Anda di halaman 1dari 2

Ulasan

Tong warna BIRU - untuk menyimpan kertas


Tong warna COKLAT - untuk menyimpan kaca
Tong warna JINGGA - untuk menyimpan tin aluminium & plastik

PERINGATAN

Meskipun tong-tong kitar semula diberikan kod warna, namun perlu diingat bahawa kod
warna tong kitar semula tidak sama dengan kod warna lampu jalan.

Kod warna tong kitar semula diwujudkan untuk memudahkan murid-murid sekolah dan
orang ramai mengenal dan menggunakan tong kitar semula yang disediakan oleh
kerajaan dengan cara yang betul.

KOD WARNA BUKAN BERTUJUAN UNTUK MEMINTA ANDA MELAKUKAN


KITAR SEMULA, TETAPI UNTUK MEMBERI TAHU ANDA TONG MANA
YANG HARUS ANDA GUNAKAN UNTUK MENYIMPAN BAHAN-BAHAN
KITAR SEMULA. DENGAN KATA LAIN, KOD WARNA ITU BERTUJUAN
UNTUK MENGAJAR KITA CARA BETUL MENGGUNAKAN TONG-TONG
TERSEBUT, DALAM USAHA KITA MELATIH DIRI MENGAMALKAN KITAR
SEMULA.
Akan tetapi, anda, saya dan kita semua tidak harus bergantung kepada tong kitar semula
yang disediakan oleh kerajaan untuk mengamalkan kitar semula.

Ingat kembali takrif kitar semula iaitu reduce, reuse dan recycle - 3R. Adalah jelas
bahawa daripada 3R itu, hanya 1R yang memerlukan penggunaan tong manakala 2R iaitu
reduce dan reuse tidak langsung melibatkan penggunaan tong kitar semula.

Selain daripada itu juga, anda, saya dan kita semua tidak harus bergantung kepada tong-
tong kitar semula yang disediakan oleh kerajaan untuk mengasingkan sisa-sisa buangan
dari premis masing-masing. Kita boleh mengasing sisa-sisa tersebut dari rumah dan
hantar terus ke kilang kitar semula atau kepada collector yang aktif bergerak di kawasan
masing-masing.

Anda, saya dan kita semua boleh juga menyediakan tempat simpanan sementara seperti
tong sampah yang kita beli dari supermarket, baldi, kotak dan sebagainya, masing-
masing, sebelum kita membawa bahan-bahan yang telah kita asingkan itu ke kilang atau
menyerahkannya kepada syarikat-syarikat collector di kawasan masing-masing.

Oleh itu, janganlah kita jadikan kod warna itu sebagai satu yang mandatori hatta ke atas
tempat simpanan sementara yang kita sediakan sendiri itu. Demikian juga, janganlah kita
berdalih dan memberi alasan bahawa kerajaan tidak menyediakan tong biru, coklat dan
jingga di tempat kita kerana itu kita sukar untuk mengamalkan kitar semula.
Apa yang penting ialah kesedaran dan tindakan kita mengamalkan konsep 3R itu di mana
jua kita berada. Bukan prihatin tetapi sedar.

Anda mungkin juga menyukai