Anda di halaman 1dari 28

GARIS PANDUAN

Program Hafazan
Murid Asrama Harian

Kementerian Pendidikan Malaysia

Unit Pengurusan Asrama


Sektor Pengurusan Kesihatan Intervensi Asrama (SPKIA)
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia

1Pengenalan
1.1

Pendahuluan
1.1.1 Murid asrama menghabiskan 70% dalam setahun tinggal di
asrama berjauhan daripada keluarga / ibubapa.

Sepanjang

tempoh itu tugas mendidik adalah menjadi tanggungjawab pihak


pengurusan sekolah. Pembangunan sahsiah merupakan tunjang
kepada kemenjadian murid

dalam aspek kerohanian dan

keagamaan.
1.1.2 Waktu kritikal ini perlu diisi dengan program kerohanian dan
keagamaan seperti menghafaz surah-surah pilihan, wirid selepas
solat, doa-doa harian dan lain-lain.
1.1.3 Sehubungan itu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
menyedari betapa pentingnya program ini dilaksanakan di semua
asrama harian. Melalui program ini diharapkan murid-murid
memililki asas keagamaan yang kukuh setelah keluar dari alam
persekolahan. Sekiranya kita tidak membekalkan murid-murid ini
dengan asas yang kukuh dibimbangi akan menghasilkan generasi
yang kurang mempunyai kefahaman dan penghayatan Islam dalam
kehidupan.

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

1.2

Matlamat
1.2.1 Melahirkan murid asrama yang mempunyai sahsiah terpuji,
mengamalkan penghayatan Islam yang kukuh dan mempunyai
keyakinan hidup bermasyarakat apabila keluar dari alam
persekolahan.

1.2

Objektif
1.2.1 Murid dapat menghafaz dan menguasai sekurang-kurangnya
Modul Tahap 1 bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah.
1.2.2 Murid dapat mengetahui maksud dan terjemahan surah/wirid/doa
yang dihafaz.
1.2.3 Murid mampu memimpin bacaan doa, wirid dan tahlil.
1.2.4 Murid mampu melaksana dan mengimamkan solat berjamaah
serta solat jenazah.

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

2Kaedah Pelaksanaan
2.1 Pendahuluan
2.1.1

Bagi menjayakan program yang amat memberi manfaat kepada


semua murid asrama harian, program hafazan ini dirangka dan
disusun untuk memberi impak yang maksimum kepada
penghasilan murid yang bersahsiah terpuji dan mampu
diketengahkan apabila bersama komuniti dan masyarakat
setempat.

2.1.2

Bahagian ini bertujuan memberi penjelasan dan cara pelaksanaan


Program Hafazan Murid Asrama Harian. Panduan ini menyentuh
taarif, kumpulan sasaran, strategi pelaksanaan, agihan dan kaedah
penilaian.

2.2 Taarif
2.2.1

Program Hafazan Murid Asrama Harian ialah program yang


menumpukan kepada penguasaan membaca dan menghafaz
perkara-perkara asas seperti wirid harian selepas solat, doa-doa
yang mathur dan surah-surah pilihan sepanjang tahun.

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

2.3

Kumpulan Sasaran
2.3.1 Murid beragama Islam yang tinggal di asrama sekolah harian di
bawah

Bahagian

Pengurusan

Sekolah

Harian

(BPSH),

Kementerian Pendidikan Malaysia.


2.3.2 Asrama Sekolah Rendah

Murid Tahap 2 (Tahun 4 hingga

Tahun 6)
2.3.3 Asrama Sekolah Menengah -

Murid Tingkatan 1 hingga

Tingkatan 6

2.4

Strategi Pelaksanaan
2.4.1 Tempoh Pelaksanaan
Murid Asrama Harian sekolah menengah dan sekolah rendah akan
mengikuti Program Hafazan Murid Asrama Harian sepanjang
tahun. ( Januari hingga November )

2.4.2 Peruntukan Waktu


Waktu yang diperuntukan bagi pelaksanaan program ini boleh
diselaraskan mengikut perancangan sekolah.

