Anda di halaman 1dari 132

Harga Sebuah Lukisan (Baharudin A. Manan) Sinopsis Kamal Hijaz akan berpindah ke Terengganu kerana mengikut bapanya.

Dia seorang pelajar yang berbakat dalam lukisan. Dua minggu sebelum berpindah, dia menyertai pertandingan melukis. Pada pagi hari pertandingan, Kamal Hijaz didatangi kawannya, Maryati dan Norlela. Mereka bersarapan bersama-sama di taman mini sekolah. Maryati mengkhianati Kamal Hijaz dengan menukar kertas lukisannya.Walau bagaimanapun, Kamal Hijaz berjaya juga memenangi hadiah pertama dalam pertandingan itu. Akhirnya, Maryati mengaku bahawa dialah yang berbuat khianat terhadap Kamal Hijaz. Dia meminta maaf, dan Kamal Hijaz menghadiahi Maryati sebuah lukisan. Tema Keluhuran hati dalam persahabatan. Keluhuran hati Kamal Hijaz terserlah apabila dia bersikap tenang dan memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya. Pada hari pertandingan, Maryati telah menukar kertas lukisan Kamal Hijaz ketika dia ke kantin untuk membersihkan bekas makanan. Persoalan Kesungguhan untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Contoh : Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea yang akan dijadikan model dalam pertandingan melukis. Keharmonian dalam kehidupan bersahabat. Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan dengan berbual mesra. Baik hati dalam kalangan murid sekolah. Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka. Kekuatan semangat menghadapi cabaran hidup. Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat kertas lukisannya yang disabotaj, Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan meneruskan lukisannya dengan yakin dan berjaya.

Keinsafan akibat kesilapan yang dilakukan. Contoh : Maryati berasa bersalah dan menginsafi kesalahannya mengkhianati Hijaz dan seterusnya dia meminta maaf. Kamal

Kemuliaan hati dalam memaafkan seseorang. Contoh : Kamal Hijaz memaafkan kesalahan Maryati yang mengkhianatinya dan menghadiahkan sebuah lukisan.

Plot

Permulaan Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari ilham yang akan dilukiskan dalam pertandingan melukis yang akan disertainya. Pembaca diperkenalkan dengan watak Kamal Hijaz sebagai pelajar yang hebat dalam lukisan di sekolahnya.

Perkembangan Kamal Hijaz duduk bersandar di bangku simen terazo di taman mini sekolah. Dia didatangi oleh Maryati dan Norlela. Mereka bertegur sapa dan usik-mengusik tentang isu yang berkisar dengan pertandingan melukis yang akan disertai oleh mereka sebentar lagi. Sejurus kemudian, Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka. Pada mulanya, Kamal Hijaz agak keberatan dan malu untuk menerima pelawaan Maryati, tetapi atas permintaan mereka untuk kali yang terakhir, Kamal Hijaz mengalah. Setelah selesai makan, Kamal Hijaz dan Norlela pergi ke kantin untuk mencuci pinggan dan gelas.

Puncak Pertandingan melukis bermula, Kamal Hijaz keresahan kerana kertas lukisannya telah disabotaj sehingga sukar untuk diwarna. Dia terpaksa menukar kertas lukisan. Sekali -gus dia mengubah fikiran, lalu melukis gambaran Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat. Tatkala itu, fikirannya berkonflik, berfikir tentang kisah sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat. Pada perhimpunan mingguan di sekolah, dia diumumkan sebagai pemenang Pertandingan Melukis Peringkat Daerah, manakala Maryati sebagai pemenang kedua.

Peleraian Pada hari terakhir persekolahan, Kamal Hijaz diberi peluang memberikan ucapan perpisahan. Ucapannya amat menyentuh hati Maryati, dan Maryati berasa bersalah dan kesal. Maryati menemui Kamal Hijaz untuk meminta maaf. Kamal Hijaz memaafkan Maryati dan menghadiahkan sebuah lukisan.

Teknik Plot i.

Pemerian
kerana

Contoh: Penulis memerihalkan peristiwa ketika Kamal Hijaz yang dicemburui oleh kawan-kawannya kebolehannya melukis.

ii.

Monolog Dalaman

Contoh: Penulis menggambarkan Kamal Hijaz bermonolog dalaman semasa melukis gambaran pahlawan sedang bertikam di pertandingan melukis peringkat daerah.

Dialog Contoh: Teknik ini digunakan semasa Maryati meminta maaf kerana telah mengkianati Kamal Hijaz semasa pertandingan

melukis.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama Kamal Hijaz i. Pelajar Tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.

ii.

Berbakat dan berminat dalam lukisan dan sentiasa mendapat markah A dalam Mata Pelajaran Lukisan.

iii.

Pelajar yang berusaha dengan gigih. Dia tekun mencari ilham sebagai persediaan menyertai pertandingan melukis.

iv.

Berjiwa mulia kerana menyumbangkan hadiah yang diperoleh kepada PIBG bagi membantu rakan-rakan yang kurang bernasib baik.

v.

Tabah dan tenang ketika menghadapi masalah. Dia tetap bersabar dan meneruskan lukisannya yang kedua sehingga berjaya.

vi.

Bersikap terbuka dan pemaaf. Dia memaafkan Maryati yang telah mengkhianatinya.

Watak Sampingan Maryati Rakan kepada Kamal Hijaz.

ii.

Seorang yang peramah dan mudah mesra. Hal ini terserlah sewaktu dia dan Norela bertemu dengan Kamal Hijaz sebelum pertandingan melukis.

iii.

Berjiwa kecil. Dia sanggup menggunakan taktik kotor untuk mengalahkan Kamal Hijaz dalam pertandingan melukis.

iv.

Mudah insaf dan menyesali kesilapannya. Dia berasa bersalah dan meminta maaf kepada Kamal Hijaz atas kesalahannya menukar kertas lukisan.

Latar

Latar Masa i. Hari Isnin. Hari Perhimpunan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa. Contoh: Pengetua menyampaikan amanatnya dan mengumumkan keputusan pertandingan yang diadakan.

ii.

Hari Sabtu. Hari cuti persekolahan. Contoh : Pada hari pertandingan melukis di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.

iii.

Dua minggu.

Contoh : Tempoh antara hari pertandingan melukis dengan pengumuman keputusan pertandingan diumumkan.

iv.

Tiga hari

Contoh : Tempoh Kamal Hijaz berlatih melukis gambar pemandangan di sawah padi dan gambaran dua pahlawan sedang bertikam.

Latar Tempat i. Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa. Tempat pertandingan melukis dijalankan.

Contoh : Di Sekolah Menengah Kebangsaan itulah akan dilangsungkan pertandingan melukis itu.

ii.

Taman mini sekolah. Tempat Kamal Hijaz menunggu sebelum pertadingan dimulakan.

Contoh : Kamal Hijaz duduk bersandar pada bangku simen terazo yang terletak berhampiran taman mini sekolah.

iii.

Kantin sekolah. Latar tempat yang digunakan watak untuk membersihkan bekas makanan. Contoh :Kalau sudah begitu kata kamu, terpulanglah. Tapi, Norlela tentu boleh membantu kamu mencuci pinggan dan gelas di kantin,

Latar Masyarakat i. Golongan pendidik. Golongan yang berilmu dan bertanggungjawab mendidik anak-anak tempatan. Contoh : Cikgu Salina yang memaklumkan kepada pelajar tentang pertandingan melukis peringkat daerah.

ii.

Golongan pelajar. Sekumpulan anak-anak yang menuntut ilmu secara formal di sekolah.

Contoh : Kamal Hijaz, Maryati dan Norlela merupakan contoh murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sirusa.

iii.

Golongan yang gigih berusaha.. Terdapat individu yang berusaha dengan bersungguhsungguh untuk berjaya.

Contoh : Tiga hari Kamal Hijaz berlatih melukis gambar pemandangan di sawah padi dan gambaran pahlawan sedang bertikam.

iv.

Golongan yang sanggup mengkhianati orang lain. Terdapat individu yang sanggup mengkhianati kawan demi kepentingan sendiri, tidak terkecuali pelajar. Contoh : Maryati sanggup menukar kertas lukisan Kamal Hijaz sebelum pertandingan bermula.

Nilai

i.

Nilai persahabatan.

Contoh : Meskipun Maryati pernah mengkhianati Kamal Hijaz, mereka tetap bersahabat dan akan terus bertukat-tukar kertas soalan setelah mereka berpisah nanti.

ii.

Nilai ketabahan.

Contoh : Ketabahan Kamal Hijaz sewaktu menghadapi masalah dengan kertas lukisannya. Dia tetap tabah dan gigih meneruskan lukisan keduanya.

iii.

Nilai kesabaran.

Contoh : Kesabaran Kamal Hijaz menerima pengakuan Maryati yang menukar kertas lukisannya sebelum pertandingan melukis.

iv.

Nilai kegigihan.

Contoh : Kamal Hijaz membelek helaian buku lukisan, dan berlatih tiga hari melukis pemandangan di sawah padi dan pahlawan sedang bertikam.

Pengajaran

i.

Kita hendaklah bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik. Contoh : Kamal Hijaz membelek-belek buku kumpulan lukisan untuk mencari idea yang akan dilukiskan dalam pertandingan melukis.

ii.

Kita hendaklah berbudi bahasa. Contoh : Maryati mengeluarkan bekas makanan dan mengajak Kamal Hijaz makan bersama-sama mereka.

iii.

Kita hendaklah bersemangat tinggi.

Contoh : Meskipun menghadapi kesukaran melukis akibat daripada kertas lukisannya yang dikhianati, Kamal Hijaz masih mampu bertenang dan meneruskan lukisannya dengan yakin dan berjaya.

iv.

Kita hendaklah menginsafi dan mengakui kesilapaan sendiri. dan insaf akan kesalahannya mengkhianati Kamal Hijaz dan seterusnya dia

Contoh : Maryati berasa bersalah meminta maaf.

v.

Kita hendaklah berhati mulia. Contoh : Kamal Hijaz memaafkan kesalahan Maryati yang telah menghadiahkan sebuah lukisan. mengkhianatinya dan

Gaya Bahasa

i.

Peribahasa Contoh : Membulatkan hatinya

ii.

Hiperbola Contoh : Menusuk rongga hidung

iii.

Pengaruh bahasa asing Contoh : Penggunaan bahasa Inggeris - water colour

iv.

Simile

Contoh : macam nenek kebayan

v.

Kata ganda

Contoh : Kamal Hijaz merenung muka Maryati dan Norlela bergilir-gilir.

Soalan

i.

Mengapakah pelajar lain mencemburui Kamal Hijaz?

ii. Apakah yang dilakukan oleh Maryati sewaktu Kamal Hijaz dan Norlela pergi ke kantin untuk mencuci pinggan dan gelas?

Jawapan

i. Pelajar-pelajar lain mencemburui Kamal Hijaz kerana dia mempunyai bakat yang besar dan sentiasa mendapat markah A dalam Mata Pelajaran Lukisan.

ii. Sewaktu Kamal Hijaz dan Norlela pergi ke kantin untuk mencuci pinggan dan gelas, Maryati menukar kertas lukisan Kamal Hijaz dengan kertas lukisannya yang telah disapu dengan lilin.

Pantun Empat Kerat (Muafakat)

MAKSUD Rangkap 1 Maksud Sesuatu perkara yang dilakukan bersama-sama akan membawa kejayaan. Manusia akan bersatu padu apabila bermuafakat. Kerjasama antara penduduk akan melahirkan kehidupan yang bahagia. Apabila masyarakat bermuafakat lahirlah negara yang aman dan sejahtera. Sikap saling mempercayai adalah asas untuk melahirkan permuafakatan yang berkekalan. Sikap toleransi dan saling menghormati amat penting untuk mengukuhkan perpaduan.

2 3

TEMA Hidup bermuafakat menjamin kesejahteraan.

PERSOALAN i. Kepentingan amalan bergotong-royong. Contoh : Bergotong-royong penduduk sekampung, Hidup muafakat, hidup bahagia. ii. Sikap saling mempercayai asas permuafakatan. Contoh : Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat kekal selamanya.

iii.

Sikap toleransi mengukuhkan perpaduan. Contoh : Bertolak-ansur hormat-menghormati, Mengukuh perpaduan, ikatan muafakat.

BENTUK i. ii iii Mempunyai 6 rangkap. Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap. Dua baris di atas merupakan pembayang dan dua baris di bawah merupakan maksud. iv Jumlah perkataan antara 3 hingga 4 perkataan sebaris. Contoh: ke lurah sama diharungi. (3 perkataan rangkap 1) Contoh: indah sungguh warna pelangi. (4 perkataan rangkap 1) v Terdiri daripada 9 hingga 13 suku kata sebaris. Contoh: ke/ lu/rah/ sa/ma/ di/ha/ru/ngi/ ( 9 suku kata rangkap 1) Contoh: per/ca/ya/ mem/per/ca/ya/i/ a/sas/ ber/pe/gang/ (13 suku kata rangkap 5)

vi

Rima akhir abab.

GAYA BAHASA

i.

Asonansi Pengulangan vokal a Contoh: usaha bersama membawa bahagia. a. Aliterasi Pengulangan konsonan k Contoh: kulitnya keras isinya kelat b. Anafora: Pengulangan perkataan bulat pada awal baris Contoh: Bulat air kerana pembetung Bulat manusia kerana muafakat

ii.

Peribahasa Contoh: Bulat air oleh pembetung Bulat manusia oleh muafakat

iii.

Repitisi Pengulangan perkataan hidup dalam satu baris. Contoh: Hidup muafakat hidup bahagia

iv.

Inversi Pembalikan kata Contoh: bergotong-royong penduduk sekampung sepatutnya penduduk sekampung bergotong-royong

vii

Unsur alam Contoh: Tumbuhan - kangkung, bunga melati Alam paya, sawah padi,getah ,buah salak

NILAI

i.

Nilai bekerjasama . Amalan bermuafakat dan bekerjasama dalam kalangan penduduk kampung melahirkan kehidupan yang sejahtera. Contoh : Andai seluruh masyarakat muafakat, Negara damai, rakyat sejahtera.

ii.

Nilai semangat bermasyarakat. Masyarakat yang percaya mempercayai akan dapat mengukuhkan perpaduan. Contoh : Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat kekal selamanya.

iii.

Hormat-menghormati. Masyarakat yang saling menghormati dapat memperkukuhkan perpaduan. Contoh : Bertolak-ansur hormat-menghormati, Mengukuh perpaduan, ikatan muafakat.

PENGAJARAN

i.

Kita haruslah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Contoh : Ke lurah sama diharungi, Usaha bersama membawa bahagia.

ii

Kita hendaklah saling mempercayai antara satu sama lain.

Contoh : Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat kekal selamanya.

iii

Kita perlulah saling menghormati dalam kalangan masyarakat. Contoh : Bertolak-ansur hormat-menghormati,

Mengukuh perpaduan, ikatan muafakat.

SOALAN

i. Huraikan maksud rangkap keempat pantun.

Beras segantang sudah disukat, Lalu disimpan di atas para;

Andai seluruh masyarakat muafakat, Negara damai, rakyat sejahtera.

ii.

Berikan tiga nilai yang boleh diambil daripada Pantun

Empat Kerat (Muafakat).

JAWAPAN

i.

Maksud rangkat keempat pantun di atas ialah sekiranya masyarakat sentiasa hidup bermuafakat, rakyat dan negara pasti akan sentiasa aman dan sejahtera.

ii.

Tiga nilai yang boleh diambil daripada pantun empat kerat(muafakat) ialah nilai bekerjasama, nilai semangat

bermasyarakat dan nilai hormat menghormati.

Perbincangan rangkap demi rangkap Indah sungguh warna pelangi, Tidak luput hingga senja; Ke lurah sama diharungi, Usaha bersama membawa bahagia. Susah payah dalam sesuatu pekerjaan akan menjadi lebih ringan jika dilakukan secara beramai-ramai. Malah, cara demikian akan menumbuhkan rasa bahagia dan gembira kepada semua orang yang turut serta. Sebarang masalah dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan mudah.

Buah salak di dalam kantung, Kulitnya keras isinya kelat; Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat. Ambilan peribahasa klasik ini memang tepat dengan mesej keseluruhan pantun. Kekuatan masyarakat atau mana-mana kumpulan manusia terletak kepada ikatan kerjasama yang terjalin. Persefahaman ialah teras keutuhan sesebuah masyarakat. Turun ke paya memetik kangkung, Hati-hati terkena getahnya; Bergotong-royong penduduk sekampung, Hidup muafakat hidup bahagia. Amalan dan tradisi gotong-royong berakar umbi di kawasan desa dan kampung. Kerja seperti kenduri kendara dan membina rumah dilaksanakan secara beramai-ramai. Bibit kemesraan yang tumbuh menyumbang terhadap kehidupan masyarakat yang rukun damai dan sejahtera. Beras segantang sudah disukat, Lalu disimpan di atas para; Andai seluruh masyarakat muafakat, Negara damai rakyat sejahtera. Muafakat hanya tercapai jika semua anggota masyarakat bersatu hati, sekata dan sejiwa dalam sesuatu hal, atau urusan kerja. Muafakat ialah asas perpaduan. Akhirnya, negara akan beroleh suasana ( milieu) yang aman, sentosa dan tenteram sehingga rakyat jelata menikmati kesejahteraan hidup. Sawah padi luas terbentang, Kuning keemasan indahnya maya; Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat kekal selamanya. Prasyarat kejayaan muafakat ialah ikhlas, jujur dan saling percaya. Pegangan sedemikian ialah sebagai jaminan supaya amalan muafakat dapat bertahan sepanjang masa. Harum sungguh bunga melati, Hiasan sanggul amat memikat; Bertolak ansur, hormat-menghormati, Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat. Amalan muafakat perlu kepada sikap tolak ansur dan saling hormat. Perbezaan dalam perkara-perkara kecil hendaklah diketepikan, sebaliknya mendahulukan persamaan buah fikiran dan cara bertindak. Perpaduan masyarakat sangat bergantung kepada kesanggupan menerima perbezaan seadanya. Kajian komsas Pantun selenggaraan Zailani Taslim dari Terengganu di atas menyebut perkataan muafakat dalam semua rangkap, kecuali rangkap pertama yang disebut sebagai usaha bersama. Unsur perulangan itu sejajar dengan tema pantun yang berkisar kepada amalan muafakat mengukuhkan perpaduan masyarakat. Pembayang pantun nyata lebih menjurus kepada unsur alam. Nilai murni: kerjasama, tolak ansur, saling percaya, saling hormat, perpaduan

Persoalan: : : : : :

kerjasama membawa bahagia muafakat mengukuhkan perpaduan masyarakat tolak ansur menjayakan muafakat saling percaya menentukan muafakat saling hormat teras muafakat perpaduan masyarakat menerusi muafakat kita hendaklah sentiasa bermuafakat dalam melakukan sebarang pekerjaan / membuat kita hendaklah mengutamakan perpaduan masyarakat kita hendaklah bertolak ansur dalam kerja bermuafakat (pasukan) kita hendaklah saling percaya membina muafakat kita hendaklah saling hormat menuju muafakat kita jangan hanya mementingkan diri sendiri / memencilkan diri dalam masyarakat

Pengajaran: keputusan : : : : :

Kajian kbkk: : muafakat remaja seperti kumpulan belajar, kokurikulum, permainan, sukan, perkongsian ilmu : muafakat warga sekolah seperti gotong-royong perdana, menyokong wakil sekolah yang bertanding : muafakat keluarga seperti membersih dan mengemas rumah dan laman rumah, rehlah dan riadah : muafakat komuniti seperti hari keluarga, kempen menghapuskan sarang nyamuk aedes : muafakat organisasi / pertubuhan seperti kelab / persatuan pengguna / rukun tetangga / bomba bantuan : muafakat negara seperti belanja berhemat melawan inflasi, membanteras jenayah

"SYAIR BERBUAT JASA" KOMSAS TINGKATAN 3 (THE EVERLASTING GAIN)


Genre: Puisi tradisional Penyelanggara: (Dr.) Harun bin Mat Piah Sumber ambilan: Antologi Harga Sebuah Lukisan, muka surat 11 Bilangan rangkap: 7 Perbincangan rangkap demi rangkap Buatlah jasa wahai teruna, Hidupmu biar memberi guna, Kamu yang mati jasa tak fana, Asalkan buahnya elok sempurna.

Anak muda diseru supaya berbuat jasa supaya hidup lebih berguna. Jasad (tubuh) seseorang mungkin telah tiada (meninggal dunia), tetapi jasanya kekal buat selama-lamanya jika dilakukan dengan ikhlas dan dipanjangkan amalannya oleh orang lain (generasi selepasnya). Banyakkan khidmat besar dan seni, Serahkan kepada Tuhan Rabbani, Jasa yang kekal berfaedah murni, Umur yang kedua bagi insani. Sama ada amalan besar mahupun kecil, semuanya mesti ditambah, lalu diikhlaskan semata-mata kepada Allah untuk menilainya. Jasa yang kekal mendatangkan manfaat yang tidak terhingga. Jasa itu akan terus diingati walaupun seseorang itu telah meninggal dunia. Hidup manusia jangan percuma, Buatlah bakti budi utama, Selagi baiknya kekal menjelma, Si mati hidup selama-lama. Manusia tidak harus mensia-siakan hidupnya, sebaliknya sentiasa berusaha meninggalkan jasa. Selama mana jasa itu menjadi amalan atau dimanfaatkan oleh orang lain, orang berjasa tadi tetap dianggap masih hidup walaupun pada hakikatnya telah lama meninggal dunia. Buatlah baik sedaya upaya, Hidup berbakti memberi cahaya, Sumbu pelita tidak sia-sia, Terbakar dirinya menerangi raya, Kebaikan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh akan memberi faedah kepada diri sendiri dan orang lain. Ibarat sumbu pelita (minyak tanah) yang diperbuat daripada kain atau tali, walaupun harus terbakar, gelap akan berganti terang. Jangan menilik balas dan puji, Atau pahalanya dikaji-kaji, Rasa demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji. Apabila berbuat jasa, seseorang itu tidak patut mengharap ganjaran dan sanjungan. Demikian tidak elok bersikap menghitung pahala semata-mata yang menjurus kepada sifat tamak (haloba) dan hina (tidak baik). Demikian cabaran kepada keikhlasan diri dalam berbuat kebaikan (jasa). Pahala dan balas jangan dihitung, Ataupun bintang di dada beruntung, Asalkan jasamu padat berdentung, Cukuplah di situ mulai tergantung. Jangan terlalu berkira tentang pahala (catatan balasan amal baik) atau mendambakan kalungan pingat atau pangkat kebesaran. Sebaliknya, biarlah jasa yang tidak terhingga manfaatnya sebagai bekalan (nyawa kedua, akhirat). Buatlah baik ayuhai rakan, Ke dalam laut kamu campakkan, Jikalau tidak dikenal ikan,

Tuhan

tahu

iakah

bukan.

