Jawapan Esei Buku Teks Ting 4
Jawapan Esei Buku Teks Ting 4
- Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan atau didasarkan pada taraf kemajuan
kebendaan serta perkembangan pemikiran seperti sosial, budaya, politik, ekonomi, serta
perkembangan pemikiran seperti sosial, budaya, plitik, ekonomi, perbandaran dan
sebagainya.
2. Nyatakan maksud tamadun pada pandangan Islam.
Jawapan
- Tamadun bukan hanya pencapaian atau kejayaan manusia dalam pembangunan fizikal
semata-mata tetapi juga aspek rohaniah yang menjadi tunjang kepada ketamadunan
menurut Islam.
Latihan muka surat 8.
1. Senaraikan ciri tamadun.
Jawapan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
Petempatan kekal.
Kehidupan berorganisasi.
Sistem pemerintahan.
Pengkhususan pekerjaan.
Agama dan pekerjaan.
Bahasa dan sistem tulisan.
3. Mengapakah petempatan kekal menjadi ciri penting dalam proses pembentukan tamadun?
Jawapan
Langkah permulaan untuk sesuatu masyarakat menumpukan kepada kegiatan pertanian, penternakan, struktur
pemerintahan yang lebih teratur dan berorganisasi serta mempraktikkan ritual-ritual tersendiri dengan mendirikan
rumah-rumah ibadat.
Mendorong kepada pertambahan penduduk akibat lebihan makanan dan hubungan dengan kawasan lain.
Membolehkan sesebuah masyarakat mempunyai masa untuk berfikir bagi menyesuaikan kehidupan mereka.
Manusia sentiasa berusaha untuk membaiki kehidupan mereka, dengan itu, mereka telah mencipta pelbagai
ciptaan untuk memudahkan kehidupan harian mereka. Mereka juga berfikir bagaimana untuk mengatasi
halangan/cabaran yang melanda hidup mereka seperti banjir, kemarau, cuaca panas/sejuk, dan sebagainya.
Membina sistem pengairan yang baik, mencipta roda, dan sebagainya.
Walaupun raja dianggap sebagai wakil tuhan tetapi masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja, kecuali
semasa pemerintahan Raja Naramsin (2291 2255 S.M.).
Bandar Thinis.
Bandar Memphis.
Bandar Thebes.
Pengamal perubatan diberikan status tinggi oleh masyarakat Mesir dan berkhidmat di istana.
Kebolehan mengubati penyakit, memberikan rawatan kecantikan.
Mengawetkan mayat menjadi mumia.
Mahir dalam ilmu pembedahan.
Bandar terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian utama merupakan pusat keagamaan dan pentadbiran,
tempat mandi awam digunakan untuk upacara ritual dan tempat penyimpanan hasil pertanian.
Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan.
Dikelilingi oleh tembok-tembok.
Bandar disusun atur dengan begitu rapi berasaskan blok-blok berbentuk segi empat.
Setiap blok dipisahkan oleh rangkaian jalan raya yang lurus.
Sistem kumbahan yang terancang.
Bandar dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan.
Menggunakan batu-bata daripada tanah liat yang melalui proses pembakaran dengan suhu yang tinggi untuk
membina rumah.
Pengetahuan mendalam dari aspek geometri, matematik dan kesenian.
Jawapan
Pengetahuan tinggi dalam ilmu geometri, matematik, kesenian dan teknologi pembakaran batu-bata.
Pengetahuan yang diperoleh hasil hubungan antara tamadun Indus dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir.
Pemberontakan yang dilancarkan oleh golongan hamba yang tidak berpuas hati dengan kezaliman pemerintahan
Dinasti Shang.
Menyebabkan suku kaum Chou yang mendiami Lembah Sungai Wei mengambil kesempatan untuk menjatuhkan
pemerintahan Shang dan menggantikan dengan Dinasti Chou.
3. Apakah fungsi tulang oracle dalam kehidupan masyarakat tamadun Hwang Ho?
Jawapan
Fungsi tulang oracle adalah sebagai alat untuk meramalkan sesuatu keadaan.
Golongan bomoh yang terlibat dalam upacara penilikan akan meletakkan tulang ini di atas api sehingga timbul
rekahan dan rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.
1. Sebelum terciptanya tulisan, manusia tamadun awal telah menggunakan pelbagai cara untuk menyimpan rekod.
a. Dengan mengambil contoh daripada tamadun awal dunia, nyatakan jenis sistem tulisan yang telah dicipta.
Jawapan
Tamadun Mesir dianggap sebagai anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut
Mediterranean.
Sungai Nil berpuca daripada dua batang anak sungai, iaitu Sungai Nil Biru yang bermula dari tanah tinggi di Ethiopia
dan Sungai Nil Putih yang bermula dari Tasik Victoria diUganda.
Limpahan air Sungai Nil ke tanah yang gersang serta padang pasir telah berjaya menukar kawasan gersang kepada
dataran lanar yang subur.
Tanah lanar yang dibawa membentuk sebuah delta yang sangat subur untuk aktiviti pertanian dan petempatan
manusia.
Kewujudan Sungai Nil merupakan nadi kepada kelahiran tamadun Mesir, kerana tanpa Sungai Nil, sudah pasti tidak
wujud tamadun Mesir.
Bekalan air yang didapati daripada Sungai Nil berjaya mewujudkan komuniti-komuniti penduduk untuk menetap di
situ.
Sungai Nil sebagai sumber air bagi aktiviti pertanian dan penternakan.
Sistem kawalan banjir yang sistematik dibina bagi mengelakkan kemusnahan tanam-tanaman pertanian.
Pengangkutan dan perhubungan air yang teratur merupakan asas kepada pembentukan tamadun Mesir.
Peranan Sungai Nil sangat penting dan merupakan satu anugerah Tuhan kepada kewujudan tamadun Mesir.
Kebanyakan tamadun awal dunia meletakkan raja sebagai individu yang berada di puncak hierarki sosial dalam
susun lapis masyarakat.
Raja dianggap sebagai ketua pentadbir, ketua hakim, ketua panglima, ketua paderi, dan mempunyai kuasa mutlak.
Sistem beraja dalam tamadun Mesopotamia adalah berbentuk teokrasi, raja berperanan sebagai ketua agama dan
berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan penting di zigurat.
Raja berperanan sebagai penasihat dan berkuasa penuh ke atas soal tanah, percukaian, hasil pertanian dan
perdagangan. Kesemua ini menunjukkan raja bertanggungjawab untuk memastikan kemajuan dan perkembangan
tamadun di bawah kekuasaannya.
Raja Hammurabi contohnya, telah memperkenalkan kod undang-undang Hammurabi untuk dijadikan panduan dalam
pemerintahan dan kehidupan harian.
Raja juga turut memberi sumbangan dalam bidang perubatan, pendidikan, ekonomi, pertahanan, perancangan
bandar dan sebagainya. Contohnya Raja Sargon telah berjaya menyatupadukan seluruh Mesopotamia dan
membentuk konsep empayar yang pertama di dunia.
Pembinaan perpustakaan di raja di bandar Niniveh oleh Ashurbanipal pula merupakan sumbangan yang amat penting
dan merupakan khazanah negara yang tidak ternilai kepada generasi sekarang.
Perkembangan ilmu perubatan mendapat perhatian khusus semasa pemerintahan kerajaan Assyria kerana
pemerintahan begitu mementingkan kesihatan anggota tenteranya. Sebanyak 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba
dan ramuan perubatan telah dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya. Ini menunjukkan keperihatinan raja
terhadap masyarakatnya.
Pembinaan pinut-pintu gerbang mencerminkan identiti negara kota dan menjadi lambang kemegahan dan mercu
tanda sesebuah negara kota. Pembinaan pintu gerbang dibuat atas arahan raja untuk mencantikkan bandar, di
samping untuk menanamkan taat setia lepada pemrintah. Ini adalah kerana di sebelah pintu gerbang tersebut ada
terdapat patung raja yang menjadi simbol perpaduan dan ketaatan rakyat kepada pemerintah.
Kota-kota pertahanan dibina untuk menjadi benteng prtahanan daripada ancaman musuh dan merupakan lambang
kegigihan dan ketekunan raja bagi menjamin kelangsungan dan kecemerlangan sesebuah tamadun.
Pembinaan sistem pengairan amat penting bagi menjamin aktiviti pertanian dapat diusahakan secara berterusan.
Raja berperanan sebagai arkitek dan penasihat dalam pembinaan sistem pengairan, saliran serta kawasan banjir.
Pembinaan Taman Tergantung Babylon pula merupakan mercu tanda ketinggian dan kegemilangan aspek seni bina.
Pemerintahan Mesir telah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukar kawasan padang pasir menjadi
kawasan pertanian. Hal ini terbukti semasa firaun Senuusret III menjadi pemerintah, sebuah tembok pengairan
sepanjang 123 meter telah diguna bagi menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk
mengairkan tanah seluas 10 000 hektar. Ini membuktikan kebenaran bahawa pemimpin cemerlang, negara gemilang.
4. Dengan merujuk kepada struktur organisasi sosial masyarakat Dinasti Shang, huraikan peranan yang dimainkan oleh
setiap lapisan masyarakat dalam perkembangan tamadun Hwang Ho.
Jawapan
Dalam organisasi sosial Dinasti Shang, masyarakat dibahagikan kepada empat lapisan iatu:
I.
Raja
II.
III.
IV.
Raja berperanan sebagai pemerintah berkuasa mutlak, mendapat kuasa hasil mandat daripada Tuhan
dan tidak perlu mendapat pengesahan politik kerana mereka daripada keturunan pemerintah agama,
berkuasa dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan agama.
Masyarakat China percaya sekiranya raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan menikmati
kemakmuran dan kesejahteraan hidup kerana pemerintah direstui Tuhan. Mereka percaya bahawa
pemerintah Shang akan kehilangan mandat sekiranya raja melakukan kezaliman ke atas rakyat.
Kemurkaan Tuhan ini ditandai dengan berlakunya kejadian-kejadian seperti banjir, kemarau, dan
peperangan yang berpanjangan.
Raja juga berperanan membahagikan tanah kepada golongan bangsawan yang bertanggungjawab untuk
mentadbir wilayah tersebut.
Bangsawan terdiri daripada pembesar dan pegawai-pegawai kerajaan.
Golongan bangsawan mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar di dalam wilayah yang dikurniakan
oleh raja dan membentuk sistem pentadbiran sendiri seperti pungutan cukai, pertahanan dan undangundang. Mereka juga mempunyai pasukan tenteranya sendiri dan bertanggungjawab melindungi
golongan pembesar dan membantu raja sekiranya diperlukan untuk menentang musuh.
Golongan petani, artisan, pedagang
Lapisan yang paling ramai adalah petani, artisan, dan pedagang. Golongan ini berperanan dalam
menghasilkan keperluan harian seperti makanan serta menghasilkan barang-barang seperti gangsa
untuk dibuat senjata, perisai, hiasan dan sebagainya.
Kebanyakkan petani tinggal di kawasan luar bandar dan membekalkan makanan kepada penduduk
bandar. Mereka merupakan tunggak ekonomi negara untuk menghasilkan barang makanan bagi
menampung keperluan golongan atasan.
Golongan artisan pula berperanan mereka cipta pelbagai brangan tembaga seperti perhiasan, barang
tembikar, bekas minuman dan makanan.
Hamba
Hamba berada di lapisan paling bawah dan kebanyakan mereka menjadi tentera paksaan di samping
membantu kerja-kerja perburuhan dan untuk tujuan korban dalam upacara pentembahan.
10
- Semua warganegara lelaki Athens diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga
setahun.
- Dewan Perhimpunan bersidang sebanyak tiga kali dalam sebulan dan setiap ahli Dewan boleh mengemukakan
cadangan tentang dasar kerajaan.
- Segala keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis.
- Ahli Majlis, Majistret dan Juri dilantik oleh Dewan Perhimpunan.
-- Dewan Perhimpunan mempunyai kuasa penuh ke atas Majlis, Majistret dan Juri.
2. Nyatakan peranan Dewan Senat dan Dewan Perhimpunan dalam sistem Republik dalam tamadun Rom.
Jawapan
- Dewan Senat melantik dua orang konsul untuk sesuatu tempoh tertentu. Perlantikan dua orang konsul memastikan
tidak ada di antara mereka yang lebih berkuasa.
- Dewan Senat diwakili oleh golongan bangsawan bagi membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan merangka
perundangan.
- Sebelum seseorang ahli Dewan Senat dilantik sebagai konsul, mereka biasanya seorang praeotor iaitu pemerintah
tentera.
- Di bawah Dewan Senat adalah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat Rom.
- Semua keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan.
3. Nyatakan pengajaran yang boleh dicontohi daripada Maharaja Asoka.
Jawapan
- Peperangan akan membawa banyak kemusnahan, penderitaan dan kematian.
- Penaklukan juga boleh dibuat secara diplomasi, contohnya melalui penyebaran agama Buddha.
- Kemajuan dan kestabilan politik dalam sesebuah negara memerlukan satu bentuk pentadbiran yang cekap.
- Pembentukan satu birokrasi pentadbiran amat perlu bagi melaksanakan dan melicinkan pentadbiran.
- Kerjasama, tolak ansur dan toleransi perlu diperaktikkan dalam kehidupan supaya dapat menghindari dan
menyelesaikan sebarang masalah yang timbul.
- Undang-undang dan peraturan merupakan satu cara kawalan sosial untuk menjamin kesejahteraan/keamanan
negara.
4. Terangkan kedudukan raja dalam sistem pentadbiran berpusat dalam tamadun China.
Jawapan
Sistem pentadbiran pusat membolehkan raja menguasai semua wilayah dan membolehkan lahirnya konsep empayar.