Namun begitu

melalui Surat Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM bertajuk


Penambahbaikan Aktiviti Pembangunan Sahsiah Murid Di Asrama

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

Harian Kementerian Pendidikan Malaysia, rujuk KP(BPSHSPKIA)703/17(18) bertarikh 3 April 2014 yang menetapkan Solat
Maghrib, Isyak dan Subuh hendaklah dilaksanakan secara
berjemaah dan melalui surat tersebut juga diwujudkan masa kualiti
untuk murid asrama iaitu hari Sabtu tidak pulang bermalam dari
jam 8.00 pagi sehingga jam 11.00 pagi, maka pihak sekolah
diminta untuk memanfaatkan waktu-waktu tersebut dengan
pengisian program ini. Cadangan waktu hafazan ialah seperti di
bawah :
a. Selepas solat berjemaah Maghrib sementara menunggu Isyak
b. Selepas solat berjemaah Subuh
c. 15 minit sebelum tidur
d. Waktu kualiti asrama (8.00 pagi 11.00 pagi) setiap Sabtu
tidak pulang bermalam
e. Waktu Senggang Murid (sepanjang masa)

2.4.3 Proses Bacaan dan Hafazan


a.

Menggunakan Modul mengikut tahap yang disediakan oleh


Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

b.

Proses semakan bacaan dan hafazan akan dibimbing oleh


guru, guru pendidikan Islam, guru luar yang dilantik,
ketua/naqib usrah dan dalam kalangan murid turus yang
berkemampuan.

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

c.

Penilaian

dan

perekodan

hendaklah

dilaksanakan

menggunakan format dan buku rekod yang disediakan.


Kaedah penilaian hendaklah mengikut prosedur yang
ditetapkan.
d.

Jika terdapat murid yang tidak mencapai tahap yang


diharapkan dalam tempoh yang ditetapkan, murid akan
dikekalkan pada tahap dan modul yang sama.

2.5

Peranan Pengurusan
Tumpuan utama dasar Transformasi Asrama Harian adalah penglibatan
menyeluruh pihak sekolah, asrama, ibubapa dan masyarakat dalam
pembangunan murid di asrama hendaklah dijadikan sebagai asas dalam
perancangan pelaksanaan program ini. Pelaksanaan program ini
hendaklah dilakukan melalui satu jawatankuasa yang dilantik dan bukan
diletakkan kepada hanya satu pihak sahaja.
2.5.1 Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab
i.

Mewujudkan Jawatankuasa Pelaksana Program.

ii.

Memberikan taklimat khusus kepada semua guru, personel


asrama, waris dan komuniti berkaitan program.

iii.

Memastikan program ini dilaksanakan dengan penglibatan


semua guru.

iv.

Memantau pelaksanaan program.

v.

Mengesahkan laporan dan perekodan yang dibuat oleh


penyelaras program.

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

2.5.2 Penyelaras
i.

Bertindak sebagai setiausaha jawatankuasa pelaksana


peringkat asrama.

ii.

Mengadakan mesyuarat dan perbincangan pelaksanaan


Program Hafazan Murid Asrama Harian.

iii.

Menyediakan perancangan dan jadual kerja serta peranan


dan fungsi JK serta guru-guru lain.

iv.

Menyelaras tugasan guru, guru Pendidikan Islam, guru luar


yang dilantik, ketua/naqib usrah dan murid turus yang
dilantik membimbing bacaan dan hafazan.

v.

Menyediakan rekod dan pelaporan pencapaian.

2.5.3 Guru Pembimbing (SEMUA GURU, guru Pendidikan Islam, guru


luar yang dilantik, ketua/naqib usrah dan murid turus yang dilantik )
i.

Membantu dan membimbing murid.

ii.

Mengenal pasti kelemahan murid dan mencatat dalam


rekod pencapaian.

iii.

Membuat pengesahan, pencapaian dan penguasaan


hafazan.

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

2.5.4 Jawatankuasa Pelaksana Program

Jawatankuasa Pelaksana
Modul Hafazan Murid Asrama
Kementerian Pendidikan Malaysia
Pengerusi
Naib Pengerusi 1
Naib Pengerusi 2
Penyelaras (S/U)
Pen. Penyelaras
AJK

:
:
:
:
:
:

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

Pengetua / Guru Besar


GPK Hal Ehwal Murid
GPK Pentadbiran
Ketua Panitia Pendidikan Islam
Guru Pendidikan Islam
Guru Pembimbing
Guru Bimbingan & Kaunseling (B&K)
Warden
Penyelia Asrama
Waris / Ibubapa

