Anda di halaman 1dari 7

HARGA SEBUAH LUKISAN

Baharudin A. Manan

Sinopsis:
Kamal Hijaz akan berpindah ke Terengganu kerana mengikut bapanya. Dia seorang
pelajar yang berbakat dalam lukisan. Dua minggu sebelum berpindah, dia
menyertai pertandingan melukis. Pada pagi hari pertandingan, Kamal Hijaz
didatangi kawannya, Maryati dan Norlela. Mereka bersarapan bersama-sama di
taman mini sekolah. Maryati mengkhianati Kamal Hijaz dengan menukar kertas
lukisannya.Walau bagaimanapun, Kamal Hijaz berjaya juga memenangi hadiah
pertama dalam pertandingan itu. Akhirnya, Maryati mengaku bahawa dialah yang
berbuat khianat terhadap Kamal Hijaz. Dia meminta maaf, dan Kamal Hijaz
menghadiahi Maryati sebuah lukisan.

Tema:
Keluhuran hati dalam persahabatan. Keluhuran hati Kamal Hijaz terserlah apabila
dia bersikap tenang dan memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya. Pada hari
pertandingan, Maryati telah menukar kertas lukisan Kamal Hijaz ketika dia ke kantin
untuk membersihkan bekas makanan.

Persoalan:
i. Kesungguhan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.
Contoh : Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea
yang akan dijadikan model dalam pertandingan melukis.
ii. Keharmonian dalam kehidupan bersahabat.
Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini
sekolah. Dia didatangi oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan dengan
berbual mesra.
iii. Baik hati dalam kalangan murid sekolah.
Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan
bersama-sama mereka.
iv. Kekuatan semangat menghadapi cabaran hidup.

Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat kertas lukisannya yang


disabotaj, Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan meneruskan lukisannya
dengan yakin dan berjaya.
v. Keinsafan akibat kesilapan yang dilakukan.
Contoh : Maryati berasa bersalah dan menginsafi kesalahannya mengkhianati
Kamal
Hijaz dan seterusnya dia meminta maaf.
vi. Kemuliaan hati dalam memaafkan seseorang.
Contoh : Kamal Hijaz memaafkan kesalahan Maryati yang mengkhianatinya dan
menghadiahkan sebuah lukisan.

Plot:
i. Permulaan
Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari ilham yang
akan dilukiskan dalam pertandingan melukis yang akan disertainya. Pembaca
diperkenalkan dengan watak Kamal Hijaz sebagai pelajar yang hebat dalam lukisan
di sekolahnya.
ii. Perkembangan
Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia
didatangi oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan usik-mengusik
tentang isu yang berkisar dengan pertandingan melukis yang akan disertai oleh
mereka sebentar lagi. Sejurus kemudian, Maryati mengeluarkan bekas makanan
dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka. Pada mulanya, Kamal
Hijaz agak keberatan dan malu untuk menerima pelawaan Maryati, tetapi atas
permintaan mereka untuk kali yang terakhir, Kamal Hijaz mengalah. Setelah selesai
makan, Kamal Hijaz dan Norlela pergi ke kantin untuk mencuci pinggan dan gelas.
iii. Puncak
Pertandingan melukis bermula, Kamal Hijaz keresahan kerana kertas lukisannya
telah disabotaj sehingga sukar untuk diwarna. Dia terpaksa menukar kertas lukisan.
Sekali -gus dia mengubah fikiran, lalu melukis gambaran Hang Tuah bertikam
dengan Hang Jebat. Tatkala itu, fikirannya berkonflik, berfikir tentang kisah sejarah
Hang Tuah dan Hang Jebat. Pada perhimpunan mingguan di sekolah, dia diumumkan
sebagai pemenang Pertandingan Melukis Peringkat Daerah, manakala Maryati
sebagai pemenang kedua.
iv. Peleraian
Pada hari terakhir persekolahan, Kamal Hijaz diberi peluang memberikan ucapan
perpisahan. Ucapannya amat menyentuh hati Maryati, dan Maryati berasa bersalah

dan kesal. Maryati menemui Kamal Hijaz untuk meminta maaf. Kamal Hijaz
memaafkan Maryati dan menghadiahkan sebuah lukisan.

Teknik Plot:
i. Pemerian
Contoh: Penulis memerihalkan peristiwa ketika Kamal Hijaz yang dicemburui oleh
kawan-kawannya kerana kebolehannya melukis.
ii. Monolog Dalaman
Contoh: Penulis menggambarkan Kamal Hijaz bermonolog dalaman semasa melukis
gambaran pahlawan sedang bertikam di pertandingan melukis peringkat daerah.
iii. Dialog
Contoh: Teknik ini digunakan semasa Maryati meminta maaf kerana telah
mengkianati Kamal Hijaz semasa pertandingan melukis.

Watak dan Perwatakan:

Watak Utama
Kamal Hijaz
i. Pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.
ii. Berbakat dan berminat dalam lukisan dan sentiasa mendapat markah A dalam
Mata Pelajaran Lukisan.
iii. Pelajar yang berusaha dengan gigih. Dia tekun mencari ilham sebagai persediaan
menyertai pertandingan melukis.
iv. Berjiwa mulia kerana menyumbangkan hadiah yang diperoleh kepada PIBG bagi
membantu rakan-rakan yang kurang bernasib baik.
v. Tabah dan tenang ketika menghadapi masalah. Dia tetap bersabar dan
meneruskan lukisannya yang kedua sehingga berjaya.
vi. Bersikap terbuka dan pemaaf. Dia memaafkan Maryati yang telah
mengkhianatinya.

