذا قَ َحطُوا‬ ِ َّ‫اْلَط‬
ْ ‫َن عُ َمَر بْ َن‬َّ ‫أ‬
ِ ِ‫اس بْ ِن َعْب ِد الْمطَّل‬
:‫ب فَ َق َال‬ ِ َّ‫ِِبلْ َعب‬
ُ
Bahawa ‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anh
apabila berlaku musim kemarau, lazimnya akan meminta hujan
dengan (bertawassul kepada) al-‘Abbas bin ‘Abdul Muthalib
(pakcik Rasulullah). ‘Umar berkata,

ِ
َ ‫ك بِنَبِيِِنَا فَتَ ْسقينَا َوإِ ََّن نَتَ َو َّس ُل إِلَْي‬
‫ك‬ َ ‫اللَّ ُه َّم إِ ََّن ُكنَّا نَتَ َو َّس ُل إِلَْي‬
.‫اس ِقنَا‬ْ َ‫بِ َع ِِم نَبِيِِنَا ف‬
“Ya Allah, sesungguhnya kami (dahulunya) lazim
250
bertawassul kepada Engkau dengan Nabi kami, lalu Engkau
menurunkan hujan ke atas kami. Dan sesungguhnya kami (kini)
bertawassul kepada Engkau dengan pakcik Nabi kami, maka
turunkanlah hujan ke atas kami.”

.‫ فَيُ ْس َق ْو َن‬:‫قَ َال‬


Anas bin Malik berkata, “Maka turunlah hujan ke atas
mereka.”119

Berdasarkan hadis ini, seandainya dibolehkan berdoa


dengan bertawassul kepada kemuliaan Rasulullah, tentu ‘Umar
bin al-Khaththab akan melakukannya. Ini kerana tentu sahaja
Rasulullah adalah lebih mulia berbanding pakciknya al-‘Abbas.
Namun ‘Umar tidak melakukannya, menunjukkan ia bukanlah
sesuatu yang dibolehkan selepas kewafatan Rasulullah.

Selain itu, tujuan bertawassul dalam berdoa ialah supaya


tawassul tersebut dapat membawa manfaat kepada doa. Adapun

119
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
954/1010 (Kitab al-Jumu’ah, Bab orang ramai meminta imam mendoakan
hujan pada musim kemarau).
251
kemuliaan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka ia adalah
manfaat bagi diri baginda sendiri. Ia tidak memberi pengaruh
kepada orang yang berdoa.

Pendapat Kedua, Boleh bertawassul dengan kemuliaan


Rasulullah. Pengajaran dan hukum yang diambil daripada hadis
“Orang Buta” bukanlah pada siapa yang berdoa, tetapi pada lafaz
doa yang dibacakan. Jika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
yang membacanya, maka ia menjadi contoh dan boleh diamalkan
oleh umatnya. Ini sebagaimana doa-doa lain yang dibaca oleh
baginda.

Jika Rasulullah mengajar orang buta dan akhirnya orang


buta itu yang membacanya, maka ia menjadi contoh dan boleh
diamalkan oleh umatnya. Ini sebagaimana doa-doa lain yang
diajar oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Orang buta itu
tidak membaca doa ini di rumahnya kerana bagi menyusun lafaz
doa yang betul beliau perlu mendapat tunjuk ajar Rasulullah
terlebih dahulu.

Jika disemak lafaz doa hadis “Orang Buta”, maka ia

252
merupakan tawassul dengan kemuliaan Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam. Perhatikan tambahan dalam kurungan:

‫الر ْْحَِة إِِِّن‬


َّ ‫ِب‬ ِِ َِ‫ك ُمَ َّم ٍد ن‬ َ ِِ‫ك بِنَبِي‬ َ ‫ك َوأَتَ َو َّجهُ إِلَْي‬ ْ ‫اللَّ ُه َّم إِِِّن أ‬
َ ُ‫َسأَل‬
.‫ِف‬َّ ِ ُ‫ل اللَّ ُه َّم فَ َش ِِف ْعه‬
َ
ِ ‫ضى‬ َ ‫ق‬ْ ‫ت‬
ُ
ِ‫تَو َّجهت بِك إِ ََل رِِب ِِف حاج ِِت ه ِذ ِه ل‬
َ َ َ َِ َ ُ ْ َ
“Ya Allah, aku meminta kepada-Mu dan aku menghadap
kepada-Mu dengan (kemuliaan) Nabi-Mu Muhammad, Nabi
yang Rahmat. Sesungguhnya aku menghadap dengan
(kemuliaan)mu kepada Tuhanku dalam hajatku ini (sebut hajat
tersebut) supaya ditunaikan untukku. Ya Allah, terimalah
syafaat baginda kepadaku.”

Adapun persoalan bagaimana bertawassul dengan


kemuliaan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dapat memberi
manfaat kepada doa, maka ia diserahkan kepada Allah
Subhanahu wa Ta'ala. Ini kerana ia melibatkan urusan aqidah dan
bukanlah sikap kita untuk berfikir logik di sebaliknya. Asalkan ia
berasal daripada dalil yang sahih, maka sikap kita terhadapnya
hanyalah “Kami dengar, taat dan amalkan”.

Doa daripada hadis “Orang Buta” boleh diamalkan selepas


253
kewafatan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kerana
kemuliaan baginda tetap kekal meskipun sesudah baginda wafat.
‘Utsman bin Hunaif menceritakan bahawa pada zaman
pemerintahan ‘Utsman ibn ‘Affan radhiallahu 'anh, ada seorang
lelaki yang memiliki hajat datang berjumpa dengannya, lalu dia
mengajar lelaki itu doa tersebut. Akhirnya Allah Subhanahu wa
Ta'ala menyampaikan hajat lelaki itu.120

Adapun perbuatan ‘Umar bin al-Khaththab yang tidak


bertawassul dengan kemuliaan Rasulullah ketika berlaku
kemarau pada zamannya, ia bukanlah hujah yang kuat. Ini kerana
apabila seseorang itu ingin bertawassul dalam doanya, dia bebas
memilih dengan apa atau siapa dia bertawassul. Asalkan

120
Sahih: Ringkasan daripada sebuah hadis panjang yang
dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam Mu’jam al-Shogheir, hadis no: 509 (Kitab
orang yang namanya Thahir, Bab datang ke tempat wudhu, lalu berwudhu’,
kemudian solat dua rakaat…) dan beliau mensahihkannya.
Namun al-Albani berpendapat hadis ini adalah dha’if, rujuk penjelasan
beliau dalam al-Tawassul: Anau’uhu wa Ahkamuhu, ms. 85-88.
Saya lebih cenderung kepada penilaian al-Thabarani rahimahullah
kerana beliau amat jarang menyatakan darjat hadis-hadis yang dikeluarkannya.
Sehingga apabila beliau menilainya sahih, ia memang benar-benar sahih di sisi
beliau.
254
pilihannya itu memiliki dalil daripada al-Qur’an dan/atau al-
Sunnah.

Demikian dalil dan hujah bagi Pendapat Pertama dan


Pendapat Kedua. Para pembaca boleh mengkaji dan
menganalisa, kemudian memilih pendapat yang dicenderungi. Ini
selari dengan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

ِ َّ ِ ِ ِ
َ ِ‫َح َسنَهُ أُولَئ‬
‫ك‬ ِ
ْ ‫ين يَ ْستَمعُو َن الْ َق ْوَل فَيَ تَّبِعُو َن أ‬
َ ‫ الذ‬.‫فَبَ ِش ْر عبَاد‬
ِ ‫ك ُهم أُولُو ْاْلَلْب‬ ِ َّ ‫الَّ ِذين ه َداهم‬
.‫اب‬ َ ْ َ ‫اَّللُ َوأُولَئ‬ ُُ َ َ
Berilah berita gembira kepada hamba-hamba-Ku, iaitu
orang-orang yang berusaha mendengar perkataan-perkataan
yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan mengikuti
yang sebaik-baiknya; mereka itulah orang-orang yang diberi
hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang
yang berakal. [al-Zumar 39:17-18]

Selain itu hendaklah diketahui bahawa para ilmuan Islam


sejak dari dahulu hingga kini berbeza pendapat dalam persoalan
“Bolehkah bertawassul dengan kemuliaan Rasulullah, baik ketika
hidup atau sesudah meninggal dunia?” Oleh itu sesiapa yang
255
mencenderungi salah satu daripada pendapat di atas hendaklah
menghormati orang yang mencenderungi pendapat yang berbeza
dengannya. Demikianlah juga sebaliknya.

Penulis mencenderungi pendapat berdoa terus kepada


Allah Subhanahu wa Ta'ala tanpa bertawassul dengan kemuliaan
Rasulullah. Ia merupakan pilihan yang lebih selamat dan lebih
baik kerana hampir semua doa-doa yang terdapat dalam al-
Qur’an dan al-Sunnah adalah secara terus kepada Allah. Jika ingin
bertawassul, maka bertawassullah dengan apa yang disepakati,
yakni dengan nama-nama Allah, amal soleh atau meminta
didoakan oleh orang soleh yang masih hidup.

256
Soalan: Bolehkah Bertawassul Dengan Orang
Soleh?

Jawapan:

Soalan ini memerlukan perincian. Jika yang dimaksudkan


adalah bertawassul dengan meminta orang soleh yang masih
hidup mendoakan anda, maka ia dibolehkan. Ini sebagaimana
yang telah dijelaskan dalam soalan Bolehkah Meminta Orang
Lain Mendoakan Saya?

Jika yang dimaksudkan adalah bertawassul dengan


kemuliaan orang soleh, baik yang masih hidup atau sudah
meninggal dunia, maka para ilmuan Islam berbeza pendapat
sama ada ia dibolehkan atau tidak.

Sebelum itu ingin diterangkan bahawa bertawassul ialah


menjadikan seseorang atau sesuatu sebagai perantara dalam
berdoa. Memandangkan doa adalah satu ibadah, tidak boleh
sesuka hati bertawassul dalam berdoa melainkan berdasarkan
dalil al-Qur’an dan/atau al-Sunnah yang sahih. Tetap melakukan

257
tawassul tanpa dalil al-Qur’an dan/atau al-Sunnah bererti
melakukan bid’ah yang dilarang oleh Islam.

al-Qur’an dan al-Sunnah telah menetapkan bahawa


bertawassul dalam berdoa adalah dengan (1) nama-nama Allah,
(2) amal-amal soleh yang disyari’atkan atau (3) doa orang yang
soleh. Tidak ada perbezaan pendapat di kalangan ilmu Islam
tentang tiga bentuk tawassul ini.

Kembali kepada persoalan bertawassul dengan kemuliaan


orang soleh, para ilmuan berbeza pendapat meskipun merujuk
kepada satu dalil yang sama, iaitu hadis “Kemarau pada zaman
‘Umar bin al-Khaththab” radhiallahu 'anh. Hadis itu adalah seperti
berikut. Anas bin Malik radhiallahu 'anh menceritakan,

‫استَ ْس َقى‬ َّ ‫اب َر ِض َي‬


ْ ‫اَّللُ َعْنهُ َكا َن إِذَا قَ َحطُوا‬ ِ َّ‫اْلَط‬
ْ ‫َن عُ َمَر بْ َن‬َّ ‫أ‬
ِ ِ‫اس بْ ِن َعْب ِد الْمطَّل‬
:‫ب فَ َق َال‬ ِ َّ‫ِِبلْ َعب‬
ُ
Bahawa ‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anh
apabila berlaku musim kemarau, lazimnya akan meminta hujan
dengan (bertawassul kepada) al-‘Abbas bin ‘Abdul Muthalib
(pakcik Rasulullah). ‘Umar berkata,
258
ِ
َ ‫فَتَ ْسقينَا َوإِ ََّن نَتَ َو َّس ُل إِلَْي‬
‫ك‬ ‫ك بِنَبِيِِنَا‬
َ ‫اللَّ ُه َّم إِ ََّن ُكنَّا نَتَ َو َّس ُل إِلَْي‬
.‫اس ِقنَا‬ْ َ‫بِ َع ِِم نَبِيِِنَا ف‬
“Ya Allah, sesungguhnya kami (dahulunya) lazim
bertawassul kepada Engkau dengan Nabi kami, lalu Engkau
menurunkan hujan ke atas kami. Dan sesungguhnya kami (kini)
bertawassul kepada Engkau dengan pakcik Nabi kami, maka
turunkanlah hujan ke atas kami.”

.‫ فَيُ ْس َق ْو َن‬:‫قَ َال‬


Anas bin Malik berkata, “Maka turunlah hujan ke atas
mereka.”121

Hadis ini adalah sahih, namun ia membuahkan dua


pendapat di kalangan para ilmuan.

Pendapat Pertama, Tidak boleh bertawassul dengan


kemuliaan orang soleh. Sebabnya, apa yang dilakukan oleh ‘Umar

121
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
954/1010 (Kitab al-Jumu’ah, Bab orang ramai meminta imam mendoakan
hujan pada musim kemarau).
259
bin al-Khaththab ialah meminta al-‘Abbas bin ‘Abdul Muthalib
mendoakan mereka. Ini merupakan bertawassul dengan doa
orang soleh.

Apabila ‘Umar berkata, “Ya Allah, sesungguhnya kami


(dahulunya) lazim bertawassul kepada Engkau dengan Nabi
kami…”, beliau merujuk musim kemarau pada zaman Rasulullah
sallallahu ‘alaihi wasallam. Ketika itu baginda sedang berkhutbah
sempena solat Jumaat, lalu seorang Arab Badwi berdiri dan
meminta baginda mendoakan hujan bagi mereka. Maka baginda
berdoa lalu Allah menurunkan hujan. Ini merupakan bertawassul
dengan doa orang soleh.122

Maka apabila musim kemarau menimpa pada zaman


‘Umar, beliau ingin melakukan seperti apa yang berlaku pada
zaman Rasulullah. ‘Umar pergi berjumpa dengan al’Abbas dan
berkata, “Dan sesungguhnya kami (kini) bertawassul kepada
Engkau dengan pakcik Nabi kami…”, bermaksud “kami kini

122
Hadis-hadisnya telah dikemukakan sebelum ini soalan Bolehkah Doa
Secara Berjemaah?
260
bertawassul kepada Engkau (Ya Allah) dengan meminta pakcik
Nabi kami mendoakan hujan bagi kami.” Ini merupakan
bertawassul dengan doa orang soleh.

Justeru atas permintaan ‘Umar, al-’Abbas berdoa


sepertimana riwayat berikut daripada Zubair bin Bakkar,

:‫َن الْ َعبَّاس لَ َّما اِ ْستَ ْس َقى بِِه عُ َمر قَ َال‬


َّ ‫أ‬
Bahawa al-‘Abbas, tatkala ‘Umar meminta dia
mendoakan hujan, berdoa,

‫ َوقَ ْد‬،‫ َوََلْ يُ ْك َشف إََِّل بِتَ ْوبٍَة‬،‫ب‬


ٍ ْ‫اللَّ ُه َّم إِنَّهُ ََلْ يَْن ِزل بَََلء إََِّل بِ َذن‬
‫وب‬ِ ُ‫ وَه ِذ ِه أَيْ ِدينَا إِلَْيك ِِب ُّلذن‬،‫تَو َّجهَ الْ َقوم ِِب إِلَْيك لِم َك ِاّن ِمن نَبِيِك‬
َ ْ َ ْ َ
.‫اس ِقنَا الْغَْيث‬ ِ ِ
ْ َ‫َونَ َواصينَا إِلَْيك ِِبلت َّْوبَة ف‬
“Ya Allah, sesungguhnya tidaklah diturunkan bala
kecuali kerana dosa dan tidaklah ia diangkat melainkan dengan
bertaubat. Demi sesungguhnya kaumku menghadap kepada
Engkau berdasarkan kedudukanku di sisi Nabi Engkau. Dan
inilah tangan-tangan kami (yang berdoa) kepada Engkau
bersama dosa-dosa kami dan hati-hati kami yang bertaubat
261
kepada Engkau. Maka turunkanlah hujan kepada kami.”

‫اش‬ ِْ ‫السماء ِمثْل‬


َ ‫ َو َع‬،‫ت ْاْل َْرض‬
ْ َ‫صب‬
َ ‫َخ‬
ْ ‫اِلبَال َح ََّّت أ‬ َ َّ ‫ت‬
ْ ‫فَأ َْر َخ‬
.‫النَّاس‬
(Zubair bin Bakkar berkata), Maka awan besar mula
membentuk di langit seperti gunung sehingga bumi kembali
subur dan orang ramai dapat hidup (kerana hujan yang
turun).123

Seandainya ‘Umar bertawassul dengan kemuliaan al-


’Abbas, maka tidak perlu al-’Abbas berdoa lagi selepas itu. Bahkan
jika ‘Umar hendak berdoa dengan bertawassul kepada kemuliaan

123
Dikemukakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Fath al-Bari
ketika mensyarahkan hadis no.: 954/1010 dan beliau mendiamkan darjatnya. al-
Albani mensahihkannya dalam al-Tawassul: Anau’uhu wa Ahkamuhu, ms. 62
tanpa penjelasan lanjut. Sejauh pencarian penulis, al-Albani tidak
membicarakan darjat hadis ini dalam mana-mana tulisannya yang lain.
Penulis cuba mencari riwayat ini lengkap dengan sanadnya, dan
menemuinya dikeluarkan oleh Abu Bakar Ahmad bin Marwan al-Dinawari
(333H) dalam al-Mujalasah wa Jawahir al-‘Ilm (‫( )المجالسةًوجواهرًالعلم‬Dar Ibn
Hazm, Beirut, 1419H; Maktabah Syamilah), hadis no.: 727 daripada Abu Soleh.
Berkata penyemaknya, Abu ‘Ubaidah Masyhur bin Hasan Ali Salman, sanadnya
amat lemah (ً‫)إسنادًواهًجدا‬.

262
seseorang, sudah tentu ‘Umar akan bertawassul kepada
kemuliaan Rasulullah. Ini kerana tentu saja Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam lebih mulia berbanding al-’Abbas radhiallahu
'anh.

Selain itu, tujuan bertawassul dalam berdoa ialah supaya


tawassul tersebut dapat membawa manfaat kepada doa. Adapun
kemuliaan seseorang, maka manfaatnya adalah kepada orang itu
sendiri. Ia tidak memberi pengaruh kepada orang yang berdoa.

Pendapat Kedua, Boleh bertawassul kepada kemuliaan


orang soleh kerana ia dilakukan oleh ‘Umar ketika berlaku musim
kemarau pada zamannya dan para sahabat yang lain tidak
membantah beliau. Apabila ‘Umar berkata,

ِ
َ ‫ك بِنَبِيِِنَا فَتَ ْسقينَا َوإِ ََّن نَتَ َو َّس ُل إِلَْي‬
‫ك‬ َ ‫اللَّ ُه َّم إِ ََّن ُكنَّا نَتَ َو َّس ُل إِلَْي‬
.‫اس ِقنَا‬ْ َ‫بِ َع ِِم نَبِيِِنَا ف‬
“Ya Allah, sesungguhnya kami (dahulunya) lazim
bertawassul kepada Engkau dengan Nabi kami, lalu Engkau
menurunkan hujan ke atas kami. Dan sesungguhnya kami (kini)
bertawassul kepada Engkau dengan pakcik Nabi kami, maka
263
turunkanlah hujan ke atas kami.”

Ia sebenarnya adalah satu doa. Perhatikan seruan “Ya


Allah… yang tentunya merupakan permulaan doa. Perhatikan
pengakhirnya, …maka turunkanlah hujan ke atas kami”, ia
adalah satu permintaan yang menjadi sebab untuk berdoa.

Maka doa ‘Umar sebenarnya bermaksud, “Ya Allah,


sesungguhnya kami (dahulunya) lazim bertawassul kepada
Engkau dengan meminta Nabi kami mendoakan kami, lalu Engkau
menurunkan hujan ke atas kami. Dan sesungguhnya kami (kini)
bertawassul kepada Engkau dengan kemuliaan pakcik Nabi kami,
maka turunkanlah hujan ke atas kami.”

Hujah kedua, perhatikan bahawa ‘Umar tidak pergi


berjumpa dengan al-‘Abbas. Jika ‘Umar ingin meminta al-‘Abbas
mendoakan mereka, pasti ‘Umar akan pergi berjumpa beliau dan
meminta didoakan. Sebaliknya ‘Umar berdoa terus, bererti ‘Umar
bertawassul dengan kemuliaan al’Abbas. Sila semak semula
kenyataan Anas bin Malik dan perhatikan bahawa beliau tidak
berkata ‘Umar pergi berjumpa al-‘Abbas,

264
‫استَ ْس َقى‬ َّ ‫اب َر ِض َي‬
ْ ‫اَّللُ َعْنهُ َكا َن إِ َذا قَ َحطُوا‬ ِ َّ‫اْلَط‬
ْ ‫َن عُ َمَر بْ َن‬َّ ‫أ‬
ِ ِ‫اس بْ ِن َعْب ِد الْمطَّل‬
:‫ب فَ َق َال‬ ِ َّ‫ِِبلْ َعب‬
ُ
Bahawa ‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anh
apabila berlaku musim kemarau, lazimnya akan meminta hujan
dengan (bertawassul kepada) al-‘Abbas bin ‘Abdul Muthalib
(pakcik Rasulullah). ‘Umar berkata…

Adapun doa yang dibaca oleh al-‘Abbas sebagaimana


riwayat Zubair bin Bakkar, maka kesahihannya diragui. Bahkan
Ibn Hajar al’Aslaqani sendiri mendiamkan darjat riwayat itu ketika
mengemukakannya dalam Fath al-Bari. Maka mencukupilah
hadis sahih riwayat al-Bukhari yang menerangkan bahawa yang
sebenarnya berdoa adalah ‘Umar.

Adapun hikmah berdoa dengan bertawassul kepada


kemuliaan seseorang, ia diserahkan kepada Allah Subhanahu wa
Ta'ala. Apa yang penting seorang sahabat besar Rasulullah,
Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khaththab telah melakukannya
pada musim kemarau yang melibatkan orang ramai dan mereka,
khasnya para sahabat Rasulullah, tidak membantah.
265
Demikian dalil dan hujah bagi Pendapat Pertama dan
Pendapat Kedua. Para pembaca boleh mengkaji dan
menganalisa, kemudian memilih pendapat yang dicenderungi. Ini
selari dengan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

ِ َّ ِ ِ ِ
َ ِ‫َح َسنَهُ أُولَئ‬
‫ك‬ ِ
ْ ‫ين يَ ْستَمعُو َن الْ َق ْوَل فَيَ تَّبِعُو َن أ‬
َ ‫ الذ‬.‫فَبَ ِش ْر عبَاد‬
.‫اب‬ِ ‫ك ُهم أُولُو ْاْلَلْب‬ ِ‫اَّلل وأُولَئ‬
َّ ‫م‬‫اه‬ ‫د‬
َ ‫ه‬ ‫ين‬ ِ َّ‫ال‬
‫ذ‬
َ ْ َ ُ
َ ُ ُ َ َ
Berilah berita gembira kepada hamba-hamba-Ku, iaitu
orang-orang yang berusaha mendengar perkataan-perkataan
yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan mengikuti
yang sebaik-baiknya; mereka itulah orang-orang yang diberi
hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang
yang berakal. [al-Zumar 39:17-18]

Selain itu hendaklah diketahui bahawa para ilmuan Islam


sejak dari dahulu hingga kini berbeza pendapat dalam persoalan
“Bolehkah bertawassul dengan kemuliaan orang soleh, baik
ketika hidup atau sesudah meninggal dunia?” Oleh itu sesiapa
yang mencenderungi salah satu daripada pendapat di atas
hendaklah menghormati orang yang mencenderungi pendapat
266
yang berbeza dengannya. Demikianlah juga sebaliknya.

Penulis mencenderungi pendapat berdoa terus kepada


Allah tanpa bertawassul dengan kemuliaan orang soleh. Ia
merupakan pilihan yang lebih selamat dan lebih baik kerana
hampir semua doa-doa yang terdapat dalam al-Qur’an dan al-
Sunnah adalah secara terus kepada Allah. Jika ingin bertawassul,
maka bertawassullah dengan apa yang disepakati, yakni dengan
nama-nama Allah, amal soleh atau meminta didoakan oleh orang
soleh yang masih hidup.

267
Soalan: Apakah Dalil Bagi Solat Hajat?

Jawapan:

Ini adalah soalan yang bagus memandangkan Solat Hajat


adalah amalan masyhur di kalangan masyarakat Malaysia. Dalil
bagi Solat Hajat ialah hadis berikut daripada ‘Utsman bin Hunaif
radhiallahu 'anh. Hadis ini masyhur disebut sebagai “Hadis Orang
Buta”. ‘Utsman bin Hunaif menceritakan,

:‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم فَ َق َال‬


َّ ‫صلَّى‬ َّ ِ‫ص ِر أَتَى الن‬
َ ‫َِّب‬ َ َ‫ض ِر َير الْب‬
َ ‫أَ َّن َر ُج ًَل‬
.‫اَّللَ أَ ْن يُ َعافِيَ ِّن‬
َّ ُ‫ْادع‬
Bahawa seorang lelaki yang buta matanya datang
kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam seraya berkata,
“Berdoalah kepada Allah agar aku disembuhkan.”

ِ ِ
.‫ك‬
َ َ‫ت فَ ُه َو َخ ْْيٌ ل‬
َ ‫ص َِْب‬ َ ‫ت َوإِ ْن شْئ‬
َ ‫ت‬ َ ‫ إِ ْن شْئ‬:‫قَ َال‬
ُ ‫ت َد َع ْو‬
Baginda bersabda, “Jika kamu mahu, aku akan
mendoakanmu. Namun jika kamu mahu, bersabarlah kerana itu
lebih baik bagimu.”

268
.‫ فَ ْادعُ ْه‬:‫قَ َال‬
Lelaki tersebut berkata: “Doakanlah.”

:‫ُّع ِاء‬ ِ ِ
ُ ‫ضأَ فَيُ ْحس َن ُو‬
َ ‫ضوءَهُ َويَ ْدعُ َو ِبَ َذا الد‬ َّ ‫ فَأ ََمَرهُ أَ ْن يَتَ َو‬:‫قَ َال‬
‘Utsman bin Hunaif berkata, maka baginda menyuruh
lelaki itu berwudhu’ dan membaguskan wudhu’nya (serta solat
dua rakaat) lalu berdoa dengan doa berikut ini,

‫الر ْْحَِة إِِِّن‬


َّ ‫ِب‬ ِِ َِ‫ك ُمَ َّم ٍد ن‬ َ ِِ‫ك بِنَبِي‬ َ ‫ك َوأَتَ َو َّجهُ إِلَْي‬ ْ ‫اللَّ ُه َّم إِِِّن أ‬
َ ُ‫َسأَل‬
.‫ِف‬َّ ِ ُ‫ل اللَّ ُه َّم فَ َش ِِف ْعه‬
َ
ِ ‫ضى‬ َ ‫ق‬ْ ‫ت‬
ُ
ِ‫تَو َّجهت بِك إِ ََل رِِب ِِف حاج ِِت ه ِذ ِه ل‬
َ َ َ َِ َ ُ ْ َ
“Ya Allah, aku meminta kepada-Mu dan aku
menghadap kepada-Mu dengan Nabi-Mu Muhammad, Nabi
yang Rahmat. Sesungguhnya aku menghadap denganmu
kepada Tuhanku dalam hajatku ini supaya ditunaikan untukku.
Ya Allah, terimalah syafaat baginda kepadaku.” 124

124
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannyaً dan beliau
berkata: “Hadis ini hasan sahih gharib.” Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam
Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no.: hadis no: 3502/3578 (Kitab al-Da’awat,
Bab doa kepada tetamu). Ia juga dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan
‘Abd al-Latheif Harzallah dalam al-Jami’ al-Kabir (nama lain bagi Sunan al-
269
Selain al-Tirmizi, hadis ini turut dikeluarkan oleh Ibn Majah
dalam kitab Sunannya, hadis no.: 1375/1385 dan beliau
meletakkannya di bawah judul Kitab Mendirikan Solat dan
Sunnah Yang Ada Dalamnya, Bab Tentang Solat Hajat. Penamaan
ini menunjukkan “Solat Hajat” sudah dikenali sejak zaman awal
umat Islam (al-Salaf al-Soleh). Penjelasan ini adalah perlu
memandangkan ada segelintir orang yang menafikan kewujudan
“Solat Hajat”.

Maka berdasarkan hadis Orang Buta di atas, sesiapa yang


memiliki hajat bolehlah berwudhu’ dengan sebaik-baik wudhu’
dan kemudian melaksanakan solat dua rakaat. Sama ada bagi
Solat Hajat mahupun bagi mana-mana ibadah lain, tidak perlu
melafazkan niat kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala mengetahui
ibadah yang anda lakukan. Solatlah dua rakaat sebagaimana
solat-solat sunat yang lain, tidak ada apa-apa bacaan surah atau
zikir yang khas.

Tirmizi), hadis no.: 3895. Tambahan dalam kurungan (serta solat dua rakaat)
adalah riwayat al-Thabarani, rujukannya dalam notakaki seterusnya.
270
Selesai solat maka berdoalah dengan doa ini,

‫الر ْْحَِة إِِِّن‬


َّ ‫ِب‬ ِ ٍ َ ِِ‫ك بِنَبِي‬ َ ‫ك َوأَتَ َو َّجهُ إِلَْي‬ ْ ‫اللَّ ُه َّم إِِِّن أ‬
َ ُ‫َسأَل‬
ِِ َ‫ك ُمَ َّمد ن‬
.‫ِف‬َّ ِ ُ‫ل اللَّ ُه َّم فَ َش ِِف ْعه‬ِ َ ‫اج ِِت َه ِذ ِه لِتُ ْق‬
َ ‫ضى‬ َ ‫ك إ ََل َرِِِب ِِف َح‬
ِ َ ِ‫ت ب‬ ُ ‫تَ َو َّج ْه‬
“Ya Allah, aku meminta kepada-Mu dan aku
menghadap kepada-Mu dengan Nabi-Mu Muhammad, Nabi
yang Rahmat. Sesungguhnya aku menghadap denganmu
kepada Tuhanku dalam hajatku ini supaya ditunaikan untukku.
Ya Allah, terimalah syafaat baginda kepadaku.”

Jika tidak setuju dengan doa ini125 atau tidak


menghafalnya, maka boleh menyusun lafaz doa sendiri.

Selain itu jika dicermati hadis Orang Buta di atas,


perhatikan bahawa ia dilaksanakan secara berseorangan.
Rasulullah, ‘Utsman bin Hunaif dan lain-lain sahabat yang hadir
ketika itu tidak solat bersama. Ini menunjukkan bahawa Solat
Hajat dilaksanakan secara berseorangan, bukan secara

125
Ini kerana terdapat perbezaan pendapat dalam mengamalkan doa ini.
Sila rujuk soalan Bolehkah Bertawassul Dengan Rasulullah?
271
berjemaah sepertimana yang lazim diamalkan di Malaysia.
Demikian juga bagi doa setelah Solat Hajat, ia dibaca secara
berseorangan, bukan secara berjemaah.

272
Soalan: Benarkah Terdapat Kaitan Doa Antara Ibu
Dan Bapa, Dan Anak-Anak?

Jawapan:

Ya, terdapat kaitan yang rapat antara doa ibu dan bapa,
dan anak-anak. Berikut penjelasannya.

Pertama: Doa Ibu Dan Bapa Ke Atas Anak-Anak

Antara doa yang dimakbulkan oleh Allah Subhanahu wa


Ta'ala adalah doa ibu dan bapa ke atas anak-anak mereka. Ini
berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,

‫ك فِي ِه َّن َد ْع َوةُ الْ َمظْلُ ِوم‬


َّ ‫ت ََل َش‬ ٍ
ٌ ‫ث َد َع َوات ُم ْستَ َج َاِب‬ ُ ‫ثَََل‬
.‫َوَد ْع َوةُ الْ ُم َسافِ ِر َوَد ْع َوةُ الْ َوالِ ِد َعلَى َولَ ِد ِه‬
Tiga suasana di mana doa adalah mustajab tanpa
keraguan padanya, (1) doa orang yang dizalimi, (2) doa orang
yang bermusafir dan (3) doa ibu dan bapa ke atas anaknya.126

126
Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
mendiamkan darjatnya. Ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-
273
Berdasarkan hadis ini, anak-anak hendaklah merebut
peluang memintakan ibu dan bapa mendoakan mereka. Sayang
sekali sebahagian anak-anak apabila telah masuk usia remaja ke
atas, berasa angkuh untuk meminta ibu dan bapa mendoakan
mereka. Padahal mereka pada waktu yang sama menghadapi
banyak cabaran dalam kehidupan seperti peperiksaan, kerjaya,
ekonomi dan rumahtangga. Seandainya mereka merendahkan
diri meminta ibu dan bapa mendoakan mereka, nescaya mereka
akan dapati Allah Subhanahu wa Ta'ala memudahkan cabaran-
cabaran kehidupan yang sedang dihadapi.

Seperkara lain tentang kemakbulan doa ibu dan bapa,


janganlah anak-anak menderhaka kepada ibu dan bapa.
Dibimbangi ibu dan bapa mendoakan sesuatu yang tidak baik ke
atas mereka dan Allah Subhanahu wa Ta'ala memakbulkan doa
itu. Hayatilah kisah berikut di mana Rasulullah shallallahu 'alaihi

Tirmizi, hadis no.: 1828/1905 (Kitab al-Birr wa al-Silah ‘an Rasulullah, Bab
berkenaan panggilan ibu dan bapa). Hadis ini dinilai hasan li ghairihi oleh
Syu’aib al-Arna’uth dan ‘Abd al-Latheif Harzallah dalam semakan mereka ke
atas al-Jami’ al-Kabir (nama lain bagi Sunan al-Tirmizi), hadis no.: 2107.
274
wasallam bersabda,

Pernah terdapat seorang ahli ibadah yang bernama


Juraij. Beliau banyak beribadah sehingga didirikan sebuah biara
untuknya, dan dia tinggal di dalamnya. Suatu ketika ibunya
datang pada saat dia sedang mendirikan solat. Ibunya
memanggilnya: “Wahai Juraij!” Juraij berkata dalam hatinya:

.‫صَلَِِت‬ ِ ِ ‫َي ر‬
َ ‫ب أ ُِمي َو‬
َِ َ
“Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku
bersolat.” Juraij memilih untuk meneruskan solatnya sehingga
ibunya pergi.

Pada keesokan hari ibunya datang semula dan Juraij


masih sedang bersolat. Ibunya memanggilnya: “Wahai Juraij!”
Juraij berkata dalam hatinya: “Wahai Tuhan, ibuku
(memanggil) padahal aku bersolat.” Juraij memilih untuk
meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi.

Pada keesokan hari ibunya datang semula (untuk kali


ketiga) dan Juraij masih sedang bersolat. Ibunya
memanggilnya: “Wahai Juraij!” Juraij berkata dalam hatinya:
275
“Wahai Tuhan, ibuku (memanggil) padahal aku bersolat.” Juraij
memilih untuk meneruskan solatnya sehingga ibunya pergi.
Lantas ibunya berdoa:

!‫ات‬ ِ ِ
ِ ‫ومس‬ ِ ِ َّ
َ ‫الل ُه َّم َلَ َُتْتهُ َح ََّّت يَْنظَُر إ ََل ُو ُجوه الْ ُم‬
“Ya Allah! Janganlah Engkau matikan Juraij melainkan
setelah dia melihat wajah-wajah pelacur!”

Sejak saat itu, kaum Bani Israil mula berbincang


berkenaan Juraij dan ibadahnya. Ada seorang pelacur yang
berdandan cantik berkata: “Jika kalian kehendaki, aku akan
menggodanya untuk kalian.” Maka pelacur itu menawarkan diri
kepada Juraij, tetapi Juraij sama sekali tidak
mengendahkannya. Lalu pelacur tersebut mendatangi seorang
pengembala kambing yang sedang berteduh di biara Juraij,
menyerahkan diri kepadanya sehingga pengembala itu
menyetubuhinya.