Pembentukan empayar telah menukarkan status dan gelaran raja kepada maharaja.
Penguasaan pusat yang kuat membolehkan raja membentuk satu sistem birokrasi yang teratur terdiri daripada
pegawai-pegawai yang dilantik oleh maharaja.
Perlantikan pegawai berasaskan pencapaian mereka dalam peperiksaan awam yang dikendalikan oleh sesebuah
jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam yang dikenali sebagai Hon Kao Tsu.
11
Undang-undang tamadun Rom diperkenalkan oleh Maharaja Justinian yang mengasaskan empayar Byzantine.
Dalam usaha untuk menyeragamkan undang-undang yang rumit, beliau telah memperkenalkan kod undang-undang
Rom pada tahun 527 M. yang juga dikenali sebagai Undang-undand Justinian.
Sebelum Undang-undang Justinian diperkenalkan, terdapat undang-undang Rom pertama yang dikenali sebagai
Hukum Kanun 12 yang dipahat pada kayu yang dikenali sebagai Papan Dua Belas dan diletakkan di tempat awam
untuk tatapan rakyat. Undang-undang ini diperkenalkan tahun 449 S.M.. Undang-undang Rom mengandungi tiga
aspek utama, iaitu:
1. Undang-undang sivil.
2. Undang-undang rakyat.
3. Undang-undang natural (natiral law).
Prinsip-prinsip undang ini menegaskan bahawa:
1.
2.
3.
4.
Prinsip undang-undang di atas menjadi asas kepada undang-undang yang terdapat pada hari ini.
b. Dinasti Maurya
Jawapan
c.
Undang-undang dalam dinasti Maurya berasaskan titah perintah raja. Semua titah perintah raja akan diukir
pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan sungai supaya undang-undang tersebut dapat dibaca oleh rakyat.
Tiang-tiang tersebut dikenali sebagai Tiang Asoka kerana undang-undang tersebut dibuat semasa
pemerintahan Maharaja Asoka dan undang-undang tersebut mementingkan kesejahteraan dan keadilan
rakyat.
Dinasti Chin
Jawapan
Dinasti Chin memperkenalkan undang-undang yang berasaskan dua prinsip utama, iaitu hukuman berat dan bercorak
kolektif. Undang-undang ini digubal dan diperkenalkan oleh ahli falsafah bernama Han Fei Tzu. Mengikut falsafah ini,
undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia dan dalam menjalankan undangundang tidak harus wujud belas kasihan.
Undang-undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara dalam semua keadaan. Ini adalah perlu untuk
membendung tindakan liar manusia dan oleh itu raja mesti memiliki kuasa yang utuh. Undang-undang ini berteraskan
falsafah legalisme.
12
2. Jelaskan perbezaan prinsip undang-undang berasaskan falsafah legalisme dengan prinsip undang-undang
berasaskan Confucius dalam tamadun China.
Jawapan
- Legalisme berasaskan penguatkuasaan undang-undang yang tegas bagi menjamin keharmonian negara. Undangundang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia. Undang-undang dan penguatkuasaannya
harus dipelihara tidak kira dalam apa jua keadaan.
- Confucius menekankan keperluan membentuk budi pekerti baik dalam menjaga keharmonian manusia dan
masyarakat serta tidak mementingkan kekerasan.
3. Secara berkumpulan, bincangkan kepentingan sistem undang-undang pada zaman Rom, Maurya dan Chin.
Jawapan
Kepentingan undang-undang zaman Rom.
Mewujudkan keseragaman undang-undang bagi membentuk kehidupan yang aman dan sejahtera.
Menjamin keadilan undang-undang terhadap semua rakyat Rom, hukuman berasaskan bukti yang kukuh.
Memastikan semua rakyat Rom mengetahui undang-undang yang dikuatkuasakan dan diletakkan di tempat
awam untuk tatapan rakyat.
Membentuk undang-undang bertulis yang boleh dijadikan sumber rujukan kepada hakim-hakim.
Meneruskan usaha-usaha perluasan kuasa selepas kematian ayahnya Raja Philip II.
Berjaya meluaskan empayar Yunani sehingga ke wilayah jajahan Parsi, Mesir, Lembah Tigris dan Euphrates, serta
lembah Indus.
Muncul bandar-bandar dan pusat ilmu pengetahuan, kebudayaan baru, iaitu bandar Iskandariah di Mesir.
Menyebarkan kebudayaan hellenistik campuran kebudayaan Yunani dan Parsi.
2. Senaraikan faktor yang menyebabkan Dinasti Maurya semasa pemerintahan Chandragupta Maurya berjaya
meluaskan kuasanya.
13
Jawapan
Kejayaan menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus yang memerintah empayar Seluicid di Syria dan kawasan
sempadan India Barat.
Wujud pemerintahan pusat yang kuat.
Penubuhan unit-unit perisik khas untuk memastikan tidak berlaku sebarang penentangan terhadap kuasa pusat.
Pembahagian wilayah kepada beberapa bahagian utama yang diketuai oleh wizurai.
Menyatupadukan beberapa buah kerajaan kecil di utara India dan menjadikan Pataliputra sebagai ibu kota
pemerintahannya.
Mempunyai pasukan tantera yang besar iaitu 600 ekor gajah, 1000 orang tentera berkuda, dan 10 000 orang tentera
infantri.
2. Apakah tujuan penubuhan persatuan perdagangan dan perusahaan pada Zaman Vedik dalam tamadun India?
Jawapan
14
Jawapan
Melahirkan manusia yang seimbang pencapaiannya dari sudut rohani dan jasmani.
Pendidikan sukan, muzik, kesusasteraan, seni orator, membaca dan menghafal dititikberatkan.
Menubuhkan banyak sekolah sehingga banyak melahirkan golongan sofis serta, ahli falsafah seperti Plato, Aristotle
dan Socrates.
Terdapat 28 buah kuil gua yang dibina antara abad kelima hingga abad kelapan Masihi. Kuil ini
memperlihatkan seni bina Buddha yang menampakkan kemahiran menggunakan elemen geometri, iaitu
bentuk segi empat dan bulat.
b. Kuil Pantheon.
Jawapan
Binaan berbentuk kubah yang terbesar di dunia, iaitu bergaris pusat 44 meter.
Dibina pada zaman Maharaja Hadrian (117-138M.) dan berfungsi sebagai tempat memuja serta menyimpan
patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.
4. Senaraikan perkembangan sains dan teknologi dalam tamadun China dari zaman Dinasti Chin (tahun 221 S.M.)
hingga zaman empayar Han (tahun 200 M.)
Jawapan
5. Apakah kepentingan bahasa Sanskrit pada Zaman Vedik dalam taadun India?
Jawapan
Bahasa yang mempengaruhi perkembangan dalam bidang penulisan dan kesusasteraan seperti kitab veda, epik,
sejarah, sajak.
Mempengaruhi sastera agama Hindu dan Buddha antaranya epik Ramayana dan Mahabrata.
Bahasa Sanskrit kemudiannya melahirkan bahasa Hindu, Urdu, Punjabi dan Kasmiri.
15
a. Yunani
Jawapan
Sistem sosial tamadun Yunani, iaitu Athens terbahagi kepada tiga kumpulan utama.
- Warganegara.
- Bukan warganegara.
- Golongan hamba.
Warganegara mempunyai hak berpolitik dalam negara kota sementara golongan kedua dan ketiga tidak
memiliki hak tersebut.
Negara kota Sparta terbahagi kepada sistem sosial.
- Warganegara tulen
- Pekerja, artisan, pedagang.
- Golongan Helot yang mengusahakan tanah dan merupakan golongan majoriti.
b. Rom
Jawapan
Sistem sosial di Rom dapat dibahagikan kepada warganegara Rom, bukan warganegara, hamba.
Warganegara Rom merupakan mereka yang terdiri daripada orang Rom dan bukan warganegara ialah
penduduk yang ditakluki.
Hukum Karma merupakan kepercayaan penganut agama Hindu Yang berkait dengan kelakuan manusia semasa
hidup dan kelahiran semula selepas mati.
Kelahiran semula adalah bergantung pada Karma dan tujuan hidup pula adalah untuk mencapai Moksya iaitu
kebebasan mutlak.
Sesiapa yang mencapai tahap ini akan bersatu dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia.
Seseorang perlu berbuat baik semasa hidupnya agar dapat mencapai Moksya.
Empayar Yunani
Empayar Rom
Empayar China
Empayar Maurya
Senarai tokoh di atas terkenal dalam sejarah dunia kerana sumbangan mereka dalam perluasan kuasa
dan pembentukan empayar.
a. Huraikan ketokohan dan kewibawaan seorang daripada mereka.
Jawapan
Alexander the Great Empayar Yunani
Merupakan penakluk dan meneruskan usaha ayahnya Raja Philip II membentuk empayar yang luas.
16
Menawan Parsi, Mesir, Turkistan, Samarkand, dan seluruh kawasan Laut Mediterranean.
Berusaha menyatukan benua Asia dan Eropah berdasarkan kebudayaan Hellenistik (campuran kebudayaan
Yunani dan Parsi).
Menyebarkan kebudayaan Hellenistik dan menjadikan bandar Iskandariah sebagai pusat ilmu pengetahuan
utama.
Dilahirkan pada 100 S.M. dan terkenal sebagai ketua tentera yang agung kerana kejayaan beliau dalam beberapa
peperangan. Pada tahun 62 S.M. beliau telah dilantik menjadi praeotor dan pada tahun 59 S.M. beliau dilantik
menjadi konsul.
Berjaya menjadikan Rom sebuah empayar yang kuat dan berjaya membentuk sistem pentadbiran pusat yang kuat.
Menamatkan sistem republik di Rom dan menggantikannya dengan diktator. Menguasai angkatan tentera dan Senat
serta menggunakan gelaran maharaja.
Jajahan taluk Rom merangkumi Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Britain, dan beberapa kawasan di
Jerman.
Beliau berjaya menyatupadukan seluruh kerajaan kecil di China. Beliau melaksanakan pemerintahan autokratik, iaitu
tegas dan berkuasa mutlak.
Antara sumbangan beliau ialah pembinaan Tembok Besar China yang bertujuan untuk mempertahankan serangan
orang Hun (nomad) yang sering mengancam empayarnya. Tembok Besar China berukuran lebih kurang 5000
kilometer dan lebarnya 4.5 meter hingga 9 meter serta ketinggiannya mencapai 7.5 meter.
Pembinaannya menggunakan tenaga manusia yang ramai, iaitu lebih daripada
30 000 orang. Semasa
pemerintahan Shih Huang Ti, empayarnya merangkumi sebahagian besar wilayah Szechuan hingga ke Vietnam.
Beliau memakai gelaran maharaja dan menghapuskan sistem feudal untuk mengukuhkan sistem kerajaan pusat.
Semua gabenor yang mentadbir wilayah-wilayah dalam empayar China dilantik oleh Shih Huang Ti dan bukan lagi
diwarisi oleh golongan bangsawan.
Beliau mengamalkan sistem undang-undang yang tegas dan ketat berasaskan fahaman legalisme yang berjaya
mengawal pentadbiran seluruh empayarnya. Ini menyebabkan buku-buku Confucius dibakar kerana bertentangan
dengan dasar undang-undang yang diamalkan semasa pemerintahannya.
Pemerintahan oleh maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pemerintahan atau pemtadbiran birokrasi
awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja. Mereka yang dilantik terdiri daripada rakyat dan
pelantikan tersebut dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam.
Pemerintah Maurya yang tidak menekankan kekuatan tentera sebagai asas untuk memperluaskan kuasa, sebaliknya,
menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk meluaskan pengaruh dan kedudukan empayar Maurya.
Dasar ini dikaitkan dengan memberikan penekanan kepada ajaran Buddha. Keadaan tersebut wujud akibat daripada
Perang Ketiga yang yelah mengorbankan ribuan tentera.
Semasa pemerintahan Asoka, segala titah perintah dan undang-undang diukir pada tiang batu yang didirikan di tepitepi jalan supaya undang-undang tersebut dapat dibaca oleh rakyat. Tiang tersebut dikenali sebagai Tiang Asoka dan
beliau sentiasa berpegang kepada konsep kesejahteraan rakyat dan konsep keadilan.
Beliau telah berusaha menyebarkan agam Buddha secara aman dan bukan secara ketenteraan dengan menghantar
utusan-utusan Sri Lanka, Asia Barat, Mesir dan Eropah Timur. Hubungan diplomatik juga dilaksanakan dengan
kerajaan Mesir, kerajaan Chola dan sebagainya.
b. Terangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh Shih Huang Ti untuk mengukuhkan pemerintahannya.
17
Jawapan
Golongan bangsawan telah dihapuskan dan digantikan dengan pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik
untuk mentadbir wilayah-wilayah dalam empayar. Sistem feudal cuba dihapuskan oleh Shih Huang ti,
sokongan bangsawan telah dilumpuhkan dengan memindahkan mereka ke wilayah lain.
Kuasa kerajaan pusat semakin mantap, pengaruh golongan bangsawan semakin merosot. Pembakaran
buku-buku Confucius kerana bertentangan dengan amalan Shih Huang Ti yang mengamalkan undangundang legalisme.
Penguatkuasaan undang-undang dan peraturan sangat tegas bagi membendung kebangkitan rakyat
menetang sistem pemerintahannya. Bagi mengatsi masalah pemberontakan rakyat, Shih Huang Ti melantik
pemerhati diraja bagi membuat laporan dan mengawasi pergerakan dan pentadbiran wilayah.
Bagi mengatasi ancaman dari luar, Shih Huang Ti membina Tembok Besar China bagi menghalang serangan
orang gasar. Pembinaan Tembok Besar ini telah dapat menyelamatkan negeri China daripada ancaman
musuh.
