Anda di halaman 1dari 35

AHMAD JUANDA B.

SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

SOALAN TUGASAN

Pertumbuhan penduduk yang tinggi pada lazimnya mendorong pertumbuhan ekonomi.


Contohnya, negara Amerika Syarikat mempunyai jumlah penduduk 264 juta dan negara Jepun
mempunyai jumlah penduduk 124 juta orang. Penduduk di kedua-dua negara ini merupakan aset
bagi pertumbuhan ekonomi negara. Di negara-negara lain seperti India, Nigeria dan Indonesia,
jumlah penduduk adalah tinggi tetapi penduduknya menjadi beban kepada kerajaan kerana perlu
menanggung kos tinggi untuk menyediakan perkhidmatan. Maka, penduduk yang mempunyai
kualiti akan dapat memanfaatkan kekayaan alam, modal dan seterusnya menyebabkan
berlakunya pertumbuhan ekonomi.

1. Berdasarkan kepada petikan di atas, bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi


pertumbuhan penduduk dari segi faktor biologi, faktor ekonomi dan faktor teknologi.

( 9 markah)

2. Huraikan EMPAT kesan positif migrasi penduduk terhadap negara sedang membangun.
Beri contoh yang relevan untuk menyokong jawapan anda.
( 8 markah)

3. Bincangkan cabaran-cabaran kepada negara Malaysia dari segi menyediakan peluang-


peluang pekerjaan dalam sektor perkilangannya.
( 6 markah)

4. Sebagai seorang warga alam sekitar, jelaskan bagaimana anda boleh membantu
memelihara kawasan alam sekitar di sekeliling kawasan tempat tinggal anda.

(12 markah)

Sarjana Muda Pengajaran i


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

ISI KANDUNGAN MUKA


SURAT

Soalan Tugasan i

1.0 Faktor – Faktor yang Mempengaruhi Pertumbuhan Penduduk Dari 1 - 2


Segi Faktor Biologi, Faktor Ekonomi dan Faktor Teknologi

1.1. Faktor Biologi


Pengenalan 1
1.1.1 Perubahan Dalam Struktur Umur dan Kesuburan Dalam
Momentum Penduduk 1-6
1.1.2. Perubahan Kesuburan 6-7
1.1.3 Penduduk Menua 7–8
1.1.4. Kawalan Penyakit 8-9

1.2. Faktor Ekonomi

1.2.1. Bekalan Buruh 10


1.2.2. Taraf Hidup 10 – 11
1.2.3. Pembangunan 11

1.3. Faktor Teknologi

1.3.1. Perubatan 12
1.3.2. Pengangkutan 13

2.0 Empat Kesan Positif Migrasi Terhadap Negara Sedang Membangun

Pengenalan 14 - 15
2.1. Perkembangan Bandar-Bandar Utama dengan Jumlah
Pertumbuhan Penduduk yang Semakin Erat 15 - 16

Sarjana Muda Pengajaran ii


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

2.2. Aliran tenaga Kerja yang Murah dan Mengekalkan Gaji pada
Tahap yang Rendah dan Kadar Pertumbuhan pada kadar yang.
tinggi 16 - 17
2.3. Menyediakan Bekalan Tenaga Kerja yang Mencukupi Untuk
dan Memanfaatkan Sumber-Sumber Ekonomi yang Ada. 17
2.4. Migran yang Berhijrsah ke Luar Negara dapat Menghantar Balik
Wang ke Negara Asal dan Ini Menguntungkan dari segi Tukaran
Wang Asing dan Pembangunan Ekonomi Diri dan Keluarga 18 - 19

3.0 Cabaran-cabaran Kepada Negara Malaysia dalam Menyediakan


Peluang Pekerjaan dalam Sektor Perkilangan

3.1. Persaingan Global 20


3.2. Kelembapan Ekonomi Dunia 21 - 22
3.3. Penggunaan Teknologi Moden dalam Sektor Perkilangan 22 - 23

4.0 Cara Membantu Memelihara Alam Sekitar di Persekitaran Rumah

Pengenalan 24
4.1. Mengamalkan 3R 25 - 26
4.2. Menanam Lebih Banyak Pokok atau Tumbuhan di
Kawasan Kediaman 26 - 27
4.3. Gunakan Tenaga dan Bahan Api Secara Efisien 27
4.4. Mengamalkan Gotong-Royong 28

Penutup 29

Bibliografi 30 - 31

Sarjana Muda Pengajaran iii


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

SOALAN 1
Pertumbuhan penduduk yang tinggi pada lazimnya mendorong pertumbuhan ekonomi.
Contohnya, negara Amerika Syarikat mempunyai jumlah penduduk 264 juta dan negara Jepun
mempunyai jumlah penduduk 124 juta orang. Penduduk di kedua-dua negara ini merupakan aset
bagi pertumbuhan ekonomi negara. Di negara-negara lain seperti India, Nigeria dan Indonesia,
jumlah penduduk adalah tinggi tetapi penduduknya menjadi beban kepada kerajaan kerana perlu
menanggung kos tinggi untuk menyediakan perkhidmatan. Maka, penduduk yang mempunyai
kualiti akan dapat memanfaatkan kekayaan alam, modal dan seterusnya menyebabkan berlakunya
pertumbuhan ekonomi

Berdasarkan kepada petikan di atas, bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi


pertumbuhan penduduk dari segi faktor biologi, faktor ekonomi dan faktor teknologi

1. Pengenalan

Kadar pertumbuhan penduduk Malaysia sejak mencapai kemerdekaan adalah amat


positif. Kadar pertumbuhan penduduk di Malaysia yang direkodkan adalah melebihi 2.5
peratus setahun dalam tempuh 30 tahun yang lalu. Mengikut laporan yang dipetik
daripada Bernama bertarikh 5 Oktober 2006, kadar pertumbuhan penduduk Malaysia
adalah tertinggi di kalangan semua negara Asean iaitu pada kadar 2.2 peratus.

Pertumbuhan penduduk ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor meliputi faktor


biologi, faktor ekonomi serta faktor teknologi.

1.1. Faktor Biologi

Sarjana Muda Pengajaran 0


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

1.1.1 Perubahan-Perubahan Dalam Struktur Umur dan Kesuburan Dalam


Momentum Pertumbuhan Penduduk

Sesebuah negara seperti Malaysia amat bergantung intraksi di antara pola


kesuburan dan mortaliti dengan struktur umur. Terdapat dua jenis momentum
pertumbuhan penduduk iaitu positif dan negatif. Faktor penting dalam momentun
positif adalah suatu struktur umur yang sangat diberatkan oleh golongan muda
maksudnya 0-14 tahun menggambarkan kesuburan yang tinggi pada masa yang
lampau. Oleh itu ramai wanita dalam kumpulan umur yang boleh melahirkan anak
(15-49 tahun) akan diserapkan dalam penduduk bagi beberapa tahun yang akan
datang. Jadi, dalam kontek momentum pertumbuhan penduduk yang positif dalam
tempoh tertentu meskipun kesuburan semakin menurun sehingga kepada ke paras
penggantian (replacement level) namun penduduknya akan terus bertambah dalam
beberapa dekad yang akan datang.

Mengikut kajian walaupun setiap wanita mempunyai dua orang anak tetapi
apabila jumlah wanita dalam kumpulan umur boleh melahirkan anak adalah
banyak maka ia mencukupi untuk menghasilkan kadar pertumbuhan penduduk
yang positif pada masa hadapan. Sebaliknya kohot yang boleh melahirkan anak
adalah kecil dan kemungkinannya kumpulan umur yang mortaliti tinggi akan
menghasilkan kadar kematian kasar yang tinggi serta diperkuatkannya dengan
momentum penduduk yang negatif.