Pelacur tersebut menjadi hamil. Ketika anak itu


dilahirkan, pelacur tersebut mendakwa: “Ini adalah anak
Juraij.” Maka orang ramai mendatangi Juraij, memaksanya
276
keluar, menghancurkan biaranya dan memukulnya. Juraij
bertanya: “Kenapakah kalian melakukan semua ini?” Mereka
menjawab: “Engkau telah melacur dengan pelacur ini sehingga
dia melahirkan anak kamu!” Juraij bertanya: “Di manakah anak
tersebut?” Lalu bayi itu dibawa kepada Juraij. Dia berkata:
“Biarkan aku, aku ingin bersolat terlebih dahulu.” Maka Juraij
bersolat. Setelah selesai, Juraij mendatangi bayi tersebut,
memukul di perutnya, lalu bertanya:

ِ ‫الر‬
.‫اعي‬َّ ‫ فَُلَ ٌن‬:‫وك؟ قَ َال‬
َ ُ‫ََي غَُلَ ُم َم ْن أَب‬
“Wahai bayi, siapakah ayah kamu?” Bayi itu menjawab:
“Ayahku adalah seorang pengembala kambing.”

Tatkala mendengar jawapan tersebut, orang ramai


kembali kepada Juraij, menyentuhnya dan menciumnya (kerana
mereka telah bersalah dalam menuduhnya) dan berkata: “Kami
akan membangunkan semula biara kamu yang kami hancurkan
dengan emas.” Juraij menjawab: “Tidak, tetapi bangunkanlah

277
ia dengan tanah sebagaimana asalnya.”127

Bayangkan, jika seorang anak yang sedang bersolat


dianggap melakukan kesalahan kerana tidak mengendahkan hajat
ibunya, bagaimana pula dengan anak-anak yang sering leka
mengejar kehidupan dunia sehingga tidak mengendahkan hajat
ibu dan bapanya? Bahkan lebih dahsyat adalah anak-anak yang
memarahi dan menengking ibu dan bapa mereka, maka takutilah
doa ibu dan bapa ke atas mereka!

Kedua: Doa Anak Ke Atas Ibu dan Bapa

Antara doa yang dimakbulkan oleh Allah Subhanahu wa


Ta'ala adalah doa anak-anak ke atas ibu dan bapa mereka yang
sudah meninggal dunia. Ini berdasarkan sabda Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam,

‫ص َدقٍَة‬ ِ ٍ ِ
َ ‫ات ا ِْلنْ َسا ُن انْ َقطَ َع َعْنهُ َع َملُهُ إَِلَّ م ْن ثََلَثَة إَِلَّ م ْن‬
َ ‫إِذَا َم‬
127
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
4625/2550 (Kitab al-Birr wa al-Shalah wa al-Adab, Bab mendahulukan
kebaikan kepada ibubapa daripada solat sunat).
278
.ُ‫صالِ ٍح يَ ْدعُو لَه‬ ٍ ِ ِ ٍ
َ ‫َجا ِريَة أ َْو عْل ٍم يُْن تَ َف ُع بِه أ َْو َولَد‬
Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah
daripadanya amalannya kecuali tiga perkara, (1) sedekah
jariyahnya, (2) ilmunya yang dimanfaatkan atau (3) anak soleh
yang mendoakannya.128

Satu contoh kemakbulan doa anak ke atas ibu dan


bapanya yang sudah meninggal dunia adalah hadis berikut di
mana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

:‫ول‬ ْ ‫الصالِ ِح ِِف‬


ُ ‫اِلَن َِّة فَيَ ُق‬ َّ ‫َّر َج َة لِْل َعْب ِد‬ َّ ‫إِ َّن‬
َ ‫اَّللَ َعَّز َو َج َّل لََْْيفَ ُع الد‬
ِ ُ ‫ََّن ِل َه ِذ ِه؟ فَيَ ُق‬
.‫ك‬ َ َ‫ ِِب ْستِ ْغ َفا ِر َولَد َك ل‬:‫ول‬ ِِ ‫ََي َر‬
َّ ‫ب أ‬
Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla menaikkan darjat
seorang hamba yang soleh di syurga, lalu dia bertanya: “Wahai
Tuhan! Daripada manakah saya mendapat kelebihan ini?”
Dijawab: “Disebabkan permohonan ampun anak kamu kepada

128
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
3084/1631 (Kitab al-Wasiyat, Bab apakah ganjaran yang diperolehi oleh
manusia setelah dia meninggal dunia).
279
kamu.”129

Berdasarkan hadis-hadis ini, hendaklah anak-anak


memperbanyakkan doa keampunan dan rahmat ke atas ibu dan
bapa mereka yang sudah meninggal dunia. Moga dengan doa itu
Allah Subhanahu wa Ta'ala akan mengurniakan kepada ibu dan
bapa mereka kedudukan yang terbaik di Alam Barzakh
sehinggalah ke syurga Firdaus di Akhirat kelak.

Bagi doa keampunan ibu dan bapa, disyorkan doa berikut


yang dibaca oleh Nabi Ibrahim ‘alahis salam,

ِْ ‫ي ولِْلم ْؤِمنِي ي وم ي ُقوم‬ ِِ ِ


.‫اب‬
ُ ‫اِل َس‬ ُ َ َ ْ َ َ ُ َ َّ ‫َربَّنَا ا ْغف ْر ِل َول َوال َد‬
Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi
kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada
masa berlakunya hitungan amal. [Ibrahim 14:41]

Bagi mendoakan rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala ke


atas ibu dan bapa, disyorkan membaca doa berikut,

129
Hasan: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya dan sanadnya
dinilai hasan oleh Syu‘aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka
ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 10610.
280
.‫صغِ ًْيا‬ ِِ ‫َر‬
َ ‫ب ْار َْحْ ُه َما َك َما َربَّيَ ِاّن‬
Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka
berdua sebagaimana mereka telah memelihara, mendidik dan
menguruskan aku semasa kecil. [al-Isra’ 17:24]

Ketiga: Bertawassul Dengan Bakti Kepada Ibu Dan Bapa

Antara cara meningkatkan kadar kemakbulan doa adalah


dengan bertawassul kepada amal soleh yang pernah dilakukan.
Ini sebagaimana yang telah dijelaskan dalam soalan Apakah
Maksud Berdoa Dengan Amal Soleh?

Antara amal soleh yang amat besar nilainya di sisi Allah


Subhanahu wa Ta'ala adalah berbakti kepada ibu dan bapa. 130
Anak yang lazim berbakti kepada ibu dan bapanya, apabila dia
berdoa dengan bertawassul kepada amal soleh tersebut, nescaya
Allah akan memakbulkan doanya. Perhatikan hadis berikut di

130
Jemput semak buku penulis Wahai Ibu!, Wahai Ayah! yang boleh
dimuat turun di www.hafizfirdaus.com
281
mana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

Ketika tiga sekawan sedang berjalan (hiking), tiba-tiba


hujan turun lalu mereka berlindung ke dalam sebuah gua di
sebuah gunung. Kemudian sebuah batu besar dari gunung itu
jatuh dan menutupi pintu gua sehingga mereka terperangkap di
dalamnya. Maka berkatalah salah seorang daripada mereka
kepada temannya yang lain, “Perhatikanlah amal soleh yang
pernah kalian lakukan kerana Allah, lalu berdoalah kepada
Allah Ta’ala dengannya. Mudah-mudahan Allah membuka
(pintu gua) itu untuk kalian.”

Maka berkatalah salah seorang daripada mereka, “Ya


Allah, sesungguhnya dahulu aku mempunyai dua orang tua
yang sudah lanjut usia, seorang istri dan beberapa orang anak
lelaki kecil yang aku sara kehidupan mereka dengan
mengembala kambing. Apabila pulang, aku memerah susu dan
aku dahulukan ibu dan bapaku untuk minum sebelum aku
berikan kepada anak-anakku.

Pada satu hari, aku bekerja agak jauh dan hanya kembali

282
ke rumah pada waktu malam. Lalu aku dapati ibu dan bapaku
telah tidur. Seperti biasa aku memerah susu dan membawanya
ke bilik tidur mereka. Aku berdiri di sisi kepala mereka berdua
namun aku tidak suka mengejutkan mereka berdua daripada
tidur. Pada waktu yang sama aku tidak suka memberi minum
anak-anakku sebelum mereka berdua, meskipun anak-anakku
telah berada di kakiku meminta susu kerana kelaparan.
Keadaan aku dan anak-anak aku berterusan sehinggalah terbit
fajar.

‫ك فَافْ ُر ْج لَنَا ِمْن َها‬ ِ ‫فَِإ ْن ُكْنت تَعلَم أَِّن فَعْل‬


َ ‫ك ابْتِغَاءَ َو ْج ِه‬ َ ‫ت َذل‬ ُ َ ِ ُْ َ
.‫اء‬ ِ ِ َّ ‫ فَ َفرج‬.‫السماء‬ ِ
َ ‫اَّللُ مْن َها فُ ْر َجةً فَ َرأ َْوا مْن َها ال َّس َم‬ َ َ َ َ َّ ‫فُ ْر َجةً نََرى مْن َها‬
(Ya Allah), jika Engkau mengetahui bahawasanya aku
melakukan sedemikian bagi mencari Wajah-Mu, maka
bukakanlah bagi kami satu celah daripada pintu gua itu, bukaan
yang daripada celahnya dapat kami melihat langit.” Maka Allah
membuka satu celah daripada pintu gua itu, bukaan yang

283
daripada celahnya dapat mereka melihat langit. 131

131
Sahih: Sebahagian daripada hadis panjang yang dikeluarkan oleh
Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 4926/2743 (Kitab al-Zikr, wa al-Du’a wa
al-Taubah wa al-Istighfar, Bab kisah tiga orang penghuni gua dan mereka
bertawassul dengan amal soleh). Teks penuh hadis telah dikemukakan dalam
soalan Apakah Maksud Berdoa Dengan Amal Soleh?
284
Soalan: Bilakah Waktu Terbaik Berdoa Ketika
Solat?

Jawapan:

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

َّ ‫الص ََل ِة إِ َّن‬


‫اَّللَ َم َع‬ َّ ‫استَعِينُوا ِِب‬
َّ ‫لص ِِْب َو‬ ِ َّ‫َي أَيُّها ال‬
ْ ‫ين َآمنُوا‬
َ ‫ذ‬ َ َ
ِ َّ
َ ‫الصاب ِر‬
.‫ين‬
Wahai orang-orang yang beriman, mintalah
pertolongan Allah dengan bersabar dan (mendirikan) solat.
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. [al-
Baqarah 2:153]

Ayat ini menunjukkan bahawa solat adalah waktu yang


baik untuk berdoa. Bilakah waktu-waktu tersebut apabila
dikaitkan dengan solat? Berikut diberikan perinciannya.

Pertama: Ketika Azan

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,


285
‫ َو ِعْن َد الْبَأْ ِس‬،‫ُّعاءُ ِعْن َد النِِ َد ِاء‬ ِ ِ ِ ِ
َ ‫ أ َْو قَلَّ َما تَُرَّدان الد‬،‫ثْن تَان ََل تَُرَّدان‬
.‫ضا‬ ِ ‫ِح‬
ً ‫ض ُه ْم بَ ْع‬
ُ ‫ي يُْلح ُم بَ ْع‬
َ
Dua saat tidak ditolak doa atau jarang-jarang ditolak
doa, iaitu ketika azan dilaungkan dan ketika perang memuncak,
saat kedua-dua pasukan (muslim dan kafir) saling
bertembung.132

Berdasarkan hadis di atas, antara masa terbaik untuk


berdoa adalah ketika azan dilaungkan. Caranya ialah berdoa di
antara lafaz-lafaz azan. Memandangkan tempoh masa di antara
lafaz-lafaz azan adalah singkat dan kita pula disunnahkan
menjawab setiap lafaz azan itu, maka bacalah doa-doa yang
pendek sahaja. Contohnya apabila muazin (tukang azan)
menyebut, “Allahu Akbar, Allahu Akbar”, kita menjawab, “Allahu
Akbar, Allahu Akbar”, kemudian berdoalah apa-apa yang ringkas
seperti “Ya Allah, ampunilah aku” atau “Ya Allah, lapangkanlah

132
Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan ia dinilai
sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 2178/2540
(Kitab al-Jihad, Bab doa ketika bertemu musuh).
286
rezekiku” atau “Ya Allah, sembuhkanlah ibuku”.

Kedua: Di Antara Azan Dan Iqamat

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

.‫ فَ ْادعُوا‬،‫اْلقَ َام ِة‬


ِْ ‫ي اْلَ َذ ِان و‬
َ َ َْ‫ُّعاءُ ََل يَُرُّد ب‬
َ ‫الد‬
Doa di antara azan dan iqamah tidak ditolak, 133 maka
berdoalah.134

Oleh itu selain melaksanakan solat sunat qabliah,


manfaatkanlah masa yang ada di antara azan dan iqamat untuk
berdoa kerana ia merupakan masa yang dimakbulkan oleh Allah
Subhanahu wa Ta'ala.

133
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata, “Hadis Anas
adalah hadis yang hasan.” Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan
al-Tirmizi, hadis no.: 196/212 (Kitab Abwabu al-Sholat ‘an Rasulullah, Bab
berkenaan tidak ditolak doa antara azan dan iqamat).
134
Sahih: Tambahan “maka berdoalah” dikeluarkan oleh Ahmad dalam
Musnadnya dan sanadnya dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-
rakannya dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 12584.
287
Ketiga: Ketika Sujud

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

ِ ِ ِ ِ
َ ‫ فَأَ ْكث ُروا الد‬،‫ َوُه َو َساج ٌد‬،‫ب َما يَ ُكو ُن الْ َعْب ُد م ْن َربِِه‬
.َ‫ُّعاء‬ ُ ‫أَقْ َر‬
Kedudukan paling hampir seorang hamba kepada
Tuhan-nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa
(ketika sujud).135

Dalam sebuah hadis lain baginda bersabda,

ِ ِ
‫وع‬
ُ ‫الرُك‬ُّ ‫ فَأ ََّما‬،‫يت أَ ْن أَقْ َرأَ الْ ُق ْرآ َن َراكِ ًعا أ َْو َساج ًدا‬
ُ ‫أَََل َوإِِِّن َُّن‬
‫ فَ َق ِم ٌن‬،‫ُّع ِاء‬
َ ‫اجتَ ِه ُدوا ِِف الد‬
ْ َ‫ود ف‬
ُ ‫الس ُج‬
ُّ ‫ َوأ ََّما‬،‫ب َعَّز َو َج َّل‬ َّ ‫فَ َع ِظِ ُموا فِ ِيه‬
َّ ‫الر‬
.‫اب لَ ُك ْم‬َ ‫أَ ْن يُ ْستَ َج‬
Ketahuilah sesungguhnya aku dilarang daripada
membaca al-Qur’an ketika rukuk atau sujud. Oleh itu adapun
ketika rukuk, maka agungkanlah Tuhan 'Azza wa Jalla
sementara ketika sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa

135
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 744/482
(Kitab al-Sholat, Bab apa yang diucap ketika rukuk dan sujud).
288
kerana (doa ketika sujud) memang layak dikabulkan kepada
kalian (oleh Allah).136

Merujuk kepada hadis-hadis di atas, amat dianjurkan


berdoa ketika sujud. Di sini ada beberapa perkara yang
memerlukan perhatian:

• Hadis-hadis di atas menyebut kedudukan sujud secara


umum, bererti dianjurkan berdoa apabila sujud pada
mana-mana rakaat. Ia tidak terbatas kepada sujud
terakhir pada rakaat terakhir.
• Apabila solat berjemaah, hendaklah mengangkat kepala
daripada sujud apabila imam mengangkat kepala daripada
sujud. Tidak boleh menyelishi imam dengan
memanjangkan sujud untuk berdoa. Sabda Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam,

.‫اْل َم ُام لِيُ ْؤَُتَّ بِِه‬


ِْ ‫إََِّّنَا ُجعِل‬
َ

136
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 738/479
(Kitab al-Sholat, Bab apa yang diucap ketika rukuk dan sujud).
289
Sesungguhnya dijadikan imam hanyalah untuk diikuti. 137
Justeru bagi orang yang solat berjemaah, dia boleh
memanjangkan sujud bagi memperbanyakkan doa ketika
solat sunat qabliyah dan ba’diyah, atau mana-mana solat
sunat yang lain.

• Apabila berdoa ketika sujud, boleh menyebut dan


membacanya secara perlahan (sirr) jika ia dalam bahasa
Arab. Namun jika berdoa ketika sujud dalam bahasa selain
Arab, hendaklah membacanya dalam hati sahaja.
• Boleh membaca doa-doa daripada al-Qur’an ketika sujud.
Ini kerana orang yang membacanya, dia membaca sebagai
sebuah doa dan bukannya sebagai tilawah al-Qur’an yang
dimaksudkan oleh hadis, Ketahuilah sesungguhnya aku
dilarang daripada membaca al-Qur’an ketika rukuk atau
sujud.

137
Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari
dalam Shahihnya, hadis no.: 648/689 (Kitab al-Adzan, Bab dijadikan imam
hanya untuk diikuti).
290
Keempat: Di Penghujung Solat

Dianjurkan berdoa ketika di penghujung solat, maksudnya


selepas membaca tasyahud akhir dan sebelum memberi salam.
Terdapat banyak hadis di mana Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam menganjurkan doa, mengajar doa dan membaca doa
ketika di penghujung solat. Demikian juga yang diamalkan oleh
para sahabat baginda, radhiallahu 'anhum. Berikut sebahagian
daripadanya.

Abu Umamah radhiallahu 'anh berkata,

ْ ‫ُّع ِاء أ‬
:‫ََسَ ُع؟ قَ َال‬ َ ‫َي الد‬
َِّ ‫ول‬
ُّ ‫اَّلل أ‬ َ ‫ ََي َر ُس‬:‫يل‬ِ
َ ‫ق‬
Dikatakan, “Wahai Rasulullah, bilakah doa yang paling
didengar (oleh Allah)?” Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
menjawab,

ِ ‫ات امل ْكتُوِب‬


.‫ت‬ ِ َّ ‫ ودب ر‬،‫اْلخ ِر‬
ِ ‫ف اللَّي ِل‬
َ َ ‫الصلَ َو‬ َُ ُ َ ْ َ ‫َج ْو‬
“Di pertengahan akhir malam dan di penghujung solat-

291
solat fardhu.”138

‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu 'anh berkata,

:‫ قُْلنَا‬،‫الصَلَِة‬
َّ ‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ِِف‬ ِ
َ ‫َِّب‬ ِ
ِِ ‫ُكنَّا إ َذا ُكنَّا َم َع الن‬
‫َِّب‬ ٍ ٍ
ُّ ِ‫ فَ َق َال الن‬،‫السَلَ ُم َعلَى فَُلَن َوفَُلَن‬ َّ ،‫اَّلل ِم ْن ِعبَ ِاد ِه‬
َِّ ‫السَلَم علَى‬
َ ُ َّ
:‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
َ
Lazimnya kami, apabila kami bersama Nabi shallallahu
'alaihi wasallam dalam solat, kami mengucapkan, “Salam
kepada Allah daripada para hamba-Nya, salam kepada fulan
dan fulan.” Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

:‫ َولَ ِك ْن قُولُوا‬،‫السَلَ ُم‬ َِّ ‫السَلَم علَى‬


َّ ‫ فَِإ َّن‬،‫اَّلل‬
َّ ‫اَّللَ ُه َو‬ َ ُ َّ ‫َلَ تَ ُقولُوا‬

138
Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata, “Hadis ini
hasan.” Ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis
no.: 3421/3499 (Kitab al-Da’awat ‘an Rasulullah, Bab menghitung tasbih
dengan tangan). Dalam Shahih al-Targhib wa al-Tarhib, hadis no.: 1648, al-
Albani menjelaskan bahawa hadis ini sanadnya dha’if tetapi matannya memiliki
beberapa penguat sehingga dapat diangkat ke darjat hasan.
Kelemahan sanad hadis terletak pada lafaz akhir “dan di penghujung
solat-solat fardhu” sebagaimana jelas Syu’aib al-Arna’uth dan ‘Abd al-Latheif
Harzallah dalam semakan mereka ke atas al-Jami’ al-Kabir (nama lain bagi
Sunan al-Tirmizi), hadis no.: 3806.
292
Janganlah berkata, “Salam ke atas Allah” kerana
sesungguhnya Allah, Dia-lah al-Salam. Sebaliknya berkatalah,

َِِّ ‫َّحيَّات‬
ِ
ُّ ِ‫ك أَيُّ َها الن‬
‫َِّب‬ َ ‫السَلَ ُم َعلَْي‬
َّ ،‫ات‬ ُ َ‫ات َوالطَّيِِب‬
ُ ‫الصلَ َو‬
َّ ‫َّلل َو‬ ُ ‫الت‬
.‫ي‬ ِِ َّ ‫اَّلل‬ َِّ ‫السَلَم علَي نا وعلَى ِعب ِاد‬ َِّ ُ‫ور ْْحة‬
َ ‫الصاِل‬ َ َ َ َ ْ َ ُ َّ ،ُ‫اَّلل َوبََرَكاتُه‬ َ ََ
“Segala penghormatan, keberkatan dan kebaikan bagi
Allah. Salam, rahmat dan keberkatan Allah kepada engkau
wahai Nabi. Salam ke atas kami dan ke atas hamba-hamba
Allah yang soleh.”

‫الس َم ِاء‬
َّ ‫ي‬ ِ َّ ‫فَِإنَّ ُكم إِ َذا قُْلتم أَصاب ُكل عب ٍد ِِف‬
َ َْ‫الس َماء أ َْو ب‬ ْ َ َّ َ َ ْ ُ ْ
.‫ض‬ ِ ‫َواْل َْر‬
Ini kerana sesungguhnya jika kalian mengucapkan
seperti itu, ia merujuk kepada setiap hamba di langit, atau di
antara langit dan bumi.

َّ ‫أَ ْش َه ُد أَ ْن َلَ إِلَهَ إََِّل‬


َّ ‫ َوأَ ْش َه ُد أ‬،ُ‫اَّلل‬
.ُ‫َن ُمَ َّم ًدا َعْب ُدهُ َوَر ُسولُه‬
(Kemudian ucapkanlah), “Aku bersaksi bahawa tiada
tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad

293
adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya.”

.‫ فَيَ ْدعُو‬،‫ُّع ِاء أ َْع َجبَهُ إِلَْي ِه‬ ِ


َ ‫ُْثَّ يَتَ َخ َّْيُ م َن الد‬
Kemudian dia memilih daripada doa-doa yang
menakjubkan kepada dirinya sendiri, maka berdoalah. 139

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah


shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

)‫َخ ِْي‬ِ ‫َّش ُّه ِد ْاْل‬ َ ‫َح ُد ُك ْم ِم َن الت‬ َ ‫َح ُد ُك ْم (إِذَا فَ َر‬ ِ
َ‫غ أ‬ َ ‫إذَا تَ َش َّه َد أ‬
‫ َوفِْت نَ ِة الْ َم ْحيَا‬،‫اب الْ َق ِِْب‬
ِ ‫ و َع َذ‬،‫اب جهنَّم‬ ِ ِ ِِ ِ
َ َ َ َ ‫ م ْن َع َذ‬:‫فَ ْليَ تَ َع َّو ْذ ِب ََّّلل م ْن أ َْربَ ٍع‬
‫ ُْثَّ يَ ْدعُو لِنَ ْف ِس ِه ِِبَا بَ َدا‬.‫َّج ِال‬
َّ ‫يح الد‬ ِ ‫ َوِم ْن َشِِر (فِْت نَ ِة) الْ َم ِس‬،‫ات‬ ِ ‫والْمم‬
ََ َ
.ُ‫لَه‬
Apabila seseorang kalian telah membaca tasyahud
(dalam riwayat lain: Apabila seseorang kalian selesai membaca
tasyahud akhir), maka mintalah perlindungan Allah daripada

139
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
791/835 (Kitab al-Azan, Bab memilih doa tertentu selepas bacaan tasyahud dan
ianya tidaklah wajib). Juga dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis
no.: 5853/6328 (Kitab al-Da’awat, Bab doa dalam solat)
294
empat perkara, (1) daripada azab neraka jahannam, (2)
daripada azab kubur, (3) daripada fitnah kehidupan dan
kematian, dan (4) daripada keburukan (fitnah) al-Masih al-
Dajjal.

Kemudian dia berdoa bagi dirinya dengan apa yang dia


sukai baginya.140

Sa’ad bin Abi Waqash radhiallahu 'anh berkata,

‫َو َسلَّ َم َكا َن يَتَ َع َّوذُ ِمْن ُه َّن ُدبَُر‬ ‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه‬ َِّ ‫ول‬َ ‫إِ َّن َر ُس‬
َ ‫اَّلل‬
:‫الصَلَِة‬
َّ
Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lazimnya
berlindung daripada hal berikut di penghujung solat (dengan
berdoa),

140
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai
sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1293/1310
(Kitab al-Sahwi, Bab meminta perlindungan dalam solat).
Lafaz dalam kurungan dikeluarkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya
dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no.:
899/909 (Kitab al-Iqamat al-Sholah wa Sunnah fi ha, Bab apa yang dikatakan
selepas bacaan tasyahud dan selawat ke atas Nabi).
295
‫ك أَ ْن أ َُرَّد إِ ََل أ َْرَذ ِل‬
َ ِ‫َعوذُ ب‬ ِ ُْ‫ك ِمن اِل‬
ُ ‫ َوأ‬،‫ْب‬ ِ ِِ َّ
َ َ ‫الل ُه َّم إ ِّن أَعُوذُ ب‬
.‫اب ال َق ِِْب‬ ِ ‫ك ِمن َع َذ‬ ِ ُ ‫ وأ‬،‫ك ِمن فِْت نَ ِة الدُّنْيا‬ِ
ْ َ ‫َعوذُ ب‬ َ َ ْ َ ‫ َوأَعُوذُ ب‬،‫العُ ُم ِر‬
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau
daripada sifat pengecut, dan aku berlindung kepada Engkau
daripada dikembalikan kepada umur yang menghinakan 141, dan
aku berlindung kepada Engkau daripada fitnah dunia dan dan
aku berlindung kepada Engkau daripada azab kubur.”142

‘Ali bin Abi Thalib ketika menerangkan bacaan-bacaan


solat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata,

:‫َّسلِي ِم‬ ِ ‫ول بي الت‬ ِ ‫ُْثَّ ي ُكو ُن ِمن‬


َ َ َْ ُ ‫آخ ِر َما يَ ُق‬
ْ ‫َّش ُّهد َوالت‬ ْ َ
Kemudian pada akhirnya di antara bacaan tasyahud dan
memberi salam, baginda mengucapkan,

141
Maksudnya ketika tua kelak, agar akal fikiran tidak menjadi nyanyuk
dan fizikal tidak menjadi kotor seperti membuang air kecil dan air besar tanpa
kawalan.
142
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
2610/2822 (Kitab al-Jihad wa al-Siyar, Bab berlindung daripada sifat
pengecut).
296
ِ
،‫ت‬ ُ ‫ت َوَما أ َْعلَْن‬ُ ‫َسَرْر‬ْ ‫ َوَما أ‬،‫ت‬ ُ ‫َخ ْر‬ ُ ‫الله َّم ا ْغف ْر ِل َما قَد َّْم‬
َّ ‫ت َوَما أ‬ ُ
‫ ََل‬،‫ت الْ ُم َؤ ِِخ ُر‬ ِ ِِ
َ ْ‫ت الْ ُم َق ِد ُم َوأَن‬َ ْ‫ أَن‬،‫ت أ َْعلَ ُم بِه م ِِّن‬
َ ْ‫ َوَما أَن‬،‫ت‬ ُ ْ‫َسَرف‬
ْ ‫َوَما أ‬
.‫ت‬ َ ْ‫إِلَهَ إََِّل أَن‬
“Ya Allah, ampunilah bagiku apa yang telah berlalu dan
apa yang akan datang, apa yang tersembunyi dan apa yang
nyata, apa yang melampaui dan apa yang Engkau sahaja lebih
mengetahui tentangnya daripada aku, Engkaulah yang
Terdahulu dan yang Terakhir, tidak ada tuhan melainkan
Engkau.”143

Abu Bakrah radhiallahu 'anh berkata,

:‫ص ََل ٍة‬ ُ ‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َكا َن يَ ُق‬


َ ‫ول ِِف ُدبُِر ُك ِِل‬ َّ ‫أ‬
َّ ِ‫َن الن‬
َ ‫َِّب‬
Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam lazim berdoa
di penghujung setiap solat,

143
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
1290/771 (Kitab Sholat al-Musafirin wa Qasriha, Bab doa dalam solat malam
dan perlaksanaannya).
297
ِ ‫ و َع َذ‬،‫ والْ َف ْق ِر‬،‫ك ِمن الْ ُك ْف ِر‬
.‫اب الْ َق ِِْب‬ ِ ُ ‫الله َّم إِِِّن أ‬
َ َ َ َ ‫َعوذُ ب‬ ُ
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau
daripada kekafiran, kefakiran dan azab kubur.”144

Abu Bakar radhiallahu 'anh pernah bertanya kepada


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam,

ِ ِ
َ ‫َعلِ ْم ِّن ُد َعاءً أ َْد ُعو بِه ِِف‬
:‫ قُ ْل‬:‫ قَ َال‬،‫صَلَِِت‬
Ajarkanlah kepadaku doa yang dapat aku berdoa
dengannya dalam solatku.145 Rasulullah menjawab, berdoalah,

‫وب إََِّل‬ ُّ ‫ َوَلَ يَ ْغ ِفر‬،‫ت نَ ْف ِسي ظُْل ًما َكثِْيا‬


َ ُ‫الذن‬ ُ ‫اللَّ ُه َّم إِِِّن ظَلَ ْم‬
ُ ً
ِ َّ ‫ك أَنْت الغَ ُفور‬ ِِ ِ ِ ِ
.‫يم‬ُ ‫الرح‬ ُ َ َ َّ‫ َو ْار َْحْ ِّن إِن‬،‫ فَا ْغف ْر ِل َم ْغفَرًة م ْن عْند َك‬،‫ت‬َ ْ‫أَن‬
Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku
dengan kezaliman yang banyak dan tidak ada yang dapat

144
Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya dan sanadnya
dinilai kuat (qawi) oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan
mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 20409.
145
Maksudnya dalam solat, sebelum memberi salam. Ini berdasarkan
nama bab yang diberikan oleh al-Bukhari untuk hadis ini.
298
mengampunkan dosa-dosaku melainkan Engkau. Maka
ampunilah aku dengan keampunan daripada sisi Engkau dan
rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau, Engkaulah yang Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.146

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah berwasiat


kepada Mu’az bin Jabal radhiallahu 'anh,

ُ ‫ص ََل ٍة تَ ُق‬
:‫ول‬ َ ‫يك ََي ُم َعاذُ ََل تَ َد َع َّن ِِف ُدبُِر ُك ِِل‬
ِ ‫أ‬
َ ‫ُوص‬
Aku wasiatkan kepada engkau wahai Mu’az, jangan
tinggalkan doa ini di penghujung setiap solat,

ِ
َ ِ‫ َو ُح ْس ِن ِعبَ َادت‬،‫ َو ُش ْك ِرَك‬،‫َع ِِّن َعلَى ذ ْك ِرَك‬
.‫ك‬ ِ ‫اللَّه َّم أ‬
ُ
“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada Kamu,
bersyukur kepada Kamu dan memperbaiki ibadahku kepada
Kamu.”147

146
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
790/834 (Kitab al-Azan, Bab doa sebelum salam).
147
Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan ia dinilai
sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 1301/1522
(Kitab al-Sholat, Bab tentang istighfar).
299
Abu Hurairah radhiallahu 'anh, berkata, Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bertanya kepada seorang lelaki,

‫الص ََل ِة؟‬


َّ ‫ول ِِف‬
ُ ‫َما تَ ُق‬
“Apakah yang kamu bacakan dalam solat?”

َِّ ‫ أَما و‬،‫ وأَعوذُ بِِه ِمن النَّا ِر‬،َ‫اِلنَّة‬


‫اَّلل‬ َ َ َ ُ َ َْ َ‫اَّلل‬ َّ ‫َسأ َُل‬
ْ ‫ ُْثَّ أ‬،‫ أَتَ َش َّه ُد‬:‫قَ َال‬
‫ َوََل‬،‫ك‬ َ َ‫ُح ِس ُن َدنْ َدنَت‬
ْ ‫َما أ‬
.‫َدنْ َدنَةَ ُم َع ٍاذ‬
Lelaki itu menjawab, “Aku membaca tasyahud.
Kemudian aku (berdoa) meminta kepada Allah syurga dan aku
berlindung kepada-Nya daripada neraka. Demi Allah! Tidaklah
aku (dapat berdoa) sebaik kumat kamit148 kamu dan tidak juga
kumat kamit Mu’az (bin Jabal).”

.‫ َح ْوََلَا نُ َدنْ ِد ُن‬:‫فَ َق َال‬

148
Maksudnya dia dapat mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam membaca beberapa doa dalam solat sebelum salam, tetapi tidak dapat
menangkap lafaz doa itu sehingga tidak dapat membaca doa yang sama.
300
Maka Rasulullah menjawab, “Kumat kamit kami adalah
sekitar itu juga.”149

Demikian beberapa hadis di mana Rasulullah shallallahu


'alaihi wasallam menganjurkan doa, mengajar doa dan membaca
doa ketika di penghujung solat, yakni selepas membaca tasyahud
akhir dan sebelum memberi salam.

Merujuk kepada hadis-hadis di atas, ada beberapa perkara


yang memerlukan perhatian:

• Apabila solat berjemaah, hendaklah memberi salam


apabila imam memberi salam. Tidak boleh menyelishi
imam dengan memanjangkan duduk tasyahud akhir 150
untuk berdoa. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam,

149
Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya dan dinilai sahih
oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no.: 900/910 (Kitab al-
Iqamat al-Sholah wa Sunnah fi ha, Bab apa yang dikatakan selepas bacaan
tasyahud dan selawat ke atas Nabi).
150
Istilah sebenar, duduk tawaruk.
301
.‫اْل َم ُام لِيُ ْؤَُتَّ بِِه‬
ِْ ‫إََِّّنَا ُجعِل‬
َ
Sesungguhnya dijadikan imam hanyalah untuk diikuti. 151
Justeru bagi orang yang solat berjemaah, dia boleh
memanjangkan duduk tasyahud akhir bagi
memperbanyakkan doa ketika solat sunat qabliyah dan
ba’diyah, atau mana-mana solat sunat yang lain.

• Apabila berdoa selepas membaca tasyahud akhir dan


sebelum memberi salam, boleh menyebut dan
membacanya secara perlahan (sirr) jika ia dalam bahasa
Arab. Namun jika berdoa dalam bahasa selain Arab,
hendaklah membacanya dalam hati sahaja.

151
Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari
dalam Shahihnya, hadis no.: 648/689 (Kitab al-Adzan, Bab dijadikan imam
hanya untuk diikuti).
302
Soalan: Bilakah Yang Dimaksudkan Sebagai “Dubur
Solat”?

Jawapan:

Para ilmuan berbeza pendapat tentang hadis-hadis yang


menganjurkan doa pada “dubur solat”, apakah ia merujuk kepada
masa sebelum memberi salam atau selepas memberi salam?