Sekali lagi penyair menyeru supaya pembaca sentiasa berbuat jasa dan kebaikan. Walaupun usaha yang dilakukan mungkin tidak dihargai atau tidak diberi sambutan, Allah sangat persis dalam membuat penilaian. Kosa fana kata / pemilihan = kata / diksi sementara

sumbu = bahagian tali / kain yang menghidupkan api apabila menerima sumber minyak tanah tinting = ketuk / hempas / goncang untuk menapis / uji ketulenan / menimbang baik buruk berdentung Kajian Nilai Persoalan: murni: Kemurahan : Pengajaran: Kita kemurahan hati Keikhlasan dalam dalam hati, menyumbang membuat kebaikan = bunyi yang kuat seperti guruh komsas keikhlasan jasa jasa

hendaklah bermurah hati dalam menyumbang jasa / kebaikan : Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan kebaikan / jasa kbkk

Analisis

Dalam suatu hadith, jasa yang berkekalan walaupun seseorang itu telah meninggal dunia ialah ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah (derma yang digunakan untuk manfaat silih generasi), dan anak yang soleh. Orang yang berbuat jasa akan dikenang, didoakan dan dijadikan teladan.

PANTUN BERKAIT (BEKERJA) KOMSAS TINGKATAN 3 (HALAL JOB)


Genre sastera: Puisi Tradisional (pantun berkait) Bilangan Rangkap: 8 Penyelenggara: (Prof.) Rahman Shaari dan Mohd Pozi Hj. Masurori Sumber ambilan: Antologi Harga Sebuah Lukisan, muka surat 7 - 8 Pengenalan Pantun berkait membawa maksud bahawa baris kedua (pembayang) dan keempat (maksud) dalam setiap rangkap akan diulang semula sebagai baris pertama (pembayang) dan ketiga (maksud) bagi rangkap yang berikutnya. Maka, hanya baris pertama dan ketiga dalam rangkap pertama, serta baris kedua dan keempat rangkap terakhir yang tidak berulang. Proses mengarang pantun berkait memerlukan ketelitian supaya kesinambungan pembayang dan maksud yang disampaikan tampak lancar.

Perbincangan Rangkap Demi Rangkap Perahu layar mudik ke pangkalan, Sampai di pangkalan, memunggah barang; Wahai rakan, handai dan taulan, Bangkit segera kita berjuang. Pemuisi menyeru sekalian kenalan, kawan dan sahabat supaya bingkas bangun melakukan sesuatu yang bermanfaat. Sampai di pangkalan memunggah barang, Barang habis dibawa ke rumah; Bangkit segera kita berjuang, Hapuskan semangat culas dan malas. Bagi menjayakan sesuatu pekerjaan, seseorang itu mesti menjauhi sikap sambil lewa dan malas yang menggambarkan tiada kesungguhan / tidak serius. Barang habis dibawa ke rumah, Tiada satu tinggal di perahu; Hapuskan semangat culas dan malas, Semua kerja mestilah tahu. Setelah sikap culas dan malas dijauhi, seseorang itu harus tahu melakukan segala kerja yang diamanahkan. Maksudnya, telah membuat persediaan atau belajar terlebih dahulu. Tiada satu tinggal di perahu, Tidaklah bimbang barangkan hilang; Semua kerja mestilah tahu, Bajak, cangkul, tebas, dan tebang. Segala pekerjaan yang dilakukan hendaklah sempurna dari awal hingga akhir. Pendek kata, semua kerja dapat dibereskan. Tidaklah bimbang barangkan hilang, Semuanya ada dalam selamat; Bajak, cangkul, tebas, dan tebang' Semuanya dikerja dengan cermat. Segala kerja dilakukan dengan cermat (teliti). Tiada kecuaian berlaku. Dalam bahasa pejabat, kerja dilaksanakan menepati spesifikasi / kehendak / kualiti / piawai yang ditetapkan. Semuanya ada dalam selamat, Boleh disimpan turun-temurun; Dapat dikerjakan dengan cermat, Kerja yang berat tidaklah gerun. Sikap cermat dalam pekerjaan membolehkan apa-apa jua kerja dapat dilaksanakan tanpa banyak soal. Kerja yang bersifat berat dapat ditangani dengan sikap yakin. Tiada sifat mengalah, menarik diri atau pesimis (seperti si corot yang banyak alasan dan fobia). Boleh disimpan turun-temurun, Itulah tanda barang yang berharga;

Kerja yang berat tidaklah gerun, Semuanya siap hati pun lega. Apabila yakin mampu melaksanakan segala kerja, seseorang itu akan berasa lega / lapang / puas hati / gembira / seronok setelah kerja itu sempurna. Itulah tanda barang yang berharga, Payah dicari susah mendapat; Semuanya siap hati pun lega, Tiadalah tinggal terbuang penat. Kerja yang berjaya disempurnakan bererti segala penah lelah yang dialami berbaloi, terbayar dan terubat. Kepuasan diri kerana dapat melaksanakan kerja dengan sempurna ialah ganjaran tertinggi bagi seseorang yang bekerja dengan bersungguh-sungguh, cekap, cermat dan penuh keyakinan. Analisis komsas Nilai murni: Persoalan: Pengajaran: Analisis kbkk

PANTUN NASIHAT (BERSATU HATI)" KOMSAS TINGKATAN 3 {VALUES AND VIRTUES}


Penyelenggara: (Dr.) Harun bin Mat Piah Sumber ambilan: Antologi Harga sebuah Lukisan, 2011: muka surat 6 Jenis pantun: 4 kerat Bilangan rangkap: 6 Perbincangan Rangkap demi Rangkap Gunung Tahan sama didaki, Sungai Pahang sama direnang; Jikalau semua bersatu hati, Kerja yang payah menjadi senang. Kalau semua orang (dalam kumpulan / organisasi / masyarakat) sepakat, sia sekata, maka sebarang tugas yang mungkin bersifat berat dan sukar akan menjadi ringan dan mudah untuk disempurnakan. Melangir keris pusaka hikmat, Keris sejarah sejak bahari; Kalau gadis ingin selamat, Jangan murah menjual diri.

Pesanan sangat jelas ditujukan buat gadis muda remaja supaya sentiasa menjaga maruah diri. Seseorang gadis yang berakhlak luhur dan mulia tidak akan mudah diperdaya atau cepat lemah terhadap godaan. Maka, gadis tidak harus cepat leka dengan pujian atau lemas dengan pujuk rayu (gula-gula muslihat lelaki hidung belang, mata keranjang) hanya kerana seronok didampingi, walhal risiko keselamatan diri sangat tinggi (mangsa serangan seksual, pembunuhan). Menanam bunga di dalam pasu, Bunga melati, bunga pandan; Jangan ikut hawa nafsu, Kelak nanti binasa badan.

Pesanan seterusnya ialah tentang bahaya menurut kehendak (atau hasutan) hawa nafsu yang boleh menjerumuskan seseorang ke arah kebinasaan. Hawa nafsu merujuk kepada keinginan yang tidak terkawal dan menjurus kepada tabiat membazir. Demi memenuhi tuntutan hawa nafsu, seseorang itu mungkin terdedah kepada perbuatan yang mengundang padah kepada diri sendiri.

Nyiur muda dibuat pengat, Mari dimakan bulan puasa; Wahai pemuda hendaklah ingat, Kerana mulut badan binasa.

Nasihat juga ditujukan kepada lelaki muda lela (remaja dan muda). Mereka diberi peringatan agar menjaga tutur kata dan ucapan. Percakapan atau pendapat yang dilontarkan boleh jadi disalah erti atau sama sekali tidak disenangi oleh orang lain yang mengundang perbalahan yang dahsyat.

Orang berkelah di Tanjung Rhu, Sambil memanggang si ikan sepat; Hendaklah banyak menghadap guru, Supaya terang jalan makrifat.

Bagi memperoleh ilmu dan mengukuhkan kefahaman tentang banyak perkara, seseorang itu hendaklah berguru, iaitu mendapat bimbingan (dan ijazah) daripada guru-guru yang dalam ilmunya dan tajam pemikirannya. Dalam kata lain, bagi mendapatkan pengalaman dan pengetahuan yang benar dan berguna, seseorang itu hendaklah melalui proses pengajian

yang diiktiraf. Belajar bersendirian (tanpa guru) mengundang kesesatan (ditipu oleh syaitan laknatullah).

Rendang sungguh pohon ara, Tumbuh subur tepi telaga; Tidak salah berkenal mesra, Tatasusila perlu dijaga.

Berkenalan dan menjadi lebih mesra tidaklah menjadi masalah. Syaratnya perkenalan itu mestilah berlandaskan tatasusila, iaitu adab dan etika yang luhur. Perkenalan yang ikhlas bermakna bahawa segala batasan dan tegahan tidak dilanggari. Perbincangan Tema: komsas

Nasihat kepada golongan muda mudi tentang akhlak mulia / adab pergaulan

Nilai murni: kesepakatan / permuafakatan, jati diri / ketegasan, kesederhanaan, berbudi bahasa / kesopanan / ketelitian, kerajinan / rendah diri, persaudaraan / keikhlasan. Persoalan: kesepakatan / permuafakatan dalam kerja / kegiatan : jati diri / ketegasan dalam menjaga maruah diri : kesederhanaan dalam perbuatan / tindakan / membuat keputusan : berbudi bahasa / kesopanan / ketelitian dalam komunikasi / percakapan / ucapan / melontarkan pendapat : kerajinan / rendah diri dalam menuntut ilmu / pengajian / berguru : persaudaraan yang ikhlas / keikhlasan dalam pergaulan Pengajaran: kita hendaklah sepakat / bermuafakat dalam sesuatu pekerjaan / kegiatan : kita perlu memiliki jati diri / ketegasan dalam menjaga maruah diri : kita mesti bersifat sederhana / mengamalkan kesederhanaan dalam perbuatan / tindakan / membuat keputusan : kita hendaklah berbudi bahasa / sopan / teliti dalam komunikasi / percakapan / ucapan / melontarkan pendapat : kita hendaklah rajin / merendah diri dalam menuntut ilmu / pengajian / berguru : persaudaraan yang ikhlas / keikhlasan dalam pergaulan gaya bahasa: Pembayang pantun rangkap 1 hingga 5 ialah kerenah manusia, manakala rangkap 6 ialah unsur alam pemilihan kata / diksi: hanya rangkap 2 mengandungi perkataan klasik, melangir (membersihkan keris dengan dengan bahan-bahan tradisional seperti limau purut dan sintuk; Kamus Dewan edisi IV:884) ), bahari (dahulukala / kuno)
Syair Li-Attar Ghib Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

MAKSUD RANGKAP

Rangkap 1 2

Maksud Penyair ingin menyampaikan pesanan kepada semua insan yang menjalani kehidupan bersama-sama dalam setiap pekerjaan di dunia. Atas kehendak Tuhan dua orang saudara telah meninggal dunia. Walaupun bersedih, namun tiada apa-apa dapat dilakukan kerana itu kehendak Tuhan yang Esa. Setiap hamba perlu bersabar menerima ketentuan Tuhan walaupun hakikatnya terlalu sukar untuk dihadapi. Setiap insan yang ada di muka bumi ini pasti akan menghadapi kematian tanpa memilih pangkat dan darjat. Setiap insan perlu mengambil pengajaran daripada generasi terdahulu yang telah meninggal dunia agar kita beroleh kebahagiaan. Kebajikan rakyat jelata mestilah diambil kira atau diambil berat dan keluarga sendiri perlu dijaga agar tidak ditimpa kesusahan Para nabi menuntut kita agar memuliakan ilmu yang benar. Ilmu yang dituntut perlulah diamalkan agar tidak menjadi sia-sia Penyair mengingatkan semua orang mengambil pengajaran atas kematian generasi terdahulu kerana kita juga akan menghadapinya.

3 4 5 6 7 8

TEMA

Mengambil iktibar daripada kematian. Hal ini kerana setiap insan di dunia ini perlu mengambil pengajaran apabila berlakunya kematian kerana setiap insan pasti akan melaluinya.

PERSOALAN

i.

Kematian yang tidak dapat dielakkan. Setiap manusia haruslah ingat bahawa kematian adalah sesuatu yang pasti akan berlaku. Contoh: Kita pun kelak demikian itu, Meninggalkan dunia juga yang tentu, Tidak memilih raja dan ratu,

Semuanya itu pergi ke situ.

ii.

Kepentingan menuntut ilmu kerana menuntut ilmu merupakan tuntutan agama. Contoh: Ilmu yang benar hendaklah dimulia, Kerana ia muarinya anbia, Tuntut ilmu jangan sia-sia, Yang lain itu tinggal di dunia.

iii.

Keinsafan menghadapi kematian. Setiap manusia yang hidup perlulah insaf apabila berhadapan dengan kematian Contoh: Ayuhai tuan-tuan cuba fikirkan, Serta pandang amat-amatkan, Kematian datuk nenek teladan, Kita sepertinya akan datangkan.

BENTUK

i. ii. iii. iv.

Mempunyai 8 rangkap. Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap. Semua baris adalah maksud. Jumlah perkataan antara 4 hingga 6 perkataan sebaris Contoh: wahai sayangnya akan saudara (4 perkataan rangkap 1) Contoh: dengan kehendak Tuhan yang mulia

(5 perkataan rangkap 2) Contoh: lihat kepada datuk nenek yang sudah-sudah (6 perkataan rangkap 5) v. Terdiri daripada 9 hingga 14 suku kata sebaris Contoh: ser/ta/ pan/dang/ a/mat/-a/mat/kan ( 9 suku kata rangkap 8) Contoh: li/hat/ ke/pa/da/ da/tuk/ ne/nek/ yang/ su/dah/-su/dah (14 suku kata rangkap 5) vi. vii. Rima akhir ialah aaaa. Bentuk syair ialah terikat.

GAYA BAHASA

i.

Asonansi - Pengulangan vokal a Contoh: sebab bersama-sama mengembara

ii.

Aliterasi - Pengulangan konsonan d Contoh: hendaklah kita tunduk terngadah

iii.

Repitisi - Pengulangan perkataan segala dalam satu baris Contoh: Segala pekerjaan segala perkara

iv.

Inversi - Pembalikan kata Contoh: kita sepertinya akan datangkan sepatutnya kita akan datangkan sepertinya.

v.

Diksi - Penggunaan Bahasa Arab. Contoh: Wahid al-khahar, anbia, jabbar, Saadah.

vi.

Diksi - Penggunaan Bahasa Arkaik. Contoh: ayuhai.

vii.

Kata Ganda. Contoh: sudah-sudah, sia-sia, tuan-tuan, dikira-kira, bersama-sama.

NILAI

i.

Nilai keinsafan. Perasaan insaf sepatutnya lahir di jiwa apabila melihat kematian kerana setiap insan di dunia ini pasti akan merasainya. Contoh: Ayuhai tuan-tuan cuba fikirkan, Serta pandang amat-amatkan, Kematian datuk nenek teladan, Kita sepertinya akan datangkan.

ii.

Nilai kerajinan. Mengamalkan sikap rajin dalam menuntut dan memuliakan ilmu seperti yang digalakkan oleh para nabi. Contoh: Ilmu yang benar hendaklah dimulia, Kerana ia muarinya anbia, Tuntut ilmu jangan sia-sia, Yang lain itu tinggal di dunia.

iii.

Nilai kesabaran. Semua insan perlu bersabar apabila menghadapi musibah atau kesusahan kerana sebagai hamba kita wajib pasrah pada ketentuan-Nya. Contoh: Melainkan hamba berbanyak sabar, Akan perintah wahid al-Khahar, Ialah Tuhan bersifat jabbar, Akan hambanya kecil dan besar.

PENGAJARAN

i.

Kita haruslah insaf dan mengambil iktibar ketika berhadapan dengan kematian. Contoh: Ayuhai tuan-tuan cuba fikirkan, Serta pandang amat-amatkan, Kematian datuk nenek teladan, Kita sepertinya akan datangkan.

ii.

Kita hendaklah menanam sikap rajin dalam mencari ilmu untuk kepentingan hidup di dunia dan akhirat. Contoh: Ilmu yang benar hendaklah dimulia, Kerana ia muarinya anbia, Tuntut ilmu jangan sia-sia, Yang lain itu tinggal di dunia.

iii.

Kita perlulah sabar menerima segala dugaan dan ujian dari Tuhan. Contoh: Melainkan hamba berbanyak sabar, Akan perintah wahid al-Khahar, Ialah Tuhan bersifat jabbar, Akan hambanya kecil dan besar.

SOALAN i. ii. Huraikan tema Syair Li-Attar Ghib. Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam

syair di atas.

JAWAPAN i. Tema syair ialah mengambil iktibar daripada kematian. Setiap insan di dunia ini perlu mengambil pengajaran apabila berlaku kematian kerana setiap insan pasti akan mati. ii. Dua gaya bahasa yang terdapat dalam syair di atas ialah repitisi. Contohnya segala pekerjaan segala perkara. Kedua diksi iaitu pinjaman bahasa Arab wahid al-Khahar.

"SYAIR BERBUAT JASA" KOMSAS TINGKATAN 3 (THE EVERLASTING GAIN)


Genre: Puisi tradisional Penyelanggara: (Dr.) Harun bin Mat Piah Sumber ambilan: Antologi Harga Sebuah Lukisan, muka surat 11 Bilangan rangkap: 7

Perbincangan rangkap demi rangkap

Buatlah jasa wahai teruna, Hidupmu biar memberi guna, Kamu yang mati jasa tak fana, Asalkan buahnya elok sempurna.

Anak muda diseru supaya berbuat jasa supaya hidup lebih berguna. Jasad (tubuh) seseorang mungkin telah tiada (meninggal dunia), tetapi jasanya kekal buat selama-lamanya jika dilakukan dengan ikhlas dan dipanjangkan amalannya oleh orang lain (generasi selepasnya).

Banyakkan khidmat besar dan seni, Serahkan kepada Tuhan Rabbani, Jasa yang kekal berfaedah murni, Umur yang kedua bagi insani.

Sama ada amalan besar mahupun kecil, semuanya mesti ditambah, lalu diikhlaskan sematamata kepada Allah untuk menilainya. Jasa yang kekal mendatangkan manfaat yang tidak terhingga. Jasa itu akan terus diingati walaupun seseorang itu telah meninggal dunia.

Hidup manusia jangan percuma, Buatlah bakti budi utama, Selagi baiknya kekal menjelma, Si mati hidup selama-lama.

Manusia tidak harus mensia-siakan hidupnya, sebaliknya sentiasa berusaha meninggalkan jasa. Selama mana jasa itu menjadi amalan atau dimanfaatkan oleh orang lain, orang berjasa tadi tetap dianggap masih hidup walaupun pada hakikatnya telah lama meninggal dunia.

Buatlah baik sedaya upaya, Hidup berbakti memberi cahaya, Sumbu pelita tidak sia-sia, Terbakar dirinya menerangi raya,

Kebaikan yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh akan memberi faedah kepada diri sendiri dan orang lain. Ibarat sumbu pelita (minyak tanah) yang diperbuat daripada kain atau tali, walaupun harus terbakar, gelap akan berganti terang.

Jangan menilik balas dan puji, Atau pahalanya dikaji-kaji, Rasa demikian tamak dan keji, Padalah baiknya tinting dan uji.

Apabila berbuat jasa, seseorang itu tidak patut mengharap ganjaran dan sanjungan. Demikian tidak elok bersikap menghitung pahala semata-mata yang menjurus kepada sifat tamak (haloba) dan hina (tidak baik). Demikian cabaran kepada keikhlasan diri dalam berbuat kebaikan (jasa).

Pahala dan balas jangan dihitung, Ataupun bintang di dada beruntung,

Asalkan jasamu padat berdentung, Cukuplah di situ mulai tergantung.

Jangan terlalu berkira tentang pahala (catatan balasan amal baik) atau mendambakan kalungan pingat atau pangkat kebesaran. Sebaliknya, biarlah jasa yang tidak terhingga manfaatnya sebagai bekalan (nyawa kedua, akhirat).

Buatlah baik ayuhai rakan, Ke dalam laut kamu campakkan, Jikalau tidak dikenal ikan, Tuhan tahu iakah bukan.

Sekali lagi penyair menyeru supaya pembaca sentiasa berbuat jasa dan kebaikan. Walaupun usaha yang dilakukan mungkin tidak dihargai atau tidak diberi sambutan, Allah sangat persis dalam membuat penilaian.

Kosa fana

kata

pemilihan =

kata

diksi sementara

sumbu = bahagian tali / kain yang menghidupkan api apabila menerima sumber minyak tanah

tinting = ketuk / hempas / goncang untuk menapis / uji ketulenan / menimbang baik buruk

berdentung Kajian Nilai

bunyi

yang

kuat

seperti

guruh komsas

murni:

kemurahan

hati,

keikhlasan

Persoalan:

Kemurahan :

hati Keikhlasan

dalam menyumbang dalam membuat kebaikan

jasa jasa

Pengajaran:

Kita

hendaklah bermurah hati dalam menyumbang jasa / kebaikan : Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan kebaikan / jasa

Analisis

kbkk

Dalam suatu hadith, jasa yang berkekalan walaupun seseorang itu telah meninggal dunia ialah ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah (derma yang digunakan untuk manfaat silih generasi), dan anak yang soleh. Orang yang berbuat jasa akan dikenang, didoakan dan dijadikan teladan.