Pada masa ini Malaysia merupakan sebuah membangun yang masih


mempunyai jumlah penduduk 0-14 tahun yang masih tinggi. Berdasarakan banci
tahun 2000 jumlah penduduk ini adalah sebanyak 33.3 peratus (Jabatan
Perangkaan Malaysia, 2003). Mengikut Laporan terbaharu pada tahun 2005
jumlah kanak-kanak adalah sebanyak 32.6 peratus daripada jumlah penduduk
Malaysia sebanyak 26.13 juta (Jabatan Perangkaan Malaysia 2005). Ini bermakna

Sarjana Muda Pengajaran 1


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

lebih daripada empat juta kanak-kanak perempuan akan memasuki umur boleh
melahirkan anak secara berperingkat dalam tempuh terdekat bagi yang berumur
belasan tahun dan sehinggalah pada 2020 ke atas bagi kanak-kanak perempuan
yang baru dilahirkan pada tahun 2005 dan seterusnya.

Dengan kadar kelahiran kasar 22.6 dan kadar kematian 4.5 per 1,000
penduduk tahun 2000 pertumbuhan penduduk di Malaysia dijangka masih tinggi
pada masa hadapan. Mengikut unjuran tinggi Bangsa Bersatu penduduk Malaysia
akan meningkat kepada 44.9 juta , penduduk 0-14 tahun sebanyak 24.2 peratus dan
13.1 peratus berumur 65 tahun dan ke atas serta kadar pertumbuhan 1.03 peratus
menjelang tahun 2050 akan datang (United Nations 1999).

Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad
sewaktu melancarkan dasar kependudukan iaitu mencapai 70 juta penduduk pada
tahun 1982, menyatakan bahawa Malaysia dapat menampung sebanyak 70 juta
penduduk pada tahun tahun 2100 (Dwyer, 1987).

Selain daripada isu momentum penduduk di Malaysia muncul pula isu saiz
penduduk belia yang semakin besar. Sejak tiga puluh tahun lalu jumlah penduduk
belia di Malaysia telah meningkat daripada 2,004,900 tahun 1970 kepada
2,758,600 (1980), 3, 515, 700 (1991) dan 4,454,200 tahun 2000 (Jabatan
Perangkaan Malaysia 1983, 2005). Ini bermakna dalam tempoh tersebut penduduk
belia telah bertambah sekali ganda jumlahnya atau pertambahan sebanyak 55.0
peratus peratus. Pertumbuhan penduduk belia yang cepat ini telah mewujudkan
ketegangan dan tekanan dalam pelbagi sektor terutama memperluaskan lagi
pendidikan, kemudahan kesihatan latihan dan pekerjaan kepada golongan tersebut.
Bermaksud lebih banyak peluang pendidikan dan pekerjaan terpaksa diwujudkan
kepada graduan yang tamat pengajian daripada lepasan instutut pengajian tinggi
awam dan swasta.

Sarjana Muda Pengajaran 2


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Selain daripada itu berasaskan kepada data-data semasa, jumlah kadar


kesuburan telah menurun daripada 3.8 bagi setiap wanita dalam tahun 1981 kepada
3.6 dalam tahun 1990. Laluan pertumbuhan penduduk ini adalah seperti yang
ditunjukkan di Rajah 1. Pertumbuhan penduduk negara pula mencatitkan
penambahan daripada 13.8 juta dalam tahun 1980 kepada 17.8 juta dalam tahun
1990. Pada keseluruhannya, tren ini adalah selaras dengan matlamat Dasar ini.
Walaubagaimanapun, penurunan kadar kesuburan ini adalah berbeza di antara
kumpulan-kumpulan ethnik negara ini. Jumlah kadar kesuburan Melayu dalam
tahun 1990 adalah melebihi matlamat, iaitu 4.3, berbanding dengan jumlah kadar
kesuburan Cina dan India yang kini menghampiri paras penggantian.

RAJAH 1
Laluan  Pertumbuhan  Penduduk  ke  Arah
Pencapaian Matlamat 70 Juta Penduduk
--------------------------------------------
Tahun Jumlah Kadar Pertumbuhan
Kesuburan Penduduk (Juta)
1990 3.6  17.6
2000 3.5  22.3
2010 3.3  27.7
2020 3.1  33.6
2030 2.9  39.8
2040 2.7  46.0
2050 2.5  51.9
2060 2.3  57.5
2070 2.05 62.1
2080 2.05 65.8
2090 2.05 68.7
2100 2.05 70.8

Dari segi penyelarasan perlaksanaan dasar ini pula, pada keseluruhannya


faktor-faktor kependudukan ini telah dapat diambilkira dan diintegrasikan di

Sarjana Muda Pengajaran 3


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

peringkat perancangan sektor-sektor pembangunan. Ini dihasilkan menerusi


kerjasama yang rapi dengan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.
    
Dalam sektor kesihatan, Kementerian yang berkenaan telah menyatukan
strategi-strategi dan objektif-objektifnya dengan Dasar Kependudukan Negara
dalam merancang dan melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatannya. Bagi
tempoh 1984-1989, Kementerian ini telah dapat memenuhi keperluan kesihatan
untuk penduduk negara yang telah bertambah. Pencapaian ini dapat ditinjau
melalui kadar kematian kasar yang telah menurun daripada 12.4 setiap 1,000
penduduk dalam tahun 1957 kepada 4.6 dalam tahun 1989. Kadar kematian bayi
pula telah menurun daripada 75.5 setiap 1,000 kelahiran kepada
13.2 dalam tempoh yang sama. Sementara kadar kematian ibu bersalin
mencatitkan penurunan kepada 0.24 setiap kelahiran dalam tahun 1988,
berbanding dengan 1.48 dalam tahun 1970. Akibat daripada penurunan kadar
kematian ini, jangka hayat penduduk negara telah meningkat daripada 55.8 tahun
(1957) kepada 68.8 tahun (1989) bagi lelaki dan dari 58.2 kepada 73.3 bagi wanita.

Bagi sektor pendidikan pula, faktor-faktor kependudukan telah digunakan


sejak tahun 1984 bagi menganggarkan bilangan murid-murid yang akan memasuki
Darjah 1, bilangan bilik darjah dan guru, bilangan yang akan menamatkan
persekolahan dan menyertai pasaran buruh serta taburan keciciran
mengikut jantina dan umur. Selain daripada itu, aspek-aspek kependudukan juga
telah diperkenalkan di dalam kurikulum-kurikulum persekolahan menerusi mata-
mata pelajaran seperti Alam dan Manusia, Kemahiran Hidup, Ilmu Alam dan
Statistiks.     
  
Kerajaan dalam usaha mencapai dasar kependudukan ini juga telah
memperkenalkan beberapa langkah, di antaranya dasar percukaian dan faedah-
faedah bersalin yang akan memberi munafaat kepada keluarga beranak lima.

Sarjana Muda Pengajaran 4


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Kerajaan juga telah mengkaji semula dan menyelaraskan fungsi-fungsi dan


peranan Lembaga Kependudukan dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
dan lembaga ini diharap dapat memainkan peranan yang penting dalam mencapai
matlamat dasar ini.

1.1.2 Perubahan Kesuburan

Kesuburan bermaksud jumlah anak yang dilahirkan oleh seseorang wanita


dalam kumpulan umur 15 - 49 tahun. Di Malaysia hanya data kelahiran di negeri-
negeri Semenanjung Malaysia sahaja yang dianggap oleh Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu sebagai pendaftaran semua kelahiran yang lengkap mengikut
kawasan dan etnik.
Walaupun begitu Jabatan Perangkaan telah memngambil inisiatif
menerbitkan data kelahiran dan kematian bagi Malaysia keseluruhannya sejak
tahun 1963. Berdasarkan Laporan Siri Masa Perangkaan Penting Malaysia 1963-
1998 kadar kelahiran kasar di Malaysia telah menurun daripada 38.1 tahun 1963
kepada 24.4 per 1,000 kelahiran hidup tahun 1998 (Jabatan Perangkaan Malaysia
2001:65-66). Dalam tempoh ini kadar kelahiran telah menurun sebanyak 36.9
peratus. Bagi orang Melayu kadar kelahiran kasar menurun daripada 39.0 kepaada
28.4 per 1,000 kelahiran hidup kemerosotan sebanyak 27.2 peratus. Kadar
kelahiran orang Cina menurun daripada 36.6 kepada 17.6 per 1,000 kelahiran
hidup iaitu pengurangan yang ketara sebanyak 51.9 peratus.

