Anda di halaman 1dari 20

.....INIKAH CINTA??.....

EPILOG.....

Hidupku begitu ceria dengan hari-hari yang indah. Aku tidak seperti perempuan yang begitu menjaga
akan kekemasan diri apabila berada di rumah. Bagiku apabila berada di luar dan berhadapan dengan
masyarakat sahaja kita perlu menjaga penampilan diri. Bagiku tempat yang paling bagus untuk
menghabiskan masa dan melepak ialah rumah...”RUMAHKU...SYURGAKU”.....MIYA
Sejak akhir-akhir ini isteriku semakin renggang denganku, sehingga mengambil keputusan untuk
meminta aku menceraikan dia. Namun, aku masih menyayangi dia, aku tidak mengerti kenapa dia
meminta aku menceraikan dia sedangkan aku masih cintakan dia. Tidak pernah berlaku
pertengkaran antara kami, mungkin disebabkan aku terlampau mementingkan kerjaya sehingga
terlupa melayani......AZMEER

****

“ Akhirnya sampai juga aku kat sini, masih seperti dulu, teringat kenangan bersama ayah....,”

Lama Azmeer berdiri di halaman sambil mengimbau kenangan lama bersama ayahnya,
namun kenangan hanya tinggal kenangan, ayahnya yang dikasihi sudah lama menghadap Illahi sejak
sepuluh tahun yang lalu sewaktu dia berusia 20 tahun. Lamunannya terhenti apabila hujan turun
renyai-renyainya.

“ Baik aku masuk sekarang, hari pun dah hujan ni....minta-minta la adik ada kat rumah. ”

Rumah peninggalan ayahnya, sebenarnya diduduki oleh adiknya, Anita yang merupakan
seorang janda selepas kematian suaminya akibat kemalangan jalan raya 4 tahun yang lepas. Kerana
kasihankan adik dia yang tiada tempat untuk bergantung, Azmeer menyuruh adiknya tinggal di
rumah tersebut yang diwarisi ayahnya kepadanya. Apabila Azmeer masuk ke rumah, dia dapati
rumahnya seperti tongkang pecah, barang-barang semuanya bersepah.

“ Apa ni...adik!!!!...”, azmeer menjerit, namun tiada sahutan kedengaran.


Tiba-tiba Azmeer ternampak sekujur tubuh yang ditutupi surat khabar, dia segera mencari
barang yang boleh digunakan untuk melindungi dirinya, perasaan risau dan takut menyelubungi
dirinya, takut ada mayat yang mati dibunuh dalam rumah tersebut. Azmeer mencapai kayu besbol
yang terletak di stor lalu menguis-guis tubuh tersebut. Tiba-tiba tubuh tersebut bergerak dan
bangun. Azmeer terkejut dan melompat sambil merenung wajah tubuh tersebut. Lama dia
merenung wajah tersebut dan dia barulah dia sedar bahawa dia seperti pernah nampak wajah
tersebut..

“ Miya!!!....”, Azmeer menjerit.

Miya terkejut mendengar jertan tersebut lalu bangun dari tidur,

“ Eh..boss buat apa kat sini??hehehe...” , Miya bertanya dengan penuh persoalan dengan
keadaan tersengih-sengih.

“ Sepatutnya, saya yang tanya awak kenapa awak kat sini, ni rumah saya.....”

“ Bukan ke ni rumah Anita, saya tinggal dengan dia la boss...”

“ Anita tu adik saya....tapi mana Anita???”

“ Oo..hari ni dia kerja, biasalah kerja dengan syarikat swasta, cuti pun jarang dapat.... Boss
nak minum tak?? Biar saya ambilkan....”

Pelik la perempuan ni, di pejabat kemas bukan main, tapi sekarang selekeh sangat, dah la
bangun lambat, siapalah yang malang agaknya dapat dia ni, getus hati Azmeer.

“ Boss.. minumlah..”

Azmeer memandang Miya dengan penuh kehairanan,


“ Awak nak saya minum terus dari botol ni ke tanpa gunakan gelas ke???”

“ Oo.. saya terlupa, sekejap ye.. saya pergi ambil gelas ye..”

Azmeer hanya mengelengkan kepala melihat kelatah Miya.

“ Boss... sebenarnya kenapa boss datang sini..??”

“ Saya sebenarnya nak tinggal kat sini buat sementara waktu untuk menenangkan fikiran,
saya rasa awak kena keluar dari rumah ni, kerana tak manis kita tinggal sebumbung..”