Bagi menguatkan penguasaan sistem pentadbirannya dalam kerajaan pusat, Shih Huang Ti telah
memperkenalkan satu sistem kakitangan awam yang dilatih dan dilantik untuk menjawat jawatan gabenor di
wilayah-wilayah. Sistem peperiksaan awam diperkenalakan untuk memilih pegawai-pegawai yang layak
untuk dilantik sebagai gabenor di wilayah.
Pemusatan kuasa merupakan matlamat utama dalam Dinasti Chin, maharaja akan dibantu oleh penasihatpenasihat yang berpengaruh seperti Canselor yang menjadi penasihat utama maharaja dan Marshall sebagai
setiausaha maharaja yang bertanggungjawab dalam bidang ketenteraan.
2. Huraikan ciri-ciri perbezaan sistem pemerintahan dan pentadbiran antara Yunani dan Rom.
Jawapan
-
Sistem beraja (monarki) raja dibantu oleh konsul, raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera dan
ketua agama.
Oligarki kuasa pemerintahan terletak dalam tangan beberapa orang konsul.
Aristokrasi pemerintahan oleh golongan bangsawan yang kaya.
Diktator (tirani) pemerintahan yang zalim, berkuasa mutlak, memperlihatkan kekuasaan digunakan dengan
sewenang-wenangnya, terdiri daripada golongan kaya atau tentera.
Demokrasi tedapat Dewan Perhimpunan dan Majlis, semua warganegara lelaki dewasa diberi peluang menjadi
anggota Dewan Perhimpunan antara enam bulan hingga setahun, Dewan Perhimpunan bersidang tiga kalli
dalam sebulan, setiap ahli Dewan boleh mengemukakan cadangan, segala keputusan Dewan dikendalikan oleh
Majlis, Ahli Majlis, Majistret dan Juri yang telah dilantik oleh Dewan.
Sparta
Rom
18
Empayar Maurya diasaskan oleh Chnadragupta Maurya apabila beliau berjaya menyatukan kerajaankerajaan kecil di India dari tahun 321 185 S.M.
Pembentukan empayar Maurya ini telah mengubah status raja kepada maharaja.
Empayar Maurya meliputi kawasan dari Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush dan ibu kotanya
terletak di Patalipura.
Kemunculan empayar Maurya adalah disebabkan oleh kejayaan Chandragupta Maurya menewaskan
Seleceus yang memerintah empayar Seleucid di Syria dan kawasan sempadan India Barat. Mempunyai
pasukan tentera yang besar iaitu 600 ekor gajah, 1000 orang tentera berkuda dan 10 000 orang tentera
infantri.
4. Dinasti Chin dan Dinasti Han merupakan dua buah dinasti yang terkenal dalam tamadun China.
(a) Bincangkan sumbangan Dinasti Han dan Dinasti Chin dalam bidang falsafah dan pendidikan.
Jawapan
Pendidikan sangat penting dalam proses perkembangan tamadun manusia. Pendidikan didalam kedua-dua
dinasti lebih menumpukan kepentingan untuk mengisi jawatan dalam pentadbiran.
Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap iaitu Hsiu Tai setaraf dengan ijazah pertama yang dijalankan di
daerah-daerah China. Tahap kedua Chun Jen setaraf dengan sarjna yang diadakan di ibu kota daerah, dan
tahap ketiga Chin Shih setaraf dengan doktor falsafah dan dijalankan di ibu kota empayar, bertempat di istana
dan di hadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap atau ijazah pertama akan berpeluang menjadi pegawai
kerajaan dan ijazah ketiga layal menjadi pendidik.
Peperiksaan awam tahap pertama diaidakan dua kali dalam tempoh tiga tahun peperiksaan awam tahap
kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali.
Untuk menyatupadukan negara China, Dinasti Chin telah memperkenalkan satu sistem tulisan yang sama
untuk seluruh China.
Perkembangan falsafah bermula pada zaman Dinasti Handan falsafah yang penting pada zaman tersebut
adalah Confucianisme dan Taoisme. Confucianisme dijadikan agama rasmi Empayar Han. Karya-karya
Confucius menjadi bahan kajian utama di sekolah-sekolah dan menjadi asas peperiksaan perkhidmatan
awam dalam memilih pegawai-pegawai baru dalam pentadbiran. Pengaruh Confucianisme yang meluas telah
mewujudkan kumpulan cerdik pandai yang sangat berpengaruh dalam bidang pentadbiran.
Falsafah peperangan juga dihasilkan pada zaman Dinasti Han oleh seorang penulis bernama Sun Tzu.
19
Beliau mengarang sebuah buku mengenai strategi peperangan iaitu The Art of War yang menjadi rujukan
dan pedoman dalam menghadapi peperangan dan kajian oleh akademi ketenteraan seluruh dunia.
Dinasti Chin menekankan falsafah legalisme yang diperkenalkan oleh Han Fei Tzu menyarankan bahawa
undang-undang yang tegas perlu untuk mendisplinkan rakyat. Falsafah ini percaya undang-undang yang
tegas dapat mewujudkan nilai baik dan ketertiban dlam masyarakat.
Falsafah lain ialah Mencius yang berpendapat manusia berakhlak baik dan menjadi sebaliknya kerana
pengaruh alam sekitar.
(b) Huraikan perkembangan seni bina yang terdapat dalam tamadun China.
Jawapan
Dalam tamdun China reka bentuk dan seni binanya agak unik dan berlainan daripada tamadun lain. Salah satu seni
bina yang mengagumkan dunia adalah pembinaan Tembok Besar China yang berukuran lebih kurang 5000 km
panjang. 4.5 meter hingga 9 meter lebar, dan 7.5 meter tinggi.
Pembinaan tembok ini dimulakan oleh Maharaja Shih Huang Ti pada zaman Dinasti Chin bertujuan untuk
menghalang serangan orang-orang Hun (nomad).
Semasa Dinasti Ming, tembok tersebut telah disambung sehingga 6400 km panjang dan pembinaan tembok ini
menggunakan tenaga pekerja yang melebihi 30 000 orang.
Tamdun China juga memperlihatkan kemajuan dalam membuat tembok-tembok daripada batu-bata dan tanah liat di
kawasan bandar seperti Cangan, Anyang, Peking dan Loyang. Di kampung-kampung terdapat tembok yang dibina
daripada tanah lumpur. Setiap tembok ini mempunyai pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara
yang tinggi.
Kesemua ciptaan seni bina tersebut digunakan untuk tujuan keselamatan dan menghalang ancaman daripada pihak
musuh.
Kawasan kediaman maharaja dibina berasingan dengan tembok yang tinggi dan sebuah istana maharaja yang masih
kekal hingga kini, iaitu Kota Larangan yang mempunyai dewan dan taman.
Untuk seni bina yang penting masalah kuil dan pagoda. Kuil-kuil ini terdiri daripada beberapa bangunan yang
merangkumi tempat tinggal, ruang tamu dan pusat pemujaan.
Bentuk ini hanyalah untuk kuil yang besar manakala pagoda pula mempunyai bentuk meninggi sehingga 15 tingkat.
Pagoda mempunyai bentuk oktagon atau segi empat sama. Walau bagaimanapun, bentuk ini tidak tetap bergantung
pada tempat didirikan.
Wargenegara
20
Bukan warganegara
Golongan Hamba
Warganegara Athens mementingkan kebebasan diri dan hak-hak individu, dan berfikiran terbuka secara logik.
Terlibat secara aktif dalam soal-soal pemerintahan negara (sistem demokrasi).
Organisasi sosial masyarakat Sparta terbahagi kepda tiga kumpulan utama.
- Warganegara Sparta tulen
- Pekerja, artisan, pedagang
- Helots yang mengusahakan tanah dan golongan majoriti
Menekankan kepada sumbangan setiap lapisan masyarakat bagi menjamin ketenteraman negara kota.
Kanak-kanak lelaki yang sihat diberikan latihan ketenteraan dari kecil bagi membolehkan mereka menjadi anggota
tentera yang berdisiplin dan patuh kepada negara.
Disiplin yang ketat dan latihan yang lasak membolehkan Sparta melahirkan tentera yang mempunyai semangat
patriotik yang tinggi.
b. Mengapakah organisasi sosial bagi masyarakat dalam tamadun India dikatakan unik?
Jawapan
Dikaitkan dengan agama Hindu dan pembahagian sosial di kalangan masyarakat ke dalam lapisan-lapisan yang
tertentu.
Pembahagian masyarakat lebih menitikberatkan perbezaan warna kulit antara orang-orang Dravidia dan orang-orang
Indo-Aryan.
Keadaan atau perbezaan warna kulit menyebabkan timbulnya sistem kasta yang mendominasi sistem sosial dalam
tamadun India.
Pembahagian masyarakat ini diterajui oleh golongan Brahmin (terlibat dalam ritual keagamaan, Ksyatriya (golongan
hulubalang), Vaisya (golongan pedagang dan peniaga), Sudra (petani) dan golongan yang berkhidmat kepada ketigaketiga golongan di atas). Pembahagian masyarakat berdasarkan sistem kasta mengukuhkan agama Hindu.
Kedudukan seseorang dalam kasta tertentu menentukan peranan dan fungsi individu dalam masyarakat. Sistem
kasta dalam tamadun India agak rigid dan menghalang pergerakan seseorang individu dari satu kasta ke kasta yang
lain.
6. Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang membolehkan sesuatu tamadun meningkat dan terus berkembang?
Jawapan
21
Bab 3
Latihan dalam buku teks, muka surat 74.
1. Berdasarkan sumber dari China, nyatakan pendapat anda tentang kemunculan kerajaan awal di Asia
Tenggara.
Jawapan
- Sumber dari China menyatakan tentang kewujudan kerajaan Funan pada pertengahan abad ketiga.
Membuktikan kerajaan Funan ialah kerajaan terawal wjud di Asia Tenggara berkemugkinan telah
wujud sejak abad kedua Masihi.
- Data arkeologi menunjukkan jumpaan seni arca berunsur Hindu dan Buddha yang langgamnya
dipengaruhi oleh langgam seni arca Amaravati dri India.
- Wujud hubungan perdagangan dan diplomatik antara kerajaan awal Asia Tenggara dengan China
berdasarkan jumpaan artifak gendang gangsa Dongson di Vietnam Utara, di Batu Buruk, Besut
(Terengganu) dan di Sungai Tembeling (Pahang).
- Sumber dari China mencatatkan Kang Tai dan Chu Ying pernah dihantar sebagai Utusan China ke
Funan pada tahun 245-250 Masihi. Raja Funan pada masa itu bernama Kaundinya atau HouenTien dalam sebutan China.
- Sejarawan G. Coedes menyatakan Funan ialah kerajaan Melayu tertua di Asia Tenggara yang
muncul pada abad pertama Masihi.
- G. Coedes berpendapat karajaan Melayu kedua tertua ialah Champa yang wujud pada sekitar
abad kedua dan dikenali sebagai LinYi. Pada abad ketujuh, barulah kerajaan ini dikenali sebagai
Champa.
2. Apakah bukti yang menunjukkan perdagangan maritim telah berkembang di Asia Tenggara pada abad
ke lima Sebelum Masihi?
Jawapan
- Wujud hubungan perdagangan antara Rom dengan kawasan penempatan Asia Tenggara. Ini
dibuktikan dengan persamaan artifak manik yang dijumpai di Kuala Selinsing (Perak) Kota Tinggi dan
Muar (Johor) serta di pantai barat dan selatan Thailand.
- Berperanan sebagai pembekal bahan mentah seperti timah untuk diproses menjadi gangsa Dongson,
dan juga sebagai pelabuhan pembekal kerana terletak berhampiran dengan sungai.
- Perdagangan maritim berkembang seiring dengan kemahiran dalam pembuatan kapal layar dan
perahu.
22
- Bukti arkeologi seperti jumpaan manik dan tembikar mununjukkan bahawa perdagangan maritim di
Asia Tenggara telah berkembang semenjak abad kelima Sebelum Masihi.
3. Senaraikan faktor yang membawa kepada kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara.
Jawapan
- Kedudukan dan lokasi yang strategik, laluan perdagangan antarabangsa di antara India dan China.
- Mempunyai pelabuhan entrepot, pelabuhan pembekal pusat perdagangan, pusat pengumpulan dan
penyebaran barang-barang dagangan.
- Hubungan perdagangan, diplomatik, dan keagamaan dengan tamadun China dan India.
- Mempunyai bahan mentah dan bahan logam yang banyak untuk tujuan perdagangan.
- Kawasan yang subur untuk aktiviti pertanian.
- Jaminan keselamatan untuk perdagangan.
Latihan dalam buku teks, muka surat 77.
1. Senaraikan tiga ciri utama kerajaan agraria.
Jawapan
- Menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan
sungai.
- Terletak dan terbentuk di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai, kawasan
pedalaman dan berbukit serta dilereng-lereng gunung berapi.
- Pembinaan sistem pengairan yang baik.
2. Senaraikan hasil kegiatan ekonomi kerajaan agraria.
Jawapan
-
23
Menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan kegiatan perdagangan dan kelautan serta berfungsi sebagai
pelabuhan.
Terletak berhampiran dengan kawasan persisir pantai, lembah sungai dan kepulauan.
Penduduk terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan pedagang luar.
Penggunaan lebih daripada satu bahasa, tetapi bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan atau
lingua franca.
Menjadi pelabuhan pembekal, pelabuhan kerajaan dan akhirnya menjadi pelabuhan entrepot apabila
menjalin hubungan perdagangan dengan kerajaan besar seperti China dan India.