Tren kesuburan orang Cina yang semakin merosot adalah disebabkan taraf
hidup mereka yang telah meningkat dan keinginan terhadap saiz keluarga yang
kecil semakin mendapat sambutan masyarakjat Cina di Malaysia terutama yang
tinggal di dalam bandar. Kajian terbaharu mengenai kesuburan orang Cina di
Pulau Pinang menunjukkan saiz keluarga purata bagi wanita berkahwin di negeri
ini dalam kumpulan umur 15-49 tahun adalah 2.1 kelahiran setiap wanita (Heah

Sarjana Muda Pengajaran 5


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Sim Hai 2007). Kemerosotan kesuburan orang Cina akan memeri impak yang kuat
terhadap perubahan struktur umur dimana jumlah penduduka tua akan meningkat
berbanding dengan jumlah penduduk 0-14 tahun yang semakin berkurangan.

Berdasarkan laporan Perangkaan Penting Malaysia 2003 menun jukkan


kadar kelahiran Malaysia pada tahun 1999 adalah 23.9 dan 22.6 per 1,000
penduduk tahun 2000 (Jabatan Perangkaan Malaysia 2001). Seterusnya dalam
tempuh yang sama juga kadar kelahiran kasar orang Melayu adalah 27.6 dan 25.3
per 1,000 penduduk. Manakala orang Cina 17.0 dan 19.7 per 1,000 penduduk.
Bagi orang India 21.7 dan 20.8 per 1,000 penduduk.

Bumiputera lain adalah 27.0 dan 23.0 per 1,000 penduduk. Pada
keseluruhannya paras kesuburan di Malaysia pada umumnya masih tinggi terutama
di kalangan orang Melayu dan Bumiputera Lain. Situasi ini akan memberikan
impak yang besar terhadap momentum penduduk di Malaysia yang dijangka akan
berlaku dalam tempuh sekurang-kurangnya 50 tahun akan datang. Ia memberi
petunjukk yang jelas bahawa pertumbuhan penduduk di Malaysia akan berterusan
meskipun kadar kesuburan yang ada sekarang semakin menurun yang disebabkan
oleh pengaruh sosio-ekonomi yang semakin berkembang di Malaysia sekarang ini.

1.1.3 Penduduk Menua

Penduduk Menua adalah merujuk kepada penduduk berumur 60 atau 65


tahun dan ke atas. Perangkaan penduduk menunjukkan jumlah penduduk tua dunia
telah meningkat dengan mendadak daripada 131 juta tahun 1950 kepada 469 juta
tahun 2000. Adalah dianggarakan jumlahnya akan meningkat kepada 813 juta
tahun 2025 atau kira 10.4 peratus daripada 8.72 bilion penduduk dunia pada tahun
tersebut. Di Malaysia jumlah penduduk tua semakin meningkat. Pada tahun 1991
jumlahnya 679,600 orang atau 3.7 peratus meningkat kepada 900,600 oatau 3.8

Sarjana Muda Pengajaran 6


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

daripada jumlah penduduk pada tahun 2000 (Jabatan Perangkaan Malaysis 2005).
Jumlahnya di jangka meningkat kepada 2.85 juta atau 9.2 peratus daripada 31.0
juta penduduk Malaysia pada tahun tersebut (United Nations 1999).

1.1.4 Kawalan Penyakit

Selain daripada pelbagai faktor biologi, kejayaan kerajaan Malaysia dalam


melakukan kawalan khasnya ke atas penyakit berjangkit merupakan faktor
tambahan kepada perkembangan penduduk di Malaysia. Kementerian Kesihatan
Malaysia telah membina kerjasama dengan UNICEF demi kesihatan untuk
membantu dan meyokong rakyat Malaysia mencapai tahap kesihatan yang baik
dan menikmati kualiti hidup yang lebih baik. UNICEF telah bekerjasama dengan
Kementerian ini sejak 1954 dalam bidang kesihatan bayi dan ibu mengandung,
serta pemakanan. Hari ini, UNICEF menyokong maklum balas Kementerian
Kesihatan terhadap HIV/AIDS dan program kesihatan untuk kanak-kanak yang
terpinggir dan lemah. Semua bayi di Malaysia juga diberikan suntikan cacar dan
suntikan tiga antigen dengan percuma di klinik dan di hospital kerajaan.

Penyakit-penyakit berjangkit sepert penyakit batuk kering (tibi) di


Malaysia umpamanya adalah terkawal. Ini berikutan keberkesanan program-
program pencegahan dan rawatan yang dilaksanakan seperti program perlalian
untuk mencegah batuk kering (BCG) dan strategi Pengawasan Rawatan Jangka
Pendek Secara Terus (DOTS). Walaupun penyakit tibi tidak boleh dihapuskan
sepenuhnya kerana penyakit itu dapat disebarkan melalui udara, namun jumlah itu
dapat dikurangkan dengan kerjasama semua pihak, termasuk mendapatkan rawatan
awal apabila terdapat tanda-tanda penyakit itu.

Penyakit malaria yang merupakan satu penyakit endemik di Malaysia juga


telah berjaya dikawal. Program Pelupusan Malaria telah dimulakan pada tahun
1967 di Semenanjung Malaysia. Semenjak itu dan sehingga tahun 1980, terdapat

Sarjana Muda Pengajaran 7


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

penurunan di dalam bilangan kes malaria yang telah dilaporkan daripada 160,385
pada tahun 1966 kepada 9,110 kes untuk Semenjanjung Malaysia.

Di Malaysia, penyakit berjangkit seperti tuberkulosis, malaria dan


gastroenteritis merupakan penyakit utama menyebabkan kematian sebelum
merdeka, kini penyakit berjangkit telah menurun dengan mengejut walaupun
masih merupakan masalah kesihatan awam (Syarif et al. 1988).

Dalam masa yang sama, perkembangan pencegahan dan kawalan ke atas


tradional, muncul pula penyakit `negara maju' yang mula mengancam penduduk di
sini. Antara penyakit tidak obstruktif, sirosis hepar, ulser peptik, NIDDM (diabetes
melitus tidak bergantung kepada insulin) dan kecederaan. Permodenan telah
mengubah gaya hidup petani yang biasa menggunakan tulang empat kerat kepada
tenaga jentera yang lebih cepat. Skim FELDA, berjaya meningkatkan taraf hidup
turut menyebabkan penduduk mengalami keobesan dan diabetes. Tujuh peratus
dari penduduk dewasa FELDA (30-65 tahun) menghidapi diabetes (kencing
manis) berbanding dengan 3% kalangan orang kampung dan 0% di kalangan orang
Asli (Osman et al. 1993a; Osman 1994a, 1995a). Ini menunjukkan bahawa
permodenan telah mengakibatkan peningkatan morbiditi penyakit kronik di
Malaysia. Permodenan juga mengurangkan minat golongan muda untuk
berkecimpung dalam bidang pertanian akibat tawaran pekerjaan yang menarik dari
sektor perkilangan terutama di bandar. Ini menyebabkan bidang pertanian berubah
dari intensif buruh kepada intensif modal yang mana jentera dan racun perosak.

Sarjana Muda Pengajaran 8


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

1.2. Faktor Ekonomi

1.2.1. Bekalan buruh

Perkembangan ekonomi yang pesat di Malaysia khasnya pada tahun-tahun


1990an dahulu telah banyak mempengaruhi perkembangan penduduk Malaysia.
Pelbagai projek bertaraf mega telah dibina seperti Kuala Lumpur City Centre
(KLCC), Kuala Lumpur Internasional Airport (KLIA), Jambatan Pulau Pinang dan
Bangunan Dayabumi pada era 90an. Menjelang akhir 90an dan alaf baru 2000,
pelbagai projek lagi dibangunkan seperti pembangunan Putrajaya sebagai pusat
pentadbiran kerajaan pusat, Litar F1 Sepang dan seumpamanya.