3Modul Hafazan
MODUL HAFAZAN SEKOLAH RENDAH
Modul ini disusun sebagai panduan kepada murid dan penilai. Murid akan
merujuk modul ini bagi menentukan kandungan hafazan dan aras hafazan
mereka. Penilai akan merujuk modul ini sebagai instrumen untuk menilai tahap
penguasaan hafazan murid tersebut. Modul ini mengandungi TIGA tahap yang
disusun berdasarkan aras penguasaan murid :

BIL

MODUL

KANDUNGAN

CATATAN

Surah Hafazan
1

TAHAP1

(Surah 1, 99 hingga 114)


Wirid dan doa asas

Rujuk

RT1

Azan dan Iqamah


Surah Hafazan
2

TAHAP 2

(Surah 86 hingga 98)


Wirid dan doa

Rujuk RT2

Jawab Azan dan Iqamah


Surah Hafazan
3

TAHAP 3

(Surah 78 hingga 85)


Wirid dan doa

Rujuk RT3

Doa selepas Azan dan Iqamah

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

10

RT1
MODUL HAFAZAN TAHAP 1
SEKOLAH RENDAH

BIL.

BULAN

PERKARA

1.

JANUARI

Surah al-Fatihah & Al-Naas.


Wirid dan doa asas selepas solat fardu.

2.

FEBRUARI

Surah al-Falaq & al-Ikhlas.


Wirid dan doa asas selepas solat fardu.

3.

MAC

Surah al-Masad & al-Nasr.


Wirid dan doa asas selepas solat fardu.

4.

APRIL

Surah al-Kaafirun & al-Kauthar.


Wirid dan doa asas selepas solat fardu.

5.

MEI

Surah al-Maauun & al-Quraisy.


Wirid dan doa asas selepas solat fardu..

6.

JUN

Surah al-Fiil & al-Humazah.


Azan dan Iqamah.

7.

JULAI

Surah al-Asr & al-Takathur.


Azan dan Iqamah.

8.

OGOS

Surah al-Qariah.
Azan dan Iqamah.

9.

SEPTEMBER

Surah al-Aadiyaat.
Azan dan Iqamah.

10.

OKTOBER

Surah al-Zalzalah.
Azan dan Iqamah.

11.

NOVEMBER

Murajaah.

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

11

RT2
MODUL HAFAZAN TAHAP 2
SEKOLAH RENDAH

BIL.

BULAN

PERKARA

1.

JANUARI

Surah al-Bayyinah.
Wirid dan doa selepas solat fardu.

2.

FEBRUARI

Surah al-Qadr & al-Alaq.


Wirid dan doa selepas solat fardu.

3.

MAC

Surah al-Tiin & al-Syarh.


Wirid dan doa selepas solat fardu.

4.

APRIL

Surah al-Dhuha & Al-Lail.


Jawab azan dan iqamah.

5.

MEI

Surah al-Shams.
Jawab azan dan iqamah.

6.

JUN

Surah al-Balad.

7.

JULAI

Surah al-Fajr.

8.

OGOS

Surah al-Ghasyiah.

9.

SEPTEMBER

Surah al-Ala.

10.

OKTOBER

Surah al-Tariq.

11.

NOVEMBER

Murajaah.

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

12

RT3
MODUL HAFAZAN TAHAP 3
SEKOLAH RENDAH

BIL.

BULAN

PERKARA

1.

JANUARI

Surah al-Buruj.
Wirid dan doa selepas solat fardu.

2.

FEBRUARI

Surah al-Inshiqaq.
Wirid dan doa selepas solat fardu.

3.

MAC

Surah al-Mutaffifin.
Wirid dan doa selepas solat fardu.

4.

APRIL

Surah al-Infitar.
Wirid dan doa selepas solat fardu.

5.

MEI

Surah al-Takwir.
Wirid dan doa selepas solat fardu.

6.

JUN

Surah Abasa.
Doa selepas Azan dan Iqamah.

7.

JULAI

Surah al-Naziat .
Doa selepas Azan dan Iqamah.

8.

OGOS

Surah al-Naziat .
Doa selepas Azan dan Iqamah.

9.

SEPTEMBER

Surah al-Naba.
Doa selepas Azan dan Iqamah.

10.

OKTOBER

Surah al-Naba.
Doa selepas Azan dan Iqamah.

11.