“ Tapi Boss...”

“ No excuse..”

Petang itu, Azmeer duduk di halaman rumah yang menghadap kolam ikan dan sebuah taman
yang direka oleh arwah ayahnya sewaktu dia kecil lagi. Dia berasa tenang sangat berada di tempat
itu, namun ketenangannya terganggu apabila dia mendengar Miya menjerit.

“ Kenapa awak menjerit ni..??”

“ Saja je..nak melepaskan ‘tension’, hehehe...”, Miya tersengih-sengih.

“ Awak ni pelik la....”

Anita yang baru pulang, terkejut melihat kereta abangnya di halaman rumah, dia segera
mendapatkan abangnya.

“ Kenapa abang datang tak telefon Nita dulu?? “

“ Sebenarnya abang nak tinggal kat sini buat sementara waktu la Nita..”
“ Habis tu Kak Lynn bagaimana??”

“ Dia minta cerai dengan abang, jadi abang nak tenangkan fikiran dulu... Miya teman
serumah kamu tu, kalau boleh suruh la dia tinggal kat tempat lain..”

“ Abang kalau abang nak tinggal kat sini, tinggallah, saya tak kisah tapi biarlah Miya tinggal di
sini, kalau dia tiada sunyilah saya, lagipun abang dengan dia bukan tinggal berdua, saya kan
ada, takkannya kena tangkap basah, jangan risaulah”.

Azmeer hanya mengganguk mendengar kata-kata Nita. Ah lantak la, asalkan aku dapat
tenangkan fikiran, getus hati Azmeer. Malam itu, Azmeer duduk lagi di tempat kegemaran dia, tiba-
tiba..

“ Boss..boleh saya tanya tak?? Boss ada krisis ke dengan isteri boss ke..??”

“ Yang awak nak menyibuk ni kenapa?? Dah pegi lepak tempat lain la..”

“ Kenapa pula saya kena lepak tempat lain, ni kan ‘port’ saya...setiap malam saya akan lepak
kat sini, bagi saya dengan cara ni saya akan mendapatkan ketenangan..” Miya berhujah.

“ Mengenai isteri boss tu, kalau tak nak beritahu saya pun takpe la, kalau boss dah bersedia
nanti, beritahu je pada saya, saya sudi mendengarnya....saya masuk dulu la boss, nanti boss
tak tenang pula tengok saya kalau saya kat sini makin kacau pula jiwa boss tu..”, Miya lantas
bergerak ke biliknya sambil ketawa.

Azmeer melihat bahawa ada kejujuran dalam diri Miya melalui matanya, untuk menjadi
pendengar yang setia. Keesokkan harinya, Azmeer pergi ke tempat kerja seperti biasa, sebelum dia
bertolak dia memberikan pesanan kepada Miya,

“ Kat tempat kerja, jangan heboh-heboh kata kita tinggal bersama.. faham..”

“ Yess, my boss...hehe..”, Miya senyum dengan senyuman yang nakal.

“ Erk..malam ni kat tempat biasa ek, kalau nak dengar masalah saya”.
Miya terkedu seketika, kerana bossnya seorang yang ego, kalau di tempat kerja jarang dia
nampak bossnya berborak-borak dengan ‘staff’ kecuali Fatin sebab Fatin merupakan setiausaha
Azmeer. Tak sangka dia dapat mendengar luahan hati bossnya. Tak sabar rasanya dia menunggu
waktu malam. Semua kerja yang ditugaskan kepadanya, dibuat dengan penuh bersemangat. Waktu
rehat sudah tiba, lalu Miya membelikan bossnya makanan kerana, dia lihat bossnya terlampau sibuk.
Risau pula dia tengok bossnya lapar. Tok..tok..tok..

“ Masuk..”, Azmeer jawab dalam keadaan lesu.

“ Boss, saya ada belikan makanan, jom kita makan bersama..”

“ Miya..apa awak buat ni, kita tak boleh dilihat bersama, nanti timbul syakwasangka pula..”,
Azmeer memberitahu dengan risaunya kepada Miya sambil memandang sekeliling.

“ Kenapa pula boss, lagipun saya kan pekerja boss, tak salah rasanya saya belikan makanan
untuk boss....jom makan, berhenti buat kerja tu dulu..”, Miya memerintah Azmeer.

“ Ye la...ye la...”

