Anda di halaman 1dari 1

 

 Dapatkan sokongan dari pihak pengurusan


Langkah pertama yang perlu dilakukan untuk memulakan program pengumpulan adalah dengan
mendapatkan sokongan dari pihak pengurusan atasan. Seorang koordinator yang berwibawa perlu
dilantik untuk menerajui program ini. Dia haruslah bekerjasama dengan inidividu yang
bertanggungjawab mengendalikan segala kemudahan pengurusan, pengendalian bahan-bahan,
pengangkutan dan perolehan, di samping menjalinkan kerjasama dengan pembeli, kontraktor,
pekerja dan orang awam.

 Menubuhkan kelab/persatuan
Kebanyakan syarikat telah mengenalpasti bahawa penubuhan sesuatu kumpulan untuk
mengendalikan program pengurangan sampah dapat membantu menentukan kejayaan program ini.
Kumpulan tersebut akan merancang, melaksanakan perancangan dan menguruskan perjalanan
program ini. Pekerja yang dikenal pasti berpotensi untuk membantu program ini mestilah
disenaraikan .Contohnya, pekerja yang terlibat dalam membina sistem pengumpulan mestilah
mempunyai latarbelakang kerja yang berkaitan.
 Ketahui sampah yang dibuang
Adalah penting untuk kita mengetahui sisa buangan yang dihasilkan di tempat kerja kita sebelum
menjalankan proses pengumpulan. Langkah terbaik adalah dengan mengendalikan satu "Penilaian
Sampah". Penilaian ini mampu membantu mencapai matlamat menurangkan penghasilan sampah
dan seterusnya mencapai matlamat kitar semula. Penilaian ini juga dapat menjadi panduan dalam
mengawasi perkembangan program ini.

Anda mungkin juga menyukai