NOVEMBER

Murajaah.

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

13

MODUL HAFAZAN SEKOLAH MENENGAH


Modul ini disusun sebagai panduan kepada murid dan penilai. Murid akan
merujuk modul ini bagi menentukan kandungan hafazan dan aras hafazan
mereka. Penilai akan merujuk modul ini sebagai instrument untuk menilai tahap
penguasaan hafazan murid tersebut. Modul ini mengandungi LIMA tahap yang
disusun berdasarkan aras penguasaan murid :

BIL

MODUL

KANDUNGAN

CATATAN

Surah Hafazan
1

Tahap1

Tahap 2

Tahap 3

Tahap 4

Tahap 5

(Surah 1, 93 hingga 114)

Wirid dan doa asas


Lafaz azan dan iqamah
Surah Hafazan
(Surah 78 hingga 92)
Tahlil dan doa
Jawab azan dan iqamah
Doa selepas azan dan iqamah
Surah Hafazan
(Surah 45, 56 dan 76)
Lafaz niat Solat jenazah
Doa dalam solat jenazah
Doa-doa pilihan
Surah Hafazan
(Surah 61, 62, 63 dan 71)
Doa tambahan selepas solat fardhu
Doa-doa pilihan
Surah Hafazan
(Surah 36, 44 dan 67)
Doa-doa pilihan

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

Rujuk MT1

Rujuk MT2

Rujuk MT3

Rujuk MT4

Rujuk

MT5

14

MT1
MODUL HAFAZAN TAHAP 1
SEKOLAH MENENGAH HARIAN
BIL.
1.

2.

3.

4.

5.

BULAN

PERKARA

JANUARI

Surah al-Fatihah/Al-Nas/Al-Falaq.
Lafaz azan dan iqamah.

FEBRUARI

Surah al-Ikhlas/ al-Masad/ Al-Nasr.


Lafaz azan dan iqamah.
Wirid dan doa selepas solat fardu.

MAC

APRIL

MEI

Surah al-Kafirun/ al-Kauthar.


Lafaz azan dan iqamah.
Wirid dan doa selepas solat fardu.
Surah al-Maun/Quraisy.
Lafaz azan dan iqamah.
Wirid dan doa selepas solat fardu.
Surah al-Fil/al-Humazah.
Lafaz azan dan iqamah.
Wirid dan doa selepas solat fardu.

6.

JUN

Surah al-Asr/ al-Takathur / al-Qariah.


Lafaz azan dan iqamah.
Wirid dan doa selepas solat fardu.

7.

JULAI

Surah al-Zalzalah /al-Aadiyaat.

8.

OGOS

Surah al-Bayyinah / al-Qadr.

9.

SEPTEMBER

Surah al-Alaq / al-Tin.

10.

OKTOBER

Surah al-Inshirah.

11.

NOVEMBER

Surah al-Dhuha.

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

15

MT2
MODUL HAFAZAN TAHAP 2
SEKOLAH MENENGAH HARIAN

BIL.

1.

2.

BULAN

JANUARI

FEBRUARI

PERKARA
Surah al-Lail/ al-Shams.
Jawab azan dan iqamah.
Doa selepas azan dan iqamah.
Surah al-Balad/ al-Fajr.
Jawab azan dan iqamah.
Doa selepas azan dan iqamah.

3.

MAC

4.

APRIL

5.

MEI

Surah al-Ghasyiah/ al-Tariq


Jawab azan dan iqamah.
Doa selepas azan dan iqamah.
Surah al-Ala/ al-Buruj
Jawab azan dan iqamah.
Doa selepas azan dan iqamah.
Surah al-Inshiqaq
Tahlil & Doa

JUN

Surah al-Mutaffifin
Tahlil & Doa

7.

JULAI

Surah al-Infitar
Tahlil & Doa

8.

OGOS

Surah al-Takwir
Tahlil & Doa

SEPTEMBER

Surah Abasa
Tahlil & Doa

10.

OKTOBER

Surah al-Naziat
Tahlil & Doa

11.

NOVEMBER

Surah al-Naba

6.

9.

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

16

MT3
MODUL HAFAZAN TAHAP 3
SEKOLAH MENENGAH HARIAN

BIL.

BULAN

PERKARA

1.

JANUARI

Surah al-Waqiah ayat 1 24


Lafaz niat Solat Jenazah

2.