"SYAIR PANDUAN UNTUK PARA REMAJA" KOMSAS TINGKATAN 3 (WISE TEENAGERS)


Penyelenggara: (Dr.) Harun bin Mat Piah Genre sastera: Puisi Tradisional Sumber: Antologi Harga sebuah Lukisan, muka surat 9 -10 Bilangan rangkap: 8 Perbincangan rangkap demi rangkap Ingat pesanku wahai belia, Jangan berdusta jangan perdaya, Jangan fikir kasihkan kaya, Jangan boros yang sia-sia. Penyair menasihati remaja supaya jangan terbabit dengan perbuatan dusta, iaitu menipu dan memperdaya. Selain itu, remaja jangan asyik hendak berlagak menunjuk-nunjuk hingga berlaku boros. Dalam bahasa yang positif, remaja hendaklah bercakap benar dan mengamalkan jimat cermat. Jangan Jangan Jangan Jangan mengata jangan mengeji, aniaya bengis dan benci, takbur diri dipuji, sekali mungkir janji.

Remaja hendaklah menjauhi perbuatan yang buruk seperti mengumpat, mencerca (menghina), mengenakan orang, garang tidak tentu pasal dan benci. Remaja juga tidak wajar berasa bangga diri (kagum pada diri sendiri) apabila menerima sanjungan, serta mesti menepati janji. Pendek kata, remaja perlu menghiasi peribadi dengan sifat terpuji (mahmudah) dan menghindari sifat tercela (mazmummah). Judi dan arak jangan biasa, Lucah dan cabul jangan selesa, Usah bertemu ular yang bisa, Lambat bangatnya dapat binasa. Remaja jangan mendekati amalan judi (pertaruhan) dan meneguk minuman keras (alkohol). Mulut juga dijaga daripada menuturkan perkataan yang tidak senonoh dan hodoh bunyinya. Elakkan diri daripada dipengaruhi amalan buruk kerana akhirnya akan terjebak ke kancah kehancuran. Jangan meminjam jangan berhutang, Jangan meminta bantu sementang, Bergantung pada orang hendaklah pantang, Bebas kehidupan sentiasa tatang.

Remaja jangan membiasakan diri dengan tabiat suka meminjam dan berhutang, atau asyik meminta pertolongan orang. Sikap berdikari hendaklah dipupuk supaya hidup sebagai insan yang merdeka. Maka, pergantungan keterlaluan kepada pihak lain hendaklah dihindari. Meminta jangan meminjam pun jangan, Barang dipinjam kerap kehilangan, Sahabat peminjam renggang di tangan, Hutang merosakkan mut'ah pandangan. Remaja usah melazimkan diri dengan suka meminta-minta dan meminjam kerana barang yang dipinjam selalu hilang (rosak, musnah, habis). Akibatnya, persahabatan boleh putus. Orang yang berhutang selalu dipandang rendah. Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah, ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong. Kebiasaan meminta tolong membawa akibat hilang harga diri apabila terpaksa merayu ke sana sini hingga menjejaskan maruah diri. Akhirnya, sikap demikian akan menghalang amalan berdikari (usaha kendiri) dan potensi diri (bakat / kebolehan / keupayaan) daripada berkembang. Latihlah diri sifat merdeka, Daya sendiri segenap seketika, Jangan sombongkan asal dan baka, Atau kelebihan adik dan kakak. Remaja hendaklah melatih diri dengan sikap berdikari, iaitu dengan melakukan sesuatu atas usaha (inisiatif) sendiri. Remaja tidak boleh berasa angkuh terhadap status dan keturunan, atau menumpang kehebatan anggota keluarga dengan tujuan bermegah-megah. Remaja mesti mampu mencipta kejayaan dan pencapaian diri sendiri. Padalah itu aku khabari, Ingatlah semua, muda jauhari, Kiranya kabul Allah memberi, Dirimu jadi pemulih negeri. Penyair menegaskan kepada semua remaja akan segala nasihat dan pesanan yang telah disampaikan. Harapannya hanya satu, iaitu supaya remaja menjadi pembela negara, tentunya dengan izin Allah jua. Remaja mesti bijak membezakan amalan baik dengan amalan buruk dalam kehidupan. Analisis Komsas

Syair yang dibincangkan kali ini sarat dengan pengajaran dan nilai murni. Persoalan puisi juga begitu jelas. Selamat berbincang...

"FRAGMEN SEBUAH KEHIDUPAN" SAJAK KOMSAS TINGKATAN 3 (LOST DIRECTION IN LIFE)

Pengenalan Penggunaan dadah terlarang merupakan masalah sejagat yang panjang sejarahnya, tetapi terus berleluasa serta mengancam keselamatan dan kesihatan sesebuah masyarakat. Shamsudin Othman cuba mengungkapkan perihal angkara dadah dan seruan supaya memilih jalan yang benar. Sajak 5 rangkap berkenaan termuat dalam antologi Harga sebuah Lukisan, muka surat 19. Perbincangan Rangkap Demi rangkap

Maka seorang pujangga pun berkata, "adalah dadah itu musuh utama negara adalah dadah itu perosak jiwa adalah dadah itu pembunuh semata-mata."

Sajak dimulai dengan gambaran keburukan dadah oleh seorang pujangga (bijak pandai) yang tidak dinamakan. Dadah ialah musuh utama negara, perosak jiwa dan pembunuh sematamata. Orang yang terbabit dengan najis dadah terdedah kepada kematian sia-sia, rosak jiwa raga dan menjadi beban kepada negara.

Hari ini, angkara dadah telah mati seorang negarawan angkara dadah telah mati seorang seniman angkara dadah telah mati seorang olahragawan angkara dadah telah mati seorang jutawan angkara dadah telah mati seorang sasterawan angkara dadah telah mati seorang ilmuwan angkara dadah telah mati seorang wirawan.

Dadah telah menyebabkan pembaziran modal insan yang sangat besar kepada negara. Penagih dadah yang sepatutnya menggilap potensi diri masing-masing dalam pelbagai bidang kehidupan seperti kepimpinan, bakat kreatif, sukan, perniagaan, akademik dan pejuang negara akhirnya menjadi insan yang tidak berguna. Mereka binasa gara-gara ketagihan dadah.

Bertahun-tahun kau hidup meracuni manusia

kau tidak mengenal anak, bapak, ibu, saudara atau keluarga kau racun dalam khayal yang tidak terduga seperti tercatat dalam sejarah jatuh kota Melaka dan musnah kota merdeka oleh candu, marijuana, morfin, heroin atau apa-apa sahaja namamu kaulah penghancur sebuah tamadun bangsa dan negara.

Dadah menghancurkan hidup manusia tanpa mengira sesiapa jua. Dadah hanya menjanjikan impian palsu. Dalam sejarah, dadah meruntuhkan tamadun bangsa dan negara seperti kota Melaka dan banyak lagi.

Tuhan, bekalkan aku kudrat iman yang tulus untuk melewati lorong hidup yang penuh onak dan duri juga gelombang di laut masa depan dewasa mengejar cita-cita tegar memburu negara jaya.

Penyajak berdoa ke Hadrat Ilahi agar dikurniakan iman yang tulus (ikhlas, tuntas) supaya dapat mengharungi cabaran hidup yang penuh liku dan tipu daya. Penyajak berharap agar mampu menempuh cabaran hari muka yang tidak menentu demi mencapai impian hidup. Penyajak mahu menyumbang terhadap kejayaan negara.

Sahabat segenerasiku, rimba di depan kita masih luas terbentang mari kita pilih jalan lurus ke syurga bukan lorong hitam ke neraka.

Penyajak memberi peringatan generasi semasa (kini) akan pilihan yang begitu banyak sebagai jalan kehidupan. Penyajak menyeru supaya hanya jalan lurus ke syurga (jalan yang baik, benar dan berguna) menjadi pilihan. Lorong hitam ke neraka (jalan yang gelap, salah dan songsang) hendaklah dijauhi.

Diksi

- Rangkap 1 dan 2 memelihara skema rima akhir "a", manakala 3 rangkap seterusnya ialah rima akhir bebas. - Pelanggaran hukum tatabahasa (dibenarkan dalam karya kreatif): kata pemeri pada awal ayat baris 2-4 rangkap 1 - Sinkof (perkataan yang dilemahkan): kau (rangkap 3 sepatutnya dicantum dengan perkataan di hadapannya) Perulangan: adalah (rangkap 1), angkara dadah telah mati seorang... (rangkap 2) Perlambangan: lorong hidup, laut masa depan

Tema:

Keburukan dadah terhadap individu, bangsa, negara dan tamadun manusia.

Nilai Murni: Kebijaksanaan, kepekaan / keprihatinan, selalu berdoa, istiqamah, berhati-hati, berfikir panjang

Persoalan:

Kebijaksanaan dalam memilih jalan hidup : Kepekaan / keprihatinan terhadap bahaya dadah : Amalan berdoa / istiqamah atau tetap pendirian : Berhati-hati dalam membuat keputusan : Berfikir panjang sebelum melakukan tindakan : Kesan buruk penggunaan dadah : Bahaya dadah terhadap masyarakat : Petunjuk kehidupan yang sejahtera : Cabaran memilih jalan kebaikan

Pengajaran:

hendaklah bijak memilih jalan hidup : Kita hendaklah peka / prihatin terhadap bahaya dadah : Kita hendaklah sentiasa berdoa / istiqamah / tetap pendirian dalam amalan : Kita hendaklah berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan : Kita hendaklah berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan : Kita hendaklah menyedari tentang bahaya / kesan buruk dadah : Kita hendaklah memilih jalan hidup yang sejahtera : Kita janganlah memilih jalan hidup yang gelap / salah / songsang : Kita hendaklah bersedia menempuh cabaran dalam kehidupan

Kita

SAJAK "KATA-KATA" KOMSAS TINGKATAN 3 (VERBAL INDICATION OF DIGNITY AND FEELINGS)


Berkenaan pengarang sajak Hashim Yaacob sebenarnya ialah profesor pergigian yang pernah menyandang jawatan Naib Canselor, Universiti Malaya (UM) antara tahun 2002 hingga 2005. Berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan) yang kaya dengan warisan budaya Melayu, jiwa seni Hashim

Yaacob terserlah lewat karya kreatif beliau, khususnya genre puisi. Semasa memimpin UM, beliau berusaha mendekatkan komuniti sains dan perubatan dengan dunia sastera bagi melengkapkan pakej modal insan yang boleh ke tengah dan ke tepi.

Tema

Maruah dan jati diri yang bertunjang kepada kebijaksanaan kata-kata (rujuk bahagian pengenalan sajak, antologi Harga Sebuah Lukisan: muka surat 17).

Perbincangan rangkap demi rangkap

Kalau kita dicerca dengan kata jangan kita diam tak terkata. Pertahankanlah maruah kita lawan kata dengan kata. Penyajak menggesa supaya kita tidak membisu apabila menghadapi cercaan lisan. Sebaliknya, orang yang dicerca harus melawan balik dengan kata. Maruah perlu dijaga dan dipelihara. Kalau mereka mengherdik dengan kata carilah daya kata. Kalah kita jangan kerana putus kata.

Jika orang mengherdik (bercakap dengan bahasa yang buruk atau tidak layak), orang yang dicerca harus menyusun kekuatan kata untuk hujah balas yang bijak. Kita akan dianggap kalah kerana kelu untuk bersuara.

Ini martabat bangsa kita ini kedaulatan negara kita kita pelihara dengan kepantasan kata daripada kepala.

Kita tidak boleh membiarkan sahaja martabat bangsa dan kedaulatan negara diinjak begitu sahaja. Kita mesti melindungi bangsa dan negara dengan hujah-hujah bernas daripada minda yang hebat.

Kita merdeka bukan kerana senjata. Kita merdeka kerana bijak kata.

Negara bebas daripada belenggu penjajahan tanpa pertempuran tentera. Negara merdeka justeru pemimpin bijak di meja rundingan, dan rakyat yang bangkit bersuara membela tanah air tercinta.

Aduhai anakanda Kalau hidup mahu terbela pandailah mengucap kata.

Sebagai penutup sajak, sekali lagi penyajak menegaskan betapa kalau hidup mahu terbela, iaitu tidak diinjak dan ditindas (seperti lembu dicucuk hidung - peribahasa berkaitan), maka kita harus pandai menggunakan kekuatan kata atau hujah yang bernas.

Pemilihan kata / diksi

Rima akhir setiap baris sajak sama, iaitu bunyi "a". Penggunaan kata-kata dalam sajak begitu jelas dan mudah. Walaupun demikian, mesej yang hendak disampaikan begitu dalam. Menerusi kata-kata yang bersahaja, penyajak mengajak pembaca berfikir tentang jati diri dan maruah yang tiada galang ganti.

SAJAK "KEUSANGAN BUDAYA" KOMSAS TINGKATAN 3 (MARGINAL VS MAINSTREAM CULTURE)


Genre: Puisi Moden Penulis: Roshilawati Razlan Bilangan rangkap: 5 Tahun terbitan asal: 1996 Sumber ambilan: Antologi Harga Sebuah Lukisan, 2011, muka surat 21 Perbincangan rangkap demi rangkap Ketika dulu kelihatan sang dara bersimpuh ayu bersalut songket tenunan Melayu mengayam segar

Pada zaman dahulu, anak-anak gadis duduk dengan sopan sambil mengenakan pakaian masyarakat Melayu, iaitu songket tenunan yang begitu halus dan sedap mata memandang.

Kelihatan sang teruna menebang ara berbaju Melayu warisan bangsa meniup seruling bambu merdu dan sayu

Lelaki muda pula bangga dengan menyarung baju Melayu sebagai pakaian turun-temurun, melakukan pekerjaan tangan dan mengalukan irama indah dan syahdu dengan menggunakan seruling (alat tiupan) yang diperbuat daripada buluh.

Ketika ini tiada lagi sang dara ayu tiada juga teruna gagah kini yang ada cuma tubuh-tubuh lesu tubuh-tubuh kaku

Kini, keadaan telah berubah. Citra anak gadis dan anak lelaki persis zaman dahulu sudah tiada lagi. Anak-anak Melayu sudah hilang jati diri, iaitu dengan penampilan diri yang jauh daripada warisan budaya Melayu dahulu.

Kedengaran irama gamat menodai kedamaian seruling bambu diam keusangan songket dan batik muram disisihkan

Aliran muzik yang bising dan hingar-bingar seperti rock dan underground telah menggantikan irama Melayu tradisional. Alat-alat muzik lama telah dilupakan sama sekali, manakala persalinan pakaian kebanggaan orang Melayu dahulu telah dipinggirkan.

Ayahanda bonda di pondok memalu nobat di sisi melihat sayu sang Sita Dewi yang usang tidak bermaya lagi.

Budaya lama hanya diminati oleh generasi lama (tua) yang tiada daya tarikan lagi. Persembahan kesenian lama juga hanya dimainkan oleh budayawan dan seniman lanjut usia. Mereka hanya mampu berduka (seperti dalang wayang kulit) yang mendapati boneka watak Sita Dewi tidak mendapat sambutan lagi.
Pesan Buat Anak-Anak Merdeka (Aman Shukor)

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

MAKSUD RANGKAP

Rangkap 1

2 3

Maksud Penyajak berpesan kepada generasi pascamerdeka bahawa mereka ialah pewaris negara yang merdeka. Negara yang merdeka telah bebas daripada cengkaman penjajah perlu ditadbir dengan bijaksana oleh warganegaranya. Pemerintah bertanggungjawab merancang wawasan negara bagi mempertahankan kemerdekaan. Kemerdekaan juga perlu diisi dengan taraf akademik yang tertinggi di samping berusaha meningkatkan taraf ekonomi. Rakyat Malaysia juga perlu menjulang nama negara di persada dunia agar mereka setanding dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Penyajak mengingatkan generasi pascamerdeka tentang slogan Malaysia Boleh. Dengan slogan tersebut kita dapat mencipta sejarah mengharumkan nama negara di pelosok dunia malah dapat meneroka angkasa lepas. Walaupun negara telah merdeka, kita diingatkan agar berwaspada dengan musuh negara. Mereka diingatkan juga supaya berjuang habis-habisan dan jangan mudah menyerah kalah.

TEMA

Semangat cinta akan tanah air dengan cara berusaha mempertahankan k emerdekaan. Generasi muda sebagai pewaris negara perlu mempertahankan kemerdekaan yang dimiliki pada hari ini.

PERSOALAN

i.

Penghargaan kepada nilai kemerdekaan. Kemerdekaan yang dikecapi

haruslah dihargai dan dipertahankan. ii. Usaha mengharumkan nama negara. Generasi muda diseru memartabatkan

nama Malaysia di persada dunia. iii. Kepentingan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan dapat digunakan

untuk memajukan negara. iv. Kepentingan berbudi kepada tanah. Hasil pertanian adalah antara

sumber ekonomi sesebuah negara. v. Keberanian untuk bersaing. Anak-anak Malaysia boleh bersaing

dengan bangsa-bangsa lain. vi. Tanggungjawab memajukan negara. Kemajuan sesebuah negara

merupakan tanggungjawab setiap rakyat.

BENTUK

i. ii. iii.

Sajak ini berbentuk bebas. Terdapat tiga rangkap. Baris-baris ayat dan rima akhir. Rangkap 1 terdapat 16 baris ayat. Rima akhirnya abacadeaafgaaaba. Rangkap 2 terdapat 5 baris ayat. Rima akhirnya abcaa. Rangkap 3 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaba.

GAYA BAHASA

i.

Kata ganda Contoh : Anak-anak.

ii.

Bahasa klasik Contoh : hatta.

iii.

Repitisi Contoh : berdiri sama tinggi duduk sama rendah.

iv.

Simbolik Contoh : anak-anak merdeka.

v.

Asonansi pengulangan vokal e Contoh : bebas dari belenggu penjajah.

vi.

Aliterasi pengulangan konsonan n

Contoh : pertahankanlah kedaulatannya. vii. Hiperbola Contoh : biar putih tulang.

NILAI

i.

Nilai cinta akan tanah air Dengan perasaan cinta akan tanah air, rakyatnya akan sanggup mempertahan kedaulatannya.

ii.

Nilai tanggungjawab Tanggungjawab memartabatkan nama negara di persada dunia.

iii.

Nilai menghargai kemerdekaan Mengisi kemerdekaan dengan usaha memakmurkan negara.

iv.

Nilai kerajinan Rajin berbudi kepada tanah.

PPENGAJARAN

i. ii. iii. iv. v.

Kita mestilah mempertahankan kedaulatan negara. Kita mestilah berani bersaing dengan bangsa-bangsa lain. Kita haruslah berkeyakinan dalam melakukan sesuatu. Kita mestilah mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Kita haruslah sanggup berkorban demi negara tercinta.

SOALAN

i. ii.

Nyatakan maksud perkataan durjana yang terdapat dalam rangkap 3 sajak di atas. Berikan contoh gaya bahasa repitisi berdasarkan sajak di atas.

JAWAPAN

i.

Maksud perkataan durjana yang terdapat dalam rangkap 3 sajak di atas

ialah jahat atau derhaka terhadap negara.

ii.

Contoh gaya bahasa repitisi berdasarkan sajak di atas ialah Anak-Anak

Merdeka (R1 : B1; R2: B1 ; R3 : B1). Mencari Nafas Baru (Ayusari MJ) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan Ana yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat, Hulu Pahang. Ana dan semua guru gigih berusaha menaikkan nama sekolah. Ana mula gelisah apabila anak murid kesayangannya Milah tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut. Ana terus ke rumah Milah untuk menziarahinya. Dia mendapati Milah sakit dan dalam keadaan yang lemah. Ana membawa Milah ke hospital dan doktor mengesahkan Milah menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL). Ana sedih kerana Milah meninggal dunia akibat penyakit tersebut sebelum sempat menerima sumsum tulang daripadanya. Peristiwa sedih itu menyebabkan Ana memohon ditukarkan kembali ke tempat kelahirannya.

Tema

Cerpen ini bertemakan pengorbanan seorang guru. Ana sanggup mengajar di sebuah sekolah di pedalaman Pahang. Dia bersama-sama guru di situ berusaha keras menaikkan prestasi sekolah. Dia juga berhasrat untuk mendermakan sumsum tulang kepada muridnya Milah yang menghidap leukemia. Malangnya, Milah meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang Ana.

Persoalan

i.

Kegigihan guru-guru untuk menaikkan prestasi sekolah.

Contoh: Guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat bekerja keras menaikkan prestasi sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum.

ii.

Pengorbanan guru terhadap murid.

Contoh: Ana sanggup berkorban dengan mendermakan sumsum tulang kepada Milah.

iii.

Kasih sayang guru terhadap murid.

Contoh: Ana menyayangi Milah seperti adik sendiri.

iv.

Suka duka guru yang mengajar di pedalaman.

Contoh: Ana gembira mengajar di pedalaman Pahang namun dia amat sedih apabila anak murid kesayangannya meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulangnya.

v.

Kepentingan perubatan moden.

Contoh: Ana membawa Milah ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah dia tidak sembuh dengan cara perubatan tradisional.

Plot

i.

Permulaan

Pembaca diperkenalkan dengan watak Ana yang mengambil keputusan untuk bertukar sekolah selepas kematian Milah. Milah merupakan anak murid kesayangannya yang meninggal dunia kerana menghidap penyakit leukemia.

ii.

Perkembangan

Pada bahagian ini, Ana mengimbas kembali saat-saat dia dihantar bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Chat, Pahang dan perkenalannya dengan Milah. Ana menganggap Milah seperti adiknya sendiri.

iii.

Puncak

Milah meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang Ana.

iv.

Peleraian

Ana reda dengan ketentuan Ilahi dan mengambil keputusan untuk bertukar ke tempat kelahirannya.