Pembinaan pelbagai infrastruktur, kemudahan dan pembangunan bertaraf


mega ini memerlukan tenaga buruh yang bukan sedikit. Bekalan buruh dari
kalangan buruh tempatan tidak mencukupi dan ia telah ditampung oleh buruh
asing khasnya dari Indonesia dan negara lain seperti Vietnam, Bangladesh, Nepal,
Thailand dan Kemboja.

Bermula dari sini pertumbuhan penduduk Malaysia di kawasan-kawasan


berkenaan mula berubah. Ramai buruh asing yang akhirnya menjadi pemastautin
tetap Malaysia malah ada yang akhirnya menjadi warganegara Malaysia.
Perkahwinan dengan warga tempatan dan faktor ekonomi menjadi tarikan warga
asing untuk menetap di kawasan berkenaan atau di Malaysia amnya.

1.2.2. Taraf Hidup

Kerajaan telah memajukan pendidikan dan memastikan semua rakyatnya


mendapat pendidikan yang baik secara percuma sejak negara mula mencapai

Sarjana Muda Pengajaran 9


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

kemerdekaan lagi. Hasilnya kini, ramai di kalangan rakyat telah mencapai taraf
hidup yang lebih baik berbanding dahulu. Pendapatan perkapita rakyat Malaysia
kini adalah RM21,500 setahun atau RM1,800 sebulan.

Taraf hidup yang baik bererti sesebuah keluarga mampu untuk


mendapatkan makanan yang lebih baik dan berkhasiat. Pemakanan yang sempurna
akan membantu ke arah peningkatan tahap kesihatan yang lebih baik.

Peningkatan taraf hidup juga membuatkan rakyat berkemampuan


mendapatkan rawatan perubatan terbaik daripada hospital yang terbaik.
Berdasarkan sumber daripada ’Association of Private Hospitals of Malaysia’,
terdapat 123 buah hospital swasta di seluruh Malaysia. Bilangan klinik swasta
adalah jauh lebih besar. Ini menunjukkan peningkatan taraf hidup rakyat Malaysia.

Berikutan itu, ia telah membantu rakyat mengekalkan tahap kesihatan dan


mendapatkan pemakanan dan rawatan yang terbaik dan seterusnya membantu
memanjangkan jangka hayat dan pertumbuhan penduduk Malaysia. Kajian juga
mendapati kadar kematian penduduk di negara maju dan membangun lebih rendah
berbanding penduduk di negara mundur.

1.2.3. Pembangunan

Pembangunan juga merupakan salah satu faktor pertumbuhan penduduk.


Sesuatu tempat yang membangun menawarkan pelbagai kemudahan dan
keselesaan kepada penduduk. Antaranya kemudahan jalan raya yang baik, sistem
pengangkutan yang cekap, kemudahan kesihatan dan keselamatan serta juga
kemudahan pendidikan dan rekreasi.

Sarjana Muda Pengajaran 10


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Pembangunan bandar-bandar baru umpamanya, telah menarik migrasi


penduduk. Bandar Baru Darul Aman di Jitra umpamanya telah membangun
dengan pesat kerana adanya pembangunan di kawasan berkenaan seperti Institut
Perguruan Darulaman, Institut Kemahiran Belia Negara, Politeknik, Kolej
komuniti, kawasan rekreasi Tasik Darulaman, Kelab Golf, kawasan perkilangan
serta juga pasaraya-pasaraya. Pertumbuhan penduduk di kawasan ini adalah begitu
pesat dengan terbinanya banyak taman-taman perumahan dan rumah-rumah kedai.

1.3. Faktor Teknologi

1.3.1. Perubatan

Teknologi perubatan pada masa kini telah berkembang jauh lebih maju
berbanding teknologi 20 tahun dahulu. Pelbagai penyakit merbahaya dan
mendatangkan maut umpamanya barah atau kanser kini telah dapat dikesan di
peringkat awal. Penggunaan alatan seperti mammogram contohnya dapat memberi
gambaran lebih jelas mengenai kewujudan sel kanser dan tahap bahayanya.
Justeru, langkah kawalan dan penyembuhan dapat dilakukan dengan lebih awal
sebelum ianya merebak dan ini pastinya dapat mengurangkan risiko kematian dan
seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan penduduk.

Masyarakat masa kini bagaimanapun lebih terdedah kepada pemakanan


yang tidak sihat. Kesibukan dengan kerjaya umpamanya membuatkan masyarakat
cenderung mendapatkan makanan segera seperti burger McDonalds, ayam KFC
dan seumpamanya.

Sarjana Muda Pengajaran 11


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

1.3.2. Pengangkutan

1 Kemudahan pengangkutan dan perhubungan memainkan peranan penting


sebagai pusat tumpuan dan pertumbuhan penduduk. Sesuatu tempat yang
mempunyai pelbagai kemudahan seperti jalanraya, pelabuhan atau lapangan
terbang akan menjadi kawaan utama penempatan. Pembinaan lapangan terbang
antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan Bayan Lepas menyebabkan
kawasan sekitarnya menjadi tumpuan penduduk.
0

1 Sistem pengangkutan seperti Lebuh Raya Utara-Selatan telah


menggalakkan perkembangan beberapa kawasan di sepanjang laluannya seperti:-

2 1. Sungai Petani, Kedah.

3 2. Bukit Tengah dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.

4 3. Jelapang, Perak.

5 4. Senai, Johor.

0 Peluang pekerjaan yang terdapat di kawasan pelabuhan seperti pelabuhan


Pulau Pinang, Pelabuhan Pasir Gudang, Pelabuhan Tanjung pelepas dan
Pelabuhan Kuantan menggalakkan kawasan ini menjadi tumpuan penduduk.

Sarjana Muda Pengajaran 12


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

2. Huraikan EMPAT kesan positif migrasi penduduk terhadap negara sedang


membangun. Beri contoh yang relevan untuk menyokong jawapan anda.

Pengenalan

Migrasi merupakan satu proses demografi yang melibatkan perpindahan penduduk


daripada satu kawasan kepada kawasan yang lain. Ia merupakan suatu proses pergerakan
penduduk yang amat sensitif terhadap perkembangan sosio-ekonomi sesuatu kawasan. Migrasi
telah berlaku sejak zaman silam lagi. Sebagai contohnya pada tahun ke-5 kerasulan, Nabi
Muhammad S.A.W dan para sahabat telah melakukan proses penghijrahan atau migrasi dari
Mekah ke Madinah untuk mempertahankan akidah dan agama Islam.

Sejak kebelakangan ini migrasi semakin penting dalam dunia moden terutama
sumbangannya terhadap urbanisasi dan perindustrian. Faktor ekonomi merupakan faktor utama
yang meyumbang kepada berlakunya proses migrasi ini. Kedudukan ekonomi yang mantap dan
kukuh menyebabkan wujudnya banyak sektor-sektor pertanian, pembinaan dan perkilangan,
sekaligus membuka peluang kepada rakyat sesebuah negara termasuk juga golongan pendatang
yang datang khususnya untuk mencari rezeki di negara orang. Selain itu faktor sosiobudaya juga
memainkan peranan utama menyebabkan pendatang Indonesia semakin bertambah dari hari ke
hari ke negara kita. Bahkan boleh dikatakan faktor sosiobudaya ini memainkan peranan yang
sama pentingnya dengan faktor ekonomi, mennjadi daya tarikan kepada pendatang Indonesia ini.
Dengan adanya persamaan ciri-ciri ini proses untuk mereka menyesuaikan diri akan berjalan
dengan lancar.

Kestabilan politik sesebuah negara tidak kurang penting dalam memainkan peranan yang
berkait rapat dengan ekonomi negara dan proses migrasi antarabangsa. Sebuah negara yang aman
dan makmur secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya migrasi penduduk negara
tersebut ke negara lain, sebaliknya menyebabkan penduduk negara lain berhijrah ke negara
tersebut.