Penulis mencenderungi pendapat bahawa ia merujuk


kepada masa sebelum memberi salam. Ini kerana dubur
bermaksud sesuatu yang berada di hujung atau akhir tetapi masih
berada dalam objeknya. Ia tidak berpisah atau menjadi
berasingan. Contohnya apabila dikatakan dubur manusia, maka ia
adalah organ yang berada di hujung atau akhir, tetapi masih
berada dalam tubuh badan. Ia bukanlah organ yang berpisah atau
berasingan.

Apabila dikatakan “dubur solat”, maka ia bergantung


kepada dua keadaan. Pertama, jika disebut secara umum, maka
ia merujuk kepada masa sebelum memberi salam.

303
Kedua, jika disebut bersama sesuatu petunjuk (qarinah),
maka ia merujuk kepada masa yang sesuai dengan petunjuk
tersebut. Contohnya jika ia disebut sebagai zikir, maka ia merujuk
kepada masa selepas memberi salam, kerana zikir sememangnya
disyari’atkan selepas solat. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,

ِ َّ ‫الص ََل َة فَاذْ ُكروا‬


.‫ودا َو َعلَى ُجنُوبِ ُك ْم‬
ً ‫اَّللَ قيَ ًاما َوقُ ُع‬ ُ َ َ‫فَِإ َذا ق‬
َّ ‫ضْي تُ ُم‬
Maka apabila kalian telah selesai solat, maka berzikirlah
kepada Allah baik ketika berdiri, duduk dan baring. [al-Nisa’
4:103]

Contoh “dubur solat” disebut secara umum adalah hadis


berikut di mana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah
berwasiat kepada Mu’az bin Jabal radhiallahu 'anh,

ُ ‫ص ََل ٍة تَ ُق‬
:‫ول‬ َ ‫يك ََي ُم َعاذُ ََل تَ َد َع َّن ِِف ُدبُِر ُك ِِل‬
ِ ‫أ‬
َ ‫ُوص‬
Aku wasiatkan kepada engkau wahai Mu’az, jangan
tinggalkan doa ini di dubur setiap solat,

ِ
َ ِ‫ َو ُح ْس ِن ِعبَ َادت‬،‫ َو ُش ْك ِرَك‬،‫َع ِِّن َعلَى ذ ْك ِرَك‬
.‫ك‬ ِ ‫اللَّه َّم أ‬
ُ
304
“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada Kamu,
bersyukur kepada Kamu dan memperbaiki ibadahku kepada
Kamu.”152

“Dubur solat” yang dimaksudkan oleh hadis ini ialah


selepas bacaan tasyahud akhir dan sebelum memberi salam.

Contoh “dubur solat” dengan petunjuk bahawa ia


bermaksud zikir selepas solat adalah hadis berikut, di mana Abu
Hurairah radhiallahu 'anh menceritakan,

‫ات َوالنَّعِي ِم‬


ِ ‫الدثُوِر ِِبلدَّرج‬
ُّ ‫ب أ َْه ُل‬ َِّ ‫ول‬
ََ َ ‫اَّلل ذَ َه‬ َ ‫ ََي َر ُس‬:‫قَالُوا‬
.‫امل ِقي ِم‬
ُ
Mereka (orang-orang miskin)153 berkata, “Wahai
Rasulullah, orang-orang kaya telah memperolehi darjat (yang
tinggi) dan nikmat kesenangan yang kekal.”

152
Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan ia dinilai
sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 1301/1522
(Kitab al-Sholat, Bab tentang istighfar).
153
Berdasarkan lafaz lain yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam
Shahihnya, hadis no.: 798/843 (Kitab al-Azan, Bab zikir selepas solat).
305
َ ‫ َو َج‬،‫صلَّْي نَا‬
‫اه ُدوا َك َما‬ َ ‫صلَّ ْوا َك َما‬ َ :‫ف َذ َاك؟ قَالُوا‬ َ ‫ َكْي‬:‫قَ َال‬
.‫ت لَنَا أ َْم َو ٌال‬ ِِ ِ ‫ وأَنْ َف ُقوا ِمن فُض‬،‫جاه ْد ََن‬
ْ ‫ َولَْي َس‬،‫ول أ َْم َواَل ْم‬ ُ ْ َ ََ
Rasulullah bertanya, “Kenapakah demikian?” Orang-
orang miskin itu menjawab, “Mereka (orang-orang kaya) solat
sebagaimana kami solat, berjihad sebagaimana kami berjihad
namun mereka bersedekah daripada kelebihan harta mereka
sementara kami tidak memiliki harta (untuk disedekahkan).”

‫ َوتَ ْسبِ ُقو َن َم ْن‬،‫ُخِِبُُك ْم ِِب َْم ٍر تُ ْد ِرُكو َن َم ْن َكا َن قَ ْب لَ ُك ْم‬


ْ ‫ أَفََلَ أ‬:‫ال‬
َ َ‫ق‬
‫َح ٌد ِبِِثْ ِل َما ِجْئ تُ ْم بِِه إََِّل َم ْن َجاءَ ِبِِثْلِ ِه؟ تُ َسبِِ ُحو َن‬
َ ‫ َوَلَ ََيِِْت أ‬،‫َجاءَ بَ ْع َد ُك ْم‬
.‫ َوتُ َكِِِبُو َن َع ْشًرا‬،‫ َوََْت َم ُدو َن َع ْشًرا‬،‫صَلَةٍ َع ْشًرا‬ َ ‫ِِف ُدبُِر ُك ِِل‬
Rasulullah bersabda, “Mahukah aku khabarkan kepada
kalian satu amalan (yang jika kalian lakukan), akan mencapai
(darjat) orang-orang sebelum kalian, mendahului (darjat)
orang-orang sesudah kalian dan tidaklah seseorang dapat
memperolehi seperti apa yang kamu perolehi melainkan orang-
orang yang mengamalkan yang sama?

(Iaitu katakanlah) “Subhanallah” pada setiap dubur


306
solat sepuluh kali, “Alhamdulillah” sepuluh kali dan “Allahu
Akbar” sepuluh kali.”154

Hadis ini berbicara tentang zikir, maka ia menjadi petunjuk


bahawa yang dimaksudkan dengan “dubur solat” ialah
membacanya selepas memberi salam. Contoh lain, al-Mughirah
bin Syu’bah radhiallahu 'anh pernah menulis surat kepada
Mu’awiyah bin Abu Sufyan radhiallahu 'anh,

ُ ‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َكا َن يَ ُق‬


‫ول ِِف ُدبُِر ُك ِِل‬ َِّ ‫ول‬ َّ ‫أ‬
َ ‫اَّلل‬ َ ‫َن َر ُس‬
:‫صَلٍَة إِذَا َسلَّ َم‬
َ
Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lazim
berkata dalam dubur setiap solat, apabila telah memberi salam,

‫ َوُه َو‬،‫ َولَهُ اِلَ ْم ُد‬،‫ك‬


ُ ‫ لَهُ املْل‬،ُ‫يك لَه‬ َّ ‫َلَ إِلَهَ إََِّل‬
َ ‫اَّللُ َو ْح َدهُ َلَ َش ِر‬
ُ
،‫َعلَى ُك ِِل َش ْي ٍء قَ ِد ٌير‬
“Tiada tuhan melainkan Allah, yang Maha Esa, tiada

154
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
5854/6329 (Kitab al-Da’awat, Bab doa setelah solat).
307
sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala
pujian dan Dia atas segala sesuatu Maha Berkuasa.

ِ ِ ِ ِ
‫ َوَلَ يَْن َف ُع‬،‫ت‬ َ ‫اللَّ ُه َّم َلَ َمان َع ل َما أ َْعطَْي‬
َ ‫ َوَلَ ُم ْعط َي ل َما َمنَ ْع‬،‫ت‬
ِ
.‫ك اِلَ ُّد‬َ ‫ذَا اِلَ ِد ِمْن‬
Ya Allah, tiada yang dapat menghalang apa yang
Engkau berikan dan tiada yang dapat memberi apa yang
Engkau halang. Tiada manfaat bagi pemilik kekayaan kerana
daripada Engkaulah segala kekayaan.”155

Hadis ini berbicara tentang zikir, maka ia menjadi petunjuk

155
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
5855/6330 (Kitab al-Da’awat, Bab doa setelah solat).
Menarik untuk diperhatikan bahawa al-Bukhari rahimahullah
menyusun sebuah bab khas dalam kitab Shahihnya berjudul “Doa setelah solat”
lalu meletakkan dua buah hadis sebagaimana yang dikemukakan di atas. Namun
kedua-dua hadis itu berbicara tentang berzikir selepas solat. Seolah-olah al-
Bukhari memberi isyarat bahawa yang menjadi sunnah Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam selepas solat-solat fardhu adalah berzikir dan bukannya
berdoa. Berbeza pula dalam bab “Doa dalam solat”, al-Bukhari meletakkan
hadis-hadis berkenaan bacaan doa dalam solat.
Perbandingkan dengan keterangan al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani
rahimahullah ketika mensyarahkan bab “Doa selepas solat” dalam kitabnya
Fath al-Bari.
308
bahawa yang dimaksudkan dengan “dubur solat” ialah
membacanya selepas memberi salam. Contoh lain, Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

‫صَلٍَة َم ْكتُ ْوبٍَة ََلْ َيَْنَ ْعهُ ِم ْن‬ ِ


َ ‫َم ْن قَ َرأَ آيَةَ ال ُك ْرس ِِي ِِف ُدبُِر ُك ِِل‬
ِِ
‫ت‬َ ‫ُد ُخ ْوِل اِلَنَّة اَلَّ اَ ْن ََيُْو‬
Sesiapa membaca ayat Kursi setiap dubur solat fardhu,
tidak ada yang menghalanginya daripada masuk surga
melainkan kematiannya.156

Hadis ini berbicara tentang membaca Ayat al-Kursi, maka


ia menjadi petunjuk bahawa yang dimaksudkan dengan “dubur
solat” ialah membacanya selepas memberi salam. Ini kerana
sama-sama diketahui bahawa Ayat al-Kursi tidak dibaca dalam
tasyahud akhir solat.

156
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam al-Sunan al-Kubra, hadis
no.: 9848 dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Ahadits al-
Shahihah, hadis no.: 972.
309
Soalan: Bolehkah Berdoa Selepas Solat Fardhu?

Jawapan:

Para ilmuan Islam berbeza pendapat tentang berdoa


selepas solat-solat fardhu. Ada yang menganjurkannya dan ada
yang tidak. Ini berlaku kerana mereka berbeza dalam memahami
hadis-hadis tentang doa di penghujung solat, apakah ia merujuk
kepada masa sebelum memberi salam atau selepas memberi
salam? Perkara ini sudah dijelaskan dalam soalan Bilakah Yang
Dimaksudkan Sebagai “Dubur Solat”?

Kemudian, terdapat beberapa hadis bahawa Rasulullah


shallallahu 'alaihi wasallam berdoa selepas solat, yakni selepas
salam. Namun para ilmuan sekali lagi berbeza pendapat, apakah
ia doa secara bebas atau termasuk zikir selepas solat yang
ditetapkan bacaannya? Ini kerana Rasulullah tidak menganjurkan
doa secara bebas ketika selepas salam sebagaimana sebelum
salam.157 Contohnya apabila menyentuh tentang doa sebelum

157
Namun penulis bersikap terbuka. Seandainya di kalangan pembaca ada
yang mengetahui hadis sahih bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
310
salam, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar doa yang
patut dibaca, kemudian menganjurkan doa secara bebas,

)‫َخ ِْي‬ِ ‫َّش ُّه ِد ْاْل‬ َ ‫َح ُد ُك ْم ِم َن الت‬ َ ‫َح ُد ُك ْم (إِذَا فَ َر‬ ِ
َ‫غ أ‬ َ ‫إذَا تَ َش َّه َد أ‬
‫ َوفِْت نَ ِة الْ َم ْحيَا‬،‫اب الْ َق ِِْب‬
ِ ‫ و َع َذ‬،‫اب جهنَّم‬
َ َ َ َ
ِ ‫ ِمن َع َذ‬:‫َّلل ِمن أَرب ٍع‬
ْ َ ْ ْ
َِّ ‫فَ ْلي ت ع َّو ْذ ِِب‬
َ ََ
‫ ُْثَّ يَ ْدعُو لِنَ ْف ِس ِه ِِبَا بَ َدا‬.‫َّج ِال‬
َّ ‫يح الد‬ ِ ‫ َوِم ْن َشِِر (فِْت نَ ِة) الْ َم ِس‬،‫ات‬ ِ ‫والْمم‬
ََ َ
.ُ‫لَه‬
Apabila seseorang kalian telah membaca tasyahud
(dalam riwayat lain: Apabila seseorang kalian selesai membaca
tasyahud akhir), maka mintalah perlindungan Allah daripada
empat perkara, (1) daripada azab neraka jahannam, (2)
daripada azab kubur, (3) daripada fitnah kehidupan dan
kematian, dan (4) daripada keburukan (fitnah) al-Masih al-
Dajjal.

Kemudian dia berdoa bagi dirinya dengan apa yang dia

menganjurkan doa secara bebas selepas solat, mohon disampaikan kepada


penulis. Penulis akan membetulkan kenyataan di atas sambil memasukkan hadis
tersebut sebagai dalil.
311
sukai baginya.158

Berikut dikemukakan beberapa hadis tentang doa selepas


salam. Hadis-hadis inilah yang diperselisihkan peranannya,
apakah doa secara bebas atau merupakan zikir secara tetap? Dua
daripadanya adalah sahih sementara dua lagi diperselisihkan
darjatnya.

Hadis Pertama:

Daripada al-Bara’ bin ‘Azib radhiallahu 'anh,

ِ ِ ِ
ْ ‫ أ‬،‫صلَّى هللاُ َعَلْيه َو َسلَّ َم‬
‫َحبَ ْب نَا‬ َ ‫ف َر ُسول هللا‬ َ ‫ُكنَّا إِ َذا‬
َ ‫صلَّْي نَا َخْل‬
ُ ‫ فَ َس ِم ْعتُهُ يَ ُق‬:‫ قَ َال‬،‫ يُ ْقبِ ُل َعلَْي نَا بَِو ْج ِه ِه‬،‫أَ ْن نَ ُكو َن َع ْن ََيِينِ ِه‬
:‫ول‬
Lazimnya kami (para sahabat), apabila kami solat di
belakang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, kami suka

158
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai
sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1293/1310
(Kitab al-Sahwi, Bab meminta perlindungan dalam solat).
Lafaz dalam kurungan dikeluarkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya
dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no.:
899/909 (Kitab al-Iqamat al-Sholah wa Sunnah fi ha, Bab apa yang dikatakan
selepas bacaan tasyahud dan selawat ke atas Nabi).
312
berada di sebelah kanan baginda (kerana setelah solat baginda
akan berpusing ke kanan) menghadap kami dengan wajahnya.
Maka aku mendengar baginda berdoa,

.‫ أ َْو ََْت َم ُع – ِعبَ َاد َك‬- ‫ث‬ ِ ِ‫ر‬


َ َ‫ب ق ِّن َع َذاب‬
ُ ‫ك يَ ْوَم تَْب َع‬ َِ
“Wahai tuhanku, peliharalah aku daripada azab-Mu
pada hari dibangkitkan atau dihimpunkan hamba-hamba-
Mu.”159

Hadis Kedua:

Daripada al-Mughirah bin Syu’bah radhiallahu 'anh,

ُ ‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َكا َن يَ ُق‬


‫ول ِِف ُدبُِر ُك ِِل‬ َِّ ‫ول‬ َّ ‫أ‬
َ ‫اَّلل‬ َ ‫َن َر ُس‬
:‫صَلٍَة إِ َذا َسلَّ َم‬
َ
Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lazim

159
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
1159/709 (Kitab Sholat al-Musafirin wa Qasriha, Bab disukai berada di
sebelah kanan imam).
313
berkata dalam dubur setiap solat, apabila telah memberi salam,

‫ َوُه َو‬،‫ َولَهُ اِلَ ْم ُد‬،‫ك‬


ُ ‫ لَهُ املْل‬،ُ‫يك لَه‬ َّ ‫َلَ إِلَهَ إََِّل‬
َ ‫اَّللُ َو ْح َدهُ َلَ َش ِر‬
ُ
،‫َعلَى ُك ِِل َش ْي ٍء قَ ِد ٌير‬
“Tiada tuhan melainkan Allah, yang Maha Esa, tiada
sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala
pujian dan Dia atas segala sesuatu Maha Berkuasa.

ِ ِ ِ ِ
‫ َوَلَ يَْن َف ُع‬،‫ت‬ َ ‫اللَّ ُه َّم َلَ َمان َع ل َما أ َْعطَْي‬
َ ‫ َوَلَ ُم ْعط َي ل َما َمنَ ْع‬،‫ت‬
ِ
.‫ك اِلَ ُّد‬َ ‫َذا اِلَ ِد ِمْن‬
Ya Allah, tiada yang dapat menghalang apa yang
Engkau berikan dan tiada yang dapat memberi apa yang
Engkau halang. Tiada manfaat bagi pemilik kekayaan kerana
daripada Engkaulah segala kekayaan.”160

Rangkap kedua yang bermula dengan ‫ اللَّ ُه ًَّم‬yang bermaksud


“Ya Allah…” adalah sebuah doa.

160
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
5855/6330 (Kitab al-Da’awat, Bab doa setelah solat).
314
Hadis Ketiga:

Daripada Abu Marwan radhiallahu 'anh,

‫وسى إِ ََّن لَنَ ِج ُد ِِف‬ ِ ِ ِ ِ


َ ‫ف لَهُ ِب ََّّلل الَّذي فَلَ َق الْبَ ْحَر ل ُم‬ َّ ‫أ‬
َ َ‫َن َك ْعبًا َحل‬
‫ف ِم ْن‬ ِ َِّ ‫َن داود نَِِب‬ ِ
َ ‫صَر‬ َ ْ‫ َكا َن إِ َذا ان‬،‫صلَّى هللاُ َعلَْيه َو َسلَّ َم‬
َ ‫اَّلل‬ َّ َ ُ َ َّ ‫ أ‬:‫الت َّْوَراة‬
:‫ص ََلتِِه قَ َال‬
َ
Bahawa Ka’ab bersumpah kepadanya, Demi Allah yang
membelah laut untuk Nabi Musa, sesungguhnya kami
mendapati dalam kitab Taurat bahawa Nabi Allah Daud
shallallahu 'alaihi wasallam lazim berdoa selepas selesai
daripada solat,

‫َصلِ ْح ِل‬
ْ ‫ َوأ‬،ً‫ص َمة‬
ِ ِ ِ ِ ‫اللَّه َّم أ‬
ْ ‫َصل ْح ِل د ِيّن الَّذي َج َعْلتَهُ ِل ع‬
ْ ُ
،‫اشي‬ ِ ‫دنْياي الَِِّت جعْلت فِيها مع‬
ََ َ َ ََ َ َُ
“Ya Allah, perbaikilah bagiku agamaku yang Engkau
jadikan bagiku sebagai pelindung, perbaikilah bagiku duniaku
yang Engkau jadikan padanya sebagai tempat hidupku.

‫ َوأَعُوذُ بِ َع ْف ِو َك ِم ْن‬،‫ك‬
َ ‫اك ِم ْن َس َخ ِط‬
َ‫ض‬ َ ‫اللَّ ُه َّم إِِِّن أَعُوذُ بِ ِر‬
315
َ ‫ك ِمْن‬
،‫ك‬ َ ِ‫نِْق َمت‬
َ ِ‫ َوأَعُوذُ ب‬،‫ك‬
Ya Allah, aku berlindung dengan keredaan Engkau
daripada kemurkaan Engkau, Aku berlindung dengan
keampunan Engkau daripada seksa Engkau dan Aku berlindung
kepada Engkau daripada (azab) Engkau.

‫اِلَ ِِد‬
ْ ‫ َوََل يَْن َف ُع َذا‬،‫ت‬ ِ ِ
َ ‫ َوََل ُم ْعط َي ل َما َمنَ ْع‬،‫ت‬
ِ ِ
َ ‫ََل َمان َع ل َما أ َْعطَْي‬
.‫اِلَ ُّد‬
ْ ‫ك‬ َ ‫ِمْن‬
(Ya Allah), tiada yang dapat menghalang apa yang
Engkau berikan dan tiada yang dapat memberi apa yang
Engkau halang. Tiada manfaat bagi pemilik kekayaan kerana
daripada Engkaulah segala kekayaan.”

ُ‫صلَّى هللا‬ َّ ‫ أ‬،ُ‫ص َهْي بًا َح َّدثَه‬


َ ‫َن ُمَ َّم ًدا‬ ٌ ‫ َو َح َّدثَِّن َك ْع‬:‫قَ َال‬
َّ ‫ أ‬،‫ب‬
ُ ‫َن‬
.‫ص ََلتِِه‬ ِ ِِ ِ ِ ِ
َ ‫َعلَْيه َو َسلَّ َم َكا َن يَ ُقوَُلُ َّن عْن َد انْصَرافه م ْن‬
Abu Marwan berkata, Ka’ab menceritakan kepadaku
bahawa Shuhaib menceritakan kepadanya, bahawa
Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam juga lazim membaca

316
doa yang sama ketika selesai daripada solat.161

Hadis Keempat:

Daripada Ummu Salamah radhiallahu 'anh,

‫الصْب َح‬ َ ‫ إِ َذا‬:‫ول‬


ُّ ‫صلَّى‬ ُ ‫َو َسلَّ َم َكا َن يَ ُق‬ ‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه‬ َّ ِ‫أَ َّن الن‬
َ ‫َِّب‬
‫ي يُ َسلِِ ُم‬
َ‫ح‬
ِ
Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam lazimnya

161
- - - - - : Dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai
dha’if oleh al-Albani dalam Dha’if Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1329/1346
(Kitab al-Sahwi, Bab lain tentang berdoa ketika selesai daripada solat).
Juga dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah dalam Shahihnya, hadis no.: 745
dan ia dinilai dha’if oleh penyemak kitab, Muhammad Mustafa al-‘Azami.
Namun sebahagian ahli hadis lain menilai hadis ini hasan, seperti al-
Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Nata’if al-Afkar fi Takhrij Ahadith al-Azkar,
ms 136 sebagaimana jelas Syu’aib al-Arna’uth dalam al-Ihsan fi Taqrib Shahih
Ibn Hibban, hadis no.: 2026.
Ibn Atsir menghimpun hadis ini dalam Jami’ al-Usul fi Ahadits al-
Rasul, hadis no.: 2206 dan sanadnya dinilai hasan oleh penyemak kitab, Aiman
Soleh Sya’ban.
al-Haitsami menghimpun hadis ini dalam Mawarid al-Zhaman ila
Zawa’id Ibn Hibban, hadis no.: 541 dan sanadnya dinilai hasan oleh penyemak
kitab, Husain Salim Asad al-Darani.
317
berdoa apabila solat Subuh ketika telah memberi salam,

‫ َو َع َم ًَل ُمتَ َقبَّ ًَل‬،‫ َوِرْزقًا طَيِِبًا‬،‫ك ِعْل ًما ََنفِ ًعا‬ ْ ‫اللَّ ُه َّم إِِِّن أ‬
َ ُ‫َسأَل‬
“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta daripada Kamu
ilmu yang bermanfaat, rezeki yang bagus dan amalan yang
diterima.”162

Penulis mencenderungi pendapat boleh berdoa selepas


solat. Ini kerana hukum asal bagi doa adalah ia boleh dipanjatkan
kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala pada bila-bila masa seseorang
itu memiliki hajat, baik bagi mengeluarkan dirinya daripada
sesuatu masalah (istighotsah), meminta perlindungan (isti’azah),
meminta pertolongan (isti’anah) atau meminta kurniaan.

162
- - - - - : Dikeluarkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya, dan ia dinilai
sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no.: 915/925 (Kitab
Iqamatu al-Solat wa al-Sunnah fi ha, Bab apa yang dikatakan selepas salam).
Namun penilaian ini hendaklah disemak semula kerana dalam sanadnya terdapat
seseorang (maula Ummu Salamah) yang tidak dikenali. Rujuk keterangan al-
Bushiri dalam Misbah al-Zujajah bi Zawa’id Ibn Majah, hadis no.: 341 dan
penilaian Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas
Sunan Ibn Majah, hadis no.: 925.
Juga dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya dan ia dinilai dha’if
oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas
Musnad Ahmad, hadis no.: 26602.
318
Selain itu, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah
mensyari’atkan zikir sesudah solat-solat fardhu dan berdoa
termasuk dalam kategori zikir. Ini kerana dengan berdoa,
seseorang itu mengingati Allah, menyebut dan memuji-Nya pada
permulaan doa serta berharap kepada-Nya sesudah berdoa. Oleh
itu dalam rangka berzikir selepas solat, dibolehkan juga berdoa
selepas solat. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

ِ َّ ‫الص ََل َة فَاذْ ُكروا‬


.‫ودا َو َعلَى ُجنُوبِ ُك ْم‬
ً ‫اَّللَ قيَ ًاما َوقُ ُع‬ ُ َ َ‫فَِإ َذا ق‬
َّ ‫ضْي تُ ُم‬
Maka apabila kalian telah selesai solat, maka berzikirlah
kepada Allah baik ketika berdiri, duduk dan baring. [al-Nisa’
4:103]

Selain itu, ada beberapa perkara yang perlu diperingatkan


tentang doa selepas solat.

Pertama, hendaklah melazimkan diri berzikir selepas


solat. Bukan sebarangan zikir, tetapi zikir-zikir yang diajar dan
diamalkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Ini kerana
berzikir selepas solat adalah sesuatu yang disyari’atkan
sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,
319
ِ َّ ‫الص ََل َة فَاذْ ُكروا‬
.‫ودا َو َعلَى ُجنُوبِ ُك ْم‬
ً ‫اَّللَ قيَ ًاما َوقُ ُع‬ ُ َ َ‫فَِإ َذا ق‬
َّ ‫ضْي تُ ُم‬
Maka apabila kalian telah selesai solat, maka berzikirlah
kepada Allah baik ketika berdiri, duduk dan baring. [al-Nisa’
4:103]

Ayat ini asalnya berbicara tentang solat dalam keadaan


takutkan musuh atau ketika peperangan. Nah! Jika dalam
keadaan genting seperti itu Allah tetap menyuruh kita berzikir
selepas solat, maka bagaimana pula dalam keadaan tenang?
Tentu suruhan berzikir menjadi lebih utama.

Kedua, antara berdoa dalam solat dan berdoa selepas


solat, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lebih menekankan
doa dalam solat. Ini kerana dalam solat, seseorang itu berada
pada kedudukan paling hampir dengan Tuhan-nya, yakni ketika
sujud. Tentang doa ketika sujud ini, Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam berpesan,

ِ ِ ‫السجود فَاجتَ ِه ُدوا ِِف الد‬


َ ‫ فَ َقم ٌن أَ ْن يُ ْستَ َج‬،‫ُّعاء‬
.‫اب لَ ُك ْم‬ َ ْ ُ ُ ُّ ‫َوأ ََّما‬
Adapun ketika sujud, maka bersungguh-sungguhlah

320
berdoa kerana (doa ketika sujud) memang layak dikabulkan
kepada kalian (oleh Allah).163

Selain itu dalam solat, seseorang itu juga sangat


dianjurkan berdoa selepas bacaan tasyahud akhir dan sebelum
memberi salam. Ini kerana dalam bacaan tasyahud, seseorang itu
memuji-muji Allah dan berselawat kepada Rasulullah dengan
sebaik-baik pujian dan selawat. Maka setelah itu, Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam mengesyorkan,

.‫ فَيَ ْدعُو‬،‫ُّع ِاء أ َْع َجبَهُ إِلَْي ِه‬ ِ


َ ‫ُْثَّ يَتَ َخ َّْيُ م َن الد‬
Kemudian dia memilih daripada doa-doa yang
menakjubkan kepada dirinya sendiri, maka berdoalah.164

Ketiga, antara doa dalam solat dan doa selepas solat,


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lebih kerap berdoa dalam

163
Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim
dalam Shahihnya, hadis no.: 738/479 (Kitab al-Sholat, Bab apa yang diucap
ketika rukuk dan sujud). Teks penuh hadis telah dikemukakan sebelum ini.
164
Sahih: Sebahagian hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam
Shahihnya, hadis no.: 791/835 (Kitab al-Azan, Bab memilih doa tertentu selepas
bacaan tasyahud dan ianya tidaklah wajib). Teks penuh hadis telah
dikemukakan sebelum ini.
321
solat. Oleh itu hendaklah melazimkan berdoa dalam solat, yakni
ketika sujud dan sebelum memberi salam. Melazimkan berdoa
selepas solat lambat laun akan menimbulkan sangkaan
masyarakat bahawa itulah waktu dianjurkan berdoa, padahal
waktu yang dianjurkan adalah berdoa dalam solat.

322
Soalan: Bolehkah Berdoa Secara Berjemaah
Selepas Solat Fardhu?

Jawapan:

Sejauh kajian penulis, tidak ditemui riwayat yang


menerangkan Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam memimpin
doa secara berjemaah selepas solat-solat fardhu. Padahal semua
solat-solat fardhu Rasulullah sepanjang hidup baginda adalah
secara berjemaah di masjid dan seandainya ia pernah berlaku
walau sekali, nescaya para sahabat akan menceritakannya dan ia
akan sampai kepada kita melalui hadis yang sahih.

Jika disemak hadis yang menerangkan Rasullullah berdoa


selepas solat, jika ia difahami sebagai doa dan bukannya zikir,165
akan didapati baginda menggunakan lafaz mufrad (singular),
menunjukkan baginda berdoa berseorangan untuk diri sendiri
dan bukannya memimpin doa untuk jemaah. Antaranya

165
Perbezaan kefahaman ini sudah dijelaskan dalam soalan Bolehkah
Berdoa Selepas Solat Fardhu?
323
perhatikan hadis daripada al-Bara’ bin ‘Azib radhiallahu 'anh,

ِ ِ ِ
ْ ‫ أ‬،‫صلَّى هللاُ َعَلْيه َو َسلَّ َم‬
‫َحبَ ْب نَا‬ َ ‫ف َر ُسول هللا‬ َ ‫ُكنَّا إِ َذا‬
َ ‫صلَّْي نَا َخْل‬
ُ ‫ فَ َس ِم ْعتُهُ يَ ُق‬:‫ قَ َال‬،‫ يُ ْقبِ ُل َعلَْي نَا بَِو ْج ِه ِه‬،‫أَ ْن نَ ُكو َن َع ْن ََيِينِ ِه‬
:‫ول‬
Lazimnya kami (para sahabat), apabila kami solat di
belakang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, kami suka
untuk berada di sebelah kanan baginda (kerana setelah solat
baginda akan berpusing ke kanan) menghadap kami dengan
wajahnya. Maka aku mendengar baginda berdoa,

‫ ِعبَ َاد َك‬- ‫ أ َْو ََْت َم ُع‬- ‫ث‬ ِ ِ‫ر‬


َ َ‫ب ق ِّن َع َذاب‬
ُ ‫ك يَ ْوَم تَْب َع‬ َِ
“Wahai tuhanku, peliharalah aku daripada azab-Mu
pada hari dibangkitkan atau dihimpunkan hamba-hamba-
Mu.”166

Dalam beberapa suasana lain, Rasulullah shallallahu


'alaihi wasallam pernah memimpin doa berjemaah, seperti ketika

166
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
1159/709 (Kitab Sholat al-Musafirin wa Qasriha, Bab disukai berada di
sebelah kanan imam).
324
qunut nazilah dan doa meminta hujan (istisqa’). Ini seperti yang
dijelaskan dalam soalan Bolehkah Doa Secara Berjemaah?
Namun doa adalah satu ibadah sehingga doa pada satu jenis
ibadah tidak boleh diqiyaskan bagi mensyari’atkan doa pada jenis
ibadah lain seperti selepas solat-solat fardhu berjemaah.

Di sini perlu diberi ulangkaji bahawa qiyas adalah salah


satu dalil Islam bagi menjatuhkan hukum ke atas sesuatu yang
baru berlaku, yang sebelum itu tidak disyari’atkan apa-apa hukum
ke atasnya. Solat berjemaah bukanlah sesuatu yang baru. Ia
sudah sedia ada pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam sehingga jika doa secara berjemaah adalah baik,
nescaya Allah dan Rasul-Nya akan mensyari’atkannya.

Justeru dialu-alukan kepada para pembaca sekalian


mencari hadis yang sahih, yang secara jelas menceritakan
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memimpin doa secara
berjemaah selepas solat-solat fardhu. Sementara menunggu hasil
pencarian itu, dinasihatkan para pembaca sekalian meninggalkan
doa berjemaah selepas solat fardhu meskipun ia masyhur
diamalkan di Malaysia. Jika menjadi imam, tidak perlu memimpin
325
doa selepas solat jemaah. Jika menjadi makmum, tidak perlu
mengikuti imam yang memimpin doa.

Semua ini sebagai langkah selamat mengingatkan pesan


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagaimana riwayat Jabir
bin Abdullah radhiallahu 'anh,

‫ول ِِف ُخطْبَتِ ِه ََْي َم ُد‬


ُ ‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم يَ ُق‬
َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬
َ ‫اَّلل‬ ُ ‫َكا َن َر ُس‬
ُ ‫اَّللَ َويُثِّْن َعلَْي ِه ِِبَا ُه َو أ َْهلُهُ ُْثَّ يَ ُق‬
‫ول‬ َّ
Lazimnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
(memulakan) khutbahnya dengan memuji dan menyanjung
Allah dengan apa yang merupakan hak-Nya, kemudian berkata,

.ُ‫ي لَه‬ ِ ِ ْ ‫ض َّل لَه ومن ي‬


ِ ‫اَّلل فَ ََل م‬ ِِ
َ ‫ضلْلهُ فَ ََل َهاد‬ ُ ْ ََ ُ ُ َُّ ‫َم ْن يَ ْهده‬
“Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah maka tiada yang
dapat menyesatkannya dan sesiapa yang disesatkan-Nya maka
tiada yang dapat memberi hidayah kepadanya.

‫ي ُمَ َّم ٍد‬


ُ ‫َح َس َن ْاَلَ ْد ِي َه ْد‬
َِّ ‫يث كِتاب‬
ْ ‫اَّلل َوأ‬ ُ َ ‫اِلَد‬
ِ ِ ْ ‫إِ َّن أَص َد َق‬
ْ
‫ض ََللَ ٍة‬ ٍ ٍ
َ ‫َو َشُّر ْاْل ُُموِر ُْم َد ََث ُْتَا َوُك ُّل ُْم َدثَة بِ ْد َعةٌ َوُك ُّل بِ ْد َعة‬
َ ‫ض ََللَةٌ َوُك ُّل‬
326
.‫ِِف النَّا ِر‬
Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab
Allah (al-Qur’an) dan sebaik-baik hidayah adalah hidayah
Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara-perkara yang
baru (dalam agama), setiap perkara baru adalah bid’ah, setiap
bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam
neraka.”167

167
ً Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e
dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-
Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah).
327
Soalan: Apakah Keutamaan Berdoa Pada Waktu
Malam?

Jawapan:

Maksud berdoa pada waktu malam adalah apabila


seseorang itu tidur, lalu bangun pada 3 atau 5 pagi bagi
melaksanakan solat-solat sunat yang disyari’atkan dan berdoa.
Bagi yang tidak dapat solat, maka dia berzikir dan berdoa sahaja.
Sebahagian ilmuan berpendapat, tidak disyaratkan tidur terlebih
dahulu.

Orang seperti ini, dia mendapat dua keutamaan. Pertama,


dia mendapat ganjaran yang istimewa di syurga kelak
sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

‫ين إِ َذا ذُ ِكِ ُروا ِِبَا َخُّروا ُس َّج ًدا َو َسبَّ ُحوا‬ ِ َّ ِ ِ ِ َِّ
َ ‫إَّنَا يُ ْؤم ُن ِب ََيتنَا الذ‬
.‫ِِبَ ْم ِد َرِِبِِ ْم َوُه ْم ََل يَ ْستَ ْكِِبُو َن‬
Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada ayat-
ayat kami tidak lain adalah mereka yang apabila diperingatkan
dengan ayat-ayat itu, mereka segera sujud sambil bertasbih dan
328
memuji tuhan mereka, dan mereka itu tidaklah sombong.