Menyediakan pelbagai kemudahan perdagangan di pelabuhan seperti tempat menyimpan barang,
kawasan berniaga, ruang membaiki kapal, tempat penginapan, kemudahan memunggah dan
mengangkut barangan dari kapal, serta keselamatan para pedagang.
Barang dagangan merupakan hasil rempah ratus, hasil hutan, ubat-ubatan tradisional, damar, rotan,
beras, hasil logam dan pusat pengumpulan barangan dari kawasan pedalaman dan kepulauan yang
berhampiran.
Pelabuhan kerajaan asalnya merupakan pelabuhan pembekal. Berubah menjadi pelabuhan kerajaan
apabila petempatan tersebut berkembang dan menjadi sebuah negeri. Berperanan membwkalkan
segala barangan yang diperlukan ke[ada pedagang yang singgah di pelabuhan seperti rempah, timah,
emas, hasil-hasil hutan dan laut serta makanan.
Mempumyai kedudukan yang strategik. Pelabuhan kerajaan kemudian menjadi pelabuhan entrepot,
iaitu pelabuhan yang berperanan membekalkan hasil tempatan dan hasil kawasan takluknya kepada
pedagang-pedagang antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya.
Pelabuhan entrepot juga berperanan membeli barangan daripada pedagang antarabangsa dan
mengedarkannya kepada pedagang yang datang dari pelabuhan sekitarnya dan kawasan takluknya.
24
Jawapan
- Menediakan satu angkatan laut yang besar dan kuat yang dianggotai oleh pelbagai golongan rakyat
termasuklah orang laut. Fungsi orang laut adalah untuk mengawal perdagangan di Selat Melaka dan
memastikan pedagang serta barang dagangan yang dibawa selamat sampai ke pelabuhan.
- Pemerintahan Srivijaya juga melakukan dasar perluasan kuasa terhadap kawasan-kawasan
berhampiran seperti menakluki Kedah Tua dan Jambi. Penguasaan terhadap negeri-negeri ini
mebolehkan Srivijaya menguasai perdagangan di Asia Tenggara serta laluan perdagangan
antarabangsa di Selat Melaka dan Selat Sunda.
- Berkemampuan menghasilkan kapal-kapal yang besar sebagai kapal dagang atau untuk kegunaan
Orang Laut.
- Menyediakan kemudahan untuk pedagang-pedagang yang singgah serperti tempat membaiki kapal,
tempat menyimpan barangan, tempat tinggal, tempat berniaga, serta makanan dan bekalan air.
- Melantik pegawai yang bertanggungjawab dalam segala hal yang berkaitan dengan perdagangan
yang dikenali sebagai Tuhan Vatakuurah (Penyelia Perdagangan) bagi menguruskan kegiatan
perdagangan di Srivijaya.
4. Mengapakah kerajaan maritim mengamalkan sikap berbaik-baik dan bekerjasama dengan kerajaan
agraria?
Jawapan
- Mendapatkan bekalan makanan (beras) daripada kerajaan agraria.
- Mendapatkan bahan-bahan mentah seperti kayu-kayan, kenderaan seperti gajah daripada kerajaan
agraria kayu amat penting kepada kerajaan maritim untuk membuat kapal-kapal dagang. Gajah pula
merupakan kenderaan kepada pemerintah kerajaan maritim sebagai simbol kekuasaan dan
kemegahan.
- Ingin mendapatkan tukang-tukang kayu dan batu yang mahir daripada kerajaan agraria bagi
membina kapal, tempat ibadat, candi, dan bangunan untuk kerajaan maritim.
Dibawa oleh golongan Ksyatria atau tentera dan disebarkan oleh penakluk dari India yang
membentuk tanah jajahan di Asia Tenggara.
Dibawa oleh golongan Vaisya atau pedagang.
Dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta.
Melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja yang kemudiannya
disesuaikan dengan budaya tempatan dan diamalkan.
Ramai sejarawan bersetuju da menerima pendapat keempat sebagai faktor utama berdasarkan
bukti-bukti arkeologi, jumpaan-jumpaan seni arca yang kasar serta mempunyai langgam bercirikan
Asia Tenggara, seperti arca dengan ikatan tali kulit harimau yang hanya ditemui di Srivijaya.
Dalam proses pengambilan pengaruh dari India, aspek-aspek yang perlu diambil dari India ialah
seseorang pemerintah dengan pemerintah lain di Asia Tenggara mungkin berbeza, walaupun
pengambilannya berlaku pada waktu yang sama. Misalnya dalam aspek amalan dan kepercayaan,
agama yang dianuti di Kedah Tua pada abad kelima Masihi ialah Buddha tetapi di Dieng (Indonesia),
agama yang dianuti ialah agama Hindu.
25
Melalui golongan Ksyatria atau tentera, melalui proses penaklukan terhadap kerajaan-kerajaan awal
di Asia Tenggara.
Dibawa oleh golongan Vaisya atau pedagang melalui aktiviti perdagangan, mereka juga turut
menyebarkan pengaruh Hindu dan Buddha.
Dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta, mereka berperanan dalam upacara pertabalan raja
dan upacara keagamaan.
Pengambilan aspek-aspek kebudayaan India disesuaikan dengan budaya tempatan yang sedia ada
untuk diamalkan.
2. Senaraikan aspek yang menerima pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.
Jawapan
Aspek pemerintahan konsep raja, berkuasa mutlak, raja memiliki kesaktian, unsur-unsur mitos dan
lagenda tentang asal-usul raja, adat istiadat raja seperti pertabalan raja. Rakyat takut menderhaka
kepada raja. Konsep dewa-raja, orde kosmos raja berkuasa terhadap seluruh alam (konsep
cakravatin) diperkukuhkan lagi dengan lambang-lambang keagungan raja seperti pembinaan Angkor
Wat, raja sebagai Anak Tuhan/Dewa Tuhan.
Aspek kesenian dan kesusasteraan monumen, seni bina seperti candi, kuil, wat, stupa, arca, patung
dan lain-lain.
-
Candi monumen keagamaan bgi agama Hindu dan Buddha sebagai rumah ibadat dan tempat
menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya; tempat menyimpan patung dewa; lambang
keagungan seseorang pemerintah.
Contoh candi ialah Candi Dieng, Candi Prambanan, Candi Borobodur.
Aspek bahasa seperti bahasa Sanskrit yang terdapat pada batu bersurat seperti Batu Bersurat
Kutei.
Aspek kesusasteraan Epik Ramayana dan Mahabrata mempengaruhi kesusasteraan Jawa
seperti Nagarakertagama.
Wayang kulit, teater.
Hikayat-hikayat tempatan mendapat pengaruh epik India seperti Hikayat Pendawa Lima,
Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa Jaya.
26
3. Jelaskan pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pentadbiran kerajaan awal di Asia Tenggara.
Jawapan
Sistem beraja dalam kerajaan Awal Asia Tenggara merupakan pengaruh Hindu dan Buddha. Raja
berada di puncak pemerintahan diikuti oleh kerabat diraja, pembesar termasuk ahli agama, iaitu
Brahmin, rakyat dan hamba.
Raja berkuasa mutlak, perintah raja menjadi undang-undang, sesiapa melanggar perintah raja
dianggap menderhaka, raja merupakan bayangan tuhan, konsep dewa raja, memiliki kesaktian.
Wujud pelbagai adat istiadat seperti pertabalan raja yang dikendalikan oleh Brahmin, bertujuan
membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah.
Untuk menunjukkan keagungan dan kemegahan raja, didirikan kompleks kota dan melambangkan
konsep alam semesta (orde kosmos), raja dan ibu kota merupakan pusat alam dan pusat
pemerintahan. Golongan Brahmin memainkan peranan penting dalam upacara keagamaan. Di
peringkat pentadbiran, raja dibantu oleh pembesar yang terdiri daripada pegawai tentera dan
hakim.
Bagi mengukuhkan konsep dewa raja, diadakan upacara angkat sumpah, contohnya di Srivijaya,
dalam upacara ini datu akan meminum air yang disiram di sebuah tempat suci bernama Telaga
Batu di Palembang. Air yang disiram pada batu tersebut akan berkumpul di bahagian bawah batu
bersurat itu dan kemudiannya akan diminum. Tujuannya adalah untuk menetapkan pembesar agar
memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja. Upacara ini diketuai oleh Brahmin
dan disertai dengan doa. Sesiapa yang mengkhianati sumpah akan ditimpa bencana.
Terdapat gelaran-gelaran pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan-kerajaan awal Asia Tenggara
terutamanya di Srivijaya seperti Yuvaraja, Parvanda, Bhupati, Senapati, Raja Kumara, Tuhan
Vatakuurah, dan Kumaramatya.
4. Nyatakan bentuk candi yang ditemui di Asia tenggara pada zaman awal keatangan agama Hindu dan
Buddha.
Jawapan
Angkor Wat
Dibina untuk agama Hindu. Melambangkan orde kosmos, mempunyai ketinggian 213 meter dan
keluasan kawasannya 208 hektar.
Mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah yang tingginya sekitar 39 meter dengan
berteres empat tingkat.
Setiap sudut mempunyai menara, di bahagian luarnya terdapat tembok yang dibina daripada batu
laterit dan batu pasir dengan ukuran yang menggambarkan epik Ramayana dan Mahabharata.
Candi Borobodur
Mewakili agana Buddhan Mahayana. Terbahagi kepada tiga tingkat. Setiap tingkat melambangkan
satu tahap kehidupan yang diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha. Tigkat pertama terdapat
ukiran yang menceritakan kehidupan Gautama Buddha.
Tiga tingkat ini melambangkan tiga tahap kehidupan, iaitu sila, samadhi, dan panna seperti
terdapat dalam ajaran Buddha.
27
B.
Melayu
Dosa
Duka
Derhaka
Manusia
Pahala
Rupa
Sengsara
Huruf
Kerajaan
maritim
Srivijaya
Kedah Tua
1. Kerajaan awal di Asia Tenggara dikategorikan pada kerajaan agraria dan kerajaan maritim.
a. Jelaskan konsep kerajaan agraria dan kerajaan maritim.
Jawapan
Kerajaan agraria bergantung pada aktiviti pertanian terutamanya tanaman padi, penternakan
dan pungutan hasil hutan dan sungai.
Terletak di kawasan pertanian yang subur seperti lembah-lembah sungai, seperti kerajaan
Dvaravati di Sungai Menam, sementara kerajaan Funan dan Angkor di lembah Sungai Mekong.
Terdapat juga di kawasan pedalaman seperti di kawasan berbukit dan di lereng tanah gunung
berapi seperti kerajaan Taruma di Tanah Dieng (Indonesia).
Padi huma ditanam di kawasan yang tinggi yang kurang mendapat bekalan air dengan dibuat
teres dan relung.
Menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih, lada hitam, dan mengumpulkan hasil
hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana serta pelbagai
jenis buah-buahan.
Sarang burung diambil dari gua untuk tujuan perdagangan.
Mereka juga menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing dan ayam.
Apabila terdapat lebihan, hasil ternakan dan pertanian tersebut akan dipasarkan untuk
memenuhi keperluan penduduk yang tidak terlibat dalam pertanian.
Pembinaan sistem pengairan yang baik seperti yang terdapat di Angkor dan Funan disebabkan
terdapatnya sistem pengairan yang bersumberkan Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap.
Kerajaan maritim menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan kegiatan perdagangan dan
kelautan serta berfungsi sebagai pelabuhan.
Terletak berhampiran dengan kawasan pesisir pantai, lembah sungai dan kepulauan.
Pelabuhan dalam kerajaan maritim pada mulanya merupakan pelabuhan pembekal, kemudian
berubah kepada pelabuhan kerajaan apabila petempatan tersebut berkembang dan menjadi
sebuah negeri.
28
Berlaku hubungan perdagangan dengan negara China dan India menyebabkan menjadi
pelabuhan entrepot.
b)Bincangkan aspek saling bergantung dan melengkapi antara kerajaan agraria dan kerajaan maritim.
Jawapan
Kerajaan maritim memerlukan bekalan makanan terutama beras daripada kerajaan agraria.
Kerajaan agraria pula bergantung kepada kerajaan maritim untuk memperoleh barangan import
(barang mewah).
Kerajaan agraria juga memerlukan pelabuhan dari kerajaan maritim bagi memasarkan barangan
keperluan mereka.
Kerajaan maritim yang menjalankan perdagangan entrepot bergantung pada kerajaan agraria
bagi membekalkan barangan dagangan.
Kerajaan maritim bergantung pada kerajaan agraria untuk mendapatkan bahan-bahan untuk
membuat perahu/kapal dagang/tentera terutama kayu dan gajah daripada kerajaan agraria.
Kerajaan maritim bergantung pada kerajaan agraria untuk mendapatkan tukang-tukang mahir
terutama tukang kayu dan tukang batu untuk membina monumen sebagai mercu tanda
keagungan seperti Angkor Wat.
Membina sistem pengairan yang baik kerana dapat membekalkan air ke kawasan pertanian.
Peranan pemerintah yang cekap memastikan tanah yang subur/tanah lanar dapat digunakan
dengan maksimum untuk tanaman padi sawah.
Memastikan lebihan tanaman padi sawah dapat dieksport ke kawasan-kawasan lain untuk
mendapatkan hasil bagi membangunkan kawasan-kawasan tanaman padi yang lebih luas.
Memastikan petani dapat mengusahakan tanaman padi dengan menggunakan benih padi yang
bermutu dan dapat mengeluarkan hasil yang banyak.
Memastikan petani dapat menanam padi secara berterusan sepanjang tahun dengan
menentukan bila/masa yang sesuai untuk menanam dan mendapatkan hasil.
Memberikan bantuan nasihat kepada petani tentang cara-cara menanam padi dengan
sistematik supaya hasil pengeluaran padi dapat dipertingkatkan.