FEBRUARI

Surah al-Waqiah ayat 25 50


Doa dalam Solat Jenazah

3.

MAC

Surah al-Waqiah ayat 51 74


Doa dalam Solat Jenazah

4.

APRIL

Surah al-Waqiah ayat 75 96


Doa dalam Solat Jenazah

5.

MEI

Surah al-Sajdah ayat 1 15


Doa-doa pilihan.

6.

JUN

Surah al-Sajdah ayat 16 30


Doa-doa pilihan.

7.

JULAI

Surah al-Insan ayat 1 15


Doa-doa pilihan.

8.

OGOS

Surah al-Insan ayat 16 31


Doa-doa pilihan.

9.

SEPTEMBER

Murajaah
Doa-doa pilihan.

10.

OKTOBER

Murajaah
Doa-doa pilihan.

11.

NOVEMBER

Murajaah
Doa-doa pilihan.

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

17

MT4
MODUL HAFAZAN TAHAP 4
SEKOLAH MENENGAH HARIAN
BIL

BULAN

PERKARA

JANUARI

Surah Nuh ayat 1-10


Doa tambahan selepas solat fardhu.

FEBRUARI

Surah Nuh ayat 11-20


Doa tambahan selepas solat fardhu.

MAC

Surah Nuh ayat 21-28


Doa tambahan selepas solat fardhu.

APRIL

Surah al-Saff ayat 1-7


Doa tambahan selepas solat fardhu.

MEI

Surah al-Saff ayat 8-14


Doa tambahan selepas solat fardhu.

JUN

Surah al-Jumuah ayat 1-11


Doa tambahan selepas solat fardhu.

JULAI

Surah al-Munafiqun ayat 1-11


Doa-doa pilihan.

OGOS

Murajaah
Doa-doa pilihan.

SEPTEMBER

Murajaah
Doa-doa pilihan.

10

OKTOBER

Murajaah
Doa-doa pilihan.

11

NOVEMBER

Murajaah
Doa-doa pilihan.

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

18

MT5
MODUL HAFAZAN TAHAP 5
SEKOLAH MENENGAH HARIAN
BIL

BULAN

PERKARA

1.

JANUARI

Surah al Mulk ayat 1-15


Doa-doa pilihan.

2.

FEBRUARI

Surah al Mulk ayat 16-30


Doa-doa pilihan.

3.

MAC

Surah Yasin ayat 1-20


Doa-doa pilihan.

4.

APRIL

Surah Yasin ayat 21 40.


Doa-doa pilihan.

5.

MEI

Surah Yasin ayat 41 60.


Doa-doa pilihan.

6.

JUN

Surah Yasin ayat 61 83


Doa-doa pilihan.

7.

JULAI

Surah al Dukhan ayat 1 20


Doa-doa pilihan.

8.

OGOS

Surah al Dukhan ayat 21-45


Doa-doa pilihan.

9.

SEPTEMBER

Surah al Dukhan ayat 46-59


Doa-doa pilihan.

10.

OKTOBER

Murajaah
Doa-doa pilihan.

11.

NOVEMBER

Murajaah
Doa-doa pilihan.

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

19

4Panduan & Kaedah Hafazan


4.1 Pendahuluan
Menghafaz al-Quran merupakan aktiviti yang dikira sebagai ibadah, oleh
itu penjagaan dan perhatian kepada adab-adab bersama al-Quran amat
dititik beratkan. Di antara adab dan kaedah menghafaz al-Quran yang
perlu diikuti oleh semua murid ialah:

4.2 Sebelum Menghafaz:


1.

Niat menghafaz untuk mencari keredhaan Allah.

2.

Membaca doa dan taawudz.

3.

Memiliki

Al-Quran

rasm

Uthmani

dan

berkekalan

menggunakannya.
4.

Sentiasa menunaikan solat fardhu di awal waktu.

5.

Sentiasa menunaikan solat sunat tahajjud.

6.

Yakin bahawa Allah sentiasa memberi rahmat kepada orang yang


menghafaz al-Quran.

7.

Memilih tempat yang sesuai dan sunyi daripada sebarang


gangguan.

8.

Pastikan diri dalam keadaan segar, tidak letih, tidak penat dan
terlalu runsing.

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

20

4.3 Semasa menghafaz:


1.