Azmeer hanya melayani kerenah Miya, kalau ditegah lagi lama Miya berada dalam biliknya,
kerja masih banyak ditambah dengan masalah rumah tangganya, namun dia ceria dengan keletah
Miya yang menghiburkan sewaktu makan makanan yang dibeli oleh Miya bersama-sama Miya.

Malam itu, sesudah solat Isyak Miya cepat-cepat pergi ke port biasa, namun dia hampa
kerana Azmeer tiada di situ. Sangkanya, mungkin Azmeer belum bersedia meluahkan isi hatinya.
Tiba-tiba ada suara yang menegur,

“ Awal....tak sabar sangat ke nak dengar kisah saya..”

“ Hehehe...boss ni tau-tau je la..”, Miya tersenyum.


Miya sangat teruja untuk mendengar kisah bossnya sehingga membawa ‘teddy bear’
kesayangannya.

“ Kalau ye pun,tak payah la bawa ‘teddy bear’ ni...busuk la...tak sangka awak ada ‘teddy
bear’..hahaha..”, Azmeer ketawakan Miya.

“ Apa???.... boss ingat saya tak layak ke mempunyai teddy bear


ke...huh...huh...huh...”,dalam keadaan marah Miya menjawab.

“ Huh...huh...huh...” Azmeer mengajuk Miya sambil ketawa.

“ Saya naik bilik dulu la, tak nak dah dengar kisah boss..boss cerita la kat kucing tu..” Miya
merajuk lantas bangun.

Azmeer segera memegang tangan Miya dan menariknya untuk duduk kembali.

“ Janganlah begini, saya takde pendengar dan penasihat untuk menyelesaikan masalah saya
ini, please....”, Azmeer memujuk Miya.

“ Hehehe..boss ni emosional la pula, saya dengar la ni, lain kali bolehla saya gunakan taktik ni
lagi... tapi jangan sesekali ejek saya lagi... okey, janji..”

“ Okey..janji..”

Sepanjang malam itu, Azmeer menceritakan masalah yang dihadapinya kepada Miya
sehingga pukul 4 pagi sampai mereka berdua tertidur di situ. Keesokan harinya, Anita terkedu dan
terkejut melihat abangnya Azmeer tidur di sebelah Miya,

“ Abang, Miya...bangun-bangun..”, Anita menjerit.

“ Dah pagi ke??”, Miya bertanya, namun dia tidur kembali disebabkan mengantuk.

“ Oi..bangun la...” jerit Anita lagi.


Apabila Azmeer bangun, dia terkejut bahawa Miya ada di sebelahnya, sedang tidur. Miya bangun
apabila Anita menjirus air padanya.

“ Oi..kenapa kau jirus air kat aku, tak tau ke aku tengah tidur ni, kacau betul la”, Miya
memarahi Anita.

“ Aku tak kisah kalau kau nak tidur sini, tapi ingatlah abang aku ada kat sini, sopan la sikit...”
Anita bersuara.

Miya teringatkan peristiwa semalam, dan baru dia tersedar bahawa dia mendengar kisah
Azmeer sehingga tertidur di sebelah Azmeer. Namun dia tak sedar bahawa semalam Azmeer turut
tidur di situ. Sewaktu Miya tidur semalam, lama Azmeer merenung wajah Miya, hatinya berdebar-
debar apabila melihat wajah tersebut, seperti ada sesuatu perasaan yang amat sukar untuk
ditafsirkan. Adakah aku jatuh dengan dia, ah tak mungkin, dia kan pekerja aku, inikah cinta??, getus
hati Azmeer. Hari itu Ahad, Miya melepak kat ‘portnya’ dalam keadaan berbaring sambil membaca
majalah Remaja serta makan snek. Sambil makan, Miya bercakap seorang diri,

“ Rumah adalah tempat yang paling best...ekrr...” Miya sendawa dengan kuatnya.

Azmeer telah terdengar Miya cakap seorang diri lalu pergi mendapatkan Miya.

“ Tak senonohnya anak dara ni, sendawa kuat plak tu...”, Azmeer menegur Miya.

“ Boleh saya tanya awak satu soalan??”, Azmeer memandang Miya dengan muka penuh
persoalan.

“ Apa bendanya boss??, Miya bertanya dalam nada kerisauaan.

