Anda di halaman 1dari 8

Tugasan 4

Kursus : Sistem Komunikasi

Nama :
No. Pend :

1. Sasaran ditemui pada tempoh 129.30 s selepas radar memancar isyarat. Kirakan
jarak dari radar ke sasaran dalam batu notika, rujuk Rajah 1

pemancar gama

masa

Tempoh perambatan satu kitar, 129.30 s

Rajah 1

2. Lukiskan gambarajah blok bagi radar primer, terangkan fungsi setiap komponennya
serta jelaskan bagaimana ia berfungsi.

3. Terangkan penggunaan bagi system dibawah.

a. Radar cuaca
b. Radar astronomi
c. Radar untuk keselamatan pelayaran.
d. Radar pengukur ketinggian.
e. Radar kawalan lalulintas udara
Jawapan tugasan 4

1. s = v x t (meter)
2

s = (3 x 108 m/s) x (129.30s)


2

= 19395 m

Jarak sasaran adalah 19.395 km. Kita mengetahui bahawa 1852 m


bersamaan dengan satu batu notika, maka;

Jarak sasaran (batu notika) = 19395 m


1852 m

= 10.47 nmi

2.

Antena/Kawalan Antena

Sasaran

Penghantar/ Penjana Frekuensi,


Pemodulat Pemasa & Kawalan

Dupleks
Penerima Pemproses Pemproses Data,
Isyarat Paparan & Lain-lain

Rajah 2 Rajah blok radar primer

Rajah 2 menunjukkan komponen-komponen terkandung di dalam rajah blok radar


primer. Berikut adalah fungsi setiap blok.

i. Penjana frekeuensi, pemasa dan kawalan


Blok ini menjana frekuensi dan isyarat segerak. Ini untuk menentukan masa untuk
pemancar menembak isyarat, menyeragamkan sela masa bagi sistem lain. Untuk
makluman anda, peranti ini tidak dihubungterus dengan peranti lain.

ii. Penghantar
Penghantar menjana isyarat radio untuk dipancarkan pada sasaran. Penghantar
juga boleh bertindak sebagai penguat untuk menguatkan isyarat rendah dan
seterusnya, dipancarkan.

iii. Pemodulat
Pemodulat bertindak sebagai suis pembuka dan penutup bagi menghantar denyut
pada sasaran.

iv. Dupleks (Duplexer)


Ia bertindak sebagai suis yang mengaktifkan pemancar atau penerima pada masa
yang berlainan. Oleh kerana, masa pensuisan yang perlu dilakukan adalah dalam
nano saat maka suis elektronik digunakan sebagai media pensuisan

v. Antena
Antena akan menumpukan isyarat pancaran pada alur sempit (narrow beam) dan
seterusnya dipancarkan ke sasaran. Manakala isyarat gema yang diterima dari
sasaran akan ditumpukan pada antena dan seterusnya dihantar ke penerima.

vi Kawalan antena
Unit ini akan mengawal kedudukan antena dari sudut dongakan dan azimuth agar
sasaran dapat ditemui.

vii Penerima
Isyarat yang diterima akan dikuatkan serta ditapiskan daripada hinggar dan jalur
frekuensi yang tidak dikehendaki. Ini membolehkan isyarat yang diterima adalah
optimum.

viii. Pemproses data


Ia memproses dan menyimpan data yang diperolehi. Kemudian data tersebut
digunakan untuk mengenalpasti kedudukan sasaran dalam kordinat.
Penterjemahan data dalam bentuk kordinat yang tepat, dilakukan secara
elektronik.

ix. Paparan
Menunjukan kedudukan satu sasaran pada skrin. Maklumat diperolehi daripada
pemproses data.
Kendalian Rajah 2

Sistem penjana frekuensi dan pemasa akan menyebabkan pemancar menghasilkan


letusan atau denyut dalam bentuk elektromagnetik. Parameter denyut ditentukan
mengikut misi, jenis radar, dan mod pengoperasianya. Ia mungkin berjulat kuasa
di antara miliwatt hingga megawatt tetapi kadar penjanaan denyut (pulse
repetition frequency, PRF) hampir mencapai beribu denyut persaat.