Teknik Plot

i.

Pemerian

Contoh: Pada permulaan cerita, pengarang memerihalkan watak dan perwatakan Milah yang menarik hati Ana .

ii.

Dialog

Contoh: Perbualan antara Ana dengan emak Milah tentang ketidakhadiran Milah ke sekolah selama tiga hari .

iii.

Imbas Kembali

Contoh: Ana teringat detik-detik yang begitu mendebarkan apabila dia ditugaskan untuk mengajar di Kampung Chat, Hulu Pahang.

iv.

Kejutan

Contoh: Doktor Izah mengesahkan bahawa Milah menghidap penyakit leukemia jenis limfoblastik (ALL).

Watak dan Perwatakan

Watak Utama Ana i. Seorang guru lulusan universiti pendidikan tempatan.

ii.

Berkhidmat di Sekolah Kampung Chat, Hulu Pahang

iii.

Gigih melaksanakan tugas.

Contoh: Setiap pagi Sabtu, Ana mengadakan kelas tambahan untuk pelajar- pelajarnya sebagai persediaan untuk menghadapi PMR.

iv.

Sanggup berkorban terhadap anak didiknya.

Contoh: Ana bertekad untuk mendermakan sumsum tulang kepada Milah yang menghidap penyakit leukemia . v. Penyayang.

Contoh: Ana menyayangi Milah dan menganggapnya seperti adiknya sendiri .

vi.

Prihatin.

Contoh: Ana pergi ke rumah Milah setelah mendapat tahu Milah sakit.

Watak Sampingan Milah i. Murid kepada Ana.

ii.

Pelajar tingkatan 1.

iii.

Anak sulung daripada enam orang adik-beradik.

iv.

Ibunya berniaga secara kecil-kecilan manakala ayahnya sebagai penangkap ikan.

v.

Seorang pelajar yang rajin dan aktif dalam sukan.

Contoh: setiap petang Milah ke sekolah menyertai aktiviti kokurikulum.

vi.

Menghidap penyakit leukemia.

vii.

Menerima rawatan kemoterapi untuk mengubati penyakitnya.

viii.

Meninggal dunia sebelum sempat menerima sumsum tulang daripada Ana.

Latar Latar Masa i. Pagi Sabtu

Contoh: Ana seperti biasa mengadakan kelas tambahan untuk pelajar- pelajarnya sebagai persediaan untuk menghadapi PMR.

ii.

Waktu petang

Contoh: Aktiviti kokurikulum diadakan pada waktu petang dan selepas itu Ana melawat Milah.

iii.

Hari Jumaat.

Contoh: Hari Jumaat merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh Ana untuk melawat Milah di Hospital Daerah Kuala Lipis.

iv.

Tempoh tiga bulan.

Contoh: Dalam tempoh tiga bulan Ana telah bergaul mesra dengan masyarakat di Kampung Chat .

Latar Tempat i. Kampung Chat, Hulu Pahang

Contoh: Kampung tempat Ana ditugaskan.

ii.

Sekolah Kebangsaan Kampung Chat

Contoh: Sekolah pertama tempat Ana mengajar.

iii.

Kampung Lenjun

Contoh: Tempat tinggal keluarga Milah yang terletak kira-kira dua kilometer dari sekolah.

iv.

Hospital Daerah, Kuala Lipis

Contoh: Tempat Milah mendapat rawatan penyakitnya.

Latar Masyarakat i. Masyarakat guru yang prihatin terhadap anak muridnya.

Contoh: Ana mengambil berat terhadap Milah yang tiga hari tidak hadir ke sekolah .

ii.

Masyarakat pendidik yang gigih berusaha dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Contoh: Ana gigih mengajar dan sering mengadakan kelas tambahan yang diikuti dengan tekun oleh murid-muridnya . iii. Masyarakat kampung di pedalaman.

Contoh: Masyarakat kampung yang bekerja sebagai nelayan.

iv.

Masyarakat yang tabah menghadapi takdir Tuhan.

Contoh: Ayah Milah dan Ana tabah dan reda dengan ketentuan Ilahi bahawa Milah meninggal dunia akibat leukemia .

v.

Masyarakat guru yang mencintai profesion keguruan.

Contoh: Ana berazam dan sanggup mencurah baktinya di sekolah yang jauh di pedalaman.

Gaya Bahasa

i.

Personifikasi

Contoh: Tambahan pula, dengan keindahan hutan dara yang menghijau disulami nyanyian unggas dan percikan air jeram semasa menyusuri Sungai Kuah benar-benar menggamit Ana untuk kembali ke kampung itu suatu hari nanti sebagai tenaga pengajar.

ii.

Sinkope

Contoh: Belum . Ayah Milah dah cari air penawar, tetapi tak kurang-kurang demamnya.. keluh emak Maisarah.

iii.

Kata Ganda

Contohnya: Kini segala-galanya hanya tinggal kenangan.

iv.

Simile

Contohnya: Tanpa suara manja Milah bagaikan lagu berirama.

v.

Metafora

Contoh: hutan dara

Nilai

i.

Nilai kasih sayang.

Contoh: Ana sangat menyayangi Milah dan menganggap Milah seperti adiknya sendiri .

ii.

Nilai pengorbanan.

Contohnya : Ana bertekad untuk mendermakan sumsum tulangnya kepada Milah .

iii.

Nilai kerajinan.

Contoh :Ana juga rajin membantu ibu Milah berniaga kedai runcit di kampung.

iv.

Nilai simpati.

Contoh : Ramai yang bersimpati apabila mengetahui bahwa Milah disahkan menghidap penyakit leukemia.

v.

Nilai kegigihan.

Contoh: Ana dan guru-guru yang lain gigih berusaha untuk menaikkan nama sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum.

vi.

Nilai keprihatinan.

Contoh: Ana amat prihatin dan mengambil berat tentang penyakit leukemia yang dihidapi oleh Milah .

Pengajaran

i.

Kita hendaklah mengasihi sesama insan .

Contoh : Ana mengasihi Milah seperti adiknya sendiri.

ii.

Kita hendaklah sanggup berkorban untuk kebaikan orang lain.

Contoh : Ana sanggup berkorban untuk mendermakan sumsum tulangnya kepada Milah.

iii.

Kita hendaklah rajin membantu untuk meringankan beban orang lain.

Contoh: Ana rajin membantu ibu Milah berniaga di kedai runcit.

iv.

Kita hendaklah bersimpati dengan nasib malang yang menimpa orang lain.

Contoh : Ramai yang bersimpati apabila mengetahui bahawa Milah disahkan menghidap penyakit leukemia.

Soalan

i.

Bincangkan tiga perwatakan watak utama dalam cerpen ini.

ii.

Berikan dua latar tempat berserta peristiwa yang terdapat dalam cerpen ini.

Jawapan

i. Watak utama dalam cerpen ini ialah Ana. Tiga perwatakan watak utama ialah seorang yang gigih melaksanakan tugas. Contohnya, pada pagi Sabtu, Ana seperti biasa mengadakan kelas tambahan untuk pelajar- pelajarnya sebagai persediaan untuk menghadapi PMR. Seorang yang prihatin terhadap anak didiknya. Contohnya, Cikgu Ana bertekad untuk mendermakan sumsum tulang kepada Milah yang menghidapi penyakit leukemia. Seorang yang penyayang. Contohnya, Ana menyayangi Milah dan menganggapnya seperti adiknya sendiri.

ii. Dua latar tempat dalam cerpen ini ialah Hospital Daerah Kuala Lipis. Contohnya, tempat Milah mendapat rawatan penyakitnya. Kedua, Sekolah Kebangsaan Kampung Chat. Contohnya, sekolah tempat Ana mengajar. Cerpen Budi Semangkuk Daging (Amy Suzani Ainuddin)

Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum

Sinopsis

Mengisahkan Puan Ainun yang hidup berjiran dengan Puan Salbiah, Puan Cheng dan Cik Punita. Pada suatu hari, Puan Ainun memberi setiap orang jirannya semangkuk daging masak Minang. Semua jirannya memuji keenakan masakannya kecuali Cik Punita yang mengembalikan pemberiannya. Akibat semangkuk daging, Puan Ainun tidak berpuas hati dan berdendam dengan Cik Punita sehingga sanggup menyuruh anaknya mengembalikan buah limau bali pemberian Cik Punita. Akhirnya, mereka berbaik semula apabila suami Puan Ainun memaklumkan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu kerana lembu ialah binatang suci bagi penganut agama Hindu.

Tema

Kepentingan semangat kejiranan dalam kehidupan seharian. Buktinya Puan Ainun, Puan Salbiah, Puan Cheng, dan Cik Punita saling bertegur sapa dan tolong-menolong antara satu sama lain.

Persoalan

i.

Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

Contoh: Puan Ainun, Puan Cheng, dan Cik Punita yang tinggal di satu taman perumahan.

ii.

Larangan dalam agama.

Contoh: Cik Punita mengembalikan semangkuk daging pemberian Puan Ainun kerana amalan agamanya tidak membenarkan penganutnya makan daging lembu yang dianggap suci .

iii.

Dendam yang berpanjangan.

Contoh: Puan Ainun berdendam terhadap Cik Punita yang mengembalikan semangkuk daging pemberiannya .

iv.

Tolong- menolong dalam hidup bermasyarakat.

Contoh: Anak- anak Puan Ainun menyiram pokok- pokok bunga Cik Punita ketika dia balik ke kampung .

Plot

i.

Permulaan

Mengisahkan Puan Ainun seorang yang suka memasak dan mencuba resipi baharu, iaitu daging masak Minang.

ii.

Perkembangan

Puan Ainun meminta anak-anaknya menghantar masakan tersebut kepada tiga orang jirannya iaitu Puan Cheng, Cik Punita dan Puan Salbiah.

iii.

Puncak

Puan Ainun akhirnya mengetahui punca Cik Punita mengembalikan masakannya melalui penjelasan suaminya. Rupa-rupanya Cik Punita tidak makan daging kerana penganut agama Hindu tidak boleh makan daging lembu.

iv.

Peleraian

Akhirnya Puan Ainun sedar akan kesilapannya dan menghantar sendiri bubur kacang kepada Cik Punita.

Teknik Penceritaan

i.

Pemerian

Contoh: Memerihalkan peristiwa Puan Ainun mencuba resepi baharu, iaitu daging masak Minang.

ii.

Dialog

Contoh: Perbualan antara Puan Ainun dengan Puan Cheng tentang masakan Puan Ainun di halaman rumah mereka .

iii.

Imbas Kembali

Contoh: Puan Ainun mengingati kembali peristiwa dia tidak membeli produk barangan kesihatan yang dijual oleh Cik Punita.

iv.

Saspens

Contoh: Pembaca tertanya-tanya sebab Cik Punita tidak menerima masakan pemberian Puan Ainun.

v.

Monolog Dalaman

Contoh: Sewaktu Puan Ainun tertanya-tanya di dalam hati sebab Cik Punita tidak menerima pemberiannya .

vi.

Monolog

Contoh: Puan Ainun mengeluh sendirian memikirkan perbuatan Cik Punita yang menolak pemberiannya .

Watak dan Perwatakan

Watak Utama Puan Ainun i. Isteri kepada Encik Hilal.

ii.

Ibu kepada Shafiq dan Hanif.

iii.

Berjiran dengan Cik Punita, Puan Cheng dan Puan Salbiah.

iv.

Mempunyai semangat kejiranan dan suka menolong jiran.

Contoh : Sekiranya Cik Punita pulang ke kampungnya di Ipoh selama beberapa hari, Puan Ainun jugalah yang ringan tangan menolong menyiramkan pokok-pokok bunga di rumah Punita. Dia juga menolong mengawasi rumah jirannya itu agar sentiasa dalam keadaan yang selamat.

v.

Seorang yang suka memasak dan mencuba sesuatu yang baharu.

Contoh : Puan Ainun mencuba memasak daging masak Minang.

vi.

Seorang yang mudah kecil hati dan pendendam.

Contoh: Puan Ainun kecil hati dan berdendam dengan Cik Punita kerana mengembalikan masakan pemberiannya .

vii.

Insaf akan kesilapannya.

Contoh: Puan Ainun insaf atas kesilapannya berprasangka buruk terhadap Cik Punita .

Watak Sampingan Cik Punita i. Jiran Puan Ainun yang berketurunan India dan beragama Hindu.

ii.

Berusia 30-an tetapi belum berkahwin.

iii.

Fasih berbahasa Melayu.

iv.

Berasal dari Ipoh.

v.

Menjual barangan kesihatan keluaran syarikat jualan langsung.

vi.

Patuh pada ajaran agamanya .

Contoh : Cik Punita tidak makan daging lembu.

vii.

Mempunyai semangat kejiranan.

Contoh : Cik Punita memberikan buah limau bali kepada keluaga Puan Ainun.

Encik Hilal i. Suami kepada Puan Ainun.

ii.

Bapa kepada Shafiq dan Hanif.

iii.

Menasihati isterinya yang menghadapi masalah dengan jirannya.

iv.

Memahami adat dan budaya masyarakat kaum lain.

Contoh: Dia menjelaskan bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu .

Latar

Latar Masa i. Waktu pagi

Contoh: Puan Ainun menyidai pakaian di ampaian di halaman rumahnya .

ii.

Waktu tengah hari

Contoh: Puan Ainun memasak daging masak Minang untuk makan tengah hari.

iii.

Waktu petang

Contoh: Puan Ainun memasak bubur kacang untuk minum petang.

Latar Tempat i. Rumah Puan Ainun.

Contoh: Tempat tinggal Puan Ainun, Encik Hilal, Shafiq dan Hanif.

ii.

Kawasan Perumahan

Contoh: Terdapat rumah Puan Ainun, Puan Cheng, Puan Salbiah dan rumah sewa Punita.

Latar Masyarakat i. Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Contoh: Terdapat tiga kaum yang diwakili oleh Puan Ainun (Melayu), Puan Cheng (Cina) dan Cik Punita (India).

ii.

Masyarakat yang mengamalkan semangat kejiranan .

Contoh: Puan Ainun sering bertukar-tukar makanan dengan jiran-jirannya dan menolong menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita.

iii.

Masyarakat yang prihatin terhadap adat, budaya dan agama kaum lain.

Contoh: Encik Hilal menjelaskan kepada Puan Ainun sebab Cik Punita tidak mahu menerima makanan pemberian Puan Ainun.

Gaya Bahasa

i.

Pengaruh bahasa asing.

Contoh: Penggunaan bahasa Inggeris - best.

ii.

Perlambangan

Contoh: hatinya berasa kembang.

iii.

Sinkope

Contoh : Tak ada. Semuanya saya dah beli semalam, jawab Puan Ainun.

iv.

Simile

Contohnya : Sakit hati Puan Ainun makin bertambah bagai dicucuk dengan duri.

v.

Peribahasa

Contoh : Penggunaan pepatah, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

vi.

Kata Ganda

Contoh: Berhari-hari selepas itu Punita tidak juga pulang.

Nilai

i.

Nilai tolong- menolong.

Contoh: Puan Ainun menolong menyiram pokok-pokok bunga Cik Punita sewaktu ketiadaan jirannya itu .

ii.

Nilai bertanggungjawab.

Contoh: Puan Ainun menunaikan tanggungjawab menjaga hak-hak jiran seperti menolong mengangkat kain sewaktu ketiadaan Cik Punita.

iii.

Nilai kepatuhan.

Contoh: Anak-anak Puan Ainun patuh pada arahannya supaya menghantar juadah kepada jiran-jirannya .

iv.

Nilai keinsafan.

Contoh: Puan Ainun insaf akan kesilapannya berburuk sangka terhadap Cik Punita .

v.

Nilai prihatin

Contoh: Encik Hilal prihatin terhadap adat dan budaya agama lain. Misalnya dia memberitahu Puan Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu.

Pengajaran

i.

Kita hendaklah menghormati jiran dan adat budaya kaum lain.

Contoh: Encik Hilal memberitahu Puan Ainun bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu .

ii.

Kita mestilah tolong-menolong sesama jiran.

Contoh: Anak-anak Puan Ainun menolong Cik Punita menyiram pokok-pokok bunga dan Puan Cheng menawarkan diri untuk menolong Puan Ainun membeli barang-barang kerana dia hendak ke kedai.

iii.

Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa.

Contoh: Puan Ainun menyangka Cik Punita memulangkan makanan kerana marah terhadapnya yang tidak membeli barangan yang dijual oleh Cik Punita.

iv.

Kita hendaklah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai yang baik.

Contoh: Puan Ainun mendidik Shafiq dan Hanif agar bertimbang rasa dan tolong-menolong sesama jiran.

Soalan

i.

Nyatakan dua nilai murni yang terdapat dalam cerpen ini.

ii.

Jelaskan dua persoalan yang diketengahkan oleh pengarang dalam cerpen ini.

Jawapan

i. Dua nilai murni yang terdapat dalam cerpen ini ialah nilai tolong- menolong. Contoh: Puan Ainun dan jiranjirannya mengamalkan nilai tolong-menolong dengan sentiasa bertegur sapa, menjaga perasaan jiran dan menolong menyiram pokok-pokok bunga. Nilai bertanggungjawab. Contoh: Puan Ainun menunaikan tanggungjawab menjaga hak-hak jiran seperti menolong mengangkat kain sewaktu ketiadaan Cik Punita.

ii. Dua persoalan yang diketengahkan oleh pengarang dalam cerpen ini masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Contoh: Puan Ainun, Puan Cheng, dan Cik Punita tinggal di satu taman perumahan. Persoalan penganut agama Hindu yang tidak makan daging kerana menganggap lembu ialah binatang suci. Contoh: Cik Punita mengembalikan semangkuk daging pemberian Puan Ainun kerana amalan agamanya tidak membenarkan penganutnya makan daging lembu yang dianggap suci.

Mutiara Bonda (Osman Ayob) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum Sinopsis Mohd. Harraz (adik) ialah mutiara bonda. Dia dibelai dengan limpahan kasih sayang, diasuh untuk menjadi seorang yang berbudi dan beriman. Namun dugaan selalu bertandang, mencabar kesabaran bonda dalam mengasuh anak lelaki tunggalnya. Daripada malas ke sekolah, Mohd. Harraz kemudiannya tidak mahu bersekolah lagi, hanya setakat darjah enam. Namun berkat doa dan tawakal bonda, Mohd. Harraz seperti dilahirkan semula setelah terlibat dalam kemalangan dan bernasib baik kerana tidak ditangkap polis semasa serbuan polis di sebuah pondok yang menjadi tempat menghisap ganja. Akhirnya, Mohd. Harraz

benar-benar menjadi mutiara , bersinar dan menyejukkan hati bonda. Dia telah berjaya melanjutkan pelajaran ke University al-Bayt, Jordan. Akhirnya, impian bonda untuk melihat anaknya menjadi seorang ustaz
tercapai, begitu juga dengan wasiat ayahnya. Tema Kegigihan dan kesabaran seorang ibu mendidik anaknya hingga berjaya.
Buktinya bonda gigih dan sabar dalam mendidik anaknya Mohd. Harraz (adik) sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di Jordan.

Persoalan
i.

Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

Contoh: Bonda sangat menyayangi Mohd. Harraz walaupun anaknya itu sangat nakal dan degil.

ii. Kepentingan kehidupan.

ilmu pengetahuan

dalam

Contoh: Keempat-empat orang anak bonda termasuk Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

iii.

Keciciran pelajar luar bandar.

Contoh: Mohd. Harraz pernah berhenti sekolah ketika berada di darjah enam. iv.

Masalah sosial dalam kalangan remaja.

Contoh: Mohd. Harraz merokok dan rakan-rakannya yang tidak bersekolah terjebak dalam penagihan ganja.

v.

Tekanan hidup anak bekas banduan.

Contoh: Mohd. Harraz menghadapi tekanan kerana bapanya pernah dipenjarakan akibat dituduh terlibat dalam kes dadah.

Plot

i.

Permulaan

Pembaca diperkenalkan dengan watak bonda yang sangat gembira menerima surat daripada anaknya, Mohd. Harazz yang sedang melanjutkan pelajaran di Jordan. Bonda mengimbas kembali saat-saat ketika membesarkan adik sehingga berjaya. Ketika Mohd. Harraz berusia 10 hingga 12 tahun, dia sangat nakal dan degil.

ii.

Perkembangan

Pada bahagian ini, penulis menggambarkan kenakalan dan kedegilan Mohd. Harraz sehingga dia mengambil keputusan berhenti sekolah ketika berada dalam darjah enam. Namun ibunya tetap sabar melayani kerenahnya itu.

iii.

Puncak

Mohd Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya . Dia diberitahu oleh ibu bahawa pondok di dusun yang selalu dikunjungi oleh Mohd. Harraz telah diserbu oleh pihak polis. Mohd. Harraz bernasib baik kerana dia tidak berada di situ ketika serbuan tersebut dibuat.

iv.

Peleraian

Mohd. Harraz insaf atas kesilapannya dan menyatakan hasratnya untuk menyambung pelajarannya semula. Akhirnya, Mohd. Harraz berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Bayt, Jordan.

Teknik Plot

i.

Pemerian

Contoh: Pengarang memerihalkan keadaan bonda yang gembira apabila mendapat warkah perkhabaran daripada adik di Jordon.

ii.

Dialog

Contoh: Perbualan antara bonda dengan adik sewaktu bonda melarang Mohd. Harraz (adik) keluar berjumpa dengan kawan-kawannya sebelum kemalangan berlaku.

iii.

Imbas Kembali

Contoh: Bonda mengingati semula kehidupan Mohd. Harraz (adik) ketika kecil terutamanya ketika dia berusia 12 tahun. Mohd. Harraz berhenti sekolah ketika dalam darjah enam dan kemudian menyambung semula persekolahan setelah terlibat dengan kemalangan jalan raya.

iv.

Kejutan

Contoh: Mohd. Harraz terlibat dalam kemalangan jalan raya sehingga menyebabkannya patah tangan.

v.