“ Kenapa awak tak pergi jalan-jalan ke melepak kat luar ke, kan lebih bagus dari duduk kat
rumah..”
“ Bagi saya, benda tersebut hanya membazir duit, lagipun kat rumah pun saya dapat tengok
kawasan yang indah macam kat port ni, cantik kan...??”

“ Ye la tu..ntah-ntah awak tak laku sebab tiada pakwe kan??....hehehe..” Azmeer mengusik
Miya.

“ Huh..huh..huhh....” , Miya mencebik.

“ Huh...huh...huhh..” Azmeer mengajuk Miya sambil ketawa dan berlari-lari anak di sekeliling
taman sementara Miya mengejarnya di belakang.

Di sebalik tirai langsir, Anita melihat kemesraan antara abangnya dan Miya, dalam hatinya
berbunga riang, kerana selama ini abangnya jarang ketawa dan amat serius orangnya, namun
dengan Miya dia lihat abangnya sangat selesa bersama dengan Miya. Dalam hatinya, dia berharap
sangat Miya dapat mengantikan tempat kakak iparnya jika abangnya dan kakak iparnya Lynn
bercerai.

****

“ Selamat pagi..hari ini saya ingin memperkenalkan seorang pekerja baru, Encik Danial
seorang arkitek yang akan bertugas kat ‘department’ kita,” Azmeer memberitahu semua
pekerjanya pada pagi itu.

Apabila Miya melihat jejaka yang bernama Danial, dia merasakan ada sesesuatu perasaan dan
hatinya mula berdebar-debar.

“ Maaf, Cik..cik....!!!”

“ Ops, maaf tak dengar awk panggil saya...”

“ Teringatkan ‘boyfriend’ ke?? Kalau belum berpunya boleh la saya mengorat awak, ‘anyway’
saya Danial..selamat berkenalan”, Danial memperkenalkan dirinya dalam nada serius.

“ Saya Miya..”
“ Sedap nama tu, akan saya simpan dalam ingatan saya,” Danial berlalu meninggalkan Miya
dengan penuh persoalan kepada Miya.

Miya berasa bahawa Danial mempunyai perasaan yang sama terhadapnya. Malam tu selepas
solat Isyak Miya segera mendapatkan Azmeer di ‘port favourite’ mereka,

“ Boss!!!”, Miya menjerit....

“ Kenapa awak ni menjerit-jerit panggil saya..???

Miya berasa malu untuk menceritakan peristiwa tersebut kepada bossya, namun untuk menutup
malunya dia bermadah,

“ Boss...kalau ada orang cakap nak mengorat kita, orang tu serius ke??”

“ Kenapa, ada orang nak mengorat awak ke??, saya rasa memang malanglah orang
tu..kah..kah..kah”, Azmeer mentertawakan Miya sehingga berair matanya.

Miya gelabah apabila Azmeer dapat menangkap perkara yang ingin disampaikan kepada bossnya.

“ Erk..bukan saya la boss, siapa tu..hah Yana yang cakap kat saya ,dan tanya pendapat saya,
tapi saya bukan lelaki jadi saya tanya bosslah sebab bos kan lelaki..”, Miya menelan air
liurnya.

“ Tak payah lah nak bermadah-madah dengan saya, saya tau awak kan??”, Azmeer
memandang Miya.

Bagaimana dia boleh tau pula ni, kantoi la aku, getus hati Miya.
“ Miya sebenarnya kalau lelaki cakap macam tu, maknanya dia suka kat awak...”, Azmeer
bercakap dalam nada serius, namun terbit perasaan cemburu dalam dirinya.

“ Ye ke boss..???, Miya memandang Azmeer dengan mata berkelip-kelip.

Miya tersenyum seorang diri. Azmeer perasan dengan perubahan Miya yang asyik
tersenyum seorang diri, macam kerang busuk. Miya tak mahu Azmeer bertanya lebih lanjut akan
perkara tersebut lalu mengubah topik.

“ Boss, bagaimana dengan isteri boss ??”

“ Awak rasa patut ke saya ceraikan dia..??, Azmeer memandang Miya.

“ Boss kan masih sayangkan dia, tak payah la bercerai boss, boss pujuk la dia..”

“ Em..nanti lah saya cuba telefon dia..”, Azmeer menjawab lesu.

Malam itu sungguh indah dengan suanana yang nyaman dan bintang-bintang berteraburan
di langit. Mereka berdua berbual-bual sampai pukul 12 malam. Sebelum tidur, Azmeer mengucapkan
terima kasih kepada Miya.

