Anda di halaman 1dari 2

AMALAN TAHUN BARU CINA

Ang pau
Secara tradisi, ang pau atau sampul merah (Cina Tradisional: 紅包,
Cina Ringkas: 红包, pinyin: hóng bāo, bahasa Hokkien (POJ):
âng-pau; bahasa Hakka: hung bao; 利是, 利市 atau 利事,
bahasa Kantonis: lai shi atau lai see) diedarkan sepanjang
sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang
tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu
kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada
kanak-kanak.

Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua


ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya
bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil
dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara
pengebumian (帛金, bó jīn). Oleh sebab angka 4 dianggap
membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya
dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4
ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama
bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam
angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.

Pasar Tahun Baru


Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual
barangan Tahun Baru. Pasar ini biasanya berbentuk pasar terbuka
dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dan sebagainya
kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun
baru atau sebagai hiasan rumah.

Bunga api
Pada zaman silam, batang buluh yang berisi serbuk meriam dan
dibakar untuk menghasilkan letupan kecil pernah digunakan di
China untuk mengusir puaka. Pada zaman moden pula, kaedah ini
berubah menjadi penggunaan mercun pada musim perayaan.
Mercun biasanya diikat pada tali panjang berlakur yang digantung.
Setiap batang mercun digulungkan dalam kertas merah kerana
warna merah itu bertuah, dan berisi serbuk merian dalam
terasnya. Apabila dibakar, mercun melepaskan bunyi meletup-letup
yang kuat. Oleh sebab mercun biasanya berangkai dalam bilangan
ratusan, mercun menghasilkan letupan memekakkan yang
dipercayai boleh mengusir roh-roh jahat. Penyalaan mercun juga
melambangkan peristiwa yang ria dan menjadi satu aspek penting
dalam sambutan Tahun Baru Cina .

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina

Anda mungkin juga menyukai