Menggunakan baja organik/semula jadi yang sesuai untuk tanaman padi.
b)Sebagai raja yang berfikiran strategik, berikan alasan anda untuk menukar status Angkor daripada
kerajaan agraria kepada kerajaan maritim.
Jawapan
Keupayaan kerajaan Angkor untuk membuat hubungan dengan negara-negara luar berdasarkan
kedudukan Angkor yang berdekatan dengan Sungai Mekong.
Keupayaan Angkor menawan Funan menjadi faktor utama pendorong penukaran status kerajaan
agraria kepada kerajaan maritim. Angkor juga boleh membekalkan hasil-hasil pertanian dari,
kawasan pedalaman untuk keperluan pedagang-pedagang yang berkunjung ke pelabuhan Oc
Eo.
Kepentingan Tasik Tonle Sap serta peranan pelabuhan Oc Eo menjadikan Angkor sebuah
kerajaan yang maju dalam bidang pertanian.
3. Sistem kerajaan awal merupakan campuran sistem tempatan dengan pengaruh Hindu dan Buddha.
29
a. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai buktikan pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal
di Asia Tenggara.
Jawapan
Kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara dipengaruhi oleh agama Hindu dan Buddha.
Mengamalkan sistem pemerintahan beraja (kuasa mutlak).
Raja dianggap dewa-raja (wakil Tuhan di bumi).
Adat istiadat pertabalan raja dikendalikan oleh Brahmin.
Golongan Brahmin merupakan golongan tertinggi selepas raja.
Kepercayaan agama Hindu dan Buddha sebuah negara menggambarkan satu alam semesta
(orde kosmos) pusat alam.
Raja memimpin masyarakat selaras dengan peraturan alam semesta atau dharma.
Terdapat banyak istilah pentadbiran menggunakan bahasa Sanskrit.
Banyak candi seperti can Borobodur, Angkor Wat, candi di Lembah Bujang.
b. Terangkan penggunaan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara.
Jawapan
30
Abd. Mutalib.
Hasyim.
Abd. Manaf.
Qusai bin Qilab.
Mengambil sempena tahun berlakunya serangan tentera bergajah di Makkah yang diketuai oleh
Abrahah dari Habsyah.
31
Jawapan
-
32
Jawapan
Tertarik terhadap ajaran Islam yang memberikan layanan yang sama kepada semua manusia.
Mereka ditindas dan diseksa dengan kejam.
Perbezaan kepercayaan/agama.
Prinsip persamaan taraf sesama manusia.
Tanggapan yang salah terhadap tugas seorang nabi.
Ekonomi terjejasnya perusahaan membuat patung.
5. Bincangkan reaksi masyarakat Arab Quraisy terhadap dakwah Islamiah yang dilakukan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. di Makkah.
Jawapan
Pada peringkat permulaan penyabaran Islam di Makkah, orang Quraisy tidak mempedulikan
penyebaran Islam. Mereka menyangka hal tersebut adalah urusan keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
Terdapat ahli keluarga dan sahabat karib baginda yang menerima seruan Islam.
Walau bagaimanapun, selepas Islam berkembang dengan meluas, orang Arab Quraisy menetang
Islam.
33
Jawapan
Masyarakat Arab Jahiliah tidak menyembah Allah Yang Maha Esa tetapi mengamalkan animisme dan
menyembah patung.
Kehidupan masyarakat kucar-kacir kerana tiada nabi atau rasul dan kitab suci.
Akhlak mereka rendah, bersifat angkuh, degil dan kejam.
2. Salah satu amalan hidup masyarakat Arab Jahiliah ialah mengamalkan semangat assabiah
(a) Apakah maksud semangat assabiah?
Jawapan
Assabiah bermaksud semangat kesukuan yang melampau atau berpuak-puak dan saling bermusuhan
antara satu sama lain.
(b) Bagaimanakah semangat ini boleh terbentuk dalam kehidupan masyarakat Arab Jahiliah?
Jawapan
Faktor geografi, iaitu tempat tinggal yang panas dan kering kontang.
Struktur sistem kabilah yang berasaskan keturunan.
Tinggal dalam kelompok masing-masing dan terikat kepada peraturan sendiri.
(c) Bincangkan kesan amalan semangat assabiah di kalangan masyarakat Arab Jahiliah.
Jawapan
3. Penyebaran Islam di Makkah telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakatnya. Ada
orang Arab yang menerima Islam dan ada juga yang menolaknya.
(a) Apakah sebab orang Arab dapat menerima ajaran Islam dengan mudahnya?
Jawapan
(b) Mengapakah pula sebahagian masyarakat Arab tidak dapat menerima ajaran Islam?
Jawapan
34
Prinsip Islam yang mengamalkan konsep sama taraf sesama manusia sedangkan mereka
mementingkan taraf dan kelas dalam masyarakat.
Dari segi politik, mereka mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas Nabi Muhammad
s.a.w. sebagai nabi, sedangkan sejak dahulu mereka sentiasa bersaing untuk menjadi ketua.
Dari segi ekonomi, mereka khuatir perusahaan membuat patung terjejas kerana Islam tidak
memerlukan perantaraan patung untuk beribadat kepada Allah.
4. Mengapakah perlantikan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasul dianggap rahmat yang besar kepada
masyrakat Arab Jahiliah dan masyrakat dunia umumnya?
Jawapan
- Dengan Islam terhapusnya nilai dan unsur-unsur Jahiliah.
- Islam memperkenalkan ad-Din, satu cara hidup yang menyeluruh yang merangkumi soal ibadat dan
kehidupan harian.
- Islam membentuk tamadun manusia ke arah lebih maju dan cemerlang.
- Islam membawa pembaharuan seperti pendidikan dan keadilan sosial.
35
3. Senaraikan beberapa contoh yang menunjukkan bahawa konsep hijrah boleh diamalkan dalam
kehidupan pelajar.
Jawapan
Berusaha untuk mencapai kejayaan yang cenerlang jika kejayaan yang dicapai masih pada tahap
sederhana.
Berusaha untuk mengubah tingkah laku yang buruk kepada yang lebih baik.
4. Tahun 622 M. bersamaan 1 H.. berasaskan pengetahuan anda dalam matematik, tukarkan tahun
Masihi berikut kepada tahun Hijrah.
Jawapan
(a) 2000 M. = 1421 H.
(b) 2005 M. = 1426 H.
(c) 3000 M. = 1521 H.
Latihan dalam buku teks, muka surat 129.
1. Apakah piagam Madinah?
Jawapan
Sebuah perlembagaan bertulis yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. dengan panduan wahyu
Allah.
Piagam Madinah menjadi asas dan panduan pemerintahan kerajaan Islam di Madinah.
36
1. Politik
2. Agama
3. Sosial
4. Perundin
gan
5. Ekonomi
6. Pertahan
an
7.
Kedudukan
Yahudi
Orang Islam berpeluang menunaikan haji pada tahun berikutnya (629 M.).
37
Memberi kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki Makkah dan melakukan ibadat di Kaabah
pada bila-bila masa.
Nabi Muhammad s.a.w. dapat merangka program dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah
Arab secara aman.
Selepas dua tahun Perjanjian Hudaibiyah ini dimetrai, bilangan penganut Islam bertambah.
Pengislaman tokoh-tokoh penting Arab Quraisy seperti Khalid bin al-Walid, Amru al-As dan Uthman
bin Talhah menjadi ikutan kepada orang Arab Quraisy yang lain.
Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin yang dikagumi.
Menunjukkan orang Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.
5. Lukis sebuah carta kronologi yang sesuai dan susun peristiwa yang tersenarai di bawah ini mengikut
urutan masa yang betul. Carta kronologi yang dibina mestilah ada ruangan tarikh dan ruangan
peristiwa.
Jawapan
Pertama
Kedua
Ketiga
Keempat
Kelima
:
:
:
:
:
Perang Badar.
Perang Uhud.
Perang Khandak
Perjanjian Hudaibiyah.
Pembukaan semula kota Makkah.
Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah dengan tidak menghormati hak kebebasan yang
telah dipersetujui.
Membunuh beberapa orang Bani Khuzaah yang berpihak kepada Islam.
Sebagai strategi jangka panjang bagi penyebaran agama Islam;
Sekiranya Makkah dapat dikuasai, kerajaan Islam di Madinah akan bertambah mantap.
38
2.
Bincangkan asas-asas kerajaan Islam yang telah dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. sehingga
terbentuknya masyarakat Islam yang sempurna.
Jawapan
39
Jawapan
b. Pada pandangan anda, mengapakah peristiwa Hijrah dikatakan sangat penting dalam sejarah
perkembangan Islam?
Jawapan
4. Islam tersebar berasaskan kekuatan dakwah Islamiah bukan kerana peperangan:. Berikan alasanalasan anda.
Jawapan
40
Pentadbiran
1. Membaiki dan meningkatkan
kecekapan sistem pentadbiran.
2. Perlantikan pegawai pengurusan dan
pentadbiran.
3. Menubuhkan majlis syura yang
dianggotai wakil golongan mujahirin
dan ansar.
4. Membahagikan jajahan takluk Islam
kepada beberapa wilayah dan
melantik gabenor atau wakil sebagai
ketua yang bertindak sebagai
pentadbir awam dan panglima
tentera.
41
42
- Konsep perkongsian kemakmuran telah diasaskan melalui peranan baitulmal sepertimana yang dilakukan pada
zaman Nabi Muhammad s.a.w. lagi.
- Ini bermakna peranan orang berada dan orang-orang kaya tidak kira golongan peniaga, pedagang atau pengusaha
membayar cukai dan menyumbang kepada baitulmal adalah dengan matlamat membantu negara dan umat Islam
dalam bidang-bidang lain.
4. Apakah sumbangan penting kerajaan Banii Umaiyah dalam bidang keilmuan?
Jawapan
- Pada zaman ini, peranan Islam dalam penyebaran ilmu pengetahuan semakin maju dan amat disegani oleh
masyarakat Eropah.
- Kota Basrah telah muncul sebagai kota/pusat pengajaran dan penyebaran ilmu dlalam pelbagai bidang.
- Pada zaman ini muncul tokoh-tokoh ilmuan yang terkemuka seperti Khalil ibn Ahmad (pakar bahasa dan fisiologi
Arab), Sibawayhi (ahli nahu Arab), serta sasterawan seperti al-Farazdaq, Jarir, Umar ibn Rabiah dan Jamil al-Uzri.
- Pada masa ini bahasa Arab mencapai kemuncak bahasa ilmu dan bahasa rasni negara.
- Ilmu agama mengalami perkembangan yang pesat pada era Khalifah Umar ibn Abdul Aziz.
- Bidang-bidang tertentu seperti hadis dikaitkan dengan tokoh Urwajh bin al-Zubair dan Ibn Zihat al-Zuhri. Manakala
tokoh-tokoh lain seperti Ibn Jari (tafsir al-Quran), serta Hasan al-Basri dan Wasil ibn Ata (usuluddin).
Latihan dalam buku teks, muka surat 158.
1. Bagaimanakah kerajaan Bani Abasiyah ditubuhkan?
Jawapan
Kerajaan Bani Abasiyah ditubuhkan pada tahun 750 M. selepas gerakan atau revolusi Abasiyah yang berjaya
menumbangkan kerajaan Bani Umaiyah.
Gerakan menumbangkan pemerintahan Bani Umaiyah ditaja oleh Ali bin Abdulllah yang bergerak secara sulit dan
pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz, telah bergerak sevara terbuka.
Kempen-kempen bagi menjatuhkan Bani Umaiyah dilakukan atas nama Ahlut Bait (keluarga Nabi Muhammad
s.a.w.).
Baitulhikmah merupakan institusi keilmuan yang ditubuhkan pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid.
Institut ini berkembang pesat pada zaman pemerintahan Khalifah al-Makmun.
Kegiatan utamanya ialah penterjemahan karya falsafah dan sains dari Yunani.
Banyak hasil pengetahuan diterjemahkan dan menjadikan Islam maju dan terkenal.
Penyebaran ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang berlaku dengan pesat.
Baghdad menjadi pusat ilmu pengetahuan yang terkemuka.
Baitulhikamh juga merupakan pusat pemgajian yang menjadi tumpuan para ilmuan dalam pelbagai bidang.
43
Bahasa
Ilmu hadis dan al-Quran
Fikah
Kerajaan Uthmaniyah telah diasaskan sekitar awal abad ke-14 dan berakhir awal abad ke-20.
Kerajaan Uthmaniyah bermula dengan sebuah kerajaan kecil yang terletak di sebelah barat Anatolia (Turki hari ini)
dan kemudiannya berjaya menguasai kerajaan lain dan membentuk kerajaan Uthmaniyah.
Walaupun di bawah pengaruh Saljuk, Anatolia bebas daripada Kerajaan Saljuk.
Pengasas kerajaan ini ialah Uthman bi Ertughrul bin Sulaiman Shah. Beliau memainkan peranan penting
menunpaskan tentera Byzantine.
Dengan kejayaan ini, Uthman bin Urtughrul berjaya membentuk kerajaan Uthmaniyah dan seterusnya meluaskan
wilayahnya.
2. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah berjaya menyeberkan ajaran Islam.
Jawapan
Pegangan akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam.
Semangat ghazi (semangat kepahlawanan) yang tinggi dikalangan tentera Uthmaniyah.
Sistem ketenteraan empayar Uthmaniyah yang sistematik. Peralatan perang yang moden dan dapat menangkis
serangan musuh.
Kerajaan Uthmaniyah juga mempunyai kumpulan Janissari (kumpulan elit yang sangat terlatuh dalam selok-belok
peperanan).