Semasa penghantaran denyut, pemasa mula diaktifkan. Di mana denyut pancaran


dari antena akan ditumpukan oleh gandaan antena dan seterusnya dirambat ke
sasaran. Denyut ini berada di atmosfera pada halaju cahaya dan mempunyai
medan elektrik dan magnetik pada kadar 120 (377 ohm). Apabila gelombang
denyut terkena pada sasaran maka ciri-ciri medan magnetik dan elektrik akan
terganggu, akibatnya terdapat pantulan daripada sasaran. Gelombang pantulan ini
kemudian akan bergerak menuju ke antena. Antena mula menumpukan
gelombang tersebut dan seterusnya, menukarkan kepada isyarat denyut.

Penerima akan menapis isyarat yang tidak dikehendaki dan seterusnya,


menguatkan isyarat tersebut. Isyarat pantulan kini, diproses dan diterjemahkan
pada skrin paparan. Pada masa yang sama denyut pantulan akan dibandingkan
dengan denyut penghantaran dengan menggunakan pemasaan.

3.
i. Radar cuaca
- Jumlah titisan hujan diperolehi daripada ukuran kabus dan embun
yang hampir tidak kelihatan pada pandanagn manusia. Untuk
pengetahuan anda, ukuran yang diperolehi ini hanya beberapa mm
sahaja.
- Untuk pengukur menggunakan radar, panjang gelombang yang
berukuran 3 cm kebawah sahaja dapat memberi semua jenis
pembacaan bagi hujan.
- Sebuah radar berukuran 3 cm memperlihatkan suatu polar yang bagus
dari geme-gema yang jauhnya 160 km atau lebih pada sesaat angin
ribut yang berlalu.
- Mata angin ribut dapat di kesan dengan intensitinya.
- Kegunaan radar secara efektif di dalam meramalkan kaji cuaca adalah
amat terbatas, kerana ia hanya dapat mengesan setakat angin ribut
sahaja.
- Selain daripada itu, ia juga dapat mengesan hujan dan salji dapat
keadaan atmosfera yang kurang menyenangkan, kerana lapisanya tidak
setebal ribut taufan atau lain-lain.
- Kesimpulan, peramal cuaca akan mendapatkan informasi yang tepat
dan boleh dipercayai tentang keadaan cuaca sejauh beratus-ratus km,
dan juga masa bila hujan akan turun disesuatu wilayah/kawasan.
ii. Radar astronomi
- Kesesuaian radar telah membawa kepada perkembangan ilmu
perbintangan, yang dikelolakan dengan radar astronomi.
- Dalam konsep ini, sesuatu denyut radar akan dikirimkan ker uang
angkasa. Ketika denyut itu terkena atau terhentam pada sesuatu yang
keras atau suatu media gas maka, gema akan terhasil lalu
dikembalikan ke stesen asal. Gema yang kembali akan membawa
banyak informasi tentang sasaran-sasaran angkasa.
- Manakala, dengan yang terpantul daripada bulan akan menunjukkan
seluk-belok permukaan bulan. Hasilnya, suatu gambar maya akan
menunjukan permukaan bulan yang tidak rata.
- Juga, aliran-aliran gas yang diionisasikan oleh matahari, berjaya
dianalisakan oleh para saintis dengan menggunakan denyut pantulan
radar.
- Radar astronomi juga telah membuktikan keberkesanan dalam
penyelidikan meteor-meteor di angkasa.
- Ketika meteorit meluncur melewati lapisan asmosfera, metorit itu akan
meninggalkan suatu jejak gas yang terionias, yang mana dapat dikesan
oleh radar. Maka, dengan menganalisa gema-gema jejak meteor, para
pengamat dapat memperhitungkan ukuran, garis edar, serta kelajuan
meteorit yang meninggalkan jejak di dalam lapisa asmosfera.

iii. Radar untuk keselamatan pelayaran.

Gambarajah paparan bagi radar di


lautan
 Kepentingan radar dalam pelayaran adalah untuk menjamin
keselamatan di lautan.
 Alat ini dapat memberikan informasi tentang kapal-kapal lain,
daerah sekitarannya, tepi-tepi pantai dan posisi-posisi pelampung.
 Pelampung-pelampung yang menggunakan pemantul jenis logam,
mampu meningkatkan pengesanan tempat pelampung–pelampung
tersebut, melalui radar.
 Selain daripada itu, penggunaan radar juga dapat mempercepatkan
perjalanan sesuatu kapal laut pada waktu malam serta mengawal
kesesakan lalulintas.

iv. Radar pengukur ketinggian.