Sarjana Muda Pengajaran 13


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Di Malaysia bandaraya Kuala Lumpur merupakan bandar besar yang menerima ramai
imigran daripada seluruh negeri. Satu perubahan penting tren migrasi di Malaysia adalah
perubahan penghijrahan penduduk daripada luar bandar ke bandar kepada bandar ke bandar
sekarang ini. Proses migrasi ini mewujudkan pelbagai kesan positif khasnya kepada negara kita
Malaysia yang sedang membangun ini.

2.1. Perkembangan Bandar-Bandar Utama dengan Jumlah Pertumbuhan


Penduduk yang Semakin Pesat (Di Malaysia)

Antara kesan positif migrasi adalah perubahan aliran pergerakan penduduk


Malaysia telah menyebabkan perkembangan bandar-bandar utama dengan jumlah
pertumbuhan penduduk yang semakin pesat. Pada keseluruhannya jumlah penduduk
bandar di Malaysia telah meningkat daripada 28.4 peratus tahun 1970 kepada 61.8 peratus
tahun 2000 (Jabatan Perangkaan Malaysia 2001). Jumlah penduduk bandar bertambah
daripada 2.96 juta kepada 13.72 juta dalam tempoh tersebut. Analisis data migrasi
penduduk Malaysia sejak tahu 1980 telah menunjukkan migrasi bandar ke bandar semakin
meningkat. Pada tahun 1980 hanya 21.0 peratus telah meningkat kepada 63.2 peratus
tahun 2000 (Jadual 2). Sementara migrasi daripada luar bandar ke luar bandar telah
menurun daripada 45.0 peratus kepada 10.0 peratus dalam tempoh tersebut. Perubahan
pola migrasi penduduk ini memberi petunjuk yang jelas bahawa kecederungan pemerintah
mengadoptasi ‘global’ bertujuan mempromosi pertumbuhan ekonomi telah memberikan
implikasi penting kepada migrasi dan taburan penduduk. Situasi pelabur yang semakin
bersaing bagi menentukan pelaburan mereka, keputusan untuk memilih lokasi pelaburan
telah mempengaruhi migrasi dalaman dan anatarabangsa. Sekarang ini pemilihan lokasi
adalah ditentukan oleh ‘competitive advantages’ lokasi-lokasi yang berbeza.

Sarjana Muda Pengajaran 14


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Jadual 2 : Migrasi Bandar - Luar Bandar, Malaysia 1980, 1986 - 1991 dan 2000

1986 -
Bil Jenis Aliran 1980 2000
1991
1 Bandar - Bandar 21.0 50.1 63.2
2 Bandar - Luar Bandar 18.0 20.7 9.2
3 Luar Bandar - Bandar 16.0 17.1 17.6
4 Luar Bandar - Luar Bandar 45.0 12.1 10.0
Jumlah 100.0 100.0 100.0
Bilangan migran 954,200 1,024,500 3,328,485

Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia, 1983; 1995 & 2004

2.2. Aliran Tenaga Kerja yang Murah dan mengekalkan Gaji Pada Tahap yang
Rendah dan Kadar Pertumbuhan pada Kadar yang Tinggi

Kebanjiran migran buruh asing ke Malaysia terutama daripada Indonesia


telah berlaku sejak tahun 1980-an dan jumlahnya terus meningkat dengan ketara
dan signifikan pada tahuh 1990an (McCall 1991; Hugo 1993). Kemasukan imigran
khasnya dari negara luar membuatkan kerajaan dapat mengurangkan penggunaan
wang yang banyak untuk membayar gaji atau upah kepada buruh asing.

Imigran biasanya tidak terlalu meminta-minta gaji yang lebih dan tidak
menghiraukan sangat tentang pendapatan yang mereka perolehi, asalkan duit yang
mereka terima itu mampu untuk menyara keluarga di negara mereka dan
sebagainya. Selain daripada itu, majikan juga tidak perlu mengeluarkan sejumlah
besar wang untuk caruman ke dalam KWSP atau PERKESO. Secara tidak
langsung para majikan akan mengambil kesempatan ini untuk mengaut
keuntungan kerana mereka tidak perlu lagi menawarkan kos untuk kemudahan
sosial seperti tabung kebajikan pekerja, faedah perubatan dan faedah-faedah lain
kepada buruh asing ini.

Sarjana Muda Pengajaran 15


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Jika dilihat dari segi kemudahan inisiatif, Malaysia agak ketinggalan jika
dibandingkan dengan negara-negara lain yang mempunyai kemudahan prasarana
yang lebih lengkap dan maju. Oleh itu, faktor buruh digunakan sebagai faktor
alternatif untuk menarik pelabur-pelabur asing. Walaupun upah bagi buruh
tempatan masih lagi dikategorikan tinggi berbanding negara lain seperti Vietnam
atau China, kemasukan imigran asing telah memperbaiki keadaan tersebut. Ini
adalah kerana upah yang ditawarkan kepada mereka adalah murah secara
relatifnya berbanding buruh tempatan.
.

2.3. Menyediakan Bekalan Tenaga Kerja yang Mencukupi untuk Memajukan


dan Memanfaatkan Sumber-Sumber Ekonomi yang Ada

Malaysia sejak mencapai kemerdekaan telah melaksanakan pelbagai projek


pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Pertama hingga Sembilan. Melalui
plan pembangunan tersebut telah berjaya meletakan negara ini sebagai sebuah
negara membangun yang paling berjaya dalam pembangunan sosio-ekonominya.
Selain daripada kekayaan sumber alamnya, sektor-sektor perindustrian, pembinaan
dan perladangan semakin berkembang maju.

Kesan daripada perkembangan ketiga-tiga sektor sektor ini semakin banyak


pekerja yang diperlukan sehingga timbullah masalah kekurangan tenaga buruh dan
oleh itu ramai pekerja asing diperlukan bagi memastikan perkembangan sektor-
sektor yang berkenaan tidak terjejas akibat kekurangan tenaga kerja. Proses
migrasi telah dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja sama ada mahir
atau separuh mahir khasnya dalam bidang pertanian dan pembinaan.

Sarjana Muda Pengajaran 16


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

2.4. Migran yang berhijrah ke Luar Negara Dapat Menghantar Balik Wang ke
Negara Asal dan ini Menguntungkan dari segi Tukaran Wang asing dan
Pembangunan Eknonomi Diri dan Keluarga serta masyarakat.

Berdasarkan data sehingga akhir Julai 2006, seramai 1,823,431 pekerja


warga asing bekerja dalam pelbagai sektor di Malaysia (Harian Metro, 19
September 2006). Jumlah tersebut membabitkan sektor perkilangan, pembinaan,
pembuatan, perkhidmatan dan perladangan serta pembantu rumah. Sehingga 22
negara menghantar pekerja mereka ke Malaysia. Lima negara yang paling ramai
sekali mengirim pekerja untuk bekerja di Malaysia ialah Indonesia (1,172,990),
Nepal (199,962), India (130,768), Vietnam (96,892) dan Bangladesh (64,156).
Pecahan mengikut sektor ditunjukkan dalam Jadual 1. Bilangan ini sebenarnya
telah jauh berkurangan jika dibanding dengan empat tahun lalu. Ini disebabkan
dalam tempoh tersebut sebahagian besar telah pulang ke negara masing-masing
melalui program pengampunan.

Jadual 3 : Tenaga Kerja Asing di Malaysia Mengikut Negara dan Sektor

Negara Bilangan Sektor Bilangan


Indonesia 1,172,990 Perkilangan 614,245
Nepal 199,962 Pertanian 372,007
India 130,768 Amah 317,391
Vietnam 96,892 Pembinaan 278,102
Bangladesh 64,156 Perkhidmatan 159,977

Sumber : Harian Metro, 9 September 2006

Sarjana Muda Pengajaran 17


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Menurut Ketua Ekonomi RAM Holdings Berhad, Dr. Yeah Kim Leng,
pengaliran keluar wang negara kini mencecah lebih RM17 bilion setahun. 1. Jumlah
itu dijangka mencecah RM18.1 bilion tahun ini. Jumlah itu hanya membabitkan
wang dihantar menggunakan perkhidmatan bank dan ia dipercayai lebih tinggi
kerana ramai pekerja asing, terutama pendatang tanpa izin membawa sendiri wang
apabila pulang ke negara asal atau mengirim menerusi saudara mara dan rakan.