‫اج ِع يَ ْدعُو َن َرَِّبُْم َخ ْوفًا َوطَ َم ًعا َوِِمَّا‬


ِ ‫اَف جنوِبم ع ِن الْمض‬
َ َ َ ُُْ ُ ُ َ ‫تَتَ َج‬
.‫اه ْم يُْن ِف ُقو َن‬
ُ َ‫َرَزقْ ن‬
Mereka menjauhkan diri dari tempat tidur (pada malam
hari, untuk solat), mereka berdoa kepada tuhan mereka dengan
perasaan bimbang (tidak dimakbulkan) serta berharap (ia
dimakbulkan), dan mereka pula menyedekahkan sebahagian
daripada apa Kami rezekikan kepada mereka.

ٍ ُ ‫ُخ ِفي ََلُم ِم ْن قَُّرِة أ َْع‬


‫ي َجَزاءً ِِبَا َكانُوا‬ ْ َ ْ ‫س َما أ‬ٌ ‫فَ ََل تَ ْعلَ ُم نَ ْف‬
.‫يَ ْع َملُو َن‬
Maka tidak seorangpun mengetahui apa yang
dirahsiakan kepada mereka daripada perkara-perkara yang
amat disukai, sebagai ganjaran bagi apa yang mereka kerjakan.
[al-Sajdah 32:15-17]

Dalam ayat di atas, Allah menerangkan beberapa ciri


orang yang benar imannya, iaitu mereka yang (1) apabila
diperingatkan dengan sesuatu ayat al-Qur’an, mereka segera
329
mentaati dan mengamalkannya, (2) lazim bangun malam bagi
melaksanakan solat-solat sunat seperti solat tahajjud, solat
taubat, solat hajat, dan solat witir, (3) lazim bangun malam
berdoa kepada Allah dan (4) lazim bersedekah.

Orang-orang seperti ini Allah berikan ganjaran istimewa,


Maka tidak seorangpun mengetahui apa yang dirahsiakan
kepada mereka daripada perkara-perkara yang amat disukai,
sebagai ganjaran bagi apa yang mereka kerjakan.

Oleh itu hendaklah merajinkan diri bangun dari tidur bagi


memperbanyakkan doa pada waktu malam. Doa bersungguh-
sungguh yang disifatkan sebagai …berdoa kepada tuhan mereka
dengan perasaan bimbang (tidak dimakbulkan) serta berharap
(ia dimakbulkan). Seandainya pada malam itu tiada apa-apa hajat
khusus yang diinginkan, maka berdoalah dengan doa-doa umum
sebagaimana yang dijelaskan dalam soalan Apakah doa yang
sesuai dibaca ketika senang?

Kedua, orang yang berdoa pada waktu malam, dia


mendapat keutamaan doanya dimakbulkan oleh Allah Subhanahu

330
wa Ta'ala. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

‫ي يَْب َقى‬ ِ ِ َّ ‫ي ْن ِزُل ربُّنا ت بارَك وت ع َاَل ُكل لَي لَ ٍة إِ ََل‬


َ ‫الس َماء الدُّنْيَا ح‬ ْ َّ َ َ َ َ ََ َ َ َ
:‫ول‬ ِ ‫ث اللَّي ِل‬
ُ ‫اْلخ ُر يَ ُق‬ ْ ُ ُ‫ثُل‬
Tuhan kami Tabaraka wa Ta’ala turun ke langit dunia
pada setiap malam, ketika baki sepertiga malam yang terakhir,
lalu berfirman,

‫ َم ْن يَ ْستَ ْغ ِف ُرِّن‬،ُ‫يب لَهُ َم ْن يَ ْسأَلُِّن فَأُ ْع ِطيَه‬ ِ ‫ فَأ‬،‫من ي ْدع ِوّن‬


َ ‫َستَج‬
ْ ُ َ َْ
ِ
ُ‫فَأَ ْغفَر لَه‬
“Siapakah yang berdoa kepada-Ku, maka Aku
makbulkan baginya. Siapakah yang meminta daripada-Ku,
maka Aku berikan kepadanya. Siapa yang meminta ampun
pada-Ku, maka Aku ampunkan baginya.” 168

Adapun kiraan baki sepertiga malam, memadai dengan


kiraan secara kasar. Ini kerana pada zaman Rasuullah shallallahu

168
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
1077/1145 (Kitab al-Tahajjud, Bab doa pada solat di akhir malam).
331
'alaihi wasallam, tidak ada jam bagi melakukan kiraan waktu yang
tepat. Oleh itu secara kasarnya, jika waktu Maghrib di Malaysia
ialah 7.30 malam sementara waktu Subuh ialah 6.00 pagi, maka
tempoh waktu malam adalah selama 10 jam dan 30 minit.
Sepertiga daripada tempoh ini adalah 3 jam dan 30 minit. Maka
waktu baki sepertiga malam bermula dari pukul 2.30 pagi
sehinggalah ke azan Subuh.

Bagi yang Tidak Dapat Bangun…

Sesiapa yang terjaga daripada tidur pada waktu malam


namun tidak dapat bangun kerana sesuatu keuzuran, maka dia
tetap dianjurkan berzikir dan berdoa sebagaimana hadis berikut.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

:‫ فَ َق َال‬،‫َم ْن تَ َع َّار ِم َن اللَّْي ِل‬


Sesiapa yang terjaga (daripada tidurnya) pada waktu
malam, lalu dia mengucapkan (zikir berikut),

‫ َوُه َو‬،‫ك َولَهُ اِلَ ْم ُد‬


ُ ‫ لَهُ املْل‬،ُ‫يك لَه‬ َّ ‫َلَ إِلَهَ إََِّل‬
َ ‫اَّللُ َو ْح َدهُ َلَ َش ِر‬
ُ
332
َِّ ‫ وسبحا َن‬،‫َّلل‬
َّ ‫ َوَلَ إِلَ َه إََِّل‬،‫اَّلل‬ ِِ ِ ٍ
ُ‫اَّلل‬
َّ ‫ َو‬،ُ‫اَّلل‬ َ ْ ُ َ َّ ‫ اِلَ ْم ُد‬،‫َعلَى ُك ِِل َش ْيء قَد ٌير‬
َِّ ‫ وَلَ حوَل وَلَ قُ َّوَة إََِّل ِِب‬،‫أَ ْكِب‬
.‫َّلل‬ َ ْ َ َ َُ
“Tiada tuhan melainkan Allah, yang Maha Esa, tiada
sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala
pujian dan Dia atas segala sesuatu Maha Berkuasa. Segala puji
bagi Allah, Maha suci Allah, dan tidak ada tuhan selain Allah,
Allah Maha besar, tidak ada daya dan tidak ada kekuatan
melainkan dengan izin Allah”

َّ ‫ فَِإ ْن تَ َو‬،ُ‫ب لَه‬


َ‫ضأ‬ ِ ،‫ أَو دعا‬،‫ اللَّه َّم ا ْغ ِفر ِل‬:‫ُْثَّ قَ َال‬
َ ‫استُجي‬
ْ ََ ْ ْ ُ
.ُ‫صَلَتُه‬َ ‫ت‬ ْ َ‫صلَّى قُبِل‬
َ ‫َو‬
Kemudian dia berdoa, “Ya Allah ampunilah aku” atau
berdoa (apa-apa yang lain), dimakbulkan baginya. Jika dia
berwudhu’ dan melaksanakan solat, maka diterima solatnya. 169

169
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
1086/1154 (Kitab al-Tahajjud, Bab keutamaan orang yang terjaga malam lalu
bersolat).
333
Soalan: Apakah Keutamaan Berdoa Pada Hari
Jumaat?

Jawapan:

Hari Jumaat memiliki keistimewaan di mana terdapat satu


waktu di mana doa akan dimakbulkan oleh Allah Subhanahu wa
Ta'ala. Abu Hurairah radhiallahu 'anh menerangkan,

:‫ فَ َق َال‬،‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ذَ َكَر يَ ْوَم اِلُ ُم َع ِة‬ َِّ ‫ول‬ َّ ‫أ‬
َ ‫اَّلل‬ َ ‫َن َر ُس‬
Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
menyebut tentang hari Jumaat, lalu baginda bersabda,

‫ يَ ْسأ َُل‬،‫صلِِي‬ ِ ِ ِ
َ ُ‫ َوُه َو قَائ ٌم ي‬،‫ َلَ يُ َواف ُق َها َعْب ٌد ُم ْسل ٌم‬،ٌ‫اعة‬ َ ‫فيه َس‬
ِِ
.ُ‫ إََِّل أ َْعطَاهُ إِ ََّيه‬،‫اَّللَ تَ َع َاَل َشْي ئًا‬
َّ
Padanya terdapat satu waktu di mana tidaklah seorang
muslim menemuinya sedangkan dia berdiri melaksanakan solat,
dia meminta sesuatu kepada Allah Ta’ala, kecuali akan
diberikan kepadanya.

334
.‫َش َار بِيَ ِد ِه يُ َقلِِلُ َها‬
َ ‫َوأ‬
(Abu Hurairah melanjutkan) Rasulullah mengisyaratkan
dengan tangannya bagi menunjukkan waktu itu adalah
singkat.170

Terdapat dua hadis yang menerangkan bilakah waktu


tersebut. Kedua-dua hadis ini menunjukkan ada keluasan dalam
perkara ini di mana Allah Subhanahu wa Ta'ala memberikan dua
waktu kepada para hamba-Nya berdoa kepada-Nya.171

Hadis Pertama

ِ ‫ قَ َال ِل عب ُد‬:‫أَِِب ب رد َة ب ِن أَِِب موسى ْاْلَ ْشع ِر ِي قَ َال‬


‫هللا بْ ُن‬ َْ ِ َ َ ُ ْ َ ُْ
‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ِِف‬ ِ ِ ِ َِ ‫ أ‬:‫عمر‬
َ ‫ث َع ْن َر ُسول هللا‬
ُ ‫ت أ ََِب َك َُيَ ِد‬ َ ‫ََس ْع‬ ََُ
‫اِلُ ُم َع ِة؟‬
ْ ‫اع ِة‬ ِ
َ ‫َشأْن َس‬

170
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
883/935 (Kitab al-Jumu’ah, Bab satu waktu pada hari Jumaat).
171
Dalam kajian penulis, kebanyakan ilmuan mencenderungi hadis kedua
sebagai lebih kuat bagi menerangkan waktu mustajab berdoa pada hari Jumaat.
Penulis berpandangan kedua-dua hadis patut diamalkan dan ia sebenarnya satu
keluasan bagi umat Islam.
335
Abu Burdah bin Abu Musa al-‘Asy’ari berkata, ‘Abdullah
bin ‘Umar bertanya padaku, “Apakah kamu mendengar ayahmu
menceritakan daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
tentang waktu (mustajab doa) pada Hari Jumaat?”

‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه‬ ِ َ ‫ ََِسعت رس‬:‫ول‬ ِ


َ ‫ول هللا‬ ُ َ ُ ْ ُ ‫ ََس ْعتُهُ يَ ُق‬،‫ نَ َع ْم‬:‫ت‬ ُ ‫قُْل‬
.ُ‫الص ََلة‬
َّ ‫ضى‬ ِْ ‫ي أَ ْن َُْيلِس‬
َ ‫اْل َم ُام إِ ََل أَ ْن تُ ْق‬ ‫ب‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ي‬ ِ :‫ول‬ َّ
َ َ ْ َ َ َ ُ ‫َو َسل َم يَ ُق‬
‫ه‬
(Abu Burdah) menjawab, “Ya, aku mendengar ayahku
berkata, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda, “Waktu itu ialah antara duduknya imam (di antara
dua khutbah) sehinggalah selepas solat”.” 172

Berdasarkan hadis di atas, hendaklah mencari ruang


antara masa khatib duduk di antara dua khutbah sehingga selesai
solat untuk berdoa. Amalan penulis, waktu yang dapat
dimanfaatkan untuk berdoa adalah ketika khatib duduk di antara
dua khutbah dan selepas iqamat, yakni ketika imam menunggu

172
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
1409/853 (Kitab al-Jumu’ah, Bab tentang satu waktu pada hari Jumaat).
336
para jemaah memenuhi dan meluruskan saf-saf solat.

Sayang sekali di kebanyakan masjid dan surau di Malaysia,


waktu khatib duduk di antara dua khutbah diganggu oleh bilal
bagi melaungkan selawat dan menyanyikan doa “Ya Allah,
rahmatilah hari Jumaat…” secara kuat menggunakan pembesar
suara. Sepatutnya bilal diam, memberi peluang kepada setiap
jemaah berdoa apa yang masing-masing inginkan.

Memang, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam


menganjurkan memperbanyakkan selawat pada hari Jumaat.
Namun anjuran ini merujuk kepada seluruh hari Jumaat. Adapun
waktu duduknya khatib di antara dua khutbah, maka yang
dianjurkan oleh Rasulullah sebagaimana hadis di atas adalah
berdoa. Bukan bilal berdoa untuk semua jemaah, tetapi setiap
jemaah mendoakan apa yang masing-masing inginkan.

Justeru penulis menasihatkan para pembaca sekalian


mengabaikan laungan selawat dan nyanyian doa oleh bilal.
Sebaliknya manfaatkanlah masa khatib duduk di antara dua
khutbah untuk berdoa apa yang diingini.

337
Bagi mereka yang tidak wajib menghadiri solat Jumaat
berjemaah, seperti kaum wanita, orang musafir dan orang sakit,
mereka dapat mengetahui masa khatib duduk di antara dua
khutbah sehingga selesai solat dengan menonton siaran langsung
di TV. Bagi yang duduk berhampiran, mereka dapat mengetahui
masa itu dengan mendengar aktiviti di dalam masjid dan surau.
Jika tidak dapat mengetahui masa tersebut, maka manfaatkan
berdoa pada akhir waktu Asar sebagaimana hadis seterusnya.

Hadis Kedua

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

‫وج ُد ُم ْسلِ ٌم يَ ْسأ َُل‬


َ ُ‫ ََل ي‬،ً‫اعة‬ ُ ‫ يُِر‬- َ‫اِلُ ُم َع ِة ثِْن تَا َع ْشَرة‬
َ ‫ َس‬- ‫يد‬ ْ ‫يَ ْوُم‬
‫اع ٍة بَ ْع َد‬ ِ ‫ فَالْتَ ِمس‬،‫اَّلل عَّز وج َّل‬
َ ‫وها آخَر َس‬ َُ ِ
َ َ َ َُّ ُ‫ إََّل أ َََته‬،‫اَّللَ َعَّز َو َج َّل َشْي ئًا‬َّ
.‫ص ِر‬
ْ ‫الْ َع‬
Hari Jumaat memiliki dua belas masa. Ada satu masa
yang tidaklah seorang muslim meminta sesuatu kepada Allah
'Azza wa Jalla melainkan Allah 'Azza wa Jalla akan memberikan

338
kepadanya. Maka carilah masa itu pada waktu-waktu akhir
sesudah Asar.173

Hadis di atas menerangkan satu lagi waktu pada hari


Jumaat yang Allah memakbulkan doa, yakni pada waktu-waktu
akhir sesudah Asar. Maka jika waktu Maghrib ialah pukul 7.30
malam, maka perbanyakkanlah doa antara 6.30 petang hingga
dilaungkan azan Maghrib.

173
Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan ia dinilai
sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 884/1048 (Kitab
Tafriq Abwab al-Jumu’ah, Bab satu waktu yang dimakbulkan doa pada hari
Jumaat). Syu’aib al-Arna’uth menilai isnadnya kuat (qawi) dalam semakannya
ke atas Sunan Abu Daud, hadis no.: 1048.
339
Soalan: Apakah Keutamaan Berdoa Ketika
Berpuasa?

Jawapan:

Orang yang berpuasa, baik puasa wajib atau puasa sunat,


dia memiliki keutamaan berdoa pada tiga keadaan. Pertama,
ketika dia sedang berpuasa. Tentang keutamaan ini, Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

،‫الع ِاد ُل‬ ِ


َ ‫ َوا ِْل َم ُام‬،‫الصائ ُم َح ََّّت يُ ْفطَر‬
ِ َّ :‫ثَََلثَةٌ ََل تُرُّد د ْعوُْتُم‬
ْ َ َ َ
ُ ‫الس َم ِاء َويَ ُق‬
‫ول‬ َّ ‫اب‬ ِ َّ ‫َوَد ْع َوةُ املظْلُ ِوم يَ ْرفَعُ َها‬
َ ‫اَّللُ فَ ْو َق الغَ َمام َويَ ْفتَ ُح ََلَا أَبْ َو‬ َ
.‫ي‬ٍ ‫ك ولَو بَ ْع َد ِح‬ ِ َّ‫ و ِعَّزِِت َْلَنْصرن‬:‫ب‬
ْ َ َُ َ ُّ ‫الر‬ َّ
Tiga orang yang doa mereka tidak ditolak, (1) orang
yang berpuasa sehingga dia berbuka, (2) imam yang adil dan (3)
doa orang yang dizalimi di mana Allah akan mengangkatnya di
atas awan dan dibuka baginya pintu-pintu langit. Allah
berfirman, “Demi Kemuliaan-Ku, sungguh aku akan

340
menolongmu meskipun sesudah beberapa ketika.”174

Kedua, ketika dia berbuka puasa. Rasulullah shallallahu


'alaihi wasallam bersabda,

.‫لصائِِم ِعْن َد فِطْ ِرِه لَ َد ْع َوةً َما تَُرُّد‬


َّ ِ‫إِ َّن ل‬
Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa, ketika
berbuka terdapat doa yang tidak ditolak (baginya).

‫ول إِذَا‬ َِّ ‫ ََِسعت عب َد‬:َ‫قَ َال ابن أَِِب ملَي َكة‬
ُ ‫ يَ ُق‬،‫اَّلل بْ َن َع ْم ٍرو‬ َْ ُ ْ ُْ ُْ
:‫أَفْطََر‬
Berkata Ibnu Abu Mulaikah, aku mendengar ‘Abdullah
ibn ‘Umar berdoa apabila berbuka puasa,

‫ت ُك َّل َش ْي ٍء أَ ْن تَ ْغ ِفَر‬ ِ َ ِ‫ك بَِر ْْحَت‬


ْ ‫ك الَِِّت َوس َع‬ ْ ‫اللَّ ُه َّم إِِِّن أ‬
َ ُ‫َسأَل‬

174
Sahih: dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata, “Hadis ini
hasan.” Ia dinilai dha’if oleh al-Albani dalam Dha’if Sunan al-Tirmizi, hadis
no.: 3522/3598 (Kitab al-Da’awat ‘an Rasulullah, Bab kemaafan dan
kesejahteraan). Walau bagaimanapun Syu’aib al-Arna’uth dalam pendapatnya
yang terbaru menilainya sahih berdasarkan jalan-jalan penguat yang ada. Rujuk
penjelasan beliau dalam semakannya ke atas al-Jami’ al-Kabir (nama lain bagi
Sunan al-Tirmizi), hadis no.: 3915.
341
.‫ِل‬
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon dengan Rahmat-
Mu yang merangkumi segala sesuatu, agar diampunkan
dosaku.”175

Bagi orang yang hendak berbuka puasa, hendaklah dia


terlebih dahulu membaca doa yang diamalkan oleh Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam. Doa itu sebagaimana terang
‘Abdullah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma adalah,

:‫ إِ َذا أَْفطََر قَ َال‬،‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ َِّ ‫ول‬


َ ‫اَّلل‬ ُ ‫َكا َن َر ُس‬
Lazimnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila
berbuka puasa, berkata,

َّ َ‫َج ُر إِ ْن َشاء‬
.ُ‫اَّلل‬ ِ َّ‫َذهب الظَّمأُ واب تَ ل‬
ْ ‫ت ْاْل‬
َ َ‫ َوثَب‬،‫وق‬
ُ ‫ت الْعُُر‬ َْ َ َ َ

175
Hasan: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya. Berkata al-
Bushiri dalam Misbah al-Zujajah fi Zawa’id Ibn Majah, hadis no.: 636,
“Sanadnya sahih.” al-Albani menilainya dha’if dalam Dha’if Sunan Ibn Majah,
hadis no.: 1743/1753 (Kitab al-Shiyam, Bab dalam berpuasa terdapat doa yang
tidak ditolak). Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan menilai sanadnya hasan
dalam semakannya ke atas Sunan Ibn Majah, hadis no.: 1753.
342
Telah pergi dahaga, telah basah urat-urat dan telah
tetap ganjarannya insya-Allah.176

Atau membaca doa yang dibaca oleh ‘Abdullah ibn ‘Umar


radhiallahu 'anhuma,

.‫ت ُك َّل َش ْي ٍء أَ ْن تَ ْغ ِفَر ِل‬ ِ َ ِ‫ك بَِر ْْحَت‬


ْ ‫ك الَِِّت َوس َع‬ ْ ‫اللَّ ُه َّم إِِِّن أ‬
َ ُ‫َسأَل‬
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon dengan Rahmat-
Mu yang merangkumi segala sesuatu, agar diampunkan
dosaku.”

Setelah itu dia boleh berdoa dengan apa-apa lain yang


disukainya.

Ketiga, setelah dia berpuasa. Dia boleh berdoa dengan


bertawassul kepada ibadah puasa yang dilakukannya itu. Sila
rujuk semula soalan Apakah Maksud Berdoa Dengan Amal
Soleh?

176
Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai hasan oleh al-Albani
dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 2010/2357 (Kitab al-Shiyam, Bab
ucapan ketika berbuka).
343
Penjelasan Tambahan

Timbul soalan, kenapa ‘Abdullah ibn ‘Umar membaca doa


buka puasa rekaan sendiri padahal beliau juga telah meriwayat
doa buka puasa yang dibaca oleh Rasulullah? Apakah beliau
berbuat bid’ah?

Jawapannya, doa yang dibaca oleh ‘Abdullah ibn ‘Umar


berasal daripada amalan, ajaran atau persetujuan Rasulullah,
hanya beliau tidak menyandarkannya kepada baginda. Ini kerana
para sahabat radhiallahu 'anhum tidak berani berbuat bid’ah
dalam ibadah.

Apa-apa ibadah yang secara zahirnya kelihatan seolah-


olah rekaan sahabat, ia sebenarnya berasal daripada ajaran,
amalan atau persetujuan Rasulullah. Hanya mereka (para
sahabat) tidak menyandarkannya kepada baginda.

Ini sebagaimana seorang murid yang melakukan sesuatu


yang dipelajari, dipersetujui atau diteladani daripada gurunya
yang amat dihormati. Dia tidak menyandarkan perbuatan itu
kepada gurunya, tetapi perbuatan tersebut tetap berasal

344
daripada gurunya.

Perkara ini hendaklah difahami dengan baik kerana para


pencinta bid’ah, apabila mereka membaca riwayat-riwayat yang
menunjukkan para sahabat beramal dengan sesuatu tanpa
menyandarkannya kepada Rasulullah, segera akan berhujah
“para sahabat pun berbuat bid’ah selepas kewafatan Rasulullah!”
Padahal yang diamalkan oleh para sahabat itu berasal daripada
ajaran, amalan atau persetujuan Rasulullah. Hanya mereka tidak
menyandarkannya kepada baginda.

Betapa tidak! Para sahabat telah berulang kali


diperingatkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
daripada berbuat bid’ah melalui Kata Pembuka bagi khutbah-
khutbah baginda. Jabir bin Abdullah radhiallahu 'anh
menerangkan,

‫ول ِِف ُخطْبَتِ ِه ََْي َم ُد‬


ُ ‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم يَ ُق‬
َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬
َ ‫اَّلل‬ ُ ‫َكا َن َر ُس‬
ُ ‫اَّللَ َويُثِّْن َعلَْي ِه ِِبَا ُه َو أ َْهلُهُ ُْثَّ يَ ُق‬
‫ول‬ َّ
Lazimnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
(memulakan) khutbahnya dengan memuji dan menyanjung
345
Allah dengan apa yang merupakan hak-Nya, kemudian berkata,

.ُ‫ي لَه‬ ِ ِ ْ ‫ض َّل لَه ومن ي‬


ِ ‫اَّلل فَ ََل م‬ ِِ
َ ‫ضلْلهُ فَ ََل َهاد‬ ُ ْ ََ ُ ُ َُّ ‫َم ْن يَ ْهده‬
“Sesiapa yang diberi hidayah oleh Allah maka tiada yang
dapat menyesatkannya dan sesiapa yang disesatkan-Nya maka
tiada yang dapat memberi hidayah kepadanya.

‫ي ُمَ َّم ٍد‬


ُ ‫د‬
ْ ‫ه‬
َ ‫ي‬ِ ‫د‬ْ ‫اَل‬
َ ْ ‫ن‬‫س‬
ََ َ‫َح‬
ْ ‫أ‬
‫و‬ َِّ ‫يث كِتاب‬
‫اَّلل‬ ُ َ ِ ‫اِل ِد‬
َْ ‫َص َد َق‬ ْ ‫إِ َّن أ‬
‫ض ََللَ ٍة‬ ٍ ٍ
َ ‫َو َشُّر ْاْل ُُموِر ُْم َد ََث ُْتَا َوُك ُّل ُْم َدثَة بِ ْد َعةٌ َوُك ُّل بِ ْد َعة‬
َ ‫ض ََللَةٌ َوُك ُّل‬
.‫ِِف النَّا ِر‬
Sesungguhnya sebenar-benar perbicaraan adalah Kitab
Allah (al-Qur’an) dan sebaik-baik hidayah adalah hidayah
Muhammad. Seburuk-buruk urusan ialah perkara-perkara yang
baru (dalam agama), setiap perkara baru adalah bid’ah, setiap
bid’ah adalah kesesatan dan setiap kesesatan berada dalam
neraka.”177

177
ً Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasa’e
dalam Sunannya dan ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-
Nasa’e, hadis no.: 1560/1578 (Kitab Solat al-‘Aidain, Bab cara berkhutbah).
346
Soalan: Apakah Keutamaan Doa Bagi Orang Yang
Melaksanakan Haji Dan Umrah?

Jawapan:

Orang yang melaksanakan haji atau umrah, mereka


merupakan tetamu rasmi Allah dan Allah akan memakbulkan doa-
doa mereka. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

َِّ ‫اج والْمعت ِمر وفْ ُد‬ َِّ ‫الْغَا ِزي ِِف سبِ ِيل‬
ُ‫اه ْم فَأَ َجابُوه‬
ُ ‫اَّلل َد َع‬ َُ ُ ََ ْ ُّ ‫اِل‬
َْ ‫و‬َ ‫اَّلل‬ َ
‫اه ْم‬ ْ ‫َو َسأَلُوهُ فَأ‬
ُ َ‫َعط‬
Orang yang berperang di jalan Allah, orang yang
melaksanakan haji dan orang yang melaksanakan umrah,
mereka adalah tetamu rasmi Allah. Allah memanggil mereka
dan mereka menjawab panggilan-Nya, mereka meminta
kepada-Nya dan Allah memberi permintaan mereka.178

178
Hasan: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya dan sanadnya
dinilai hasan oleh al-Bushiri dalam Misbah al-Zujajah fi Zawa’id Ibn Majah,
hadis no.: 1026. Ia juga dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn
Majah, hadis no.: 2884/2893 (Kitab al-Manasik, Bab keutamaan doa orang
yang melaksanakan haji).
347
Oleh itu ketika melaksanakan haji atau umrah, dianjurkan
memperbanyakkan doa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala pada
bila-bila masa, di mana-mana tempat. Doa tersebut tidak
semestinya dibataskan pada tempat-tempat tertentu sehingga
berlaku perebutan dan penganiayaan sesama muslim semata-
mata bagi berdoa di sana.

Sejauh kajian penulis, tidak ditemui tempat-tempat yang


ditunjuki oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sebagai
tempat yang dimakbulkan doa di Mekah dan Madinah. Memang,
baginda pernah berdoa di beberapa tempat seperti di Rukun
Yamani ketika tawaf, di bukit Safa dan Marwah ketika Sa’e dan di
Jamrah selepas melontar. Akan tetapi baginda tidak menekankan
tempat-tempat tersebut sebagai tempat yang dimakbulkan doa.

Jika para pembaca ada menemui hadis sahih yang


menunjuki sesuatu tempat sebagai tempat yang dimakbulkan doa
di sana, seperti di Multazam, minta disampaikan kepada penulis
agar dapat diperbetulkan kenyataan ini. Sementara itu, marilah
kita memperbanyakkan doa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala
pada bila-bila masa, di mana-mana tempat ketika melaksanakan
348
haji dan umrah.

Bagi semua umat Islam, baik yang melaksanakan haji atau


tidak, sangat dianjurkan memperbanyakkan doa pada Hari
‘Arafah, yakni pada 9 Zulhijjah. Tentang keutamaan ini, Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

‫ ِم ْن يَ ْوِم‬،‫َما ِم ْن يَ ْوٍم أَ ْكثَ َر ِم ْن أَ ْن يُ ْعتِ َق هللاُ فِ ِيه َعْب ًدا ِم َن النَّا ِر‬
‫ َما أ ََر َاد َه ُؤََل ِء؟‬:‫ول‬
ُ ‫ فَيَ ُق‬،َ‫اهي ِبِِِم الْ َم ََلئِ َكة‬ ِ ‫ ُْثَّ ي ب‬،‫ وإِنَّه لَي ْدنُو‬،َ‫عرفَة‬
َُ َ ُ َ ََ
Tidak ada hari di mana Allah paling banyak
membebaskan orang daripada neraka berbanding Hari ‘Arafah.
Dan sesungguhnya Allah menghampiri mereka, kemudian
membanggakan mereka di hadapan para malaikat dan
bertanya, “Apakah yang diingini mereka?”179

Nah! Jika orang-orang yang dibebaskan daripada neraka


Allah bertanya apakah keinginan mereka, maka bagaimana pula
orang-orang lain di dunia ini yang belum diputuskan kedudukan

179
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
2402/1348 (Kitab al-Hajj, Bab keutamaan haji, umrah dan hari ‘Arafah).
349
mereka sama ada syurga atau neraka? Tentu akan dipenuhi juga
keinginan mereka.

Dalam sebuah hadis lain baginda bersabda,

.َ‫ُّع ِاء ُد َعاءُ يَ ْوِم َعَرفَة‬


َ ‫َخ ْْيُ الد‬
Sebaik-baik doa adalah doa pada Hari ‘Arafah.180

Dalam hadis ini, Rasulullah menyebut “Hari Arafah” dan


bukannya “di Arafah”, menunjukkan bahawa keutamaan berdoa
adalah bagi semua umat Islam pada 9 Zulhijjah mengikut kiraan
hari di lokasi masing-masing. Ia tidak terbatas kepada jemaah haji
di Padang Arafah sahaja.

180
Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
berkata, “Hadis ini gharib.” Ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan
al-Tirmizi, hadis no.: 3509/3585 (Kitab al-Da’awat ‘an Rasulullah, Bab
keutamaan “La hawla wala quwwata illa bilLah). Dinilai hasan li ghairihi oleh
Syu’aib al-Arna’uth dan ‘Abd al-Latheif Harzallah dalam semakan mereka ke
atas al-Jami’ al-Kabir (nama lain bagi Sunan al-Tirmizi), hadis no.: 3902.
350
Soalan: Bolehkah Mengirim Doa Kepada Orang
Yang Melaksanakan Haji dan Umrah?

Jawapan:

Dibolehkan mengirim doa kepada orang yang


melaksanakan haji dan umrah berdasarkan kisah berikut daripada
Shofwan bin ‘Abdullah bin Shofwan di mana beliau merupakan
suami kepada anak perempuan Abu Darda radhiallahu 'anh,

ِ ِ
ْ َ‫ فَ َقال‬،‫ فَ َو َج َد أ َُّم الد َّْرَداء َوََلْ َُِي ْد أ ََِب الد َّْرَداء‬،‫فَأ َََت َها‬
:ُ‫ت لَه‬
Beliau datang (ke rumah) lalu mendapati Ummu Darda’
sementara Abu Darda’ tiada (di rumah). Ummu Darda’ berkata
kepadanya,

‫ فَِإ َّن‬،‫اَّللَ لَنَا ِْبٍَْْي‬


َّ ُ‫ فَ ْادع‬:‫ت‬
ْ َ‫ قَال‬.‫ نَ َع ْم‬:‫ الْ َع َام؟ قَ َال‬،‫اِلَ َّج‬
ْ ‫يد‬ ُ ‫تُِر‬
ُ ‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َكا َن يَ ُق‬
:‫ول‬ َّ ِ‫الن‬
َ ‫َِّب‬
“Kamu akan pergi haji tahun ini?” Shofwan menjawab,
“Ya.” Ummu Darda’ berkata, “Doakanlah kepada Allah
kebaikan bagi kami, kerana sesungguhnya Nabi shallallahu

351
'alaihi wasallam pernah bersabda,

ٌ َ‫ب ِعْن َد َرأْ ِس ِه َمل‬


‫ك‬ ِ ‫إِ َّن د ْعوةُ الْمرِء مستَجابةٌ ِْل‬
ِ ‫َخ ِيه بِظَ ْه ِر الْغَْي‬ َ َ ْ ُ َْ َ َ
.‫ك ِبِِثْلِ ِه‬
َ َ‫ي َول‬ ِ ِ ِِ ِ
َ ‫ آم‬:‫يُ َؤِم ُن َعلَى ُد َعائه ُكلَّ َما َد َعا لَهُ ْبٍَْْي قَ َال‬
Sesungguhnya doa seseorang untuk saudara
(seagama)nya yang tidak hadir bersamanya adalah mustajab.
(Ini kerana) di sisi kepala orang yang berdoa terdapat malaikat
yang mengaminkan doanya. Setiap kali dia mendoakan
kebaikan saudaranya, malaikat itu akan berdoa, “Amin dan
bagimu yang semisal”.”

‫ فَ َح َّدثَِّن َع ِن‬،‫يت أ ََِب الد َّْرَد ِاء‬ ِ ِ ُّ ‫ ُْثَّ خرجت إِ ََل‬:‫قَ َال‬
ُ ‫السوق فَلَق‬ ُ ْ ََ
ِ
.‫ك‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ِبِِثْ ِل َذل‬ ِ
َ ‫َِّب‬
ِِ ‫الن‬
Shofwan berkata, “Kemudian aku keluar ke pasar dan
aku bertemu Abu Darda’. Dia menyampaikan kepadaku hadis
yang semisal itu daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.” 181

181
Sahih: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya dan ia dinilai
sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no.: 2886/2895
(Kitab al-Manasik, Bab keutamaan doa orang yang pergi haji).
352
Walau bagaimanapun sebelum mengirim doa, hendaklah
diperhatikan adab-adab meminta didoakan oleh orang lain
sebagaimana yang dijelaskan dalam soalan Bolehkah Meminta
Orang Lain Mendoakan Saya?

Selain itu janganlah memberat-beratkan orang yang


melaksanakan haji atau umrah dengan pelbagai kiriman doa.
Biarlah mereka beribadah dengan tenang dan lapang. Perhatikan
bagaimana Ummu Darda’ mengirim doa, tetapi tidak
memberatkan dengan pelbagai permintaan. Beliau hanya
berpesan, “Doakanlah kepada Allah kebaikan bagi kami.”

Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menyediakan pelbagai


suasana bagi memakbulkan doa orang yang berada di lokasi
masing-masing, bahkan di bilik tidur sendiri. Oleh itu bersikap
rajinlah untuk berdoa sendiri.