“ Kenapa boss ucapkan terima kasih pada saya??,Miya bertanya dengan penuh kehairanan.

“ Keraana awak telah menghiburkan saya malam ni, dah lama saya tak rasa gembira begini” ,
ucap Azmeer.

Namun dalam hati Azmeer mengatakan bahawa masih ada ruang untuk mencintai Miya,
namun dia masih mencintai isterinya Lynn. Sebelum tidur Azmeer menelefon Lynn, namun tak
diangkat. Tidur agaknya...getus hati Azmeer.

“ Selamat pagi boss....Nita....”, Miya bercakap dengan nada gembira.


“ Awal kau bangun Miya..aku mimpi ke ni...cuba kau cubit aku..”

Anita hairan dengan perubahan Miya tersebut. Lantas Miya mencubit Anita dengan kuatnya.

“ Aduh sakit la..”, Anita menjerit.

“ La..tadi suruh sangat aku cubit...”, Miya ketawa.

“ Kalau ye pun janganlah cubit kuat sangat, sakit tau..” Anita memarahi Miya.

“ Maafkan saya....”, Miya tersengih-sengih sambil meminta simpati Anita.

Dalam hati Azmeer terbit rasa cemburu, dia dapat mengagak bahawa tentu Miya gembira sangat
sebab jatuh cinta dengan seseorang yang bernama lelaki.

“ Miya awak nak pergi kerja dengan saya tak?? Lagipun kereta awak masuk bengkel kan??,
nak cari bas susah kat kawasan ni...jom...”, Azmeer mempelawa Miya.

Miya terkedu mendengar pelawaan Azmeer. Anita pun pelik memandang tingkah laku abangnya pagi
itu.

“ Eh..boss tak takut ke nanati ada ‘gossip’ kat pejabat kita??”

“ Apa salahnya...hehehe...”, Azmeer ketawa, namun dalam hatinya berkata, “ apa salahnya
kita digossipkan saya pun dah mula jatuh cinta kat awak Miya...”.

Anita tersenyum melihat abangnya, dia tahu bahawa abangnya mula menyukai Miya. Dia
pun berharap sangat Miya dapat mengantikan kakak iparnya kak Lynn. Sampainya mereka di tempat
kerja banyak mata-mata yang memandang mereka keluar dari kereta termasuk Danial. Timbul
perasaan cenburu dalam diri Danial apabila dia melihat Miya berdua-duaan dengan Azmeer dalam
keadaan yang sangat mesra.
“ Pergh...tak lama lagi dapat la kita makan nasi minyak ...”, Farid berseloroh dengan rakan
sepejabat yang lain.

Miya yang terdengar akan perbualan tersebut segera mencelah.

“ Wei..siapa yang nak kahwin ni??, Miya bertanya dengan penuh kehairanan.

“ Bukan ke kau dengan boss, pergi kerja sama pula tu...hehehe..”, Azman dan yang lain
ketawa.

Azmeer yang terdengar perbualan tersebut segera membela Miya,

“ Ehem-ehem..”, Azmeer mendehem.

Semuanya yang berada di situ terkejut.

“ Untuk pengetahuan semua, saya tidak mempunyai hubungan dengan Miya pun, tadi saya
jumpa dia kat perhentian bas, risau pula saya kalau dia sampai lambat, jadi saya tumpangkan
dia, jangan pandai-pandai nak mereka cerita ek...”, Azmeer berkata dalam nada serius.

Miya menarik nafas lega, risau juga nanti Danial tak nak ke dia. Tiba-tiba ada suara yang menegur dia
dari belakang.

“ Nasib baik, perkara tu hanya khabar angin, risau jugak saya kalau awak ada apa-apa
dengan boss, awak ‘single’ lagi ke??”, Danial bertanya kepada Miya.

Miya berdebar-debar memandang Danial. Mukanya merah menahan malu.


“ Erk..erk..erk..saya masih ‘single’ lagi..”, Miya menjawab dengan tergagap-gagap.

Miya berasa gelabah sangat apabila berhadapan dengan Danial.

“ Baguslah kalau begitu, sudi tak awak makan tengah hari dengan saya hari ini..”, Danial
memandangkan Miya dengan penuh harapan.

Lama Miya terdiam kerana terkedu mendengar pelawaan Danial.

“ Miya...Miya!!..” Danial memegang bahu Miya.

Miya tersedar dari lamunannya.