Jumlah wang sebesar ini telah banyak membantu perkembangan ekonomi


dan meningkatkan tahap sosio ekonomi di negara masing-masing. Kadar tukaran
Ringgit Malaysia (RM) secara relatif adalah lebih tinggi berbanding Rupiah
(Indonesia), Peso (Filipina), Dongh (Vietnam) dan Taka Bangladesh.

Dalam hal ini, kedudukan ekonomi dan tarafmhidup di negara Indonesia


boleh diambil sebagai contoh. Gaji seorang guru yang telah mengajar hampir 35
tahun di Indonesia adalah dalam lingkungan RP 1,000.000.00 atau RM 360.00
berbanding di Malaysia, guru bukan siswazah dengan tempoh perkhidmatan 12
tahun dan mendapat gred DGA32(KUP) memperolehi lebih kurang RM 2,000.00
(gaji asas) atau RP5,548,672.00. Seandainya seorang buruh Indonesia yang bekerja
di Malaysia menghantar pulang RM500.00 sahaja, ia bernilai RP1,387,168.14
yang lebih besar daripada guru berkenaan.

Jumlah wang yang dihantar pulang ini mampu digunakan oleh keluarga
imigran berkenaan untuk membeli tanah, mendirikan rumah atau perniagaan dan
memberikan penghidupan yang lebih selesa kepada keluarganya. Wang ini mampu
menjana pelbagai kegiatan ekonomi kepada rakyat setempat khasnya dan negara
Indonesia amnya. Ia memberi sumbangan besar kepada ekonomi Indonesia.

1
Utusan Malaysia, 7 Julai 2009

Sarjana Muda Pengajaran 18


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

3.0. Bincangkan Cabaran-Cabaran Kepada Negara Malaysia Dari Segi Menyediakan


Peluang-Peluang Pekerjaan Dalam Sektor Perkilangannya

Untuk memastikan ekonomi nasional yang kukuh, sektor perkilangan / perindustrian


masih lagi merupakan nadi utama pertumbuhan negara. Sektor Perkilangan bermaksud sektor
penukaran secara mekanikal atau kimia bagi bahan bukan organik atau organik kepada produk
baru sama ada kerja itu dilakukan oleh jentera yang digerakkan oleh kuasa atau tangan sama ada
dilakukan di kilang atau di rumah pekerja dan sama ada barang keluaran dijual secara borong atau
runcit (Jabatan Perangkaan, 2003).

Walaubagaimanapun, negara kini menghadapi pelbagai cabaran khasnya dalam


menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat dalam sektor perkilangan.

3.1. Persaingan Global

Negara-negara seperti Vietnam, China dan India kini muncul sebagai hub
perindustrian baru dengan kos buruh yang lebih murah. Untuk kekal kompetitif,
upah bekerja di sektor perkilangan nasional tidak mudah dinaikkan. Justeru,
kilang-kilang multinasional pantas berhijrah mencari tempat pengeluaran yang
murah kosnya bagi mengoptimumkan margin keuntungan dan mengurangkan kos
pengeluaran.

Situasi ini jika tidak dibendung akan memberikan impak buruk kepada
negara. Justeru itu, Malaysia kini tidak lagi boleh menyandarkan kepada
penggunan buruh murah untuk menarik FDI (pelaburan asing). Negara harus
menonjolkan kekuatan kita dalam menyediakan tenaga buruh mahir yang
dilahirkan dari politeknik, IKM dan lain-lain institusi teknikal.

3.2. Kelembapan Ekonomi Dunia

Sarjana Muda Pengajaran 19


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Era kemelesetan ekonomi dunia bermula dengan pengumuman oleh


kerajaan Jepun pada suku tahun terakhir 2008. Skandal kewangan dan krisis yang
dihadapi institusi kewangan dan perbankan Amerika Syarikat Eropah serta Jepun
telah mengheret bersama ekonomi dunia ke kancah masalah Penguncupan
ekonomi negara-negara berkenaan mengakibatkan berlakunya krisis kewangan
ekonomi dunia. Krisis ini juga semakin menular bukan sahaja di negara barat
bahkan memberikan kesan yang semakin ketara kepada negara-negara dunia yang
lain tidak terkecuali Malaysia

Krisis ekonomi AS pula telah menyebabkan pengurangan eksport Malaysia


ke AS iaitu jatuh daripada 15% pada September 2008 ke tahap -2.6% pada
Oktober 2008. Antara sektor pembuatan yang terkesan oleh situasi ini ialah
pengeluar barangan elektrikal di Pulau Pinang. Pengurangan eksport ke AS
bermakna pengeluaran terpaksa dikurangkan dan bagi menangani situasi ini kos
pengeluaran perlu dikurangkan. Permintaan global yang semakin berkurang ekoran
krisis ekonomi tersebut menyebabkan pengilang terutamanya, terpaksa
mengecilkan perniagaan mereka. Apabila saiz perniagaan dikecilkan ia pasti akan
membabitkan pengurangan jumlah pekerja

Sehubungan itu, terdapat kilang-kilang pengeluar menyingkatkan tempoh


kerja atau waktu operasi malah ada yang memberhentikan pekerja-pekerjanya.
Apabila ekonomi terus mengalami kemelesetan, pengurangan permintaan ke atas
industri ini akan mengakibatkan majikan terpaksa melakukan langkah
pemberhentian pekerja.

Sarjana Muda Pengajaran 20


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Berdasarkan ramalan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), kira – kira


200,000 pekerja di Malaysia bakal diberhentikan pada tahun ini. 2 Angka ini jauh
lebih besar berbanding hanya 85,000 pekerja diberhentikan ketika negara
berhadapan dengan krisis kewangan pada tahun 1998. Ini merupakan faktor di luar
kawalan semua pihak. Ia merupakan masalah global yang terpaksa ditelan
walaupun pahit.

Sektor yang paling terjejas teruk kali ini adakah sektor elektrik dan
elektronik. Mengikut laporan Utusan Malaysia bertarikh 19 Januari 2009,
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan hampir 20,000
orang bakal kehilangan pekerjaan terutamanya dari sektor berkaitan. Ini
merupakan antara cabaran terbesar bagi negara untuk memperbetulkannya dan
mengukuhkan semula industri perkilangan sebagai antara pembekal utama tenaga
kerja tempatan.

3.3. Penggunaan Teknologi Moden dalam Sektor Perkilangan

Suatu ketika dahulu, tenaga manusia digunakan dengan banyak dalam


industri ini kerana teknolgi moden belum begitu berkembang. Ini secara tidak
langsung memberikan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat Malaysia.
Pelbagai lapisan proses perkilangan memberikan ruang kepada pewujudan banyak
peluang kerja

Menjelang era 90an hingga kini, banyak kilang yang mula beralih kepada
penggunaan tenaga mesin atau ‘robot’ untuk penghasilan produk mereka. Ini
secara langsung menyempitkan peluang pekerjaan kepada penduduk negara namun
ia menguntungkan pihak industri kerana mesin tidak memerlukan keperluan
fisiologi seperti makan, rehat atau potongan KWSP. Peluang kerja masih lagi

2
Utusan Malaysia,19 Februari 2009

Sarjana Muda Pengajaran 21


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

wujud tapi telah berkurangan kerana peranan tenaga kerja terdahulu telah
digantikan oleh mesin yang hanya perlu dikendalikan oleh beberapa orang untuk
menghasilkan barangan yang sama seperti puluhan orang suatu ketika dahulu. Ia
jelas suatu cabaran terhadap kerajaan dari segi menyediakan peluang pekerjaan.

Sarjana Muda Pengajaran 22


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

4. Sebagai seorang warga alam sekitar, jelaskan bagaimana anda boleh membantu
memelihara kawasan alam sekitar di sekeliling kawasan tempat tinggal anda.