Saspens

Contoh: Pembaca tertanya-tanya sama ada Mohd. Harraz akan berubah sikap selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya atau tidak.

vi.

Konflik

vii. Contoh: Mohd. Harraz memberitahu bonda bahawa dia mahu berhenti sekolah. Kak Cik tidak bersetuju dan sering tidak berpuas hati dengan sikap ibu yang selalu member muka kepada adiknya itu.

Watak utama Adik i. Nama penuhnya Mohd. Harraz bin Lebai Sidi. ii. Anak lelaki tunggal daripada empat orang adik-beradik. iii. Degil dan keras hati.

Contoh: Adik tetap berdegil untuk keluar berjumpa rakan-rakannya walaupun dilarang oleh kakak dan ibunya kerana telah lewat malam. iv. Malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial. Contoh: Adik berhenti sekolah semasa darjah enam dan mula merokok. v. Panas baran.

Contoh: Ketika adik meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk membeli mercun, adik telah menghempas cawan kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda setelah bonda enggan memberikannya. vi. Insaf akan kesalahan yang dilakukan.

Contoh: Adik insaf dengan segala kesalahannya setelah terbabit dengan kemalangan jalan raya. vii. Berpelajaran tinggi. pelajarannya di

Contoh: Adik melanjutkan Universiti al-Bayt, Jordan. Watak Sampingan Bonda i.

Ibu tunggal yang kematian suami. anak, tiga

ii. Mempunyai empat orang perempuan dan seorang lelaki. iii. Gigih membesarkan anak-anak.

Contoh: Bonda gigih membesarkan anaknya setelah kematian suaminya.

anak-

iv. Mempunyai impian dan keyakinan yang tinggi bahawa anak-anaknya akan berjaya dalam hidup. Contoh: Bonda percaya bahawa suatu hari nanti anaknya Mohd. Harraz akan berubah dan peristiwa tersebut betul-betul berlaku. v. Sangat sabar menghadapi kerenah anak lelaki tunggalnya. Contoh: Bonda tetap bersabar dengan kerenah adik di usia kecilnya. Pernah ibu jari kaki bonda terkena serpihan kaca cawan yang dihempas oleh adik. Kak Cik i. Anak ketiga daripada empat orang adikberadik. ii. Kurang sabar dan agak pemarah dengan kerenah adiknya.

Contoh: Kak Cik menampar adik ketika mereka bertengkar. iii. Anak yang bertanggungjawab.

Contoh: Kak Cik sering menenangkan bonda apabila bonda kesedihan.

Latar

Latar Masa i. Waktu pagi

Contoh: Pada waktu pagi, pemandu van akan membunyikan hon apabila adik lambat bersiap untuk ke taska.

ii.

Waktu senja

Contoh: Bonda berdoa kepada Tuhan (Malikul Qudus) semoga adik berubah sikap.

iii.

Waktu malam

Contoh: Pada pukul 12.30 malam, adik keluar dari rumah dan terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Latar Tempat i. Rumah Bonda

Contoh: Peristiwa adik menghempas cawan kaca lalu serpihannya terkena ibu jari kaki bonda sehingga terluka.

ii.

Pondok di dusun

Contoh: Peristiwa polis menyerbu pondok di dusun yang menjadi tempat kawan-kawan adik berkumpul dan menghisap ganja.

iii.

Atas katil

Contoh: Adik terlantar lesu di katil dengan kepalanya berbalut tompokan darah dan mukanya calar-balar akibat daripada kemalangan yang dihadapinya.

Latar Masyarakat i. Masyarakat yang gigih mendidik anak.

Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang degil, nakal dan terlibat dengan masalah sosial.

ii. Masyarakat pengetahuan.

yang

mementingkan

ilmu

Contoh: Bonda menyekolahkan anak-anaknya sehingga ke peringkat universiti.

iii. Masyarakat yang mementingkan nilai kasih sayang.


Contoh: Bonda tetap menyayangi adik walaupun adik selalu menyakiti hatinya terutamanya apabila adik mahu berhenti sekolah.

Gaya Bahasa i. ii. Personifikasi tikaman masa lampau yang menajam di ingatan darah meluncur dari ibu jari kaki bonda mencincanglumatkan jantung bonda Hiperbola melangit tinggi berasap-asap bara meluat kata-kata berapi yang membakar kepala

Contoh:

Contoh:

iii.
-

Sinkope
Bonda yang berdosa sebab tak pandai ajar anak Adik nak berhenti sekolah Hanya orang berilmu dipandang mulia, nak.

Contoh :

iv.

Pengulangan pernah dicubit, tidak pernah

Contoh : tidak ditengking

buang masa, buang idea, buang dakwat pen, buang kertas dan buang duit setem sahaja. v. vi. Simile perangainya persis syaitan bonda bagai tercampak ke pulau hana Peribahasa

Contoh:

Contoh: bersengkang mata mengembalikan manikam ke dalam cembulnya ibarat gelas, biarpun tidak berkecai namun pasti akan ada retaknya dayung sudah di tangan, sampan sudah di tengah lautan musuh dalam selimut bendera putih

Nilai i. Nilai kasih sayang.

Contoh: Bonda amat menyayangi anak-anaknya . ii. Nilai bertanggungjawab.

Contoh: Bonda bertanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak setelah kematian suaminya. iii. Nilai kesabaran.

Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anakanaknya terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz yang bermasalah. iv. Nilai kegigihan.

Contoh: Bonda begitu gigih mendidik adik sejak adik kecil sehingga berjaya walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan.

v.

Nilai keinsafan.

Contoh: Adik insaf atas kesilapannya setelah terlibat dalam kemalangan dan mahu belajar semula. vi. Nilai ketabahan.

Contoh: Bonda tetap tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal dunia dalam penjara.
Pengajaran

i.

Kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.

Contoh: Bonda gigih mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi orang yang berjaya.

ii.

Kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak.

Contoh: Walaupun bonda seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab mendidik, membesar dan memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya.

iii. Kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar luar bandar. Contoh: Adik berhenti sekolah ketika darjah enam.

iv. Kita hendaklah mementingkan kasih sayang dalam keluarga. Contoh: Kak Cik mendakap bonda erat-erat semasa bonda menangis selepas melihat tindakannya menampar adik.

v. Kita haruslah sabar dalam menghadapi segala kerenah ahli keluarga. Contoh: Bonda sangat sabar mendidik anak-anaknya terutama anak lelakinya, Mohd. Harraz yang bermasalah.

vi.

Kita haruslah tabah menghadapi dugaan.

Contoh: Bonda tetap tabah apabila suaminya dituduh mengedar dadah sehingga meninggal dunia dalam penjara. Soalan

i. ii. ini.
Jawapan

Jelaskan tiga perwatakan adik. Berikan tiga pengajaran yang terdapat dalam cerpen

i. Tiga perwatakan adik ialah degil dan keras hati. Contohnya, adik tetap berdegil untuk keluar berjumpa rakanrakannya walaupun dilarang oleh kakak dan ibunya kerana telah lewat malam. Seorang yang malas bersekolah dan terlibat dalam masalah sosial. Contohnya, adik berhenti sekolah semasa dalam darjah enam dan mula merokok. Seorang yang panas baran. Contohnya, ketika adik meminta wang RM 5.00 kepada bonda untuk membeli mercun, adik telah menghempas cawan kaca sehingga serpihannya terkena kaki bonda setelah bonda enggan memberikannya.

ii.

Tiga pengajaran cerpen ini ialah kita hendaklah gigih dalam mendidik anak-anak.

Contohnya, bonda gigih mendidik adik yang bermasalah sehingga akhirnya menjadi orang yang berjaya. Pengajaran kedua kita mestilah bertanggungjawab terhadap anak-anak. Contohnya, walaupun bonda seorang ibu tunggal namun bonda bertanggungjawab mendidik, membesar dan memberi kasih sayang terhadap anak-anaknya. Ketiga kita mestilah berusaha untuk mengatasi masalah keciciran pelajar luar bandar. Contohnya, adik berhenti sekolah ketika darjah enam.

Seorang Insan Istimewa (Natasya Puteri) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

MAKSUD

Rangkap 1

3 4

Maksud Penyajak menyatakan seseorang itu tidak pernah meminta untuk dilahirkan sebagai seorang insan istimewa atau cacat. Namun siapalah dirinya untuk melawan takdir Tuhan. Segalanya telah ditakdirkan sejak azali lagi dan dia perlu meneruskan kehidupan seharian. Seorang insan istimewa perlu reda dalam menanggung segala kepayahan walaupun dalam keadaan terpaksa. Walaupun ada orang yang bersimpati dengan nasib yang menimpa diri, namun segalanya tidak dapat dibandingkan dengan penderitaan yang dialaminya. Nasib insan istimewa dianggap sebagai anugerah dan ujian Tuhan kepada hamba-hambanya. Biarpun sukar, mereka tetap mempunyai peluang untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Penyajak menyeru agar kita membantu dan membimbing insan istimewa dengan hati yang ikhlas kerana setiap kebaikan yang kita lakukan pasti mendapat keredaan Allah.

TEMA

Dugaan hidup sebagai golongan kelainan upaya. Golongan istimewa telah menempuh pelbagai dugaan dalam meneruskan kelangsungan hidup.

PERSOALAN

i.

Ketabahan dalam menghadapi ujian Tuhan. Walaupun dilahirkan

sebagai insan istimewa mereka tabah menghadapi ujian Tuhan. ii. Tanggungjawab membantu sesama manusia. Sebagai insan

sempurna kita bertanggungjawab membantu golongan kelainan upaya. iii. Bersyukur kepada Tuhan. Golongan kelainan upaya ini

bersyukur walaupun dilahirkan sebagai insan istimewa. iv. Keyakinan diri menghadapi dugaan Tuhan. Keyakinan diri

insan istimewa dapat mengatasi segala halangan dan dugaan. v. Sikap berdedikasi walaupun bergelar insan istimewa.

Walaupun bergelar insan istimewa sikap dedikasi perlu ditonjolkan oleh mereka dalam melaksanakan sesuatu perkara.

BENTUK

i. ii. iii.

Sajak ini berbentuk bebas. Mengandungi empat rangkap. Baris-baris ayat dan rima akhir Rangkap 1 terdapat 6 baris ayat. Rima akhirnya aabacd. Rangkap 2 terdapat 7 baris ayat. Rima akhirnya aaabcdc. Rangkap 3 terdapat 8 baris ayat. Rima akhirnya abbbacbb. Rangkap 4 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya abb.

GAYA BAHASA

i.

Repitisi Contoh : Seorang insan istimewa.

ii.

Anafora Contoh : sebuah.

iii.

Responsi. Contoh : suatu.

iv.

Asonansi pengulangan vokal e Contoh : meneruskan kehidupan.

v.

Aliterasi pengulangan konsonan b Contoh : bantulah, bimbinglah.

vi.

Inversi Contoh : biar sukar mesti disempurnakan.

NILAI

i.

Nilai keredaan Contoh: Reda menerima takdir diri yang cacat.

ii.

Nilai ketabahan Contoh: Tabah menerima takdir diri yang cacat.

iii.

Nilai simpati Contoh: Bersimpati kepada orang yang kurang upaya.

iv.

Nilai bantu-membantu Contoh: Bersedia membantu orang yang kurang upaya.

v.

Nilai keikhlasan Contoh: Membantu orang lain dengan hati yang ikhlas.

vi.

Nilai amanah Contoh: Membantu golongan kurang upaya merupakan amanah Allah.

vii. Nilai bertanggungjawab Contoh: Semua insan yang sempurna bertanggungjawab

menolong golongan kurang upaya.

PENGAJARAN

i. ii. iii. iv. v.

Kita haruslah reda menerima takdir sekiranya dilahirkan atau ditakdirkan cacat. Kita haruslah menerima takdir yang tersurat terhadap kita. Kita perlulah bersedia membantu golongan kurang upaya pada bila-bila masa. Kita haruslah ikhlas menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja. Kita bertanggungjawab membantu golongan kurang upaya seikhlas hati.

SOALAN

i. ii.

Nyatakan contoh gaya bahasa repitisi dalam sajak Bagaimanakah cara untuk membantu orang kelainan upaya yang

disarankan oleh penyajak.

JAWAPAN

1. 2.

Contoh gaya bahasa repitisi ialah seorang insan istimewa (R2 : B1 dan R3 : B1).

1. 2.

Cara untuk membantu orang kelainan upaya yang disarankan oleh penyajak adalah dengan memberi bantuan dan bimbingan secara ikhlas.

Kuda Janggi Gerdana Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

SINOPSIS

Prosa tradisional ini mengisahkan Kuda Janggi Gerdana mengisahkan seorang putera raja yang bernama Inderaputera yang ingin mengembara. Setelah mendapat keizinan daripada bondanya, Tuan Puteri Seganda Cahaya Iram, Inderaputera terus mengembara sehingga sampai di sebuah gua, iaitu perbendaharaan Raja Baharum Tabiq yang terbina daripada batu berwarna hijau dan pintunya dibuat daripada tembaga suasa. Di pintu gua itu, terdapat seekor ular yang terlalu panjang dan besar. Kehadiran Inderaputera menyebabkan ular itu cuba menyerangnya untuk mengusir Inderaputera dari situ tetapi Inderaputera berjaya memarang kepala ular itu hingga mati. Inderaputera masuk ke gua tersebut dan didapati ruang gua itu terlalu luas dan terdapat banyak terdapat bilik yang penuh dengan barangan berharga seperti emas, perak, pakaian yang indah-indah, alatan peperangan, kelengkapan kain kapan serta pakaian raja-raja dahulu kala. Namun begitu, tidak satu pun barang tersebut diambilnya. Apabila Inderaputera keluar dari bilik itu, seekor kuda hijau datang menuju ke arahnya dengan pantas dan berdengus kuat serta cuba menyerangnya. Namun, kuda itu dapat dijinakkan oleh Inderaputera dengan menggunakan bahasa jin sehingga akhirnya mereka menjadi sahabat. Inderaputera mencari pelana dan menjumpai suatu pelana yang bertatahkan ratna mutu manikam yang tertulis Janggi Gerdana lalu diletakkan di atas kuda itu. kuda itu diberi nama Janggi Gerdana. Janggi Gerdana memberitahu bahawa terdapat suatu cembul kaca putih di kepala ular Mamdud dan di dalamnya terdapat suatu Bedi Zahar yang mempunyai hikmat iaitu dapat menghidupkan orang yang telah mati walaupun telah tanggal tulangnya. Inderaputera sangat gembira dan terus mendapatkan Bedi Zahar tersebut lalu tinggal dengan Janggi Gerdana di dalam gua itu. Di negeri Zainun, pemerintahnya ialah Raja Puspa Pandai berketurunan jin Islam manakala isteri baginda yang bernama Tuan Puteri Puspa Seri Gading berketurunan manusia. Baginda mempunyai dua orang anak. Puteranya bernama Dinar Puspa manakala puterinya bernama Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela. Rakyatnya pula berupa pelbagai jenis beruk pada siang hari dan bertukar menjadi manusia pada waktu malam. Untuk mengelak sebarang bencana dan fitnah terhadap puterinya, rakyat jelata disuruh membina sebuah mahligai yang serba indah di Padang Anta Berahi yang dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan dengan harapan puterinya terhindar daripada segala bencana. Seekor tiung dan bayan disuruh menjaga dan menghiburkan puterinya setiap hari. Setelah tuan puteri dewasa, bayan keluar mencari calon suami untuk baginda. Malangnya putera raja yang dicari itu gagal mendekati tuan puteri kerana tergelincir di pertengahan tangga mahligai yang tinggi itu lalu mati. Keadaan itu berlaku terhadap berpuluh-puluh anak raja yang cuba mendapatkan Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela. Sementara itu, Janggi Gerdana telah membawa Inderaputera terbang sehingga sampai ke mahligai Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela. Setelah disoal oleh bayan, Inderaputera telah memperkenalkan diri dan asal usulnya. Mendengar penjelasan itu, Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela terus keluar dan menceritakan asal-usulnya juga malah segala peristiwa yang melibatkan anak-anak raja di situ turut diceritakan kepada Inderaputera. Ekoran peristiwa itu, Inderaputera terus menggunakan Bedi Zahar untuk menghidupkan semua anak raja yang telah tergelincir mati. Dengan izin Tuhan, semua anak raja tersebut hidup kembali dan bersyukur kepada Tuhan serta mendoakan kesejahteraan Inderaputera yang telah membantu menghidupkan mereka. Kesaktian yang ditunjukkan oleh Inderaputera telah menarik hati Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela. Lalu dibawanya bertemu dengan ayahandanya, Raja Puspa Pandai dan disuruh duduk di sebuah kerusi emas. Apabila malam tiba Inderaputera berasa sangat pelik melihat semua keluarga beruk menjadi manusia dan seterusnya Inderaputera dihidangkan dengan makanan dan hiburan yang menarik. Begitulah Inderaputera dilayan setiah hari sepanjang dirinya berada di sana.

TEMA

Tema prosa tradisional ini adalah keberanian dan kesaktian seorang anak raja. Kehebatan Kuda Janggi Gerhana menggambarkan kesaktian yang terdapat pada diri Inderaputera sehingga bertemu dan berkahwin dengan Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela dengan kesaktian yang Inderaputera peroleh daripada Bedi Zahar.

PERSOALAN

i.

Keberanian menentang musuh. Contoh: Inderaputera telah membunuh ular Mamdud yang hendak menyerang dengan memarangkan kepala ular tersebut tanpa rasa gentar.

ii.

Bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan dapat meringankan beban. Contoh: Semua rakyat Maharaja Puspa Pandai berganding bahu membina mahligai yang Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela. tersergam indah untuk

iii.

Bercakap dengan sopan dapat melembutkan hati orang sekeliling. Contoh: Inderaputera bercakap dengan penuh lemah lembut terhadap kuda hijau dengan harapan dapat bersahabat dengan kuda tersebut. Ekoran daripada itu, kuda tersebut dapat dijinakkan dan terus bersahabat dengan Inderaputera.

iv.

Tidak mengambil hak orang lain merupakan budi pekerti yang mulia. Contoh: Walaupun bilik-bilik di dalam gua Raja Baharum Tabiq dipenuhi dengan emas, perak serta harta yang berharga namun Inderaputera tidak mengambil sedikitpun kerana itu semua bukan miliknya.

v.

Merendah diri dalam kehidupan. Contoh: Inderaputera merendah diri apabila anak-anak raja menyembahnya ekoran peristiwa ia menolong menghidupkan anak-anak raja tersebut dan ia mengatakan itu semua bukanlah kuasanya tetapi kuasa Tuhan Yang Maha Besar.

vi.

Bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan tuhan. Contoh: Anak-anak raja yang telah dihidupkan semula mengucapkan syukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa atas dengan izin-Nya mereka telah dihidupkan semula.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak utama Inderaputera i. ii. iii. iv. Seorang putera raja. Ayahandanya bernama Bikrama Buspa. Bondanya bernama Puteri Seganda Cahaya Iram. Seorang putera raja yang sangat kacak/tampan rupa parasnya.

v.

Seorang putera raja yang berani. Contoh: Inderaputera berani untuk mengembara seorang diri menuju matahari terbenam melalui hutan belantara sehingga tiba di sebuah gua.

vi.

Mempunyai budi pekerti yang mulia. Contoh: Inderaputera bercakap dengan lemah lembut terhadap seekor kuda (Janggi Gendana) walaupun pada mulanya kuda tersebut cuba menyerangnya.

vii.

Mempunyai hati yang bersih. Contoh: Inderaputera tidak mengambil sedikitpun barangan berharga seperti emas dan perak yang terdapat di dalam gua kerana itu semua bukan miliknya.

viii.

Menggunakan kelebihan diri untuk membantu orang lain. Contoh: Inderaputera membantu menghidupkan anak-anak raja yang telah jatuh daripada tangga mahligai dengan menggunakan Bedi Zahar yang diperoleh daripada ular Mamdud.

ix.

Seorang yang mempunyai kesaktian. Contoh: Inderaputera mempunyai kelebihan menghidupkan orang yang telah mati dengan menggunakan Bedi Zahar.

Watak Sampingan Puteri Seganda Cahaya Iram i. Bonda kepada Inderaputera.

ii.

Isteri/Permaisuri kepada Raja Bikrama Buspa.

iii.

Sangat prihatin. Contoh: Puteri Seganda Cahaya Iram sangat prihatin akan keselamatan anaknya dan sukar melepaskan anaknya pergi mengembara seorang diri.

Kuda (Janggi Gerdana) i. Seekor kuda hijau yang terdapat di dalam gua Perbendaharaan Raja Baharum Tabiq.

ii.

Seekor haiwan yang pandai berkata-kata menggunakan bahasa jin. Contoh: Inderaputera berbual-bual dengan Kuda Janggi Gerdana menggunakan bahasa jin.

iii.

Patuh dan akur kepada kelembutan dan pujian. Contoh: Apabila Inderaputera menggunakan bahasa jin dengan lemah lembut maka kuda hijau yang pada asalnya berdengus kuat terus tunduk dan akur akan kehendak Inderaputera yang ingin menjadikannya sebagai sahabat.

Ular Mamdud i. Seekor ular besar yang panjang dan mempunyai kesaktian. Contoh: Di kepala ular tersebut terdapat suatu cembul putih dan di dalamnya terdapat (Bedi Zahar) yang mampu menghidupkan orang mati. Malah manusia dan binatang yang telah tanggal tulangnya juga mampu dihidupkan semula dengan izin Tuhan.

Raja Puspa Pandai i. Seorang raja yang memerintah negeri Zainun yang rakyatnya terdiri daripada rakyat kera pada waktu siang dan bertukar menjadi manusia pada waktu malam.

ii.

Bangsanya berasal daripada jin Islam.

iii.

Bangsa isterinya pula berasal daripada manusia bernama Tuan Puteri Seri Gading.

iv.

Mempunyai dua orang anak iaitu puteranya bernama Dinar Pandai dan puterinya bernama Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

v.