Kerajaan Uthmaniyah mempunyai armada laut yang kuat dan dapat mengawal keselamatan di kawasan Laut
Mediterranean.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan Janissari?
Jawapan
Kumpulan tentera infantri elit yang sangat terlatih dalam selok-belok peperangan.
Tentera ini merupakan kumpulan kanak-kanak yang diambil menerusi sistem devshirme dan sebahagian daripada
mereka akan diserapkan dalam bidang pentadbiran.
Kanak-kanak ini telah diberi latihan fizikal dan ketenteraan serta selok-belok peperangan sejak awal.
Jawapan
Kerajaan Turki Uthmaniyah mengamalkan sistem pemerintahan bercorak monarki (warisan), pemerintahpemerintahnya adalah dari keturunan yang sama.
Ketua negara ialah sultan yang berfungsi sebagai ketua kerajaan, ketua tentera darat dan laut, ketua agama dan
hakim tertinggi. Sebarang perintah dianggap sebagai undang-undang yang wajib dipatuhi.
Dibawah sultan terdapat jawatan Wazir Agung (Perdana Menteri). Wazir bertanggungjawab kepada Dewan
Kebangsaan Turki yang dianggotai oleh menteri-menteri.
Dewan Kebangsaan Turki beryamggungjawab menggubal undang-undang negara.
Perkara berkaitan akidah dan ibadat adalah di bawah tanggungan Pengarah Urusan Agama.
Jawtan Kadi dan Mufti diadakan bagi menjalankan penghakiman dan menyelesaikan masalah fatwa.
Di peringkat daerah/kawasan, terdapat komander tentera, gabenor.
Di peringkat pusat terdapat Wazir Agung (Perdana Menteri) diikuti dengan menteri-menteri dan jabatan tertentu.
44
Dakwah
Kemajuan
Islam
(pengetahuan
)
Kerasionalan
agama Islam
dengan fitrah
manusia
Hubungan
Diplomatik
Cara Tamdun
Islam
Berkembang
Tarikan ajaran
Islam
Penjajahan
Perdagangan
Surat/warka
h
Menerusi perniagaan jarak jauh, orang-orang Islam telah bertemu dengan pelbagai masyarakat dan agama.
Menerusi aktiviti berniaga tersebut mereka berinteraksi. Secara tidak langsung berlaku pertukaran budaya,
bahasa dan kemahiran/kepakaran.
Menerusi agama Islam, sistem kehidupan masyarakat turut berubah. Mereka berpegang pada kepercayaan
kepada Allah dan nilai-nilai Islam.
Orang Islam dapat menguasai perdagangan di Eropah.
Orang Sepanyol dapat bertutur dalam bahasa Arab dan berpakaian sperti orang Islam.
Wujud golongan Mudejar, iaitu orang Islam tempatan yang tinggal di kawasan pemerintahan orang Kristian.
Wujud para pemikir dan intelektual Islam yang setanding dengan orang Barat.
Pengaruh Islam dalam seni bina dan ukir, contohnya Masjid Cordova.
45
Jawapan
2a.
1. Pemilihan berdasarkan
syura dan
Baiah.
Sistem pemilihan (4 cara);
Percalonan
Perundingan
Wasiat
Kelompok kecil
1. Pemilihan berdasarkan
sistem warisan.
4. Pusat pemerintahan di
5. Madinah.
4. Pusat pemerintahan di
Damsyik (Syria).
Huraikan perkembangan dan kemajuan ilmu matematik pada zaman Abbasiyah dan Umaiyah.
Jawapan
Pada zaman pemrintahan Abbasiyah dan Umaiyah, ilmu matematik telah berkembang dengan pesat.
Pengetahuan matematik bukan sahaja diperkenalkan dalam negara tetapi meluas sehingga ke negara Barat.
Al-Khawarizmi misalnya, telah mengarang buku matematik dan diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan
menjadi rujukan dan panduan masyarakat Barat.
46
Buku-buku al-Khawarizmi telah ditempatkan di uneversiti-universiti di eropah bagi rujukan pakar dai Barat.
Seorang ahli matematik barat telah terpengaruh dengan teori-teori matematik al-Khawarizmi.
Umar Khayyam pula telah mencipta takwim yamg lebih tepat berbanding takwim Gregorian. Beliau juga telah
mewujudkan ilmu algebra.
2b. Bincangkan sumbangan Ibn Sina dan al-Khawarizmi dalam bidang ilmu pengetahuan.
IBN SINA
1.
2.
3.
4.
AL KHAWARIZMI
1.
2.
3.
3. Pertumbungan antara tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia telah berlaku sejak zaman awal Islam lagi.
(a) Jelaskan bentuk pertembungan itu.
Jawapan
4. Tamadun Islam telah memberikan sumbangan yang besar kepada dunia Barat dab Timur.
(a) Jelaskan sumbangan tamadun Islam dalam bidang keilmuan.
Jawapan
47
Pakar dalam bidang falsafah, seperti Ibn Sina, Fakhral-Din, Ibn al-Arabi, Ibn Rushd dan Imam Ghazali.
48
49
Surau telah dijadikan sebagai tempat pengajaran al-Quran secara tidak formal.
Madrasah pula dijadikan sebagai pusat pendidikan secara tidak formal.
2. Secara berkumpulan, bincangkan pengaruh Islam di Asia Tenggara dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran,
bahasa dan kesusasteraan, budaya dan cara hidup serta ekonomi. Hasil perbincangan anda hendaklah dirumuskan
dalam bentuk grafik klasifikasi. Anda boleh mencipta grafik berdasarkan kreativiti ahli kumpulan anda.
Institusi Kesultanan
Sultan Ketua Negara
Mufti dilantik sebagai penasihat
sultan
Pegawai seperti kadi, pemungut
zakat
Islam agama rasmi
Nama negara seperti Acheh Darul
Salam
Undang-Undang Syariah
Semangat jihad
Pengaruh
Islam di
Asia
Tenggaara
Ekonomi
Zakat
Baitulmal
Rajin bekerja
Mencari rezeki halal, mlerang
perbuatan mengemis
Unsur-unsur halal semasa
berurusniaga
Riba dan penipuan dilarang
Berjimat cermat
Kemurnian ajaran Islam yang menerapkan konsep persamaan taraf sesama manusia.
Agama Islam juga menekankan moral dan akhlak yang baik seperti bekerjasama, tolong-menolong dan bertoleransi.
Agama Islam juga merupakan satu cara hidup yang lengkap yang merangkumi soal ibadat dan peraturan hidup dalam
politik, ekonomi dan sosial.
Islam merupakan agama yang tidak statik yang menganjurkan manusia berfikir secara rasional.
50
Dalam agama Islam, Tuhan yang disembah ialah Allah yang Maha Esa dan hal ini agak bebrbeza datipada agamaagama yang terdapat di Aisa Tenggara sebelum kedatangan agama Islam yang mempunyai banyak Tuhan.
4. Dengan memberikan contoh tertentu, bincangkan pengaruh yang dibawa oleh Islam kepada masyarakat Asia
Tenggara.
Jawapan
Pengaruh Islam terhadap masyarakat di Asia Tenggara dapat dilihat dalam pegangan agama dan cara hidup
yang diamalkan.
Dari segi agama dan kepercayaan, mereka telah memeluk agama Ilslam dan meninggalakan kepercayaan
tradisi seperti memuja semangat.
Cara hidup yang berorientasikan Islam ke rantau ini juga telah mengubah sistem sosial masyarakat kepada
kehidupan tanpa kelas.
Nilai-nilai akhlak dalam Islam seperti tolong-menolong, bersatu padu dan bekerjasama telah menjadi budaya
masyarakat.
51
Jawapan
- Kebesaran dan kemulian.
- Kedaulatan.
- Kuasa da pengaruh.
- Nama dan gelaran.
- Naungan rakyat.
- Kekebalan raja.
- Kuasa turun-temurun.
- Istiadat pertabalan.
- Penganugerahan kebesaran.
Adat Temenggung
1. Meletakkan taraf lelaki lebih tinggi
walaupun memberi persamaan kepada
wanita.
2. Pengaruh sistem/adat Temenggung.
3. Undang-undang adat yang mencorakkan
kehidupan masyarakat di Negeri-negeri
Melayu.
4. Jurai keturunan bapa lebih dipentingkan.
5. Falsafahnya meletakkan tanggungjawab
keluarga kepada lelaki.
- Kedua-dua adat mempunyai kecenderungan memihak kepada sesuatu pembahagian gender (lelaki atau perempuan).
Latihan dalam buku teks, muka surat 208.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan pendidikan formal dalam masyarakat Melayu tradisional?
52
Jawapan
Pendidikan formal berkaitan dengan keagamaan yang diterima secara langsung dan malaui perantaraan institusi
tertentu.
Corak pendidikan ini telah lama berkembang sebelum kedatangan Islam dan berasaskan tradisi Hindu dan Buddha.
Bidang pendidikan terbatas dan didominasi oleh golongan atasan dan golongan istana. Istana menjadi pusat
pengajian yang penting.
Pendidikan biasanya diberikan oleh golongan ulama atau Tok Guru yang ditugaskan khas untuk bakal pemerintah
dan pembesar kerajaan.
Kedatangan Islam menyemarakkan pendidikan formal pendidikan dijalankan di sitana, masjid, rumah, surau,
madrasah serta pondok.
2. Nyatakan contoh pengaruh Islam dalam seni khat, seni persembahan dan seni bina.
Jawapan
(A) Seni khat
Satu kesenian yang menonjolkan penulisan jawi dalam bentuk ukiran, pahatan dan reka cipta sesuatu hasil
seni. Tulisan khat pengaruh Arab dan Parsi mencorakkan perkembangan kesenian yang penting di bangunan
yang berunsurkan Islam dan di masjid-masjid ternama dan terkemuka.
Ukiran epigrafi seperti batu bersurat dan batu nisan masih lagi dominan sehingga ke hari ini. Batu Bersurat di
Terengganu ialah hasil seni tulisan yang tinggi kemahiran kebudayaannya.
Seni tulisan khat dikenali juga sebagai kaligrafi.
Ayat-ayat yang digunakan untuk tulisan khat di masjid, madrasah, dan surau ialah petikan ayat al-Quran
seperti surah Yasin, surah al-Fatihah dan lain-lain.
3. Nyatakan pengaruh Islam dalam bidang kesusasteraan pada zaman Kerajaan Melayu Melaka.
53
Jawapan
- Setelah kedatangan Islam di Melaka, penulisan karya sastera telah berkembang. Karya yamg dihasilkan terbahagi
kepada bentuk prosa dan puisi.
- Antara kesusasteraan bentuk hikayat yang dihasilkan adalah seperti Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat Nur
Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah, dan Hikayat Nabi-nabi seperti Hikayat Nabi Yusuf dan Hikayat Nabi Musa.
- Cerita-cerita tentang para sahabat seperti Hikayat Abu Bakar dan Hikayat Hasan dan Husin. Hikayat-hikayat lain
seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah telah menjadi karya yang penting dan disimpan di
istana Melaka.
4. Apakah fungsi surau dan masjid pada zaman Kesultanan Melayu Melaka?
Jawapan
- Sebagai institusi pendidikan formal, pusat pertemuan dan perkumpulan masyarakat serta tempat yang paling ideal
untuk mengembangkan ilmu-ilmu Islam.
- Kandungan pengajiannya merangkumi ilmu fikah, usuludin, hadis, tasawuf dan sebagainya.
Amalan riba tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan di kalangan orang Islam.
Golongan kaya dan berkemampuan diperintah membayar zakat harta, kutipan zakat akan disimpan oleh
baitulmal.
2. Apakah ciri-ciri Islam yang terdapat pada mata wang negeri Johor pada abad ke- 16?
Jawapan
3. Nyatakan peraturan-peraturan cukai yang dikenakan kepada pedagang yang berdagang pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka.
Jawapan
Para pedagang yang berniaga diwajibkan membayar cukai tehadap barang dagangan mereka sebelum urusan
perniagaan dapat dijalankan.
Terdapat beberapa jenis cukai, iaitu, cukai tetap (cukai import) yang jumlahnya ditetapkan oleh pemerintah.
Pedagang dari India, tanah Arab, Siam, dan Pegu enam peratus.
Jepun dan China lima peratus.
Orang asing dari Kepulauan Melayu cukai diraja sebanyak tiga peratus.
Orang asing lain cukai diraja enam peratus.
Terdapat barang tertentu seperti beras dan makanan tidak dikenakan cukai.
54
Undang-undang
Melaka
Undang-undang
Laut Melaka
1. Dua jenis undang-undang yang telah diamalkan oleh Kesultanan Melayu Mlelaka ialah Hukum Kanun Melaka dan
undang-undang Laut Melaka.
(a) Mengapakah undang-undang di atas digubal oleh pemerintah Melaka?
Jawapan
Kedua-duanya ialah undang-undang bertulis yang merupakan peraturan dan hukum bagi menjaga keamanan
dan keadilan.
Hukum Kanun Melaka berkaitan dengan peraturan dan hukuman (jenis hukuman) yang dijatuhkan kepada
mereka yang melakukan jenayah dan lain-lain bentuk kesalahan yang bersabit.
Undang-undang Laut Melaka berkaitan dengan hal dan tanggungjawab pengurus, pekerja mualim atau anak
kapal sebagai makmum dan nakhoda sebagai kapten atau imam bagi mengekalkan keselamatan, keamanan,
dan juga pembayaran cukai pelabuhan.
(b) Analisis kandungan fasal-fasal Hukum Kanun Melaka yang mempunyai pengaruh Islam.
Jawapan
Terdapat 44 fasal dalam Hukum Kanun Melaka dan hukum ini mempunyai 46 naskhah salinan yang disebut
dengan pelbagai nama.