“ Tak mengapalah kalau tak sudi, mungkin awak nak makan dengan Encik Azmeer kot...”,
Danial merajuk.

“ Tak-tak, pukul berapa tengah hari ini..” Miya memandang Danial.

“ Waktu rehat pukul 1, saya tunggu awak kat bawah ek, jangan lambat tau...”, lantas Danial
mencuit hidung Miya.

Miya terpana melihat kelakuan Danial. Inikah namanya cinta.

Malam itu seperti biasa, Miya duduk di ‘port favouritenya’ sambil menanti bossnya yang
suka melepak tempat yang sama, hampir setiap malam mereka melepak di port itu bersama-sama.
Azmeer ternampak Miya, “ mesti dia nak cerita kat aku lagi”, getus hati Azmeer. Azmeer segera
melangkah perlahan-lahan untuk ke biliknya supaya tak disedari oleh Miya. Namun, Miya terlebih
dahulu ternampak dia.

“ Boss.. sini lah”, Miya menjerit.

Ishk...baru je nak larikan diri, getus hati Azmeer.

“ Kenapa??”,

“ Boss tadi dia ajak saya makan dan melamar saya jadi kekasih dia..”, Miya bercerita dalam
keadaan gembira.

“ Siapa si dia tu...??”, Azmeer bertanya dengan penuh debaran.

“ Danial...”,

Azmeer kecewa kerana lelaki yang bernama Danial telah berjaya mencuri hati perempuan yang
bernama Miya.

“ Anyway boss, saya nak belanja boss dan Anita makan, sebab saya gembira sangat malam
ini..”, Miya tersenyum.

“ Tapi Nita kan kerja ‘over time’ hari ni, mumgkin balik lambat....”, Azmeer menjawab.

“ Tidak mengapa, nanti kita belikan makanan untuk dia.. jom...”

Azmeer memandang Miya yang sudah bersedia menunggu dia di depan pintu pagar rumah.

“ Miya awak pakai baju ini je ke..??”, sambil memandang Miya dari atas sehingga ke bawah.
Miya hanya memakai jersey dan seluar track serta berselipar jepun.

“ Ape salahnya boss, kan dah malam ni, bukannya ada orang nak tengok pun...”,

“ Awak tak risau ke kalau Danial nampak awak...??”, Azmeer bertanya.

“ Yang boss ni nak risau ni kenapa, kalau boss tak nak ikut, saya pergi seorang..”, lantas Miya
meninggalkan bossnya.

Azmeer segera mengejar dan membuntuti Miya ke kedai makan. Sampainya mereka di kedai
makan, ada sepasang mata telah ternampak mereka berdua lalu terus mendapatkan mereka berdua.

“ Miya..!!”, Danial menjerit memanggil Miya dalam keadaan bengang.

Miya sangat terkejut melihat Danial, lebih-lebih lagi dia hanya memakai jersey.

“ Danial apa awak buat kat sini...??”, Miya bertanya dengan penuh kerisauan.

“ Awak tanya saya... awak dengan Encik Azmeer buat apa kat sini, datang berdua je ke..??,”

Danial menahan amarahnya. Miya memandang Danial dalam keadaan serba salah lalu memandang
Azmeer.

“ Danial sebenarnya macam ni..”, Azmeer cuba untuk memberitahu hal yang sebenarnya.

“ Encik Azmeer saya tak sangka encik sanggup merampas kekasih saya, bukan ke encik dah
beristeri, encik tak malu ke??, Danial memandang muka Azmeer.
Azmeer cuba menahan amarahnya namun, Azmeer mengeluarkan kata-kata yang tidak dijangka
olehnya,

“ Saya dah ceraikan isteri saya..lagipun saya suka pada Miya, awak berdua pun belum
berkahwin , jadi tak salah saya cuba untuk mendapatkan dia..”, Azmeer berkata dengan
tenangnya.

Tiba-tiba Danial melepaskan tumbukannya kepada Azmeer. Bukk..

“ Miya.. baik awak pilih saya atau dia...??”, Danial menjerit.

Miya serba salah namun dia pergi mendapatkan Azmeer, lalu berkata kepada Danial,

“ Kita baru saje berkenalan, tak sampai pun 24 jam menjadi kekasih, awak dah mempunyai
sikap cemburu buta, kalau begini kita putus sahajalah Danial..lebih baik saya kahwin je
dengan Encik Azmeer daripada awak..”, Miya menjerit.