Mengetahui surah-surah, wirid dan doa yang akan dihafaz.

2.

Mengulangi bacaan sekurang-kurangnya sepuluh kali bagi


melancarkannya.

3.

Memulakan hafazan setelah lancar bacaan.

4.

Bertalaqqi dan bermusyafahah (bersemuka dan membaca


dihadapan guru) bagi memastikan tidak berlaku kesalahan baris,
waqaf ibtida dan hukum hakam tajwid.

5.

Gunakan penunjuk atau jari untuk menunjuk setiap huruf dan


kalimah yang dibaca.

6.

Setelah lancar ayat pertama, pindah kepada ayat yang kedua.

7.

Sebelum berpindah kepada ayat yang ketiga ulang semula ayat


yang pertama dan kedua.

8.

Gunakan alat bantuan seperti kaset, CD dan sebagainya untuk


memantapkan bacaan dan hafazan.

9.

Rehat sebentar ketika penat.

10.

Mengulang hafazan setiap kali selepas solat fardhu lima waktu.


Kaedah Menghafaz

Langkah

Kaedah

LANGKAH 1

Mengetahui Surah/Wirid/Doa yang hendak dihafaz

LANGKAH 2

Mengulangi bacaan surah/ayat sekurang-kurangnya 10 KALI

LANGKAH 3

Mulakan Hafazan

LANGKAH 4

Bertalaqqi dan bermusyafahah

LANGKAH 5

Setelah lancar ayat pertama baru pindah kepada ayat kedua

LANGKAH 6

Sebelum berpindah kepada ayat ke tiga, ulang semula ayat yang


pertama dan kedua sebanyak 10 KALI

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

21

4.4 Selepas menghafaz:


1.

Memperdengarkan bacaan kepada guru (tasmi)

2.

Sentiasa mengulangi ayat yang telah dihafaz.

3.

Membaca ayat-ayat yang dihafaz ketika solat.

4.

Sentiasa mematuhi perintah Allah.

5.

Menghindari diri dari perkara-perkara maksiat.

6.

Menghafaz secara tadabbur iaitu menghayati maksud, hukum dan


pengajaran yang terdapat dalam ayat yang dibaca.

7.

Sentiasa berdoa semoga hafazan dapat dikekalkan.

5Penilaian & Pelaporan


5.1

Penilaian
Pelaksanaan Program Hafazan ini memerlukan tiga jenis penilaian yang
perlu dilakukan oleh pihak pengurusan asrama iaitu :

5.1.1

Pra Penilaian
i.

Pra penilaian bertujuan untuk mengenal pasti tahap


penguasaan hafazan setiap murid sebelum mengikuti modul
yang disediakan (TOV).

Pihak pengurusan asrama

mengenalpasti surah, doa dan wirid yang telah dihafaz oleh


murid, seterusnya menetapkan tahap murid tersebut.

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

22

ii.

Murid akan diminta untuk menghafaz doa/wirid/surah yang


terkandung di dalam Tahap 1 (Samada Rendah atau
Menengah) di hadapan guru. Sekiranya murid tersebut
dapat menghabiskan semua hafazan yang ditetapkan
dalam tahap tersebut, maka murid boleh beralih ke Tahap 2.
Begitulah seterusnya sehingga murid tersebut sampai
kepada tahap di mana murid belum menguasai kesemua
doa/wirid/surah yang ditetapkan dalam tahap tersebut. Dari
situ murid akan mula mengikuti program ini sebagai TOV
masing-masing.

5.1.2

Penilaian Berterusan
i.

Penilaian ini merupakan penilaian untuk mengesahkan


seseorang murid tersebut telah berjaya menghafaz sesuatu
doa/wirid/surah yang ditetapkan dalam mana-mana tahap
mereka berada.

ii.

Penilaian

ini

dilaksanakan

sepanjang

masa

dan

pengesahan ini boleh dilakukan oleh mana-mana guru yang


berkemahiran. Murid boleh berjumpa dengan mana-mana
guru untuk memperdengarkan hafazan mereka dan
mendapatkan pengesahan daripada guru tersebut. Guru
akan merekod pengesahan menggunakan format Rekod
Hafazan Murid Asrama (Lampiran 5 atau Lampiran 6).
iii.

Murid akan dibekalkan dengan Borang Pencapaian Individu


(Lampiran 3 atau Lampiran 4) sebagai rekod dan rujukan
murid.