Penjelasan Tambahan

Terdapat sebuah riwayat yang lazim dikemukakan dalam


bab mengirim doa kepada orang yang pergi ke melaksanakan haji
atau umrah. Riwayat tersebut dikemukakan sebegitu lazim

353
seolah-olah ia adalah sahih, padahal yang benar darjatnya adalah
lemah (dha’if). Riwayat yang dimaksudkan adalah daripada ‘Umar
bin al-Khaththab radhiallahu 'anh bahawa dia berkata

:‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم ِِف الْعُ ْمَرِة فَأ َِذ َن ِل َوقَ َال‬
َّ ‫صلَّى‬ َ ‫َِّب‬َّ ِ‫ت الن‬
ُ ْ‫استَأْذَن‬
ْ
.‫ك‬ َ ِ‫ُخ َّي ِم ْن ُد َعائ‬
َ ‫ََل تَْن َسنَا ََي أ‬
Aku meminta izin daripada Nabi shallallahu 'alaihi
wasallam bagi melakukan umrah. Maka baginda mengizinkan
aku dan berpesan, “Wahai saudaraku, janganlah melupakan
kami dalam doa-doa kamu.”

َّ ‫فَ َق َال َكلِ َمةً َما يَ ُسُّرِّن أ‬


.‫َن ِل ِِبَا الدُّنْيَا‬
(Umar sangat teruja dengan pesanan itu lalu berkata),
“Rasulullah telah mengatakan sesuatu yang amat
menggembirakan aku berbanding kegembiraan mendapat
dunia ini.”182

182
Dha’if: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan ia dinilai
dha’if oleh al-Albani dalam Dha’if Sunan Abu Daud, hadis no.: 1280/1498
(Kitab al-Solat, Bab doa). Ia juga dinilai dha’if oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam
semakannya ke atas Sunan Abu Daud, hadis no.: 1498.
354
Selain itu antara kiriman yang memberatkan orang-orang
yang melaksanakan haji atau umrah adalah “kirim salam kepada
Nabi”. Kiriman ini adalah tidak perlu kerana sudah cukup
seseorang itu berselawat kepada Rasulullah di mana jua dia
berada kerana ada malaikat yang ditugaskan khas menyampaikan
selawat tersebut kepada baginda. Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda,

َّ ‫ي يُبَ لِِغُ ِوّن ِم ْن أ َُّم ِِت‬


.‫الس ََل َم‬ َ ‫ض َسيَّاح‬ ْ
ِِ ِ
ِ ِ ‫َّلل م ََلئِ َكةً ِِف ْاْلَر‬
َ َّ ‫إ َّن‬
Sesungguhnya Allah memiliki malaikat di bumi yang
senantiasa berkeliling bagi menyampaikan kepadaku salam
daripada umatku.183

183
Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya dan sanadnya
dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakannya dalam semakan
mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 3666.
355
Soalan: Apakah Keutamaan Doa Ketika
Bersedekah?

Jawapan:

Sedekah adalah satu amal soleh yang amat penting dalam


Islam. Sedekah tidak terhad kepada bantuan harta, tetapi luas
merangkumi apa jua kelebihan yang dapat dihulurkan kepada
orang lain. Orang yang memiliki kekuatan fizikal, dia
menyedekahkannya dengan membantu orang lain dalam kerja
berat. Orang yang memiliki kelebihan ilmu, dia
menyedekahkannya dengan menyampaikan ilmu itu kepada
orang lain. Orang yang memiliki kepakaran dalam bidang
tertentu, dia menyedekahkannya dengan membimbing orang lain
dalam bidang tersebut. Orang yang arif dalam adab berdoa, dia
bersedekah dengan mendoakan orang lain. Bahkan orang yang
memiliki dusun, dia bersedekah apabila membiarkan orang lain
dan haiwan memetik serta memakan buah-buahannya.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda,

356
‫ ُك َّل يَ ْوٍم تَطْلُ ُع فِ ِيه‬،ٌ‫ص َدقَة‬
َ ‫َّاس َعلَْي ِه‬
ِ ‫ُك ُّل ُس ََل َمى ِم َن الن‬
.‫س‬
ُ ‫َّم‬
ْ ‫الش‬
Pada setiap hari yang matahari terbit padanya, setiap
anggota tubuh badan manusia padanya ada tanggungjawab
bersedekah.

ِ ِِ
ُ‫الر ُج َل ِِف َدابَّته فَتَ ْحملُه‬
َّ ‫ي‬ ِ
ُ ‫ َوتُع‬،ٌ‫ص َدقَة‬
َ ‫ي‬ ِ ْ َ‫ي ِاَلثْن‬ ِ
َ َْ‫تَ ْعد ُل ب‬
.ٌ‫ص َدقَة‬
َ ُ‫اعه‬
َ َ‫ أ َْو تَ ْرفَ ُع لَهُ َعلَْي َها َمت‬،‫َعلَْي َها‬
Mendamaikan antara dua orang yang berselisih adalah
sedekah, menolong seseorang menaiki kenderaan
tunggangannya atau mengangkat barangnya ke atas
tunggangannya adalah sedekah.

،ٌ‫ص َدقَة‬ ِ َّ ‫ وُك ُّل خطْوٍة َتَْ ِشيها إِ ََل‬،ٌ‫والْ َكلِمةُ الطَّيِبةُ ص َدقَة‬
َ ‫الص ََلة‬ َ َ ُ َ َ َِ َ َ
ُ ‫َوَُتِي‬
َ ‫ط ْاْلَ َذى َع ِن الطَِّر ِيق‬
.ٌ‫ص َدقَة‬
Berkata-kata yang baik adalah sedekah, setiap langkah
yang digerakkan untuk solat adalah sedekah dan

357
menyingkirkan duri dari jalan adalah sedekah. 184

Orang yang bersedekah, dia memperolehi keutamaan di


mana malaikat mendoakan agar Allah mengganti semula apa
yang dia sedekahkan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
menerangkan keutamaan ini,

ُ ‫ فَيَ ُق‬،‫ان يَْن ِزََل ِن‬


‫ول‬ ِ ‫ما ِمن ي وٍم يصبِح الْعِباد فِ ِيه إََِّل ملَ َك‬
َ ُ َ ُ ْ ُ َْ ْ َ
‫ أ َْع ِط ِمُْ ِس ًكا‬،‫الله َّم‬
ُ :‫ول ْاْل َخ ُر‬ ُ ‫ َويَ ُق‬،‫ أ َْع ِط ُمْن ِف ًقا َخلَ ًفا‬،‫الله َّم‬
ُ :‫َح ُد ُُهَا‬
َ‫أ‬
.‫تَلَ ًفا‬
Tidak ada satu pagi pun yang dimulakan oleh seorang
hamba (Allah) melainkan turun dua malaikat. Maka salah
seorang daripada malaikat itu berdoa, “Ya Allah, berilah ganti
kepada orang yang dermawan” sementara malaikat yang lain
berdoa, “Ya Allah, berilah kemusnahan kepada orang yang
kedekut.”185

184
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
1677/1009 (Kitab al-Zakat, Bab menjelaskan bahawa yang dinamakan sedekah
ialah setiap jenis kebaikan).
185
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
358
Sebahagian orang apabila bersedekah, dia berpesan
kepada penerima sedekah agar mendoakannya. Ini adalah sikap
yang tidak betul kerana mempengaruhi keikhlasan orang yang
bersedekah. Bersedekah secara ikhlas bererti tidak
mengharapkan apa-apa balasan daripada penerima sedekah,
meskipun sekadar doa mahupun ucapan terima kasih. Balasan
yang diharapkan hanyalah daripada Allah 'Azza wa Jalla. Firman
Allah dalam surah al-Insan tentang al-Abrar, yakni orang-orang
yang lazim berbuat kebaikan,

.‫يما َوأ َِس ًْيا‬ِ ِ ِ ِِ ِ


ً ‫َويُطْع ُمو َن الطَّ َع َام َعلَى ُحبِه م ْسكينًا َويَت‬
Dan mereka memberikan makanan yang (mereka) sukai
kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.

.‫يد ِمْن ُك ْم َجَزاءً َوََل ُش ُك ًورا‬ َِّ ‫إََِّّنَا نُطْعِم ُكم لِوج ِه‬
ُ ‫اَّلل ََل نُِر‬ َْ ْ ُ
(Sambil berkata dalam hati) Sesungguhnya Kami
memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan

1677/1009 (Kitab al-Zakat, Bab tentang orang yang dermawan dan orang yang
kedekut).
359
keredaan Allah, kami tidak menghendaki balasan daripada
kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. [al-Insan 76:8-9]

Sebenarnya orang yang menerima sedekah, dialah yang


mendoakan pemberi sedekah tanpa perlu diminta oleh pemberi
sedekah. Ini sebagaimana orang yang menerima zakat, dia
mendoakan pemberi zakat. Inilah etika yang difirmankan oleh
Allah Subhanahu wa Ta'ala,

‫ص ِِل َعلَْي ِه ْم إِ َّن‬ ِ ِ ِِ ِ


َ ‫ص َدقَةً تُطَ ِِه ُرُه ْم َوتَُزِكي ِه ْم ِبَا َو‬
َ ‫ُخ ْذ م ْن أ َْم َواَل ْم‬
.‫يم‬ ِ‫اَّلل ََِسيع عل‬
ٌ َ ٌ َُّ ‫ك َس َك ٌن ََلُْم َو‬ َ َ‫ص ََلت‬
َ
Ambillah sedekah (zakat) daripada sebahagian harta
mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan
mereka, dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa kamu itu
(menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui. [al-Taubah 9:103]

Demikianlah juga bagi penerima sedekah atau apa-apa


lain kebaikan, hendaklah dia membalasnya. Jika tidak dapat
membalas, maka doakanlah pemberi sedekah atau kebaikan itu.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menganjurkan,
360
،ُ‫ فَِإ ْن ََلْ ََِت ُدوا َما تُ َكافِئُونَه‬،ُ‫صنَ َع إِلَْي ُك ْم َم ْع ُروفًا فَ َكافِئُوه‬ َ ‫َوَم ْن‬
.ُ‫فَ ْادعُوا لَهُ َح ََّّت تَ َرْوا أَنَّ ُك ْم قَ ْد َكافَأَُْتُوه‬
Dan sesiapa yang berbuat kebaikan kepada kalian, maka
balaslah ia. Jika tidak memiliki apa-apa untuk dibalas, maka
doakanlah baginya sehingga kalian melihat bahawa kalian
telah membalas (kebaikan)nya.186

Jika penerima sedekah tidak mendoakan pemberi


sedekah, mungkin kerana menyembunyikannya atau tidak tahu
anjurannya, maka tidak mengapa kerana sudah ada doa malaikat,
“Ya Allah, berilah ganti kepada orang yang dermawan”.

Orang yang lazim bersedekah, dia memiliki keutamaan


menggunakan amal sedekahnya itu untuk bertawassul dalam
doanya. Misalnya dia berdoa, “Ya Allah, sekian lama aku menjadi
sukarelawan di rumah kebajikan orang tua demi mengharapkan
keredaan-Mu. Ya Allah, aku bertawassul dengan amal soleh itu

186
Sahih: Sebahagian hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud dalam
Sunannya, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis
no.: 1424/1672 (Kitab al-Zakat, Bab memberi kepada orang yang meminta
dengan nama Allah).
361
agar Engkau mengeluarkan aku daripada masalah yang sedang
aku hadapi sekarang ini.”

Atau, “Ya Allah, selama ini aku mengajar tuisyen secara


percuma kepada anak-anak miskin demi Wajah-Mu. Ya Allah, aku
bertawassul dengan amal soleh itu agar Engkau menyembuhkan
ayahku yang sedang sakit ini.”

362
Soalan: Apakah Keutamaan Doa Ketika Hujan?

Jawapan:

Terdapat beberapa riwayat yang menerangkan bahawa


saat dimakbulkan doa adalah apabila hujan sedang turun. Semua
riwayat tersebut beserta jalan-jalan periwayatannya memiliki
kelemahan namun ia saling menyokong antara satu sama lain
sehingga dapat diangkat ke darjat hasan. Salah satu daripadanya
adalah,

،‫الص ََل ِة‬


َّ ‫ َوإِقَ َام ِة‬،‫وش‬ ْ ‫ُّع ِاء ِعْن َد الْتِ َق ِاء‬
ِ ُ‫اِلُي‬ ِ ‫اطْلُبوا‬
َ ‫است َجابَةَ الد‬
ْ ُ
ِ ‫ول الْغَي‬
.‫ث‬ ِ
ْ ‫ونُُز‬
Carilah saat-saat dimakbulkan doa ketika bertembung
dua pasukan (muslim dan kafir), ketika didirikan solat dan
ketika turunnya hujan.187

187
Hasan: Dikeluarkan oleh al-Baihaqi dalam Ma’rifah al-Sunan wa al-
Atsar, hadis no.: ً 7236 (Kitab al-Istisqa’, Bab mencari saat dimakbulkan doa
ketika hujan turun). Berkata al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah,
hadis no.: 1469 bahawa sanadnya mursal tetapi dapat diangkat ke darjat hasan.
Lihat juga penjelasan Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Sunan
Abu Daud, notakaki bagi hadis no.: 2540 (Kitab al-Jihad, Bab doa ketika
363
Dalam sebuah riwayat lain,

.‫ت املطَ ِر‬


َ ‫ُّعاءُ ِعْن َد النِِ َد ِاء َوََْت‬
َ
ِ َ‫ثِْن ت‬
‫ان َما تَُرَّد ِان الد‬
َ
Dua suasana doa tidak ditolak, ketika azan dilaungkan
dan di bawah hujan.188

Oleh itu dianjurkan berdoa ketika hujan sedang turun.

bertemu musuh).
188
Hasan: Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no.:
2534 dan beliau mensahihkannya, dipersetujui sahih oleh al-Dzahabi. al-Sayuthi
menghimpunkannya dalam al-Jami’ al-Shogheir dan ia dinilai hasan oleh al-
Albani dalam Shahih al-Jami’ al-Shogheir, hadis no.: 3078.
364
Soalan: Apakah Keutamaan Doa Ketika Musafir?

Jawapan:

Antara ruang yang Allah Subhanahu wa Ta'ala buka bagi


memakbulkan doa para hamba-Nya adalah ketika musafir.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menerangkan keutamaan
ini,

‫ك فِي ِه َّن َد ْع َوةُ الْ َمظْلُ ِوم‬


َّ ‫ت ََل َش‬ ٍ
ٌ ‫ث َد َع َوات ُم ْستَ َج َاِب‬ ُ ‫ثَََل‬
.‫َوَد ْع َوةُ الْ ُم َسافِ ِر َوَد ْع َوةُ الْ َوالِ ِد َعلَى َولَ ِد ِه‬
Tiga suasana di mana doa adalah mustajab tanpa
keraguan padanya, (1) doa orang yang dizalimi, (2) doa orang
yang bermusafir dan (3) doa ibu dan bapa ke atas anaknya.189

Orang yang musafir dapat memanfaatkan keutamaan ini

189
Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
mendiamkan darjatnya. Ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-
Tirmizi, hadis no.: 1828/1905 (Kitab al-Birr wa al-Silah ‘an Rasulullah, Bab
berkenaan panggilan ibu dan bapa). Hadis ini dinilai hasan li ghairihi oleh
Syu’aib al-Arna’uth dan ‘Abd al-Latheif Harzallah dalam semakan mereka ke
atas al-Jami’ al-Kabir (nama lain bagi Sunan al-Tirmizi), hadis no.: 2107.
365
dalam dua keadaan. Pertama, ketika semuanya berjalan tenang
dan seperti yang dirancang. Lebih-lebih lagi musafir yang
melibatkan perjalanan yang panjang di dalam kapal terbang,
keretapi dan bas. Maka manfaatkan masa yang ada dalam
suasana musafir itu bagi memperbanyakkan doa kepada Allah.
Jika tidak ada doa khusus yang ingin diminta, maka berdoalah
dengan doa-doa umum seperti mana yang disyorkan dalam
soalan Apakah doa yang sesuai dibaca ketika senang?

Kedua, ketika timbul kesukaran-kesukaran yang tidak


disangka dan perjalanan menjadi tidak seperti yang dirancang.
Pada saat-saat mencabar ini, usah merungut, marah atau
mengeluarkan kata-kata yang tidak baik. Sebaliknya berdoalah
kepada Allah agar kesukaran menjadi kesenangan dan perjalanan
kembali menjadi seperti yang dirancang.

366
Soalan: Patutkah Saya Takut Kepada Doa Orang
Yang Dizalimi?

Jawapan:

Pada asalnya, semua Muslim patut takut dan menjauhi


perbuatan menzalimi orang lain. Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda, Allah Tabaraka wa Ta’ala berfirman,

‫ت الظُّْل َم َعلَى نَ ْف ِسي َو َج َعْلتُهُ بَْي نَ ُك ْم ُمََّرًما‬ ِ ِ


ُ ‫ََي عبَادي إِِِّن َحَّرْم‬
.‫فَ ََل تَظَالَ ُموا‬
Wahai hamba-Ku, Sesungguhnya Aku mengharamkan
kezaliman ke atas diri-Ku dan Aku menjadikannya haram di
antara kalian, maka janganlah berbuat zalim.190

Bahkan hendaklah takut daripada mencenderungi, yakni


menyokong atau reda191 dengan tindakan zalim orang lain.

190
Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim
dalam Shahihnya, hadis no.: 4674/2577 (Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab,
Bab haramnya kezaliman). Teks penuh hadis sudah dikemukakan sebelum ini.
191
Maksud reda ialah hati berasa tenang. Dalam konteks ini, hati berasa
tenang melihat orang lain berbuat zalim. Sepatutnya hati berasa marah, benci
367
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

ِ ‫وََل تَرَكنُوا إِ ََل الَّ ِذين ظَلَموا فَتَم َّس ُكم النَّار وما لَ ُكم ِمن د‬
‫ون‬ ُ ْ ْ ََ ُ ُ َ ُ َ ْ َ
.‫ص ُرو َن‬ ِ ِ َِّ
َ ‫اء ُْثَّ ََل تُْن‬
َ َ‫اَّلل م ْن أ َْولي‬
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang
yang zalim, yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan
sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain
daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.
[Hud 11:113]

Dalam ayat di atas, sekadar mencenderungi orang yang


zalim sudah cukup menjadi sebab disentuh api neraka. Nah!
Bagaimana pula jika melakukan sendiri perbuatan zalim? Sudah
tentu lebih dahsyat azab di Akhirat kelak.

Islam sangat prihatin terhadap perbuatan zalim. Islam


melarang umatnya berbuat zalim mahupun mencenderungi
orang-orang yang berbuat zalim. Selain itu, Islam membela
mangsa kezaliman dengan memberi mereka peluang berdoa ke

dan membantah apabila melihat orang lain berbuat zalim.


368
atas orang yang menzalimi mereka. Doa orang yang dizalimi
adalah sangat makbul.

Perhatikan hadis-hadis berikut. Rasulullah shallallahu


'alaihi wasallam bersabda,

‫ك فِي ِه َّن َد ْع َوةُ الْ َمظْلُ ِوم‬


َّ ‫ت ََل َش‬ ٍ
ٌ ‫ث َد َع َوات ُم ْستَ َج َاِب‬ ُ ‫ثَََل‬
.‫َوَد ْع َوةُ الْ ُم َسافِ ِر َوَد ْع َوةُ الْ َوالِ ِد َعلَى َولَ ِد ِه‬
Tiga suasana di mana doa adalah mustajab tanpa
keraguan padanya, (1) doa orang yang dizalimi, (2) doa orang
yang bermusafir dan (3) doa ibu dan bapa ke atas anaknya. 192

Doa orang yang dizalimi pasti Allah makbulkan meskipun


tidak serta merta. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
bersabda,

،‫الع ِاد ُل‬ ِ ِ َّ :‫ثَََلثَةٌ ََل تُرُّد د ْعوُْتُم‬


َ ‫ َوا ِْل َم ُام‬،‫الصائ ُم َح ََّّت يُ ْفطَر‬ ْ َ َ َ
192
Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
mendiamkan darjatnya. Ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-
Tirmizi, hadis no.: 1828/1905 (Kitab al-Birr wa al-Silah ‘an Rasulullah, Bab
berkenaan panggilan ibu dan bapa). Hadis ini dinilai hasan li ghairihi oleh
Syu’aib al-Arna’uth dan ‘Abd al-Latheif Harzallah dalam semakan mereka ke
atas al-Jami’ al-Kabir (nama lain bagi Sunan al-Tirmizi), hadis no.: 2107.
369
ُ ‫الس َم ِاء َويَ ُق‬
‫ول‬ َّ ‫اب‬ ِ َّ ‫َوَد ْع َوةُ املظْلُ ِوم يَ ْرفَعُ َها‬
َ ‫اَّللُ فَ ْو َق الغَ َمام َويَ ْفتَ ُح ََلَا أَبْ َو‬ َ
.‫ي‬ٍ ‫ك ولَو بَ ْع َد ِح‬ ِ َّ‫ و ِعَّزِِت َْلَنْصرن‬:‫ب‬
ْ َ َُ َ ُّ ‫الر‬ َّ
Tiga orang yang doa mereka tidak ditolak, (1) orang
yang berpuasa sehingga dia berbuka, (2) imam yang adil dan (3)
doa orang yang dizalimi di mana Allah akan mengangkatnya di
atas awan dan dibuka baginya pintu-pintu langit. Allah
berfirman, “Demi Kemuliaan-Ku, sungguh aku akan
menolongmu meskipun sesudah beberapa ketika.”193

Istimewa bagi orang dizalimi sahaja, doanya ke atas orang


yang menzaliminya dimakbulkan Allah meskipun dia seorang yang
banyak berbuat dosa. Diriwayatkan bahawa,

‫ورهُ َعلَى‬ ِ ِ ِ
ُ ‫ َوإ ْن َكا َن فَاجًرا فَ ُف ُج‬،ٌ‫َد ْع َوةُ الْ َمظْلُوم ُم ْستَ َجابَة‬

193
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan beliau berkata, “Hadis ini
hasan.” Ia dinilai dha’if oleh al-Albani dalam Dha’if Sunan al-Tirmizi, hadis
no.: 3522/3598 (Kitab al-Da’awat ‘an Rasulullah, Bab kemaafan dan
kesejahteraan). Walau bagaimanapun Syu’aib al-Arna’uth dalam pendapatnya
yang terbaru menilainya sahih berdasarkan jalan-jalan penguat yang ada. Rujuk
penjelasan beliau dalam semakannya ke atas al-Jami’ al-Kabir (nama lain bagi
Sunan al-Tirmizi), hadis no.: 3915.
370
.‫نَ ْف ِس ِه‬
Doa orang yang dizalimi adalah mustajab meskipun dia
seorang yang banyak berbuat dosa kerana dosa itu ada
tanggungjawab dirinya sendiri.194

Terdapat beberapa kisah sahih bagaimana Allah


Subhanahu wa Ta'ala memakbulkan doa orang yang dizalimi. Sila
hayati kisah-kisah berikut.

Kisah Pertama:

‘Abdullah ibn Mas’ud radhiallahu 'anh menceritakan,

ِ ‫اَّلل علَي ِه وسلَّم يصلِِي ِعنْ َد الْب ي‬ َِّ ‫ول‬


‫ت َوأَبُو‬ َْ َ ُ َ َ َ ْ َ َُّ ‫صلَّى‬ َ ‫اَّلل‬ ُ ‫بَْي نَ َما َر ُس‬
:‫ال أَبُو َج ْه ٍل‬ ِ ‫ور ِِب ْْل َْم‬ ِ
َ ‫س فَ َق‬ ٌ ‫ت َج ُز‬ ْ ‫وس َوقَ ْد َُنَر‬
ٌ ُ‫اب لَهُ ُجل‬ ٌ ‫َص َح‬ ْ ‫َج ْه ٍل َوأ‬
‫ض ُعهُ ِِف َكتِ َف ْي ُمَ َّم ٍد إِ َذا‬
َ َ‫وم إِ ََل َس ََل َج ُزوِر بَِّن فُ ََل ٍن فَيَأْ ُخ ُذهُ فَي‬
ُ ‫أَيُّ ُك ْم يَ ُق‬
194
-----: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya dan ia nilai dha’if
oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakannya dalam semakan mereka ke atas
Musnad Ahmad, hadis no.: 8795. Namun sanadnya dinyatakan hasan oleh Ibn
Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari, ketika mensyarahkan hadis no.:
1401/1496. Mungkin yang dimaksudkan oleh Ibn Hajar adalah hasan li ghairihi
kerana adanya hadis-hadis lain sebagai penguat dalam bab ini. Rujuk penjelasan
al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.: 767.
371
‫َس َج َد؟‬
Ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sedang
solat di sisi Ka’bah, Abu Jahal dan rakan-rakannya sedang
duduk-duduk sementara (berhampiran mereka) ada unta yang
disembelih semalam. Maka Abu Jahal berkata, “Siapakah di
kalangan kalian (rakan-rakannya itu) yang sanggup mengambil
sisa unta sembelihan Bani Fulan itu, kemudian meletakkan di
bahu Muhammad apabila dia sujud?

‫اَّللُ َعلَْي ِه‬


َّ ‫صلَّى‬ ِ
ُّ ِ‫َخ َذهُ فَلَ َّما َس َج َد الن‬
َ ‫َِّب‬ َ ‫ث أَ ْش َقى الْ َق ْوم فَأ‬ َ ‫فَانْبَ َع‬
‫يل َعلَى‬ ِ‫ضح ُكوا وجعل ب عضهم ََي‬ ْ ‫ت‬
َ ‫اس‬ ‫ف‬
َ ‫ال‬
َ ‫ق‬
َ . ِ ‫وسلَّم وضعه بي َكتِ َفي‬
‫ه‬
ُ ْ ُ ُ ْ َ َ َ َ َ َ ْ ْ َ َْ ُ َ َ َ َ َ َ
َِّ ‫ول‬ ِ ‫ت ِل منَ عةٌ طَرحتُه َعن ظَه ِر رس‬ ِ ٍ ‫بَ ْع‬
‫اَّلل‬ ُ َ ْ ْ ُ ْ َ َ َ ْ َ‫ض َوأ َََن قَائ ٌم أَنْظُُر لَ ْو َكان‬
.‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬
َّ ‫صلَّى‬
َ
Maka bangunlah orang yang paling celaka antara
mereka, pergi mengambil sisa (sembelihan unta itu) dan tatkala
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sujud, dia meletaknya di
antara bahu baginda. Maka mereka ketawa (terbahak-bahak
sehingga) saling menyandar di antara satu sama lain sementara

372
aku (‘Abdullah ibn Mas’ud) hanya berdiri melihat. Kalaulah aku
memiliki kekuatan, nescaya aku akan membuang sisa unta itu
dari belakang Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

ِ ‫اَّلل علَي ِه وسلَّم س‬


‫اج ٌد َما يَ ْرفَ ُع َرأْ َسهُ َح ََّّت انْطَلَ َق‬ َ َ َ َ ْ َ َُّ ‫صلَّى‬ ُّ ِ‫َوالن‬
َ ‫َِّب‬
ِ ‫اطمةَ فَجاء‬
‫ت‬ ْ َ َ َ ِ َ‫َخ ََِب ف‬
ْ َ‫ت َوه َي ُج َويْ ِريَةٌ فَطََر َحْتهُ َعْنهُ ُْثَّ أَقْ بَ ل‬ ْ ‫إِنْ َسا ٌن فَأ‬
.‫َعلَْي ِه ْم تَ ْشتِ ُم ُه ْم‬
Nabi shallallahu 'alaihi wasallam terus sujud tanpa
mengangkat kepalanya sehingga seseorang (yang melihat apa
yang berlaku) segera pergi memberitahu Fathimah (anak
Rasulullah). Maka Fathimah yang ketika itu masih berumur
kecil, datang membuang sisa unta itu dari belakang Rasulullah.
Kemudian Fathimah menghadap mereka (Abu Jahal dan rakan-
rakannya) dan mencela mereka.

ِ َّ ‫فَلَ َّما قَضى النَِِّب صلَّى‬


َّ‫ص ْوتَهُ ُْث‬ َ ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم‬
َ ‫ص ََلتَهُ َرفَ َع‬ َ ُّ َ
:‫ ُْثَّ قَ َال‬.‫ َوَكا َن إِ َذا َد َعا َد َعا ثَََل ًَث َوإِ َذا َسأ ََل َسأ ََل ثَََل ًَث‬.‫َد َعا َعلَْي ِه ْم‬
‫ب َعْن ُه ْم‬ ِ ٍ َ ‫ش ثَََل‬ ٍ ْ‫ك بُِقَري‬َ ‫اللَّ ُه َّم َعلَْي‬
َ ‫ص ْوتَهُ َذ َه‬
َ ‫ فَلَ َّما ََسعُوا‬.‫ث َمَّرات‬
373
.ُ‫ك َو َخافُوا َد ْع َوتَه‬ ِِ
ُ ‫الض ْح‬
Maka tatkala Nabi shallallahu 'alaihi wasallam selesai
solat, baginda meninggikan suara dan mendoakan kebinasaan
ke atas mereka. Lazimnya apabila berdoa, baginda
mengulanginya tiga kali dan apabila meminta, baginda
mengulanginya tiga kali. Maka Rasulullah berdoa, “Ya Allah,
binasakanlah kaum Quraish” tiga kali. Tatkala mendengar
suara Rasulullah berdoa, mereka (Abu Jahal dan rakan-
rakannya) terus berhenti ketawa dan berasa takut terhadap doa
baginda.

َ‫ك ِِبَِِب َج ْه ِل بْ ِن ِه َش ٍام َوعُْت بَةَ بْ ِن َربِ َيعة‬ َ ‫ اللَّ ُه َّم َعلَْي‬:‫ُْثَّ قَ َال‬
.‫ف َوعُ ْقبَ َة بْ ِن أَِِب ُم َعْي ٍط‬ ِ ِ‫وشي بةَ ب ِن ربِيعةَ والْول‬
ٍ َ‫يد بْ ِن عُ ْقبةَ وأُميَّ َة بْ ِن َخل‬
ََ َ َ َ َ َ ْ ََْ َ
.ُ‫َح َفظْه‬ْ ‫السابِ َع َوََلْ أ‬
َّ ‫َوذَ َكَر‬
Kemudian baginda melanjutkan doanya, “Ya Allah,
binasakanlah Abu Jahal bin Hisyam, ‘Utbah bin Rabi’ah, Syaibah
bin Rabi’ah, al-Walid bin ‘Uqbah, ‘Umayyah bin Khalaf dan
‘Uqbah bin Mu’ith.” (Rasulullah) ada menyebut orang yang

374
ketujuh tetapi aku tidak mengingatinya.

ِ َّ ‫ث ُم َّم ًدا صلَّى‬ ِ


ُ ْ‫اَّللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم ِِب ِْلَ ِِق لََق ْد َرأَي‬
‫ت‬ َ َ َ ‫فَ َوالَّذي بَ َع‬
.‫يب بَ ْد ٍر‬ِ ِ‫يب قَل‬ ِ ِ‫صر َعى يَ ْوَم بَ ْد ٍر ُْثَّ ُس ِحبُوا إِ ََل الْ َقل‬ ِ َّ
ْ َ ‫ين ََسَّى‬
َ ‫ال ذ‬
Demi Allah yang mengutuskan Muhammad shallallahu
'alaihi wasallam dengan kebenaran, sungguhnya aku melihat
mereka yang nama-namanya di sebut oleh Rasulullah, mati
bergelimpangan pada hari Perang Badar. Kemudian mereka
diseret ke lubang, yakni lubang Badar.195

Kisah Kedua:

‘Abdul Malik bin ‘Umair menceritakan daripada Jabir bin


Samurah sebuah kisah yang berlaku pada zaman pemerintahan
Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khaththab radhiallahu 'anhuma,

َّ ‫َش َكا أ َْه ُل ال ُكوفَِة َس ْع ًدا إِ ََل عُ َمَر َر ِض َي‬


،ُ‫ فَ َعَزلَه‬،ُ‫اَّللُ َعْنه‬

195
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
3349/1794 (Kitab al-Jihad wa al-Siyar, Bab apa yang dialami oleh Rasulullah
apabila berhadapan dengan kaum musyrikin dan munafik).
375
.‫صلِِي‬ ِ
َ ُ‫ فَ َش َك ْوا َح ََّّت ذَ َك ُروا أَنَّهُ َلَ َُْيس ُن ي‬،‫استَ ْع َم َل َعلَْي ِه ْم َع َّم ًارا‬
ْ ‫َو‬
Warga Kufah mengadu kepada ‘Umar radhiallahu 'anh
tentang Sa’ad (bin Abu Waqash), maka ‘Umar memecatnya dan
menggantikannya dengan ‘Ammar (sebagai imam dan gabenor
Kufah). Mereka (warga Kufah) mengadu banyak perkara
sehingga disebut-sebut bahawa dia (Sa’ad) tidak bagus dalam
perlaksanaan solat (sebagai imam).

ِ َ ‫ ََي أ ََِب إِ ْس َح‬:‫ فَ َق َال‬،‫فَأ َْر َس َل إِلَْي ِه‬


َ َّ‫اق إِ َّن َه ُؤَلَء يَ ْزعُ ُمو َن أَن‬
َ‫ك َل‬
.‫صلِِي‬ ِ
َ ُ‫َُْتس ُن ت‬
Maka ‘Umar mengutuskan Sa’ad agar datang
menghadapnya, lalu berkata, “Wahai Abu Ishaq (nama gelaran
Sa’ad bin Abu Waqash), sesungguhnya mereka (warga Kufah)
menuduh bahawa kamu tidak bagus dalam perlaksanaan solat
(sebagai imam).”

‫صَلََة‬ ِِ ِ ‫اَّلل فَِإِّن ُكْنت أ‬


ِ َ ‫قَ َال أَبُو إِ ْس َح‬
َ ‫ُصلِي ِب ْم‬ َ ُ ِ َّ ‫ أ ََّما أ َََن َو‬:‫اق‬
،‫صَلَ َة العِ َش ِاء‬ ِ ‫ أ‬،‫اَّلل صلَّى هللا علَي ِه وسلَّم ما أَخ ِرم عْن ها‬
َ ‫ُصلِي‬
َ َ َ ُ ْ َ َ َ َ ْ َ ُ َ َّ ‫َر ُسول‬
ِ ِ

376
ِ َْ‫ُخري‬
.‫ي‬ ِ ُّ ‫ي َوأ ُِخ‬
ِ ْ َ‫فَأَرُك ُد ِِف اْلُولَي‬
َ ْ ‫ف ِف اْل‬ ْ
Abu Ishaq menjawab, “Adapun aku, maka Demi Allah!
Sesungguhnya aku memimpin solat mereka sebagaimana solat
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, tidaklah aku
menguranginya. (Apabila) aku memimpin solat Isyak, aku
memanjangkan dua rakaat pertama dan memendekkan dua
rakaat terakhir (sebagaimana solat Rasulullah).”

َ ‫ك ََي أ ََِب إِ ْس َح‬


.‫اق‬ َ ِ‫ َذ َاك الظَّ ُّن ب‬:‫قَ َال‬
Berkata ‘Umar, “Kami juga menjangkakan yang
sedemikian wahai Abu Ishaq (bahawa kamu akan mengikuti
sunnah Rasulullah sepenuhnya).”

‫ فَ َسأ ََل َعْنهُ أ َْه َل ال ُكوفَ ِة‬،‫فَأ َْر َس َل َم َعهُ َر ُج ًَل أ َْو ِر َج ًاَل إِ ََل ال ُكوفَ ِة‬
.‫ َويُثْ نُو َن َم ْع ُروفًا‬،ُ‫َوََلْ يَ َد ْع َم ْس ِج ًدا إََِّل َسأ ََل َعْنه‬
Maka ‘Umar mengutus bersama Abu Ishaq seorang atau
beberapa orang ke Kufah dan mereka bertanya kepada warga
Kufah tentang tuduhan ke atas Sa’ad bin Abu Waqash. Tidaklah
mereka memasuki satu masjid pun melainkan mereka bertanya
377
tentang Sa’ad sementara jawapan yang mereka perolehi
hanyalah pujian dan kebaikan tentang Sa’ad.