Hukum Kanun Melaka menjelaskan tanggungjawab raja dan pembesar (pemerintah),pantang larang di
kalangan anggota masyarakat, hukuman terhadap kesalahan jenayah, undang-undang keuarga,
permasalahan ibadah, serta jenis-jenis hukuman terhadap kesalahan tertentu.
55
2. Bincangkan pengaruh Islam dlam bidang bahasa dan kesusasteraan di Tanah Melayu pada abad ke- 15 dan abad ke16.
Jawapan
Pengaruh Islam paling ketara dalam penggunaan tulisan jawi. Sebelum ini, tulisan lain seperti Pallava, Kawi (Jawa
Kuno), Sunda Kuno, Batak dan Rencong digunakan.
Huruf Arab diperkenalkan dan disesuaikan dengan tulisan Melayu.
Tulisan jawi amat berpengaruh dalam mencorakkan perkembangan literasi bahasa dari segi bacaan dan penulisan.
Tulisan jawi juga mencorakkan bahasa intelektual dalam pemgetahuan agama Islam dan pelbagai pengetahuan lain
seperti falsafah, undang-undang, fiqah, tauhid, sejarah, pengetahuan astronomi dan sebagainya.
Tulisan jawi menjadi tulisan komunikasi dan tulisan rasmi kerajaan Melayu di Tanah Melayu.
Banyak istlah Arab telah digunakan dalam bahasa Melayu.
Kesusasteraan Islam berkembang pesat dan menjadi bahan bacaan dan pengetahuan yang penting kepada
masyarakat Melayu. Kesusasteraan ini berkembang bersama agama Islam di Nusantara dan di Asia.
Pada peringkat awal, kesusasteraan rakyat disebarkan secara lisan dan kebanyakkannya ialah cerita asal usul yang
merakamkan kepercayaan tentang alam, nama tempat, tumbuh-tumbuhan dan binatang.
Setelah kedatangan Islam ke Melaka, penulisan karya sastera telah berkembang. Karya yang dihasilkan terbahagi
kepada bentuk prosa dan puisi.
Antara kesusasteraan bentuk hikayat yang dihasilkan adalah seperti Hikayat Nabi Muhammad, Hikayat Nur
Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah dan Hikayat Nabi-nabi seperti Hikayat Nabi Yusuf dan Hikayat Nabi Musa.
Cerita-cerit tentang para sahabat seperti Hikayat Abu Bakar dan Hikayat Hasan dan Husin. Hikayat-hikayat lain
seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah telah menjadi karya yang penting dan disimpan di
istana Melaka.
Sastera berbentuk puisi antaranya Syair Dahulu Kala yang ditulis oleh Tengku Ampuan Mariam di Terengganu.
Banyak hikayat saduran bercorak Arab-Parsi seperti Hikayat Abu Nawas dan Hikayat Hasan Damsyik menjadi bahan
bacaan popular dalam masyarakat Melayu.
56
57
Jawapan
- Renaissance berasal daripada perkataan Itali, iaitu renisciment yang bermaksud kelahiran semula. Istilah ini
merujuk pada penghargaan semula ilmu yang telah dihasilkan oleh cindekiawan dan pejuang seni dalam tamadun
Rom dan Yunani.
- Kegemilangan tamadun tersebut telah tenggelam pada zaman gelap dan kegemilangan itulah yang telah muncul
dan dikembangkan semula pada zaman Renaissance.
2. Apakah ciri-ciri yang terdapat pada di negara Itali sehingga menyebabkan tercetusnya Renaissance di situ?
Jawapan
Kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan yang kuat dan kukuh melalui amalan pembayaran cukai secara
langsung kepada kerajaan pusat.
Kuasa raja semakin kukuh menyebabkan setiap raja di Eropah ingin menaikkan imej/status negara sehingga kuasa
gereja dan kuasa golongan bangsawan bertambah kurang. Monarki baru terdapat di Portugal, Castile dan Aragon
(Sepanyol), England, Perancis dan Belanda.
Reformatiom berasal daripada perkataan reform yang bermaksud melaksanakan perubahan atau pembaharuan
terhadap sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baik atau membentuk sesuatu yang baru.
58
Reformation merupakan satu gerakan yang berlaku di Eropah Barat dalam tempoh antara tahun 1500 1600 M. dan
mempunyai kaitan dengan agama Kristian.
2. Terangkan sebab-sebab utama berlakunya penjelajahan dan penerokaan orang Eropah ke Timur.
Jawapan
Faktor Ekonomi
Orang-orang Eropah ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera, dan rempah dari Timur yang
mendatangkan keuntungan besar kepada pedagang Eropah dan raja mereka. Ini juga nerupakan pendorong
penting kuasa-kuasa Eropah menjelajah ke Timur.
Faktor Agama
59
Perang Salib yang berlaku antara orang Islam dengan orang Kristian mencetuskan hasrat orang Kristian untuk
menyebarkan agama mereka ke Timur.
Faktor Politik
Kemunculan monarki baru di Eropah seperti England, Perancis dan Belanda turut menggalakkan penerokaan
dan penjelajahan ke Timur. Secara tidak langsung hal ini dapat menaikkan imej negara bangsa.
Penjelajahan dan penerokaan kuasa-kuasa Eropah dapat dikaitkan dengan kata-kata gold, gospel dan glory.
2. Nyatakan kesan penguatkuasaan Akta Pemagaran Tanah pada zaman Revolusi Pertanian di eropah.
Jawapan
Kesan penguatkuasaan Akta Pemagaran Tanah pada zaman Revolusi Pertanian di Eropah ialah:
Terdapatnya kawasan yang lebih luas untuk digunakan bagi penanaman secara besar-besaran (ladang).
Rakyat biasa yang dahulunya bergantung pada tanah awam untuk menampung kehidupan mereka telah kehilangan
punca rezeki.
Golongan petani kecil-kecilan menjadi buruh di ladang dan terdapat juga mereka yang berhijrah ke bandar dan
menjadi buruh di kilang.
Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Dasar Pertanian Negara bagi menggalakkan pengeluaran tanaman
makanan yang mencukupi untuk keperluan negara dengan memperkenalkan perubahan dalam penggunaan
tanah.
Tanah-tanah yang tidak ekonomik disatukan agar satu sistem penanaman yang lebih ekonomik dapat
dilaksanakan dengan pengurusan ladang yang lebih cekap.
Tanah yang disatukan dapat diusahakan secara intensif agar produk pertanian dapat dipertingkatkan dengan
penggunaan teknologi pertanian moden seperti traktor, jentera-jentera pembajak, sistem tanaman bergilir,
penggunaan kerja organik yang dapat menghasilkan pulangan yang lumayan.
Kerajaan menerusi agensi-agensi yang berkaitan seperti Bank Pertanian, Kementerian Pertanian, MARDI,
dan RISDA, memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf hidup petani seperti penanaman benih
padi baru PUTERI yang dijangka dapat menampung keperluan beras negara dan dengan itu kerajaan tidak
perlu lagi mengimport beras dari luar negara.
60
Kaedah pemasaran yang lebih efisien seperti aspek pembungkusan dan pelabelan dapat mempertingkatkan
pemasaran hasil pertanian ke seluruh negara dan untuk dieksport. Agensi seperti FAMA memainkan peranan
penting untuk membantu golongan petani memasarkan hasil-hasil pertanian mereka.
Antara langkah yang dibuat termasuklah menyatukan tanah dan memulihkan tanah terbiar. Seterusnya
ditanam dengan tanaman pertanian berbenuk mini estet. Contohnya, mini estet/tanaman berkelompok padi
yang dilaksanakan oleh Lembaga Persatuan Peladang di Asam Jawa, Kedah, dan oleh syarikat-syarikat
kerjasama. Perkara ini sama seperti yang berlaku dalam Revolusi Pertanian di Briratin yang melaksanakan
Akta Pemagaran Tanah untuk mengusahakan tanaman pertanian dalam bentuk skala besar bagi
mendapatkan pulangan yang lumayan.
Langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia seperti di atas hampir sama denagn fenomena
yang terdapat semasa Revolusi Pertanian di Britain seperti perubahan dalam sistem pemggunaan dan
pemilikan tanah, penggunaan kaedah atau teknik saintifik dalam pertanian, [enggunaan alatan baru,
penggunaan baja serta kaedah pemasaran produk pertanian secara berkesan. Di Tanjung Karang, Selangor,
terdapat sawah padi yang telah disatukan bagi membolehkan jentera pembajak tanah dan penuaian
digunakan. Dengan cara ini, kegiatan pertanian dapat dipercepat dan penghasilan dipertingkatkan. Kegiatan
ini juga telah menyebabkan pekerjaan berkurangan di kawasan berkenaan kerana laedah penanaman dan
penuaian padi ini tidak memerlukan terlalu ramai buruh seperti dahuku. Ini membolehkan anak-anak muda di
kawasan tersebut berhijrah untuk bekerja di kilang-kilang di Shah Alam dan Petaling Jaya.
b. Kenal pasti kejadian yang serupa atau hampir serupa yang berlaku di tempat lain di Malaysia.
Jawapan
c.
Berdasarkan petikan di atas, kejadian yang sama turut berlaku di daerah Rembau, Negeri Sembilan, kerana
kebanyakkan penduduk mempunyai tanah-tanah adat yang agak kecil keluasannya dan tidak diusahakan
secara giat kerana tidak ekonomik.
Pihak kerajaan atau swasta dengan persetujuan tuan-tuan tanah berusaha menyatukan tanah-tanah yang
kecil untuk menjalankan Projek Tanaman Kelompok supaya kawasan itu dapat diusahakan dengan lebih
intensif seperti penggunaan jentera-jentera pembajak, sistem saliran yang baik dan kaedah penyiraman
moden.
Ini meyebabkan tenaga manusia tidak banyak digunakan dalam proses penanaman, pemungutan hasil,
pemasaran dan sebagaimya.
Ini meyebabkan buruh dalam sektor pertanian terpaksa berhijrah ke bandar-bandar besar seperti Kuala
Lumpur dan Seremban untuk mendapatkan pekerjaan.
Bincangkan persamaan dan perbezaan fenomena di Tanjung Karang dengan apa yang berlaku di Britain semasa
Revolusi Pertanian.
Jawapan
Persamaan
Penggunaan teknologi moden mesin pembajak dan mesin menuai dicipta bagi menggantikan tenaga menusia dan
binatang.
Penggunaan bijih benih yang bermutu tinggi dapat mengeluarkan hasil dengan cepat, tahan ancaman penyakit.
Sikap petani yang dapat menerima perubahan pertanian memberikan pulangan yang lumayan dan menjalin masa
depan mereka.
Bidang pertanian telah mewujudkan peluang pekerjaan baru dan hal ini dapat menghalang penghijrahan penduduk ke
bandar.
61
Perbezaan
Dari segi pemodenan
Britain agak menyeluruh, mampu menghasilkan hasil pertanian yang mencukupi untuk seluruh
penduduk Britain dan untuk eksport.
Tanjung Karang pengeluaran masih belum mencukupi untuk menampung keperluan negara.
Spinning Jenny mesin pemintal benang ciptaan John Hargreaves (1770) dapat memintal lapan jurai benang dalam
satu masa.
Water Frame alat pemintal benang ciptaan Richard Arkwright (1769) digerakkan dengan menggunakan kuasa
wap serta dapat memintal benang dengan lebih banyak.
3. Apakah persamaan yang tedapat dalam proses Revolusi Pertanian dan Perindustrian?
Jawapan
Kedua-dua revolusi saling berkaitan kerana Revolusi Pertanian telah memberikan sumbangan kepada pertumbuhan
dan perkembangan Revolusi Perindustrian dari segi penyediaan modal. Petani yang menjadi kaya hasil daripada
Revolusi Pertanian telah melaburkan lebihan keuntungan mereka dalam bidang perindustrian yang belum
menjanjikan pulangan yang lumayan.
62
Revolusi Pertanian dapat menyediakan bahan makanan yang mencukupi dan tidak perlu mengimport makanan. Dana
dan wang dapat diselamatkan dan dilabur bagi membantu menjana perkembangan industri dalam negara. Inilah yang
dikatakan Revolusi Pertanian menyediakan asas kepada pencetusan Revolusi Perindustrian.
Dalam Revolusi Perindustrian, pengeluaran dapar dihasilkan dalam skala yang besar dan cepat.
Keadaan ini sama seperti Revolusi Pertanian apabila terdapat kaedah/teknik pertanian baru dan moden, pengeluaran
hasil pertanian meningkat dengan mendadak. Lebihan pemgeluaran dalam bidang pertanian dan perindustrian dapat
diperdagangkan atau dikomersialkan.
Negara tersebut merupakan negara penjajah utama dan kuasa maritim yang ulung.
2. Jelaskan kesan penciptaan kereta api pada masa berlakunya Revolusi Perindustrian.
Jawapan
Dapat mengangkut barang lebih pantas dan kereta api menjadi kenderaan penganngkutan bagi pekerja kilang.
3. Mengapakah akta tertentu diperlenalkan dalam bidang perindustrian khususnya tentang penggunaan buruh?
Jawapan
Imperialisme merupakan penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap lain yang lebih lemah.
Penguasaan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari segi politik dan ekonomi.
2. Bincangkan faktor ekonomi yang mendorong kedatangan kuasa Barat ke Asia Tenggara.
Jawapan
Ingin mendapatkan bahan mentah, dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan untuk keperluan perindustrian
mereka.
Memasar hasil keluaran industri masing-masing ke Asia Tenggara.
Penciptaan kapal wap memudahkan perhubungan dan mempercepatkan perjalanan.