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

23

5.1.3

Penilaian Akhir
Apabila seseorang murid telah menghabiskan hafazan semua
doa/wirid/surah yang ditetapkan dalam sesuatu tahap, penyelaras
program hendaklah memasti dan merekodkan data pencapaian
murid mengikut tahap yang ditetapkan untuk membolehkan murid
meneruskan hafazan ke tahap berikutnya.

5.2

Pelaporan
Satu laporan ringkas hendaklah disediakan menggunakan format
(LAMPIRAN 1A) yang ditetapkan untuk dihantar kepada PPD/JPN dan
digabungkan menjadi Laporan Negeri sebelum diserahkan (LAMPIRAN
1B) kepada BPSH untuk disediakan laporan program peringkat
kebangsaan.
Terdapat dua kali penghantaran laporan iaitu :
5.2.1 Laporan Awal Tahun (TOV)
(Laporan hendaklah sampai ke BPSH, KPM pada/sebelum 15
Februari setiap tahun)
5.2.2 Laporan Akhir Tahun (Status Pelaksanaan)
(Laporan hendaklah sampai ke BPSH, KPM pada/sebelum 15
Disember setiap tahun)

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

24

6Glosari
Bil

Istilah

Maksud

Matsur

Lafaz doa yang diambil dari al-Quran atau hadis yang


shahih.

Naqib usrah

Ketua yang dilantik bagi mengetuai kumpulan kecil


perbincangan ilmiah dan keagamaan

Murid turus

Murid contoh yang mempunyai bacaan yang betul dan


baik serta boleh dijadikan ikutan

Azan

Seruan dengan lafaz yang tertentu bagi mengetahui


masuknya waktu solat fardhu

Iqamah

Lafaz tertentu bagi mengetahui solat akan didirikan

Wirid

Amalan harian dari ayat al-Quran dan zikir yang


ditetapkan oleh seseorang bagi dirinya

Taawudz

Rasm Uthmani

Kaedah Penulisan mushaf al-Quran yang dipersetujui di


zaman Uthman ibnu Affan

Bertalaqqi

Bersemuka dan berhadap dengan guru

10

Bermusyafahah

Memerhati dan meniru gerak bibir guru bagi sebutan yang


betul

11

Waqaf Ibtida

Kaedah memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan

12

Tajwid

Ilmu mengetahui tempat keluar dan sifat huruf dan apa


yang mesti daripada sifat mendatang

13

Tasmi

Kaedah memperdengarkan bacaan hafazan kepada guru

14

Tadabbur

Memahami makna, memikir dan mengambil manfaat


daripada isyarat dan peringatan al-Quran

15

Murajaah

Kaedah mengulang kaji hafazan

16

Halaqah

Kumpulan kecil yang diketuai oleh seorang ketua/naqib

Lafaz Auzubillahi minas syaitanir rajim

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

25

Panel Penggubal
Penasihat : ABDULLAH BIN MAD YUNUS

Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengerusi : HJ. MOHAMED YAMIN BIN MOHAMED YUSOF A.M.N


Timbalan Pengarah (Murid)
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia

Setiausaha : HAJI BAHRIN BIN HAJI MASDUKI

Ketua Unit Pengurusan Asrama


Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia

Penolong Setiausaha : PUAN JURAIDAH BINTI JALALUDDIN


Penolong Pengarah
Unit Pengurusan Asrama, BPSH
Kementerian Pendidikan Malaysia

Ahli Panel
EN. MUHAMAD SHAFIE BIN HJ. ISMAIL
Ketua Unit KKQ
Bahagian Pendidikan Islam, KPM
HJH. ROHANI BT ATAN
Pegawai Asrama
JPN Negeri Sembilan
PN. HASMAH BINTI ISMAIL
Pegawai Asrama
JPN P. Pinang

EN. SAIFUL BAHRIN BIN ABU


Pengetua
SMKA Dato Hj. Abu Hasan Hj. Sail, N.Sembilan
HJ. MOHAMAD BIN SAMAON
Pegawai Asrama
JPN Johor
EN. ROSLI BIN KABIL
Pegawai Asrama
JPN Selangor