ٍ ‫َح ََّّت َد َخل َم ْس ِج ًدا لِبَ ِّن َعْب‬


ُ ‫ فَ َق َام َر ُج ٌل ِمْن ُه ْم يُ َق‬،‫س‬
ُ‫ال لَه‬ َ
:‫ُس َامةُ بْ ُن قَتَ َاد َة يُ ْك َن أ ََِب َس ْع َد َة قَ َال‬
َ‫أ‬
Sehinggalah mereka memasuki masjid Bani ‘Abs, maka
berdirilah seorang lelaki daripada kalangan jemaah masjid itu.
Dikatakan namanya ialah Usamah bin Qatadah, gelarannya
ialah Abu Sa’dah. Dia berkata,

‫ َوَلَ يَ ْق ِس ُم‬،‫لس ِريَِّة‬


َّ ‫أ ََّما إِ ْذ نَ َش ْدتَنَا فَِإ َّن َس ْع ًدا َكا َن َلَ يَ ِسْيُ ِِب‬
ِ ‫ وَلَ ي ع ِد ُل ِِف ال َق‬،‫لس ِويَِّة‬
!‫ضيَّ ِة‬ ْ َ َ َّ ‫ِِب‬
“Jika kalian meminta pendapat kami, maka
sesungguhnya Sa’ad (bin Abu Waqash) tidak turut serta dalam
pasukan perang, tidak membahagi secara sama rata (harta
rampasan perang) dan tidak bersikap adil dalam
penghukuman!”

ِ
ٍ َ‫اَّلل َْل َْدعو َّن بِثََل‬
‫ اللَّ ُه َّم إِ ْن َكا َن َعْب ُد َك َه َذا‬:‫ث‬ َ ُ َّ ‫ أ ََما َو‬:‫قَ َال َس ْع ٌد‬
378
ِ َ ‫ضهُ ِِب ِلف‬
!‫ت‬ ِ ‫ وأ‬،‫َطل عمره‬
ْ ‫ َو َعِِر‬،ُ‫َط ْل فَ ْقَره‬ ِ ِ ِ
َ ُ َ ْ ُ ْ ‫ فَأ‬،ً‫ قَ َام رََيءً َو َُسْ َعة‬،‫َكاذ ًِب‬
Berkata Sa’ad (bin Abu Waqash), “Demi Allah! Aku akan
berdoa dengan tiga perkara. Ya Allah, jika hamba kamu ini
(Usamah bin Qatadah) berdusta dan berdiri semata-mata bagi
meraih pujian, maka panjangkanlah umurnya, panjangkanlah
kemiskinannya dan dedahkanlah dia kepada pelbagai jenis
fitnah!”

ُ ‫َوَكا َن بَ ْع ُد إِ َذا ُسئِ َل يَ ُق‬


َ ‫ أ‬،‫ َشْي ٌخ َكبِْيٌ َم ْفتُو ٌن‬:‫ول‬
ُ‫َصابَْت ِّن َد ْع َوة‬
.‫َس ْع ٍد‬
(Berkata Jabir bin Samurah), sesudah itu apabila ditanya
(tentang keadaannya, Usamah bin Qatadah) menjawab, “Aku
orang tua renta yang terkena fitnah, disebabkan doa Sa’ad.”

ِ ‫ قَ ْد س َق َط ح‬،‫ فَأ َََن رأَي ته ب ع ُد‬:‫ك‬


‫اجبَاهُ َعلَى َعْي نَ ْي ِه‬ ِ ِ‫قَ َال َعب ُد املل‬
َ َ ْ َ ُ ُْ َ َ ْ
‫ض لِْل َج َوا ِري ِِف الطُُّرِق يَ ْغ ِم ُزُه َّن‬ ِ ِ
ُ ‫ َوإِنَّهُ لَيَ تَ َعَّر‬،‫م َن الك َِِب‬
Berkata ‘Abdul Malik, “Aku pernah melihatnya sesudah
itu. Sungguh bulu keningnya jatuh menutupi matanya

379
disebabkan umur yang tua dan sesungguhnya dia mengganggu
dan menyindir anak-anak perempuan kecil di jalan-jalan
(sehingga menjadi fitnah ke atas dirinya sendiri).”196

Kisah Ketiga:

Urwah bin al-Zubair menceritakan,

َ ‫أَنَّهُ أ‬
‫َخ َذ‬ ‫يد بْ ِن َزيْ ٍد‬
ِ ِ‫ َّادعت علَى سع‬،‫س‬
َ َ ْ َ ٍ ْ‫ت أ َُوي‬ َ ‫َن أ َْرَوى بِْن‬
َّ ‫أ‬
ْ ‫اص َمْتهُ إِ ََل َم ْرَوا َن بْ ِن‬
.‫اِلَ َك ِم‬ ِ ِ
َ ‫ فَ َخ‬،‫َشْي ئًا م ْن أ َْرض َها‬
Arwa binti Uwais mengadu tentang Sa’id bin Zaid
bahawa kononnya dia mengambil sebahagian daripada
tanahnya, lalu Azwa membawa kes ini kepada Marwan bin al-
Hakam.

ِ ِ ِ ِ ِ
ُ ‫آخ ُذ م ْن أ َْرض َها َشْي ئًا بَ ْع َد الَّذي ََس ْع‬
‫ت‬ ُ ‫ت‬ُ ‫ أ َََن ُكْن‬:‫فَ َق َال َسعي ٌد‬

196
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
713/755 (Kitab al-Azan, Bab wajib membaca surah al-Fatihah bagi imam dan
makmum dalam setiap solat, baik di tempat sendiri mahupun musafir, baik solat
secara kuat mahupun perlahan).
380
‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم؟‬ ِ ِ ِ
َ ‫م ْن َر ُسول هللا‬
Sa’id berkata, “Apakah aku akan mengambil sebahagian
daripada tanahnya sesudah aku mendengar (peringatan)
daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam?”

‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم؟‬ ِ ِ ِ ‫ وما ََِسع‬:‫قَ َال‬


َ ‫ت م ْن َر ُسول هللا‬
َ ْ ََ
Marwan bertanya, “Apakah yang kamu dengar
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam?”

‫َخ َذ‬ ُ ‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم يَ ُق‬ ِ َ ‫ ََِسعت رس‬:‫قَ َال‬
َ ‫ َم ْن أ‬:‫ول‬ َ ‫ول هللا‬ َُ ُ ْ
ِ ِ ‫ِش ْ ًِبا ِم َن ْاْل َْر‬
َ ‫ طُِِوقَهُ إِ ََل َسْب ِع أ ََرض‬،‫ض ظُْل ًما‬
.‫ي‬
Sa’id menjawab, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam bersabda, “Sesiapa yang mengambil sejengkal
tanah secara zalim, (pada hari Akhirat kelak, lehernya) akan
dikalung dengan tujuh lapisan bumi.”

.‫ك بَيِِنَةً بَ ْع َد َه َذا‬


َ ُ‫َسأَل‬
ْ ‫ ََل أ‬:‫فَ َق َال لَهُ َم ْرَوا ُن‬
Berkata Marwan kepada Sa’id, “Aku tidak akan meminta
bukti lagi sesudah ini.”
381
.‫صَرَها َواقْ تُ ْل َها ِِف أ َْر ِض َها‬ ِ َ‫ الله َّم إِ ْن َكان‬:‫فَ َق َال‬
َ َ‫ت َكاذبَةً فَ َع ِِم ب‬
ْ ُ
Lantas Sa’id berdoa, “Ya Allah jika dia berdusta, maka
butakanlah matanya dan matikanlah dia di tanahnya itu.”

‫ص ُرَها ُْثَّ بَْي نَا ِه َي َتَْ ِشي ِِف‬


َ َ‫ب ب‬
َ ‫ت َح ََّّت َذ َه‬ ْ َ‫ فَ َما َمات‬:‫قَ َال‬
ِ
.‫ت‬ْ َ‫ت ِِف ُح ْفَرٍة فَ َمات‬ْ ‫أ َْرض َها إِ ْذ َوقَ َع‬
Berkata Urwah bin al-Zubair, “Maka tidaklah wanita itu
mati melainkan dalam keadaan telah hilang penglihatannya.
Kemudian ketika dia berjalan-jalan di tanahnya, dia terjatuh ke
dalam lubang lalu mati.”197

197
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
3022/1610 (Kitab al-Musaqah, Bab haram berlaku zalim dan merampas tanah,
dan sebagainya).
382
Soalan: Apakah Kaitan Antara Doa Dan Usaha?

Jawapan:

Doa dan usaha berlaku secara bergandingan dan selari. Ia


tidak boleh diasingkan, bermaksud tidak boleh berdoa sahaja
tanpa usaha dan tidak boleh berusaha sahaja tanpa doa. Bahkan
hendaklah terus berusaha meskipun sudah terdapat tanda-tanda
bahawa apa yang didoakan sudah hampir dimakbulkan.

Inilah yang ditunjukkan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi


wasallam apabila berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala
tatkala menghadapi Perang Badar. Meskipun Allah sudah
mengkhabarkan bahawa Dia akan menurunkan tentera malaikat
bagi membantu pasukan umat Islam, baginda bersama
pasukannya tetap mara ke medan perang dan bersungguh-
sungguh melawan musuh.

Perhatikan hadis berikut yang diceritakan oleh Umar bin


al-Khaththab radhiallahu 'anh,

‫َو َسلَّ َم إِ ََل‬ ‫اَّللُ َعلَْي ِه‬


َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬ُ ‫لَ َّما َكا َن يَ ْوُم بَ ْد ٍر نَظََر َر ُس‬
َ ‫اَّلل‬
383
.‫ث ِمائٍَة َوتِ ْس َعةَ َع َشَر َر ُج ًَل‬
ُ ‫َص َحابُهُ ثَََل‬ ٌ ْ‫ي َوُه ْم أَل‬
ْ ‫ف َوأ‬
ِ
َ ‫الْ ُم ْش ِرك‬
Pada hari terjadinya Perang Badar, Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam melihat kepada tentera musyrikin
dan mereka berjumlah seribu orang sementara para
sahabatnya berjumlah tiga ratus sembilan belas orang.

‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم الْ ِقْب َلةَ ُْثَّ َم َّد يَ َديِْه‬


َّ ‫صلَّى‬
َ ‫اَّلل‬
َِّ ‫فَاست ْقبل نَِِب‬
ُّ َ َ َ ْ
.‫ف بَِربِِِه‬ ِ
ُ ‫فَ َج َع َل يَ ْهت‬
Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beralih
menghadap kiblat, kemudian menadah kedua tangannya bagi
merayu kepada Tuhan-nya,

ْ ِ‫آت َما َو َع ْدتَِّن اللَّ ُه َّم إِ ْن ُْتْل‬


‫ك‬ ِ ‫َْنز ِل ما وع ْدتَِّن اللَّه َّم‬
ُ
ِ
َ َ َ ْ ْ ‫اللَّ ُه َّم أ‬
.‫ض‬ ِْ ‫صابَةَ ِم ْن أ َْه ِل‬
ِ ‫اْل ْس ََلِم ََل تُ ْعبَ ْد ِِف ْاْل َْر‬ ِ ِِ
َ ‫َهذه الْع‬
“Ya Allah, laksanakanlah bagiku apa yang Engkau
janjikan kepadaku. Ya Allah, berilah apa yang Engkau janjikan
kepadaku. Ya Allah, jika musnah pasukan umat Islam ini,
nescaya tidak ada lagi orang yang akan menyembah-Mu di

384
bumi ini.”

ِ ِ ِ ِ ِ
ُ‫ف بَِربِِه َم ًّادا يَ َديْه ُم ْستَ ْقبِ َل الْقْب َلة َح ََّّت َس َق َط ِرَد ُاؤه‬
ُ ‫فَ َما َز َال يَ ْهت‬
.‫َخ َذ ِرَداءَهُ فَأَلْ َقاهُ َعلَى َمْن ِكبَ ْي ِه‬ ِ ِ
َ ‫ فَأ َََتهُ أَبُو بَ ْك ٍر فَأ‬.‫َع ْن َمْنكبَ ْيه‬
Demikianlah baginda berterusan merayu kepada Tuhan-
nya sambil menadah kedua tangannya dengan menghadap
kiblat sehingga terjatuh selendang baginda dari bahunya. Maka
Abu Bakar datang mengambil selendang baginda itu dan
meletakkannya semula di atas bahu baginda.

َِّ ‫ َي نَِِب‬:‫ُْثَّ الْت زمه ِمن ورائِِه وقَ َال‬


ُ‫ك فَِإنَّه‬
َ َّ‫ك َرب‬
َ ُ‫اش َدت‬
َ َ‫اك ُمن‬
َ ‫اَّلل َك َف‬ َّ َ َ َ َ ْ ُ َ َ َ
.‫ك َما َو َع َد َك‬ ِ
َ َ‫َسيُ ْنج ُز ل‬
Kemudian Abu Bakar yang sentiasa mengikuti belakang
Rasulullah berkata, “Wahai Nabi Allah, kiranya sudah cukuplah
munajat anda kepada Allah kerana Dia pasti akan
melaksanakan apa yang dijanjikan-Nya kepada anda.”

ِ
ِِ‫اب لَ ُك ْم أ‬
‫َّن‬ ْ َ‫اَّللُ َعَّز َو َج َّل ((إِ ْذ تَ ْستَغيثُو َن َربَّ ُك ْم ف‬
َ ‫استَ َج‬ َّ ‫فَأَنْ َزَل‬
.))‫ي‬ ِِ ِ ِ ِ ٍ ْ‫ُِمِ ُّد ُكم ِِبَل‬
َ ‫ف م ْن الْ َم ََلئ َكة ُم ْردف‬ ْ
385
Maka Allah ‘Azza wa Jalla menurunkan ayat, (ingatlah),
ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, maka
diperkenankan bagimu (dengan firman-Nya), “Sesungguhnya
Aku akan membantu kepada kamu dengan seribu malaikat
yang datang berturut-turut”. (al-Anfaal 8:09).198

198
Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim
dalam Shahihnya, hadis no.: 3309/1763 (Kitab al-Jihad wa al-Siyar, Bab
perutusan bantuan malaikat dalam Perang Badar dan keizinan mengambil
rampasan perang).
386
Soalan: Apakah Hukum Meminta Pertolongan
Kepada Selain Allah?

Jawapan:

Meminta pertolongan kepada selain Allah terbahagi


kepada dua jenis. Pertama, meminta pertolongan dalam perkara
yang merupakan hak Allah semata-mata. Maka dalam jenis
pertama ini, meminta pertolongan kepada selain Allah adalah
syirik besar. Contoh perkara yang merupakan hak Allah semata-
mata adalah seperti meminta diampunkan dosa, dilapangkan
rezeki, diberi hidayah dan dikeluarkan daripada sesuatu kesulitan
hidup.

Sesiapa yang berdoa, menyeru dan mengadu kepada


makhluk dalam perkara-perkara yang merupakan hak Allah
semata-mata, dia melakukan syirik besar kepada Allah.
Contohnya, orang yang berdoa kepada sekian-sekian manusia
yang dianggapnya wali atau orang yang menangis, mengadu dan
merayu meminta pertolongan di sisi kubur si fulan yang
dianggapnya memiliki keramat.
387
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

‫ين تَ ْدعُو َن ِم ْن ُدونِِه َما َيَْلِ ُكو َن‬ ِ َّ ‫اَّلل ربُّ ُكم لَه الْمْل‬
َ ‫ك َوالذ‬
ُ ُ ُ ْ َ َُّ ‫َذل ُك ُم‬
ِ
.‫ِم ْن قِطْ ِم ٍْي‬
Yang (berbuat) demikian itulah Allah, Rabb kamu.
Kepunyaan-Nya-lah segala kerajaan. Dan orang-orang yang
kamu doa selain Allah tidak memiliki apa-apa walaupun setipis
kulit ari.

ِ
‫استَ َجابُوا لَ ُك ْم‬
ْ ‫وه ْم ََل يَ ْس َمعُوا ُد َعاءَ ُك ْم َولَ ْو ََسعُوا َما‬ ُ ُ‫إِ ْن تَ ْدع‬
.‫َويَ ْوَم الْ ِقيَ َام ِة يَ ْك ُف ُرو َن بِ ِش ْركِ ُك ْم‬
Jika kamu berdoa kepada mereka, mereka tidak
mendengar seruanmu. Dan kalaupun mereka mendengar,
mereka tidak dapat memakbulkan permintaanmu. Pada Hari
Kiamat kelak mereka (yang kamu doa itu) akan mengingkari
kesyirikanmu. [Fathir 35:13-14]

‫يب لَهُ إِ ََل يَ ْوِم‬ ِ َِّ ‫ون‬ِ ‫َض ُّل ِِمَّن ي ْدعو ِمن د‬
ُ ‫اَّلل َم ْن ََل يَ ْستَج‬ ُ ْ ُ َ ْ َ ‫َوَم ْن أ‬
.‫الْ ِقيَ َام ِة َوُه ْم َع ْن ُد َعائِ ِه ْم َغافِلُو َن‬
388
Dan siapakah yang lebih sesat berbanding orang yang
berdoa kepada selain Allah, yang tidak dapat memakbulkan
doanya sehinggalah ke Hari Kiamat sementara makhluk-
makhluk itu pula lalai daripada doa mereka.

ِ ِِ ِ ِ ِ ‫وإِذَا ح‬
َ ‫َّاس َكانُوا ََلُْم أ َْع َداءً َوَكانُوا بعبَ َادْت ْم َكاف ِر‬
.‫ين‬ ‫ن‬ ‫ال‬
ُ َ ُ َ ‫ر‬ ‫ش‬
Dan apabila manusia dikumpulkan (pada Hari Kiamat)
nescaya makkhluk-makhluk itu menjadi musuh mereka dan
mengingkari peribadatan199 mereka. [al-Ahqaf 46:5-6]

Kedua, meminta pertolongan dalam perkara yang


merupakan urusan manusia. Maka dalam jenis kedua ini,
dibolehkan meminta pertolongan sesama manusia. Contohnya,
meminta rakan menolong mengangkat benda berat, meminta
guru mengajar sesuatu yang tidak difahami dan bertanyakan
orang tentang arah jalan.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah meminta


pertolongan sesama manusia. Contohnya ketika berhijrah dari

199
Dikatakan sedemikian kerana doa adalah satu ibadah, sebagaimana
yang telah dijelaskan di awal buku ini.
389
Mekah ke Madinah, Rasulullah dan Abu Bakar radhiallahu ‘anh
telah meminta pertolongan ‘Abdullah bin Uraiqith al-Diyliy (ً‫عبدًهللا‬
‫ )بن ًأريقط ًالديلي‬bagi membawa mereka melalui jalan rahsia yang
tidak diketahui oleh musuh.

Namun semua ini dengan catatan, berjaya atau tidak


permintaan pertolongan itu bergantung kepada kehendak dan
izin Allah. Jika Allah kehendaki dan izinkan, pertolongan itu akan
berjaya diperolehi. Jika tidak, maka pertolongan itu akan gagal
diperolehi.

Sehinggakan, jika semua manusia berhimpun dan


bekerjasama bagi menolong anda, pertolongan itu tidak akan
menjadi jika Allah tidak izinkan. Demikianlah juga sebaliknya, jika
semua manusia berhimpun dan bekerjasama bagi memudaratkan
anda, kemudaratan itu tidak akan menjadi jika Allah tidak izinkan.

Oleh itu meskipun melibatkan sesuatu urusan sesama


manusia, hendaklah dimulai dengan berdoa kepada Allah.
Contohnya, berdoalah, “Ya Allah, permudahkanlah urusanku
mengangkat barang-barang pada hari ini. Hadirkanlah orang-

390
orang yang sudi membantuku”, “Ya Allah, berilah aku kefahaman
dalam subjek ini” atau “Ya Allah, permudahkanlah pemanduan
aku hari ini. Peliharalah aku daripada tersesat jalan.” Kemudian
apabila perlu, mintalah pertolongan sesama manusia dengan
meletakkan harapan kepada Allah agar permintaan itu berjaya
diperolehi.

Ambillah iktibar daripada hadis berikut daripada ‘Abdullah


ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma,

‫ ََي‬:‫ فَ َق َال‬،‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم يَ ْوًما‬


َّ ‫صلَّى‬ َِّ ‫ول‬ِ ‫ف رس‬
َ ‫اَّلل‬ ُ َ َ ‫ت َخْل‬
ُ ‫ُكْن‬
ٍ ‫ك َكلِم‬ ِ ِ
،‫ات‬ َ َ ‫غُ ََل ُم إِِّن أ َُعلِ ُم‬
Aku pernah berada di belakang Rasulullah shallallahu
‘alaihi wassalam pada suatu hari, lalu baginda bersabda,
“Wahai anak muda! Sesungguhnya aku akan mengajarimu
beberapa kalimat,

،‫ك‬ َّ ‫اح َف ِظ‬


َ ْ‫اَّللَ ََْي َفظ‬ ْ

391
Jagalah Allah nescaya Dia menjagamu,200

،‫ك‬
َ ‫اه‬ ِ َّ ‫اح َف ِظ‬
َ ‫اَّللَ ََت ْدهُ ََُت‬ ْ
Jagalah Allah nescaya kau menemui-Nya di
hadapanmu,201

َِّ ‫ وإِ َذا است عْنت فَاستعِن ِِب‬،‫اَّلل‬ ِ َ‫ت ف‬


،‫َّلل‬ ْ َ ْ َ َ َ ْ َ ََّ ‫اسأَل‬ ْ َ ْ‫إِ َذا َسأَل‬
Apabila kau meminta, mintalah pada Allah dan apabila
kau meminta pertolongan, mintalah kepada Allah,

َ ُ‫وك بِ َش ْي ٍء ََلْ يَْن َفع‬


‫وك‬ َ ُ‫ت َعلَى أَ ْن يَْن َفع‬
ْ ‫اجتَ َم َع‬ َّ ‫َو ْاعلَ ْم أ‬
ْ ‫َن اْل َُّمةَ لَ ْو‬
،‫ك‬ َّ ُ‫إََِّل بِ َش ْي ٍء قَ ْد َكتَ بَه‬
َ َ‫اَّللُ ل‬
Ketahuilah bahawasanya jika manusia berhimpun bagi
memberi sesuatu manfaat kepadamu, tidaklah mereka dapat
memberi apa jua manfaat kepadamu melainkan apa yang telah

200
Maksudnya pelihara hukum-hukum Allah, baik yang merupakan
perintah atau larangan, nescaya Allah akan memelihara kamu.
201
Maksudnya pelihara hukum-hukum Allah, baik yang merupakan
perintah atau larangan, nescaya Allah akan sentiasa membantu dan
membimbing kamu.
392
Allah taqdirkan bagimu,

‫وك إََِّل بِ َش ْي ٍء قَ ْد‬


َ ‫ضُّر‬ ٍ
ُ َ‫وك بِ َش ْيء ََلْ ي‬ ُ َ‫اجتَ َمعُوا َعلَى أَ ْن ي‬
َ ‫ضُّر‬ ْ ‫َولَ ْو‬
،‫ك‬ َ ‫اَّللُ َعلَْي‬
َّ ُ‫َكتَ بَه‬
Dan jika (manusia) berhimpun bagi memberikan sesuatu
mudarat ke atasmu, tidaklah mereka dapat memberi apa jua
mudarat ke atasmu melainkan apa yang telah Allah taqdirkan
ke atasmu.

ِ ِ
.‫ف‬
ُ ‫الص ُح‬
ُّ ‫ت‬ْ ‫ُرف َعت اْلَقْ ََل ُم َو َج َّف‬
Pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah
kering.”202

202
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
berkata, “Hadis ini hasan sahih.” Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih
Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 2440/2516 (Kitab Shifat al-Qiyamat, wa al-
Raqa’iq, wa al-Wara’i ‘an Rasulullah).
393
Soalan: Kenapa Berdoa Jika Semuanya Sudah
Ditakdirkan?

Jawapan:

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah


menyatakan,

.‫يد ِِف الْعُ ْم ِر إَِلَّ الِْ ُِّب‬ َ ‫ضاءَ إَِلَّ الد‬


ُ ‫ُّعاءُ َوَلَ يَِز‬ َ ‫َلَ يَ ُرُّد الْ َق‬
Tidak ada yang dapat mencegah takdir melainkan doa
dan tidak ada yang menambahi umur melainkan amal
kebaikan.203

Malah baginda sendiri lazim berdoa, sebagaimana ungkap


Abu Hurairah radhiallahu 'anh,

‫ض ِاء‬ ِ ِ
َ ‫َو َسلَّ َم َكا َن يَتَ َع َّوذُ م ْن ُسوء الْ َق‬ ‫اَّللُ َعلَْي ِه‬
َّ ‫صلَّى‬ َّ ‫أ‬
َّ ِ‫َن الن‬
َ ‫َِّب‬
203
Hasan: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
berkata, “Hadis ini hasan gharib.” Ia dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih
Sunan al-Tirmizi, hadis no: 2065/2139 (Kitab al-Qadar, Bab takdir tidak boleh
ditolak kecuali dengan doa). Sementara itu Syu’aib al-Arna’uth dan ‘Abd al-
Latheif Harzallah menilainya hasan li ghairihi dalam semakan mereka ke atas
al-Jami’ al-Kabir (nama lain bagi Sunan al-Tirmizi), hadis no.: 2276.
394
.‫َع َد ِاء َوِم ْن َج ْه ِد الْبََلَِء‬ ِ َّ ‫وِمن در ِك‬
ْ ‫الش َقاء َوِم ْن ََشَاتَِة اْل‬ ََ ْ َ
Bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam lazim
berdoa untuk berlindung daripada taqdir buruk, kesialan, cacian
musuh dan daripada ujian yang menyusahkan.204

Oleh itu berdasarkan perkataan dan perbuatan Rasulullah,


maka doa benar-benar dapat memberi pengaruh kepada takdir.
Bagi memahami perkara ini, hendaklah diketahui bahawa takdir
terbahagi kepada dua:

• Pertama adalah taqdir mubram, ia adalah takdir


muktamad yang tertulis sejak 50,000 tahun sebelum
penciptaan langit dan bumi. Ia tersimpan di Luh Mahfuz
dan tidak menerima apa-apa pengurangan, penambahan
atau ubah suai padanya.

204
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no:
4880/2707 (Kitab al-Zikr, al-Dua, al-Taubat wa al-Istighfar, Bab berlindung
dari buruknya takdir buruk dan kesialan).
Penjelasan tambahan: Semua takdir Allah adalah baik. Namun di sisi
manusia, kerana tidak faham hikmah Allah di sebalik sesuatu takdir, akan
menganggapnya buruk.
395
• Kedua adalah taqdir mu’allaq, ia adalah beberapa arahan
daripada taqdir mubram dari masa ke semasa untuk
dilaksanakan oleh malaikat ke atas alam ini, termasuklah
ke atas manusia.

Dalil bagi kedua-dua jenis takdir ini adalah firman Allah


Subhanahu wa Ta'ala,

ِ َ‫ت و ِعْن َدهُ أ ُُّم الْ ِكت‬


.‫اب‬ ِ
َ ُ ‫اَّللُ َما يَ َشاءُ َويُثْب‬
َّ ‫َيَْ ُحو‬
Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan
menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan di sisi-Nya-lah
terdapat Umm al-Kitab (Luh Mahfuzh). [al-Rad 13:39]

Firman Allah, “Allah menghapuskan apa yang Dia


kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki)” merujuk
kepada taqdir mu’allaq.

Firman Allah, “Dan di sisi-Nya-lah terdapat Umm al-Kitab


(Luh Mahfuzh)” merujuk kepada taqdir mubram.

Contoh lain tentang taqdir mu’allaq adalah firman Allah


Subhanahu wa Ta'ala tentang peranan malaikat pada malam al-

396
Qadar (Lailatul Qadar),

.‫إِ ََّن أَنْ َزلْنَاهُ ِِف لَْي لَ ِة الْ َق ْد ِر‬


Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini
pada Malam al-Qadar (Lailatul-Qadar),

‫َوَما أ َْد َر َاك َما لَْي لَةُ الْ َق ْد ِر؟‬


Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia
(kebesaran) Malam al-Qadar itu?

ِ ْ‫لَْي لَةُ الْ َق ْد ِر َخ ْْي ِمن أَل‬


.‫ف َش ْه ٍر‬ ْ ٌ
Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

.‫وح فِ َيها ِبِِ ْذ ِن َرِِبِِ ْم ِم ْن ُك ِِل أ َْم ٍر‬ُّ ‫تَنَ َّزُل الْ َم ََلئِ َكةُ َو‬
ُ ‫الر‬
Pada malam itu, turun para malaikat dan Jibril dengan
izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang
ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

.‫َس ََل ٌم ِه َي َح ََّّت َمطْلَ ِع الْ َف ْج ِر‬


Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit

397
fajar! [al-Qadar 97:1-5]

Oleh itu hendaklah kita terus berdoa dengan yakin kerana


doa dapat memberi pengaruh kepada taqdir mu’allaq. Sejauh
mana pengaruh tersebut, ia bergantung kepada kehendak dan
hikmah Allah Subhanahu wa Ta'ala. Apa yang penting adalah kita
terus berdoa dengan yakin dan terus berusaha secara sungguh-
sungguh kerana kedua-dua perbuatan ini disuruh oleh Allah dan
Rasulullah. Seandainya doa dan usaha tidak memberi pengaruh
ke atas takdir, nescaya Allah dan Rasulullah tidak akan menyuruh
kita melakukannya.205

Penjelasan Tambahan

Berdasarkan penjelasan di atas dan surah al-Qadar,


hendaklah memperbanyakkan dan bersungguh-sungguh berdoa
pada 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Ini kerana pada malam
tersebut para malaikat membawa turun taqdir mu’allaq bagi
urusan setahun yang akan datang sementara doa akan dapat

205
Lebih lanjut, jemput mengkaji buku penulis berjudul 47 Persoalan
Qadar dan Qadha terbitan Jahabersa, atau boleh dimuat turun di
www.hafizfirdaus.com
398
memberi pengaruh kepada takdir tersebut. Lebih lanjut tentang
keutamaan berdoa pada waktu malam, sila ulangkaji soalan
sebelum ini, Apakah Keutamaan Berdoa Pada Waktu Malam?

399
Soalan: Apakah Doa Istikharah?

Jawapan:

Doa Istikharah adalah seseorang itu membuat pilihan


perkara yang penting dalam kehidupannya, lalu dia solat sunat
dua rakaat dan berdoa kepada Allah agar pilihannya adalah betul,
dipermudahkan dan diberkati Allah. Kemudian dia berusaha
bersungguh-sungguh bagi menjayakan pilihannya sambil yakin
bahawa itulah yang terbaik baginya.

Doa Istikharah merupakan salah satu cara seseorang itu


membuktikan tauhidnya kepada Allah, di mana dia meletakkan
keyakinan dan kebergantungan pada Allah Subhanahu wa Ta'ala
dalam pilihan serta urusan kehidupannya.

Doa Istikharah bukanlah apabila seseorang itu keliru


antara dua atau lebih pilihan lalu dia berdoa meminta petunjuk
pilihan manakah yang betul. Hasil doa Istikharah juga tiada kaitan
dengan mimpi atau kejadian buruk. Semua itu hanyalah
kepercayaan sebahagian masyarakat kita.

400
Lebih lanjut tentang doa Istikharah, marilah kita mengkaji
hadis berikut. Jabir bin ‘Abdullah radhiallahu 'anh menceritakan,

َ‫َص َحابَهُ ِاَل ْستِ َخ َارة‬ ِ ِ


ْ ‫صلَّى هللاُ َعلَْيه َو َسلَّ َم يُ َعلِ ُم أ‬
َِّ ‫ول‬
َ ‫اَّلل‬ ُ ‫َكا َن َر ُس‬
:‫ول‬ ِ ‫السورَة ِمن ال ُقر‬
ُ ‫آن يَ ُق‬ ُّ ‫م‬‫ه‬ ‫م‬ِ‫ َكما ي عل‬،‫ِِف اْلُموِر ُكلِِها‬
ِ
ْ َ َ ُ ُ َُ َ َ ُ ُ
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah mengajar
para sahabatnya al-Istikharah dalam setiap urusan
sebagaimana baginda mengajar mereka surah daripada al-
Qur’an. Baginda bersabda,

َّ‫ ُْث‬،‫يض ِة‬ ِ ِ َ‫إِ َذا ه َّم أَح ُد ُكم ِِبْلَم ِر فَ ْلْيَكع رْكعت‬
َ ‫ي م ْن َغ ِْْي ال َف ِر‬ْ َ َ ْ َْ ْ ْ َ َ
:‫لِيَ ُق ْل‬
“Jika salah seorang kalian memiliki urusan yang berat
atau penting, laksanakanlah solat dua rakaat yang bukan wajib,
kemudian berdoalah,

‫ك ِم ْن‬ ِ ‫اللَّه َّم إِِّن أَست ِخْي َك بِعِْل ِمك وأ‬


َ ُ‫َسأَل‬
ْ ‫ َوأ‬،‫ك‬ َ ِ‫َستَ ْقد ُرَك بُِق ْد َرت‬
ْ ََ ُ َْ ِ ُ
ِ ‫ت َع ََّلم الغُي‬ ِ ِ ِ ْ َ‫ف‬
،‫وب‬ َ َّ‫ك فَِإن‬
ُ ُ َ ْ‫ َوأَن‬،‫ َوتَ ْعلَ ُم َوَلَ أ َْعلَ ُم‬،‫ك تَ ْقد ُر َوَلَ أَقْد ُر‬ َ ‫ضل‬
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pilihan-Mu
401
dengan ilmu-Mu, aku memohon kemampuan-Mu dengan
kekuasaan-Mu dan aku memohon kepada-Mu daripada
kurniaan-Mu. Ini kerana sesungguhnya Engkaulah yang Maha
Berkuasa sementara aku tidak berkuasa, Engkaulah yang Maha
Mengetahui sementara aku tidak mengetahui dan Engkaulah
yang mengetahui segala urusan ghaib.

‫ َخ ْ ًْيا ِل ِِف‬- ‫ ُْثَّ تُ َس ِِم ِيه بِ َعْينِ ِه‬- ‫ت تَ ْعلَ ُم َه َذا اْل َْمَر‬
َ ‫اللَّ ُه َّم فَِإ ْن ُكْن‬
ِ ِِ ِ ِ ِِ ِ ِ
ُ‫ فَاقْ ُد ْرهُ ِل َويَ ِس ْره‬- ‫َعاج ِل أ َْم ِري َوآجله ِِف د ِيّن َوَم َعاشي َو َعاقبَة أ َْم ِري‬
،‫ ُْثَّ َِب ِرْك ِل فِ ِيه‬،‫ِل‬
Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini
(lalu disebutkan urusan tersebut) adalah baik bagi agamaku,
kehidupanku dan kesudahan urusanku, pada masa kini atau
kemudian, maka takdirkanlah bagiku dan permudahkanlah
bagiku, kemudian berkatilah aku padanya.