63
Britain mencari pasaran baru di Asia Tenggara memandangkan barangan keluaran Britain tidak dapat dieksport ke
Amerika dan Eropah kerana tarif diperkenalkan bagi melindungi industri mereka.
Golongan seni dinaungi oleh pedagang-pedagang kaya dan memainkan peranan penting untuk
mencantikkan dan menghiasi bandar dan gereja dengan ukiran dan lukisan yang cantik.
Mereka melahirkan perasaan dan emosi melalui karya berbentuk tulisan, seni bina, seni ukir, seni muzik.
Berjaya memupuk dan melahirkan budaya yang dapat menyuburkan perasaan keyakinan diri.
64
3. Huraikan pengajaran-pengajaran yang anda peroleh daripada Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian.
Jawapan
Semangat keusahawanan, kegigihan serta kesanggupan mengambil risiko merupakan asas kepada kejayaan
dalam sesuatu bidang yang diceburi.
Bidang sains dan teknologi tidak dapat dipisahkan dalam menerokai dan menceburi bidang pertanian dan
perindustrian.
Sesuatu perubahan yang cuba dilakukan sudah tentu akan mendapat tentangan dan segala tentangan
tersebut akan dapat diatasi, sekiranya ditangani dengan fikiran yang bijak dan waras.
Sesuatu perubahan yang dilakukan sudah tentu membrikan kesan kepada bidang lain. Perubahan tersebut
perlu ditangani dengan bijak supaya tidak menimbulkan sebarang masalah.
Bidang pertanian dan perindustrian hendaklah dijalankan secara besar-besaran supaya mendapat
keuntungan.
4. Pada pendapat anda, bagaimanakah kemajuan bidang pengangkutan dapat meningkatkan perkembangan
Revolusi Perindustrian di Britain.
Jawapan
Sistem jalan raya yang baik memudahkan barangan diangkut dari satu tempat ke tempat lain.
Pengenalan kereta api dapat menghubungkan kawasan bandar dan desa dan merupakan alat pengangkutan
yang berkesan dan murah kerana dapat mengangkut barang dalam kuantiti yang banyak.
Rekaan enjin yang berkuasa wap dapat membantu pergerakan kereta api dengan laju.
Sistem pengangkutan laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap dapat mengangkut dan memasarkan
barangan dengan lebih banyak, cepat dan dengan kos yang murah pada peringkat antarabangsa.
65
Jawapan
- Ekonomi yang mempunyai hasil pengeluaran dalam skala yang kecil, menggunakan teknologi yang mudah, modal
yang kecil, jumlah buruh yang terhad dan pasaran yang kecil.
- Meliputi kegiatan ekonomi seperti melombong,, bercucuk tanam, memungut hasil hutan, menternak binatang, dan
menangkap ikan secara kecil-kecilan untuk keperluan sara diri.
- Sekiranya ada lebihan pengeluaran, biasanya, digunakan semula oleh keluarga atau kumpulan masyarakat untuk
tujuan pertukaran barang, kenduri-kendara, pembayaran zakat, sedekah atau hadiah.
- Lebihan pengeluaran disimpan untuk satu tempoh tertentu terutama aktiviti ekonomi yang bermusim seperti
penanaman padi bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan.
2. Bagaimanakah masyarakat Melayu tradisioanal menjalankan aktiviti pertanian?
Jawapan
- Berbentuk sara diri untuk keperluan sendiri dan keluarga secara kecil-kecilan.
- Tanaman yang diusahakan adalah seperti ubi, pisang, kelapa, sayur-sayuran.
- Menggunakan teknologi yang mudah seperti tajak, cangkul, tugal, serta tenggala yang menggunakan tenaga
kerbau.
- Menggunakan sistem pengairan yang mudah dan ringkas berasaskan sumber air dari sungai atau hujan.
- Aktiviti pertanian dijalankan secara bersama oleh sesebuah keluarga sahaja, tidak wujud pengkhususan pekerjaan
yang jelas.
- Teknologi pertanian lebih banyak digerakkan oleh tenaga binatang atau manusia, bukannya mesin.
Latihan dan Aktiviti dalam buku teks muka surat 258.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi dagangan?
Jawapan
- Kegiatan pertanian atau perlombongan yang melibatkan lebihan pegeluaran untuk tujuan pemasaran.
- Pengeluaran dalam skala yang besar, penggunaan tenaga buruh yang ramai, modal yang besar, teknologi yang
lebih tinggi, pemasaran yang lebih luas, pengurusan ladang dan lombong yang cekap.
2. Apakah peranan pembesar Melayu dalam perlombongan bijih timah di Tanah Melayu sebelum kedatangan British?
Jawapan
- Menjadi pemilik lombong bijih timah yang diusahakan oleh buruh tempatan, seperti Long Jaafar, Ngah Ibrahim, Raja
Jumaat di Selangor, Datuk Kelana Putra, Datuk Bandar,Datuk Muda Linggi di Sungai Ujong, Negeri Sembilan.
- Memantau dan mengawal penglibatan orang-orang China dalam aktiviti perlombongan bijih timah.
- Memberikan kebenaran/persetujuan kepada pengusaha China untuk mengusahakan kawasan perlombongan yang
berada di bawah kawalan dan penguasaan pembesar Melayu.
- Menjadi pembeli hasil bijih timah yang dilombong.
- Menentukan harga belian bijih timah yang dijual oleh pengusaha lombong bijih timah kepada pembesar Melayu.
3. Senaraikan aktiviti pertanian komersial sebelum berkembangnya perusahaan getah di tanah Melayu.
Jawapan
66
- Ubi kayu
- Tebu
- Lada hitam
- Gambir
- Tembakau
- Kopi
4. Nyatakan sumbangan Henry N. Ridley dalam perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu.
Jawapan
Berusaha meyakinkan peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran dan mengagihkan benih getah
secara percuma.
Memperkenalkan cara menoreh getah mengikut sistem torehan ibidem atau seperti bentuk tulang ikan kering yang
tidak merosakkan pokok.
Memperkenalkan tanaman baru seperti kopi, tembakau dan getah yang mendapat pasaran baik di peringkat
antarabangsa.
Mengkomersialkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.
Tanaman komersial diusahakan secara ladang dengan menggunakan tenaga buruh dari China dan India.
Undang-undang berhubung dengan pemilikan tanah diperkenalkan bagi melindungi tanah milik orang Melayu
daripada diceroboh oleh pemodal asing.
2. Apakah kesan pengenalan undang-undang tanah oleh British kepada masyarakat Melayu?
Jawapan
Individu atau syarikat yang hendak mengusahakan sesuatu kawasan tidak lagi perlu mendapat kebenaran daripada
pembesar Melayu, tetapi mesti membuat pemohonan di Pejabat Tanah.
Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan seperti
nipah, damar dan rotan.
Residen di negeri-negeri Melayu mempunyai kuasa yang besar untuk menentukan jumlah kawasan konsesi tanah
yang akan diberikan kepada para pemodal.
Membawa kepada perkembangan sistem ekonomi wang di kalangan masyarakat Melayu.
Semua urusan seperti jual beli, cukai, sewa tanah, barang keperluan dan perkhidmatan dibayar dengan wang.
67
Aktiviti pertanian komersial bermaksud perdagangan atau jualan sama ada untuk permintaan dalam negara
atau untuk tujuan pasaran ke luar negara.
Mencerminkan kemajuan dari segi peningkatan pengeluaran, jenis pertanian yang diusahakan, keluasan
tanah yang digunakan, pengurusan ladang, penggunaan teknologi pertanian yang lebih cekap (sistem saliran,
pembajaan, benih-benih yang baik), penggunaan tenaga buruh yang ramai dan lain-lain.
Melibatkan pemodal Eropah dan China. Orang Melayu tersisih daripada kegiatan ekonomi pertanian
komersial. Oleh sebab itu tidak lahir usahawan di kalangan orang Melayu sehingga Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan.
68
Penjajahan British terhadap Tanah Melayu menjadikan Tanah Melayu negara pertanian untuk kepentingan
British di Tanah Melayu dari segi mendapatkan modal dan bekalan bahan mentah, serta membangunkan
tanah dan kawasan yang berpotensi menjadi kawasan pertanian komersial.
Hasil pertanian komersial yang digalakkan pada abad ke-19 ialah ubi kayu, tebu, lada hitam, gambir,
tembakau dan kopi. Tanaman ini diusahakan di Sabah, Sarawak dan Johor.
Di Johor, lada hitam dan gambir diusahakan dalam skala besar dan melibatkan Sistem Kangcu, iaitu buruhburuh China sehingga tahun 1860-an, Johor dianggarkan mempunyai 1200 ladang lada hitam dan gambir.
Kejayaan yang dicapai oleh pemodal-pemodal Eropah dan China dalam ekonomi pertanian komersial adalah
disebabkan oleh modal, teknologi, konsesi tanah yang luas dan tempoh pajakan yang lama.
Masyarakat Melayu masih terikat dengan ekonomi pertanian sara diri dan terpinggir daripada perubahan
ekonomi pertanian komersial. Ini menyebabkan wujudnya dwi ekonomi dengan ekonomi komersial yang
memberikan keuntungan dan kekayaan kepada golongan China dan pengusaha Eropah, sementara ekonomi
tradisional yang ketinggalan melibatkan petani-petani Melayu yang dibelenggu oleh kemiskinan.
Pada abad ke- 20, pemodal British mula mengusahakan getah untuk tujuan eksport.
2. Bincangkan sumbangan Henry N. Ridley dalam perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu.
Jawapan
3. Bincangkan tindakan kerajaan British dalam menghadapi kemerosotan harga getah sebelum perang
Dunia Kedua.
Jawapan
Memperkenalkan rancangan Sekatan Stevenson 1922 yang menghadkan pengeluaran getah oleh negara
pengeluar.
Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa 1934 di mana pekebun kecil getah diberi kuota
yang lebih rendah dalam pengeluaran getah. Ini kerana mereka dilihat sebagai ancaman kepada pengusaha
ladang.
4. Huraikan kemasukan imigran atau buruh asing di Tanah Melayu dari awal abad ke- 19 hingga awal abad ke- 20.
Jawapan
(a) Kemasukan buruh China
Berlaku dengan pelbagai cara seperti sistem kredit, sistem pengambilan kakitangan, dan sistem
pengambilan rumah kongsi.
Bakal buruh asing ke Tanah Melayu dikumpulkan dari kampung-kampung oleh kheh-thau (ketua). Ketua
ini dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa. Bakal-bakal imigran ini dikenali
sebagai Sin kheh.
Sin kheh tidak mampu membiayai perbelanjaan mereka ke Tanah Melayu, diletakkan di bawah
pengawasan agensi buruh yang telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran berkenaan.
Sin kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis bagi menjelaskan hutang mereka dengan
cara bekerja dengan majikan berkenaan dalam suatu tempoh tertentu.
69
Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka tujui serta keterangan
sama ada mereka bebas atau berhutang.
Apabila sampai ke pelabuhan,mereka akan diambil oleh pemborong buruh yang bertindak sebagai orang
tengah yang akan mendapatkan majikan untuk mereka dengan bayaran tertentu.
Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke negara China untuk mendapatkan
buruh.
Segala tambang dan perbelanjaan buruh dibiayai oleh majikan.
Pegawai berkenaan bertanggungjawab mengiringi buruh-buruh tersebut sehingga sampai di tempat
majikan.
Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh tersebut sehingga sampai di rumah kongsi
di Tanah Malayu.
Apabila buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi, pembawa buruh dibayar dengan kadar
tertentu seperti yang dipersetujui.
Kemasukan buruh India ke Tanah Melayu dibuat melalui bebrapa cara seperti sistem Buruh Bebas,
Sistem Kontrak dan Sistem Kangani.
Sistem Kontrak
Majikan akan membiayai tambang ke Tanah Melayu dan sebagai balasan, buruh akan bekerja dengan
majikan untuk jangka masa tertentu (satu hingga tiga tahun) dengan bayaran minimum antara sembilan
hingga tiga belas sen sehari.
Sistem Kangani
Seorang kangani (ketua/mandur/tandil) duberikan kepercayaan oleh majikan dan dihantar pulang ke India
untuk mencari tenaga buruh.
Kangani diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh sehingga mereka tiba di
Tanah Melayu.
Kangani merupakan pengurus agensi yang membawa masuk buruh-buruh India ke Tanah Melayu.
70
5. Huraikan peranan institusi kewangan dan insurans dalam perkembangan ekonomi di Tanah Melayu dari
tahun 1859-1948.
Jawapan
Berperanan menyediakan kemudahan pinjaman ke[ada pelabur dan ini memesatkan lagi perkembangan
industri getah dan bijih timah.
Memperkenalkan sistem kewangan moden yang berorientasikan keuntungan dengan memperkenalkan kadar
faedah yang tinggi.
Penubuhan dapat menjana perkembangan pesat ekonomi Tanah Melayu kerana dana dari luar negara dapat
disalur terus ke Tanah Melayu dengan lebih mudah dan cepat.
Bank dapat bertindak sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimport yang membolehkan
urusan perdagangan antarabangsa berjalan dengan lebih licin dan teratur.
Peranan institusi insurans amat penting akibat daripada perkembangan ekonomi antarabangsa. Antara
perkhidmatan insurans yang penting ialah insurans maritim, insurans kebakaran, insurans harta, insurans
perniagaan dan kemalangan serta insurans nyawa.
Keperluan untuk melindungi kapal-kapal dagang daripada kebakaran.
Institusi kewangan dan insurans memainkan peranan yang sangat besar dalam perkembangan ekonomi di
Tanah Melayu dengan menyediakan pinjaman, kemudahan urusan pedagangan import-eksport, menyalurkan
dana, melindungi kepetingan pedagang-pedagang antarabangsa dalam urusan perniagaan.
71