EN. ABDULLAH BIN SHAFIE


GPK Hal Ehwal Murid
SMKA Arau, Perlis

EN. AZMAN BIN JANUDIN


Guru Besar
SK Seri Mendapat, Melaka

PN. BAYAH BINTI AHMAD


GPK Hal Ehwal Murid
SMK Bukit Selambau, Kedah

PN. AZIMAH BINTI OMAR


Guru Penolong (Warden)
SMK Ismail Petra, Kelantan

EN. MOHD AFANDI BIN MOHD KASSIM


Guru Penolong (Ulul Albab)
SMKA Kedah, Kedah
EN. ZAMRI BIN MUSTAFA
Guru Penolong (Warden)
Sekolah Model Khas Baling, Kedah
EN. MOHD ZUBAIDI BIN ZAKARIA
Guru Penolong (Warden)
SK Panglima Awang, Kedah

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

EN. HAIRUL HISYAM BIN ADAM


Guru Penolong (Ulul Albab)
SMKA Kuala Lumpur, KL
PN. ZAUYAH BINTI ISMAIL
Guru Penolong (Warden)
SMK Sultanah Bahiyah, Kedah
EN. MOHD SHAFIZAM BIN SHAFIE
Guru Penolong (Warden)
SMK Permatang Tok Jaya, P. Pinang

26

PN. HAFSAH BT. IBRAHIM


Guru Penolong (Warden)
SMK Sg. Acheh, P. Pinang
EN. MOHD SYARIZAL BIN ROSLAN
Guru Penolong (Warden)
SK Talang, Perak
EN. MOHD KAMARUZAMAN BIN MAT
Guru Penolong (Warden)
SMK Simpang Beluru, Perak
PN. NUR SYAMSINAR BINTI MOHD ZAPOR
Guru Penolong (Warden)
SMK Raja Perempuan Muda Tg. Fauziah, Perlis
EN. MOHD HANIF BIN ABDUL AZIZ
Guru Penolong (Warden)
SK Tengkawang, Terengganu

CIK SHALEHAH BINTI DAHARI@ZAHARI


Guru Penolong (Warden)
SMK Raja Tun Uda, P. Pinang
EN. SUHAIRUDIN BIN IBRAHIM
Guru Penolong (Warden)
SMK Simpang Beluru, Perak
EN. MOHD NAZRI BIN MOHD RADZI
Guru Penolong (Warden)
SK Batu Bertangkup, Perlis
CIK MARIAH BINTI YUSUF
Guru Penolong (Warden)
SMK Syed Ahmad, Perlis
EN. MOHD ASRI BIN MAT HASSAN
Guru Penolong (Warden)
SMKA Dato Hj. Abbas, Terengganu

Urusetia
EN. MUHAMAD ZAIMI BIN OMAR
Penyelia Asrama
SMK Taman Jelutong, Kedah
EN. MOHD NAIM BIN AHMAD
Penyelia Asrama
SMKA Kedah, Kedah

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

EN. NORAZLAN BIN YUSOF


Penyelia Asrama
SK Pulau Tuba, Langkawi, Kedah
PN. ROSMIZA BINTI ZAINOL ABIDIN
Penyelia Asrama
SMK Datuk Syed Ahmad, Kedah

27

Senarai Lampiran

BIL

ITEM

LAMPIRAN 1

Format Laporan Awal dan Akhir Tahun PHMAH (1A dan 1B)

LAMPIRAN 2

Panduan Penilaian Borang Surah-Surah Hafazan Wirid Dan Doa


Selepas Solat

LAMPIRAN 3

Borang Pencapaian Individu Hafazan Murid Asrama Sekolah Rendah

LAMPIRAN 4

Borang Pencapaian Individu Hafazan Murid Asrama Sekolah


Menengah Harian

LAMPIRAN 5

Rekod Hafazan Murid Asrama Sekolah Rendah

LAMPIRAN 6

Rekod Hafazan Murid Asrama Sekolah Menengah Harian

LAMPIRAN 7

Teks Wirid dan Doa Murid Asrama Sekolah Rendah

LAMPIRAN 8

Teks Wirid dan Doa Murid Asrama Sekolah Menengah Harian

LAMPIRAN 9

Panduan dan Bacaan Solat Jenazah

LAMPIRAN 10

Tahlil dan Doa

LAMPIRAN 11

Doa-Doa Pilihan

[Program Hafazan Murid Asrama Harian, KPM]

28

Anda mungkin juga menyukai