Seorang ayah yang bertanggungjawab. Contoh: Raja Puspa Pandai bimbang dan akan keselamatan puterinya lalu disuruh rakyat membina sebuah istana yang sangat hebat dan dipenuhi kemewahan di samping terjamin dari segi baginda.

Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela i. Puteri kepada Puspa Pandai.

ii.

Mempunyai rupa paras yang cantik menawan. Contoh: Burung bayan bercerita kepada anak raja Indera bahawa Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela mempunyai paras wajah yang sangat cantik.

iii.

Sudah dewasa dan patut mempunyai teman hidup Contoh: Bayan dan tiung berusaha mencarikan pasangan/putera raja yang sesuai dan sepadan untuk djodohkan dengan Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

iv.

Taat. Contoh: Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela mentaati perintah ayahandanya supaya tinggal di dalam mahligai yang dibina di Padang Anta Berahi dan jauh daripada ayahanda bondanya.

v.

Sukar untuk didekati dan dimiliki. Contohnya: Semua anak-anak raja yang cuba memanjat tangga mahligai yang dibina di Padang Anta Berahi gagal ke puncak kerana tergelincir di pertengahan tangga lalu jatuh dan meninggal dunia tatkala melihat kejelitaan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

LATAR

Latar Masa i. Zaman feudal. Contoh: Zaman pemerintahan beraja di negeri Zainun yang rajanya bernama Raja Puspa Pandai.

ii.

Waktu siang. Contoh: Rakyat Raja Puspa Pandai menjadi kera, beruk, lotong karkah (cikah), kongkang dan siamang.

iii.

Waktu malam.

Contoh: Pada waktu malam seluruh rakyat yang menjadi kera dan beruk bertukar menjadi manusia.

Latar Tempat i. Gua yang dikenali sebagai Perbendaharaan Raja Baharum Tabiq. Contoh: Gua ini sangat luas dan mengandungi 40 buah bilik yang dipenuhi dengan emas, perak, kelengkapan perang, kelengkapan kain kapan dan pakaian raja-raja terdahulu.

ii.

Padang Anta Berahi. Contoh: Sebuah tempat di negeri Zainun dan di situlah Raja Puspa Pandai mengarahkan rakyat jelatanya membina sebuah mahligai yang indah untuk melindungi puterinya daripada sebarang ancaman atau bencana.

iii.

Mahligai. Contoh: Puteri Cendera Lela Nur Lela duduk bersama-sama tiung dan bayan di dalam mahligai.

iv.

Tangga emas. Contoh: Anak-anak raja yang ingin bertemu dengan dengan Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela tergelincir di pertengahan tangga mahligai yang tinggi itu lalu jatuh ke bawah dan mati.

v.

Istana. Contoh: Tempat seorang anak raja Indera yang tampan dan merdu suaranya duduk membaca kitab hikayat ketika bayan datang mencari bakal suami untuk Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

vi.

Negeri Zainun. Contoh: Rakyatnya terdiri daripada keluarga kera pada waktu siang dan bertukar menjadi manusia pada malam hari.

Latar Masyarakat i. Masyarakat feudal. Contoh: Negeri yang mengamalkan pemerintahan beraja yang rajanya bernama Raja Puspa Pandai.

ii.

Masyarakat manusia dan binatang yang mempunyai cirri-ciri kesaktian. Contoh: Pada waktu siang rakyat Raja Puspa Pandai menjadi beruk, kera, lotong dan siamang manakala pada waktu malam bertukar menjadi manusia.

iii.

Masyarakat yang patuh kepada pemerintah. Contoh: Rakyat jelata mematuhi arahan yang disampaikan oleh Raja Puspa Pandai untuk membina mahligai. Malah mereka bekerjasama membina mahligai tersebut.

GAYA BAHASA

i.

Kata pangkal ayat. Contoh: Arkian, hatta, syahadan, sebermula

ii.

Bahasa istana. Contoh: bonda, hamba

iii.

Penggunaan pantun Contoh: Penjahat di atas pintu, Dulang tiris mari dirapat; Orang muda sahaja begitu, Orang yang arif maka mendapat

iv.

Simile. Contoh: rambutnya laksana cincin dituang.

v.

Hiperbola. Contoh: pinggangnya bunga setangkai.

vi.

Metafora. Contoh: laut berahi

vii.

Kata ganda. Contoh: besar-besar, tinggi-tinggi

NILAI

i.

Nilai keberanian. Contoh: Inderaputera seorang putera raja yang berani untuk mengembara seorang diri ke dalam hutan belantara.

ii.

Nilai kejujuran Contoh: Inderaputera tidak mengambil sedikit pun barang berharga yang terdapat dalam bilik-bilik di Gua Raja Baharum Tabiq kerana barang-barang itu bukan miliknya.

iii.

Nilai bekerjasama. Contoh: Semua rakyat berganding bahu dan bekerjasama menyiapkan mahligai yang dibina di Padang Anta Berahi.

iv.

Nilai kesyukuran. Contohnya: Anak-anak raja yang telah dihidupkan semula memanjatkan rasa kesyukuran kepada Tuhan Yang Maha Besar yang telah menghidupkan mereka semula.

v.

Nilai menghargai jasa Contoh: Semua anak raja yang telah dibantu oleh Inderaputera mengucapkan ribuan terima kasih dan mendoakan kesejahteraan Inderaputera atas jasa yang telah diberikan.

vi.

Nilai kasih sayang. Contoh: Raja Puspa Pandai amat sayang akan anaknya lalu dibinanya sebuah istana yang sangat besar dan cantik di Padang Anta Berahi untuk mengelakkan puterinya daripada segala bencana.

PENGAJARAN

i.

Kita haruslah mempunyai semangat yang cekal dan berani untuk menghadapi sebarang halangan. Contoh: Inderaputera mempunyai semangat yang tinggi untuk mengembara seorang diri dan berani menghadapi serangan yang dilakukan oleh ular Mamdud.

ii.

Kita haruslah sentiasa bekerjasama untuk meringankan beban. Contoh: Semua rakyat bekerjasama membina mahligai di Padang Anta Berahi seperti yang dikehendaki oleh Raja Puspa Pandai.

iii.

Kita hendaklah sentiasa merendahkan suara ketika bercakap. Contoh: Inderaputera menggunakan bahasa yang lemah lembut ketika bercakap dengan kuda hijau. Secara tidak langsung telah melembutkan hati kuda tersebut daripada terus menyerang Inderaputera.

iv.

Kita haruslah menggunakan kelebihan yang ada untuk membantu orang lain. Contoh: Inderaputera telah menggunakan gemala Bedi Zahar yang diambil daripada ular Mamdud untuk menghidupkan semula anak-anak raja yang telah mati tergelincir di pertengahan tangga mahligai Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

v.

Kita hendaklah mengagungkan kebesaran Tuhan. Contoh: Inderaputera mengingatkan kepada anak-anak raja yang telah dihidupkan semula bahawa kelebihan luar biasa itu adalah daripada kuasa Tuhan Yang Maha Besar sedangkan dirinya hanyalah manusia biasa.

vi.

Kita hendaklah menghargai jasa orang yang telah menaburkan budi. Contoh: Setelah mengetahui gerangan yang menyebabkan mereka hidup kembali, anak-anak raja itu amat berterima kasih dan mendoakan kesejahteraan Inderaputera.

SOALAN

i.

Apakah kesaktian dan keanehan yang terdapat pada rakyat negeri Zainun di bawah pemerintahan Raja Puspa Pandai?

ii.

Bagaimanakah anak-anak raja yang tergelincir jatuh daripada tangga emas mahligai dapat dihidupkan semula?

JAWAPAN

i.

Keanehan yang terdapat pada rakyat Raja Puspa Pandai di negeri Zainun ialah menjadi kera, beruk, lotong (cikah) dan siamang pada waktu siang manakala pada malamnya pula bertukar menjadi manusia. Anak-anak raja yang telah mati jatuh tergelincir daripada tangga emas di mahligai itu dihidupkan semula dengan bantuan Inderaputera menggunakan Bedi Zahar yang diambil daripada kepala ular Mamdud serta dengan izin Tuhan Yang Maha Besar jualah mereka kembali hidup seperti sediakala.

ii.

HIKAYAT SERI KELANTAN" KOMSAS TINGKATAN 3

Sumber: Antologi Harga Sebuah Lukisan, 2011: muka surat 28 - 34 Penyelenggara: (Prof. Dr.) Mohd. Taib Osman, bekas Naib Canselor Universiti Malaya Genre: Prosa Tradisional Watak: Encik Siti, Tuan Puteri Sa'dung, Sultan Abdullah, raja benua Siam, Tuk Ca

Latar tempat: Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung, Jembal, Kota Jelasin, Gunung Ayam, Siam, Mahligai, Cerang Bahana, bahtera utusan Siam Sinopsis: Raja Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung (nama asal Kelantan) ialah Encik Siti yang tidak bersuami, lalu mengambil anak angkat dari Jembal, Puteri Sa'dung. Tuan puteri kemudian dikahwinkan dengan Raja Abdullah, juga dari Jembal. Raja Abdullah diangkat menjadi sultan dan membuka sebuah kota yang diberi nama Kota Jelasin. Encik Siti pula berpindah sebagai raja di Gunung Ayam. Dalam masa yang sama, seorang raja benua Siam sangat berahi (tergila-gila) akan Puteri Sa'dung yang sudah pun bersuami. Raja Siam mengutus bala tentera untuk melanggar kota Jelasin dan merampas Puteri Sa'dung. Mulanya Siam dapat ditewaskan menerusi kesaktian Puteri Sa'dung. Namun, takdir menentukan bahawa rakyat negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung dilanda bala kelaparan. Angkatan Siam berjaya mengepung kota Jelasin, tetapi dengan kesaktian Puteri Sa'dung, sekalian kota parit dan istana ghaib ke Cerang Bahana di dalam hutan. Malangnya, Tuk Ca, ahli nujum raja Siam berjaya mengesan kedudukan Mahligai. Angkatan Siam yang terdiri daripada raja, menteri dan askar berjaya mengepung Mahligai hingga Sultan Abdullah tidak dapat berbuat apa-apa. Akhirnya, Puteri Sa'dung terpaksa diserahkan kepada pihak Siam dengan doa kepada Tuhan agar dapat lepas dari suratan kejahatan raja benua Siam. Perwatakan: Berani, prihatin, tegas, patuh

Nilai: keberanian, keprihatinan, ketegasan, kepatuhan

Persoalan:

dalam mempertahankan maruah isteri, negara : keprihatinan terhadap keperluan perkahwinan : ketegasan terhadap musuh : kepatuhan kepada suami / ibu (angkat)

keberanian

Pengajaran: Kita hendaklah berani dalam mempertahankan maruah (diri, keluarga, negara) : Kita hendaklah prihatin terhadap keperluan mendirikan rumah tangga : Kita hendaklah tegas terhadap musuh : Kita hendaklah patuh kepada suami / ibu

Cabaran (A.Ghafar Ibrahim) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum ) KPM)

SINOPSIS Babak 1 Perbualan Yahya, Mariah, Firdaus,Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang dihadapi pada masa sekarang iaitu cabaran kemajuan ekonomi dan pelajaran. Kemunduran berpunca daripada sikap masyarakat yang suka membuang masa dan bersikap negatif . Zainal dianggap mementingkan diri. Perbincangan bertambah sengit apabila Zainal tidak mahu menerima pendapat orang lain. Babak 2 Perbualan berlangsung antara Yahya dan Mariah tentang sikap masyarakat yang suka bertekak dan berbual kosong. Mariah mengatakan masyarakat kita miskin namun bercita-cita tinggi. Yahya mencadangkan agar masyarakat mencari jalan untuk mengumpul wang dan kemudiannya berniaga agar boleh menubuhkan yayasan. Hal ini dapat membantu

anak-anak ke universiti. Barisan Pembela Rakyat Desa ditubuhkan.Pertubuhan tersebut telah mengadakan kelas pemimpin dan berusaha menubuhkan Kedai Syarikat Kerjasama. Babak 3 Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang sikap pemuda yang suka melepak.Firdaus menjelaskan masyarakat sendiri yang bersikap lemah dan beku. Hani mempersoalkan sikap pemuda yang tidak berubah ke arah kebaikan. Firdaus pula menegaskan sikap kerjasama amat penting dalam masyarakat kampung yang kekurangan modal. Babak 4 Babak ini mengimbas kembali sikap Yang Berhormat Encik Osman yang pandai menabur janji ketika berkempen bagi meraih undi. Babak 5

Yahya berpendapat orang Melayu mesti melibatkan diri dalam bidang perusahaan jika ingin maju. Pendapatnya disanggah oleh Zainal yang menjadikan penutupan Syarikat Kilang Padi sebagai bukti orang Melayu belum layak melibatkan diri dalam bidang tersebut. Firdaus memaklumkan sebab sebenar penutupan kilang tersebut yang berpunca daripada orang kita yang gelap mata. Zainal menyindir rakan-rakannya yang bercita-cita besar. Namun Firdaus menegaskan orang Melayu tidak boleh lagi merendah diri jika tidak mahu ditindas suatu hari nanti. Dia mengajak masyarakat Melayu menjadi generasi yang progresif dan dinamis. Husin juga bersetuju dengan pandangan dan ajakan Firdaus bersandarkan contoh kepimpinan Nabi Muhammad. Babak 6 Yahya gembira kerana rancangan mereka telah berjaya. Zainal akhirnya menyedari kekuatan permuafakatan.

PEMIKIRAN Perubahan sikap dan pemikiran generasi muda dalam mencapai kemajuan. Firdaus dan Yahya mempunyai gagasan fikiran untuk membela nasib masyarakat kampung. Antara perubahan yang cuba diketengahkan adalah dengan menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa dengan harapan dapat membela masyarakat. PERSOALAN i. Penentangan arus perubahan. Persoalan ini dapat dilihat daripada watak Zainal yang sentiasa tidak mahu mengikut arus perkembangan. ii. Kepentingan berpegang pada janji. Perkara ini dapat dilihat dalam watak Yang Berhormat Encik Osman yang pandai menabur janji semasa berkempen untuk pilihan raya.

iii. Kepentingan kejujuran dalam memegang amanah. Hal ini dapat dilihat melalui sikap orang-orang yang menggelapkan keuntungan syarikat sehingga kilang padi terpaksa ditutup. iv. Keperluan perubahan sikap dalam masyarakat. Perkara ini dapat dilihat dalam watak-watak seperti Yahya dan Firdaus yang mahukan perubahan dalam masyarakatnya. Contohnya Yahya telah menubuhkan barisan Pembela Rakyat untuk membantu rakyat desa. PLOT Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan permulaan dan diakhiri dengan peleraian. Pembinaan plot Empat peringkat garapan plot:

i.

Permulaan

Perbualan antara Yahya, Mariah, Firdaus, Hani, Zainal dan Husin tentang cabaran yang dihadapi oleh masyarakat sekarang iaitu cabaran dalam kemajuan, ekonomi dan pelajaran. Kemunduran masyarakat adalah disebabkan sikap masyarakat yang suka membuang masa. ii. Perkembangan

Perbualan antara Yahya dan Mariah tentang sikap anak-anak muda mereka yang berbual kosong. Yahya mencadangkan pengumpulan dana agar dapat menubuhkan yayasan untuk membantu anak-anak ke universiti. iii. Barisan Pembela Rakyat Desa ditubuhkan dan telah mengutip wang bagi tabung pelajaran agar dapat membela nasib rakyat desa. Mereka juga menyediakan kelas pemimpin dan berusaha menubuhkan Kedai Syarikat Bekerjasama.

Hani menyatakan ketidakpuasan hatinya tentang sikap pemuda yang suka melepak. Mereka seharusnya sanggup berubah ke arah kebaikan. Firdaus berpendapat bahawa hidup mestilah percaya kepada diri sendiri untuk maju serta berfikir dahulu sebelum membuat keputusan. Yahya menyindir sikap pemimpin yang mudah lupa akan orang bawahan. Yahya teringat kembali ucapan pemimpin yang berjanji untuk menolong orang bumiputera jika mereka menyokongnya. Zainal berpandangan negatif terhadap penglibatan masyarakat Melayu dalam bidang perniagaan. iv. Klimaks

Firdaus menegaskan masyarakat Melayu tidak boleh berlembut atau merendah diri lagi. Baginya

adat resam yang tidak sesuai harus ditinggalkan sebaliknya masyarakat harus mencipta generasi yang dinamis dan progresif. v. Peleraian

Yahya gembira kerana rancangan mereka telah berjaya. Zainal akhirnya menyedari kekuatan permuafakatan. TEKNIK PENCERITAAN i. Imbas Kembali

Contoh: Yahya teringat ucapan Yang Berhormat Encik Osman semasa berkempen menjelang pilihan raya sedikit masa dahulu. ii. Dialog

Contoh: Firdaus : Salah kita juga Ani. Salah aku. Salah engkau. Hani : Ani tak mengaku salah, Ani.

iii.

Monolog

Contoh: Yahya bercakap pada diri sendiri sambil menyindir Yang Berhormat mudah lupa akan jasa yang dilakukan oleh orang-orang bawahan.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama Yahya i. ii. Ketua Pemuda Parti dan suami Mariah. Pemuda kampung bersemangat tinggi.

Contoh: Yahya mahu masyarakat Melayu berani mengkritik diri sendiri demi mencapai kemajuan. iii. Berpandangan jauh dan berpendirian tegas.

Contoh: Yahya menegaskan Parlimen bertanggungjawab mencari punca-punca kemunduran masyarakat Melayu. iv. Gigih berusaha.

Contoh: Yahya dan rakan-rakannya menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa. Watak Sampingan Firdaus i. Berfikiran positif. Contoh: Firdaus yakin masyarakat Melayu sanggup bertungkus lumus. ii. Pemuda yang tetap pendirian.

Contoh: Firdaus percaya masyarakat Melayu layak menjalankan perusahaan walaupun disanggah oleh Zainal.

iii.

Bijak berhujah.

Contoh: Firdaus mematahkan setiap sindiran Zainal. Zainal i. Berfikiran negatif. Contoh: Zainal tidak yakin masyarakat Melayu boleh terlibat dalam bidang perusahaan. ii. Mementingkan diri sendiri.

Contoh: Zainal menganggap setiap individu hanya perlu berusaha untuk diri sendiri. Osman i. ii. Ahli parlimen. Pandai berkata-kata.

Contoh: Osman dapat mempengaruhi pengundi sewaktu berkempen.

LATAR

Latar Masa 1. Malam : Contoh: Beberapa orang pemuda iaitu Yahya, Mariah, Firdaus, Hani. Zainal dan Husin berbualbual tentang kemajuan masyarakat mereka di rumah Yahya. 1. Petang :

Contoh: Yahya, Zainal, Firdaus dan Husin berbual-bual tentang berita yang tersiar di dada akhbar tentang kerugian Syarikat Kilang Padi di balai raya Latar Tempat 1. Rumah Yahya Contoh: Beberapa anak muda berbual-bual selepas makan malam mengenai pemikiran

masyarakat perubahan. 1.

yang

tidak

mahu

menerima

Rumah Firdaus

Contoh: Hani meluahkan rasa kecewa setelah melihat anak-anak muda menghabiskan masa dengan duduk di tepi jalan. 1. Balai raya

Contoh: Berlaku perbincangan hangat mengenai masyarakat kita perlu menerajui ekonomi kerana perusahaan adalah punca kemajuan sebuah negara. Contoh: Perbincangan mengenai masyarakat kita perlu sedar dan bergerak seiring dengan arus perubahan semasa. Latar Masyarakat

i. Masyarakat kampung yang tidak mahu berubah. Contoh: Yahya menyatakan bahawa penduduk kampung hanya rajin menanam bunga, tetapi tidak mahu menanam sayur-sayuran. ii. Masyarakat yang mahukan perubahan.

Contoh: Pemuda kampung seperti Yahya dan Firdaus mempunyai pandangan yang jauh untuk mengubah kehidupan penduduk desa. iii. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Contoh: Zainal berfikiran sempit dan tidak mahu menerima perubahan. iv. Masyarakat yang berusaha membela nasib bangsa sendiri. Contoh: Yahya dan penduduk kampung telah menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa dan menubuhkan Kedai Syarikat Bekerjasama.

v.

Masyarakat yang suka membazir masa.

Contoh: Ramai pemuda kampung bertenggek di tepi tembok batu dengan membuang masa. vi. Masyarakat yang mempunyai pengetahuan agama. Contoh: Husin dan Firdaus mengaitkan agama dengan cara kehidupan masyarakat sekarang dan mencontohi cara kepimpinan Nabi Muhammad S.A.W. GAYA BAHASA i. Peribahasa

Contoh: Hangat-hangat tahi ayam., cakap besar dan tahi tersangkut di gelegar.

ii.

Kata ganda

Contoh: Tuan-tuan, puan-puan iii. Kata Pinjaman

Contoh: Flasback, transistor NILAI i. Nilai permuafakatan.

Contoh: Yahya dan rakan-rakan berjaya menubuhkan barisan Pembela Rakyat Desa bagi membantu masyarakat Melayu kampung mereka. ii. Nilai ketegasan.

Contoh: Yahya menegaskan Parlimen bertanggungjawab mencari punca-punca kemunduran masyarakat Melayu. iii. Nilai kegiigihan.

Contoh; Yahya dan rakan-rakannya menubuhkan Barisan pembela Rakyat Desa. PENGAJARAN

i. Kita hendaklah menerima perubahan mengikut kesesuaian zaman. Contoh: Yahya ingin mengubah masyarakat yang tidak maju dalam bidang ekonomi kepada masyarakat yang pandai berniaga. ii. Kita mestilah menunaikan janji.

Contoh: Yang Berhormat Encik Osman seorang pemimpin yang berjanji kepada masyarakat namun beliau hanya pandai berkata-kata. iii. Kita mestilah menjelaskan hutang apabila kita berhutang dengan seseorang. Contoh: Masyarakat suka berhutang di kedai runcit tetapi tidak mahu membayarnya.

iv. Kita hendaklah memanfaatkan masa lapang. Contoh: Hani tidak suka melihat kampungnya yang suka melepak. remaja

v.