Pengenalan

Seluruh manusia yang hidup di alam ini bertanggungjawab untuk menjaga alam sekitar.
Ini adalah kerana alam sekitar mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kehidupan
manusia. Menurut Hungerford et al. (1988), persekitaran yang baik bergantung kepada
masyarakat atau warga dunia dan kita merupakan warga dunia yang menjadi sebahagian daripada
alam sekitar. Segala aktiviti dan amalan harian manusia akan memberi kesan kepada alam
sekitar. Setiap hari kita mendengar berita berkenaan kemusnahan alam sekitar seperti banjir
lumpur di Lapindo, Indonesia, kebakaran hutan di Australia, tanah runtuh di Bukit Antarabangsa,
kejadian tsunami dan sebagainya. Menurut Grove (2002), akibat daripada kemusnahan ini ialah
kematian ribuan manusia di seluruh dunia.

Semua yang berlaku di atas adalah akibat kurangnya kesedaran manusia terhadap
penjagaan alam sekitar. Oleh itu, jalan terbaik ialah memberi kesedaran kepada masyarakat untuk
mengubah sikap dan amalan mereka terhadap alam sekitar. Pemikiran manusia harus diubah
daripada sikap mementingkan diri (anthropocentric) kepada berfokuskan alam sekitar
(ecocentric) (Callicott, 2000; Knapp, 1999). Ini adalah kerana sikap terhadap alam sekitar
mempengaruhi tingkah laku seseorang terhadap alam sekitar.

Penjagaan alam sekitar ini seharusnya bermula dari dalam diri dan persekitaran terlebih
dahulu. Oleh sebab itu, pelbagai inisiatif perlu diambil untuk mengatasi masalah ini dari berlaku.
Ia boleh dipraktikkan bermula dari kawasan tempat tinggal sendiri. Sebagai seorang warga alam
sekitar, sudah menjadi tanggungjawab bagi setiap individu untuk memelihara alam sekitar. Di
antara langkah yang boleh dilakukan adalah ;

Sarjana Muda Pengajaran 23


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

4.1. Mengamalkan 3R (recycle, reuse, reduce)

Setiap agama menuntut penganutnya menjadi seorang pembersih. Di dalam Islan,


kebersihan merupakan sebahagian daripada tuntutan agama. Kita sebagai individu
memainkan peranan sendiri.

Antara sikap yang harus diamalkan adalah recyle ataupun kitar semula. Bila kita
terfikir tentang kitar semula, perkara pertama yang muncul dalam benak kita adalah
keuntungan yang dapat kita perolehi dengan amalan itu dan betapa pentingnya amalan
kitar semula bagi alam sekitar. Kitar semula adalah satu terma yang digunakan apabila
barangan terbuang dikumpul, diasing dan diproses kembali   menjadi bahan mentah yang
boleh digunakan semula. Dengan mengitar semula, kita dapat membantu memelihara alam
sekitar, mengurangkan pembuangan sampah dan menjimatkan penggunaan ruang tanah.
Sekiranya, kita pergi ke pusat   kitar semula bawalah anak bersama dan terangkan kepada
mereka mengenai apa yang berlaku dan mengapa ianya   berlaku. Tidak terlalu lambat
untuk memulakannya. Ingat, hanya kerana kita membuang sampah ke dalam tong sampah
tidak bermakna ia akan pergi selama-lamannya tetapi kita hanya telah memindahkannya
ke suatu tempat yang lain.   Sebaliknya, kitarlah semula dan gunakan ia untuk tujuan yang
baik.  Amalan kitar semula dapat membantu kita menjaga alam sekitar , menjimatkan
tempat, wang dan tenaga.  
   
Amalan reuse atau menggunakan semula barang-barang yang boleh digunakan
semula juga haruslah diamalkan. Antara yang boleh dilakukan adalah menggunakan beg-
beg yang boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di
rumah. Pelbagai lagi langkah lain boleh dilakukan seperti baju-baju lama boleh dijadikan
alas kusyen, alas meja atau kain perca. Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan
kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini kerana pembakaran terbuka adalah salah di

Sarjana Muda Pengajaran 24


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

sisi undang-undang. Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat
baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.

Reduce atau pengurangan penggunaan barang-barang yang tidak diperlukan juga


harus dipraktikkan. Hanya beli apa yang diperlukan dan kurangkan pembelian yang tidak
perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan dan belilah barangan buatan
tempatan. Pembelian barangan tempatan membantu mengurangkan penggunaan minyak
fosil dan pembebasan gas semasa urusan pengangkutan. Kita juga harus membeli produk
yang sedikit pembungkusan kerana pembungkusan yang sedikit akan mengurangkan
penghasilan sisa dan berilah sokongan terhadap pembungkusan yang diperbuat daripada
kertas. Selain itu, barangan yang dibeli seharusnya bukanlah bertoksin / beracun. Barang
yang bertoksik seperti minyak enjin, penggilap, cat dan racun makhluk perosak tidak
boleh diguna semula. Habiskan semua bahan bertoksik sebelum menghapuskan bekas
tersebut.

Sikap-sikap sebegini dapat mengurangkan pencemaran pada alam sekitar. Tidak


lupa, sikap kesedaran pada diri sendiri harus ada untuk mengelakkan dari dunia terus
dicemar.

4.2. Menanam lebih banyak pokok atau tumbuhan di kawasan kediaman

Asap Diesel, pelepasan asap kenderaan, industri dan perumahan merupakan punca
utama kepada pencemaran udara. Kesannya, gas-gas yang merbahaya ini akan dibebaskan
ke persekitaran. Hal ini dinamakan sebagai kesan rumah hijau. Antara kesan gas rumah
hijau adalah termasuk karbon dioksida (CO2), nitrus dan gas metana. Gas-gas ini berada
di atmosfera kita secara semulajadi.   Namun parasnya semakin meningkat dan sekaligus
member impak yang negatif kepada alam sekitar kita.

Tumbuhan memerlukan CO2 untuk fotosintesis (mekanisme yang diperlukan


tumbuhan untuk pertumbuhan), Namun lebih   banyak pokok yang telah digunakan untuk

Sarjana Muda Pengajaran 25


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

pembangunan dan jika dicampur dengan pencemaran yang berlaku pada   atmosfera, ini
memberi kesan kepada pertambahan jumlah gas karbon dioksida dan pengurangan
tumbuhan hidup untuk   menyeimbangkannya.

Namun begitu, kita boleh membantu dalam menjaga persekitaran dengan


menanam pokok di   kawasan sekitar rumah kita ataupun menanam di dalam pasu bunga
untuk hiasan dalam rumah. Penanaman pokok boleh membantu mengubah iklim mikro di
sesuatu tempat di samping dapat mengurangkan pencemaran. Terdapat banyak cara untuk
kita membantu memelihara persekitaran, dan jika setiap di antara kita membantu
walaupun secara kecil, sudah   pasti memberi impak yang besar.

4.3. Gunakan tenaga dan bahan api secara efisien

Penjimatan elektrik merupakan satu daripada amalan murni alam sekitar iaitu
berkaitan dengan pemanasan global. Tindakan menjimatkan tenaga bukan sahaja boleh
menjimatkan duit tetapi mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil seperti
arang batu, minyak dan gas asli . Pengurangan pembakaran bahan api fosil akan
mengurangkan pembebasan karbon dioksida yang menyebabkan pemanasan global
(Powerscorecard, 2000).

Antara langkah mudah yang boleh dilakukan adalah mematikan lampu dan kipas
apabila meninggalkan bilik, gunakan ‘cahaya semulajadi’ untuk menerangi rumah seperti
membuka langsir pada waktu siang berbanding membuka lampu, gunakan ‘natural
ventilation’. Tutup dan keluarkan plag peralatan elektrik apabila tidak digunakan. Semua
peralatan seperti pemain DVD, pemain VCR, television, and radio menggunakan sedikit
tenaga apabila dalam mod rehat dan tidak dimatikan. Mod rehat biasanya menggunakan
hampir 20 % tenaga berbanding kegunaan biasa. Selain itu kita jug boleh menanam
tanaman hiasan di dalam rumah. Ini boleh menyejukkan rumah secara semulajadi.