‫اشي َو َعاقِبَ ِة‬


ِ ‫اللَّه َّم وإِ ْن ُكْنت تَعلَم أَنَّه َشٌّر ِل ِِف ِد ِيّن ومع‬
َ ََ ُ ُْ َ َ ُ
ِِ ِ ِ
‫ث‬ ْ َ‫أ َْم ِري ِِف َعاج ِل أ َْم ِري َوآجله ف‬
ُ ‫ َواقْ ُد ْر ِل اْلَْ َْي َحْي‬،ُ‫اص ِرفْ ِّن َعْنه‬
.‫ض ِّن بِِه‬
ِِ ‫َكا َن ُْثَّ َر‬
402
Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa ia adalah
buruk bagi agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku,
pada masa kini atau kemudian, maka jauhilah ia daripadaku
dan takdirkanlah apa jua kebaikan bagiku, kemudian
jadikanlah aku reda dengannya”.”206

Terdapat beberapa perkara yang dapat dipelajari daripada


hadis ini. Pertama, hendaklah melazimkan diri melaksanakan
solat dan doa Istikharah apabila saja memiliki urusan yang
penting atau memberatkan di fikiran. Ini sebagaimana sabda
Rasulullah, “Jika salah seorang kalian memiliki urusan yang
berat atau penting…”

Penting dijelaskan bahawa solat dan doa Istikharah


hanyalah untuk perkara-perkara yang selari dengan syari’at Islam.
Tidak perlu beristikharah terhadap perkara yang menyelisihi
syari’at Islam. Sebagai contoh, seorang muslimat tidak perlu
beristikharah jika lelaki kenalannya sesuai dijadikan suami jika

206
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
6841/7390 (Kitab al-Tauhid, Bab firman Allah Ta’ala, “Dia-lah al-Qadar” (al-
An’aam 6:65)).
403
sejak awal lelaki itu merokok, mungkir janji atau mengucapkan
perkataan-perkataan buruk.

Kedua, Memulakan doa dengan nama-nama dan sifat-


sifat Allah yang indah lagi agung merupakan sesuatu yang
dianjurkan, sebagaimana yang telah dijelaskan dalam soalan,
Bagaimana Cara Memulakan Doa? Doa Istikharah adalah satu
contoh yang baik, di mana ia dimulakan dengan menyebut nama-
nama dan sifat-sifat Allah yang indah lagi agung.

Perhatikan permulaan doa, “Ya Allah, sesungguhnya aku


memohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, aku memohon
kemampuan-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon
kepada-Mu daripada kurniaan-Mu. Ini kerana sesungguhnya
Engkaulah yang Maha Berkuasa sementara aku tidak berkuasa,
Engkaulah yang Maha Mengetahui sementara aku tidak
mengetahui dan Engkaulah yang mengetahui segala urusan
ghaib.”

Dengan adanya permulaan ini, tidak perlu lagi memulakan


doa Istikharah dengan puji-pujian kepada Allah dan/atau selawat

404
ke atas Rasulullah.

Ketiga, perhatikan sabda Rasulullah di permulaan hadis di


atas: “Jika salah seorang kalian memiliki urusan yang berat atau
penting…”, bererti solat dan doa Istikharah dilaksanakan apabila
seseorang itu telah membuat pilihan dalam urusannya.

Rasulullah tidak bersabda umpama, “Jika salah seorang


daripada kalian ragu antara dua urusan…” atau, “Jika salah
seorang daripada kalian tidak tahu urusan yang manakah …”.

Perhatikan lafaz doa seterusnya: “Ya Allah, jika Engkau


mengetahui bahawa urusan ini (lalu disebutkan urusan
tersebut) adalah baik bagi agamaku…”. Rasulullah tidak
mengajar kita berdoa umpama, “Ya Allah, jika Engkau mengetahui
urusan manakah yang lebih baik bagiku….”

Justeru berdasarkan keseluruhan hadis, solat dan doa


Istikharah dilaksanakan apabila seseorang itu telah memilih
urusannya. Bukan apabila ragu urusan manakah yang patut
dipilihnya, sebagaimana yang lazim diamalkan oleh sebahagian
masyarakat kita.

405
Oleh itu jika menghadapi dua atau lebih pilihan,
hendaklah terlebih dahulu membuat satu pilihan yang diyakini
terbaik. Kemudian barulah melaksanakan solat dua rakaat diikuti
dengan doa Istikharah. Melalui doa tersebut, seseorang itu
memohon kepada Allah agar keputusannya itu adalah yang
terbaik bagi agama, kehidupan dan kesudahan, baik pada masa
kini atau akan datang.

Keempat, Doa Istikharah dilaksanakan selepas salam,


bukan sebelum salam. Ini berdasarkan sabda Rasulullah,
“…laksanakanlah solat dua rakaat yang bukan wajib, kemudian
berdoalah…”

Kelima, Sebelum berdoa, hendaklah melaksanakan solat


sunat dua rakaat sebagaimana sabda Rasulullah,
“…laksanakanlah solat dua rakaat yang bukan wajib…”.
Memandangkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
menyebut solat sunat dua rakaat secara umum, maka di sini ada
perincian:

(A) Jika sudah membuat pilihan dan kebetulan pada saat itu

406
terdapat solat sunat yang akan dilaksanakan, seperti solat
qabliyah dan ba’diyah bagi solat fardhu, solat Dhuha, solat
Tahiyatul Masjid, atau Qiamulail, maka dia melaksanakan
solat sunat tersebut dan kemudian baca doa Istikharah.

(B) Jika sudah membuat pilihan dan pada saat itu tidak
terdapat solat sunat yang akan dilaksanakan, maka
laksanakanlah solat sunat sebanyak dua rakaat dan
bacalah doa Istikharah selepas memberi salam. Boleh juga
menamakan solat sunat itu sebagai Solat al-Istikharah.207
Tidak ada lafaz niat atau bacaan surah-surah tertentu yang
disyari’atkan.

(C) Jika sudah membuat pilihan namun keadaan tidak


mengizinkan untuk solat, seperti sedang haid atau sedang
memandu, maka memadai membaca doa Istikharah
sahaja. Ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi

207
Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli ilmu, apakah solat sunat
dua rakaat itu merupakan solat sunat mutlak atau solat sunat khusus dengan
nama al-Istikharah? al-Tirmizi dan Ibn Majah berpendapat ia adalah solat sunat
khusus, berdasarkan penamaan bab yang mereka berikan dalam kitab Sunan
masing-masing.
407
wasallam dalam sebuah hadis lain,

ِ
ْ ‫َوإِ َذا أ ََم ْرتُ ُك ْم ِِب َْم ٍر فَأْتُوا مْنهُ َما‬
.‫استَطَ ْعتُ ْم‬
Dan apabila aku memerintahkan kalian dengan satu
urusan, maka laksanakanlah ia semampu mungkin.208

Keenam, urusan yang telah dipilih boleh disebut ketika


sedang berdoa sebagaimana hadis di atas. Boleh juga menyebut
selepas berdoa sebagaimana dalam sebuah hadis yang lain di
mana doanya adalah sama tetapi pada penghujungnya,

ِ ِِ ِِ ‫ث َكا َن ُْثَّ ر‬
ُ ‫ َواقْ ُد ْر ِل اْلَْ َْي َحْي‬...
َ ‫ َويُ َس ِمي َح‬.‫ض ِّن به‬
.ُ‫اجتَه‬ َ
…dan takdirkanlah apa jua kebaikan bagiku, kemudian
jadikanlah aku reda dengannya” dan disebutkan hajatnya.”209

Ketujuh, selepas berdoa Istikharah, teruskan usaha bagi


menjayakan apa yang telah menjadi pilihan. Allah Subhanahu wa

208
Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Bukhari
dalam Shahihnya, hadis no.: 6744/7288 (Kitab al-‘Itishoom bi al-Kitab wa al-
Sunnah, Bab mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah).
209
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
5903/6382 (Kitab al-Da’awat, Bab doa ketika Istikharah).
408
Ta'ala akan memudahkan usaha sebagaimana yang telah dipohon
dalam doa Istikharah, “…permudahkanlah bagiku…”.

Jika menghadapi kesukaran yang melebihi kebiasaan,


maka ia petanda bahawa apa yang telah menjadi pilihan adalah
tidak baik. Kesukaran itu adalah seperti mana yang didoakan,
“…maka jauhilah ia daripadaku.”

Hasil doa Istikharah tiada kaitan dengan mimpi atau


kejadian buruk. Semua itu hanyalah kepercayaan sebahagian
masyarakat kita.

Kelapan, lafaz doa “…maka takdirkanlah bagiku…”


merujuk kepada taqdir mu’allaq. Sila ulangkaji soalan Kenapa
Berdoa Jika Semuanya Sudah Ditakdirkan? bagi mengetahui
pengaruh doa ke atas takdir.

409
Soalan: Bolehkah Menarik Balik Doa?

Jawapan:

Manusia memang tidak asing daripada berbuat kesilapan


dan salah satu kesilapan itu adalah silap dalam berdoa. Ini boleh
berlaku kerana beberapa keadaan, seperti ketika sedang marah,
beremosi, mendapat maklumat yang tidak betul atau
menggunakan perkataan yang tidak tepat. Oleh itu boleh didapati
suasana ibu yang memarahi anak, suami yang memarahi isteri
dan majikan yang memarahi pekerja dengan mengeluarkan kata-
kata buruk seperti sebuah doa, hanya untuk dikesali sesudah itu.

Pada asalnya, hendaklah setiap Muslim melazimkan diri


menjauhi perkataan dan ucapan yang buruk supaya dalam
keadaan apa pun, yang terbit dari mulut dan jari-jemarinya
hanyalah yang baik-baik belaka.

Ummu Salamah radhiallahu 'anha menceritakan saat


Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam datang menziarahi jenazah
suaminya yang baru meninggal dunia,

410
‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َعلَى أَِِب َسلَ َمةَ َوقَ ْد َش َّق‬ ِ ُ ‫دخل رس‬
َ ‫ول هللا‬ ََََُ
َ ‫ فَأَ ْغ َم‬،ُ‫ص ُره‬
:‫ ُْثَّ قَ َال‬،ُ‫ضه‬ َ َ‫ب‬
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam datang
menziarahi Abu Salamah, ketika itu matanya masih terbeliak,
lalu baginda menutupinya. Kemudian baginda bersabda,

َ ِ‫وح إِ َذا قُب‬


َ َ‫ض تَبِ َعهُ الْب‬
.‫ص ُر‬ ُّ ‫إِ َّن‬
َ ‫الر‬
“Sesungguhnya ruh manusia apabila ia dicabut, akan
diikuti oleh mata.”

:‫ فَ َق َال‬،‫س ِم ْن أ َْهلِ ِه‬


ٌ ‫ض َّج ََن‬
َ َ‫ف‬
Lalu orang ramai daripada kalangan ahli keluarga beliau
mula riuh rendah,210 maka Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam berpesan,

‫ فَِإ َّن الْ َم ََلئِ َكةَ يُ َؤِِمنُو َن َعلَى‬،‫ََل تَ ْدعُوا َعلَى أَنْ ُف ِس ُك ْم إََِّل ِْبٍَْْي‬

210
Mungkin kerana mereka saling menyalahkan diri sendiri atau satu
sama lain kerana tidak terlebih dahulu menutupi mata Abu Salamah.
411
.‫َما تَ ُقولُو َن‬
“Janganlah berdoa ke atas diri kalian melainkan yang
baik-baik kerana sesungguhnya para malaikat mengaminkan ke
atas apa yang kalian katakan.”211

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah mendengar


seseorang yang mencela haiwan tunggangannya, lalu baginda
menyuruh dia turun dan meninggalkan tunggangan itu. Kemudian
baginda mengingatkan,

‫ َوََل تَ ْدعُوا‬،‫ َوََل تَ ْدعُوا َعلَى أ َْوََل ِد ُك ْم‬،‫ََل تَ ْدعُوا َعلَى أَنْ ُف ِس ُك ْم‬
‫يب‬ ِ ِ ِ ِ ِ ِ
ُ ‫ فَيَ ْستَج‬،ٌ‫اعةً يُ ْسأ َُل ف َيها َعطَاء‬ َ ‫ ََل تُ َواف ُقوا م َن هللا َس‬،‫َعلَى أ َْم َوال ُك ْم‬
.‫لَ ُك ْم‬
Janganlah mendoakan keburukan ke atas diri kalian,
janganlah mendoakan keburukan ke atas anak-anak kalian,
janganlah mendoakan keburukan ke atas harta benda kalian,

211
Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh Muslim
dalam Shahihnya, hadis no.: 1528/920 (Kitab al-Jana’iz, Bab menutup mata
orang mati dan mendoakannya ketika hadir (di sisi jenazah)).
412
agar (doa) kalian tidak bertepatan dengan satu masa daripada
Allah yang mana apabila kalian meminta sesuatu permintaan di
dalam waktu tersebut, dimakbulkan bagi kalian (doa keburukan
itu).212

Mendoakan keburukan tidak semestinya dimulakan


dengan “Ya Allah….” atau “Wahai tuhan…” tetapi terus kepada
ucapan-ucapan buruk seperti “Celakalah aku!”, “Engkau sial!”,
“Fuck you!” dan “You are so full of shit!”

Jika tersilap atau terlanjur dalam berdoa dan doa itu


hanya diketahui oleh dirinya, boleh menarik balik dengan berdoa
sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Nuh ‘alaihis salam,

‫س ِل بِِه ِعْل ٌم َوإََِّل تَ ْغ ِف ْر‬ َ َ‫َسأَل‬


َ ‫ك َما لَْي‬ ْ ‫ك أَ ْن أ‬ ِِ ‫َر‬
َ ِ‫ب إِِِّن أَعُوذُ ب‬
ِ ْ ‫ِل وتَر َْح ِّن أَ ُكن ِمن‬
َ ‫اْلَاس ِر‬
.‫ين‬ َ ْ َْْ
Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-
Mu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai

212
Sahih: Sebahagian daripada hadis panjang yang dikeluarkan oleh
Muslim dalam Shahihnya, hadis no.: 5328/3009 (Kitab al-Zuhud wa al-Raqa’iq,
Bab hadis Jabir yang panjang dan kisah Abu al-Yasir).
413
pengetahuan mengenainya dan jika Engkau tidak
mengampunkanku dan merahmatiku, nescaya menjadilah aku
daripada orang-orang yang rugi. [Hud 11:47]

Kisah di sebalik doa ini, Nabi Nuh pernah berdoa tentang


keselamatan anaknya daripada banjir besar, lalu Allah menegur
beliau. Perhatikan ayat-ayat berikut,

ْ ‫ب إِ َّن ابِّْن ِم ْن أ َْهلِي َوإِ َّن َو ْع َد َك‬


‫اِلَ ُّق‬ ِِ ‫وح َربَّهُ فَ َق َال َر‬
ٌ ُ‫َو ََن َدى ن‬
.‫ي‬ ِ ِ ْ ‫وأَنْت أَح َكم‬
َ ‫اِلَاكم‬ ُ ْ َ َ
Dan Nabi Nuh merayu kepada Tuhan-nya dengan
berkata, “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya anakku itu daripada
keluargaku sendiri dan bahawa janji-Mu itu adalah benar dan
Engkau adalah sebijak-bijak Hakim yang menghukum dengan
seadil-adilnya.” [Hud 11:45]

‫صالِ ٍح فَ ََل تَ ْسأَلْ ِن‬


َ ُ‫ك إِنَّهُ َع َم ٌل َغ ْْي‬
ِ
َ ‫س ِم ْن أ َْهل‬ ِ ُ‫قَ َال َي ن‬
َ ‫وح إنَّهُ لَْي‬
ُ َ
ِ ِ ْ ‫َعظُك أَ ْن تَ ُكو َن ِمن‬
.‫ي‬ َ ‫اِلَاهل‬ َ َ ِ ‫ك بِِه ِعْل ٌم إِِِّن أ‬
َ َ‫س ل‬ َ ‫َما لَْي‬
Allah berfirman, “Wahai Nuh, sesungguhnya anakmu itu
bukanlah daripada keluargamu (kerana dia telah terputus
414
hubungan denganmu disebabkan kekufurannya);
sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka
janganlah engkau memohon kepada-Ku sesuatu yang engkau
tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sesungguhnya
Aku menasihatimu daripada menjadi orang yang jahil.” [Hud
11:46]

‫س ِل بِِه ِعْل ٌم َوإََِّل‬ َ َ‫َسأَل‬


َ ‫ك َما لَْي‬ ْ ‫ك أَ ْن أ‬َ ِ‫َعوذُ ب‬ ِِ ‫قَ َال َر‬
ُ ‫ب إِِِّن أ‬
.‫ين‬ ‫ر‬ِ ِ ‫اْل‬
‫اس‬ ْ ‫ن‬‫م‬ِ ‫تَ ْغ ِفر ِل وتَر َْح ِّن أَ ُكن‬
َ َ َ ْ َْْ ْ
Nabi Nuh berkata, “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku
berlindung kepada-Mu daripada memohon sesuatu yang aku
tidak mempunyai pengetahuan mengenainya dan jika Engkau
tidak mengampunkanku dan merahmatiku, nescaya menjadilah
aku daripada orang-orang yang rugi.” [Hud 11:47]

Jika tersilap dalam berdoa atau berkata-kata dan ia telah


diketahui oleh orang yang ditujukan, maka doakanlah dia seperti
mana hadis berikut daripada hadis Anas bin Malik radhiallahu
'anh,

415
ِ‫ول هللا‬ ٍ َ‫ َوِهي أ ُُّم أَن‬،ٌ‫يمة‬
ُ ‫ فَ َرأَى َر ُس‬،‫س‬ ِ‫َكانَت ِعْن َد أُِم سلَي ٍم يت‬
َ َ َ ُْ ِ ْ
ِ ِ
:‫ فَ َق َال‬،َ‫يمة‬َ ‫صلَّى هللاُ َعلَْيه َو َسلَّ َم الْيَت‬
َ
Ummu Sulaim, yakni ibu kepada Anas bin Malik, memiliki
seorang anak yatim perempuan. Maka (pada satu hari)
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melihat anak yatim itu,
lalu berkata,

.‫ُّك‬ ِ ‫ت ِهيه؟ لََق ْد َكِِب‬


ِ ‫ ََل َكِِب ِسن‬،‫ت‬ ِ
َ ْ ْ َ ْ‫آن‬
“Kamukah itu? Demi sesungguhnya kamu sudah besar.
Moga umurmu tidak semakin bertambah.” 213

ِ َ‫ ما ل‬:‫ت أ ُُّم سلَي ٍم‬ ِ ِ ِ ِ‫ت الْيت‬ ِ


‫ك‬ َ ْ ُ ْ َ‫ فَ َقال‬،‫يمةُ إ ََل أ ُِم ُسلَْي ٍم تَْبكي‬
َ َ ‫فَ َر َج َع‬
‫ََي بُنَ يَّةُ؟‬
Maka anak yatim itu kembali kepada Ummu Sulaim

213
Rasulullah menyebut sedemikian dengan niat baik kerana suka melihat
anak yatim perempuan itu dalam keadaan umur kanak-kanak. Ini sebagaimana
orang kita apabila melihat kanak-kanak yang sudah membesar, mereka berkata,
“Owh cepatnya dia membesar!” Kata-kata ini bukanlah dengan harapan
pembesaran kanak-kanak itu terbantut, tetapi semata-mata kerana suka melihat
mereka dalam keadaan umur kanak-kanak atau kerana sudah sekian lama tidak
melihat mereka.
416
sambil menangis. Ummu Sulaim bertanya, “Kenapa dengan
kamu, wahai anakku?”

‫ أَ ْن ََل‬،‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ ِ َِ‫ دعا علَي ن‬:ُ‫اِلا ِرية‬ ِ
َ ‫ِب هللا‬ ُّ َّ َ َ َ َ َْ ‫قَالَت‬
.‫ت قَ ْرِّن‬ ِ ِ
ْ َ‫ أ َْو قَال‬،‫ فَ ْاْل َن ََل يَ ْك َِبُ س ِِّن أَبَ ًدا‬،‫يَ ْك ََِب س ِِّن‬
Anak perempuan itu menjawab, “Nabi Allah shallallahu
'alaihi wasallam mendoakan keburukan ke atasku, agar umurku
tidak semakin bertambah. Sekarang umurku tidak akan
semakin bertambah selama-lamanya atau sepanjang hidupku.”

‫ول‬
َ ‫ت َر ُس‬ ِ ِ ُ‫فَخرجت أ ُُّم سلَي ٍم مست ع ِجلَة ت ل‬
ْ َ‫ َح ََّّت لَقي‬،‫وث ِخَ َارَها‬
ُ َ ً ْ َْ ُ ْ ُ ْ َ ََ
:‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ ِ ُ ‫ فَ َق َال ََلا رس‬،‫هللا صلَّى هللا علَي ِه وسلَّم‬ ِ
َ ‫ول هللا‬ َُ َ َ ََ َْ ُ َ
ِ َ‫ما ل‬
‫ك ََي أ َُّم ُسلَْي ٍم؟‬ َ
Maka Ummu Sulaim bergegas keluar sambil melilit kain
tudungnya sehinggalah berjumpa dengan Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam. (Melihat keadaan Ummu Sulaim itu),
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bertanya kepadanya,
“Kenapa dengan kamu wahai Ummu Sulaim?”

417
‫يم ِِت؟‬ِ ِ َِ‫ َي ن‬:‫فَ َقالَت‬
َ ‫ت َعلَى يَت‬
َ ‫ِب هللا أ ََد َع ْو‬
َّ َ ْ
Ummu Sulaim menjawab, “Wahai Nabi Allah, apakah
kamu mendoakan keburukan ke atas anak yatim
perempuanku?”

‫ َوَما ذَ ِاك ََي أ َُّم ُسلَْي ٍم؟‬:‫قَ َال‬


Rasulullah bertanya, “Doa apakah itu wahai Ummu
Sulaim?”

ِ َ َّ‫ت أَن‬
َ ‫ت أَ ْن ََل يَ ْك ََِب سن‬
.‫ َوََل يَ ْك ََِب قَ ْرَُّنَا‬،‫ُّها‬ َ ‫ك َد َع ْو‬ ْ ‫ َز َع َم‬:‫ت‬
ْ َ‫قَال‬
Ummu Sulaim menjawab, “Dia menuduh bahawa kamu
berdoa agar umurnya tidak bertambah, agar kehidupannya
tidak bertambah.”

:‫ ُْثَّ قَ َال‬،‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ ِ ُ ‫ فَض ِحك رس‬:‫قَ َال‬
َ ‫ول هللا‬ َُ َ َ
Anas bin Malik berkata, maka Rasulullah shallallahu
'alaihi wasallam ketawa lalu bersabda,

ِ َّ ‫َي أ َُّم سلَي ٍم أَما تَعلَ ِمي أ‬


‫ت‬ ِِ‫ أ‬،‫َن َش ْرطي َعلَى َرِِِب‬
ُ ْ‫َّن ا ْش َََتط‬ َ ْ َ ُْ َ
418
ُ ‫َعلَى َرِِِب فَ ُقْل‬
:‫ت‬
“Wahai Ummu Sulaim, apakah kamu tidak mengetahui
bahawa aku telah membuat perjanjian ke atas tuhanku, di
mana dalam perjanjian itu aku berkata,

‫ب‬ُ‫ض‬ َ ‫ب َك َما يَ ْغ‬ ُ‫ض‬ َ ‫ َوأَ ْغ‬،‫ضى الْبَ َش ُر‬ َ ‫ضى َك َما يَ ْر‬ َ ‫ أ َْر‬،‫إََِّّنَا أ َََن بَ َشٌر‬
‫ أَ ْن‬،‫س ََلَا ِِب َْه ٍل‬ ٍ ِ ِ ِ ِ ٍ ‫ فَأََُّيا أ‬،‫الْبشر‬
َ ‫ ب َد ْع َوة لَْي‬،‫ م ْن أ َُّمِت‬،‫ت َعلَْيه‬ ُ ‫َحد َد َع ْو‬ َ َ َُ َ
.‫ َوقُ ْربَةً يُ َقِِربُهُ ِِبَا ِمْنهُ يَ ْوَم الْ ِقيَ َام ِة‬،‫َُْي َعلَ َها لَهُ طَ ُه ًورا َوَزَكا ًة‬
“Sesungguhnya aku tidak lain hanyalah manusia, aku
tenang sebagaimana tenangnya manusia, aku marah
sebagaimana marahnya manusia. Maka sesiapa jua daripada
umatku yang aku doakan keburukan ke atasnya dengan doa
yang tidak layak baginya, maka (Ya Allah), jadikanlah apa yang
aku doakan itu sebagai penyucian dan pembersihan (dosa)
baginya dan sebagai perantara yang dapat dia gunakan bagi
mendekatkan dirinya kepada-Mu pada Hari Kiamat kelak”.”214

214
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
4712/2603 (Kitab al-Birr wa al-Shilah wa al-Adab, Bab sesiapa yang dilaknat
419
Pada ketika yang lain baginda bersabda, sebagaimana
yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah radhiallahu 'anh,

‫َي َعْب ٍد ِم َن‬


ُّ ‫ أ‬،‫ت َعلَى َرِِِب َعَّز َو َج َّل‬ ُ ْ‫ َوإِِِّن ا ْش َََتط‬،‫إََِّّنَا أ َََن بَ َشٌر‬
ِ ِِ
.‫َجًرا‬ َ ‫ أَ ْن يَ ُكو َن ذَل‬،ُ‫ي َسبَ ْب تُهُ أ َْو َشتَ ْمتُه‬
ْ ‫ك لَهُ َزَكا ًة َوأ‬ َ ‫الْ ُم ْسلم‬
Sesungguhnya aku tidak lain hanya manusia dan
sesungguhnya aku telah membuat perjanjian dengan Tuhan
'Azza wa Jalla, bahawa sesiapa di kalangan muslim yang aku
cela atau hina, maka yang sedemikian itu menjadi pembersih
(dosa) dan pahala baginya. 215

Berdasarkan hadis di atas, Rasulullah shallallahu 'alaihi


wasallam memiliki keistimewaan di mana baginda dapat
membuat perjanjian bersama Allah Subhanahu wa Ta'ala. Melalui

oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam atau dicela atau didoakan keburukan ke
atasnya padahal dia tidak layak untuk dikatakan seperti itu, maka apa yang
dikatakan itu menjadi pembersih, pahala dan rahmat).
215
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
4711/2602 (Kitab al-Birr wa al-Shilah wa al-Adab, Bab sesiapa yang dilaknat
oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam atau dicela atau didoakan keburukan ke
atasnya padahal dia tidak layak untuk dikatakan seperti itu, maka apa yang
dikatakan itu menjadi pembersih, pahala dan rahmat).
420
perjanjian itu, apa-apa doa baginda yang tidak selayaknya, maka
kepada orang didoakan itu, ia menjadi penyucian dan
pembersihan dosa, serta menjadi perantara yang mendekatkan
kepada Allah pada Hari Kiamat kelak.

Adapun kita umat Muhammad, kita tidak boleh membuat


perjanjian seumpama itu. Maka dengan mengambil pelajaran
daripada hadis di atas, jika tersilap dalam berdoa atau berkata-
kata dan ia telah diketahui oleh orang yang ditujukan, maka
doakanlah di hadapan dia seperti doa Rasulullah dalam hadis di
atas,

“Ya Allah, jadikanlah apa yang aku doakan itu (atau


katakan itu) sebagai penyucian dan pembersihan dosa baginya
dan sebagai perantara yang dapat dia gunakan bagi mendekatkan
dirinya kepada-Mu pada Hari Kiamat kelak.”

Atau, “Ya Allah, jadikanlah apa yang aku doakan itu (atau
katakan itu) sebagai pembersihan dosa dan pahala baginya.”

Jika ada orang mendoakan keburukan atau mengeluarkan


kata-kata buruk kepada anda, maka anda boleh berdoa seperti

421
doa Rasulullah dalam hadis di atas,

“Ya Allah, jadikanlah apa yang dia doakan itu (atau


katakan itu) sebagai penyucian dan pembersihan dosa bagiku dan
jadikanlah ia perantara yang dapat aku gunakan bagi
mendekatkan diriku kepada-Mu pada Hari Kiamat kelak.”

Atau, “Ya Allah, jadikanlah apa yang dia doakan itu (atau
katakan itu) sebagai pembersihan dosa dan pahala bagiku.”

422
Soalan: Bolehkah Mendoakan Orang Kafir Yang
Tidak Memusuhi Islam? Seperti Ucapan “Selamat
Hari Natal” Dan “Selamat Pagi”.

Jawapan:

Bagi menjawab soalan ini, hendaklah mengetahui dan


membezakan sikap kita terhadap orang kafir. Ia terbahagi kepada
dua sudut, daripada sudut agama dan daripada sudut urusan
harian.

Pertama: Daripada Sudut Agama.

Daripada sudut agama, sikap kita kepada orang-orang


kafir adalah sebagaimana ayat-ayat berikut,

‫قُ ْل ََي أَيُّ َها الْ َكافُِرو َن‬


Katakanlah, “Wahai orang-orang kafir,

‫ََل أ َْعبُ ُد َما تَ ْعبُ ُدو َن‬


Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,

423
‫َوََل أَنْتُ ْم َعابِ ُدو َن َما أ َْعبُ ُد‬
Dan kamu tidak mahu menyembah apa yang aku
sembah,

‫َوََل أ َََن َعابِ ٌد َما َعبَ ْد ُُْت‬


Dan aku tidak akan beribadah sebagaimana kamu
beribadah,

‫َوََل أَنْتُ ْم َعابِ ُدو َن َما أ َْعبُ ُد‬


Dan kamu tidak mahu beribadah sebagaimana aku
beribadah,

.‫ل ِدي ِن‬


َ
ِ‫لَ ُك ْم ِدينُ ُك ْم َو‬
Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.” [al-
Kafirun 109:1-6]

Ayat-ayat di atas dimulakan dengan Katakanlah… yang


bermaksud sebarkanlah, war-warkanlah atau dalam bahasa
media sosial masa kini, tularkanlah dan viralkanlah. Ini
menunjukkan bahawa kesemua 6 ayat daripada surah al-Kafirun
424
di atas adalah sesuatu yang patut disebut-sebut dan disebar-
sebarkan selalu, baik kepada orang Islam mahupun orang kafir,
meskipun tidak ada yang bertanya atau berbincang tentangnya.

Ayat-ayat di atas membentuk asas pendirian setiap


Muslim terhadap orang-orang kafir. Setiap Muslim tidak memiliki
apa-apa kepentingan mahupun hubungan dengan sembahan,
cara ibadah dan agama orang-orang kafir.

Justeru berdasarkan surah al-Kafirun ini, setiap Muslim


tidak akan mengucapkan “Selamat” kepada hari-hari atau acara-
acara keagamaan orang-orang kafir. Baik ucapan itu ditujukan
sebagai satu doa, harapan, pergaulan biasa, sekadar kata-kata di
mulut yang tidak dimaksudkan di hati atau yang dilapik dengan
“Selamat xxx bagi yang menyambutnya”. Sebabnya, setiap
Muslim tidak memiliki apa-apa kepentingan, urusan mahupun
kaitan dengan hari dan acara keagamaan kaum lain. Setiap
Muslim memiliki prinsip yang tegas, Bagi kamu agama kamu dan
bagiku agamaku.

Bahkan, setiap Muslim akan membenci dan berlepas diri

425
daripada apa-apa sembahan, ibadah dan agama yang lain
daripada Allah dan Islam. Setiap sembahan yang dianggap sebagai
tuhan, setiap amal yang dianggap sebagai ibadah dan setiap
kepercayaan yang dianggap sebagai agama adalah saingan
kepada Allah dan Islam.

Kebencian dan sikap berlepas diri ini akan menyebabkan


setiap Muslim tidak akan tergamak mengucapkan “Selamat”
kepada hari-hari perayaan keagamaan orang-orang kafir. Baik
ucapan itu ditujukan sebagai satu doa, harapan, pergaulan biasa,
sekadar kata-kata di mulut yang tidak dimaksudkan di hati atau
yang dilapik dengan “Selamat xxx bagi yang menyambutnya”.

Perhatikan ayat berikut di mana Allah Subhanahu wa


Ta'ala menyuruh kita menjadikan Nabi Ibrahim ‘alaihis salam dan
para pengikutnya sebagai contoh teladan yang baik. Apakah yang
dilakukan oleh mereka sehingga patut kita contohi? Sila semak
ayat berikut,

‫ين َم َعهُ إِ ْذ قَالُوا‬ ِ َّ ِ ِ ِ


َ ‫ُس َوةٌ َح َسنَةٌ ِف إبْ َراه َيم َوالذ‬ْ ‫ت لَ ُك ْم أ‬ ْ َ‫قَ ْد َكان‬
َِّ ‫ون‬
‫اَّلل َك َف ْرََن بِ ُك ْم َوبَ َدا بَْي نَ نَا‬ ِ ‫لَِقوِم ِهم إِ ََّن ب رآء ِمْن ُكم وِِمَّا تَعب ُدو َن ِمن د‬
ُ ْ ُ ْ َ ْ ُ َُ ْ ْ
426
َِّ ‫وب ي ن ُكم الْع َداوةُ والْب ْغضاء أَب ًدا ح ََّّت تُؤِمنوا ِِب‬
.ُ‫َّلل َو ْح َده‬ ُ ْ َ َ ُ َ َ َ َ َ ُ َ َْ َ
Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan
Nabi Ibrahim dan orang-orang yang bersamanya contoh
teladan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaum
mereka (yang kafir),

“Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan


daripada apa yang kamu sembah selain daripada Allah. Kami
ingkari (segala sembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah
perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dan kamu
selama-lamanya, sehinggalah kamu menyembah Allah semata-
mata.” [al-Mumtahanah 60:04]

Oleh kerana itulah jika kita semak sirah Rasulullah


shallallahu 'alaihi wasallam, tidak akan ditemui baginda
mengucapkan selamat kepada hari-hari atau acara-acara
keagamaan orang-orang kafir yang hidup berdamai pada zaman
baginda. Padahal baginda sangat menginginkan mereka itu
memeluk Islam. Seandainya memberikan ucapan selamat adalah
satu cara dakwah yang dapat melunakkan hati mereka ke arah

427
Islam, pasti baginda orang pertama yang akan melakukannya.

Meskipun setiap Muslim tidak mengucapkan selamat,


tidaklah bererti boleh mencela atau mengeluarkan kata-kata
buruk kepada orang-orang kafir yang menyambut hari-hari dan
acara-acara keagamaan mereka. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah
melarang sikap begitu dengan firman-Nya,

‫اَّللَ َع ْد ًوا بِغَ ِْْي‬ َِّ ‫ون‬


َّ ‫اَّلل فَيَ ُسبُّوا‬ ِ ‫وََل تَسبُّوا الَّ ِذين ي ْدعو َن ِمن د‬
ُ ْ ُ َ َ ُ َ
.‫ِعْل ٍم‬
Dan janganlah kamu cela benda-benda yang mereka
sembah selain daripada Allah, kerana kelak mereka akan
mencela Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan
pengetahuan. [al-An’aam 6:108]

Kedua: Daripada Sudut Kehidupan Harian.