Kita hendaklah bijak memilih.

Contoh: Penduduk kampung lebih suka menanam bunga daripada menanam sayur. vi. Kita hendaklah berpandangan jauh. memberi

Contoh: Firdaus matang dalam pendapat tentang sikap masyarakat. SOALAN

i. Mengapakah Kedai Haji Dollah mengalami kerugian?

ii. Mengapakah Zainal dianggap pemuda yang berfikiran sempit? JAWAPAN i. Kedai Haji Dollah mengalami kerugian kerana masyarakat di kampong tersebut suka berhutang dan tidak membayar hutang tersebut. ii. Zainal dianggap pemuda yang berfikiran sempit kerana dia tidak mahu menerima perubahan dan mementingkan diri.

Sebuah Perjuangan (Ab Manaf Kamarudin) Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

SINOPSIS

Babak 1 Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai Padas agar menentang kompeni Inggeris kerana kawasan itu di bawah pemerintahan adik Tunku Sultan Hashim Jalilul Alam.

Babak 2 Jahul melaporkan kepada Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar mendakwa beliau berkuasa di Sungai Padas. Hal ini membangkitkan kemarahan Pegawai Inggeris kerana Sungai Padas telah pun dipajak oleh Tuanku Sultan Brunei kepada mereka. Pegawai Inggeris memberi hadiah kepada Jahul sebagai penghargaan atas maklumat yang diberikan.

Babak 3 Pangeran Syahbandar dan Awang mengesyaki ada tali barut yang menfitnah Pangeran Syahbandar kepada penduduk kampung. Mereka bertekad untuk bertindak terhadap penduduk kampung yang belot.

Babak 4 Satu pertempuran berlaku antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan kumpulan pembelot.

Babak 5 Jahul memberitahu Pegawai Inggeris bahawa Pangeran Syahbandar telah menyerang dan menawan penduduk yang menyokong kompeni Inggeris. Pengawai Inggeris akan membuat bantahan kepada Sultan Brunei agar menghentikan kegiatan Pangeran Syahbandar yang menentang kompeni Inggeris.

Babak 6 Tunku Sultan mengarahkan Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan menghentikan penentangan. Pangeran Syahbandar kesal kerana Sultan termakan hasutan Inggeris. Beliau bertegas tetap meneruskan perjuangan.

Babak 7 Berlaku pertempuran antara Pangeran Syahbandar dengan polis-polis kompeni Inggeris. Mereka berjaya menyerang, membunuh dan merampas senjata api orang Inggeris.

Babak 8 Di pejabat, Pegawai Inggeris marah kerana tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan pihaknya kerugian. Kedegilan Pangeran Syahbandar akan dibalas kerana pihak Inggeris telah mendapat kebenaran daripada Tuan Residen untuk menyerang balas kota Manggalela iaitu kubu kuat Pangeran Syahbandar.

Babak 9 Berlaku pertempuran antara Pangeran Syahbandar dengan polis kompeni. Pangeran Syahbandar mahu semua pengikutnya berwaspada walaupun pihak kompeni telah berundur.

Babak 10 Pegawai Inggeris mengetahui tentang kebijaksanaan Pangeran Syahbandar membina kubu untuk menahan serangan kompeni Inggeris tetapi pihaknya tidak akan berputus asa dan akan menyerang sekali lagi kubu tersebut. Kompeni Inggeris juga mendapatkan bantuan polis Sikh dari Perak yang mempunyai senjata api yang lebih lengkap.

Babak 11 Keadaan kelam kabut berlaku kerana tembakan meriam daripada polis kompeni yang menyerang kubu Pangeran Syahbandar sekali lagi. Awang berasa cemas kerana bilangan polis kompeni yang ramai dan dibantu oleh polis Sikh manakala pihaknya hanya mempunyai senjata lembing dan keris. Pangeran Syahbandar memberi kata-kata semangat agar berjuang habis-habisan.

Babak 12 Pertempuran berlarutan, Awang memberitahu Pangeran Syahbandar bahawa mereka tidak boleh bertahan kerana ramai pengikut telah terkorban. Pangeran Syahbandar menyatakan mereka tidak akan mengaku kalah. Awang menyarankan supaya mereka menyahut seruan Gabenor untuk berunding dan menghentikan peperangan. Akhirnya Pangeran Syahbandar

bersetuju tetapi pengunduran mereka bukan bererti mereka tewas. Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya keluar dari kubu dan menyerah diri kepada kompeni Inggeris.

PEMIKIRAN

Drama ini mengetengahkan pemikiran perjuangan anak watan menentang penjajahan. Drama ini menyorot kisah perjuangan Pangeran Syahbandar menentang kompeni Inggeris di Sungai Padas. Pangeran Syahbandar bertegas bahawa kawasan Sungai Padas merupakan hak milik Sultan Hashim Jalilul Alam yang mesti dipertahankan oleh penduduk watan. Pangeran Syahbandar sanggup menentang serangan kompeni Inggeris walaupun mereka bertempur dalam keadaan serba kekurangan.

PERSOALAN

i.

Kepentingan mempertahankan hak kebebasan memerintah di negara sendiri. Contoh: Pangeran Syahbandar bertegas agar kawasan Sungai Padas diuruskan oleh anak watan.

ii.

Pengkhianatan terhadap bangsa sendiri. Contoh: Jahul sanggup menjadi tali barut Pegawai Inggeris.

iii.

Kepentingan bekerjasama dalam mempertahankan tanah air. Contoh: Pangeran Syahbandar dan orang kampung menentang Kompeni Inggeris walaupun tidak mempunyai senjata yang lengkap.

iv.

Kebijaksanaan dalam menghadapi musuh. Contoh: Pangeran Syahbandar dan pengikutnya telah membuat persediaan awal menentang kompeni Inggeris dengan membina kubu yang kuat.

PLOT

Secara keseluruhan drama ini disusun mengikut kronologi iaitu mengikut urutan cerita bermula dengan Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai Padas dan diakhiri dengan Pangeran Syahbandar bersetuju menyerah kalah apabila melihat anak buahnya terkorban.

Pembinaan plot Empat peringkat garapan plot:

i.

Permulaan Pangeran Syahbandar menyampaikan ucapan kepada penduduk di kawasan Sungai Padas. Beliau menyeru penduduk kampung menentang kompeni Inggeris kerana daerah ini ialah kawasan mereka.

ii.

Perkembangan Di pejabat Pegawai Inggeris, Jahul melaporkan berita tentang Pangeran Syahbandar yang memberitahu beliau berkuasa di Sungai Padas kerana itu tidak termasuk dalam kawasan pajakan Inggeris.

Pertempuran berlaku antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan kumpulan pembelot. Pangeran Syahbandar telah mengarahkan pengikut-pengikutnya memburu dan menangkap pembelot-pembelot.

Pegawai Inggeris membuat bantahan kepada Sultan Brunei supaya menghentikan tindakan Pangeran Syahbandar menentang kompeni.

Tuanku Sultan mengarahkan Pangeran Syahbandar membebaskan tawanan dan menghentikan penentangan terhadap kompeni tetapi tidak diendahkan.

Pertempuran dan tembak-menembak antara Pangeran Syahbandar dan polis-polis kompeni. Pangeran Syahbandar mengarahkan pengikut-pengikutnya supaya menyerang, membunuh dan merampas senjata api orang Inggeris. Ramai polis kompeni dibunuh dan senjata api dirampas.

Tindakan Pangeran Syahbandar menyebabkan pegawai Inggeris mendapatkan kebenaran daripada Tuan Residen untuk menyerang balas Kota Manggalela iaitu kubu kuat Pangeran Syahbandar.

iii.

Klimaks Keadaan kelam kabut berlaku apabila serangan sekali lagi dilakukan oleh kompeni Inggeris dengan bantuan polis Sikh. Bilangan polis kompeni lebih ramai jika dibandingkan dengan pengikut-pengikut Pangeran Syahbandar. Awang berasa cemas tetapi Pangeran Syahbandar memberi kata semangat supaya berjuang habis-habisan.

iv.

Peleraian Awang menyatakan bahawa mereka tidak dapat bertahan lagi kerana ramai orang mereka yang terkorban. Awang menyarankan supaya mereka menyahut seruan gabenor supaya berunding dan menghentikan peperangan. Pangeran Syahbandar bersetuju tetapi mereka bukan menyerah kalah. Semangat mereka tetap kekal untuk menentang penjajah. Pangeran Syahbandar dan pengikutpengikutnya keluar daripada kubu dan menyerah diri.

TEKNIK PENCERITAAN

1. Teknik Pemerian Contoh: Pengarang mengarapkan teknik pemerian dalam babak pertempuran antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan polis Kompeni.

1. Teknik dialog Contoh: Jahul: (sedikit gugup) Betul tuan. Saya tidak salah dengar,tuan .

1. Teknik kejutan Contoh: Kota Manggalela diserang secara tiba-tiba oleh pihak Inggeris dengan bantuan anggota polis Sikh dari Perak selepas Pangeran Syahbandar menyangka mereka telah berundur.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama Pangeran Syahbandar

i.

Tokoh pejuang di Sungai Padas.

ii.

Pemimpin yang berani. Contoh: Pangeran Syahbandar tidak gentar menentang kumpulan kompeni Inggeris yang ramai .

iii.

Pemimpin yang tegas. Contoh: Pangeran Syahbandar bertegas meneruskan perjuangan menentang Inggeris walaupun Tuanku Sultan mahu mereka menghentikan penentangan terhadap Kompeni Inggeris.

iv.

Pemimpin yang rasional. Contoh: Pangeran Syahbandar sanggup berunding dan berdamai dengan Kompeni Inggeris setelah pengikutpengikutnya semakin ramai terkorban.

v.

Pemimpin yang berkaliber. Contoh: Pangeran Syahbandar telah berjaya mengarahkan pengikut-pengikutnya menangkap pembelot .

vi.

Pemimpin yang bijak. Contoh: Pangeran Syahbandar telah membuat persediaan yang rapi dengan membina kubu sebagai pertahanan menentang musuh.

Watak Sampingan Awang

i.

Pembantu kepada Pangeran Syahbandar. Contoh: Awang sentiasa membantu Pangeran Syahbandar semasa menentang Kompeni Inggeris .

ii.

Pemuda yang cinta akan tanah air. Contoh: Awang bersama-sama Pangeran Syahbandar menentang kompeni Inggeris yang ingin menguasai kawasan Sungai Padas.

iii.

Berfikiran jauh. Contoh: Awang mencadangkan Pangeran Syahbandar supaya berunding dan menghentikan peperangan .

Jahul i. Tali barut Inggeris. Contoh: Jahul sentiasa melaporkan kegiatan Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya kepada Pegawai Inggeris.

ii.

Pemuda yang mudah termakan pujukan. Contoh: Jahul bersetuju memberikan maklumat apabila Pegawai Inggeris memberi hadiah.

Pegawai Inggeris

i.

Wakil kompeni Inggeris di Sungai Padas.

ii.

Bijak mengatur strategi. Contoh: Pegawai Inggeris pandai memujuk Jahul untuk mendapatkan maklumat dengan memberikan ganjaran kepada Jahul.

LATAR

Latar Masa i. Berlaku hampir 4 bulan Contoh: Awang menyatakan pertempuran antara pengikut Pangeran Syahbandar dengan Kompeni Inggeris sudah berlarutan hampir 4 bulan.

ii.

Waktu malam. Contoh: Pertempuran berlaku antara pihak Kompeni Inggeris dengan pengikut Pengeran Syahbandar di Kota Manggalela.

iii.

Waktu pagi. Contoh: Jahul melaporkan berita Pangeran Syahbandar mendakwa dia berkuasa di kawasan Sungai Padas kepada Pegawai Inggeris.

Latar Tempat i. Di kawasan Sungai Padas. Contoh: Pangeran Syahbandar memberi ucapan kepada penduduk kampung bahawa Kompeni Inggeris tidak berhak melarang mereka mencari nafkah di bumi mereka sendiri.

ii.

Pejabat Pegawai Inggeris. Contoh: Perbualan antara Jahul dan Pegawai Inggeris tentang perkara yang berlaku di kawasan Sungai Padas .

iii.

Kubu Kota Manggalela. Contoh: Kompeni Inggeris membedil kota Manggalela sebagai serangan balas .

Latar Masyarakat

i.

Masyarakat kampung yang mudah dipengaruhi. Contoh: Terdapat penduduk kampung Kawasan Sungai Padas menyokong kompeni Inggeris dan menjadi pembelot .

ii.

Masyarakat yang mengkhianati bangsanya sendiri. Contoh: Jahul memberi maklumat mengenai Pangeran Syahbandar kepada Kompeni Inggeris.

iii.

Masyarakat penjajah. Contoh: Kompeni Inggeris bertegas mahu menguasai kawasan Sungai Padas.

iv.

Masyarakat pemimpin yang bertimbang rasa.

Contoh: Pangeran Syahbandar hanya akan mengutip cukai sekadar yang termampu oleh penduduk .

GAYA BAHASA

i.

Kata pinjaman(bahasa Inggeris) Contoh: what, special for you, coming

ii.

Peribahasa Contoh: Biar berputih tulang, jangan berputih mata, alang-alang mandi biar basah, kepala batu, biar kita mati berkalang tanah

iii.

Kata ganda Contoh: tercunggap-cungap, saudara-saudara dan polis-polis

iv.

Sinkof/sinkope Contoh: tu, tak kan, tapi NILAI

i.

Nilai semangat cinta akan tanah air Contoh: Pangeran Syahbandar sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan kawasan Sungai Padas .

ii.

Nilai kesetiaan Contoh: Awang menyokong tindakan Pangeran Syahbandar demi mempertahankan tanah air daripada kekuasaan Kompeni Inggeris.

iii.

Nilai bersatu padu Contoh: Pangeran Syahbandar, Awang, dan pengikut-pengikutnya bersatu padu dalam menentang Kompeni Inggeris sehingga ramai yang terkorban.

iv.

Nilai keberanian Contoh: Pangeran Syahbandar dan Awang sanggup mati demi menegakkan hak mereka. Mereka juga berani menyerang pihak Kompeni Inggeris walaupun tidak mempunyai kelengkapan senjata yang sesuai.

v.

Nilai rasional Contoh: Pangeran Syahbandar menerima pendapat Awang untuk berdamai dengan pihak Kompeni Inggeris agar tidak ramai yang menjadi korban.

PENGAJARAN

i.

Kita haruslah mempertahankan tanah air daripada sebarang bentuk penjajahan. Contoh: Pangeran Syahbandar berjuang habis-habisan untuk mempertahankan kawasan Sungai Padas .

ii.

Kita hendaklah bersatu padu menentang penjajah. Contoh: Pengikut-pengikut kampung bersama-sama Pangeran Syahbandar dan Awang bersatu padu menentang Kompeni Inggeris.

iii.

Kita hendaklah berani menentang penjajah. Contoh: Pangeran Syahbandar dan pengikut-pengikutnya berani menentang Kompeni Inggeris.

iv.

Kita mestilah setia kepada ketua. Contoh: Pangeran Syahbandar sentiasa disokong oleh Awang dalam mempertahankan tanah air.

SOALAN

i.

Apakah laporan yang disampaikan oleh Jahul kepada Pegawai Inggeris?

ii.

Mengapakah pangeran Syahbandar ingin menyerah diri?

JAWAPAN

i.

Laporan yang disampaikan oleh Jahul kepada Pegawai Inggeris ialah Pangeran Syahbandar berkuasa di kawasan Sungai Padas dan Pangeran Syahbandar dan pengikut telah menyerang dan menawan penduduk yang menyokong Inggeris.

ii.

Pangeran Syahbandar ingin menyerah diri untuk mengelakkan lebih banyak nyawa terkorban. Hikayat Marakarma Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

SINOPSIS

Bab 14

Peperangan, Perkahwinan dan Pertabalan

Prosa tradisional ini mengisahkan Maharaja Indera Dewa yang marah apabila Maharaja Marakarma telah menyerang negeri baginda. Maharaja Indera Dewa menitahkan raja-raja supaya keluar berperang dengan Marakarma. Maharaja Marakarma dan Raja Mengindera Sari telah meminta keizinan ayahanda dan bonda mereka untuk keluar berperang. Kedua-dua belah pihak berperang dan bertarung mengikut status masing-masing. Ramai yang tewas dalam peperangan, mayat manusia bertimbun serta kepala hulubalang dan pahlawan berselerakan di tengah padang. Hanya Maharaja Indera Dewa sahaja yang terselamat.

Melihatkan keadaan itu, Maharaja Marakarma pun mengusir Maharaja Indera Dewa dari situ. Maharaja Indera Dewa pun bertanya kepada Maharaja Marakarma tentang asal usul baginda lalu menyuruh baginda pulang kerana kasihan akan Maharaja Marakarma serta ayahanda dan bonda baginda. Maharaja Marakarma tersenyum lalu menyatakan bahawa baginda dianggap sebagai anak yang malang dan tidak dibenarkan tinggal di dalam negeri Puspa Sari. Pada pendapat Maharaja Marakarma, tiada gunanya baginda hidup. Lebih baik baginda mangkat bersama-sama dengan Maharaja Indera Dewa. Maharaja Indera Dewa sangat marah apabila mendengar kata-kata Maharaja Marakarma lalu memanah ke arah Maharaja Marakarma tetapi tersasar. Setelah masing-masing menunjukkan kehebatan memanah, berlaku pula kejadian tikam-menikam. Tikaman Maharaja Marakarma terkena pada dada Maharaja Indera Dewa lalu tembus ke belakang. Baginda pun rebah tetapi sebelum mati, Maharaja Indera Dewa sempat berpesan kepada Maharaja Marakarma supaya menjaga anak baginda, Puteri Nila Cahaya.

Setelah mendengar berita kemangkatan ayahandanya di medan peperangan, Puteri Nila Cahaya terus menangis lantas berlari ke luar kota bersama-sama dengan bondanya untuk mencari mayat Maharaja Indera Dewa. Tuan Puteri Nila Cahaya mendapati ayahandanya tersandar pada bangkai gajah. Bondanya juga mangkat kerana terkena tikaman keris yang terletak di tangan Maharaja Indera Dewa. Tuan Puteri Nila Cahaya hendak menikam dirinya tetapi dapat diselamatkan oleh isteri-isteri hulubalang. Sebelum pulang ke negeri Puspa Sari, Maharaja Marakarma telah mengarahkan Raja Rum Syah Ke negeri Anta Beranta yang telah kematian maharajanya. Kemudiannya, Maharaja Marakarma dan Raja Mengindera Sari bertemu pula ayahanda mereka. Ayahanda mereka berasa sangat gembira kerana mereka telah menang dalam peperangan dan kemudiannya mereka pulang ke negeri Puspa Sari.

Setelah melihat saudaranya duduk bersama-sama dengan suaminya, Tuan Puteri Cahaya Khairani pun menemui mereka lalu menangis. Tuan Puteri Cahaya Khairani memberitahu bahawa Raja Bujangga Indera kini sudah dewasa setelah sekian lama mereka tidak bertemu dan amat rindu akan adindanya itu. Raja Bujangga amat terkejut dan tercengang apabila mendengar katakata Tuan Puteri Cahaya Khairani. Setelah diamat-amati, ternyatalah Tuan Puteri Cahaya Khairani ialah kakandanya. Berita baik itu kemudiannya disampaikan kepada ayahanda dan bonda mereka yang kini tinggal di negeri Mercu Indera oleh seorang hulubalang. Maharaja Marakarma dan anak raja yang lain bercadang untuk mengahwinkan Raja Bujangga Indera dengan Tuan

Puteri Nila Cahaya dan ingin ditabalkan menjadi raja di negeri Anta Beranta. Rombongan Maharaja Marakarma kemudian berangkat ke negeri Anta Beranta. Maharaja Marakarma menitahkan Perdana Menteri supaya membuat persiapan untuk meraikan perkahwinan Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya lalu melantik Raja Bujangga Indera menjadi Maharaja Anta Beranta.

Bab 15 Maharaja Negeri Mercu Indera

Seluruh rakyat Mercu Indera datang menghadap Maharaja Malai Kisna. Pada masa yang sama, hulubalang berkenaan diperintah oleh Maharaja Bujangga Indera supaya membawa surat lalu menghadap baginda. Bentara telah membaca kandungan surat tersebut. Kandungan surat tersebut menyatakan bahawa Tuan Puteri Cahaya Khairani telah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma. Setelah selesai surat tersebut dibaca, rombongan Maharaja Marakarma pun tiba. Maharaja Malai Kisna dan isteri baginda menyambut ketibaan rombongan lalu meraikan rombongan tersebut.

Genap empat puluh hari empat puluh malam, Maharaja Marakarma dan isteri baginda dihias dan diletakkan di atas tandu. Mereka diarak mengelilingi negeri Mercu Indera sebanyak tujuh kali. Maharaja Kisna Indera, Mengindera Dewa, Raja Mengerna Lela dan Raja Dikar Agas Peri pun menunjukkan kesaktian mereka masing-masing. Seluruh rakyat negeri Mercu Indera menjunjung duli dan berdoa semoga Sultan Maharaja Marakarma dan Tuan Puteri Cahaya Khairani ditabalkan sebagai raja negeri Mercu Indera. Setelah selesai upacara pertabalan Maharaja Marakarma, saudara mara baginda yang lain memohon keizinan untuk pulang ke negeri masing-masing. Raja Mengindera Sari pula telah ditabalkan menjadi raja di negeri Pelanggam Cahaya bagi menggantikan Maharaja Puspa Indera.

TEMA

Tema prosa tradisional ini adalah hubungan erat antara kerabat diraja Peperangan yang berlaku antara Maharaja Marakarma dengan Maharaja Indera Dewa telah dapat menyatukan Puteri Nila Cahaya dengan Raja Bujangga Indera melalui ikatan perkahwinan. Selain itu, Puteri Cahaya Khairani telah dapat bertemu semula dengan saudaranya, Raja Bujangga Indera serta ayahanda dan bondanya setelah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma.

