Anda di halaman 1dari 2

..

: 10 TIPS MENGATUR WAKTU :..

1. Buatlah perencanaan
Anda memerlukan perencanaan kerja harian. Kalau tidak demikian,
anda akan mengalokasikan waktu menurut apa sahaja yang kebetulan
tiba dimeja tulis anda. Awasilah setiap hari dengan membuat jadual
umum, dengan penekanan khusus pada dua atau tiga hal yang ingin
anda selesaikan. Makin banyak waktu yang kita lewatkan untuk
merencanakan sesebuah projek, makin sedikit waktu total yang
diperlukan untuk menyelesaikannya.

2. Pusatkan perhatian
Golongan yang menghadapi masalah serius dalam hal pengurusan
waktu biasanya mencuba melakukan banyak hal sekaligus. Jumlah
waktu yang digunakan dalam suatu projek bukanlah hal yang penting.
Tetapi yang lebih penting ialah menyediakan jumlah waktu yang tidak
terganggu.

3. Ambillah waktu rehat


Bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat bukanlah penggunaan waktu yang efektif.
Tenaga makin menurun, kebosanan makin mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan
mental makin terkumpul. Oeh itu, anda memerlukan masa rehat yang secukupnya kerana
hanya berehat sahaja merupakan cara yang paling baik.

4. Jauhkan suasana berkecamuk


Sesetengah orang selalu membiarkan meja tulisnya dipenuhi kertas yang berselerak.
Mereka mengra bahawa dengan cara itu persoalan yang penting akan naik sendiri ke atas
timbunan kertas itu. Sebenarnya keadaan berkecamuk seperti ini mengganggu tumpuan
serta meningkatkan ketegangan dan prestasi seperti orang yang tertimbus batu.

5. Jangan menjadi ‘perfectionist’


Ada perbezaan yang besar antara berusaha mendapat hasil yang baik
dan bermati-matian mengejar kesempurnaan. Langkah yang pertama ,
dapat dicapai,memberi kepuasan dan sihat. Sementara langkah yang
kedua, selalunya mustahil, mengakibatkan kekecewaan dan gangguan
jiwa. Ia juga mengakibatkan pmbaziran waktu yang sia-sia.

6. Jangan takut mengatakan tidak


Daripada semua teknik menghemat waktu yang pernah
dikembangkan, barangkali yang paling efektif ialah selalu
menggunakan perkataan tidak. Belajarlah menolak dengan
mengunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap setiap permintaan
yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda.

7. Jangan menunda-nunda kerja


Penundaan kerja pada umumnya merupakan kebasaan yang sudah berakar umbi.
Sungguhpun begitu, kita mampu mengubah kebiaaan ini asalkan kita menggunakan
sistem yang tepat seperti putuskan untuk berubah segera setelah anda selesai membaca
artikel ini, sementara hati anda tergerak oleh motivasinya. Mengambil langkah pertama
dengan segera adalah amat penting. Seterusnya jangan mencuba terlalu banyak perkara
dalam waktu yang singkat. Apa yang perlu dilakukan ialah memaksa dirimelakukan
pekerjaan yang sudah tertunda sekarang juga.

8. Lakukanlah bedah siasat radikal


Kegiatan membuang waktu sama seperti kanser. Ia menghabiskan tenaga dan cenderung
tumbuh semakin besar. Satu-satunya cara penyembuhan adalah pembedahan radikal. Jika
anda membuang waktu dalam kegiatan yang membuatkan anda bosan, alihkan perhatian
daripadanya kerana ia mensia-siakan tenaga anda. Buanglah kegiatan ini, seklai untuk
selama-lamanya.

9. Delegasikan pekerjaan
Anda tidak perlu menjadi pemimpin nasional atau esekutif firma gergasi untuk mampu
mendelegasikan pekerjaan. Sebagai peringatan, mewakilkan kepada pekerja bawahan
pekerjaan yang tidak disukai oleh anda dan semua orang lain bukanlah
mendelegasikannya, tetapi meberi perintah. Belajarlah mendelegasikan tugas yag penuh
cabaran dan memberikan imbalan, bersama dengan kuasa secukupnya untuk membuat
keputusan yang perlu. Ini dapat membantu melonggarkan waktu anda.

10. Jangan kecanduan kerja


Hampir semua eksekutif berjaya mempunyai jam kerja yang panjang, tetapi mereka tidak
membiarkan pekerjaan mengganggu hal-hal yang pentig dalam hidup mereka, seperti
bergaul dengan teman-teman dan berbual kosong.Ini membezakan mereka daripada orang
yang kecanduan kerja yang sama tarafnya seperti orang yang kecanduan alkohol. Gejala
kecanduan kerja mencakupi penolakan untuk mengambil cuti, tidak dapat menyingkirkan
pejabat daripada fikiran pada hujung minggu serta isteri dan anak-anak yang asing
baginya.

Petikan dari buku siri motivasi ‘JATIDIRI PENGGERAK PERUBAHAN’

Anda mungkin juga menyukai