Watak Sampingan

Maryati
i. Rakan kepada Kamal Hijaz.
ii. Seorang yang peramah dan mudah mesra. Hal ini terserlah sewaktu dia dan
Norela bertemu dengan Kamal Hijaz sebelum pertandingan melukis.
iii. Berjiwa kecil. Dia sanggup menggunakan taktik kotor untuk mengalahkan Kamal
Hijaz dalam pertandingan melukis.
iv. Mudah insaf dan menyesali kesilapannya. Dia berasa bersalah dan meminta
maaf kepada Kamal Hijaz atas kesalahannya menukar kertas lukisan.

Gaya Bahasa:
i. Peribahasa
Contoh : Membulatkan hatinya
ii. Hiperbola
Contoh : Menusuk rongga hidung
iii. Pengaruh bahasa asing
Contoh : Penggunaan bahasa Inggeris - water colour
iv. Simile
Contoh : macam nenek kebayan
v. Kata ganda
Contoh : Kamal Hijaz merenung muka Maryati dan Norlela bergilir-gilir.

Latar:

Latar Masa

i. Hari Isnin.
Hari Perhimpunan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.
Contoh: Pengetua menyampaikan amanatnya dan mengumumkan keputusan
pertandingan yang diadakan.
ii. Hari Sabtu.
Hari cuti persekolahan.
Contoh : Pada hari pertandingan melukis di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.
iii. Dua minggu.
Contoh : Tempoh antara hari pertandingan melukis dengan pengumuman keputusan
pertandingan diumumkan.
iv. Tiga hari
Contoh : Tempoh Kamal Hijaz berlatih melukis gambar pemandangan di sawah padi
dan gambaran dua pahlawan sedang bertikam.

Latar Tempat
i. Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa. Tempat pertandingan melukis dijalankan.
Contoh : Di Sekolah Menengah Kebangsaan itulah akan dilangsungkan pertandingan
melukis itu.
ii. Taman mini sekolah. Tempat Kamal Hijaz menunggu sebelum pertadingan
dimulakan.
Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar pada bangku simen terazo yang terletak
berhampiran taman mini sekolah.
iii. Kantin sekolah. Latar tempat yang digunakan watak untuk membersihkan bekas
makanan.
Contoh :Kalau sudah begitu kata kamu, terpulanglah. Tapi, Norlela tentu boleh
membantu kamu mencuci pinggan dan gelas di kantin,

Latar Masyarakat
i. Golongan pendidik. Golongan yang berilmu dan bertanggungjawab mendidik
anak-anak tempatan.
Contoh : Cikgu Salina yang memaklumkan kepada pelajar tentang pertandingan
melukis peringkat daerah.

ii. Golongan pelajar. Sekumpulan anak-anak yang menuntut ilmu secara formal di
sekolah.
Contoh : Kamal Hijaz, Maryati dan Norlela merupakan contoh murid yang bersekolah
di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.
iii. Golongan yang gigih berusaha.. Terdapat individu yang berusaha dengan
bersungguh-sungguh untuk berjaya.
Contoh : Tiga hari Kamal Hijaz berlatih melukis gambar pemandangan di sawah padi
dan gambaran pahlawan sedang bertikam.
iv. Golongan yang sanggup mengkhianati orang lain. Terdapat individu yang
sanggup mengkhianati kawan demi kepentingan sendiri, tidak terkecuali pelajar.
Contoh : Maryati sanggup menukar kertas lukisan Kamal Hijaz sebelum
pertandingan bermula.

Nilai Murni:
i. Nilai persahabatan.
Contoh : Meskipun Maryati pernah mengkhianati Kamal Hijaz, mereka tetap
bersahabat dan akan terus bertukar-tukar kertas soalan setelah mereka berpisah
nanti.
ii. Nilai ketabahan.
Contoh : Ketabahan Kamal Hijaz sewaktu menghadapi masalah dengan kertas
lukisannya. Dia tetap tabah dan gigih meneruskan lukisan keduanya.
iii. Nilai kesabaran.
Contoh : Kesabaran Kamal Hijaz menerima pengakuan Maryati yang menukar kertas
lukisannya sebelum pertandingan melukis.
iv. Nilai kegigihan.
Contoh : Kamal Hijaz membelek helaian buku lukisan, dan berlatih tiga hari melukis
pemandangan di sawah padi dan pahlawan sedang bertikam.

Pengajaran:
i. Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik.
Contoh : Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea
yang akan dilukiskan dalam pertandingan melukis.
ii. Kita hendaklah berbudi bahasa.
Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan
bersama-sama mereka.
iii. Kita hendaklah bersemangat tinggi.
Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat daripada kertas
lukisannya yang dikhianati, Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan meneruskan
lukisannya dengan yakin dan berjaya.
iv. Kita hendaklah menginsafi dan mengakui kesilapaan sendiri.
Contoh : Maryati berasa bersalah dan insaf akan kesalahannya mengkhianati Kamal
Hijaz dan seterusnya dia meminta maaf.
v. Kita hendaklah berhati mulia.
Contoh : Kamal Hijaz memaafkan kesalahan Maryati yang telah mengkhianatinya
dan menghadiahkan sebuah lukisan.

Anda mungkin juga menyukai