PERSOALAN

i.

Keberanian untuk menempuh cabaran. Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.

ii.

Kebijaksanaan dalam tindakan. Contoh: Apabila Maharaja negeri Anta Beranta mangkat, Maharaja Marakarma segera mengarahkan Raja Rum Syah untuk melihat keadaan rakyat negeri Anta Beranta agar baginda dapat menakluk negeri tersebut.

iii.

Penderitaan tidak semestinya berkekalan. Contoh: Puteri Nila Cahaya yang sedih setelah kematian ayahanda dan bondanya akhirnya mendapat kesudahan yang baik kerana dapat berkahwin dengan Raja Bujangga Indera.

iv.

Tanggungjawab seorang bapa. Contoh: Maharaja Marakarma menunaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada Puteri Nila Cahaya dengan menjaga puterinya dengan baik serta mengahwinkan Puteri Nila Cahaya dengan Raja Bujangga Indera.

Watak Utama

Maharaja Marakarma

i. ii. iii. iv.

Putera kepada Maharaja Indera Angkasa. Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Mengindera Sari. Berkahwin dengan Tuan Puteri Cahaya Khairani. Taat. Contoh: Maharaja Marakarma taat akan perintah ayahanda baginda supaya berperang menentang Maharaja Indera Dewa.

v.

Mahir memanah. Contoh: Maharaja Marakarma berjaya membunuh Maharaja Indera Dewa dengan kemahiran memanah yang dimiliki oleh baginda.

vi.

Berani. Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.

vii.

Bertanggungjawab. Contoh: Maharaja Marakarma bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai ayah Cahaya dengan baik. kepada Puteri Nila

viii.

Ditabalkan sebagai maharaja di negeri Mercu Indera.

Watak Sampingan

Raja Mengindera Sari

i. ii. iii. iv.

Putera kepada Maharaja Indera Angkasa. Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Maharaja Marakarma. Menjadi raja di negeri Pelanggam Cahaya. Taat. Contoh: Raja Mengindera Sari taat akan perintah ayahanda baginda supaya berperang menentang Maharaja Indera Dewa.

v.

Berani. Contoh: Raja Mengindera Sari berani berperang menentang raja Maharaja Indera Dewa.

Puteri Nila Cahaya

i. ii.

Puteri kepada Maharaja Indera Dewa. Permaisuri kepada Raja Bujangga Indera Contoh: Puteri Nila Cahaya berkahwin dengan Raja Bujangga Indera dan dijadikan raja negeri Anta Beranta.

iii.

Penyayang. Contoh: Puteri Nila Cahaya berasa sedih apabila mendengar berita kemangkatan ayahanda dan bondanya.

iv.

Bernasib baik. Contoh: Walaupun pada asalnya Puteri Nila Cahaya hidup menderita namun kerana kemangkatan ayahanda baginda namun akhirnya mendapat kebahagiaan setelah berkahwin dengan Raja Bujangga Indera.

Puteri Cahaya Khairani

i. ii. iii.

Berkahwin dengan Maharaja Marakarma. Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Bujangga Indera. Penyayang. Contoh: Puteri Cahaya Khairani berasa gembira apabila dapat bertemu kembali dengan adinda yang disayangi.

Raja Bujangga Indera

i. ii. iii. iv.

Bersaudara dengan Tuan Puteri Cahaya Khairani Berkahwin dengan Tuan Puteri Nila Cahaya Ditabalkan menjadi Maharaja Anta Beranta Penyayang. Contoh: Raja Bujangga Indera berasa amat gembira apabila dapat bertemu kembali dengan kakanda tersayang.

LATAR

Latar Masa

i.

Pagi Contoh: Maharaja Indera Dewa menitahkan raja-raja untuk keluar berperang dengan Maharaja Marakarma pada waktu pagi.

ii.

Empat puluh hari empat puluh malam Contoh: Upacara perkahwinan Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya berlangsung selama empat puluh hari empat puluh malam.

Latar Tempat

i.

Negeri Puspa Sari Contoh: Pusat pemerintahan Maharaja Indera Angkasa.

ii.

Negeri Anta Beranta Contoh: Tempat perkahwinan Raja Bujangga Indera dengan Puteri Nila Cahaya dan pertabalan Raja Bujangga Indera sebagai maharaja di situ.

iii.

Negeri Mercu Indera Contoh: Tempat pertabalan Maharaja Marakarma menjadi maharaja.

Latar Masyarakat

i.

Masyarakat feudal Contoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.

ii.

Masyarakat yang penyayang Contoh: Tuan Puteri Nila Cahaya amat menyayangi ayahanda dan bondanya.

iii.

Masyarakat yang taat setia. Contoh: Maharaja Marakarma patuh akan arahan ayahanda baginda supaya pergi berperang.

iv.

Masyarakat yang bertanggungjawab Contoh: Maharaja Marakarma menjalankan tanggungjawab sebagai ayah kepada Puteri Nila Cahaya dengan sempurna.

v.

Masyarakat yang berani. Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.

vi.

Masyarakat yang bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan. Contoh: Seluruh rakyat Puspa Sari bersama-sama keluar untuk berperang menentang maharaja Indera Dewa.

vii.

Masyarakat yang mengamalkan kepercayaan karut. Contoh: Maharaja Marakarma berpendapat bahawa tiada gunanya baginda hidup kerana dianggap sebagai anak yang membawa malang.

GAYA BAHASA

i.

Bahasa Istana Contoh: ayahanda, bonda, baginda, titah, bersemayam, singgahsana

ii.

Bahasa Sanskrit Contoh: ratna mutu manikam

iii.

Bahasa Arab Contoh: maghrib, masyrik

iv.

Bahasa Melayu Klasik Contoh: rata, lebu duli, anak keti

v.

Kata Pangkal Ayat Contoh: maka, adapun

NILAI

i.

Nilai menepati janji Contoh: Maharaja Marakarma menepati janji untuk menjaga Tuan Puteri Nila Cahaya dan memberi layanan yang baik kepada baginda.

ii.

Nilai keberanian. Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.

iii.

Nilai kasih sayang. Contoh: Puteri Nila Cahaya sanggup untuk menikam dirinya apabila melihat mayat ayahanda dan bondanya kerana terlalu sayang akan baginda berdua.

iv.

Nilai amanah. Contoh: Hulubalang yang disuruh untuk menyampaikan berita tentang Puteri Cahaya Khairani telah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma berjaya melaksanakan amanah yang diberi.

v.

Nilai kerjasama Contoh: Seluruh rakyat turut bekerjasama dengan Maharaja Indera Dewa untuk keluar berperang .

vi.

Nilai ketaatan Contoh: Rakyat yang taat dengan perintah Maharaja Indera Dewa supaya keluar berperang dengan Maharaja Marakarma.

vii.

Nilai bertanggungjawab Contoh: Maharaja Marakarma bertanggungjawab menjaga Puteri Nila Cahaya dengan baik.

viii.

Nilai kebijaksanaan Contoh: Maharaja Marakarma segera mengarahkan Raja Rum Syah untuk melihat keadaan rakyat di negeri Anta Beranta setelah maharajanya mangkat.

PENGAJARAN

i.

Kita hendaklah sentiasa berpegang kepada janji.

Contoh: Maharaja Marakarma telah menunaikan janjinya dengan Maharaja Indera Dewa untuk menjaga Puteri Nila Cahaya.

ii.

Kita hendaklah berani untuk menentang musuh.

Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk berdepan dengan Maharaja Indera Dewa dan menentang baginda.

iii.

Kita hendaklah amanah dalam menjalankan tugas yang diberikan.

Contoh: Hulubalang sanggup berjalan dari negeri Puspasari ke negeri Mercu Indera untuk menyampaikan surat yang diamanahkan kepada Maharaja Malai Kisna.

iv.

Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga.

Contoh: Maharaja Marakarma bertanggungjawab menjaga Puteri Nila Cahaya dengan baik.

v.

Kita hendaklah taat akan perintah ibu bapa.

Contoh: Maharaja Marakarma taat kepada ayahanda dan bonda baginda kerana memohon keizinan ayahanda baginda terlebih dahulu sebelum keluar berperang.

vi.

Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas.

Contoh: Rakyat negeri Anta Beranta bersama-sama dengan Maharaja Indera keluar untuk berperang.

vii.

Kita hendaklah mengekalkan hubungan yang erat sesama anggota keluarga.

Contoh: Walaupun telah terpisah dengan anggota keluarganya, Puteri Cahaya Khairani masih lagi mengingati dan mengekalkan hubungan yang erat dengan keluarganya.

viii.

Janganlah kita mengamalkan kepercayaan karut.

Contoh: Maharaja Marakarma dianggap sebagai anak yang membawa malang melalui kepercayaan karut.

SOALAN

i.

Bagaimanakah Maharaja Marakarma membunuh Maharaja Indera Dewa?

ii.

Apakah hubungan antara Tuan Puteri Cahaya Khairani dengan Raja Bujangga Indera?

JAWAPAN

i.

Maharaja Marakarma membunuh Maharaja Indera Dewa dengan menikam dada Maharaja Indera Dewa terus ke belakang.

ii.

Hubungan antara Tuan Puteri Cahaya Khairani dengan Raja Bujangga Indera ialah adik beradik.

Hikayat Patani Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum (KPM)

SINOPSIS

Prosa tradisional ini mengisahkan asal-usul raja negeri Patani Dar al-Salam. Raja Kota Maligai bernama Phaya Tu Kerub Mahajana. Baginda mempunyai seorang putera bernama Phaya Tu Antara. Phaya Tu Antara menjadi raja selepas kemangkatan ayahandanya dengan gelaran Phaya Tu Naqpa. Baginda suka berburu dan meminta rakyatnya untuk menjejaki rusa yang banyak di kawasan itu tetapi tidak berhasil. Phaya Tu Naqpa berasa hairan dan menyuruh pengikutnya melepaskan anjing perburuannya. Setelah dua jam perburuan, anjing itu menyalak dengan kuat dan mengejar seekor pelanduk putih tetapi pelanduk tersebut dapat menghilangkan diri. Phaya Tu Naqpa berangkat ke tepi pantai dan bertemu sepasang suami isteri yang tinggal di pantai itu bernama Encik Tani. Orang tua itu menyatakan mereka rakyat Kota Maligai yang pernah mengiringi Paduka Nenda ke negeri Ayuthia, disebabkan mengidap penyakit mereka ditinggalkan di situ. Phaya Tu Naqpa berbincang dengan orang-orang besar untuk membuka negeri di tempat pelanduk putih ditemui dan diberi nama Patani Dar al-Salam sempena nama Encik Tani. Mereka juga membina sebuah pangkalan yang diberi nama Pintu Gajah, manakala tempat Encik Tani turun ke laut dinamakan Jambatan Kedi. Setelah beberapa lama memerintah, baginda dikurniakan tiga cahaya mata bernama Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai dan Mahacai Pailang.

Beberapa lama selepas itu Phaya Tu Naqpa mengalami sakit kulit yang sukar diubati. Phaya Tu Naqpa menawarkan sesiapa yang boleh mengubati baginda, orang itu akan dijadikan menantu. Namun begitu, tiada sesiapapun yang dapat mengubati baginda, lalu pemukul canang telah pergi ke kampung orang Pasai. Syeikh Said telah bersetuju mengubati baginda dengan syarat Phaya Tu Naqpa mesti memeluk agama Islam sekiranya baginda sembuh. Syeikh Said mengubati baginda selama tujuh hari dan baginda pun sembuh seperti sedia kala. Namun begitu raja telah mungkir janji. Selepas dua tahun baginda mendapat sakit kembali dan meminta Syeikh Said mengubatinya semula. Syeikh Said bersetuju untuk mengubatinya dengan syarat raja tidak akan mungkir janji buat kali kedua. Apabila sembuh baginda masih tidak menunaikan janji sehingga baginda jatuh sakit buat kali ketiga. Syeikh Said bersetuju mengubati buat kali terakhir. Menurutnya, jika berulang lagi, beliau tidak akan mengubati lagi walaupun dihukum bunuh. Akhirnya, setelah sembuh baginda bersama-sama pengikut-pengikutnya memeluk agama Islam dengan gelaran Sultan Ismail Syah Zillullah Fil-Alam.

Sebuah kapal Cina berlabuh di Patani Dar al- Salam. Sultan Ismail dihadiahkan sebuah peluru besar oleh nakhoda kapal dari negara China sedangkan negeri baginda tidak mempunyai meriam. Hal ini telah mengaibkan baginda, lalu baginda mengarahkan rakyat jelata agar tidak menjual tembaga kepada pedagang asing selama tiga tahun bagi membolehkan rakyatnya membuat meriam. Selepas tiga tahun Syeikh Gambak seorang pedagang Patani menyuruh anak muridnya, Abdul Mukmin menjual tembaga yang mereka kumpul kepada saudagar dari Melaka. Abdul Mukmin ditangkap semasa membawa tembaga. Hal ini dikhabarkan kepada baginda sultan. Baginda murka lalu mengarahkan Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihukum bunuh dan mayatnya dihanyutkan ke sungai. Peristiwa itu telah menyebabkan berlaku beberapa kejadian aneh. Hal ini mendorong Tuk Besar meminta keizinan raja bagi mengebumikan mayat tersebut. Semasa upacara pengebumian dijalankan kedua-dua mayat itu memanjang. Oleh itu, kubur mereka dikenali sebagai kubur Tuk Panjang.

Sultan mengarahkan seorang tukang berbangsa Rom membuat meriam. Namun begitu, setelah siap meriam tersebut tidak dapat digunakan kerana terlalu nipis. Akhirnya baginda menyuruh tukang tersebut agar membuat semula meriam tersebut. Hasilnya terciptalah tiga meriam diberi nama Seri Negeri, Tuk Buk dan Nang Liu-liu.

TEMA

Tema prosa tradisional ini ialah peristiwa pembukaan Negeri Patani. Phaya Tu Naqpa berasa kagum akan pelanduk putih yang dikejar anjing tetapi pelanduk tersebut berjaya menghilangkan diri. Oleh itu, baginda berasakan bahawa tempat tersebut sangat sesuai untuk dijadikan negeri. Setelah itu raja juga bertemu dengan sepasang suami isteri dan setelah mengetahui asal-usulnya, lalu dibuka negeri baharu yang diberi nama Patani Dar al-Salam sempena nama Encik Tani.

PERSOALAN

i.

Kerjasama dalam membina sebuah kerajaan. Contoh: Semua pengikut Phaya Tu Naqpa bekerjasamana dalam usaha membina sebuah kerajaan baru bernama Patani Dar al-Salam.

ii. Keberanian dalam menegakkan kebenaran. Contoh: Syeikh Said berani menuntut janjinya dengan Phaya Tu Naqpa agar memeluk Islam kerana dia berjaya mengubati penyakit raja. Sekiranya baginda masih mungkir janji dia tidak akan mengubati baginda lagi walaupun dia dihukum bunuh.

iii. Kebolehan luar biasa dalam mengubati penyakit. Contoh: Syeikh Said mampu mengubati penyakit dengan kelebihan yang ada pada dirinya.

iv. Menunaikan janji yang telah dibuat. Contoh: Phaya Tu Naqpa menunaikan janjinya dengan memeluk penyakitnya sebanyak tiga kali. agama Islam setelah sembuh daripada

v. Peristiwa pengislaman seorang pemerintah. Contoh: Phaya Tu Naqpa telah memeluk agama Islam dengan bimbingan Syeikh Said.

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak Utama

Phaya Tu Naqpa Nama asalnya Phaya Tu Antara. Nama sewaktu menjadi raja ialah Phaya Tu Naqpa. Nama Islamnya ialah Sultan Ismail Syah Zillullah Fil-Alam. Seorang raja yang tidak berpegang pada janji. Contoh: Phaya Tu Antara tidak memegang janjinya untuk memeluk agama Islam setelah diubati oleh Syeikh Said pada kali pertama. Akur kepada janji setelah ditimpa musibah. Contoh: Phaya Tu Naqpa memeluk agama Islam setelah diserang penyakit buat kali ketiga. Mempunyai tiga cahaya mata. Contoh: Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai, dan Mahacai Pailang.

Watak Sampingan

Syeikh Said Berkebolehan mengubati penyakit. Contoh: Syeikh Said berkebolehan mengubati penyakit raja hingga sembuh. Tegas pendirian dalam membuat sesuatu keputusan. Contoh: Syeikh Said bertegas tidak mahu mengubati raja sekiranya baginda tetap tidak mahu memeluk agama Islam setelah diubati kali ketiga.

Berani kerana benar. Contoh: Syeikh Said bertegas sekiranya raja tidak menunaikan janjinya, dia tidak akan mengubati baginda lagi walaupun dia dihukum bunuh. Mengislamkan Phaya Tu Naqpa. Contoh: Syeikh Said mengajarkan Phaya Tu Naqpa mengucap dua kalimah syahadah.

Kerub Picai Paina Anak sulung kepada Phaya Tu Naqpa ( Phaya Tu Antara ) Menggunakan gelaran Sultan Mudaffar Syah setelah memeluk agama Islam.

Tuanku Mahacai Anak perempuan kepada Phaya Tu Naqpa Anak kedua daripada tiga adik beradik Menggunakan gelaran Raja Aisyah setelah peluk agama Islam

Mahacai Pailang Anak bongsu kepada Phaya Tu Naqpa Menggunakan gelaran Sultan Manzur Syah setelah memeluk agama Islam.

Tuk Besar Seorang yang bertanggungjawab. Contoh:Tuk Besar bertanggungjawab mengebumikan mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin.

LATAR Latar Tempat i. Jambatan Kedi Contoh: tempat Encik Tani turun ke laut

ii.

Pintu Gajah Contoh: Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihukum bunuh.

iii.

Kampung orang Pasai Contoh: tempat tinggal Syeikh Said.

iv.

Balairung istana Contoh: Tempat raja, menteri , hulubalang dan semua rakyat menjalankan proses pengislaman.

v.

Sungai Contoh: Tempat mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihanyutkan.

Latar Masa i. Zaman pemerintahan Phaya Tu Naqpa Contoh: Phaya Tu Naqpa menjadi raja di negeri Patani Dar al-Salam.

ii.

Malam Contoh: Abdul Mukmin menghantar tembaga ke kapal pedagang Melaka pada mengelakkan kegiatannya dikesan oleh pemerintah. waktu malam untuk

iii.

Bulan Ramadan. Contoh: Abdul Samad membuat tiga pucuk meriam.

Latar Masyarakat i. Masyarakat feudal. Contoh: Negeri yang diketuai oleh raja iaitu Raja Phaya Tu Naqpa.

ii.

Masyarakat yang taat setia kepada pemerintah. Contoh: Rakyat memeluk agama Islam setelah pemerintah memeluk agama Islam pada pemerintah. kerana mereka taat

iii.

Masyarakat yang menerima pengaruh agama Islam.

Contoh: Phaya Tu Naqpa, dan rakyatnya memeluk agama Islam setelah baginda penyakit buat kali ketiga.

sembuh daripada

iv.

Masyarakat yang tidak berpegang teguh pada janji. Contoh: Phaya Tu Naqpa tidak menunaikan janji untuk memeluk Islam setelah dua disembuhkan oleh Syeikh Said. kali penyakitnya

GAYA BAHASA

i.

Bahasa istana Contoh: sultan, ayahanda, patik, hulubalang, titah dan bersemayam.

ii.

Bahasa Arab Conto : karar

iii.

Kata ganda Conto : gilang-gemilang, bersungguh-sungguh, dan siapa-siapa.

iv.

Simile Contoh: besarnya seperti kambing

v.

Hiperbola Contoh: Warna tubuhnya gilang-gemilang

NILAI

i.

Nilai bekerjasama. Contoh: Rakyat jelata bekerjasama membina negeri baharu.

ii.

Nilai keberanian. Contoh: Syeikh Said sangat berani menuntut raja menunaikan janjinya.

iii.

Nilai berpendirian tegas. Contoh: Syeikh Said sangat tegas dalam membuat sesuatu keputusan.

iv.

Nilai menepati janji. Contoh: Phaya Tu Naqpa akhirnya menepati janji setelah tiga kali ditimpa musibah.

v.

Nilai keinsafan. Contoh: Phaya Tu Naqpa insaf akan kesilapan dirinya tidak menepati janji. Akhirnya baginda insaf dan bersedia untuk memeluk agama Islam.

PENGAJARAN

i.

Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. Contoh: Rakyat jelata bekerjasama membina negeri baharu.

ii.

Kita hendaklah berani dalam menegakkan kebenaran. Contoh: Syeikh Said sangat berani kerana menuntut raja menunaikan janji yang telah dibuat.

iii.

Kita hendaklah tegas dalam membuat sesuatu keputusan. Contoh: Syeikh Said sangat tegas dengan keputusannya.

iv.

Kita hendaklah menepati janji. Contoh: Phaya Tu Naqpa telah menunaikan janjinya dengan memeluk agama Islam .

v.

Kita hendaklah insaf apabila menyedari diri telah melakukan kesilapan.

Contoh: Phaya Tu Naqpa insaf setelah dua kali memungkiri janji dan akhirnya baginda insaf dan memeluk Islam.

SOALAN

i. ii.

Nyatakan asal-usul nama negeri Patani Dar al-Salam? Nyatakan dua peristiwa aneh yang berlaku terhadap mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin setelah mayat mereka dihanyutkan ke sungai?

JAWAPAN i. Nama negeri Patani Dar al-Salam diambil sempena nama Encik Tani.

ii.

Dua peristiwa aneh yang berlaku terhadap mayat tersebut ialah mayat Syeikh Gambak timbul separas pinggangnya, manakala mayat Abdul Mukmin pula timbul separas dadanya . Apabila air surut kedua-dua mayat itu hanyut ke hilir secara beriringan seperti orang berjalan. Apabila air pasang pula kedua-dua mayat tersebut hanyut balik ke jambatan.

Anda mungkin juga menyukai