Namun air mata telah mengalir keluar melalui matanya tanpa disedarinya. Danial segera
meninggalkan mereka berdua. Azmeer terkedu mendengar kata-kata Miya. Mereka berdua tidak jadi
menjamu selera, mereka berdua balik ke rumah dan melepak di tempat biasa.

“ Boss, sini saya nak tengok muka boss....lebam ni boss, kita ke hospital??”, Miya berkata
dalam nada kerisauan.

Azmeer lantas memegang tangan Miya,

“ Tak payah la, lagipun bukan teruk pun...”, Azmeer menjawab.


Miya lantas mengambil minyak untuk disapukan ke muka Azmeer. Azmeer mengambil kesempatan
untuk meminta maaf kepada Miya,

“ Miya, maafkan saya ek..disebabkan saya awak dan Danial putus..”,

“ Takpe la boss, lagipun boss telah menyelamatkan saya....dia pun cepat sangat cemburu,
kalau la saya hidup dengan dia untuk selama-lamanya, alamat merana la saya...”, Miya
menjawab dengan tersengih-sengih.

Azmeer lega kerana Miya tidak memarahinya.

“ Boss betul ke boss dah ceraikan isteri boss??”,Miya bertanya sambil tangannya ligat
menyapu minyak kepada Azmeer.

“ Erm..saya dah ceraikan dia, saya lebih rela dia tak hidup bersama saya lagi, takut dia makin
terluka dan terseksa, lagipun dia dah ada lelaki lain..”, Azmeer menjawab sambil matanya
merenung kunang-kunang yang terbang di sekeliling taman buatan tersebut.

Hatinya tenang melihat kunang-kunang tersebut terbang dengan bebasnya.

“ Miya...”, Azmeer bersuara.

“ Ya boss...”, Miya memandang muka Azmeer.

Azmeer berasa serba salah ingin mengatakan perasaannya kepada Miya.

“ Miya..sebenarnya, saya dah mula jatuh hati sejak pertama kali saya tengok awak tidur di
sebelah saya waktu saya menceritakan masalah rumah saya...kalau boleh....”,
Azmeer terhenti apabila ternampak Anita. Anita memberikan isyarat supaya menerskan kata-
katanya dan berlalu pergi meninggalkan mereka berdua.

“ Erk..kalau boleh apa boss..”, Miya bertanya dalam keadaan serba-salah.

“ Kalau boleh saya nak jadikan awak isteri saya...”,Azmeer memandang Miya dengan penuh
harapan.

Miya terkedu mendengar kata-kata Azmeer, lalu menjawab,

“ Boss tak kisah ke...saya kan selekeh, nak basuh baju pun seminggu sekali, nak kemas
rumah pun malas, tidur pun merata-rata guna surat khabar...”, Miya sengaja menduga
Azmeer.

Azmeer merenung mata Miya, lantas menarik tangan Miya ke dadanya,

“ Saya tak kisah, lagipun sejak awak ada , saya rasa hari-hari yang dilalui sangat bermakna
dan gembira dengan keletah awak yang menghiburkan, dah lama saya tak rasa perasaan
begitu , kali terakhir ialah ketika arwah ayah saya masih ada...”,

Azmeer meluahkan apa yang terbuku di hatinya.

“ Sebenarnya kan boss, sejak boss ada kat rumah ni pun, saya rasa gembira sangat sebab ada
teman untuk menceritakan masalah, lagipun Nita pun selalu je kerja ‘overtime’, sunyi je,
namun...”,

Azmeer menunggu kata-kata Miya.


“ Namun dengan kehadiran boss di rumah ini, saya pun taklah rasa sunyi sangat. Boss nak
tau tak..??

Hati Azmeer berdegup dengan kencang .

“Saya mula jatuh hati kat boss waktu boss kata suka kat saya waktu kat warung
tadi...hehehe”, Miya membuat lawak.

“ Huh...huh...huh...”, Azmeer memandang Miya.

“ Huh...huh...huh...”, Miya mengajuk Azmeer sambil ketawa lalu berlari sekeliling taman
buatan manakala Azmeer mengejarnya.

Azmeer berasa lega mendengar kata-kata Miya, rupa-rupanya dia tidak bertepuk sebelah
tangan. Inikah namanya cinta, getus hati Azmeer.

OLEH : ..JANN..

Anda mungkin juga menyukai