Adapun daripada sudut kehidupan harian yang tiada


kaitan dengan agama, maka sikap kita terhadap orang-orang kafir
adalah sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

428
‫ين ََلْ يُ َقاتِلُوُك ْم ِِف ال ِِدي ِن َوََلْ َُيْ ِر ُجوُك ْم‬ ِ َّ
َ ‫اَّللُ َع ِن الذ‬ َّ ‫ََل يَْن َها ُك ُم‬
ِِ ُّ ‫اَّللَ َُِي‬
َّ ‫وه ْم َوتُ ْق ِسطُوا إِلَْي ِه ْم إِ َّن‬ ِ ِ
.‫ي‬ َ ‫ب الْ ُم ْقسط‬ ُ ‫م ْن د ََي ِرُك ْم أَ ْن تََُِّب‬
Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan
berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu
kerana agama kamu dan tidak menghalau kamu dari kampung
halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang
yang berlaku adil. [al-Mumtahanah 60:08]

Oleh itu boleh mengucapkan selamat dalam urusan harian


orang-orang kafir seperti “Selamat pagi”, “Selamat petang,
“Moga Selamat balik kampung” atau “All the best for your work
assingment”. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah
mendoakan orang Yahudi sebagaimana hadis berikut daripada
Abu Musa radhiallahu 'anh,

‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم يَ ْر ُجو َن‬


َّ ‫صلَّى‬ ِِ ِ‫ود يَتَ َعاطَ ُسو َن ِعْن َد الن‬
َ ‫َِّب‬ ُ ‫َكا َن اليَ ُه‬
:‫ول‬ُ ‫ فَيَ ُق‬،ُ‫اَّلل‬ َ ‫أَ ْن يَ ُق‬
َّ ‫ يَ ْر َْحُ ُك ُم‬:‫ول ََلُْم‬
Orang-orang Yahudi lazim bersin di sisi Nabi shallallahu
'alaihi wasallam dengan harapan baginda akan mendoakan

429
mereka “Yarhamukumullah (semoga Allah merahmati kalian
sebagaimana Nabi biasa doakan orang Islam)”. Akan tetapi
baginda hanya mendoakan,

.‫صلِ ُح َِبلَ ُك ْم‬ َّ ‫يَ ْه ِدي ُك ُم‬


ْ ُ‫اَّللُ َوي‬
“Semoga Allah menghidayahi kalian dan memperbaiki
keadaan kalian”.216

Akan tetapi jika urusan harian orang-orang kafir adalah


sesuatu yang salah di sisi Islam, tidak boleh mengucapkan selamat
kepadanya. Ini kerana ada sebahagian perkara yang sudah
menjadi kebiasaan di sisi mereka tetapi merupakan kesalahan
dan dosa di sisi Islam. Allah 'Azza wa Jalla mengingatkan,

‫اْل ِْْث َوالْعُ ْد َو ِان‬


ِْ ‫وتَ َعاونُوا َعلَى الِْ ِِِب والتَّ ْقوى وََل تَ َعاونُوا َعلَى‬
َ َ َ َ َ َ
.‫اب‬ِ ‫يد الْعِ َق‬ ُ ‫اَّللَ َش ِد‬
َّ ‫اَّللَ إِ َّن‬
َّ ‫َواتَّ ُقوا‬
216
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
berkata, “Hadis ini hasan sahih.” Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih
Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 2663/2739 (Kitab al-Adab ‘an Rasulullah, Bab
bagaimana etika bersin). Ia juga dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya
dan sanadnya dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakannya dalam
semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 19586.
430
Dan saling tolong menolonglah dalam perkara kebaikan
dan takwa, dan janganlah kamu saling tolong menolong dalam
perkara dosa dan pencerobohan. Bertakwalah kepada Allah
kerana sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksanya. [al-
Maidah 5:02]

Oleh itu sebagai contoh, tidak boleh mengucapkan “Enjoy


your time at the pub” kerana minum arak adalah salah di sisi
hukum Islam. Contoh lain, tidak boleh mengucapkan “Selamat
Tahun Baru Cina” kerana setiap tahun baru dalam kalendar Cina
diwakili oleh haiwan yang membawa sekian-sekian nasib baik dan
buruk. Mempercayai nasib baik dan buruk adalah salah di sisi
aqidah Islam.

Sebaik-Baik Doa

Sebaik-baik doa kepada orang-orang kafir adalah agar


Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi hidayah kepada mereka.
Hendaklah menggunakan setiap kesempatan yang ada bagi
mendoakan hidayah kepada mereka. Sehinggakan orang yang

431
bersin juga didoakan hidayah sebagaimana hadis berikut daripada
Abu Musa radhiallahu 'anh,

‫اَّللُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم يَ ْر ُجو َن‬


َّ ‫صلَّى‬ ِِ ِ‫ود يَتَ َعاطَ ُسو َن ِعْن َد الن‬
َ ‫َِّب‬ ُ ‫َكا َن اليَ ُه‬
:‫ول‬ُ ‫ فَيَ ُق‬،ُ‫اَّلل‬ َ ‫أَ ْن يَ ُق‬
َّ ‫ يَ ْر َْحُ ُك ُم‬:‫ول ََلُْم‬
Orang-orang Yahudi lazim bersin di sisi Nabi shallallahu
'alaihi wasallam dengan harapan baginda akan mendoakan
mereka “Yarhamukumullah (semoga Allah merahmati kalian
sebagaimana Nabi biasa doakan orang Islam)”. Akan tetapi
baginda hanya mendoakan,

.‫صلِ ُح َِبلَ ُك ْم‬ َّ ‫يَ ْه ِدي ُك ُم‬


ْ ُ‫اَّللُ َوي‬
“Semoga Allah menghidayahi kalian dan memperbaiki
keadaan kalian”.217

Mendoakan hidayah bukan sahaja ke atas orang kafir yang

217
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dalam Sunannya dan beliau
berkata, “Hadis ini hasan sahih.” Ia dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih
Sunan al-Tirmizi, hadis no.: 2663/2739 (Kitab al-Adab ‘an Rasulullah, Bab
bagaimana etika bersin). Ia juga dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya
dan sanadnya dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakannya dalam
semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 19586.
432
berdamai tetapi juga ke atas orang kafir yang membangkang. Abu
Hurairah radhiallahu 'anh menceritakan,

ِ ‫ول‬
‫هللا إِ َّن َد ْو ًسا قَ ْد‬ ِ
َ ‫ ََي َر ُس‬:‫َص َحابُهُ فَ َقالُوا‬ ْ ‫قَد َم الطَُّفْي ُل َوأ‬
!‫ فَ ْادعُ هللاَ َعلَْي َها‬،‫ت‬ْ َ‫ت َوأَب‬
ْ ‫َك َفَر‬
al-Thufail dan para sahabatnya datang lalu berkata,
“Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kabilah Daus telah kafir dan
membangkang! Oleh itu berdoalah kepada Allah agar mereka
mendapatkan kecelakaan.”

!‫س‬ ِ
ٌ ‫ت َد ْو‬
ْ ‫ َهلَ َك‬:‫يل‬
َ ‫فَق‬
Seseorang menambah, “Binasalah kabilah Daus!”

ِ ْ‫ الله َّم اه ِد دوسا وائ‬:‫فَ َق َال‬


.‫ت ِبِِ ْم‬ َ ً َْ ْ ُ
Namun Rasulullah berdoa, “Ya Allah, hidayahilah
kabilah Daus dan datangkanlah mereka (kepadaku)”. [Shahih
Muslim, no: 4586/2524]218

218
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
4586/2524 (Kitab Fadha’il al-Shohabah, Bab keutamaan Ghifar, Aslam,
433
Mendoakan hidayah kepada orang kafir termasuk dalam
tuntutan ayat berikut,

‫اِلَ َسنَ ِة َو َج ِاد َْلُْم ِِبلَِِّت‬


ْ ‫ك ِِب ِْلِ ْك َم ِة َوالْ َم ْو ِعظَِة‬
َ ِِ‫ْادعُ إِ ََل َسبِ ِيل َرب‬
‫ض َّل َع ْن َسبِيلِ ِه َوُه َو أ َْعلَ ُم‬ ِ
َ ‫ك ُه َو أ َْعلَ ُم ِبَ ْن‬ َ َّ‫َح َس ُن إِ َّن َرب‬
ْ ‫ه َي أ‬
ِ
.‫ين‬ ِ ِ
َ ‫ِبلْ ُم ْهتَد‬
Serulah ke jalan Tuhanmu (Islam) dengan hikmah dan
nasihat yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang suka
berbahas) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhan-
mu Dia-lah yang lebih mengetahui akan orang yang sesat
daripada jalan-Nya dan Dia-lah yang lebih mengetahui akan
orang-orang yang mendapat petunjuk. [al-Nahl 16:125]

Atas nota ini, apabila orang kafir mendoakan selamat


kepada hari atau acara orang Islam, maka balaslah dengan
mendoakan hidayah kepada mereka. Contohnya jika Muthu
mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidil Fitri” maka balaslah
dengan doa “Terima kasih, moga Allah memberi hidayah kepada

Juhainah, Asyja’, Muzainah, Tamim, Daus dan Thiyyi’).


434
Muthu.” Jangan pula membalas “Selamat Hari Deepavali” pada
hari perayaan Muthu kerana ia tidak dibolehkan, sebagaimana
yang telah dijelaskan sebelum ini.

Mendoakan hidayah merupakan ucap balas lebih baik


yang disuruh oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagaimana
firman-Nya,

َّ ‫وها إِ َّن‬ ِ ٍِ
‫اَّللَ َكا َن‬ ْ ‫َوإِ َذا ُحيِِيتُ ْم بِتَحيَّة فَ َحيُّوا ِِب‬
َ ‫َح َس َن مْن َها أ َْو ُرُّد‬
.‫َعلَى ُك ِِل َش ْي ٍء َح ِسيبًا‬
Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan
sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu
dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan
yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap
sesuatu. [al-Nisa’ 4:86]

Adapun firman Allah, “…atau balaslah dia (dengan yang


sama)…” maka ia tidak bererti memberi ucap balas yang sama
kepada hari atau acara keagamaan orang kafir kerana ia tidak
dibolehkan. Jika ia digunakan untuk ucap balas dalam urusan
selain agama, maka ia dibolehkan. Ini sebagaimana yang telah
dijelaskan sebelum ini.
435
Soalan: Bolehkah Mendoakan “Rest In Peace”?

Jawapan:

Antara aqidah Islam adalah wujudnya soal jawab malaikat


dan azab kubur kepada setiap orang yang meninggal dunia.
Perkara ini benar-benar berlaku dan menggerunkan sehingga
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sering berdoa
perlindungan daripadanya dan mengajar kita agar melakukan hal
yang sama.

Sa’ad bin Abi Waqash radhiallahu 'anh berkata,

‫َو َسلَّ َم َكا َن يَتَ َع َّوذُ ِمْن ُه َّن ُدبَُر‬ ‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه‬ َِّ ‫ول‬َ ‫إِ َّن َر ُس‬
َ ‫اَّلل‬
:‫الصَلَِة‬
َّ
Bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lazimnya
berlindung daripada hal berikut di penghujung solat (dengan
berdoa),

‫ك أَ ْن أ َُرَّد إِ ََل أ َْرَذ ِل‬


َ ِ‫َعوذُ ب‬ ِ ُْ‫ك ِمن اِل‬
ُ ‫ َوأ‬،‫ْب‬ ِ ِِ َّ
َ َ ‫الل ُه َّم إ ِّن أَعُوذُ ب‬
.‫اب ال َق ِِْب‬ ِ ‫ك ِمن َع َذ‬ ِ ُ ‫ وأ‬،‫ك ِمن فِْت نَ ِة الدُّنْيا‬ِ
ْ َ ‫َعوذُ ب‬ َ َ ْ َ ‫ َوأَعُوذُ ب‬،‫العُ ُم ِر‬
436
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau
daripada sifat pengecut, dan aku berlindung kepada Engkau
daripada dikembalikan kepada umur yang menghinakan 219, dan
aku berlindung kepada Engkau daripada fitnah dunia dan dan
aku berlindung kepada Engkau daripada azab kubur.”220

Abu Bakrah radhiallahu 'anh berkata,

:‫ص ََل ٍة‬ ُ ‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َكا َن يَ ُق‬


َ ‫ول ِِف ُدبُِر ُك ِِل‬ َّ ‫أ‬
َّ ِ‫َن الن‬
َ ‫َِّب‬
Bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam lazim berdoa
di penghujung setiap solat,

ِ ‫ و َع َذ‬،‫ والْ َف ْق ِر‬،‫ك ِمن الْ ُك ْف ِر‬


.‫اب الْ َق ِِْب‬ ِ ُ ‫الله َّم إِِِّن أ‬
َ َ َ َ ‫َعوذُ ب‬ ُ
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau
daripada kekafiran, kefakiran dan azab kubur.”221

219
Maksudnya ketika tua kelak, agar akal fikiran tidak menjadi nyanyuk
dan fizikal tidak menjadi kotor seperti membuang air kecil dan besar tanpa
kawalan.
220
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no.:
2610/2822 (Kitab al-Jihad wa al-Siyar, Bab berlindung daripada sifat
pengecut).
221
Sahih: Dikeluarkan oleh Ahmad dalam Musnadnya dan sanadnya
437
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata, Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam mengajar,

)‫َخ ِْي‬ِ ‫َّش ُّه ِد ْاْل‬ َ ‫َح ُد ُك ْم ِم َن الت‬ َ ‫َح ُد ُك ْم (إِذَا فَ َر‬ ِ
َ‫غ أ‬ َ ‫إذَا تَ َش َّه َد أ‬
‫ َوفِْت نَ ِة الْ َم ْحيَا‬،‫اب الْ َق ِِْب‬
ِ ‫ و َع َذ‬،‫اب جهنَّم‬
َ َ َ َ
ِ ‫ ِمن َع َذ‬:‫َّلل ِمن أَرب ٍع‬
ْ َ ْ ْ
َِّ ‫فَ ْلي ت ع َّو ْذ ِِب‬
َ ََ
‫ ُْثَّ يَ ْدعُو لِنَ ْف ِس ِه ِِبَا بَ َدا‬.‫َّج ِال‬
َّ ‫يح الد‬ ِ ‫ َوِم ْن َشِِر (فِْت نَ ِة) الْ َم ِس‬،‫ات‬ ِ ‫والْمم‬
ََ َ
.ُ‫لَه‬
Apabila seseorang kalian telah membaca tasyahud
(dalam riwayat lain: Apabila seseorang kalian selesai membaca
tasyahud akhir), maka mintalah perlindungan Allah daripada
empat perkara, (1) daripada azab neraka jahannam, (2)
daripada azab kubur, (3) daripada fitnah kehidupan dan
kematian, dan (4) daripada keburukan (fitnah) al-Masih al-
Dajjal.

Kemudian dia berdoa bagi dirinya dengan apa yang dia

dinilai kuat (qawi) oleh Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan
mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no.: 20409.
438
sukai baginya.222

Seterusnya apabila berlaku kematian, Rasulullah


shallallahu 'alaihi wasallam akan berdoa selepas solat jenazah,
meminta perlindungan daripada azab kubur kepada orang yang
disolatkan. Watsilah bin al-Asqa’ radhiallahu 'anh menerangkan,

‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم َعلَى َر ُج ٍل ِم َن‬ َِّ ‫ول‬ ُ ‫صلَّى َر ُس‬
َ ‫اَّلل‬ َ
:‫ول‬ُ ‫ََسَعُهُ يَ ُق‬
ْ ‫ فَأ‬،‫ي‬ ِِ
َ ‫الْ ُم ْسلم‬
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melaksanakan
solat jenazah ke atas seorang lelaki Muslim, lalu aku mendengar
baginda berdoa,

‫ فَِق ِه ِم ْن‬،‫ َو َحْب ِل ِج َوا ِرَك‬،‫ك‬ ِ


َ ِ‫اللَّ ُه َّم إِ َّن فََُل َن بْ َن فََُل ٍن ِِف ذ َّمت‬
ْ ‫ت أ َْه ُل الْ َوفَ ِاء َو‬
،ُ‫ فَا ْغ ِف ْر لَهُ َو ْار َْحْه‬،‫اِلَ ِِق‬ ِ ‫ و َع َذ‬،‫فِْت نَ ِة الْ َق ِِْب‬
َ ْ‫ َوأَن‬،‫اب النَّا ِر‬ َ
222
Sahih: Dikeluarkan oleh al-Nasa’e dalam Sunannya dan ia dinilai
sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasa’e, hadis no.: 1293/1310
(Kitab al-Sahwi, Bab meminta perlindungan dalam solat).
Lafaz dalam kurungan dikeluarkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya
dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no.:
899/909 (Kitab al-Iqamat al-Sholah wa Sunnah fi ha, Bab apa yang dikatakan
selepas bacaan tasyahud dan selawat ke atas Nabi).
439
ِ َّ ‫ك أَنْت الْغَ ُفور‬
.‫يم‬
ُ ‫الرح‬ ُ َ َ َّ‫إِن‬
Ya Allah, sesungguhnya fulan bin fulan (disebutkan
nama jenazah) berada dalam jaminan Engkau, bergantung
kepada tali pemeliharaan Engkau. Peliharalah dia daripada
fitnah kubur dan azab neraka. Engkau-lah yang Maha menepati
janji dan Maha Benar. Maka ampunilah bagi dia dan rahmatilah
dia. Sesungguhnya Engkau, Engkaulah yang Maha Pengampun
lagi Penyayang.223

Seterusnya apabila jenazah dikebumikan, Rasulullah


shallallahu 'alaihi wasallam mengajar orang ramai agar
mendoakan dia (jenazah) agar diberi keteguhan menjawab
soalan-soalan malaikat. ‘Utsman bin ‘Affan radhiallahu 'anh
menerangkan,

ِ ِ‫غ ِمن دفْ ِن الْمي‬ ِ


‫ت‬ ِ َ َ ْ َ ‫ إِذَا فَ َر‬،‫صلَّى هللاُ َعلَْيه َو َسلَّ َم‬ ُّ ِ‫َكا َن الن‬
َ ‫َِّب‬
223
Hasan: Dikeluarkan oleh Ibn Majah dalam Sunannya dan ia dinilai
sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Ibn Majah, hadis no.: 1488/1499
(Kitab al-Jana’iz, Bab tentang doa dalam solat ke atas jenazah). Sementara itu
Syu’aib al-Arna’uth dan rakan-rakan menilai sanad hadis ini hasan dalam
semakan mereka ke atas Sunan Ibn Majah, hadis no.: 1499.
440
:‫ فَ َق َال‬،‫ف َعلَْي ِه‬
َ َ‫َوق‬
Lazimnya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, apabila
jenazah selesai dikebumikan, baginda berdiri di sisi (kuburnya)
dan bersabda,

ِ ِ ِ
ِ ِ‫ وسلُوا لَه ِِبلتَّثْب‬،‫َخي ُكم‬
.‫ فَِإنَّهُ ْاْل َن يُ ْسأ َُل‬،‫يت‬ ُ َ َ ْ ‫استَ ْغف ُروا ْل‬
ْ
“Doakanlah keampunan bagi saudara kalian ini dan
mintalah baginya keteguhan kerana sesungguhnya dia kini
sedang disoal.”224

Demikianlah kebenaran wujudnya azab kubur dan


kegerunan menghadapinya sehingga mendoakan perlindungan
Allah dan keselamatan terhadapnya diusahakan secara
berterusan.

224
Hasan: Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya dan ia dinilai
sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no.: 2804/3221
(Kitab al-Jana’iz, Bab beristighfar di sisi kubur jenazah pada saat akan
pulang). Terdapat perbezaan penilaian terhadap hadis ini dengan sebahagian
ahli hadis menilai ia sahih sementara sebahagian lain menilai ia hasan. Antara
yang menilainya hasan adalah Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas
Sunan Abu Daud, hadis no.: 3221.
441
Nah! Jika ke atas orang-orang yang beriman kepada Allah
dan Hari Akhirat didoakan perlindungan dan keselamatan
daripada azab kubur, maka bagaimana pula dengan orang-orang
yang ingkar kepada Allah dan Hari Akhirat? Kenapa pula didoakan
“Rest in peace” atau “Berehatlah dalam ketenangan”, padahal
mereka juga akan menghadapi soal jawab dan azab di dalam
kubur masing-masing.

Mendoakan “Rest in peace” atau “Berehatlah dalam


ketenangan” memberi gambaran seolah-olah tidak ada soal
jawab dan azab kubur bagi orang-orang kafir. Seolah-olah mereka
boleh berada dalam suasana tenang di dalam kubur masing-
masing.

Justeru doa “Rest in peace” atau “Berehatlah dalam


ketenangan” adalah sesuatu yang bertentangan dengan aqidah
Islam. Setiap Muslim hendaklah menjauhikan diri daripada
mengucapkannya.

Sebaliknya apa yang boleh diucapkan adalah,

.‫َّلل َوإِ ََّن إِلَْي ِه َر ِاج ُعو َن‬


َِِّ ‫إِ ََّن‬
442
“Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan
sesungguhnya kepada Allah jualah kami kembali.”

Ini kerana semua manusia, baik yang Muslim atau kafir


adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah semuanya akan
kembali.

Boleh juga memberikan ucapan takziah seperti “my


condolences to you for your lost”.

443
Soalan: Bolehkah Mendoakan Keampunan Kepada
Orang Kafir?

Jawapan:

Hukum mendoakan orang kafir terbahagi kepada dua


keadaan. Pertama, Setelah mereka meninggal dunia. Dilarang
mendoakan keampunan kepada orang kafir yang sudah
meninggal dunia berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

ِ ِ ِ ِ َّ ِ ِ‫ما َكا َن لِلن‬


َ ‫ين َآمنُوا أَ ْن يَ ْستَ ْغف ُروا لْل ُم ْش ِرك‬
‫ي َولَ ْو َكانُوا‬ َ ‫َِّب َوالذ‬ ِ َ
.‫اِلَ ِحي ِم‬ ِ ِ
ْ ‫اب‬ ُ ‫َص َح‬ ْ ‫ي ََلُْم أَ ََّّنُْم أ‬ ِ‫أ‬
َ َّ َ‫ُول قُ ْرََب م ْن بَ ْعد َما تَب‬
Tidaklah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang
beriman memintakan ampun bagi orang-orang musyrikin,
meskipun mereka itu adalah kaum kerabat(nya), sesudah jelas
bagi mereka bahawasanya orang-orang musyrik itu adalah
penghuni neraka jahim. [al-Taubah 9:113]

Kedua, ketika mereka masih hidup. Dibolehkan


mendoakan keampunan kepada orang-orang kafir yang masih
hidup. Ini kerana ayat 113 surah al-Taubah di atas merujuk
444
kepada mereka yang sudah meninggal dunia.

Firman Allah, …sesudah jelas bagi mereka bahawasanya


orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka jahim
bermaksud sesudah meninggal dunia. Ini kerana apabila mereka
meninggal dunia dalam keadaan kafir dan mensyirikkan Allah
(musyrikin), tiada lagi kemungkinan untuk mereka memeluk Islam
sehingga jelaslah mereka sebagai penghuni neraka. Adapun
ketika masih hidup, masih ada kemungkinan untuk orang-orang
kafir memeluk Islam sehingga akhirnya menjadi penghuni
syurga.225

Selain itu terdapat contoh daripada Rasulullah shallallahu


'alaihi wasallam yang mendoakan keampunan kepada orang-
orang kafir yang masih hidup. Sahl bin Sa’ad al-Sa’idi radhiallahu
'anh menceritakan peristiwa ketika Perang Uhud,

،ُ‫ت َرَِب ِعيَ تُه‬ ِ ‫ِح‬


ْ ‫ي ُكسَر‬
َ ‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ ُ ‫َش ِه ْد‬
َّ ِ‫ت الن‬
َ ‫َِّب‬

225
Rujuk keterangan al-Thabari dalam Jami’ al-Bayan fi Ta’wil al-
Qur’an, ketika mentafsirkan ayat 113 surah al-Taubah.
445
،‫ضةُ َعلَى َرأْ َس ِه‬ ِ ‫ وه ِِشم‬،‫وجرِح وجهه‬
َ ‫ت الْبَ ْي‬ َ َُ ُُ ْ َ َ ُ َ
Aku menyaksikan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam saat
giginya patah, wajahnya luka dan topi perang di atas kepalanya
pecah.

‫ َوَم ْن يَْن ُق ُل َعلَْي ِه‬،‫َّم َع ْن َو ْج ِه ِه‬ ِ


َ ‫ف َم ْن يَ ْغس ُل الد‬ ْ ‫َوإِِِّن َْل‬
ُ ‫َع ِر‬
ِِ ِ
ُ ‫ َوَما َذا ُجع َل َعلَى ُج ْرحه َح ََّّت َرقَأَ الد‬،َ‫الْ َماء‬
،‫َّم‬
Dan sesungguhnya aku mengetahui siapakah yang
membasuh darah daripada wajahnya, siapakah yang
membawakan air untuknya dan apakah yang diletakkan
dilukanya sehingga darah berhenti mengalir.

‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ ِ ِ ٍ ِ


َ ‫ت ُمَ َّمد َر ُسول هللا‬ ُ ‫ت فَاط َمةُ بِْن‬ ْ َ‫َكان‬
‫ َو َعلِ ٌّي َر ِض َي هللاُ َعْنهُ يَْن ُق ُل الْ َماءَ إِلَْي َها ِِف‬،‫َّم َع ْن َو ْج ِه ِه‬ ِ
َ ‫تَ ْغس ُل الد‬
،‫ََمَن ٍَّة‬
Orang itu adalah Fatimah binti Muhammad Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam, dialah yang membasuh darah dari
wajah baginda dan ‘Ali (bin Abi Thalib) radhiallahu 'anh, dialah

446
yang membawa air kepada baginda di dalam perisainya. 226

‫ َح ََّّت إِ َذا‬،‫ص ًْيا‬ِ ‫ت الدَّم عن وج ِه أَبِيها أَحرقَت ح‬ ِ َ‫فَلَ َّما َغسل‬


َ ْ َْ َ ْ َ ْ َ َ َ
َ‫ض َعْتهُ َعلَى َو ْج ِه ِه َح ََّّت َرقَأ‬ ِ َّ ‫صارت رمادا أَخ َذت ِمن َذلِك‬
َ ‫الرَماد فَ َو‬ َ َ ْ َ ً ََ ْ َ َ
‫ول‬ِ ‫هللا َعلَى قَوٍم َكلَموا وجه رس‬ ِ ‫ " ي ومئِ ٍذ ا ْشت َّد َغضب‬:‫ ُْثَّ قَ َال‬،‫الدَّم‬
َُ ََْ ُ ْ ُ َ َ َ َْ ُ
،!‫صلَّى هللاُ َعلَْي ِه َو َسلَّ َم‬ ِ
َ ‫هللا‬
Maka tatkala membasuh darah dari wajah ayahnya,
Fathimah membakar tikar sehingga apabila telah menjadi abu,
Fathimah mengambil abu itu lalu menempel di atas wajah
baginda sehingga darah berhenti mengalir. Kemudian Fathimah
berkata, “Pada hari ini telah memuncak kemarahan Allah ke
atas kaum yang melukai wajah Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam!”

.‫الله َّم ا ْغ ِف ْر لَِق ْوِمي فَِإ ََّّنُْم ََل يَ ْعلَ ُمو َن‬
ُ :‫ ُْثَّ قَ َال‬،ً‫اعة‬
َ ‫ث َس‬
َ ‫ُْثَّ َم َك‬

226
Apabila berperang, sebelah tangan memegang pedang sementara
sebelah lagi memegang perisai bagi menahan pedang musuh. Perisai itu
berbentuk bulat dan melengkung sehinga boleh digunakan untuk menadah dan
membawa air.
447
Rasulullah diam sejenak, lalu kemudian berdoa, “Ya
Allah ampunilah bagi kaumku, kerana sesungguhnya mereka
tidak mengetahui.”227

Meskipun dibolehkan mendoakan keampunan kepada


orang-orang kafir yang masih hidup, yang lebih utama adalah
mendoakan hidayah Allah kepada mereka. Moga dengan doa itu
hati mereka cenderung kepada Islam sehingga akhirnya
mentauhidkan Allah dengan memeluk Islam.

**********

Alhamdulillah, telah selesai penulis buku ini yang saya


mulakan pada 6 November 2018 dan siapkan pada 31 Januari
2019. Ma sya Allah, la hawla wa la quwwata illa bilLah. Semuanya

227
Hasan: Dikeluarkan oleh al-Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir,
hadis no.: 5694 & 5862. Dihimpun oleh al-Haithami dalam Majma al-Zawa’id,
hadis no.: 10097 dan beliau berkata, “Diriwayatkan oleh al-Thabarani dan para
perawinya adalah sahih.”
Berkata al-Albani dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, hadis no.:
3175, “Sanad (hadis) ini adalah hasan atau sahih.”
Juga dikeluarkan secara ringkas oleh Ibn Hibban dalam Shahihnya dan
sanadnya dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam al-Ihsan fi Taqrib
Shahih Ibn Hibban, hadis no.: 973.
448
atas kehendak Allah, tiada daya bagi saya menjauhi kejahatan dan
tiada upaya bagi saya melakukan kebaikan melainkan dengan
kehendak Allah.

Moga buku ini dapat dimanfaatkan oleh orang ramai dan


pahalanya berterusan kepada saya, isteri-isteri dan rakan-rakan
yang membantu menjayakan penulisan ini. Sabda Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam,

‫ص َدقٍَة‬ ِ ٍ ِ
َ ‫ات ا ِْلنْ َسا ُن انْ َقطَ َع َعْنهُ َع َملُهُ إَِلَّ م ْن ثََلَثَة إَِلَّ م ْن‬
َ ‫إِذَا َم‬
.ُ‫صالِ ٍح يَ ْدعُو لَه‬ ٍ ِ ِ ٍ
َ ‫َجا ِريَة أ َْو عْل ٍم يُْن تَ َف ُع بِه أ َْو َولَد‬
Apabila seorang manusia meninggal dunia, terputuslah
daripadanya amalannya kecuali tiga perkara, (1) sedekah
jariahnya, (2) ilmunya yang dimanfaatkan atau (3) anak soleh
yang mendoakannya.228

228
Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no.:
3084/1631 (Kitab al-Wasiyat, Bab apakah ganjaran yang diperolehi oleh
manusia setelah dia meninggal dunia).
449
Buku-Buku Lain oleh Hafiz Firdaus Abdullah
Boleh juga dirujuk dalam bentuk e-book atau muat turun di
www.hafizfirdaus.com

1. Zikir-Zikir Selepas Solat Fardhu.

2. Menangani Persoalan Doa Qunut: Dibaca atau Tidak?

3. Marilah Berselawat Ke Atas Rasulullah.

4. Marilah Mendirikan Sembahyang.

5. Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam.

6. Panduan Ibadah Dalam Musafir Penerbangan.

7. Solat Tarawikh: Satu Perbahasan Ke Atas Fatwa


Yang Menetapkannya kepada 20 Rakaat.

8. 20 Hujah Golongan Anti Hadis dan Jawapannya.

9. Kaedah Memahami Hadis-Hadis Yang Saling


Bercanggah.

10. Kaedah Memahami Hadis-Hadis Musykil.

450
11. Pembongkaran Jenayah Ilmiah Buku Salafiyah
Wahabiyah: 73 Penilaian Semula Ke Atas Penilaian
Zamihan Mat Zin al-Ghari.

12. Apakah Jihad Di Jalan Allah? Buku 1: Definisi,


Kepentingan dan Kemuliaan Jihad.

13. Apakah Jihad Di Jalan Allah? Buku 2: Hukum dan


Syarat-Syaratnya.

14. Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi‘ah al-Rafidhah


dalam Persoalan Khalifah. Siri Pertama: Definisi
Syi‘ah al-Rafidhah, Sejarah Kelahiran Syi‘ah al-
Rafidhah dan 5 Strategi Asas Syi‘ah al-Rafidhah
Dalam Berhujah.

15. Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi‘ah al-Rafidhah


dalam Persoalan Khalifah. Siri Kedua: Jawapan Ahl
al-Sunnah Kepada Ayat-Ayat Al-Qur’an Yang
Dijadikan Hujah Oleh Syi‘ah Dalam Persoalan
Khalifah.

16. Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi‘ah al-Rafidhah


dalam Persoalan Khalifah. Siri Ketiga: Jawapan Ahl
al-Sunnah Kepada Hadis-Hadis Rasulullah Yang
Dijadikan Hujah Oleh Syi‘ah Dalam Persoalan
Khalifah.

451
17. Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi‘ah al-Rafidhah
dalam Persoalan Khalifah. Siri Keempat: Jawapan
Ahl al-Sunnah Berkenaan Sejarah dan Keutamaan
Para Sahabat.

18. Amalan-Amalan Di Bulan Ramadhan.

19. Marilah Berkenalan Dengan al-Qur’an.

20. Let’s Get Acquinted With Al-Qur’an. (Edisi


terjemahan Inggeris Marilah Berkenalan Dengan al-
Qur’an)

21. Wahai Ibu! Wahai Ayah!

22. Dear Mom & Dad. (Edisi Terjemahan Inggeris Wahai


Ibu! Wahai Ayah!)

23. 13 Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid.

24. Mencari Rahmat Allah Di Sebalik Perbezaan


Pendapat

25. Looking For Allah’s Blessing Behind Differences of


Opinion. (Edisi Terjemahan Inggeris Mencari Rahmat
Allah Di Sebalik Perbezaan Pendapat)

26. Marilah Berkenalan Dengan Ahl al-Sunnah wa al-


Jamaah.

452
27. 7 Tipu Daya Syaitan Ke Atas Umat Islam.

28. Membongkar Aliran Islam Liberal.

29. Menjawab 17 Fitnah Terhadap Syaikh al-Islam Ibn


Taimiyyah. (Ulasan kepada karya asal Syaikh Murad
Syukri yang diterjemah oleh Ustaz Badrul Hisham bin
Sulaiman).

30. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan


Ummah. Buku 1.

31. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan


Ummah. Buku 2.

32. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan


Ummah. Buku 3.

33. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan


Ummah. Buku 4.

34. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan


Ummah. Buku 5.

35. Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan


Ummah. Buku 6.

36. Berdakwah Melalui Penulisan Efektif.

37. Fiqh Harta: Satu Pengenalan.

453
38. Cahaya Rohani (Buku 1)

39. Cahaya Rohani (Buku 2)

40. Hukum dan Adab Berjamaah Dalam Islam.

41. Islam, Seks dan Jantina.

42. 36 Kritikan Ke Atas Buku Amalan Sunnah Selepas


Solat Dan Kelebihannya.

43. Catatan-Catatan Ilmiah Ke Atas Buku Makna


Sebenar Bid’ah: Beberapa Semakan Teliti Ke Atas Satu
Penjelasan (Yang Didakwa) Rapi.

44. Catatan Dari 40,000 Kaki (Buku 1).

45. 47 Persoalan Qadar dan Qadha.

46. 202 Pelajaran Berkenaan Poligami.

47. Pesan-Pesan Pernikahan.

48. Sebarkan Kebenaran-Mu: Catatan-Catatan Ke Atas


Novel Sebarkan Cinta-Mu.

49. Panduan Aqidah Dan Ibadah Ketika Sakit.

454
50. Anda Bertanya, Kapten Menjawab: Soal Jawab
Agama Tentang Keibubapaan dan Anak-Anak.

51. Sunnah Dalam Menangani Gangguan Makhluk


Ghaib.

52. Pesan-Pesan Perkahwinan.

53. Daripada Suami Kepada Suami, 200 Ayat al-Qur’an


Dan Hadis Untuk Dikongsi Bersama.

455
Penulis anda, Hafiz Firdaus bin Abdullah lahir di Kuala
Lumpur pada tahun 1971 dan mendapat pendidikan rendah dan
menengah di St. John’s Institution, Bukit Nanas, Kuala Lumpur.
Pada tahun 1989 beliau menyertai Penerbangan Malaysia
(Malaysia Airlines) sebagai seorang juruterbang sehinggalah ke
hari ini.
Hafiz Firdaus mula menulis sejak tahun 1999. Manhaj
beliau ialah mengkaji sesuatu topik daripada sumber khazanah
ilmu tokoh-tokoh terdahulu lalu menyusun dan
menyampaikannya dalam bentuk yang mudah lagi relevan
dengan isu-isu terkini.
Ringkasnya, sesiapa jua yang memiliki manhaj mengkaji
dan menganalisa dalam berinteraksi dengan ilmu-ilmu agama
akan mendapati buku-buku Hafiz Firdaus sebagai sumber kajian
dan analisa yang sesuai untuk mereka.
Hafiz Firdaus tinggal di Lembah Klang bersama empat
keluarganya.

456

Anda mungkin juga menyukai