Sarjana Muda Pengajaran 26


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

4.4. Mengamalkan gotong-royong

Amalan gotong-royong merupakan amalan masyarakat kita yang mengutamakan


semangat bekerjasama di antara satu sama lain, bak kata pepatah `berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing’. Amalan ini patut diamalkan dalam usaha bukan sahaja
memperindah tempat tinggal bahkan juga penjagaan kelestarian alam sekitar. Kebersihan
tempat tinggal merupakan keperluan asas untuk hidup dengan selesa. Dengan amalan
kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada
rupa. Sebagai seorang penghuni bumi, kita boleh mengaktifkan diri dalam amalan
bergotong-royong dapat menghijaukan bumi.

Selain itu, amalan bergotong-royong seyogianya menjadi satu daripada aktiviti


kehidupan yang penting sebagai langkah membersihkan tempat tinggal daripada menjadi
vektor penyakit. Dengan berbuat begitu, kita dapat mencegah dan menjauhi penyakit.
Secara peribadi, saya berpendapat bahawa kegiatan ini amat berfaedah dan mesti
diamalkan sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh hal yang
demikian, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini
juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di
kawasan tempat tinggal.

Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah seperti membersihkan kawasan


dengan mengumpul sampah seperti botol-botol, kertas dan seumpamanya untuk dikitar
semula. Ia juga boleh diperluaskan lagi dengan bersepakat menanam pokok-pokok di
halaman rumah masing-masing yang bukan sahaja mencantikkan suasana tetapi juga
mengubah iklim persekitaran agar lebih sejuk kerana pokok-pokok akan menyerap haba
panas matahari.

Sarjana Muda Pengajaran 27


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Penutup

Pertumbuhan penduduk di Malaysia secara asasnya adalah antara yang tertinggi di negara-
negara Asia Tenggara. Pertumbuhan tinggi ini seharusnya dapat membantu Malaysia untuk
mendapatkan tenaga buruh bagi memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia terus berkembang,
namun apa yang berlaku adalah keadaan di mana perkembangan ekonomi masih tiak dapat
diimbangi oleh pertambahan penduduk Malaysia. Justeru itu, Malaysia masih memerlukan buruh
asing bagi menampung permintaan pihak industri khasnya binaan yang kurang digemari tenaga
kerja tempatan.

Dalam keadaan ekonomi global yang tidak menentu sekarang dan peluang pekerjaan
semakin terbatas, kerajaan juga berdepan dengan dua cabaran besar iaitu memastikan rakyat
mempunyai pekerjaan dan mengekalkan pekerjaan mereka serta lepasan universiti pula
mempunyai tempat dalam pasaran.

Kerajaan juga harus mengekalkan aliran kredit bagi memastikan pemilik perniagaan dapat
meneruskan operasi perniagaan dengan dana latihan yang diperuntukkan kerajaan. Oleh itu,
masalah pengangguran rakyat diyakini dapat dikurangkan seminimum mungkin pada masa
hadapan.

Selain itu dalam masa yang sama kerajaan juga harus mengawal kemasukan imigran agar
ianya tidak menjejaskan warga tempatan walaupun dalam masa yang sama kita memang
memerlukan mereka. Kebijaksanaan kerajaan akan menguntungkan kedua-dua pihak di mana
imigran akan beroleh keuntungan berupa material dan kerajaan pula boleh meningkatkan
ekonomi negara secara keseluruhannya.

Dalam pengurusan alam sekitar pula, kerajaan telah menampakkan keseriusannya dengan
mewujudkan Dasar Alam Sekitar Negara dengan tujuan untuk meneruskan kemajuan ekonomi,
sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam
sekitar dan pembangunan lestari. Seterusnya kita sebagai rakyat haruslah memberikan kerjasama

Sarjana Muda Pengajaran 28


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

khasnya dalam memastikan alam sekitar kita terus dikekalkan dan mengalami penambaikan.

BIBLIOGRAFI

Lim Boon How. (1987) Mikro Ekonomi STPM. Petaling Jaya, Selangor : Eastview
Productions Sdn. Bhd.

Mahathir Mohamad. (2003) Pengurusan Ekonomi Malaysia. Kuala Lumpur : Institut


Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Ranjit Singh Malhi, Dr.(2005). Pengajian Am, Kenegaraan Malaysia. Kuala


Lumpur. TQM Consultancy Sdn. Bhd.

Seng, Wong Khek, Kee, Kok Meng, Aminah Hj Sabran. (2005). Pengajian Am
Kertas 1 dan 2 STPM. Petaling Jaya. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ramli Ismail (2000). Malaysia Kita. Petaling Jaya. Internasional Law Book Sdn. Bhd.

Wheare, K.C., (1993). Perlembagaan Moden. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,

Hugo, G. (1993) Indonesian Labour Migration to Malaysia: Trends and Policy Implications,
Southeast Asian Journal of Social Scienece, 21(1):36-70

Jamilah Mohamad, “Pengangkutan Ke Arah 2020: Peluang Kesampaian Untuk Semua,”


SARJANA (Journal of the Faculty of Arts and Social Sciences), Vol. 13, 1996, pp. 59-73.

Mohd Zaid bin Ismail (2009). Tahap Kesedaran Tentang Fenomena Pemanasan Global Dalam Kalangan Pelajar
Tingkatan 4 Di SMK. Ibrahim Fikri, Kuala Terengganu. Tugasan Kursus Alam Sekitar Dan Kelestarian, Sarjana
Pendidikan Sains, Universiti Kebangsaan Malaysia

Krisis Kewangan 2008


http://ms.wikipedia.org/wiki/krisis kewangan 2008

Daya saing Malaysia melonjak: PM


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/2009022523040/Article/i
ndex_html

Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan


http://www.pemudah.gov.my/info

Alam Sekitar
http://www.scribd.com/doc/15255128/Alam-Sekitar-by-Loney

Sarjana Muda Pengajaran 29


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Kesan Pertumbuhan Penduduk Bandar


http://www.scribd.com/doc/3832608/kesan-pertumbuhan-penduduk-bandar

Dasar Kependudukan Malaysia


http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1380:dasar-
kependudukan-malaysia-ke-arah-70-juta-penduduk&catid=300:dasar-dasar-
ekonomi&Itemid=3

Cabaran Tenaga Kerja


http://eprints.utm.my/2279/1/Zakaria.pdf

Dinamik Penduduk
http://www.sabah.net.my/juipri/penduduk.html

Faktor Mempengaruhi Kadar Pertumbuhan


http://demoamri-amri.blogspot.com/2007/08/faktor-faktor-yang-mempengaruhi-kadar.html

Kesan Migrasi Kepada Negara


http://epy-ktn.blogspot.com/2007/10/kesan-migrasi-penduduk-kepada-negara.html

Kesan Migrasi Terhadap Kawasan


http://rakangeografi.blogspot.com/2008/12/nota-26-kesan-migrasi-terhadap-kawasan.html

Gaji rakyat asing terus ke akaun pekerja


http://www.mohr.gov.my/index.php?
option=com_content&task=view&id=631&Itemid=163&lang=en

Kertas Kerja Seminar Pembangunan & Isu-Isu Global (MTP 3012)


http://sarjana.tripod.com/migrasi1.html

Kadar tukaran matawang


http://finance.yahoo.com/currency-converter/?u#from=MYR;to=IDR;amt=100

Masa hadapan sektor perindustrian


http://malaysian-economy.blogspot.com/

Dasar Kependudukan
http://tokijal.blogspot.com/2009/04/dasar-kependudukan-malaysia-ke-arah-70.html

Pertumbuhan Ekonomi
http://id.wikipedia.org/wiki/Pertumbuhan_ekonomi

Sarjana Muda Pengajaran 30


AHMAD JUANDA B. SAKARIA
juanda@oum.edu.my
710123025627002

SUBJECT : HBSS3103 MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

http://www.scribd.com/doc/13898110/A-Fm

Sarjana Muda Pengajaran 31

Anda mungkin juga menyukai