 Piawaian pengukuran ketinggian tekanan, atau indikator ketinggian,
digunakan pada kapal terbang, bertujuan untuk menentukur
ketinggian paras penerbangan yang sebenar.
 Untuk pengetahuan anda, tekanan akan berkurangan di atmosfera
pada ketinggian melebihi permukaan aras laut. Semakin tinggi di
atmosfera maka, semakin rendah tekanan udara.
 Alat ini juga mampu menunjukkan kedudukan serta ketinggian
kapal terbang.
 Alat yang digunakan untuk menunjukkan jarak ketinggian yang
sebenarnya dikenali sebagai radar altimeter, yang juga disebut radio
altimeter.
 Alat ini beroperasi dengan menghantar suatu gelombang denyut ke
permukaan bumi dari kapal terbang. Gelombang yang dihantar
tersebut akan dipantulan semula ke kapal terbang pada sela masa
yang berlainan. Hasil daripada perbezaan sela masa tersebut, kita
dapat menterjemahkan jarak ketinggian penerbangan sesuatu kapal
terbang.

v. Radar kawalan lalulintas udara


 Radar kawalan lalulintas udara biasanya dipasang di pusat-pusat
kawalan kapal terbang di setiap lapangan terbang.
 Radar ini dapat mengesan jarak sesebuah kapalterbang di antara 50
batu hingga 300 batu jauh, iaitu jarak yang telah ditetapkan dalam
sistem ini.
 Ia biasanya menggunakan PRF yang rendah dan DOPPER bagi
mengesan pergerakan objek.
 Semasa pengoperasian, sistem kawalan lalu-lintas udara ini akan
menggunakan 2 radar supaya dapat menguatkan punca-punca
pengesan.
 Tujuan kawalan lalulintas udara diwujudkan adalah untuk
membantu atau memudahkan proses pendaratan dan penerbangan di
setiap destinasi.

Gambarajah Radar Kawalan


Lalulintas Udara

 Selain daripada itu, ia bertindak sebagai pengawal trafik udara, demi melicinkan
operasi sesebuah pesawat.
 Sebuah sistem radar juga dikenali sebagai satu pusat penerbangan yang
dikendalikan dari darat yang berfungsi untuk menunjuk arah tuju sesebuah
kapalterbang yang hendak mendarat dan berlepas, ketika cuaca buruk atau
keadaan yang dapat menghalang penglihatan para juruterbang.
 Lazimnya, ia diletakkan berdekatan dengan hujung landasan iaitu tempat yang
paling strategik untuk mengawal perjalanan sesebuah kapal terbang.
 Radar ini berfungsi apabila terdapat objek yang masuk ke dalam kawasan
imbasannya. Tanda-tanda seperti sekumpulan titik-titik pada layar radar akan
menunjukkan bahawa terdapat objek seperti kapalterbang yang akan mendarat
atau menuju ke lapangan.
 Selepas mendapat isyarat bahawa terdapat kapalterbang yang hendak mendarat,
radar tersebut akan memeriksa kawasan landasan kapal terbang bagi memastikan
tiada perselisihan di antara setiap pesawat.
 Jika terdapat kapal terbang yang menggunakan landasan untuk berlepas maka,
pesawat yang hendak melakukan pendaratan akan diminta oleh pengawal trafik
udara untuk berlegar-legar buat sementara waktu diudara sehingga diberi
kebenaran untuk mendarat.
 Dari kita dapat melihat betapa pentingnya radar bagi mengawal lalulintas di udara
yang berisiko tinggi.
 Dalam sistem radar penerbangan yang terdahulu, proses pendaratan pesawat
dilakukan dengan cara operator menara kawalan akan memberi petunjuk-petunjuk
secara berterusan kepada juruterbang sehinggalah juruterbang dapat mencapai
laluan pendaratan yang ditetapkan.
 Dalam peningkatan sistem radar pada era moden, juruterbang mungkin dapat
mendaratkan pesawat dengan sendirinya kerana telah terpasang radar di semua
bandar-bandar utama sepertimana yang terpasang di pesawat-pesawat yang
canggih masakini

Anda mungkin juga menyukai